Friday, February 8, 2019

​KOFAX MENGUMUMKAN PENUTUPAN PEMEROLEHAN NUANCE DOCUMENT IMAGING

​KOFAX MENGUMUMKAN PENUTUPAN PEMEROLEHAN NUANCE DOCUMENT IMAGING

MASKARGO PERLUAS PERKHIDMATAN MENGGUNAKAN PENYELESAIAN UNISYS DIGISTICS

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) –  Bahagian kargo Malaysia Airlines Bhd, MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), akan menggunakan dua penyelesaian logistik digital berasaskan awan Unisys Digistics untuk menawarkan perkhidmatan kargo syarikat penerbangan itu ke pasaran lebih luas dan menyediakan pelanggan dengan pengupayaan kitaran hayat penghantaran di semua peringkat.

Mengikut perjanjian selama lima tahun yang ditandatangani pada November 2018, MASkargo akan menyertai platform e-perdagangan Unisys Digi-Portal untuk mempromosikan  inventorinya kepada lebih 25,000 pembeli dalam kalangan syarikat penghantaran, syarikat penerbangan, ejen jualan am dan pengendali di lebih 140 negara.

Ia juga akan menggunakan Unisys Digi-IQ untuk menjejaki, melapor dan mengukur  kadar penghantaran – memenuhi dan mengatasi standard industri kargo seluruh dunia yang ditetapkan IATA Cargo iQ.

“Kuala Lumpur ialah hab transit kargo yang penting dan semakin berkembang bagi Asia. Ini akan membantu kami menyediakan perkhidmatan lebih baik dan kebolehpercayaan kepada pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Ibrahim Mohamed Salleh, dalam kenyataan hari ini.

"Dua perisian penyelesaian perkhidmatan Digistics ini akan menyediakan ketangkasan dan keupayaan tambahan kepada MASkargo untuk menjana hasil baharu dan pengupayaan untuk segera memanfaatkan peluang pasaran,” kata Naib Presiden sektor komersial Unisys Asia Pasifik Andrew Whelan.

MASkargo ialah ejen pengendali kargo udara terbesar di Malaysia dan mengendalikan lebih 30 pelanggan syarikat penerbangan di Advanced Cargo Centre miliknya, memproses lebih 800,000 bil udara setiap tahun.

Unisys, sementara itu, mempunyai lebih 55 tahun pengalaman dalam menyediakan penyelesaian IT inovatif kepada industri penerbangan dan pengangkutan udara. Sembilan daripada 10 syarikat penerbangan terkemuka bergantung pada penyelesaian Unisys.

Untuk butiran lanjut, layari http://www.unisys.com

-- BERNAMA

KOFAX BAKAL MEMPEROLEH TOP IMAGE SYSTEMS

Pemerolehan untuk Mengukuhkan dan Meningkatkan Tangkapan Digital dan Keupayaan berasaskan SaaS untuk Platform Automasi Pintar Kofax

IRVINE, California, 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kofax®, pembekal terkemuka perisian Automasi Pintar untuk mengautomasikan dan mentransformasikan proses perniagaan hujung ke hujung secara digital, hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah memasuki perjanjian mutakhir untuk memperoleh Top Image Systems™ Ltd. (NASDAQ:TISA) (TIS), pencipta global untuk aplikasi pada premis dan berasaskan awan yang mengoptimumkan proses perniagaan yang dipacu oleh kandungan.

“Pelanggan TIS akan menikmati akses vendor tunggal kepada penyelesaian Automasi Pintar Kofax yang memberikan kecekapan dipertingkatkan, mendayakan tenaga kerja manusia dan digital pada masa hadapan,” ujar Reynolds C. Bish, Ketua Pegawai Eksekutif Kofax. “Dengan mengumpil kepakaran TIS SaaS, akan membantu kami sementara kami melanjutkan lagi keupayaan awan selamat platform Automasi Pintar hujung ke hujung kami.”

Aplikasi TIS pada premis dan berasakan awan menangkap, memproses dan menghantar kandungan secara automatik merentas aplikasi perusahaan, mentranformasikan pemasukan maklumat kepada organisasi menjadi data elektronik yang berguna dan boleh diakses, dengan pengendalian manual yang minimum, kepada sistem atau individu perniagaan yang berkaitan.

“Kami teruja dengan peluang untuk bergabung tenaga dengan Kofax,” ujar Brendan F. Reidy, Ketua Pegawai Eksekutif TIS. “Bersama, kami akan berdaya untuk menyediakan rangkaian tawaran yang lebih ,meluas dan mendalam kepada pelanggan kami, sementara mengumpil kekuatan dan kestabilan akibat daripada menjadi sebahagian daripada organisasi global yang lebih besar.”

Transaksi ini dijangka dimeterai pada penghujung Jun 2019. Menjelang pemeteraian, Kofax akan berterusan menyokong produk dan pelanggan TIS.

Perihal Kofax

Perisian Kofax mendayakan organisasi untuk Work Like Tomorrow™–hari ini. Platform perisian Automasi Pintar Kofax membantu organisasi mentransformasikan proses perniagaan yang intensif maklumat, mengurangkan kerja manual dan ralat, meminimumkan kos dan meningkatkan interaksi pelanggan. Kami menggabungkan RPA, penangkapan kognitif, orkestrasi proses, mobiliti dan penglibatan, serta analisis untuk memudahkan pelaksanaan dan memberikan hasil dramatik yang mengurangkan risiko pematuhan dan meningkatkan daya saing, pertumbuhan dan keuntungan. Kofax memberikan pulangan cepat dalam pelaburan untuk lebih daripada 20,000 pelanggan dalam perkhidmatan kewangan, insurans, kerajaan, penjagaan kesihatan, rantaian pembekal, penyumberluaran proses perniagaan serta pasaran lain. Kofax memberikan perisian dan penyelesaiannya melalui jualan langsung dan organisasi perkhidmatan serta lebih daripada 650 saluran rakan kongsi dan penyepadu tidak langsung di lebih daripada 60 negara merentasi Amerika, EMEA dan Asia Pasifik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati kofax.com.

© 2019 Kofax, Inc. Kofax ialah tanda dagangan Kofax Limited.


Sumber: KOFAX


Hubungan Media:
Amanda Ingalls
+1 (949) 783-1595
amanda.ingalls@kofax.com

--BERNAMA

Thursday, February 7, 2019

HOSHI CORPORATION MULA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK PEMBUATAN PRODUK KOSMETIK DIBUAT DI JEPUN DENGAN MENGGUNAKAN SEPENUHNYA KILANG KOSMETIK TERIKAT

TOKYO, 31 Jan (Bernama) -- Hoshi Corporation, syarikat kosmetik OEM dan ODM yang berpangkalan di Tokyo, telah memperolehi lesen dari Kastam Wilayah Okinawa untuk mengendalikan kilang kosmetik terikat yang pertama di Jepun.

Syarikat itu sangat teruja ke arah mengeksport produk kosmetik OEM dan ODM dengan pangkalan logistik mereka di Okinawa, sebagaimana didorong oleh permintaan antarabangsa yang terus meningkat bagi produk kosmetik yang dibuat di Jepun, terutamanya ke negara-negara Asia dan Oceania. Pada masa ini Hoshi telah berurusan dengan lebih 700 pelanggan luar negara.

Lesen operasi kilang kosmetik terikat itu telah membolehkan syarikat itu untuk sepenuhnya menggunakan teknologi pembuatan dan kualiti tinggi mereka bagi mengurangkan kos dan merealisasikan pengeluaran yang pantas, dan dengan itu menawarkan anda dengan pelan pembuatan yang berpatutan berikutan pengurangan tarif dan kos penyimpanan.

Laman web: http://hoshicorp.jp/bondedfactory/
Peranti yang tersedia untuk diakses: Komputer Peribadi, telefon bimbit

- Ciri-ciri bagi kilang Okinawa:

Kilang Okinawa itu terletak di Pusat Logistik Global (Okinawa GLC) yang dikendalikan oleh Okinawa Yamato Transport Co., Ltd., sebuah anak syarikat milik Yamato Holdings Co., Ltd., sebuah syarikat utama di dalam industri logistik di Jepun.

Dengan mengendalikan kilang terikat itu di kawasan GLC Okinawa yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Naha, Hoshi boleh melakukan operasi pengisian, pembungkusan, pemasangan dan menyimpan bahan di kawasan terikat itu.

- Kelebihan perniagaan dengan menggunakan sepenuhnya kilang terikat Okinawa:

PEMOTONGAN TARIF
Anda TIDAK dikehendaki menanggung duti import yang dikenakan ke atas bungkusan kosmetik.

PENGHANTARAN EKSPRES
Kilang Okinawa itu terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Naha, yang membolehkan masa tunggu bagi import dan eksport dikurangkan.

RANGKAIAN LOGISTIK GLOBAL
Menggunakan rangkaian global bagi kumpulan pengangkutan Yamato, syarikat logistik terbesar di Jepun.

PUKAL DIBUAT DI JEPUN YANG BOLEH DIPERCAYAI
Kualiti tinggi dijamin oleh pembuatan di bawah GMP Jepun.

PENGELUARAN LOT KECIL
Menerima tempahan pembuatan bermula dengan lot sebanyak 500 unit

MENGURANGKAN KOS PENYIMPANAN
Penyimpanan produk di dalam Okinawa GLC boleh didapati dengan harga yang rendah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11850

TOSHIBA MEMULAKAN PENGHANTARAN SAMPEL BAGI IC PEMACU MOTOR DC AUTOMOTIF DENGAN FUNGSI HAMBA LIN

TOSHIBA MEMULAKAN PENGHANTARAN SAMPEL BAGI IC PEMACU MOTOR DC AUTOMOTIF DENGAN FUNGSI HAMBA LIN

NANCY J. SANDY DILANTIK MENJADI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TACONIC BIOSCIENCES


RENSSELAER, N.Y., 4 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lembaga Pengarah Taconic Biosciences telah memilih Nancy J. Sandy untuk menggantikan Dr. Robert J. Rosenthal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Cik Sandy akan menyandang jawatan tertinggi kepimpinan syarikat tersebut bermula 14 Januari. Dr. Rosenthal yang telah memegang jawatan tersebut selama empat tahun setengah akan terus berkhidmat dengan Taconic sebagai Ketua Pegawai Inovasi yang mengetuai inisiatif pertumbuhan luaran dan memegang beberapa jawatan di Lembaga Penasihat Saintifik Taconic dan Lembaga Pengarah.

Cik Sandy menyertai Taconic pada Januari 2016 dan memegang beberapa jawatan iaitu Naib Presiden Kanan Strategi dan Pemasaran Produk, Ketua Pegawai Operasi, dan Presiden sebelum dilantik menjadi CEO. Beliau mengetuai inisiatif korporat untuk memperkemas operasi, menyelaraskan pasukan dalaman, mengukuhkan budaya Taconic dan mendorong pertumbuhan hasil dan keuntungan. Sebelum menyertai Taconic, Cik Sandy telah mengetuai peranan pemasaran di beberapa syarikat sains hayat dan peranti perubatan, termasuk Perkin Elmer, Magellan Biosciences, dan Cardiac Science. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada University of Wisconsin di Madison.

“Kepimpinan Nancy yang teguh, komitmen untuk kecemerlangan dan rekod yang terbukti dengan Taconic menjadikan beliau sesuai untuk memegang peranan CEO. Selain itu, kami juga gembira kerana masih dapat memperoleh manfaat daripada kepakaran Bob dengan jawatan baharu beliau. Kami teruja dengan peralihan yang lancar ini dan berbangga dengan pasukan kepimpinan yang bakal berkhidmat untuk mengukuhkan syarikat pada hari ini dan masa hadapan,” komen Kathrin Phelan Midgley, pengerusi Lembaga Pengarah Taconic Biosciences.

Cik Sandy menceritakan pengalamannya dengan Taconic, “Masa saya di Taconic selama tiga tahun sebelum ini dipenuhi tenaga, perubahan dan kemajuan yang sukar dipercayai. Syarikat ini telah berevolusi daripada Taconic Farms kepada syarikat sains hayat kelas dunia. Menggabungkan semangat kami untuk kecemerlangan dengan pengalaman lebih 65 tahun dalam membekalkan penyelesaian model terbaik membolehkan kami membantu pelanggan menyelesaikan masalah kajian yang rumit dan membantu mereka mempercepatkan kemajuan dalam kesihatan manusia. Saya berbesar hati memperoleh peluang untuk mengetuai Taconic bagi babak baharu yang mengujakan ini.”

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyelesaian model kajian Taconic, sila hubungi Taconic Biosciences di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global dalam model dan perkhidmatan model kejuruteraan genetik berlesen sepenuhnya. Diasaskan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian terbaik supaya pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprakondisi, menguji dan mengedar model kajian bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model kejuruteraan genetik, serta rekaan model dan perkhidmatan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan tiga kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan kepada hampir seluruh dunia.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

SUMBER: Taconic Biosciences

--BERNAMA

EVOLV MEMPERKENALKAN SYARIKAT ACARA MATA WANG DIGITAL DAN BLOCKCHAIN

HODL Rally, Minggu Blockchain Vegas dan Persidangan Kripto Dunia Membuat Penampilan Sulung dalam Barisan Acara 2019


LAS VEGAS, 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- via CryptoCurrencyWire -- Kuasa baharu dalam sektor acara blockchain dan mata wang digital telah didedahkan hari ini dengan pelancaran EVOLV, syarikat produksi yang berdedikasi untuk mengadakan perhimpunan dengan pengalaman yang paling menghiburkan di dunia. Syarikat tersebut membuat kemunculan pertama dengan jadual acara industri sepanjang tahun, termasuk HODL Rally dengan kereta super merentas Eropah, Minggu Blockchain Vegas dan kembalinya Persidangan Kripto Dunia tahunan kali kedua yang dinanti-nantikan, menampilkan trek World of Mining diperluaskan serta persidangan dan hackathon pembangun berbilang blockchain yang pertama.

Daripada pengasas Persidangan Kripto Dunia yang berjaya, EVOLV menetapkan siri acara utama yang memaklumkan peserta tentang berita terkini dalam industri teknologi blockchain yang sentiasa berubah.

“Kami mencipta EVOLV bagi menyatukan komuniti blockchain di bawah satu acara,” kata Adam Williams, CEO EVOLV. “Fokus kami adalah untuk mencipta pengalaman berkesan yang mengajar para penggemar dan menghimpunkan tokoh pemikir elit dari seluruh dunia untuk ‘mengurangkan semangat berpuak’ dan mendorong inovasi dalam teknologi blockchain dan mata wang digital ke tahap seterusnya.”

Tahun ini, acara EVOLV termasuklah:
  • HODL Rally: Perlumbaan kereta super pertama di dunia yang diinspirasikan daripada blockchain. Perlumbaan kereta super rangkaian selama 8 hari merentas benua Eropah ini bakal dipenuhi pengalaman bertemakan kripto, termasuk Persidangan Kemuncak Blockchain Barcelona, iaitu siri selama seminggu yang menampilkan eksekutif dari seluruh Eropah untuk menunjukkan penyelesaian dan kes penggunaan teknologi blockchain dalam dunia sebenar, acara, parti mewah dan banyak kereta super.
  • Minggu Blockchain Vegas:  Minggu Blockchain Vegas kembali tahun ini pada 26 Oktober hingga 1 November, membawakan kemajuan baharu, perdebatan yang hangat dan perbincangan tentang peluang, inovasi, perubahan dan pertumbuhan dalam pekerjaan, kewangan, penjagaan kesihatan, sains lanjutan dan kesenian. Acara selama tujuh hari ini akan menyertakan persidangan kemuncak dan perhimpunan daripada syarikat mata wang digital teratas, yang akan diumumkan pada bulan akan datang.
  • Persidangan Kripto Dunia (WCC): Minggu Blockchain Vegas akan ditamatkan dengan Persidangan Kripto Dunia tahunan kedua. Mengikuti kemunculan pertamanya yang penuh jaya, pengalaman persidangan ini kembali lebih besar dan hebat sebagai persidangan blockchain dan hackathon berbilang pembangun. Penambahan baharu dalam persidangan termasuklah WCC DEV CON, pengalaman World of Mining yang diluaskan, serta perbincangan oleh tokoh pemikir daripada syarikat perniagaan.
“Jika komuniti blockchain berhasrat untuk melindungi segala yang telah dibina sebagai infrastruktur tak terpusat dan berusaha ke arah masa hadapan yang gemilang, kita mesti mengadakan acara yang berevolusi, kekal relevan dan merangkumi semua teknologi yang menyertai ruang ini sehingga kita mencapai penerimaan besar-besaran dan memanfaatkan peluang dalam mata wang kripto dan blockchain,” tambah Eric Spire, pengasas bersama EVOLV.

Untuk maklumat lanjut tentang EVOLV dan jadual lengkap acaranya, sila lawati https://evolv.events/.

Hubungan Akhbar:
Clarity PR
Maria Jung
worldcryptocon@clarity.pr
646.934.6924

Hubungan CryptoCurrencyWire (CCW):
New York, New York
www.CryptoCurrencyWire.com
212.418.1217
Editor@CryptoCurrencyWire.com

Perihal EVOLV
EVOLV adalah syarikat produksi acara yang mengadakan acara yang menawarkan pentas global untuk tokoh industri berkongsi projek dan teknologi dengan pelabur, pakar, pembangun, perniagaan dan peserta yang menggunakan blockchain dan mata wang kripto dalam kehidupan harian. EVOLV adalah syarikat induk yang memperkenakan Persidangan Kripto Dunia, iaitu persidangan pertama untuk ruang mata wang kripto dan blockchain.

Temui EVOLV di Facebook, ikuti kami Twitter, atau lawati blog kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Lebih maklumat boleh didapati di https://evolv.events/.


SUMBER : EVOLV