Monday, February 4, 2019

WILAYAH CHIBA MENGALU-ALUKAN PELAWAT KE

WILAYAH CHIBA MENGALU-ALUKAN PELAWAT KE

TAKLIMAT MENGENAI PULAU PELANCONGAN ANTARABANGSA HAINAN 2019 DIADAKAN DI KEMBOJA

HAIKOU, China, 4 Feb, 2019 / Xinhua-AsiaNet / --

Pada 29 Januari, Taklimat mengenai Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan yang ditaja oleh Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan telah diadakan di Phnom Penh, Kemboja. Ini adalah taklimat promosi rasmi yang pertama bagi Hainan yang diadakan di Kemboja. Ia menyaksikan kehadiran 150 rakan dari China dan Kemboja dan pertukaran mendalam mereka mengenai penambahan penerbangan rentas sempadan dan mengukuhkan kerjasama dua hala bagi pelancongan, kebudayaan, dan perdagangan.
 
Pada taklimat itu, Jabatan berkenaan dengan teliti telah memperkenalkan format pelancongan, produk dan sumber pelancongan yang baharu di Hainan dalam video, PPT, dan bentuk lain. Dalam proses ini, peserta dapat menikmati lagu-lagu Hainan, lagu-lagu Khmer, dan persembahan seni yang lain yang menunjukkan sepenuhnya keindahan penyatuan kebudayaan-pelancongan di antara Hainan dan Kamboja. Di samping itu, seorang pakar pelancongan Kemboja telah dijemput oleh penaja untuk berkongsi kisah dan perasaan beliau mengenai Hainan dengan sebuah VCR yang disediakan, dan mendapat sambutan yang hangat dari tetamu yang hadir.

Pada masa ini, terdapat empat laluan udara di antara Hainan dan Kemboja, termasuk laluan terus di antara Sanya dan Phnom Penh dan di antara Sanya dan Siem Reap. Pada taklimat ini, wakil dari kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa kerjasama itu di antara Hainan dan Kemboja akan mempunyai prospek yang luas dan potensi yang besar. Pada masa akan datang, dengan penambahan penerbangan udara di antara Hainan dan Kemboja disediakan, Hainan boleh mengembangkan lebih banyak produk pelancongan yang sesuai untuk pelancong Kemboja dan meningkatkan kadar jumlah penumpang bagi penerbangan itu untuk menggalakkan lebih ramai pelancong Kemboja melawat Hainan.
 
Menurut Zhou Anwei, ketua perancang bagi Jabatan itu, sejak penubuhan Zon Perdagangan Bebas Hainan, kerajaan pusat telah mengeluarkan banyak dasar yang menggalakkan untuk mempromosikan pembangunan pelancongan dan sukan di Hainan, dalam usaha untuk menjadikannya sebuah zon demonstrasi pelancongan sukan kebangsaan dan sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa. Pada masa akan datang, Hainan akan membuka dengan lebih luas pasaran mereka kepada pelancong antarabangsa, dan meningkatkan dasar-dasar pembukaan pelancongan dengan harapan untuk menarik lebih banyak perusahaan Kemboja ke Hainan untuk kerjasama dan pembangunan bersama.

Menurut T.Y.T So Visothy, Setiausaha Rendah Negara, Kementerian Pelancongan (MOT) Kemboja, kira-kira 1.9 juta pelancong China melawat Kemboja pada tahun 2018, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 72.6%. Taklimat ini akan membolehkan Kemboja untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai Hainan. MOT itu akan melawat Hainan dari Mac hingga April 2019 untuk meningkatkan pertukaran ini.
 
Sumber: Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan

HOOVER FERGUSON MELANTIK KEVIN FRIAR SEBAGAI PRESIDEN

HOUSTON, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hoover Ferguson, sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian tangki dan kontena dengan mempunyai lebih 40 lokasi di 25 buah negara, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melantik Kevin Friar sebagai presiden.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190131005010/en/
 
"Kami sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Kevin ke Hoover Ferguson pada detik masa yang begitu menarik untuk syarikat itu," kata Donald Young, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hoover Ferguson. "Kami telah mencapai pertumbuhan yang ketara sepanjang sepuluh tahun yang lalu, dan kami mempunyai matlamat yang tinggi untuk masa depan. Saya yakin bahawa pengalaman, kemahiran dan kepimpinan Kevin akan menjadi penting dalam mencapai matlamat pengembangan dan pertumbuhan kami ke hadapan."

Friar akan melapor terus kepada Donald Young dan akan bertanggungjawab terhadap strategi, jualan dan kepimpinan operasi bagi pasukan global Hoover Ferguson. Beliau akan memberi tumpuan kepada mengembangkan perkhidmatan dan penyelesaian teknologi, mempertingkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan penguasaan pasaran.

"Saya sangat gembira kerana dapat menyertai Hoover Ferguson dan memikul cabaran baharu ini," kata Kevin Friar, presiden, Hoover Ferguson. "Dengan penempatan satu strategi pertumbuhan yang mantap, kami berada pada kedudukan yang baik untuk masa depan, dan saya berharap untuk melaksanakan visi kami, menyampaikan kepada pelanggan kami dan mencapai matlamat kami."

Friar membawa pelbagai pengalaman dari kerjayanya di dalam industri tenaga yang merangkumi tiga dekad, sebahagian besarnya dengan Nalco Champion, sebuah syarikat Ecolab, di mana beliau berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif bagi bahan kimia medan minyak. Paling akhir, Friar memegang peranan profesor dan pensyarah kanan dalam pengedaran perindustrian di Texas A&M University, dari mana beliau sebelum ini lulus dengan ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang biologi.

Maklumat mengenai Hoover Ferguson

Hoover Ferguson adalah sebuah penyedia perkhidmatan bersepadu bagi tangki kimia, unit membawa kargo, tong mangkin, kontena modular dan produk dan perkhidmatan sewa lain yang berkaitan dengan pasaran tenaga, petrokimia dan industri am global. Dengan memiliki sejarah yang bermula dari tahun 1911, Hoover Ferguson menyediakan kepada pelanggan mereka dengan penyelesaian kontena cecair, kargo, sisa dan kontena khusus yang menyeluruh serta pelbagai perkhidmatan pelengkap dan penawaran teknologi termasuk pembersihan tangki, pengubahsuaian, pensijilan semula, trans muatan, pengesanan aset, pemantauan tahap cecair, pengurusan dokumen dan logistik. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.hooverferguson.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11849

Sunday, February 3, 2019

FIVE COLORS TECHNOLOGIES, SEBUAH SYARIKAT PERINTIS DI DALAM INDUSTRI PERISIAN PERMAINAN DALAM TALIAN, MENYENARAIKAN FIVE COLORS COIN (FCC), SEBUAH MATA WANG KRIPTO BAHARU YANG AKAN MENJADI WANG E-SUKAN, DI COINBENE DAN MENJALANKAN IEO PADA KHAMIS, 31 JANUARI!

Pada musim bunga ini, Five Colors Technologies akan mengadakan satu kejohanan permainan yang menawarkan hadiah wang untuk seluruh dunia!

TOKYO, 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Five Colors Technologies Limited (Ibu Pejabat: Hong Kong, Ketua Pegawai Eksekutif: Eugene.K) telah mengumumkan bahawa “Five Colors Coin (FCC)”, sebuah mata wang kripto baharu untuk menjadi wang e-sukan, akan disenaraikan di CoinBene dan IEO akan dijalankan pada Khamis, 31 Januari.

Dan pada musim bunga ini, kejohanan permainan itu dengan wang hadiah akan diadakan untuk seluruh dunia.

Five Colors Group (https://casual-esports.net/) mula membangunkan permainan dalam talian pada tahun 2012 dan akan membangunkan platform e-sukan untuk permainan kasual di mana semua pengguna telefon pintar boleh dengan mudah turut serta. Permainan yang dibangunkan itu adalah permainan kemahiran yang pertama di dunia untuk telefon pintar yang disahkan oleh GLI yang merupakan badan pensijilan bagi perisian untuk permainan dalam talian; oleh itu, permainan itu adalah adil dan selamat bagi pengguna.

Ciri terbesar bagi perisian kami adalah bahawa kami mempunyai pensijilan rasmi untuk permainan dalam talian yang diuji dengan ketat oleh agensi kerajaan itu. Jika permainan itu tidak mempunyai pensijilan ini, terdapat masalah yang kami tidak dapat kesan walaupun jika terdapat penipuan dan sebagainya dalam program itu. Walau bagaimanapun, permainan yang dibangunkan oleh kami mempunyai keselamatan dan kesaksamaan yang tinggi yang lulus ujian itu oleh badan pensijilan antarabangsa.

Wang e-sukan itu yang boleh digunakan pada platform e-sukan kasual ini adalah mata wang kripto baharu, "Five Colors Coin (FCC)". Ia merupakan sebuah token utiliti yang mudah untuk difahami yang membolehkan anda untuk bermain permainan dengan FCC, memenangi hadiah dengan FCC, dan menukarnya dengan mata wang kripto yang lain di pusat pertukaran.

Juga, sejak FCC itu dikeluarkan pada sambungan bagi perniagaan yang sedia ada dan ia disenaraikan tanpa ICO, tidak ada pelabur yang menjual pada masa yang sama dengan penjualan itu, oleh itu bolehlah dijangkakan bahawa permintaan untuk membeli akan menjadi sangat tinggi pada masa yang sama dengan promosi.

Hari ini, 31 Januari (Khamis), FCC akan disenaraikan dan IEO akan dijalankan di CoinBene, yang berada pada kedudukan kelima dalam jumlah urus niaga global. Untuk melakukan IEO pada CoinBene yang terkemuka di dunia dibolehkan kerana kandungan perniagaan, pencapaian dan prospek pasaran bagi Five Colors Group telah dijangka dan memperoleh kepercayaan daripada pusat pertukaran itu. Di IEO, adalah sukar untuk memperdaya pelabur dengan penipuan dan usaha wajar dilakukan dengan betul, oleh itu anda boleh menggunakannya dengan penuh keyakinan.

Dan pada kali ini, apabila e-sukan menjadi popular di seluruh dunia, dalam usaha untuk memperluaskan peluang untuk menyertai pertandingan permainan itu secara meluas bukan hanya kepada pemain profesional tetapi juga kepada orang ramai, Five Colors Group mengeluarkan sebuah platform e-sukan (versi beta) permainan kasual “dengan hadiah” untuk pengguna telefon pintar di seluruh dunia pada 30 Januari di Persidangan Blok Rantai  Jepun dan mengadakan satu permainan dengan hadiah wang.

Kami mengedarkan hadiah duit syiling kepada tempat pertama 1000,000 yen, tempat ke-2 500,000 yen, tempat ke-3 300,000 yen (ditukarkan di CoinBene pada harga yang disenaraikan 200 yen) kepada penerima hadiah utama.

Permainan dengan hadiah wang akan diadakan secara tidak teratur pada masa akan datang. Jika anda melengkapkan pendaftaran pengguna (https://casual-esports.net/auth/reg/regist.do) sekarang, anda boleh memainkan satu versi percubaan dengan 500 mata permainan secara percuma.

Kami sedang merancang untuk mengadakan pelancaran rasmi pada musim bunga ini, dan juga mengusahakan sebuah kejohanan permainan yang lebih besar dengan hadiah wang untuk seluruh dunia. Sila tunggu maklumat lanjut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11842

Saturday, February 2, 2019

PEMILIHAN JENAMA WAKIL KOREA BRANDSTARS 2019 DIUMUMKAN

SEOUL, Korea Selatan, 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS mengumumkan bahawa pemenang bagi ‘Jenama Wakil Korea 2019’, jenama terbaik di dalam setiap industri yang mewakili Korea, telah dipilih.

Jenama Wakil Korea 2019, yang dilaporkan di media utama Asia, memilih dan melaporkan jenama wakil itu di Korea yang menyediakan kualiti terbaik dan perkhidmatan terbaik, dengan tujuan untuk memberikan maklumat rasional untuk pelanggan Korea dan luar negara serta pertumbuhan nilai jenama bagi syarikat-syarikat.

Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS pertama kali memilih calon-calon bagi setiap industri dengan menggabungkan laporan-laporan akhbar dan penilaian pengguna, dan didasarkan kepada surat pencapaian, pemenang akhirnya dipilih bagi setiap bidang melalui penghakiman muktamad profesional akademik dan media.

Jenama wakil 2019 untuk industri termasuk siri Galaxy bagi Samsung Electronics untuk telefon pintar, 'automobil Hyundai Genesis' untuk kereta, LG PuriCare untuk pembersih udara, Bacchus untuk minuman pemulih, Agabang untuk pakaian bayi, gedung serbaneka Lotte untuk gedung serbaneka, 'ABC mart' untuk berbilang kedai kasut, BTS artis idola gelombang Korea untuk hiburan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11840

VISTAJET MEREKODKAN PENINGKATAN KEAHLIAN GLOBAL SEBANYAK 31% SEDANG SYARIKAT MERAIKAN 15 TAHUN DALAM INDUSTRI

VISTAJET MEREKODKAN PENINGKATAN KEAHLIAN GLOBAL SEBANYAK 31% SEDANG SYARIKAT MERAIKAN 15 TAHUN DALAM INDUSTRI

Santen taja aktiviti tingkat kesedaran sempena Minggu Glaukoma Dunia


KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Santen Pharmaceutical Co. Ltd (Santen), yang berpangkalan di Osaka, Jepun, akan menaja aktiviti meningkatkan kesedaran mengenai glaukoma di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah pengetahuan orang ramai tentang penyakit mata itu semasa Minggu Glaukoma Dunia mulai 10 hingga 16 Mac, 2019.

Glaukoma merosakkan saraf optik, menyebabkan kehilangan visual secara progresif. Rawatan awal sering membolehkan pesakit dapat mengekalkan visual sepanjang hayat mereka, menurut Santen dalam satu kenyataan.

Persatuan Glaukoma Dunia, yang mana Santen adalah anggota bersekutu, menetapkan seminggu setiap Mac sebagai Minggu Glaukoma Dunia dan menjadi tuan rumah pelbagai acara di seluruh dunia untuk menggalakkan orang ramai mengesan dan mendapatkan rawatan awal glaukoma.

Santen, syarikat yang mengkhusus dalam bidang oftalmologi, juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya pengesanan awal dan rawatan glaukoma yang berterusan.

Antara aktiviti yang diadakan Santen ialah menjadi tuan rumah bagi program meningkatkan kesedaran, 'Cadangan untuk Rawatan dan Penjagaan Berterusan', di Wilayah Aichi, Nagoya pada 17 Nov tahun lepas, yang menyasarkan pesakit glaukoma di perbandaran itu.

Syarikat itu juga akan meneruskan usaha berkenaan melalui Minggu Glaukoma Dunia sebagai satu tempoh untuk pekerja mempelajari glaukoma atas inisiatif mereka sendiri dan menyampaikan pembelajaran mereka kepada anggota keluarga dan rakan-rakan, katanya.

Santen, yang menjalankan penyelidikan, pembangunan, pemasaran dan jualan farmaseutikal, produk di kaunter dan peranti perubatan, adalah peneraju pasaran bagi preskripsi farmaseutikal oftalmik di Jepun dan produknya kini menjangkau pesakit di lebih 60 negara.

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat itu akan menumpukan usaha seterusnya untuk menggalakkan pekerja, termasuk mereka yang bekerja di seluruh dunia, untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai glaukoma.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://www.santen.com.

 -- BERNAMA