Monday, March 11, 2019

MICHALIS CHRISTODOULOU, PENGARAH KORPORAT KANAN OPERASI BAHARU UNTUK NEXUSTOURS

CANCUN, Quintana Roo, 11 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kami dengan bangga mengumumkan bahawa pada 28 Februari, Michalis Christodoulou telah menyertai pasukan kami sebagai Pengarah Korporat Kanan Operasi, yang melaporkan terus kepada Ruben Gutierrez, Presiden Perkhidmatan Destinasi Sunwing / NexusTours kami sebagai ahli baharu jawatankuasa eksekutif NexCo.
 
Michalis Christodoulou ialah profesional yang terkenal dengan hubungan yang kukuh dalam industri pelancongan dan pengalaman kepimpinan yang banyak dengan syarikat dalam industri, seperti; Expedia, PriceTravel Holding, Xcaret Group, My Travel Canada Holidays Inc., Olympus Tours dan Daelmi Tours. Michalis telah menambah kebolehannya untuk menyatukan dan meningkatkan persekutuan strategik, menubuhkan pasukan berprestasi tinggi dan berkebolehan tinggi untuk memenuhi objektif untuk setiap syarikat ini.
 
Beliau menyertai NexusTours untuk membangunkan strategi operasi yang memastikan pematuhan objektif komersial, operasi dan kewangan di negara NexusTours beroperasi, di samping menyediakan keberkesanan perniagaan, menyelaraskan proses dan menetapkan standard berkualiti tertinggi dalam persekitaran yang sentiasa berubah seperti industri pelancongan.
 
Ruben Gutierrez, Presiden Perkhidmatan Destinasi Sunwing / NexusTours memberi komen"Kami amat gembira untuk menambah profesional hebat seperti Michalis ke pasukan pengurusan kami. Dengan ketibaan beliau, kami akan mampu meningkatkan kawasan operasi dan mempercepat transformasi yang dicadangkan dalam Rancangan Strategik Nexus 2.0, yang menumpukan keperluan pelanggan, inovasi dan pelaksanaan program baharu dalam kerjasama berkumpulan dengan Pengarah Negara dan Pengurus Destinasi, yang bakal melaporkan terus kepada En. Michalis. Pada masa yang sama, pengetahuan beliau yang mendalam tentang sektor ini menambah banyak nilai dalam proses penstandardan amalan terbaik kami dan akan memudahkan rancangan perkembangan untuk 3 tahun akan datang bagi menyatukan kami sebagai pemimpin Pakar Tempatan di Amerika".
 
Penambahan ini melengkapkan jawatankuasa eksekutif NexCo, yang diketuai oleh Ruben Gutierrez Presiden Perkhidmatan Destinasi Sunwing / NexusTours dan terdiri daripada Michalis Christodoulou, Roberto Bermudez Pengarah Korporat Kanan Pengedaran & Produk- Jesus Rocha -Pengarah IT Korporat Kanan- Pedro Dominguez -Pengarah Korporat Kanan & Perkhidmatan Korporat Kewangan- dan Pablo Gutierrez -Pengarah Korporat Kanan Strategi & Pemasaran.
 
PERIHAL KAMI 

Kami ialah Syarikat Pengurusan Destinasi peneraju di Mexico, Caribbean dan Amerika Tengah. Pejabat operasi kami terletak di 19 buah negara merentasi 56 destinasi. Sebagai pakar tempatan destinasi kami, keistimewaan kami adalah menyediakan semua perkhidmatan pada destinasi yang pelanggan rakan kongsi kami mungkin perlukan semasa mereka melancong. Perkhidmatan ini termasuklah portfolio pilihan penginapan, termasuk lebih daripada 16,000 hotel, perkhidmatan pengangkutan termasuk pengangkutan dikongsi, peribadi dan mewah daripada semua lapangan terbang dan pelabuhan, lebih daripada 4,000 rombongan untuk pelancongan daripada setiap peringkat umur dan minat serta perkhidmatan bertaraf dunia di semua destinasi kami.
 
Objektif utama kami adalah menawarkan perkhidmatan contoh dan produk unik kepada pelanggan. Katalog Koleksi Nexus kami terdiri daripada lebih 600 aktiviti eksklusif dengan nilai tambah; serta kenderaan pengangkutan moden kami sendiri daripada van hingga bas, semuanya dilengkapi Wi-Fi percuma. Kami juga menawarkan khidmat pelanggan komprehensif untuk pelanggan dengan Pusat Panggilan 24/7 kami, pasukan khidmat pelanggan di destinasi dan jabatan Pasca Pelancongan kami.
 
Baru-baru ini, kami telah melancarkan salah satu penyelesaian moden yang paling mengujakan untuk pengedaran khidmat pelancongan yang dipanggil NexusCube. Platform baharu ini akan menawarkan penyelesaian dalam talian terbaik kepada rakan kongsi pelancongan kami untuk meningkatkan perniagaan mereka dan akan membolehkan mereka mengakses pengesahan serta-merta daripada semua perkhidmatan kami menerusi yang berikut:
 
Portal Rakan Kongsi Pelancongan: (TPP https://tpp.nexustours.com/login/ Tersedia untuk kegunaan profesional menerusi pendaftaran ringkas).
 
Integrasi XML dengan API canggih serasi dengan sistem tempahan mana-mana agensi pelancongan, operator pelancongan atau OTA.
 
Sebagai sebahagian daripada Sunwing Travel Group, pelanggan kami termasuklah Sunwing Vacations, Signature Vacations, Vacation Express and TUI Travel Group; dan lebih daripada 1,500 rakan kongsi pelancongan merentas Amerika Latin, Mexico dan Eropah.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati:
https://corporate.nexustours.com/corporate/
 
Untuk pertanyaan umum berkaitan media, sila hubungi:
Alejandra Martínez de Alva Arnedo 
Koordinator Komunikasi Luaran 
almartinez@nexustours.com
 
Pablo Gutiérrez 
Pengarah Korporat Kanan Strategi & Pemasaran 
pgutierrez@nexustours.com
NexusTours
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/90616c8b-02b1-4df3-b90f-1e0e55b764f4

Sumber: Nexus Tours

--BERNAMA

Sunday, March 10, 2019

KERJASAMA CROWN BIOSCIENCE DAN THE JACKSON LABORATORY MENDAYAKAN AKSES GLOBAL KE MODEL MENCIT FATZO

Kerjasama Berterusan Melancarkan Pengedaran Global Model dan Bekalan Utama Obesiti, Penyakit Metabolik dan NASH untuk Platform Penyakit Kardiovaskular, Obesiti dan Metabolik Bertaraf Dunia CrownBio

SAN DIEGO, 8 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan penyakit onkologi, keradangan, kardiovaskular dan metabolisme hari ini mengumumkan perjanjian eksklusif dengan The Jackson Laboratory (JAX) untuk menggunakan saluran pengedarannya yang bertaraf dunia bagi menyediakan model mencit FATZO kepada penyelidik di seluruh dunia.

Sebagai pengedar eksklusif model FATZO untuk CrownBio, JAX, organisasi penyelidikan bioperubatan bebas tanpa untung akan menggunakan kepakarannya dalam pembiakan, penghasilan dan penghantaran model mencit berkualiti tinggi untuk meningkatkan akses seluruh dunia dengan segera. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, JAX akan menyediakan bekalan model yang diutamakan demi menampung platform perkhidmatan global CrownBio dalam penanda obesiti, diabetes dan penyakit berkaitan.

Model FATZO, model proprietari CrownBio yang unik adalah model mencit poligen biak baka dalam yang relevan translasi dan ideal untuk kajian obesiti, sindrom metabolik dan diabetes, serta pembangunan ubat-ubatan. Model ini sensitif terhadap menghidap obesiti dan sindrom metabolik di bawah pengaruh diet tinggi lemak, yang telah didemonstrasikan sebagai faktor signifikan untuk manusia menghidap penyakit-penyakit ini. Model ini juga menunjukkan perkembangan penyakit yang serupa dengan manusia, yang menjadikannya calon yang sesuai sebagai model sindrom metabolik manusia.

“Saya teruja kerana hubungan kami yang berterusan dengan The Jackson Laboratory telah menghasilkan perjanjian ini dan bakal memudahkan akses kepada FATZO, justeru mempercepatkan penemuan dalam obesiti, diabetes, dan NAFLD/NASH,” kata Dr. Jim Wang, naib presiden kanan bahagian Penyakit Kardiovaskular dan Metabolik CrownBio.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang mencit FATZO dan platform Penyakit Kardiovaskular dan Metabolik Crown, lawati: www.crownbio.com/cvmd

Perihal Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience ialah syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk melanjutkan penyelidikan penyakit onkologi dan metabolisme. Dengan pelbagai model dan alat ramalan relevan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan memberikan calon klinikal yang lebih baik.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=11932

Saturday, March 9, 2019

WACOAL CORP. AKAN MEMBUKA "KYO NO ONDOKORO" KE-4, RUMAH BANDAR KLASIK GAYA KYOTO, PADA 30 MAC, 2019; PENGINAPAN TERHAD KEPADA 1 KUMPULAN BAGI SETIAP KEMUDAHAN

KYOTO, Jepun, 8 Mac, 2019 /Kyodo JBN - AsiaNet / --

-- Membolehkan Tetamu untuk Merasai Sepertimana Mereka Hidup Di Ibu Kota Purba --

Wacoal Corp. akan membuka "Kyo no Ondokoro" mereka yang keempat, sebuah rumah bandar yang diwujudkan dengan mengubah suai sebuah rumah tradisional gaya Kyoto tradisional, di bahagian Selatan di Istana Imperial Kyoto pada 30 Mac, 2019.

Kesemua empat rumah bandar Kyo no Ondokoro milik Wacoal terletak bersesuaian sebagai titik permulaan untuk bersiar-siar di ibu kota purba itu. Tetamu boleh menggunakan rumah bandar itu secara eksklusif semasa penginapan mereka dan merasakan seolah-olah mereka tinggal di bandar raya lama ini.

Laman web rasmi Kyo no Ondokoro:
https://www.kyo-ondokoro.kyoto/en/

Foto 1: "Kyo no Ondokoro FUYACHO-NIJO" dilancarkan pada 30, Mac, 2019
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000223/201903063921/_prw_
PI16fl_vS7xWmG9.jpg

Wacoal telah melancarkan projek Kyo no Ondokoro dalam usaha menyelesaikan satu tentangan sosial yang dihadapi Kyoto – pengurangan rumah-rumah tradisional Kyoto. Syarikat itu menyewakan rumah-rumah bandar tersebut dan mengubah suainya untuk menjadi tempat penginapan. Selepas digunakan sebagai tempat penginapan selama lebih dari 10 tahun, struktur itu akan dikembalikan kepada pemilik mereka selepas pengubahsuaian. Kyo no Ondokoro direka untuk memenuhi gaya hidup rakyat Jepun agar pemilik mereka boleh tinggal di sana selepas struktur itu digunakan sebagai penginapan selama lebih satu dekad.

Oleh itu, pelawat ke Kyoto boleh menyumbang kepada pemeliharaan pemandangan wajah jalan ibu negara purba itu dengan menetap di Kyo no Ondokoro.

Ketika memelihara bahagian luar rumah tradisional gaya Kyoto dari mana orang dapat merasakan sejarah bagi ibu kota purba itu, bahagian dalam rumah bandar itu telah diubah suai mengikut gaya hidup moden. Semua rumah bandar Kyo no Ondokoro dilengkapi dengan sistem pemanasan lantai untuk membolehkan tetamu menginap di sana dengan selesa pada musim sejuk dan mempunyai bilik tidur dengan lantai kayu.

Memandangkan rumah bandar itu direka sebagai tempat tinggal, pelbagai idea telah digabungkan ke dalam struktur itu untuk membolehkan tetamu merasa biasa dengan Kyoto seolah-olah mereka tinggal di sana dan untuk memberikan mereka kegembiraan tinggal di bandar raya lama ini.

Sebagai contoh, setiap rumah bandar Kyo no Ondokoro mempunyai dapur yang mesra pengguna, yang dilengkapi dengan bukan sahaja periuk, kuali dan peralatan memasak yang lain tetapi juga pinggan dan mangkuk. Tetamu boleh membeli bahan-bahan tempatan di pasar-pasar dan menikmati masakan sebagai sebahagian daripada perjalanan mereka ke Jepun.

Wacoal juga menyediakan tetamu dengan maklumat mengenai restoran dan tempat pelancongan yang disyorkan yang memenuhi keperluan mereka. Rumah-rumah bandar itu, yang dilengkapi dengan Wi-Fi, mesin basuh dengan pengering dan seterika pakaian, sesuai untuk penginapan yang lama.

Gambaran keseluruhan bagi Kyo no Ondokoro
-Harga: 50,000 yen hingga 100,000 yen bagi setiap bangunan (cukai penggunaan tidak termasuk;  bergantung kepada bilangan tetamu dan musim)
-Kapasiti: 8 orang tetamu pada tahap maksimum (bergantung kepada kemudahan)
-Daftar masuk: dari 4:00 petang (Daftar masuk diterima di meja depan di Bangunan Baharu Kyoto Wacoal dari pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang)
-Daftar keluar: hingga pukul 11:00 pagi
-Untuk pertanyaan, sila layari:
https://my.wacoal.jp/product/member/CMmEntryform.jsp?ENTRYFORM_NO=3001

Perkhidmatan tambahan utama
-- Menjaga dan mengangkut beg pakaian dan bagasi lain.
-- Menyediakan maklumat mengenai kedai-kedai di sekitar rumah bandar dan tempat-tempat pelancongan,  antara maklumat lain (perkhidmatan tetamu)

Gambaran keseluruhan bagi setiap rumah bandar Kyo no Ondokoro:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/201903063921-O1-6P1lL73v.pdf

(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/201903063921?p=images)

*"Kyo no Ondokoro" adalah tanda perniagaan berdaftar milik Wacoal Corp.


SUMBER: Wacoal Corp.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11933

Friday, March 8, 2019

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGALU-ALUKAN BI NORWEGIAN BUSINESS SCHOOL MENJADI AHLI GMAC

Sekolah Perniagaan Terbesar Norway Meluaskan Jejak GMAC dalam Ruang Sarjana

RESTON, Va., 5 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 The Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan global peneraju sekolah perniagaan, mengumumkan pada hari ini bahawa BI Norwegian Business School telah menjadi ahli terbaru persatuan itu.  Sekolah perniagaan terbesar Norway itu meningkatkan jumlah keahlian GMAC menjadi 226.

Sekolah perniagaan terpilih dijemput untuk memohon keahlian GMAC menerusi Lembaga Pengarahnya. Setiap sekolah melalui proses permohonan komprehensif yang berfokus terhadap komitmen berterusan demi menyokong misi GMAC: menyediakan alat dan maklumat yang diperlukan untuk sekolah dan pelajar berbakat menemui dan menilai satu sama lain.

“Kami menghargai nilai kepelbagaian dalam keahlian kami sama seperti kepelbagaian dalam bilik darjah,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “BI Norwegian Business School ialah sekolah pertama kami dari Norway dan merupakan sekolah perniagaan kedua terbesar di Eropah.  Kami mengalu-alukan perspektif mereka yang kukuh dalam ruang Sarjana dan bersedia menerima pemahaman yang akan mereka bawa dalam usaha kami untuk memastikan tiada bakat yang dilupakan.”

BI Norwegian Business School 
BI Norwegian Business School ialah satu-satunya Sekolah Norway yang mempunyai tiga pengiktirafan. Ia juga merupakan ahli pengasas Teknik Kuantitatif untuk Rangkaian Sarjana Ekonomi dan Pengurusan (QTEM), yang menyatukan sekolah, rakan kerjasama korporat antarabangsa dan pelajar siswazah yang semakin meningkat dari seluruh dunia. Penerimaan BI Norwegian Business School dalam keahlian GMAC meluaskan jejaknya dalam ruang Sarjana dan juga kepelbagaian ahli kami.

Keahlian GMAC
Untuk dipertimbangkan keahlian dalam GMAC, pihak sekolah perlu melengkapkan proses permohonan dan mesti memenuhi kriteria berikut: mengekalkan proses pengambilan selektif; menawarkan program sarjana dalam pengurusan perniagaan, subjek pengurusan atau setara; dan menyokong misi GMAC secara aktif dan menggunakan ujian GMAT atau penilaian GMAC lain sebagai sebahagian daripada proses pengambilan dan pendaftaran mereka. Mereka juga perlu menyertai tadbir urus GMAC, termasuk mengundi dalam pemilihan Lembaga dan hal ehwal lain yang mungkin diajukan ke Persatuan.

Perihal GMAC
The Graduate Management Admission Council (GMAC) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 1953, kami komited untuk mencipta penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calonnya meneroka, menilai dan berhubung dengan satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon dalam perjalanan mereka ke pendidikan tinggi bagi memastikan tiada bakat yang ketinggalan.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang pembangunan dan penilaian profesional untuk industri yang direka untuk meningkatkan seni dan sains pemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling meluas digunakan, diiktiraf oleh lebih daripada 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT™), untuk kemasukan ke program pengurusan siswazah di India, Afrika Selatan dan Filipina dan Penilaian Eksekutif (EA), direka bentuk khusus untuk program Eksekutif di seluruh dunia.

Portal utama kami untuk sumber dan maklumat tentang pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menerima 14 juta kunjungan setahun dan menampilkan alat pemadanan School Search dan pangkalan data Graduate Management Admission Search Service® (GMASS™) yang memadankan calon dengan sekolah perniagaan.

GMAC ialah organisasi global dengan pejabat di Hong Kong, China, Gurugram, India, Singapura, London, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha kami, sila lawati www.gmac.com.

Hubungan media:
Geoffrey Basye, Pengarah Hubungan Media, GMAC
+1 (703) 668-9799 atau gbasye@gmac.com

SUMBER: Graduate Management Admission Council

--BERNAMA

UNISYS MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN PERISIAN KESELAMATAN UNISYS STEALTH (R) 4.0, PRODUK PERTAMA DENGAN KEUPAYAAN PENGASINGAN DINAMIK(TM) UNTUK DENGAN PANTAS MENGASINGKAN PENGGUNA DAN PERANTI APABILA TERDAPAT TANDA-TANDA AWAL TIMBULNYA MASALAH

UNISYS MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN PERISIAN KESELAMATAN UNISYS STEALTH (R) 4.0, PRODUK PERTAMA DENGAN KEUPAYAAN PENGASINGAN DINAMIK(TM) UNTUK DENGAN PANTAS MENGASINGKAN PENGGUNA DAN PERANTI APABILA TERDAPAT TANDA-TANDA AWAL TIMBULNYA MASALAH

Thursday, March 7, 2019

LAPANGAN TERBANG TERKEMUKA DUNIA BAGI PENGALAMAN PELANGGAN DIUMUMKAN

MONTREAL, 7 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Airports Council International (ACI) World hari ini mengumumkan pemenang bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang mereka yang terkenal di dunia yang mengiktiraf lapangan terbang di seluruh dunia yang menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik.
 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, Bangalore, India, memenangi Anugerah Ketibaan ASQ yang pertama, berdasarkan kepada Tinjauan Ketibaan yang baharu – lapangan terbang pertama untuk memenangi kedua-dua anugerah Perlepasan dan Ketibaan.
 
Pemenang-pemenang yang lazim dari seluruh dunia termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Indianapolis, Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing, Lapangan Terbang Changi Singapura, dan Toronto Pearson, Aeroporto di Roma-Fiumicino, Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji di Mumbai, Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.
 
Tahun ini, beberapa lapangan terbang telah memenangi Anugerah ASQ mereka yang pertama, termasuk Aeropuerto Internacional Ramón Villeda Morales di Honduras, serta lapangan terbang Dublin, Oslo, Helsinki, Southampton, Bristol, dan Bandar Raya London.  Aeropuerto de Almería, Aeropuerto de Girona, Aeropuerto de Melilla, Aeropuerto de Zaragoza, dan Aeropuerto de Alicante-Elche dari Sepanyol juga merupakan pemenang buat kali pertama. Lapangan Terbang Fort McMurray di Kanada dan Lapangan Terbang Muscat di Oman juga merupakan pendatang baharu kepada fraterniti Anugerah ASQ, manakala beberapa pemenang utama sebelum ini sekali lagi dipaparkan dengan jelas.
 
Di dalam kategori baharu “Infrastruktur dan Permudahan Terbaik”, tidak kurang daripada tujuh lapangan terbang Indonesia dan lapan lapangan terbang China diiktiraf di dalam kategori saiz mereka.
 
“Anugerah Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang meraikan pencapaian lapangan terbang di dalam menyampaikan pengalaman pelanggan terbaik dan mereka melambangkan penghargaan paling tinggi bagi pengendali lapangan terbang di seluruh dunia,” kata Ketua Pengarah ACI World Angela Gittens.
 
“Dalam kedua-dua kategori tradisional dan baharu, lapangan terbang ini telah memberikan respons kepada keperluan penumpang yang semakin berkembang untuk menyampaikan tahap perkhidmatan yang lebih tinggi dan prestasi yang mampu memenangi anugerah.
 
“Lapangan terbang telah memperakui bahawa menyampaikan suatu pengalaman pelanggan yang lebih baik adalah satu alat perniagaan yang penting di dalam sebuah industri yang semakin berdaya saing. ASQ ACI adalah satu-satunya program yang diwujudkan secara global yang menyediakan pengukuran objektif dan penanda aras bagi lapangan terbang untuk membantu memacukan prestasi mereka.”
 
Lapangan terbang yang menang akan bertemu pada Majlis Anugerah ASQ, yang akan diadakan semasa Sidang Kemuncak Global Pengalaman Pelanggan ACI kedua, yang berlangsung di Bali, Indonesia pada September.
 
Program Perlepasan ASQ mengukur kepuasan penumpang merentasi 34 petunjuk prestasi utama. Tiga perempat dari 100 lapangan terbang paling sibuk di dunia adalah sebahagian daripada program itu yang bermakna bahawa, pada tahun 2018, lebih separuh daripada 8.3 bilion pelancong di dunia melepasi sebuah lapangan terbang ASQ.
 
Lihat senarai Pemenang Anugerah ASQ untuk tahun ini.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190306005004/en/
 
Hubungi
 
ACI World
Anita Berthier
+1-514-373-1254
mediarelations@aci.aero
 
Sumber : Airports Council International
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

Wednesday, March 6, 2019

YPO MENAMAKAN ELIZABETH ZUCKER SEBAGAI PENGERUSI 2019-2020

DALLAS, 6 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, YPO, organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung dunia, mengumumkan pemilihan Elizabeth Zucker untuk jawatan dipilih tertinggi YPO, iaitu pengerusi Lembaga Pengarah YPO untuk 2019-2020.

Zucker ialah ahli ke-68 yang memegang jawatan ini dan akan menggantikan Pengerusi semasa YPO, Pascal Gerken. Beliau bakal memulakan penggalnya pada 1 Julai 2019.

Ahli bahagian YPO Gerbang Saint Louis dan YPO America Tengah, Zucker ialah Rakan Kongsi Pengurusan di Interior Investments dari St. Louis, LLC, sebuah Syarikat Liabiliti Terhad Illinois dan subsidiari I3 Group, Inc.

Menerusi model perniagaan hab dan jejari serta kepimpinan Zucker, Interior Investments dari St. Louis, LLC, telah berkembang menjadi syarikat peniaga bernilai USD40 juta.

"Saya berbesar hati dengan pelantikan sebagai pengerusi YPO untuk penggal 2019-2020. YPO telah menjadi pengaruh yang sangat besar dalam hidup, perniagaan dan keluarga saya. Saya bersedia untuk terus berkhidmat dengan YPO kerana ia telah membawakan persahabatan dan pengalaman yang menakjubkan ke dalam hidup saya yang amat saya hargai,” kata Zucker.

Pengerusi YPO dilantik oleh ahli sejawat dalam lembaga. Zucker meneruskan legasi pengasas dan presiden pertama YPO, Ray Hickok, yang menetapkan standard untuk kepimpinan rakan sejawat. Hari ini, lebih daripada 30 bekas pengerusi YPO melibatkan diri dengan organisasi itu secara aktif.

“Aset terhebat YPO terdapat dalam kehidupan, pengalaman dan anugerah yang ahli kami kongsikan bersama kami setiap hari,” kata Gerken. “Elizabeth ialah contoh erti menjadi pemimpin yang mencipta impak sebesar dunia. Saya yakin beliau akan memimpin dengan semangat dan menjadi duta luar biasa bagi YPO dan ahli kami yang lebih daripada 27,000 orang.”

Zucker menyertai YPO pada 2007. Beliau dengan pantas telah melibatkan diri dalam kepimpinan YPO, memegang lebih daripada tujuh jawatan pegawai bahagian. Pada tahun 2014, beliau menyertai Jawatankuasa Eksekutif Rantau A.S. Tengah dan berkhidmat dari 2013-2015 sebagai Pegawai Integrasi Rantau. Dari 2015-2016, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Rantau A.S. Tengah.

Pada Julai 2016, Zucker menjadi ahli Lembaga Pengarah YPO. Sepanjang tempoh tugasnya, beliau telah berkhidmat untuk Jawatankuasa Keahlian YPO, Jawatankuasa Pentadbiran dan Penggantian, Jawatankuasa Bahagian dan Rantau, Jawatankuasa Pampasan dan HR dan sebagai Pengerusi Majlis YPO.

Perihal YPO:

YPO adalah organisasi kepimpinan global terulung untuk lebih daripada 27,000 orang ketua eksekutif di lebih 130 negara dan merupakan platform global untuk mereka berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat.

Kini, syarikat yang ditadbir ahli YPO, pelbagai dari segi industri dan jenis perniagaan telah menggaji lebih daripada 22 juta orang di seluruh dunia dan menjana USD9 trilion hasil tahunan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati ‪ypo.org.

Hubungan Media YPO:
Amy Reid, areid@ypo.org, +1 646 678 0575 (Amerika Syarikat)

SUMBER : Young Presidents’ Organization, Inc.