Monday, November 18, 2019

UPDATE - EFINIX® MELANCARKAN FPGA T120 TRION®

FPGA T120 Trion memulakan era baharu bagi perkomputeran pinggir dan pemecutan

SANTA CLARA, Calif., 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix®, penginovasi dalam platform dan teknologi produk boleh diprogramkan, hari ini mengumumkan pelancaran FPGA T120 Trion®, yang menampilkan fabrik kecil dan berketumpatan tinggi, pengawal memori DDR yang dikeraskan dan CSI-2 MIPI yang dikeraskan dan antara muka PHY.

“FPGA T120 mempamerkan cara seni bina Quantum diskalakan untuk ketumpatan tinggi,” kata Pengasas bersama, CTO dan SVP Kejuruteraan Efinix Tony Ngai. “Ketumpatan yang lebih tinggi bermakna lebih banyak kuasa pengiraan, yang memacu masa hadapan perkomputeran AI pinggir. Seni bina Quantum yang menggegarkan kami sedang membawa FPGA kepada tahap seterusnya dalam persekitaran inovasi yang menarik hari ini.”

Fabrik rendah kuasa FPGA T120 Trion menyampaikan kebolehprograman sebenar pada pinggir, sementara seni bina yang padat memberikan lebih banyak kuasa pengiraan dalam jejak yang lebih kecil. FPGA T120 merangkumi pengawal DDR yang dikeraskan dan CSI-2 MIPI serta blok D-PHY, menyokong pemecutan aplikasi dalam peranti faktor bentuk kecil.

“Kita berada pada detik penting untuk memacu pinggir, pengiraan dan pemecutan. FPGA T120 hanya berada pada permulaan perjalanan bagi seni bina Quantum boleh mengambil perkomputeran AI pinggir,” kata Sammy Cheung, pengasas bersama, CEO dan presiden Efinix. “Kami akan terus memajukan platform pengiraan boleh diprogramkan, sementara pembangunan sampel T200 sedang dijalankan.”

Tentang Efinix
Efinix, merupakan penginovasi dalam produk boleh diprogramkan, memacu masa depan pengkomputeran AI pinggir dengan platform FPGA Trion®. Pada teras FPGA Trion ialah teknologi FPGA Quantum™ disruptif Efinix yang menyampaikan kelebihan Bahagian-Prestasi-Kuasa 4X melalui teknologi FPGA. FPGA Trion, menawarkan unsur logik 4K sehingga 200K, mempunyai faktor bentuk kecil, kuasa rendah, dan dihargakan untuk pengeluaran volum tinggi. Persekitaran Pembangunan Bersepadu Efinity® kami menyediakan suit reka bentuk FPGA lengkap daripada RTL sehinggalah aliran bit. Dengan kelebihan Bahagian-Prestasi-Kuasa, FPGA Trion menangani aplikasi seperti logik tersuai, pengiraan pecutan, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam. Melalui Efinity, pelanggan kami boleh menghijrahkan FPGA secara lancar atau sistem penuh kepada Quantum ASIC untuk pengeluaran volum ultratinggi.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.efinixinc.com.

Maklumat Hubungan:
Steve Stratz
Relevanz Public Relations untuk Efinix
206.300.9134
steve@relevanzpr.com

SUMBER: Efinix, Inc.

--BERNAMA

RIA MONEY TRANSFER MENJADI PENAJA RASMI KELAB BOLA SEPAK ATLÉTICO DE MADRID

Ria Money Transfer menjadi penaja belakang baju dan rakan kongsi pemindahan wang rasmi bagi juara La Liga 10 kali

MADRID, Sepanyol, 11 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ria Money Transfer, subsidiari Euronet Worldwide, Inc. (NASDAQ: EEFT) dan peneraju global dalam industri pemindahan wang, hari ini mengumumkan kerjasama empat tahun dengan Atlético de Madrid, menjadi penaja baharu belakang baju kelab dan rakan kongsi pemindahan wang rasmi. Mulai musim ini, jersi yang dijenamakan dengan Ria akan digunakan oleh pasukan pertama kelab untuk semua pertandingan domestik sehingga 2023.

Untuk merasmikan perjanjian, wakil dari Ria melawat Stadium Wanda Metropolitano di Madrid, di situ Enrique Cerezo Presiden Atlético de Madrid memperkenalkan jersi rasmi baharu.

Melalui kerjasama ini, Ria akan dapat memupuk hubungan yang lebih rapat dengan pangkalan peminat Atlético de Madrid yang pelbagai dan meluas, yang selaras dengan jejak global syarikat merentasi 161 negara. Pada masa yang sama, Ria akan bekerja di sisi juara La Liga 10 kali untuk mencipta acara dan kandungan digital yang menarik minat untuk peminat dan pelanggan yang menyerlahkan nilai bersama seperti kerja keras, semangat, dan rendah diri. 

Saturday, November 16, 2019

IMPERIAL CAPITAL MELANTIK MARK GREEN SEBAGAI KETUA SITUASI KHAS & KREDIT BERSTRUKTUR

LOS ANGELES, 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Imperial Capital, LLC (“Imperial Capital”), hari ini mengumumkan bahawa Mark Green telah menyertai firma itu sebagai Ketua Situasi Khas dan Kredit Berstruktur.   Berpangkalan di New York, En. Green akan bertanggungjawab untuk meluaskan jualan kredit, usaha perbankan pelaburan dan perdagangan Imperial Capital dengan lebih lanjut menerusi situasi kredit yang didorong oleh acara, kepakaran penstrukturan dan strategi pelaburan yang direka untuk membolehkan klien membangunkan penyelesaian bernilai kepada isu yang mereka hadapi dan memperoleh faedah daripada peluang pasaran merentasi pelbagai kelas aset.

“Mark mempunyai rekod prestasi yang hebat dalam pelaburan, memimpin pasukan dan membangunkan perniagaan, dan kami tidak sabar untuk beliau menyertai firma kami.  Kredit berstruktur ialah keutamaan strategik yang penting dan Mark membawa pengalaman transaksi, hubungan klien yang kuat dan seorang rakan yang sesuai untuk mendorong perkembangan. Dengan pengalaman bekerja dengan beliau sebelum ini, saya yakin beliau akan bawa semangat persaingan dan meluaskan kebolehan kredit kita untuk klien,” kata Tim Sullivan, Ketua Kredit A.S.

En. Green berkata, “Saya tidak sabar untuk menyertai Imperial Capital dan bersyukur atas peluang untuk memimpin perniagaan ini. Firma itu berkedudukan baik untuk meluaskan kebolehannya dan saya tidak sabar untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan strategi sambil berusaha memperoleh pulangan terlaras risiko yang menarik untuk pelabur semasa dan masa depan Imperial Capital.”

Sebelum menyertai Imperial Capital, En. Green ialah Rakan Kongsi Pengurusan dan Ketua Pegawai Pelaburan di Chatham Road Capital, sebuah firma pelaburan berfokuskan kredit beliau asaskan secara bersama yang mengeksploit ketakseimbangan dan ketakcekapan pasaran dalam pasaran awam dan swasta.    Sebelum pembentukan Chatham Road Capital, En. Green berkhidmat sebagai Pengarah Pengurusan di Leucadia National Corporation, di situ beliau mengurus prinsipal hartanah dan aktiviti pelaburan situasi khas.  Tambahan lagi, En. Green mengetuai pembangunan asal platform CRE oleh Jefferies Group (sebuah subsidiari Leucadia) dan sangat penting dalam pembentukan Jefferies LoanCore, LLC, sebuah syarikat kewangan berasas luas yang memulakan produk berkaitan hutang hartanah di seluruh AS dan UK.

Sebelum menyertai Leucadia dan Jefferies, En. Green berkhidmat sebagai eksekutif kanan dalam kumpulan hartanah UBS, Eurohypo AG dan CIBC World Markets dan juga menyandang jawatan di The Blackstone Group dan Ernst & Young.

En. Green memperoleh MBA dari Sekolah Perniagaan Columbia dan Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Skidmore.

Tentang Imperial Capital, LLC

Imperial Capital, LLC ialah bank pelaburan khidmat penuh yang menawarkan platform bersepadu yang unik, menyediakan perkhidmatan komprehensif kepada pelabur institusi dan syarikat pasaran pertengahan. Kami menawarkan penjualan sofistikated dan perkhidmatan perdagangan kepada pelabur institusi dan pelbagai penasihat perbankan pelaburan, pasaran modal dan perkhidmatan perangkaan semula kepada klien korporat pasaran pertengahan. Berserta penyelidikan dan jualan hak milik kami & analisis meja perdagangan, kami menyediakan analisis pelaburan merentasi struktur modal pengeluar, termasuklah pinjaman bank, sekuriti hutang, pasaran sehenti modal hibrid/bank (menerusi Rangka Kerja ELP kami), ekuiti pasca penyusunan semula, tuntutan situasi khas dan ekuiti tersenarai dan tak tersenarai. Platform perkhidmatan komprehensif dan bersepadu kami, kepakaran merentasi struktur modal global, dan ilmu sektor industri yang mendalam membolehkan kami menyediakan klien dengan idea yang didorong penyelidikan, perkhidmatan nasihat yang hebat, dan pelaksanaan perdagangan. Kami pantas untuk mengenal pasti peluang di bawah sebarang keadaan pasaran dan kami mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menawarkan penyelesaian hak milik yang kreatif kepada klien kami. Imperial Capital, LLC mempunyai tiga perniagaan utama: Perbankan Pelaburan, Jualan Institusi & Penyelidikan Perdagangan dan Institusi. Maklumat lanjut tentang Imperial Capital, LLC boleh didapati di www.imperialcapital.com.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Imperial Capital, sila hubungi:
Mark Martis
+1 310 246 3674
mmartis@imperialcapital.com

Tentang Imperial Capital (International), LLP

Imperial Capital International, ditubuhkan pada tahun 2011, ialah sekutu Imperial Capital, LLC dengan pejabat di tengah London.  Melengkapi jualan kredit korporat dan francais perdagangan Imperial Capital, Imperial Capital International meluaskan francais Imperial Capital ke EEA.  Syarikat itu menumpukan pada seluruh spektrum kredit dan mengambil pendekatan penyelidikan struktur modal yang penuh untuk menambah perkhidmatan jualan dan perdagangan kepada klien institusi Eropah.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Imperial Capital (International), LLP, sila hubungi:
Emma McClintock
+ 44 (0) 207 650 5429
emcclintock@imperialcapital.com

Sumber: Imperial Capital, LLC

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12809

PENDEKATAN TERAPEUTIK BAHARU TERHADAP PENYAKIT KARDIOVASKULAR DARIPADA GRADUAN PROGRAM PENYELIDIKAN INDUK YAYASAN PENYELIDIKAN SENS DARI MAKMAL KE DUNIA BIOTEKNOLOGI

Kizoo Technology Capital mengetuai pembiayaan benih di Underdog Pharmaceuticals

SRF mengumumkan pelantikan kepimpinan

MOUNTAIN VIEW, Calif., 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Underdog Pharmaceuticals, Inc. (Underdog), dan Yayasan Penyelidikan SENS (SRF) hari ini mengumumkan pelancaran Underdog dan penyelesaian pusingan benihnya, menyediakan $3.95 juta untuk mempromosikan pembangunan Underdog untuk rawatan pengubah suai penyakit untuk aterosklerosis dan penyakit berkaitan usia lain. SRF juga mengumumkan dua pelantikan pegawai kanan.

Pusingan Underdog diketuai oleh Technology Capital milik Michael Greve, sebahagian daripada Kumpulan Forever Healthy dan salah satu organisasi premier memfokuskan untuk memacu bioteknologi rejuvenasi. Ini turut merangkumi pengasas bersama Oculus, Michael Antonov menerusi Tubus, LLC, dan pembiaya Harald McPike menerusi Chambray Worldwide, Ltd.

Underdog dibangunkan daripada program induk SRF yang telah memacu dua tahun pembangunan gunaan direka untuk meneroka dan membaiki sebab di sebalik penyakit kardiovaskular. Pengasas bersamanya ialah Matthew O’Connor, Ph.D. dan Michael Kope, yang masing-masing sebelum ini Naib Presiden Penyelidikan dan Ketua Pegawai Eksekutif pengasas SRF.

“Kami telah mengambil sebatian yang terkenal dan sangat selamat,” kata O’Connor, “dan telah mencipta bahan terbitan baharu yang secara khususnya boleh menyasarkan biomolekul toksik yang mendorong perkembangan aterosklerosis, iaitu penyebab kebanyakan serangan jantung dan strok.”

Penyelidikan Underdog telah menggabungkan program kimia berkomputer dan sintetik untuk mencipta siklodekstrin yang tereka bentuk (polisakarida dengan penggunaan industri dan farmaseutikal yang diketahui) untuk mencatat, dan menyingkirkan daripada sel, bahan terbitan kolestrol teroksida seperti 7-ketokolestrol, yang secara umumnya molekul toksik dengan fungsi biologi yang tidak diketahui. “Underdog akan mengambil pendekatan farmaseutikal klasik dan menggunakannya untuk menyerang penyebab utama penyakit kardiovaskular,” kata Kope.  “Jika kami berjaya, kami bukan sahaja akan memperbaik penyakit itu, tetapi membalikkannya.”

Penasihat Underdog termasuklah pakar siklodekstrin yang terkemuka dunia Dr. Lajos Szente. “Pendekatan elegan ini berpotensi untuk membawa pembaharuan besar,” kata Szente. “Saya berbesar hati bekerja dengan mereka untuk kemajuan penting dalam bidang ini.”

“Saya berhubung dengan Aubrey de Grey beberapa tahun lalu agar kami dapat bekerja bersama-sama untuk memacu ketersediaan terapi rejuvenasi manusia,” kata Greve. “Saya berbangga dapat membantu SRF mengembangkan program penyelidikan induk menjadi syarikat yang tulen dan untuk membantu memperoleh modal yang diperlukan untuk membangunkan terapi rejuvenasi sebenar. Saya bersyukur kerana kita telah melakukan ini sementara meneruskan kesihatan dan perkembangan SRF sendiri, salah satu enjin paling penting dalam perancangan rejuvenasi.”

Perjanjian antara organisasi akan menyediakan ekuiti, royalti, dan perkembangan untuk sokongan masa depan dalam program SRF.

Dengan terlahirnya Underdog, jawatan Naib Presiden Penyelidikan di SRF telah disandang oleh Prof. Alexandra Stolzing. Stolzing, seorang ahli Lembaga Penasihat Penyelidikan SRF yang sudah lama berkhidmat, menerima PhD beliau daripada Universiti Humboldt di Berlin, seorang felo pascakedoktoran di Universiti Sheffield, UK, ketua kumpulan di Institut Fraunhofer untuk Terapi Sel dan Imunologi, Jerman, kemudian Profesor untuk Kejuruteraan Biogerontologi di Universiti Loughborough, UK. Dengan lebih 70 penerbitan dinilai rakan sebidang, beliau telah menyertai beberapa konsortium penyelidikan antarabangsa dalam bidang termasuklah perubatan jana semula, pembangunan terapi sel dan genetik, dan penyakit neurodegeneratif. Pengalaman industrinya termasuklah peranan CSO dan Naib Presiden Penyelidikan di syarikat permulaan. Kata Stolzing, “Saya sememangnya sentiasa berminat dengan penyelidikan translasi dalam penuaan, dan saya tidak sabar untuk menyertai SRF, untuk menterjemahkan projek sains asas SRF, memulakan projek baharu, dan membantu menjana gelombang keluaran sampingan kesihatan hidup yang seterusnya.”

Pelabur sains dan teknologi dan ahli lembaga SRF yang sudah lama berkhidmat Jim O’Neill akan memimpin Yayasan Penyelidikan SENS sebagai Ketua Pegawai Eksekutif interim. Beliau juga akan menjadi pelopor dalam pencarian Ketua Pegawai Eksekutif tetap yang baharu. O’Neill telah menasihati, melabur, dan memupuk lebih enam puluh syarikat sains dan teknologi. Sementara menjalankan Yayasan Thiel, beliau mengasaskan bersama Fellowship Thiel dan membantu mewujudkan dana sains mendalam Breakout Labs. Sebelum ini, beliau membantu Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia A.S. sebagai ketua timbalan setiausaha bersekutu, yang ketika itu beliau bertanggungjawab menyelia dasar dan pengawalan di NIH, FDA dan CDC dan mengetuai dua pembaharuan besar di FDA. Beliau menyokong pewujudan Institut Angkatan Tentera untuk Perubatan Jana Semula, berkhidmat dalam jawatan kuasa pandu untuk Autoriti Penyelidikan Canggih dan Pembangunan Bioperubatan, dan mewakili Amerika Syarikat dalam delegasi A.S. Ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia. “Lebih sedekad lalu, Mike dan Aubrey membangunkan sepasukan saintis khas untuk membaiki kerosakan dan mengubah mereka yang meragu menjadi penyokong,” kata O’Neill. “Minat yang semakin meningkat dalam teknologi yang boleh membalikkan penuaan ialah bukti visi dan keazaman mereka. Saya tidak sabar untuk memajukan visi SRF bagi membawa faedah teknologi seperti itu kepada orang awam.”

“Ini satu titik bersejarah untuk Yayasan Penyelidikan SENS,” kata Dr. Aubrey de Grey, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Sains SRF. “Underdog mungkin akan menjadi antara usaha paling signifikan dalam industri bioteknologi rejuvenasi, dan Mike dan Oki ialah pasukan yang sesuai untuk menjayakannya. Dan dengan pengalaman mendalam Jim dalam pelaburan dan dasar, dan kehebatan Alex dalam penyelidikan dan pengajaran, saya pasti misi kita dalam tangan yang baik. Saya berbesar hati untuk memiliki kepimpinan dan kepakaran mereka di SRF.”

Tentang Underdog

Underdog Pharmaceuticals, Inc., sedang menjalankan misi untuk merawat penyebab di sebalik penyakit berkaitan usia. Syarikat itu membangunkan intervensi ringkas dan jelas menyasarkan bentuk kolesterol yang toksik menggunakan molekul yang direka secara rasional untuk menyediakan rawatan pengubah suai penyakit sebenar yang pertama untuk penyakit berkaitan usia seperti aterosklerosis, hiperkolesterolemia, kegagalan jantung, dan degenerasi makular. Hasilnya berdasarkan bahan terbitan baharu untuk sebatian terkemuka yang selamat dan pandangan baharu terhadap penyakit kardiovaskular yang dicipta menerusi program Yayasan Penyelidikan SENS. Untuk maklumat lanjut, sila lawati underdogpharma.com.

Tentang Yayasan Penyelidikan SENS

Yayasan Penyelidikan SENS ialah badan tanpa keuntungan 501(c)(3) yang berusaha untuk menjalankan penyelidikan, membangunkan dan mempromosikan penyelesaian perubatan jana semula yang komprehensif untuk penyakit penuaan.  SRF menyokong projek penyelikan yang menumpukan pada paradigma pembaikian kerosakan di universiti dan institut di seluruh dunia dengan matlamat untuk mengubati penyakit berkaitan usia seperti penyakit jantung, kanser dan penyakit Alzheimer. SRF mendidik orang awam dan melatih penyelidik untuk menyokong bidang perubatan jana semula menerusi kempen sokongan dan program ilmiah. Untuk maklumat lanjut, sila lawati sens.org.

Tentang Kizoo

Kizoo menyediakan pementoran dan pembiayaan benih dan peirngkat awal dengan tumpuan pada bioteknologi rejuvenasi. Dengan pengalaman sebagai usahawan, VC dan mentor dalam kedua-dua syarikat teknologi pertumbuhan tinggi dan bioteknologi untuk bertahun lama, dengan pelbagai penukaran dan nilai besar yang wujud untuk pengasas, kini Kizoo membawakan pengalaman ini ke bidang bioteknologi rejuvenasi yang semakin terkenal - satu industri muda yang akan menjadi lebih besar berbanding pasaran teknologi terbesar hari ini.

Sebagai sebahagian daripada Forever Healthy Group, Kizoo secara langsung menyokong pewujudan syarikat permulaan yang menjadikan penyelidikan terhadap penyebab utama penuaan kepada terapi dan perkhidmatan untuk aplikasi manusia.  Pelaburan termasuklah AgeX, FoxBio, Turn.bio, Elevian, Oisin Biotechnologies, LIfT BioSiences, MAIA Biotechnology, dan lain-lain. Inisiatif lain Forever Healthy termasuklah penilaian terapi rejuvenasi, mengumpulkan ilmu perubatan canggih dunia berdasarkan bukti, pembiayaan projek penyelidikan terhadap penyebab utama penuaan, dan menganjurkan acara tahunan Persidangan Undoing Aging. Untuk maklumat lanjut, sila layari: kizoo.com dan forever-healthy.org.

Notis:
Siaran akhbar ini bukanlah tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli sekuriti dalam sebarang bidang kuasa.  Tiada suruhanjaya sekuriti atau autoriti kawal atur telah meluluskan atau tidak meluluskan maklumat yang dikandungkan dalam ini.
Orang hubungan media:

Untuk Underdog: press@underdogpharma.com

Untuk SRF: media@sens.org

Untuk Kizoo: fs@kizoo.com

Sumber: SENS Research Foundation​

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12808

Friday, November 15, 2019

SATU DALAM TIGA MIGRASI AWAN DI MALAYSIA DAN SINGAPURA GAGAL UNTUK MEMENUHI JANGKAAN KERANA ORGANISASI TIDAK MEMBUAT AWAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA STRATEGI TERAS MEREKA - BAROMETER KEJAYAAN AWAN UNISYS(TM) YANG PERTAMA

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Nov. 2019 /Medianet International-AsiaNet/ --

- Organisasi-organisasi di Asia Tenggara yang mengintegrasikan awan ke dalam strategi transformasi perniagaan yang lebih luas adalah lebih dua kali ganda berkemungkinan untuk berjaya dengan migrasi awan berbanding mereka yang tidak berbuat demikian

Hampir satu pertiga daripada organisasi di Malaysia (27%) dan Singapura (32%) menyatakan bahawa mereka telah gagal untuk merealisasikan manfaat yang ketara daripada pengkomputeran awan, sebahagian besarnya kerana mereka tidak mengintegrasikan pelan migrasi mereka ke dalam strategi transformasi perniagaan mereka yang lebih luas, demikian menurut satu kajian baharu oleh Unisys Corporation (UIS).

Kajian Barometer Kejayaan Awan Unisys(TM) yang pertama ( https://www.unisys.com/cloudbarometer) mengkaji kesan dan kepentingan awan dengan meninjau ke atas 1,000 pemimpin kanan IT dan perniagaan di 13 buah negara di seluruh dunia, termasuk 90 di Malaysia dan Singapura. Penemuan utama yang lain termasuk:

- 70% daripada organisasi di Singapura dan Malaysia mengatakan keberkesanan organisasi mereka telah banyak atau secara sederhana meningkat dengan lebih baik disebabkan oleh pengkomputeran awan;
- Organisasi-organisasi di Asia Pasifik di mana awan merupakan satu bahagian teras bagi strategi perniagaan mereka adalah 2.5 kali ganda lebih berkemungkinan (80%) untuk menyatakan keberkesanan organisasi telah berubah menjadi lebih baik, berbanding dengan hanya 29% daripada mereka yang berkata awan merupakan satu bahagian kecil daripada transformasi mereka;
- Daripada 13 buah negara yang ditinjau, organisasi di Malaysia melaporkan penggunaan kedua terendah bagi sistem legasi (11%) dan awan awam (17%) tetapi penggunaan kedua tertinggi pada premis pusat-pusat data (41%);
- Berbanding dengan Malaysia, organisasi Singapura hampir dua kali ganda berkemungkinan menggunakan awan awam (31%) dan hampir separuh besar kemungkinan untuk menggunakan pada premis pusat-pusat data (23%).
- Dua pertiga daripada organisasi Malaysia (68%) dan Singapura (64%) bersetuju bahawa data lebih selamat di awan berbanding secara dalaman; dan keselamatan dinyatakan sebagai manfaat utama dan cabaran terbesar untuk memindahkan data, aplikasi atau proses kepada awan.

“Keputusan ini menunjukkan mengapa transformasi awan bukan sekadar satu isu IT, ia adalah satu isu perniagaan,” kata Leon Sayers, Ketua Perunding Serantau, Unisys Asia Pasifik. “Sembilan dalam sepuluh (92%) bagi organisasi Malaysia yang menggabungkan awan sebagai satu bahagian teras bagi strategi perniagaan mereka menyaksikan keuntungan positif yang paling besar, berbanding dengan hanya 60% daripada mereka yang tidak berbuat demikian. Berbanding dengan pendekatan ‘angkat dan alih’, pelaksanaan awan yang berjaya memerlukan penempatan rangka kerja yang betul dari peringkat awal, dengan inovasi dan kemas kini yang berterusan dari semasa ke semasa.”

Masa Hadapan adalah kepada Berbilang Awan
Walaupun hampir kesemua responden (94% di Malaysia dan 97% di Singapura) mengatakan bahawa mereka telah berhijrah ke awan pada tahap tertentu, penggunaan berbilang awan masih rendah (25% di Malaysia dan 44% di Singapura) - sejajar dengan pencapaian global.

Walau bagaimanapun, organisasi Malaysia yang menggunakan berbilang awan lebih cenderung untuk melihat awan sebagai penting bagi keselamatan dan untuk kekal berdaya saing:

- Kesemua (100%) pengguna berbilang awan Malaysia yang ditinjau mengatakan bahawa jika mereka tidak berhijrah kepada awan mereka mungkin agak amat bimbang untuk menggunakan sistem legasi tanpa keselamatan untuk menangani dengan penggodam pada hari ini, berbanding dengan 76% bagi organisasi Malaysia yang ditinjau;
- Kesemua (100%) pengguna berbilang awan Malaysia yang ditinjau berkata mereka juga bimbang jika tercicir sebagai sebuah teknologi yang tertinggal ke belakang, diatasi oleh persaingan dan menutup perniagaan – berbanding dengan 59%, 62% dan 65% masing-masing bagi kesemua organisasi Malaysia yang ditinjau.

“Satu strategi Berbilang awan menawarkan kefleksibelan dan pilihan, dan memperakui bahawa tidak semua data dan aplikasi perlu diperlakukan dalam cara yang sama,” jelas Sayers. “Satu strategi berbilang awan membantu organisasi untuk memperoleh penguasaan yang lebih tinggi ke atas data mereka, menyebarkan risiko mereka dalam kes masa henti dan meningkatkan rundingan pembelian pada kadar harga kedai bagi keperluan perkhidmatan yang berbeza daripada pelbagai vendor.”

Barometer Kejayaan Awan Unisys 2019: Melihat Bagaimana Awan Memenuhi Jangkaan
Barometer Kejayaan Awan Unisys yang pertama meninjau lebih dari 1,000 pemimpin kanan perniagaan dan pemimpin IT merentasi 13 buah negara pada Ogos dan September 2019. Unisys mengukur sikap mereka terhadap pelbagai isu pencapaian awan dan mencipta satu barometer berdasarkan kepada maklum balas mereka. Skor barometer itu dikira pada skala dari sifar sehingga 100, berdasarkan kepada sejauh mana jangkaan awan telah dipenuhi dalam enam bidang yang merangkumi perniagaan, daya saing dan manfaat IT.
Skor Barometer Kejayaan Awan Unisys untuk Malaysia adalah 49, hanya rendah sedikit daripada purata global iaitu 49.

https://s3-ap-southeast-2.amazonaws.com/mnr-s3-prod/0149/000381_howwellhaveyourexpectationsbenmet_800.jpg

Pemacu utama untuk organisasi Malaysia yang bergerak ke awan adalah keinginan untuk mendapatkan keselamatan IT dan data yang lebih baik (65%), menjadi tangkas (54%) dan kelebihan berdaya saing (50%). Jangkaan bagi pelaksanaan awan mereka telah melebihi bagi memacukan inovasi (88%), membolehkan masa yang lebih pantas ke pasaran (85%), menjadi tangkas untuk memenuhi permintaan (85%) dan keselamatan IT dan data yang lebih baik (81%).

Walau bagaimanapun, faedah yang disampaikan tidak seperti yang dijangka dalam bidang pengurangan kos (47 berkata jangkaan agak dipenuhi/ di bawah jangkaan), meningkatkan pendapatan (44%) dan mengurangkan jumlah pekerja (43%).

Mengemudi Jalan ke arah Kejayaan
Tinjauan itu telah mengenal pasti beberapa faktor yang meningkatkan kemungkinan bagi migrasi yang berjaya. Di peringkat global, organisasi yang menggunakan sokongan pihak ketiga untuk membantu penerimagunaan awan mereka adalah 26% lebih berkemungkinan untuk merealisasikan peningkatan organisasi yang lebih baik berbanding dengan organisasi yang mengendalikan migrasi awan secara dalaman. Di Singapura keputusannya adalah lebih tinggi dengan organisasi yang menggunakan pihak ketiga hampir tiga kali ganda berkemungkinan untuk menyaksikan peningkatan. Sedangkan di Malaysia, organisasi yang menggunakan pihak ketiga adalah 11% kurang berkemungkinan untuk melihat peningkatan.

"Walaupun tidak ada migrasi awan yang sama, terdapat beberapa blok bangunan teras yang banyak berkongsi migrasi yang berjaya. Pertama, organisasi perlu melakukan satu penilaian perancangan secara menyeluruh yang melihat kepada ROI yang dijangkakan, keperluan latihan kakitangan, risiko keselamatan dan mengenalpasti di mana kepakaran luar diperlukan. Seterusnya, mereka perlu mewujudkan satu rangka kerja penyepaduan berterusan/penyampaian terus menerus yang memanfaatkan perkhidmatan mikro, kontena dan DevOps iaitu satu set amalan yang menggabungkan pembangunan perisian dan operasi teknologi maklumat. Akhir sekali, mempunyai sebuah portal pengurusan awan adalah amat penting untuk memberikan ketampakan akhir-ke-akhir bagi pemantauan dan prestasi yang lebih baik,” kata Sayers.

Untuk mendapatkan lebih banyak keputusan dan maklumat mengenai Barometer Kejayaan Awan Unisys 2019 dan untuk memuat turun satu laporan mengenai hasil tinjauan itu, sila layari www.unisys.com/cloudbarometer.

Metodologi
Tinjauan dalam talian Barometer Kejayaan Awan Unisys ke atas 728 pemimpin IT dan 317 pemimpin kanan perniagaan telah dijalankan merentasi 13 buah negara: Australia, Belgium, Brazil, Chile, Colombia, Jerman, Malaysia, Mexico, Belanda, New Zealand, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada Ogos hingga September 2019. Respons daripada 90 organisasi Malaysia dan Singapura adalah dari 56 pemimpin IT dan 34 pemimpin perniagaan.

Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengendalian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari  https://www.unisys.com.my/. Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/Unisys).
                               
                                                                           ###

Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk lain yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai satu tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.

SUMBER: Unisys

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12800

Thursday, November 14, 2019

TEKNOLOGI PEMESEJAN LANJUTAN SYNCHRONOSS AKAN MEMBANTU MEMPERKASAKAN APLIKASI PEMESEJAN KAYA YANG SALING BOLEH BEROPERASI SEPENUHNYA UNTUK USAHA SAMA BAHARU CCMI DARIPADA AT&T, SPRINT, T-MOBILE DAN VERIZON

Penyelesaian pemesejan mudah alih akan mempercepat penghantaran pemesejan berdasarkan RCS merentas operator melalui aplikasi bersepadu tunggal

BRIDGEWATER, N.J., 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ:SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa syarikat mereka sedang bekerjasama dengan usaha sama baharu yang terbentuk daripada empat operator mudah alih terbesar di Amerika Syarikat – AT&T, Sprint, T-Mobile dan Verizon – untuk membantu dalam penyampaian pengalaman pemesejan mudah alih lanjutan merentasi keempat-empat rangkaian mudah alih.

Berdasarkan standard Perkhidmatan Komunikasi Kaya (RCS) yang dibangunkan bersama rakan kongsi teknologi WIT Software, platform ini berpotensi untuk mewujudkan ekosistem pemesejan yang membolehkan jenama pelanggan mencipta tahap penglibatan baharu dan memenuhi pilihan yang semakin bertambah bagi interaksi yang kaya dengan kandungan dan diperibadikan melalui komunikasi pemesejan. Dengan persetujuan pelanggan, teknologi ini akan membenarkan perniagaan berinteraksi secara langsung dengan pelanggan mereka menggunakan komunikasi multimedia berjenama dan interaktif serta pemesejan satu kepada satu. Aplikasi tersebut juga akan membolehkan pengguna menambahkan keupayaan multimedia lanjutan pada mesej teks mereka serta mencapai, melibatkan diri dan berinteraksi dengan jenama kegemaran mereka tanpa perlu menukar daripada satu aplikasi kepada aplikasi lain.

“Inisiatif pemesejan silang pembawa berpotensi untuk mengalihkan ekosistem wayarles kepada perkhidmatan pemesejan baharu dan inovatif yang akan meningkatkan prestasi pengalaman baharu – membolehkan pelanggan wayarles A.S. mengurus kehidupan digital mereka dan mendayakan interaksi yang berkesan dan mudah dengan jenama kegemaran mereka melalui satu aplikasi,” kata Glenn Lurie, Presiden dan CEO Synchronoss Technologies. “Pelancaran inisiatif ini menunjukkan permulaan zaman pemesejan lanjutan di A.S. yang akan mula menyatukan komunikasi, perkhidmatan dan hiburan melalui cara baharu. Synchronoss bersama-sama dengan rakan kongsi kami, WIT Software telah menyaksikan kehebatan pemesejan lanjutan di seluruh dunia dan kami yakin bahawa terdapat potensi besar untuk pasaran ini dalam pelbagai bidang di A.S.. Kerjasama ini merupakan contoh cara bekerjasama dapat meningkatkan keseluruhan ekosistem mudah alih.”

Doug Garland, Pengurus Besar untuk usaha sama CCMI berkata, “Melalui kerjasama dengan Synchronoss, kami akan dapat meningkatkan pengalaman pemesejan dengan jayanya melalui RCS dan mengambil langkah seterusnya untuk memajukan ekosistem komersial perbualan. Dengan keupayaan RCS baharu, keempat-empat pembawa wayarles akan dapat mewujudkan keseluruhan pengalaman pelanggan pemesejan mudah alih yang lebih baik.”

Synchronoss dan WIT Software ialah pembekal pemesejan yang sudah lama ditubuhkan dengan keupayaan terbukti untuk syarikat di seluruh dunia. Pada tahun lepas, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan operator Jepun untuk mewujudkan platform silang operator pemesejan lanjutan berdasarkan RCS saling boleh beroperasi sepenuhnya yang pertama di dunia untuk pengguna mudah alih di Jepun.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman lancar dan kepelbagaian keupayaan RCS, lawati https://synchronoss.com/advancedmessaging/

Perihal Synchronoss
Synchronoss (NASDAQ:SNCR) mentransformasikan cara syarikat menjanakan hasil baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh dilanjutkan dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan Teknologi-Media-Telekomunikasi mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12794

NUVECTRA® TERUS MENYOKONG PESAKIT SEMASA DENGAN IMPLAN ALGOVITA® SEMENTARA SYARIKAT MEMFAILKAN BAB 11 SECARA SUKARELA

Proses Diselia Mahkamah Tiada Impak terhadap Keselamatan atau Kefungsian Peranti Algovita; Syarikat akan Terus Menyokong Doktor Perubatan


PLANO, Texas, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nuvectra Corporation (NASDAQ: NVTR) (“Nuvectra” atau “Syarikat”), sebuah syarikat peranti perubatan neurostimulasi, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memilih untuk memfailkan petisyen sukarela untuk penyusunan semula di bawah Bab 11 Kod Kebankrapan Amerika Syarikat di Mahkamah Kebankrapan A.S. bagi Daerah Timur Texas (“Mahkamah”). Syarikat mahu menggunakan proses diselia Mahkamah untuk meneruskan penilaian untuk beberapa pilihan bagi memaksimumkan nilai dan menangani tanggungan kewangannya. Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan terus yakin bahawa Syarikat dan asetnya mempunyai nilai yang agak besar dan sedang meneroka beberapa pilihan, termasuklah penjualan Syarikat secara keseluruhan, bagi Sistem Stimulasi Korda Spina Algovita (“Algovita”), daripada Virtis® atau aset tertentu.

Tambahan lagi, Nuvectra komited dalam menyokong pesakit semasa menggunakan Algovita, dan juga doktor perubatan, klinisian dan kemudahan yang merawat pesakit dengan Algovita. Keselamatan dan kefungsian Algovita tidak akan menerima impak daripada proses diselia Mahkamah. Syarikat kini sedang menggantung sokongannya terhadap implan masa depan sehinggalah hala tuju Syarikat ditentukan dan Syarikat mengesyorkan doktor perubatan menghentikan sebarang implantasi baharu dan juga prosedur percubaan dan kajian klinikal yang sedang dijalankan, sehinggalah pada waktu tersebut.

Dr. Fred Parks, Ketua Pegawai Eksekutif Nuvectra, mengomen, “Sejak pelancaran sebagai syarikat bebas, Nuvectra telah melabur dalam misi kami untuk membantu doktor perubatan menambah baik kehidupan orang yang mengalami kondisi kronik. Kami berjaya membawa masuk Algovita ke dalam pasaran dan mendapat peluang dalam perancangan kami, termasuklah Virtis, yang kami percaya akan menjana nilai pada masa depan. Untuk membiayai usaha inovasi dan komersialisasi kami, Syarikat telah berhutang dengan banyak. Kami telah berusaha untuk mencapai laluan alternatif ke hadapan menerusi kajian semula pilihan yang meluas untuk perniagaan kami semenjak beberapa bulan lalu. Susulan perbincangan yang membina dengan peminjam kami, proses diselia Mahkamah yang kami mulakan hari ini akan memberi kami masa dan fleksibiliti yang kami perlukan untuk menilai semula pilihan kami, memaksimumkan nilai aset kami dan menyelesaikan tanggungan kewangan kami.”

Dr. Parks meneruskan, “Kami komited dalam menyokong pesakit yang sedang menggunakan peranti kami dan doktor perubatan dan klinisian mereka dengan mengekalkan pasukan pakar klinikal dan pakar sokongan produk.”

Pesakit atau doktor perubatan dengan pertanyaan berkenaan Algovita hendaklah menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Nuvectra dengan menghubungi 1-844-727-7897 (atau +1-214-618-4980 untuk panggilan dari luar A.S.) dan memilih pilihan satu atau hantarkan emel kepada support@nuvectramed.com.

Syarikat telah memfailkan beberapa usul lazim untuk meminta kebenaran Mahkamah menyokong operasinya semasa proses diselia Mahkamah, termasuklah usul cagaran wang tunai konsensual dan satu usul untuk membayar gaji dan faedah kepada pekerja. Syarikat menjangkakan akan menerima kelulusan Mahkamah bagi permintaan ini tidak lama lagi.

Maklumat Tambahan
Sumber tambahan untuk vendor dan pihak luar lain, termasuklah pemfailan mahkamah dan dokumen lain yang berkaitan proses Bab 11, boleh didapati di laman web yang ditadbir oleh ejen tuntutan Nuvectra, KCC, di http://www.kccllc.net/nuvectra. Maklumat juga boleh didapati dengan menghubungi 1-888-201-2205 (A.S. dan Kanada) atau +1-310-751-1839 (Antarabangsa).

Norton Rose Fulbright US LLP dan Dorsey & Whitney LLP berkhidmat sebagai peguam Syarikat dan Alvarez & Marsal berkhidmat sebagai penasihat penyusunan semula.

Tentang Nuvectra Corporation
Nuvectra® ialah sebuah syarikat neurostimulasi yang komited dalam membantu doktor perubatan menambah baik kehidupan mereka yang mengalami kondisi kronik. Sistem Stimulasi Korda Spina (SCS) Algovita® ialah penawaran komersial pertama kami dan ditanda CE dan diluluskan oleh FDA untuk rawatan sakit tak tertahan yang kronik pada trunkus dan/atau anggota. Platform teknologi inovatif kami juga mempunyai keupayaan yang sedang dibangunkan untuk menyokong petunjuk lain seperti neuromodulasi sakrum (SNM) untuk rawatan pundi kencing terlebih aktif, dan stimulasi otak dalam (DBS) untuk rawatan Penyakit Parkinson.

Nota Peringatan Berkenaan Pernyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi "pernyataan prospektif," termasuklah kenyataan yang kami buat berkenaan pandangan untuk Nuvectra sebagai syarikat dagangan awam bebas. Pernyataan prospektif hanyalah berdasarkan kepercayaan, jangkaan dan anggapan semasa kami berkenaan masa depan perniagaan, perancangan dan strategi masa depan, unjuran, peristiwa dan aliran yang dijangka, ekonomi dan kondisi masa depan lain, dan oleh itu tertakluk pada ketaktentuan semula jadi, risiko dan perubahan dalam keadaan yang sukar diramalkan dan mungkin di luar kawalan kami. Prestasi sebenar kami mungkin berbeza secara material daripada yang ditunjukkan di dalam pernyataan prospektif tersebut. Oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada sebarang pernyataan prospektif ini. Sebarang pernyataan prospektif yang dibuat oleh kami hanyalah berdasarkan maklumat tersedia kepada kami sekarang dan hanya memberikan gambaran mulai tarikh pernyataan dibuat.  Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar menjadi berbeza secara material berbanding yang ditunjukkan dalam pernyataan prospektif itu termasuklah: (i) keupayaan kami untuk menskala dan meneruskan operasi dengan berjaya semasa proses diselia mahkamah; (ii) keupayaan kami untuk berjaya menjual aset atau mengambil langkah lain untuk memaksimumkan nilai dan menyelesaikan tanggungan kewangan kami di bawah proses diselia mahkamah; (iii) kesan buruk yang mungkin berlaku akibat proses diselia mahkamah terhadap kecairan dan hasil operasi; (iv) kemungkinan keputusan buruk dalam proses yang diluluskan mahkamah, termasuklah kemungkinan bahawa kami mungkin gagal untuk memperoleh kelulusan tepat pada masanya berkenaan usul yang telah kami failkan atau akan failkan pada masa hadapan; (v) risiko bahawa usul yang difailkan oleh pihak ketiga boleh dilanjutkan atau menghalang objektif kami, di bawah proses diselia mahkamah; (vi) atrisi pekerja dan keupayaan kami untuk mengekalkan pengurusan dan pegawai utama lain akibat gangguan dan ketaktentuan, termasuklah keupayaan kami untuk menyediakan pampasan dan manfaat mencukupi semasa proses diselia mahkamah; (vii) keupayaan kami untuk mengekalkan hubungan dengan pembekal, pelanggan, pekerja dan pihak ketiga lain dan pihak berkuasa kawal atur lain akibat proses diselia mahkamah; (viii) kesan daripada petisyen penyusunan semula terhadap kami dan kepentingan pelbagai konstituen, termasuklah pemegang saham umum kami; (ix) kesan buruk petisyen penyusunan semula yang boleh timbul terhadap keupayaan kami untuk mengakses pasaran modal pada masa depan, jika diinginkan; (x) tempoh masa yang kami akan beroperasi di bawah proses diselia mahkamah dan keberadaan modal operasi yang berterusan semasa menunggu prosiding; (xi) kos pentadbiran dan undang-undang yang meningkat berkaitan proses diselia mahkamah dan litigasi dan risiko inheren lain yang terlibat dalam proses penyusunan semula; (xii) keupayaan kami untuk berjaya memasarkan Algovita dan mengembangkan peningkatan atau penambahbaikan kepada Algovita; (xiii) ketaktentuan dan masa untuk memperoleh kelulusan kawal atur di Amerika Syarikat dan Eropah untuk sistem neuromodulasi sakrum Virtis kami; (xiv) skop perlindungan untuk hak harta intelek kami merangkumi Algovita dan produk lain menggunakan platform teknologi neurostimulasi kami, berserta sebarang peningkatan atau penambahbaikan produk lain; dan (xv) pematuhan kami terhadap keperluan kawal atur dan undang-undang berkenaan peranti perubatan yang boleh diimplan dan interaksi dengan pakar penjagaan kesihatan. Sila lihat bahagian bertajuk “Faktor Risiko” dalam Laporan Tahunan Nuvectra pada Form 10-K dan dalam pemfailan terbitan suku tahunan dan berkala untuk keterangannya dan risiko dan ketaktentuan lain.  Kami tidak menggalas sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif secara terbuka, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin akan dibuat dari masa ke masa, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, perkembangan masa depan atau sebaliknya.

Pelabur
Jennifer Kosharek
Ketua Pegawai Kewangan
investors@nuvectramed.com

Media
Michael Freitag / Nicholas Lamplough / Aaron Palash
Joele Frank Wilkinson Brimmer Katcher
(212) 355-4449 

SUMBER : Nuvectra