Menyokong pasukan dengan penyelesaian penerbangan global yang paling cekap
LONDON, 21 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan pertama dan tunggal, mengumumkan kerjasamanya dengan pasukan Scuderia Ferrari Mission Winnow sebagai Penyedia Rasmi pesawat penerbangan peribadi.
Dengan jadual yang ketat dalam kalendar perlumbaan dan kebiasaannya hanya selang beberapa hari daripada perlumbaan Grands Prix, VistaJet akan menyokong pasukan dengan mengoptimumkan masa perjalanan dan pemindahan mereka sepanjang musim Formula Satu 2019. Dalam industri yang berasaskan kelajuan dan kecekapan, pasukan Scuderia Ferrari Mission Winnow akan dapat memanfaatkan lebih lagi masa berehat dari trek untuk tiba dalam keadaan optimum.
Telah berlumba secara kompetitif dengan Ferrari untuk tempoh lama dan sebagai pemandu rasmi dalam Kejuaraan Ketahanan Dunia FIA, WEC, Pengasas dan Pengerusi VistaJet, Thomas Flohr tahu keperluan perlumbaan dan fokus intensif yang diperlukan untuk beraksi di bawah tekanan sedemikian. Dengan Ferrari 488 GTE, Thomas telah memenangi tempat ke-dua di 24h of Le Mans 2018, bersama-sama rakan pemandunya, Giancarlo Fisichella dan Francesco Castellacci.
Mengumumkan kerjasama ini, Thomas Flohr berkata: “Saya sangat berbangga untuk menyokong pasukan perlumbaan paling ikonik dan berjaya di dunia. Inovasi, teknologi dan fokus pada kecekapan adalah nilai yang kami kongsi. VistaJet akan menyediakan perjalanan yang lancar untuk Scuderia Ferrari Mission Winnow, untuk memastikan fokus mereka adalah pada perkara yang penting – persaingan atas trek.”
VistaJet memberi penekanan paling penting pada kecemerlangan perkhidmatan dan operasi. Dengan lebih daripada 70 pesawat yang dimiliki, VistaJet telah menyelesaikan lebih daripada 146,000 penerbangan secara global, menerbangkan 360,000 penumpang ke lebih daripada 1,900 lapangan terbang di seluruh dunia dengan selamat.
Thomas Flohr menambah: “Musim baharu telah bermula, satu pasukan baharu akan melakukan perlumbaan dan kita akan berada di sana untuk bersorak untuk Sebastian Vettel, Charles Leclerc dan semua yang ada dalam Scuderia Ferrari Mission Winnow.”
www.vistajet.com/ferrari
Maklumat
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com
Perihal VistaJet
VistaJet merupakan syarikat penerbangan global yang pertama dan satu-satunya. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses terhadap keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana-mana jua. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui app tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7.
VistaJet merupakan sebahagian daripada Vista Global Holding – peneraju dunia dalam penyelesaian penerbangan perniagaan, yang mengintegrasikan portfolio unik syarikat-syarikat yang menawarkan penyelesaian aset rendah dalam meliputi semua aspek utama penerbangan perniagaan.
Lebih banyak maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11884
Thursday, February 21, 2019
DOUBLEVERIFY MEMPEROLEH SYARIKAT TEKNOLOGI VIDEO DIGITAL, ZENTRICK
Menyelesaikan 30% pecahan dalam penghantaran iklan video
NEW YORK dan GHENT, Belgium, 21 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify, peneraju penyedia bebas perisian dan analisis ukuran pasaran, hari ini mengumumkan yang ia telah memperoleh Zentrick, syarikat teknologi video digital yang menyediakan penyelesaian perisian tengah untuk memacu perlaksanaan dan prestasi lancar pengiklanan video dalam talian untuk jenama, platform dan penerbitan terbesar di dunia. Pasukan kejuruteraan Zentrick akan terus beroperasi dari pejabat di Ghent, Belgium. Transaksi tersebut telah diselesaikan sebagai tawaran semua tunai, semua saham pada Jumaat, 15 Februari 2019.
Perbelanjaan pengiklanan video melonjak naik ke $28 Bilion pada 2018. Walau bagaimanapun, ekosistem yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dalam penghantaran iklan video telah menjadi terlalu berpecah. Hari ini, lebih daripada 30% iklan video yang telah dijual tidak dapat dihantar oleh penerbit disebabkan oleh pelbagai bentuk ‘pecahan’ teknikal dalam rantaian penghantaran iklan – isu yang sangat genting dalam kawasan utama aplikasi mudah alih dan TV bersambung. Pecahan terhasil daripada ketidakserasian berbilang standard main balik dan tundaan kependaman dalam muatan iklan video.
Zentrick Perkemaskan Penghantaran Iklan Video dan Meningkatkan Prestasi
Perisian tengah Zentrick mengurangkan pecahan video sehingga lebih daripada 50%, dengan memendekkan masa muatan dan menyingkirkan berbilang bentuk kependaman yang boleh menghalang iklan video daripada dihantar. Penghantaran iklan yang lebih banyak memaksimumkan prestasi untuk pengiklan dan menjana keuntungan untuk penerbit. Perisian Zentrick membolehkan lagi penerbit untuk mengesan dan menyelesaikan isu di sebalik pecahan semasa ia berlaku.
Perisian Tengah Zentrick Memberi Manfaat kepada Keseluruhan Ekosistem Pengiklanan Video
Untuk platform dan penerbit media, perisian tengah Zentrick menyingkirkan overhed teknikal dan kependaman berkaitan dengan menyokong berbilang integrasi pihak ketiga (sebagai contoh, penyedia ukuran, pembahagian dan penonton). Penyedia perkhidmatan pihak ketiga akan menerima manfaat daripada pengaktifan platform lancar dan akses saksama ke data main balik video yang diperlukan untuk mendayakan perkhidmatan mereka.
“Misi DV ialah untuk mendayakan standard baharu prestasi pemasaran, memberikan pengiklan penjelasan dan keyakinan dalam pelaburan digital mereka,” kata Wayne Gattinella, CEO DoubleVerify. “Menyingkirkan pecahan iklan mempunyai kesan terus pada prestasi pengiklanan dalam talian yang akan bergema merentasi ekosistem.”
“Seluruh pasukan Zentrick teruja untuk bergabung tenaga dengan DoubleVerify – organisasi global yang berkembang pesat dengan penawaran pengesahan terbaik dalam kelasnya,” kata Pieter Mees, Pengasas Bersama Zentrick. “Mengintegrasikan teknologi video digital dan kepakaran Zentrick dengan platform industri meluas DV akan memacu usaha kami untuk meringkaskan dan memperkemaskan prestasi pengiklanan.”
“Pada 2018, Zentrick memacu penghantaran lebih daripada 150 bilion iklan video,” kata Frederik Neus, Pengasas Bersama Zentrick. “Melalui integrasi dengan DoubleVerify, kami akan menskalakan penyelesaian kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengiklan dan penerbit, dalam masa yang sama memacu impak yang lebih positif ke seluruh ekosistem.”
Perihal DoubleVerify
DoubleVerify ialah peneraju penyedia bebas untuk perisian, data dan analisis ukuran pemasaran yang mengesahkan kualiti dan keberkesanan media digital untuk jenama dan platform media terbesar dunia. DV menyediakan ketelusan dan kebertanggungjawapan media untuk memberikan kualiti impresi tahap tertinggi demi prestasi pengiklanan maksimum. Sejak 2008, DV telah membantu ratusan syarikat Fortune 500 memperoleh yang terbanyak daripada perbelanjaan media mereka dengan memberikan penyelesaian terbaik merentasi ekosistem digital, yang membantu membina industri lebih baik. Ketahui lebih lanjut di www.doubleverify.com.
Hubungan Media
Chris Harihar daripada Crenshaw Communications, bagi pihak DoubleVerify
chris@crenshawcomm.com
212.367.9748
Sumber: DoubleVerify
--BERNAMA

TOSHIBA MEMBAWA MIKROPENGAWAL BERASASKAN TERAS ARM® CORTEX®-M KE PAPAN MCU THUNDERSOFT
TOKYO, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini telah mula membekalkan mikropengawal "TMPM3HQFDFG" untuk digunakan di dalam papan serbaguna MCU yang dikeluarkan oleh Thundersoft, sebuah penyedia teknologi platform dari China yang mereka bentuk, mengeluar dan membangunkan litar dan platform untuk peranti, termasuk peranti pintar.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190220005353/en/
TMPM3HQFDFG adalah sebuah mikropengawal berasaskan teras Arm® Cortex®-M di dalam “kumpulan M3H” dalam keluarga TXZ™ yang dibangunkan untuk peralatan pengguna dan perindustrian.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kaedah untuk pemprototaipan sistem pantas telah berkembang maju dengan menggabungkan papan mikropengawal dengan papan fungsi yang tersedia secara komersil. Papan serbaguna MCU Thundersoft yang menggabungkan mikropengawal keluarga TXZ™ adalah serasi dengan OS Arm Mbed™. Pelanggan boleh memulakan pembangunan sebaik sahaja selepas pengenalan papan MCU, dengan menggunakan sebuah pengumpul dalam talian dan persekitaran pembangunan lain yang disediakan secara percuma oleh Arm.
Papan itu juga dilengkapi dengan penyambung yang serasi dengan Arduino dan penyambung SeeedGrove, kedua-duanya digunakan secara meluas di dalam industri itu, dan ia membolehkan pembangunan sistem pantas — pemprototaipan — dengan pelbagai pengadang (papan fungsi) yang tersedia secara komersil dan sensor.
Papan serbaguna MCU Thundersoft akan tersedia di laman web Taobao di China dan di laman web korporat Thundersoft di kawasan lain bermula dari bulan ini.
Toshiba akan menyokong berbagai-bagai pelanggan dalam mempercepatkan masa ke pasaran bagi produk dan mengembangkan perniagaan semikonduktor mereka dengan mencerminkan keperluan pelanggan kepada pembangunan produk mereka.
Ciri-ciri utama bagi papan serbaguna MCU Thundersoft

- Menggabungkan piawaian global, mikropengawal berasaskan teras Arm Cortex-M TMPM3HQFDFG yang dilengkapi dengan pelbagai litar persisian untuk meningkatkan kelenturan.
- Menyokong aplikasi yang pelbagai dengan penyambung yang serasi dengan Arduino yang terbina dalam dan penyambung SeeedGrove
- Sokongan Mbed yang membolehkan penggunaan persekitaran pembangunan Arm.
Untuk butiran mengenai TMPM3HQFDFG, sila layari laman web berikut. https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/microcomputer/detail.TMPM3HQFDFG.html
Untuk butiran mengenai papan MCU Thundersoft, sila layari laman web berikut. https://www.thundersoft.com/index.php/iot/kit/m3hq/3-126
Untuk butiran mengenai Mbed, sila layari laman web Arm Ltd di ruangan Mbed yang berikut. https://www.mbed.com/

| * | Arm, Cortex dan Mbed adalah tanda perniagaan berdaftar atau tanda perniagaan milik Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain. | |
| * | Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing. | |
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan dan Pemasaran IC Isyarat Bercampur
Tel: +81-44-548-2876
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190220005353/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

PERTUMBUHAN PEMBUATAN ST KITTS & NEVIS MENYOKONG WARGA EKONOMI
LONDON, 19 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada Isnin lalu, St Kitts dan Nevis mengumumkan satu pandangan yang positif bagi sektor pembuatan mereka. Selepas melawat lima buah kilang negara itu, Kerajaan melaporkan bahawa pelan dan unjuran industri menunjukkan pertumbuhan yang kompetitif untuk tahun yang akan datang. Pembuatan adalah pusat kepada ekonomi negara, yang akan seterusnya meraih peningkatan di dalam pengeluaran dan kekuatan. Ketika warga ekonomi melabur di negara itu melalui Dana Pertumbuhan Mapan (SGF), peningkatan pertumbuhan akan memberikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi bagi pemohon kepada Program Kerakyatan oleh Pelaburan (CBI) negara itu.
Warga Ekonomi
Program CBI St Kitts dan Nevis menawarkan kepada pelabur dengan kerakyatan kedua sebagai balasan untuk sumbangan kepada SGF itu. Program ‘Standard Platinum’ adalah satu daripada yang paling berjaya di dunia; ia telah mendapat pengiktirafan daripada Financial Times untuk standard tinggi bagi usaha wajar dan pemprosesan. Sesungguhnya Kerajaan baru-baru ini memperkuatkan usaha wajar mereka dengan memperkenalkan undang-undang akaun eskrow yang lebih ketat dan satu keperluan baharu bagi pemohon untuk menyediakan data biometrik dalam bentuk cap jari digital. Tidak seperti pilihan hartanah, pemohon untuk SGF melabur terus ke dalam pembangunan negara itu, dan dengan itu mendapat manfaat daripada pertumbuhan keseluruhan ekonomi itu. Bidang pelaburan utama termasuk penjagaan kesihatan, sekolah, infrastruktur, dan pembangunan perniagaan. Ramai pemohon juga memperolehi kerakyatan kedua untuk melindungi keselamatan mereka dan ahli keluarga mereka. Sebuah ekonomi yang berkembang, berdaya tahan menyediakan peluang untuk keselamatan ekonomi dan peribadi yang lebih besar.
Satu Masa Depan yang Kukuh
Pembuatan eksport adalah satu pemacu utama bagi pendapatan untuk St Kitts dan Nevis. Barangan dihantar ke seluruh pelusuk dunia, termasuk ke Amerika Syarikat dan Eropah, di mana, sebagai contoh, produk aeroangkasa keluaran penduduk St Kitts dan Nevis digunakan. Mengikuti lawatan ke kilang, Perdana Menteri Y.B. Dr Timothy Harris meraikan berita itu. “[Pembuatan] adalah satu industri yang sangat canggih dan berdaya saing, dan kesemua produk kami mempunyai standard yang tinggi dan itulah sebabnya, apabila keputusan dibuat berhubung tempat untuk berkembang, St. Kitts dan Nevis untuk 2018/2019 telah menjadi tapak pilihan untuk itu.” Kilang-kilang yang dikunjungi termasuk Lutron Liamuiga, Kajola Kristada, Jaro Electronics, dan API Harowe St Kitts di Sandy Point. Perdana Menteri Harris disertai oleh 11 orang pegawai Kerajaan.
– AKHIR –
CS Global Partners adalah sebuah penasihat undang-undang antarabangsa dan sebuah ejen Kerakyatan oleh Pelaburan yang dimandatkan oleh kerajaan St Kitts dan Nevis.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11881

Wednesday, February 20, 2019
RADIO DAN PENYELESAIAN POC HYTERA MEMPERLUASKAN PILIHAN ANDA UNTUK KOMUNIKASI KE MANA-MANA
SHENZHEN, China, 20 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Teknologi PoC telah berkembang dengan pesat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Ia bukan sahaja memenuhi tuntutan pengguna akhir untuk perkhidmatan suara tradisional, tetapi juga memudahkan perkhidmatan data imej, teks, video dan multimedia yang lain. Penggunaan rangkaian awam telah membolehkan radio PoC untuk mencapai jangkauan yang luas, komunikasi jarak jauh tanpa rangkaian tambahan atau penggunaan alat pengulang. Oleh itu, radio PoC boleh digunakan dalam pelbagai senario yang besar, dan menjimatkan pelaburan tambahan bagi pelanggan. Hasilnya, radio PoC yang berasaskan 3G/4G telah menjadi semakin popular di seluruh dunia.
Bagi pelanggan dari beberapa sektor perniagaan tertentu di mana kebolehpercayaan dan keselamatan bagi komunikasi suara dapat dikompromikan, PoC adalah merupakan penyelesaian yang ideal untuk mereka kerana ia memberi tumpuan kepada komunikasi suara dan mempunyai aplikasi multimedia, penghantaran dan fungsi kedudukan sebagai pelengkap yang berguna. Tidak syak lagi, terdapat satu potensi pasaran yang besar bagi produk ini.
Radio PoC Hytera
Hytera, sebuah pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian komunikasi Radio Mudah Alih Profesional (PMR) yang berinovatif, telah memaparkan satu siri radio PoC yang dibina di atas sebuah sistem pengendalian Android yang disesuaikan secara meluas dan dilengkapi dengan platform perkakasan mewah. Radio PoC Hytera di semua peringkat menyediakan perkhidmatan suara, teks, imej, video dan multimedia yang lain ke atas 2G, 3G dan 4G dan rangkaian awam WiFi. Selain itu, mereka mempunyai antara muka yang terbuka dan serasi dan SDK untuk menyokong penyesuaian khusus pihak ketiga dan penyelesaian bahagian belakang yang pelbagai. Oleh itu, radio PoC Hytera dapat memenuhi pelbagai keperluan dari pengguna akhir di dalam industri keselamatan, logistik, pengangkutan, taman perindustrian pintar, kereta api dan lapangan terbang, pelabuhan, pasar raya besar dan banyak industri menegak yang lain.
Pada tahun 2018, Hytera telah melancarkan radio PoC mereka yang pertama, PNC370, yang menarik perhatian yang luas di dalam industri. PNC370 dapat meningkatkan komunikasi dan kolaborasi anda di mana juga, serta menawarkan kepada anda pengurusan sistem yang berasaskan peranan dan fungsian penghantaran yang fleksibel.
Minggu depan di MWC Barcelona, Hytera akan memperkenalkan buat pertama kali PNC550 mereka, sebuah radio PoC pintar dengan skrin sentuh 5 inci, yang menggabungkan kedua-dua ciri telefon pintar 4G dan radio PMR. Sila lawat tapak Hytera di Dewan 6 (6M20) untuk mengetahui tentang radio pintar yang baharu ini.
Penyelesaian PoC Lengkap Hytera
Radio PoC Hytera boleh digunakan di dalam gabungan dengan platform bahagian belakang bersepadu audio dan video, yang bermaksud Hytera mempunyai satu penyelesaian PoC yang lengkap berbanding dengan rangkaian 2G, 3G, 4G dan WiFi untuk pelanggan, yang sama ada boleh membeli perkakasan tambahan untuk membina rangkaian mereka sendiri bagi pengurusan peribadi, atau menyewa pelayan awan bagi pengurusan yang fleksibel. Platform pengurusan terminal pengguna berasaskan web itu memudahkan pengurusan berasaskan peranan layan diri. Sebagai contoh, peranan seperti peniaga, syarikat, dan pengguna mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Platform penghantaran berasaskan web membolehkan panggilan individu, panggilan kumpulan dan panggilan kumpulan sementara dilakukan, serta pemindahan multimedia (teks, imej, suara) dan panggilan video tepat masa. Di samping itu, ia boleh digunakan dalam gabungan dengan Google Mapbagi membolehkan kedudukan GPS tepat masa, main semula trek, dan DGNA berasaskan peta (tugasan nombor kumpulan dinamik). Ciri-ciri kawalan pengguna jarak jauh termasuk menghidupkan semula, pegun jarak jauh, pembatal dan perintang pengguna juga tersedia.
Radio PoC Hytera adalah serasi dengan kebanyakan penyelesaian PoC yang berada di pasaran dan disesuaikan dengan perisian yang tersuai. Hytera juga membangunkan sebuah sistem komunikasi multimedia P-PoC yang menggunakan teknologi suara melalui protokol Internet (VoIP) untuk menyokong perkhidmatan sistem radio dua hala. Untuk menikmati panggilan individu, panggilan kumpulan dan perkhidmatan radio dua hala yang amat banyak dalam satu masa yang singkat, pengguna hanya perlu memasang sebuah aplikasi pada radio PoC Hytera. Bagi pelanggan yang ingin menggunakan sistem PMR jalur sempit mereka yang sedia ada, Hytera menawarkan satu penyelesaian PoC pertumpuan yang berinovatif, yang menghubungkan kedua-dua rangkaian jalur sempit dan jalur lebar untuk memastikan satu pengalaman pengguna yang lancar dalam perkhidmatan suara, kawalan panggilan dan penghantaran.
Setakat ini, penyelesaian PoC Hytera telah berjaya diterapkan di dalam pelbagai projek termasuk Pelan Respons Kecemasan Biro Pengurusan Bandar Nanshan Shenzhen untuk Taufan Mangkhut, Pasukan Perubatan Separuh Marathon Nanshan bagi sokongan komunikasi dan projek komunikasi memadamkan kebakaran di Korea Selatan, dan mendapat pengiktirafan yang mengagumkan.
Maklumat mengenai Hytera Communications
Hytera Communications Corporation Limited adalah sebuah pembekal terkemuka dunia bagi penyelesaian komunikasi Radio Mudah Alih Profesional (PMR) yang meningkatkan kecekapan organisasi dan menjadikan dunia lebih selamat. Ditubuhkan di Shenzhen, China pada tahun 1993 dan disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen (002583.SZ), Hytera mempunyai 10 pusat R&D di seluruh dunia. Hytera memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 120 buah negara dan wilayah, termasuk kerajaan, keselamatan awam, utiliti, pengangkutan dan perusahaan. Sepura Group PLC (di United Kingdom) dan anak syarikat mereka Teltronic S.A.U. (di Sepanyol) menjadi sebahagian daripada Hytera pada Mei, dan Norsat International Inc. (di Kanada) dan Bahagian mereka di Sinclair menjadi sebahagian daripada Hytera pada Julai 2017. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hytera.com.
Ikuti Kami:
www.facebook.com/Hytera.Global
www.linkedin.com/company/hytera
www.instagram.com/hytera.global
www.youtube.com/user/HyteraTube
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190219005551/en/
Hubungi
Jean Shen
+86 755 26972999
jean.shen@hytera.com
Sumber : Hytera Communications Corporation Limited
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

BENXI MENDENDANGKAN SEBUAH "LAGU MENGENAI AIS DAN API"
SHENYANG, China, 20 Feb., 2019 /Xinhua-AsiaNet/ --
Hanya semasa Tahun Baru Cina pada tahun ini, pelancong dari seluruh negara telah menikmati satu pesta ais dan salji di Benxi, wilayah Liaoning. Menurut Kerajaan Perbandaran Benxi, Benxi telah mewujudkan sebuah ekonomi ais yang berinovatif untuk dengan jayanya menyelesaikan masalah lazim pelancongan "setengah tahun yang panas, setengah tahun yang terbiar" di bandar-bandar raya utara, sekali gus mengubah "sumber-sumber sejuk" menjadi "ekonomi yang panas", dan mendendangkan sebuah "lagu mengenai ais dan api".
Pada 13 Feb, 2019, Karnival Ais dan Salji Benxi telah diadakan di Huaxi Mu International Hot Spring Resort. Chen Kefeng dan rakan-rakannya, pelancong dari Shenzhen, wilayah Guangdong, telah "melengkapkan diri sepenuhnya" di lereng-lereng ski. "Kami datang ke sini terutamanya untuk terjunam besar ini, yang merupakan tahap antarabangsa," kata Chen Kefeng.
"Sangat melucukan apabila rambut anda yang basah akan menjadi keras membeku dalam masa yang singkat apabila anda berendam di mata air panas," kata seorang pelancong dari Jinan, wilayah Shandong. Pengurus besar bagi operasi di Benxi Huaxi Mu International Hot Spring Resort, Song Zhenglin berkata sejumlah besar pelancong selatan akan datang ke sini untuk bermain ski, berendam di mata air panas dan menikmati salji pada setiap musim sejuk. Terutama semasa setiap Festival Musim Bunga, kesemua bilik akan ditempah lebih awal.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi satu trend untuk berendam di mata air panas, bermain ski, minum sup biri-biri dan menjamu makanan periuk panas Manchu di Benxi. Bergantung kepada sumber geologi dan ekologi yang unik, Benxi telah secara beransur-ansur membentuk satu situasi pelbagai titik mekar bagi ekonomi ais dan salji, sekali gus memacukan pembangunan kluster industri pelancongan ais-salji. Terdapat hampir 20 pusat peranginan yang mempunyai kemudahan bermain ski dan mata air panas di Benxi.
Dunia ais dan salji yang sangat sejuk itu membawa kesegaran baharu ekonomi kepada Benxi, dengan merubah tanah yang beku dan diliputi salji itu menjadi sebuah gunung emas dan perak. Menurut data pelancongan ais salji tahun 2018, Benxi telah menerima kira-kira 7.702 juta orang pelancong, dan jumlah pendapatan pelancongan mencapai 6.24 bilion yuan.
Setiausaha jawatankuasa parti perbandaran Benxi, Jiang Xiaolin, memberitahu wartawan bahawa Benxi telah mencipta sebuah model "salji ais dan mata air panas", yang telah menarik sejumlah besar pelancong dari seluruh negara dan meningkatkan pendapatan pelancongan dengan ketara. Mengambil Huaxi Mu International Hot Spring Resort sebagai satu contoh, ia telah melaburkan lebih daripada 2 bilion yuan untuk membina bandar-bandar mata air panas yang mewah di kampung-kampung pergunungan terpencil, yang menggalakkan pemulihan luar bandar dan memacukan peningkatan pendapatan dan kemakmuran penduduk kampung.
Sumber: Kerajaan Perbandaran Benxi
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=330151

Monday, February 18, 2019
DOCOMO AKAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN ALBUM FOTO PADA ASAS OEM KEPADA FET DI TAIWAN
TOKYO, 18 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT DOCOMO, INC. hari ini mengumumkan bahawa ia telah bersetuju dengan Far EasTone Telecommunications Co., Ltd. (FET), satu daripada pengendali mudah alih terbesar di Taiwan, untuk menyediakan perkhidmatan album foto d photoTM DOCOMO pada asas OEM untuk dilancarkan di Taiwan. Perkhidmatan itu akan dilancarkan sebagai “friDay Pai Pai Ben” pada 18 Februari.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190217005043/en/
Pangkalan pelanggan FET yang terdiri daripada kira-kira 7.17 juta akaun pelanggan untuk mendahului dengan 27 peratus penguasaan di dalam pasaran Taiwan setakat Disember 2018.
Persetujuan itu akan melibatkan pembabitan ITOCHU Techno-Solutions Corporation (CTC), integrator sistem utama Jepun, yang akan membangun dan mengendalikan sebuah aplikasi khusus dan sistem-sistem yang diperlukan. Di samping itu, Asukanet Co., Ltd., sebuah syarikat pembuatan album foto, akan membangun dan menyampaikan album-album foto fizikal yang mengandungi kandungan visual yang pelanggan simpan melalui akaun friDay Pai Pai Ben mereka.
Di Jepun, pelanggan menggunakan perkhidmatan awan d photo DOCOMO untuk menyimpan foto dan video, dan mencetak foto untuk membuat album foto asal dengan kadar bayaran bulanan sama rata JPY 280, termasuk penghantaran (tidak termasuk cukai). Perkhidmatan itu sangat popular terutama di kalangan keluarga, termasuk mereka yang mempunyai anak kecil.
Melangkah ke hadapan, DOCOMO berhasrat untuk mengembangkan perkhidmatan mereka yang popular di pasaran Asia yang lebih luas berdasarkan kepada pandangan jauh yang diperolehi dengan pelancaran Taiwan itu.
Maklumat mengenai NTT DOCOMO
NTT DOCOMO, pengendali mudah alih yang terkemuka di Jepun dengan lebih 77 juta langganan, merupakan satu daripada penyumbang paling utama di dunia untuk teknologi rangkaian mudah alih 3G, 4G dan 5G. Di luar perkhidmatan komunikasi teras, DOCOMO kini mencabar perbatasan baharu dengan kerjasama beberapa entiti (rakan-rakan "+d") yang semakin berkembang, sekali gus mewujudkan perkhidmatan nilai tambah yang menarik dan mudah yang mengubah cara orang hidup dan bekerja. Di bawah sebuah pelan jangka pertengahan ke arah tahun 2020 dan seterusnya, DOCOMO sedang merintis satu rangkaian 5G yang terkemuka untuk memudahkan perkhidmatan berinovatif yang akan memukau dan memberi inspirasi kepada pelanggan melebihi jangkaan mereka. DOCOMO disenaraikan di Bursa Saham Tokyo (9437). www.nttdocomo.co.jp/english.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11878

Subscribe to:
Posts (Atom)