Tuesday, April 2, 2019

Fusionex taja RM50,000 bagi 'program khidmat masyarakat perubatan 3H' Kelab Rotari KL


KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pembekal teknologi data, Fusionex telah menyumbang RM50,000 kepada Kempen Kesedaran Kesihatan 3H, anjuran Kelab Rotari Kuala Lumpur (RCKL) DiRaja.

Menurut Fusion dalam satu kenyataan di sini, kempen yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil itu bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang '3H' atau ‘tiga yang tinggi’, iaitu tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan gula darah tinggi.

“Kementerian amat berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh Kelab Rotari ini, kerana ia sejajar dengan Pelan Strategik Kementerian untuk Penyakit Tidak Berjangkit, bagi meningkatkan kerjasama dengan sektor swasta dan NGO untuk meningkatkan kesihatan rakyat,” kata Dr Dzulkefly dalam kenyataan itu.

Majlis pelancaran kempen itu di Kompleks Perpustakaan Lembah Pantai turut dihadiri pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Datuk Seri Ivan Teh yang menyampaikan cek sumbangan semasa acara tersebut.

Fusionex adalah rakan utama bagi program itu yang bertujuan mendidik orang ramai melalui sebuah van Khidmat Masyarakat Perubatan Bergerak yang dikendalikan oleh kalangan profesional perubatan. Van itu akan melawat sekolah, kolej, pusat beli-belah dan pusat komuniti di seluruh negara bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk orang ramai.

Acara itu telah menyaksikan hampir 400 orang awam menjalani pemeriksaan kesihatan percuma termasuk ujian Indeks Jisim Tubuh, tekanan darah, gula darah dan jumlah kolesterol. Ujian kesihatan itu dijalankan oleh jururawat sukarela dan program itu dijangka berjalan selama dua tahun.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://www.fusionex-international.com.

-- BERNAMA

HARVES ENTERTAINMENT DAN FALCON'S CREATIVE GROUP MENJALIN KERJASAMA UNTUK MENGHASILKAN HIBURAN BERASASKAN PENGALAMAN GLOBAL GENERASI SETERUSNYA

Kerjasama Mencipta Perkhidmatan Bersepadu Komprehensif

ORLANDO, Fla., 1 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Harves Entertainment dan Falcon’s Creative Group mengumumkan perjanjian strategik baharu yang mencipta pakej lengkap perkhidmatan bersepadu – termasuk pembangunan konsep, pembiayaan, pelaksanaan kreatif, pembangunan hartanah, pembinaan dan pengendalian – untuk menggerakkan peluang baharu dalam reka bentuk dan realisasi pengalaman hiburan global generasi seterusnya.

Harves Entertainment ialah divisyen Harves, syarikat hartanah dan pelaburan utama China dengan perkhidmatan pengendalian dan hiburan. Pada Januari, Harves mengumumkan kerjasama eksklusif dengan Manchester United untuk membawakan pusat hiburan bertema yang mengasyikkan ke China. Pusat pertama dijadualkan untuk dibuka pada 2020 di Beijing dan Shanghai.

Falcon’s Creative Group, yang terletak di Orlando, Florida, mereka bentuk dan menghasilkan pengalaman yang mengasyikkan dan tarikan taman tema yang memberi penekanan terhadap penceritaan dan aplikasi teknologi inovatif. Syarikat telah memenangi berbilang anugerah industri untuk hasil kerjanya di seluruh dunia, mempunyai beberapa paten teknologi dan baru-baru ini telah mengumumkan atau melengkapkan projek dengan NASA, National Geographic dan PBS.

Perjanjian antara Harves Entertainment dan Falcon’s Creative Group mencipta portfolio perkhidmatan lengkap dan berkuasa yang mampu memenuhi permintaan pasaran global yang semakin meningkat untuk pengalaman mengasyikkan bagi jenama dan pendidikan dengan unik dan efisien. Bersama-sama, pasukan tersebut akan mampu membiayai inisiatif, mengkonsepsikan idea baharu, membangunkan teknologi dan membina serta mengendalikan pengalaman silang budaya inovatif di seluruh dunia secara efisien.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan penjana daya kreatif ini,” kata Bo Zhang, Pengasas dan Pengerusi, Harves Entertainment. “Kami menghormati dan menyanjungi bakat di Falcon’s dan kerja inovatif yang mereka berikan secara berterusan dalam projek di seluruh dunia. Kami yakin bahawa bersama-sama, kami mampu mencipta dan merealisasikan tarikan hiburan dan pendidikan berasaskan pengalaman generasi seterusnya.”

“Kami bekerjasama dengan Harves Entertainment untuk merealisasikan lebih banyak konsep yang mendalam,” kata Cecil D. Magpuri, Presiden/Ketua Pegawai Kreatif Falcon’s Creative Group. “Terdapat permintaan yang banyak untuk pengalaman hiburan yang mengasyikkan merentas spektrum dan kami mahu mencipta tarikan silang budaya imaginatif dan transformatif dimensi seterusnya bersama-sama.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12021

Olimpik Tokyo semakin hampir, Wilayah Chiba guna Facebook papar tarikan tempatan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Wilayah Chiba menggunakan laman Facebook, ‘Chiba-no Miryoku Hasshintai’, untuk berkongsi keindahannya ke seluruh dunia menjelang kedatangan temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Setakat ini, laman berkenaan yang dibuka September lepas, menerima kira-kira 600 mesej daripada mereka yang menyukai Chiba, yang turut memperkenalkan keindahan wilayah itu termasuk keunikan makanannya serta keramahan penduduknya.

Menurut kerajaan Wilayah Chiba dalam satu kenyataan, pemenang dipilih daripada mereka yang mencatatkan mesej di laman itu berdasarkan jumlah disukai dan perkongsian yang diperoleh serta pemilihan oleh pakar termasuk seorang blogger terkenal.

Forum Chiba-no Miryoku Hasshintai diadakan di Muzium Seni Wilayah Chiba baru-baru ini dan para pemenang dan mesej mereka yang mendapat sambutan yang baik telah diperkenalkan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan wilayah berkenaan berharap lebih ramai lagi akan dapat menikmati keindahan Chiba, wilayah di mana letaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pintu masuk ke Jepun, melalui laman Facebook tersebut.

-- BERNAMA

LARIAN SETERUSNYA BAGI MARATON AQUALINE CHIBA 2020 AKAN DIADAKAN PADA MUSIM LURUH 2020

LARIAN SETERUSNYA BAGI MARATON AQUALINE CHIBA 2020 AKAN DIADAKAN PADA MUSIM LURUH 2020

Monday, April 1, 2019

HAINAN: MEMBINA ZON PERDAGANGAN BEBAS (PELABUHAN) UNTUK MENYEDIAKAN PELUANG-PELUANG BAHARU BAGI KERJASAMA ANTARABANGSA DALAM PELANCONGAN PULAU

HAIKOU, China, 1 April, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

“Pembinaan zon perdagangan bebas perintis dan pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri China di Hainan telah menyediakan banyak peluang baharu untuk kerjasama antarabangsa dalam pelancongan pulau.” Pada 28 Mac, pada Forum Kerjasama Ekonomi Pulau-pulau bagi Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2019, pendapat Timbalan Gabenor bagi Wilayah Hainan Shen Danyang telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh tetamu dari negara-negara yang terlibat.

Terdapat puluhan ribu pulau, dan berdozen negara-negara dan rantau pulau di seluruh dunia, oleh itu resort-resort pulau sentiasa menghadapi persaingan homogen. Bagaimana untuk mengadakan kerjasama antarabangsa di antara destinasi pelancongan pulau dan merealisasikan pembangunan lestari bagi pelancongan pulau adalah satu daripada tumpuan bagi Persidangan itu.

Pada tahun 2018, Hainan mempunyai 74 laluan antarabangsa, dan 9 laluan penghantaran kontena antarabangsa, dan 59 buah negara mendapat akses tanpa visa ke China. Jumlah pelancong meningkat sebanyak 11.8%. Hainan juga berhasrat untuk menjadi sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa, yang merupakan manfaat yang dibawa oleh pembinaan zon perdagangan bebas Hainan (pelabuhan) oleh China.

Shen Danyang berkata ia akan menyediakan suatu ruang pembangunan yang lebih besar untuk pelancongan pulau melalui perkongsian pengalaman, mengukuhkan perancangan pembangunan pelancongan dan perhubungan dasar, dan membina sebuah komuniti bagi perkongsian masa hadapan dengan ciri-ciri yang didasarkan kepada kerjasama erat di bawah globalisasi.

Keerthi TENNAKOON, Gabenor, Wilayah Selatan, Sri Lanka, bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan beliau itu. Beliau berkata Sri Lanka dan Hainan mempunyai banyak ciri-ciri yang sama, termasuk meningkatkan kualiti pelancongan dan menerokai lagi potensi pelancongan, dan telah menjalin banyak bidang kerjasama.

“Beberapa isu tidak dapat diselesaikan oleh sebuah negara atau rantau, oleh itu satu mekanisme kerjasama mesti diwujudkan.” WON Hee-Ryong, Gabenor, Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju, ROK, berkata Jeju sedang mengumpul dan menganalisis data secara sistematik dan memperkenalkan platform data besar untuk menggalakkan rakyat mereka menyertai blok rantai itu. Beliau juga berharap untuk memperkenalkan kaedah pengangkutan dan perjalanan yang bersih dan pintar secepat mungkin. “Kami berharap untuk melaksanakan teknologi yang terlibat melalui kerjasama antarabangsa,” kata beliau.

Selain sumber semula jadi, aset kebudayaan manusia juga merupakan satu bahagian yang penting bagi pelancongan. Hiria OTTINO, Presiden, Persatuan Persahabatan China-Pasifik, berkata, “Hainan telah menunjukkan kepada kita bahawa ia boleh melindungi budaya dan sumber semula jadi secara serentak, yang merupakan hala tuju masa hadapan bagi pelancongan lestari.”
 
Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=332950
 
--BERNAMA

Saturday, March 30, 2019

EXIM BANK SUMBANG RM10,000 KEPADA BADAN AMAL

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- EXIM Bank menyumbang RM10,000 kepada dua organisasi amal di Melaka di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR).

Dalam kenyataan hari ini, bank itu berkata penerimanya ialah Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka, rumah kebajikan untuk warga tua, dan Yayasan Toh Puan Zurina, yang mengendalikan pusat hemodialisis untuk golongan yang kurang berkemampuan.

Kedua-dua organisasi itu, masing-masing menerima RM5,000 daripada Ketua Komunikasi dan Hubungan Pihak Berkepentingan EXIM Bank Azmin Hamzah hari ini.

Rumah Seri Kenangan Cheng yang telah beroperasi sejak 1982 melalui sumbangan kerajaan dan orang ramai, menempatkan 159 warga emas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan etnik.

Sementara itu, Yayasan Toh Puan Zurina, yang ditubuhkan pada 2015, ketika ini mempunyai 160 mesin hemodialisis di pusatnya.

-- BERNAMA

Friday, March 29, 2019

ANUGERAH PELANCONGAN ASEAN JEPUN SULUNG DISAMPAIKAN KEPADA PELANCONGAN TERBAIK KE NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN

Keputusan bagi Anugerah Pelancongan ASEAN Jepun 2018:
https://www.asean.or.jp/en/tourism-info/20190327/
 
TOKYO, 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah menganugerahkan sebelas produk pelancongan dalam enam kategori untuk perjalanan dengan destinasi ke Negara Anggota ASEAN (Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam) sebagai pemenang bagi Anugerah Pelancongan ASEAN Jepun 2018.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190328005353/en/

Dengan kejayaan pelaksanaan “Anugerah Pelancongan Mekong” pada masa lalu, AJC telah memperluaskan rangkaian hadiah mereka dengan melancarkan Anugerah Pelancongan ASEAN Jepun pada tahun kewangan 2018 untuk meraikan produk pelancongan yang berkualiti dan cemerlang bagi semua destinasi ASEAN. Ia bertujuan untuk menggalakkan sektor pelancongan Jepun untuk mempelbagaikan produk pelancongan dan bagi menggalakkan lagi Negara-Negara Anggota ASEAN sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Jawatankuasa penghakiman yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Ejen Pelancongan Jepun (JATA), Persatuan Pengendali Pelancong Luar Negara Jepun (OTOA), dan Pusat ASEAN-Jepun, telah menyaring 76 penyertaan untuk memilih pemenang. Oleh yang demikian, anugerah telah diberikan kepada 11 produk pelancongan terpilih di dalam enam kategori. Terdapat juga pujian daripada pihak berpengaruh kepada satu kumpulan dan tiga individu yang menyumbang kepada promosi pelancongan di rantau itu.

Majlis penganugerahan telah berlangsung di Tokyo Prince Hotel pada 6 Mac, 2019 dan disertai oleh kira-kira 90 tetamu dari ejen-ejen pelancongan yang dianugerahkan, pengendali di darat dan syarikat penerbangan, dan wakil-wakil bagi organisasi pelancongan dan kerajaan-kerajaan bagi negara-negara anggota ASEAN dan Jepun. Pada majlis itu, Encik Jun Takashina, Naib Pesuruhjaya bagi Agensi Pelancongan Jepun, memberi komen bahawa jumlah pelawat asing ke Jepun adalah yang paling tinggi pada tahun lepas; dan Anugerah Pelancongan ASEAN Jepun tidak hanya penting untuk mengiktiraf produk-produk pelancongan yang berkualiti, tetapi juga bagi menggalakkan lebih ramai rakyat  Jepun untuk melawat Negara-Negara Anggota ASEAN, yang menyumbang kepada memantapkan interaksi bersama di antara rakyat Jepun dan rantau ASEAN.

Penerima bagi Anugerah Pelancongan ASEAN Jepun 2018 adalah seperti berikut:

Penerima bagi Anugerah Pelancongan ASEAN Jepun 2018

Nota: Gelaran pelancongan bahasa Inggeris telah diterjemahkan oleh Pusat ASEAN-Jepun dan adalah hanya sebagai rujukan.

[ Anugerah Destinasi Baharu ]
Impian tropika 6 hari di Brunei
Penerima: JTB Media Retailing Corp., OVERSEAS NETWORK Co., LTD, Royal Brunei Airlines

[ Anugerah Pelancongan Mewah ]
5 hari pelancongan premium ke Bangkok dan Ayutthaya oleh kelas Pertama Thai Airways
Penerima: CLUB TOURISM INTERNATIONAL INC., SAI Travel Service Co., Ltd., THAI AIRWAYS INTERNATIONAL

[ Anugerah Pelancongan Unik  (2 produk) ]
Cuba menjadi Atendan Kabin di pusat latihan Malaysia Airline (7 hari)
Penerima: PURPOSE JAPAN CO.LTD, Malaysia Airlines

Lawatan sambil belajar untuk mempelajari berdagang dengan saksama dan perniagaan sosial terkini di Filipina (7 hari)
Penerima: GLOBE-TROTTER T&E Inc., Girls, be Ambitious Inc., Philippine Airlines, Cebu Pacific Air

[ Anugerah Pelancongan Lestari (2 produk) ]
Mencerap burung di Negros, Filipina (5 hari)
Penerima: Kaze Travel Co., Ltd., BLUE PLANET EXPLORER, Philippine Airlines

Perlindungan hidupan liar di tengah-tengah Borneo, Bilit di sepanjang sungai Kinabatangan 
Penerima: U Tour Service Co., Ltd, Ocean Delight Tours & Travel Sdn Bhd, Malaysia Airlines, AirAsia

[ Anugerah Mekong (4 produk) ]
7 resort di Vietnam oleh Vietnam Airlines
Penerima: NIPPON TRAVEL AGENCY CO., LTD, S.M.I. TRAVEL JAPAN CO., LTD., APEX International Inc., Vietnam Airlines

Terbaik yang baharu di Kemboja, lawatan 6 hari
Penerima: JTB Media Retailing Corp., APEX International Inc., All Nippon Airways

7 hari menjelajah utara-selatan Laos, Shangri-la bagi Mekong yang hebat
Penerima: CLUB TOURISM INTERNATIONAL INC., APEX International Inc., Vietnam Airlines

Acara Kelab Pelancongan Istimewa, 7 persembahan luar biasa dan festival di Myanmar dalam masa 7 hari
Penerima: CLUB TOURISM INTERNATIONAL INC., APEX International Inc., All Nippon Airways

[ Anugerah Khas Juri ]
Pelancongan khas oleh YTV Asa Para! (program TV) dan JTB "Helo, Myanmar"
Penerima: JTB Corp., JTB-Polestar Co., Ltd., Singapore Airlines

[ Pujian daripada pihak berpengaruh ]
  • Generasi Wonderful Indonesia Cawangan Jepang
  • Cik Hiro Nishiuchi
  • Cik Loveli
  • Cik Ayumi Amemiya
 
Untuk butiran lanjut, sila layari laman web AJC di:
https://www.asean.or.jp/en/tourism-info/20190327/

 [ Pusat ASEAN-Jepun ]

Pusat ASEAN-Jepun adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981. Ia telah mempromosikan eksport dari ASEAN ke Jepun dan pada masa yang sama menggiatkan pelaburan, pelancongan serta pertukaran rakyat dengan rakyat di antara negara anggota ASEAN dan Jepun.
URL: https://www.asean.or.jp/en/

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190328005353/en/

Hubungi

Pusat ASEAN-Jepun
Junko Nukiyama
TEL +81-3-5402-8118
FAKS +81-3-5402-8003
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp
Tingkat 1, Bangunan Shin Onarimon, 6-17-19 Shimbashi,
Minato-ku, Tokyo 105-0004 Jepun

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA