Wednesday, February 27, 2019

ARAH ALIRAN BAKAT GLOBAL 2019 MERCER

Kajian Arah Aliran Bakat Global Mercer 2019 mengenal pasti empat aliran utama yang membentuk masa depan kerja
 
KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menurut kajian Arah Aliran Bakat Global 2019 Mercer, hampir tiga perempat (73%) eksekutif meramalkan gangguan yang signifikan dalam tiga tahun akan datang, berbanding 26% pada tahun 2018. Ketika para eksekutif memfokuskan diri untuk menjadikan organisasi mereka "sesuai masa depan", risiko modal insan yang ketara - termasuk keupayaan untuk menutup jurang kemahiran dan mengatasi keletihan perubahan pekerja - boleh menghalang kemajuan transformasi. Mengatasi kebimbangan ini amat penting, memandangkan hanya satu daripada tiga eksekutif menilai kemampuan syarikat mereka untuk menangani risiko modal insan sebagai sangat berkesan.
 
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, organisasi telah berpindah daripada jangkaan kepada tindakan dalam mempersiapkan masa depan kerja. Tetapi mereka berisiko membingungkan orang dengan terlalu banyak perubahan, mengabaikan nilai-nilai yang dikagumi individu, dan membanjiri mereka dengan proses yang tidak berkesudahan," kata Ilya Bonic, Presiden perniagaan Kerjaya Mercer.
 
Dalam suasana ketidakpastian masa kini, pekerja mencari kestabilan. Kajian Mercer mendapati bahawa jaminan kerja adalah salah satu daripada tiga sebab utama pekerja menyertai syarikat mereka, dan sebab utama mereka kekal. Walau bagaimanapun, satu daripada tiga pekerja bimbang bahawa AI dan automasi akan menggantikan tugas mereka. Cara untuk membantu pekerja berasa terjamin adalah untuk memupuk hubungan insan. Pekerja yang berjaya (yang makmur dalam bidang kesihatan, kekayaan, dan kerjaya) adalah dua kali lebih mungkin untuk menggambarkan peranan mereka sebagai "fokus perhubungan" dan persekitaran kerja mereka sebagai "kolaboratif."
 
"Masa depan kerja adalah mengenai kesalinghubungan, mewujudkan persekitaran kerja yang menarik kepada tenaga kerja hari ini dengan membina identiti yang jelas, mencetuskan hubungan, dan menggunakan data untuk memperibadikan pengalaman," kata Kate Bravery,  Pemimpin Penyelesaian Global Kerjaya Mercer.
 
Kajian Mercer mengenal pasti empat arah aliran utama yang dipacu oleh syarikat-syarikat terkemuka pada tahun 2019: Menyelaraskan Kerja ke Nilai Masa Depan, Membangun Resonans Jenama, Mengendalikan Pengalaman Kerja, dan Menyampaikan Perubahan dikemudi-Bakat.
 
Menyelaras Kerja ke Nilai Masa Depan. AI dan automasi terus mengubah landskap persaingan - 60% syarikat merancang untuk mengautomasi lebih banyak kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang. Pada masa sama, nama-nama kerja pejabat C-suite direka bentuk semula sebagai bidang pelaburan bakat dengan potensi tertinggi untuk pulangan pelaburan, dan 65% pekerja meminta tanggungjawab yang lebih jelas. Cabaran untuk Bahagian Sumber Manusia (BSM) adalah untuk membina strategi orang yang bersepadu (pendekatan yang digunakan empat kali lebih kerap oleh syarikat pertumbuhan tinggi) dan memanfaatkan analisis bakat yang tepat untuk memaklumkan keputusan tentang saiz dan bentuk organisasi masa hadapan - namun hanya satu pertiga daripada syarikat mempunyai pandangan yang baik mengenai kesan perniagaan atas pembelian, bina, pinjam, dan automasi strategi mereka. "Kunci adalah menjajarkan pekerjaan dan orang ke mana nilai sedang dicipta, dan membolehkan mekanisme untuk memberi ganjaran kepada kemahiran dan tingkah laku yang sesuai dengan masa depan," kata Cik Bravery.
 
Membangun Resonans Jenama. Apa yang penting kepada pekerja dan pencari kerja ialah cara syarikat menjalankan perniagaan dan menegakkan nilai jenamanya. Dalam dunia sosial, telus, garis-garis adalah kabur antara jenama pengguna syarikat dan cadangan nilai bakat (TVP). Syarikat-syarikat yang berjaya memastikan bahawa jenama mereka bergema dengan semua segmen tenaga kerja - 68% organisasi pertumbuhan tinggi membezakan TVP mereka kepada kumpulan yang berlainan (seperti pekerja kontinjen), berbanding 47% syarikat pertumbuhan sederhana. Ganjaran nilai ganjaran organisasi adalah satu bidang di mana nilai jenama dapat bersinar: Pekerja yang berjaya adalah empat kali lebih pasti untuk bekerja untuk sebuah syarikat yang memastikan ekuiti dalam keputusan gaji dan promosi (78% lwn. 18%).
 
Mengendalikan Pengalaman Kerja. Pengalaman kerja harian yang berkesan dan relevan  penting untuk mengekalkan bakat terbaik. Menurut kajian Mercer, pekerja yang berkembang maju tiga kali lebih cenderung untuk bekerja untuk sebuah organisasi yang dapat membuat keputusan cepat (81% lwn. 26%) dan menyediakan alat dan sumber untuk mereka melakukan pekerjaan mereka secara efisien (82% lwn. 30 %). Pelan pembangunan profesional yang diperibadikan dan dipermudahkan adalah permintaan daripada pekerja - lebih daripada separuh (56%) pekerja mahu pembelajaran untuk membantu mereka mengembangkan kemahiran mereka dan bersedia untuk pekerjaan masa depan. Teknologi memainkan peranan kritikal - firma pertumbuhan tinggi adalah dua kali lebih tinggi daripada firma pertumbuhan sederhana untuk memberikan pengalaman digital sepenuhnya kepada pekerja.
 
Menyampaikan Perubahan dikemudi Bakat. Untuk memastikan bakat menjadi teras  perubahan, BSM harus mempunyai suara dalam transformasi perniagaan. Kajian tahun ini mendapati 61% pemimpin BSM terlibat dalam merancang pelaksanaan projek perubahan utama dan 54% terlibat dalam melaksanakan rancangan tersebut. Tetapi, hanya dua daripada lima pemimpin BSM mengambil bahagian dalam peringkat penjanaan idea inisiatif transformasi. BSM melihat moral pekerja sebagai halangan penting untuk membuat perubahan: "Pergeseran pekerja" dan "penurunan kepercayaan pekerja" adalah dua cabaran utama pada tahun hadapan. "Penemuan-penemuan ini menunjuk kepada keperluan untuk usaha transformasi untuk memberi tumpuan kepada reka bentuk berpusatkan rakyat dan metrik bakat yang lebih baik untuk memahami bagaimana orang mengalami dan menerima perubahan," kata Encik Bonic.
 
Arah Aliran Bakat Global 2019 Mercer mengkaji pandangan daripada lebih 7,300 eksekutif perniagaan kanan, pemimpin BSM, dan para pekerja daripada sembilan industri utama dan 16 geografi di seluruh dunia. Untuk memuat turun laporan, layari https://www.mercer.com/global-talent-trends.
 
Mengenai Mercer
 
Mercer menyampaikan penyelesaian nasihat dan dijana-teknologi yang membantu organisasi memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan kerjaya perubahan tenaga kerja. Lebih daripada 23,000 pekerja Mercer berpangkalan di 44 negara dan firma ini beroperasi di lebih 130 negara. Mercer adalah anak syarikat milik penuh of Marsh & McLennan Companies (NYSE: MMC), firma perkhidmatan profesional global terkemuka dalam bidang risiko, strategi dan insan. Dengan hampir 65,000 rakan sekerja dan pendapatan tahunan lebih daripada $14 bilion, melalui syarikat-syarikat terkemukanya di pasaran termasuk Marsh, Guy Carpenter dan Oliver Wyman, Marsh & McLennan membantu pelanggan mengemudi persekitaran yang semakin dinamik dan kompleks. Untuk maklumat lanjut, layari www.mercer.com. Ikuti Mercer di Twitter @Mercer

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190226005499/en/
 
Hubungi

Andrew Davy
+65 8163 8511
andrew.davy@mercer.com
 
Sumber : Mercer
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

TOSHIBA MEMORY CORPORATION LANCAR PRODUK MEMORI IMBAS TERBENAM PATUH E-MMC VER. 5.1 MENGGUNAKAN MEMORI IMBAS BICS FLASH™ 3D

TOKYO, 27 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan bahawa ia akan memulakan pensampelan baru produk memori imbas terbenam patuh JEDEC e-MMC Ver. 5.1[1]  menggunakan memori imbas 3D BiCS FLASH™ untuk aplikasi pengguna pada hujung Mac.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat versi lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190226006346/en/ 

Produk e-MMC adalah produk memori imbas terbenam yang mengintegrasikan cip memori imbas dan satu pengawal dalam satu pakej.

Syarikat ini akan terus memperkukuh kedudukan peneraju pasarannya dengan menambah produk memori terbenam 3D BiCS FLASH ™ kepada senarai produk-produk memori imbasnya.

Table

Nota
[1] Salah satu spesifikasi standard memori imbas terbenam yang ditakrifkan oleh JEDEC. Produk baru juga menyokong arahan baris gilir dan ciri-ciri perlindungan tulis terjamin yang dinyatakan sebagai pilihan dalam JEDEC e-MMC Ver. 5.1.
[2] Ketumpatan produk dikenalpasti berdasarkan kepadatan cip memori dalam Produk, bukan jumlah kapasiti memori yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti pengguna yang boleh digunakan akan kurang disebabkan oleh kawasan data atas, pemformatan, blok tak lancar, dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza-beza berdasarkan peranti dan aplikasi hos. Untuk perincian, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan.

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang disebutkan di sini mungkin tanda niaga syarikat masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Toshiba Memory Corporation
Bahagian Perancangan Jualan
Tel: +81-3-6478-2423
https://business.toshiba-memory.com/en-jp/contact.html

Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah betul pada tarikh pengumuman tetapi boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190226006346/en/

Hubungan

Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber : Toshiba Memory Corporation

KEMPEN DERMA DARAH 2019 ANJURAN KELAB AMBANK GROUP DI JOHOR

JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) -- Kelab AmBank Group (KAG) dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah di Capital City Entertainment Mall Tampoi, Johor.

“Ini merupakan kempen derma darah yang pertama bagi tahun 2019, dalam usaha Kumpulan AmBank terus memainkan peranannya sebagai organisasi korporat yang prihatin, dengan membantu meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menderma darah. Kami berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai untuk tampil sebagai penderma darah dalam membantu Pusat Darah di Johor,” kata Syed Anuar Syed Ali, Presiden, Kelab AmBank Group merangkap Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank.

Cenderahati penghargaan juga diberikan kepada setiap penderma. Syed Anuar bersama ahli-ahli jawatankuasa KAG turut hadir untuk menggalakkan penderma semasa kempen derma darah dijalankan. Seramai lebih kurang 100 penderma hadir bagi menderma darah di kempen derma darah anjuran KAG yang berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang.

Kumpulan AmBank terus memainkan peranannya melalui program tanggungjawab social korporat untuk masyarakat secara keseluruhan, tanpa mengira kaum, kepercayaan atau agama kerana kami menyumbang kepada pembangunan komuniti yang mampan di mana kami beroperasi. Pendekatan ini telah dan akan terus menjadi teras dalam pendekatan kami kepada program penjagaan masyarakat. Projek-projek seperti ini membantu memenuhi matlamat kami untuk memainkan peranan korporat yang berkesan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, secara amnya.
  
SUMBER : ​AmBank Group

Tuesday, February 26, 2019

SMBC lantik Kainaka sebagai Presiden/CEO

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- SMBC Malaysia melantik Tetsuya Kainaka sebagai presiden/ketua pegawai eksekutifnya berkuat kuasa 23 Jan, 2019.

Sebelum pelantikan itu, Kainaka bertugas sebagai pengurus Jabatan Perniagaan Pelanggan Global SMBC di ibu pejabat bank berkenaan di Tokyo, dengan mengurus perniagaan pelanggan multinasional bukan Jepun di Jepun, kata SMBC dalam kenyataan hari ini.

Kainaka juga pernah berkhidmat masing-masing selama tiga tahun di Amerika Utara dan Selatan, mengurus jabatan perbankan korporat di New York sebelum berpindah ke Brazil bagi menyelia perancangan dan penggalakkan perniagaan serta perniagaan perbendaharaan di Banco Sumitomo Mitsui Brasileiro S.A., Sao Paulo Brazil (anak syarikat 100 peratus SMBC di Brazil).

-- BERNAMA

Dtect Colon+, penyaringan genetik terbaru kanser kolorektal

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC) dan subsidiarinya, syarikat perkhidmatan patologi Clinipath (Malaysia) Sdn Bhd (Clinipath) hari ini mengumumkan ujian penyaringan genetik terbaru mengkaji gen utama yang berkaitan dengan kanser kolorektal (CRC), Dtect Colon +.

MGRC dalam satu kenyataan hari ini berkata penyaringan genetik dapat mengenal pasti kecenderungan genetik kepada CRC.

“Saringan Dtect Colon+ akan dapat mengenalpasti keperluan pengawasan patalogi yang biasa bagi membendung penyakit lebih awal, semasa ia masih mudah untuk dirawat. Keputusan positif mungkin juga berguna dalam menggalakkan perubahan gaya hidup yang positif bagi membanteras risiko penularan CRC,” menurutnya.

CRC adalah salah satu kanser yang paling biasa yang mempengaruhi kedua-dua lelaki dan wanita dewasa di Malaysia.

Menurut kenyataan itu pada 2018 Kementerian Kesihatan menerbitkan kajian MyScan berkaitan insiden-insiden kanser dan kadar survival.

“Menerusi kajian itu CRC didapati paling tinggi di kalangan kaum Cina, diikuti dengan Melayu dan India. Kadar insiden dodapati meningkat selaras denganpeningkatan umur, terutama umur 55 tahun keatas. Kadar kematian bagi lelaki adalah 1.42 kali lebih tinggi daripada wanita. Lebih penting lagi kajian itu mendapati bahawa pengesanan awal serta rawatan dan CRC (pada tahap 1) membawa kepada kadar survival relatif 5 tahun sebanyak 79.3 peratus. "

Malangnya, peringkat awal CRC sering tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit, yang menjadikan penyakit itu sukar dikesan lebih awal.

Gejala-gejala umum mungkin termasuk tabiat usus yang berubah, darah dalam najis, sakit perut, penurunan berat badan, anemia dan halangan usus.

-- BERNAMA

Friday, February 22, 2019

Fusionex buat lonjakan 'GIANT' untuk platform data progresif, khusus

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Fusionex, penyedia teknologi data yang memenangi pelbagai anugerah, disenarai pendek dalam laporan firma penyelidikan dan penasihat global Gartner 2018 bagi 'Vendor Lain untuk Dipertimbang bagi Analitis Moden dan BI'.

Laporan itu mengiktiraf platform penemuan data dan analitis Fusionex, GIANT, sebagai pemain contoh antarabangsa dalam Analitis dan Perniagaan Risikan (A&BI). Laporan itu juga menyenaraikan Google, Splunk dan Amazon dalam pelbagai kategori.

GIANT menawarkan keupayaan moden yang progresif dan khusus dalam analitis penstriman, yang juga merupakan platform pantas untuk maklumat penyelesaian menyeluruh dengan pelbagai fungsi, daripada penyediaan data dan visual sehinggalah kepada analitis unjuran dan preskriptif.

Platform itu yang terkenal kerana mudah digunakan, menyokong pelbagai rangkaian aliran kerja analitik penuh dan keupayaan servis layan diri yang meningkatkan keberkesanan bahagian IT perniagaan.

Menerusi fungsi Pertanyaan Pintar (Smart Query), pengguna dapat mengajukan pertanyaan dalam bahasa asal dan mendapat maklumat segera, menurut kenyataan itu.

"Kami berbesar hati kerana Fusionex telah disebutkan dalam laporan Gartner. Pasukan kami komited untuk terus meningkatkan penawaran bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pangkalan pelanggan kami yang semakin berkembang," kata Pengasas Fusionex dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Ivan Teh.

Baru-baru ini, Fusionex dijemput ke Sidang Kemuncak Data & Analitis Gartner 2019 di Sydney, Australia untuk mempamerkan penyelesaian GIANT, Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin, dan penyelesaian Objek Rangkaian Internet, yang termasuk analitis penstriman.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.fusionex-international.com.

-- BERNAMA

SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL SERTAI PROGRAM TINGKAT KESEDARAN MENGENAI TAKAFUL

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Sun Life Malaysia Takaful Bhd mengikrarkan sokongannya terhadap program perlindungan insurans takaful Race for Cover Towards Takaful 2020 (RFCTT 2020) anjuran Persatuan Takaful Malaysia sejak Julai 2018 sehingga Disember 2020.

RFCTT 2020 bertujuan meningkatkan kesedaran tentang takaful (Insurans Islam) kepada rakyat Malaysia, khususnya perlindungan Takaful Keluarga dalam kalangan masyarakat, meningkatkan kadar penembusan takaful dan mengurangkan jurang perlindungan insurans di negara ini.

“Sepanjang tempoh Program RFCTT, produk takaful utama yang akan dipromosikan menerusi bank pengagihan utama kami ialah Takaful Mulia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia Takaful Muhammad Fikri Mohamad Rawi dalam kenyataan hari ini.

“Takaful Mulia adalah satu daripada produk paling inovatif kami kerana ia menyediakan keseimbangan antara perlindungan, simpanan dan tuntutan kerohanian.

“Ia membantu rakyat Malaysia bukan sahaja untuk meninggalkan sesuatu untuk orang tersayang mereka apabila mereka meninggal dunia, tetapi juga menepati kewajipan agama mereka bagi wakaf, zakat, dan sedekah,” katanya.

Berdasarkan Laporan Kestabilan Kewangan dan Pembayaran Bank Negara Malaysia 2016, malahan dalam kalangan penduduk yang diinsurans atau diliundungi insurans, terdapat jurang perlindungan dengan purata dianggarkan sebanyak RM553,000 hingga RM723,000 setiap keluarga, yang jumlah itu diperlukan untuk menampung standard kehidupan sedia ada mereka sekiranya penjana utama pendapatan meninggal dunia.

Ini diterjemahkan kepada kekurangan pelindungan takaful sebanyak RM200,000 setiap individu.

Muhammad Fikri berkata Takaful Mulia menyediakan dua jenis faedah, iaitu kewangan dan perlindungan serta manfaat kerohanian.

Bagi faedah kewangan, beberapa daripada faedah Takaful Mulia adalah amaun sekaligus sebanyak 100 peratus daripada jumlah yang dilindungi dicampur dengan nilai akaun universal jika berlaku kematian/hilang upaya kekal (TPD).

Amaun sekaligus tambahan sebanyak 100 peratus bagi jumlah yang dilindungi akan disalurkan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan/TPD di masjid/surau atau semasa sedang mengerjakan haji/umrah.

Bagi faedah kerohanian, antara lain, Takaful Mulia menawarkan sumbangan wakaf tetap (3.0 peratus daripada jumlah sumbangan) dibayar kepada badan wakaf dilantik, tambahan 10 peratus daripada jumlah perlindungan yang perlu dibayar kepada badan wakaf dilantik sekiranya berlaku kematian/TPD.

Takaful Mulia boleh didapati di semua cawangan CIMB Bank dand CIMB Islamic di seluruh negara.

-- BERNAMA