PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- “Kesejahteraan Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama’ diangkat sebagai tema Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2019. Ia selari dengan tema Hari Kanak-Kanak Antarabangsa iaitu ‘For Every Child A Childhood’, yang akan disambut pada 20 November ini, dengan menekankan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak di seluruh dunia.
Sehubungan itu, masyarakat perlu memberi perlindungan, kebajikan dan kesejahteraan demi masa depan kanak-kanak kerana ia adalah tanggungjawab bersama. Ini termasuk memastikan kanak-kanak sihat dan cerdas selain mematuhi empat perkara dalam Convention on the Right of Children iaitu Hak kepada Kehidupan, Perlindungan, Perkembangan dan Penyertaan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM memandang serius isu penderaan, pengabaian, pembuangan bayi serta eksploitasi kanak-kanak yang menyaksikan kanak-kanak sering menjadi mangsa keadaan.
Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan kanak-kanak perlu diberikan pemeliharaan dan perlindungan sekiranya terdedah kepada bahaya atau ancaman. JKM telah laksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak termasuk:
i. Bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan dengan kadar RM100 seorang atau maksimum RM400 sekeluarga;
ii. Bantuan Anak Pelihara bagi membantu kanak-kanak yatim piatu, tiada saudara mara untuk terus berada dalam masyarakat bersama-sama keluarga pelihara;
iii. Perkhidmatan kaunseling bagi memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada mereka yang masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka;
iv. Kanak-kanak yang tidak dapat dijaga oleh ibu bapa atau penjaga atas sebab-sebab tertentu diberi perlindungan di Rumah Kanak-Kanak di seluruh negara;
vi. Menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak yang berperanan menasihati dan membuat syor kepada kerajaan berhubung isu perlindungan, penjagaan, pemulihan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak di peringkat kebangsaan, serantau dan antara bangsa;
vii. Mewujudkan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) bagi menyelaraskan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak. Sehingga kini terdapat 126 PPKK di seluruh Malaysia;
viii. Mewujudkan 149 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di seluruh negara, yang menjalankan seminar, kelas tuisyen, bengkel, motivasi, bimbingan serta kaunseling;
ix. Menubuhkan Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) yang bertanggungjawab menyalurkan pandangan kepada kerajaan berhubung aspirasi dan kehendak kanak-kanak di Malaysia seiring dengan Hak Penyertaan Kanak-Kanak di bawah CRC;
x. Menggalakkan penubuhan TASKA Komuniti sebagai program pencegahan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak. Sehingga kini 39 Taska Komuniti ditubuhkan;
xi. Perkhidmatan 24 jam sehari Talian Kasih15999 yang menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk membuat laporan pada bila-bila masa; dan
xii. Membangunkan Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual terhadap kanak-kanak dalam daftar kanak-kanak bagi tujuan membuat semakan kes-kes pelaku seksual kanak-kanak.
JKM turut bekerjasama dengan badan kerajaan dan bukan kerajaan serta pertubuhan NGO bagi menjalankan program Sahabat B.I.J.A.K berbentuk advokasi bertujuan:
i. Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak khususnya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah;
ii. Memberi kesedaran kepada ibubapa, penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang pentingnya menjaga dan mengutamakan keselamatan kanak-kanak; dan
iii. Memberi pendedahan literasi undang-undang kepada semua pihak berkaitan hukuman yang dikenakan kepada pesalah kanak-kanak serta kanak-kanak yang terlibat dengan salah laku.
SUMBER : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12822
Thursday, November 21, 2019
SOJITZ, NTT COM, NEC, NEC NETWORKS & SYSTEM INTEGRATION AKAN MENINGKATKAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI DI MYANMAR
— Akan meningkatkan kapasiti lebih tiga kali ganda dan menyumbang kepada pembangunan 5G—
TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sojitz Corporation, NTT Communications Corporation (NTT Com), NEC Corporation dan NEC Networks & System Integration Corporation (NESIC) bersama-sama mengumumkan hari ini satu rancangan untuk menaik taraf infrastruktur komunikasi yang menghubungkan bandar raya-bandar raya utama Nay Pyi Taw, Yangon, Mandalay dan Zon Ekonomi Khas Thilawa (SEZ), Myanmar, di bawah satu perintah rasmi dari Pos dan Telekomunikasi Myanma, pengendali telekomunikasi terbesar di negara itu.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191119006175/en/
Projek Peningkatan Rangkaian Komunikasi itu, yang bernilai kira-kira 7 bilion yen (kira-kira 62 juta USD), akan menjadi projek pinjaman ODA yang pertama dalam medan komunikasi Myanmar yang dijalankan di bawah naungan pemerintah Jepun. Empat syarikat yang mengambil bahagian merancang untuk membina kemudahan sambungan internet dan infrastruktur komunikasi antarabangsa yang menghubungkan ketiga-tiga bandar raya itu dan Thilawa SEZ menjelang tahun 2021. Berbanding sekarang, kapasiti komunikasi akan menjadi lebih tiga kali ganda dan ditingkatkan dengan ketara. Projek itu juga akan menyokong perkhidmatan 5G yang dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat.
Disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat di Myanmar, kadar penerobosan bagi telefon bimbit, hanya kira-kira 10% pada tahun 2014, kini melebihi 90%, tetapi tidak mencukupi dalam kapasiti komunikasi dan alamat IP telah menjadikan pengukuhan infrastruktur komunikasi satu tugas yang sangat mendesak.
NTT Com dan NEC telah membangunkan infrastruktur komunikasi yang kini digunakan di Myanmar, seperti stesen pangkalan LTE, kemudahan sambungan internet antarabangsa dan satu rangkaian komunikasi teras yang menghubungkan Nay Pyi Taw, Yangon dan Mandalay. Juga, Sojitz telah lama terlibat di dalam projek-projek infrastruktur dan tenaga di negara itu, setelah membuka sebuah pejabat di Yangon pada tahun 1918.
Peranan bagi setiap syarikat
Sojitz
Sebagai kontraktor utama bagi projek itu, Sojitz akan menyediakan pengurusan keseluruhan, dengan memanfaatkan pengetahuan yang diperolehnya di dalam projek-projek pembangunan infrastruktur di seluruh dunia.
NTT Com
NTT Com, penyedia perkhidmatan sambungan internet terbesar di Jepun, akan menggunakan keupayaan dan kepakaran teknologi mereka di dalam menaik taraf kemudahan sambungan internet antarabangsa kepada kapasiti maksimum 800 Gbps. Di samping itu, ia akan menyelesaikan kekurangan alamat IP dengan memperkenalkan teknologi IPv6.
NEC
NEC akan menyediakan peralatan komunikasi optik canggih untuk rangkaian komunikasi teras bagi mengembangkan kapasiti penghantaran kepada 1 Tbps, lebih daripada tiga kali ganda berbanding tahap sekarang. Peralatan komunikasi optik mereka akan menyelang-nyelikan pelbagai isyarat bagi jarak gelombang yang berbeza dan menghantar mereka melalui gentian optik.
NESIC
NESIC, yang bekerjasama dengan anak syarikat mereka, NESIC (Thailand) Ltd., akan memasang peralatan DWDM (pemultipleksan pembahagian jarak gelombang padat) yang dibekalkan oleh NEC dan menjalankan kerja reka bentuk, kerja sivil dan kerja pemasangan bagi loji luar (rangkaian kabel optik) jarak panjang kabel 180km di Yangon dan Thilawa SEZ. Syarikat itu akan juga membekalkan dan memasang peralatan bekalan kuasa dan peralatan penyaman udara.
Di bawah projek itu, empat syarikat itu berharap dapat menyumbang kepada pembangunan taraf hidup dan industri mapan melalui komunikasi yang sangat dipercayai dan mantap.
Maklumat mengenai Sojitz Corporation
Sojitz Corporation telah dibentuk daripada kesatuan Nichimen Corporation dan Nissho Iwai Corporation, kedua-dua buah syarikat yang mempunyai sejarah kecemerlangan yang sangat panjang. Selama lebih dari 150 tahun, perniagaan kami telah membantu menyokong pembangunan tidak terkira banyaknya negara dan wilayah. Hari ini, Kumpulan Sojitz terdiri daripada kira-kira 400 anak syarikat dan syarikat sekutu yang terletak di Jepun dan di seluruh dunia, yang membangunkan operasi syarikat perdagangan am yang luas di pelbagai negara dan wilayah.
Sebagai sebuah syarikat perdagangan am, Kumpulan Sojitz terlibat di dalam pelbagai perniagaan di seluruh dunia, termasuk membeli, menjual, mengimport, dan mengeksport barangan, pembuatan dan penjualan produk, menyediakan perkhidmatan, dan merancang dan menyelaraskan projek, di Jepun dan di luar negara. Kumpulan itu juga melabur di dalam pelbagai sektor dan menjalankan aktiviti pembiayaan. Pelbagai sektor di mana Sojitz beroperasi termasuk yang berkaitan dengan kereta, kilang, tenaga, sumber mineral, bahan kimia, sumber makanan, sumber pertanian dan perhutanan, barangan pengguna dan taman perindustrian.
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 450,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Ltd., NTT Data, NTT DOCOMO, kami adalah merupakan Kumpulan NTT. (TOKYO: 9432).
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
Maklumat mengenai NEC Corporation
NEC Corporation adalah sebuah peneraju di dalam penyatuan teknologi IT dan teknologi rangkaian yang memberi manfaat kepada perniagaan dan orang awam di seluruh dunia. Kumpulan NEC secara global menyediakan “Penyelesaian untuk Masyarakat” yang menggalakkan keselamatan, kecekapan dan kesamaan bagi masyarakat. Di bawah mesej korporat syarikat itu “Merancang sebuah dunia yang lebih cemerlang,” NEC berhasrat untuk membantu menyelesaikan pelbagai isu yang mencabar dan untuk mewujudkan nilai sosial baharu bagi perubahan dunia pada hari esok. Untuk maklumat lanjut, sila layari NEC di https://www.nec.com.
Maklumat mengenai NEC Networks & System Integration Corporation
NEC Networks & System Integration Corporation (TSE: 1973; NESIC) menyediakan perkhidmatan komunikasi bersepadu yang menggabungkan kekuatan bagi integrasi sistem dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan, serta keupayaan pengurusan kejuruteraan dan kemudahan yang canggih, untuk pelbagai jenis pelanggan, termasuk pembawa telekomunikasi, perusahaan dan agensi kerajaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.nesic.co.jp/english/.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12824

Wednesday, November 20, 2019
PENCIPTA BERSAMA BLOK RANTAI ABEY DR. CIPRIAN PUNGILA MENYAMPAIKAN UCAP UTAMA PADA HARI PEMBUKAAN SIDANG KEMUNCAK BLOK RANTAI MALTA 2019
VADUZ, Lichtenstein, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan aBey hari ini mengeluarkan teks lengkap dan video berhubung ucap utama Dr. Ciprian Pungila semasa sesi pembukaan Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta 2019. Dr. Pungila adalah pencipta bersama bagi teknologi blok rantai aBey dan bertindak sebagai ketua saintis bagi Yayasan aBey, sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan. Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta berlangsung pada 7 dan 8 November.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191111005464/en/
Ucapan Dr. Pungila menyentuh mengenai kekuasaan teknologi melalui blok rantai yang berprestasi tinggi. Memperkenalkan cara-cara yang berinovatif untuk memberi kuasa kepada blok rantai melalui seni bina heterogen dan pengiraan yang berprestasi tinggi, satu topik penting di dalam perbincangan yang diliputi oleh Dr. Pungila dalam apa yang beliau nyatakan sebagai “urus niaga runcit berasaskan prestasi.”
Dr. Pungila mengkaji semula fakta-fakta utama mengenai blok rantai aBey, dengan mengatakan “aBey mula diketahui umum pada Julai 2018, dan menjelang ulang tahun pertama blok rantai itu telah mengumpulkan lebih daripada 100,000 pengguna aktif.” Kadar pertumbuhan aBey melebihi pertumbuhan awal Bitcoin dengan faktor lebih daripada lapan kali ganda.
Dr. Pungila meneruskan, “Ciri-ciri blok rantai aBey termasuk sokongan untuk mempercepatkan volum urus niaga yang sangat tinggi, urus niaga yang boleh dikembalikan (yang pertama di dunia), pinjaman intrinsik, termasuk pinjaman serta-merta dengan pemeriksaan pematuhan segera dengan menggunakan Gerbang Pinjaman Kekubah (yang pertama di dunia), sokongan untuk rujukan pemasaran ahli gabungan dan pembayaran komisen dengan menggunakan Gerbang Pembayaran Dipercayai (yang pertama di dunia), pemprosesan pembayaran di rantaian dan satu pendekatan berbilang lapisan untuk e-dagang, sekali gus menjadikan aBey sebuah blok rantai hibrid yang kompleks dari segi saling boleh kendali. Nama akaun pilihan yang boleh menggantikan nombor kriptik yang panjang adalah intrinsik kepada aBey dan bukannya satu perkhidmatan berbayar seperti dengan blok rantai yang lain, dan ini meningkatkan penemuan pengguna dengan ketara bagi pengguna tanpa izin yang lain di dalam rangkaian mereka.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12784
LAPORAN GPCI 2019 YAYASAN MORI MEMORIAL: LONDON HILANG MOMENTUM, TOKYO AGAK PERLAHAN DAN PARIS MENIKMATI TREND KE ATAS
48 daripada bandar raya utama dunia sebagaimana disenaraikan oleh Laporan GPCI 2019 Yayasan Mori Memorial
TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- London, New York, Tokyo dan Paris sekali lagi dinamakan sebagai bandar raya paling menarik di dunia, dalam susunan itu, di dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2019 yang diterbitkan oleh Institut Yayasan Mori Memorial bagi Strategi Bandar, sebuah badan penyelidikan yang diwujudkan oleh Mori Building, sebuah pemaju bandar yang terkemuka di Tokyo. Sejak tahun 2008, laporan tahunan GPCI itu telah menilai 40 atau lebih bandar raya utama dari segi “daya tarikan,” atau kuasa keseluruhan untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia. Bandar raya dinilai dari segi 70 petunjuk dalam enam kategori (fungsi): Ekonomi, R&D, Interaksi Kebudayaan, Sesuai untuk Didiami, Persekitaran dan Mudah untuk Diakses. Dalam usaha untuk menangani dengan perubahan di dalam keadaan yang mengelilingi bandar raya-bandar raya global, GPCI itu terus menerus memperbaiki petunjuk dan kaedah pengumpulan data mereka.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191118005309/en/
Di tengah-tengah kelegapan yang meningkat di dalam ekonomi dunia dan peningkatan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar, London menyaksikan markah komprehensif mereka jatuh selepas lapan tahun menduduki tempat teratas pada GPCI. Walaupun markah bagi New York, Tokyo dan Paris kesemuanya merosot di atas sebab-sebab mereka yang tersendiri, tahap kejatuhan bagi Tokyo melebarkan jurangnya dengan New York, walaupun jurang di antara Tokyo dan Paris menyempit. Paris terus bergerak ke hadapan berikutan kejayaan bida mereka pada tahun 2017 untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024, mengatasi satu trend menurun sebelumnya berikutan serangan pengganas di bandar raya itu pada tahun 2015.
Sejumlah besar peristiwa yang mencabar berlaku atau terus berlaku pada tahun 2019, seperti pergeseran perdagangan Amerika Syarikat-China, cadangan penarikan diri United Kingdom dari Kesatuan Eropah dan bantahan di Hong Kong. Kesan yang ketara pada markah GPCI 2019 termasuk kelembapan “Kadar Pertumbuhan KDNK” Beijing dan Shanghai dan penurunan jumlah bagi “Syarikat-syarikat 500 Utama Dunia” di London. Hong Kong akan berkemungkinan merasakan kesan daripada pergolakan politik mereka dalam GPCI 2020.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12819
SEGALA-GALANYA DARI LADANG KEPADA JOGING: 5G SEDANG MENGUBAH WAJAH DAN MASA HADAPAN BAGI CHONGMING
SHANGHAI, 19 Nov., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
Jentera penuai 5G tanpa kawalan pemandu sedang dikerahkan pada laluan penuaian khusus di ladang organik Wanhe di bahagian timur Daerah Chongming.
Pemuat naik bahan yang pandu sendiri, robot-robot ladang organik dan pesawat menyembur racun serangga tanpa kawalan pemandu juga sedang bekerja di ladang-ladang lain. Di Pusat Kawalan Kualiti Ladang Chongming, petani sedang menyemak video pemantauan HD bagi kerja yang sedang berjalan secara serta-merta melalui 5G.
Lebih banyak tanah ladang, pengairan, teknologi dan dasar-dasar kerajaan yang berkualiti tinggi adalah di antara faktor di sebalik hasil tuaian yang luar biasa banyaknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Pulau Chongming.
“Terima kasih kepada rangkaian 5G, kita boleh menyingkirkan kebergantungan yang berlebihan kepada petani dan merealisasikan kawalan dan pengurusan mesin, meningkatkan kecekapan,” kata Huang Zhen, pegawai dengan ladang organik Wanhe. “Kita boleh menggenggam dengan erat ‘jelapang padi’ itu dalam tangan kita sendiri."
Dengan lebar jalur yang besar, kelewatan yang rendah dan ciri-ciri penyambungan yang besar, “jentera penuai pintar 5G+” merealisasikan sokongan sepanjang masa untuk penanaman dan pengurusan bagi pengeluaran pertanian termasuk mekanisasi yang komprehensif, mengelakkan halangan, kawalan jauh dan pemanduan sendiri.
Dan jentera penuai tenaga baharu ini boleh mengumpul dan menganalisis data pengeluaran dalam tepat masa dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan, meningkatkan perlindungan alam sekitar dan ekologi.
Kerajaan daerah itu telah mengumumkan bahawa dengan liputan penuh bagi rangkaian 5G di pulau itu, Chongming akan menggunakan teknologi itu untuk pemanduan dan operasi pintar pertanian, pemantauan dan analisis penerbangan ketepatan tinggi, penyeliaan tepat masa bagi produk pertanian, robot pertanian, latihan dan bimbingan teknologi pertanian jarak jauh, analisis pembiakan industri, dan pengumpulan tepat masa bagi data pertanian dan pengkomputeran awan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12817

PERJALANAN KESAKSAMAAN USIA
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa diisytiharkan pada setiap 1 Oktober oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Tahun ini, sambutannya bertema The Journey to Age Equality (Perjalanan Kesaksamaan Usia) yang selaras Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal-SDGs) ke-10. Ia adalah antara 17 matlamat diperakukan oleh Sidang Kemuncak PBB mengenai Pembangunan Lestari (UN Sustainable Development Summit) dan perlu dicapai oleh semua negara menjelang 2030. Pembangunan mampan merangkumi agenda alam sekitar, agenda kesejahteraan komuniti dan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.
Menyedari isu dan cabaran berkaitan penuaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menambah baik Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) pada 2011.
KPWKM menerusi JKM turut menawarkan perkhidmatan sokongan, sosial dan kebajikan untuk memperkasakan warga emas bagi menjamin kehidupan yang lebih sejahtera buat mereka dengan menyediakan:
a. Bantuan kewangan;
b. Penjagaan Institusi;
c. Program Sokongan Sosial K4K (Komuniti untuk Komuniti)
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah program yang mudah diakses warga emas dalam komuniti. Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) pula memberi perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan untuk warga emas mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital/klinik manakala Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services) merupakan program bercorak mendekati (reaching out) warga emas.
KPWKM juga menjalankan Kajian Diagnostik Bagi Membentuk Model Penjagaan Warga Emas Jangka Masa Panjang Bersepadu dan Mampan di Malaysia, yang dijangka selesai pada penghujung 2020. Skop kesejahteraan dan kebajikan warga emas serta penjaga dititikberatkan dalam kajian ini, yang akan menghasilkan pembentukan model pembiayaan serta model penjagaan bersepadu serta pelan tindakan pelaksanaan penjagaan jangka masa panjang. Kajian ini mengambil kira keperluan jagaan kesihatan dan sosial dalam institusi dan komuniti.
Selain itu, Kajian Kandungan, Pendekatan dan Skop dilaksanakan bagi menggubal akta khusus untuk warga emas di Malaysia. Cadangan akta ini adalah selaras dengan hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan serta Kajian Prevent Elder Abuse and Neglect Initiative (PEACE) oleh Universiti Malaya, yang menunjukkan hasil kajian yang hampir sama iaitu prevalens atau kekerapan penderaan warga emas di Malaysia adalah kira-kira 10 peratus. Menerusi penggubalan akta ini, promosi dan perlindungan hak asasi warga emas dapat diperkasakan selain meningkatkan kesejahteraan warga emas termasuk ahli keluarga dan komuniti.
KPKWM akan berkolaborasi dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan United Nations Development Programme (UNDP) untuk melaksanakan projek age-friendly city secara rintis di Taiping, Perak. Projek rintis selama dua (2) tahun ini akan dijalankan berdasarkan panduan age-friendly city daripada World Health Organisation (WHO). Satu kerangka kerja bagi pewujudan daerah mesra warga emas akan dihasilkan untuk digunapakai oleh pihak berkuasa tempatan lain kelak. Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) atau Myageing dilantik menjadi perunding utama bagi kajian ini.
SUMBER: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12815

Subscribe to:
Posts (Atom)