Friday, December 6, 2019

MACROGEN: KEJAYAAN MEMBINA PANEL RUJUKAN ASIA TIMUR LAUT YANG TERBESAR

- Panel rujukan dijangka menyumbang untuk mengetahui gen berkaitan penyakit yang khusus bagi warga Asia Timur Laut, dan untuk membangunkan kaedah diagnosis yang disesuaikan
 

- Satu panel rujukan kedua daripada 10,000 individu akan dikeluarkan awal tahun depan

SEOUL, Korea Selatan, 29 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pasukan penyelidikan bersama dari Seoul National University Hospital Bundang dan Macrogen (www.macrogen.com) (KOSDAQ: 038290) mengumumkan pengeluaran satu daripada Pangkalan Data Rujukan Asia Timur Laut yang terbesar (NARD, https://nard.macrogen.com/). Hasil bagi kajian NARD itu telah diterbitkan dalam Genome Medicine.
https://genomemedicine.biomedcentral.com/articles/10.1186/s13073-019-0677-z

Pasukan penyelidikan itu ingin menekankan mengenai betapa pentingnya panel rujukan itu, justeru menamakannya NARD.

NARD termasuk data turutan genom keseluruhan dan data mutasi genetik bagi 1,779 orang individu—850 rakyat Korea, 384 rakyat Mongolia, 396 orang Jepun, 91 orang China dan 58 orang Hong Kong. Ini adalah panel rujukan terbesar yang mewakili Korea, Mongolia, China, dan Jepun. Di samping itu, NARD dapat memberikan ketepatan yang lebih tinggi dari segi analisis genom bagi Asia Timur Laut berbanding dengan panel rujukan yang sedia ada di seluruh dunia.

Panel itu yang dibina dari Konsortium Rujukan Haplotype, yang dikenali sebagai panel rujukan awam yang terbesar di dunia, terdiri kebanyakannya dari kaum Eropah, tetapi hanya 1% daripada data genom Asia Timur Laut telah dimasukkan. Kekurangan data ini menyebabkannya sukar untuk mendapatkan ketepatan yang tinggi apabila menjalankan kajian persatuan genom yang meluas (GWAS) ubagi Asia Timur Laut, oleh itu keperluan untuk mengumpul satu panel rujukan Asia Timur Laut yang besar telah ditonjolkan.

Pasukan penyelidikan itu menjangkakan NARD akan meningkatkan ketepatan bagi teknik imputasi di dalam GWAS, dan akan memainkan satu peranan penting dalam ramalan penyakit berdasarkan kepada skor risiko poligenik (PRS). PRS itu dapat meramalkan bila berlakunya penyakit, yang disimpulkan dari teknik imputasi, sepanjang mengenal pasti lokasi bagi ratusan gen yang mempunyai pengaruh terhadap penyakit itu dan menyatakan kualiti risiko penyakit tersebut. Dalam kata lain, jika ketepatan bagi keputusan imputasi itu menggunakan satu panel rujukan besar adalah tinggi, keputusan PRS yang berketepatan tinggi akan berbuat demikian.

Pasukan penyelidik mengenal pasti bahawa, buat kali pertama, setiap negara Asia Timur Laut mempunyai konfigurasi genom tertentu. Malahan, konfigurasi genom Korea jelas dibezakan daripada warga Asia Timur Laut yang lain. Hasil ini telah membawa kepada satu keperluan untuk pembinaan panel rujukan bukan sahaja bagi benua tetapi juga untuk negara masing-masing. Yang paling penting, hasilnya secara saintifik membuktikan keperluan dan kepentingan bagi sebuah panel rujukan untuk orang Korea.

Profesor Unggul Jeong-Sun Seo dari Seoul National University Hospital Bundang berkata, “Kajian itu bukan sahaja mengenal pasti ciri-ciri genetik bagi penduduk Asia Timur Laut, tetapi juga berjaya membina satu panel rujukan, yang ketepatannya tidak dapat ditandingi di seluruh dunia.” Beliau menambah, “Kami akan mengeluarkan satu panel rujukan Asia Timur Laut kedua dari 10,000 individu pada awal tahun depan. Oleh itu, kedua-dua panel rujukan ini akan banyak menyumbang kepada penemuan gen berkaitan penyakit di Asia Timur Laut dan meramalkan penyakit.”

Hubungi

Hubungi kami bagi mendapatkan siaran akhbar
Macrogen Inc.
Hyun-Ah Lee, +82-2-2180-7029
pr@macrogen.com

Sumber : Macrogen Inc.
  
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Wednesday, December 4, 2019

WARGA AUSTRALIA TOM MATIC MENGALAHKAN JOHAN PROFESIONAL TIGA KALI A.S. GREG ANLIKER PADA PERTANDINGAN ANTARABANGSA JULUNG KALI DI KEJOHANAN KEBANGSAAN IDEAL® 2019

Juruelektrik dari A.S., Kanada, China dan Australia Bersaing untuk Gelaran ‘Juruelektrik Terbaik Dunia’ dan Wang Tunai dan Hadiah Bernilai Lebih $600,000

SYCAMORE, Ill., Nov 25 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- IDEAL® Electrical menamatkan Kejohanan Kebangsaan IDEAL tahunan kali keempat dengan menobatkan Johan Antarabangsa pertama pada 9 November di Disney’s® Coronado Springs Resort di Lake Buena Vista, Florida. Tom Matic dari Melbourne, Australia membawa pulang gelaran ‘Juruelektrik Terbaik Dunia’ dan sebuah Trak Pikap RAM® 1500 baharu selepas bersaing dengan juruelektrik profesional di seluruh A.S., Kanada dan China dalam pertandingan sengit selama sejam yang memerlukan peserta untuk melengkapkan empat cabaran – salah satunya mencerminkan kaedah pemasangan elektrik yang unik di setiap negara.

Pertandingan antarabangsa yang berlangsung julung kali itu diadakan susulan tiga hari pertandingan termasuklah kategori Cabaran Profesional, Pelajar/Pelatih, Kontraktor dan Sekolah. Rakan dan keluarga memenuhi arena untuk memberikan sokongan kepada 162 peserta dari serata A.S. dan Kanada, dan juga johan kebangsaan profesional dari Australia dan China. Johan Mexico menghadiri acara ini sebagai tetamu pada tahun ini tetapi Mexico merancang untuk bertanding pada Minggu Kejohanan 2020.

Kejohanan Kebangsaan IDEAL Memberikan Penghormatan kepada Komuniti Perdagangan Elektrik

Empat tahun yang lalu, IDEAL Electrical menubuhkan IDEAL National (U.S.) Championship untuk menunjukkan kemahiran dan profesionalisme juruelektrik hari ini. “Dengan A.S. yang menghadapi kekurangan juruelektrik yang ketara dalam beberapa tahun akan datang (Jabatan Buruh A.S. melaporkan 60,000 menjelang 2026), kami mahu mencari jalan untuk memberikan penghormatan kepada komuniti perdagangan dan membantu menarik minat lelaki dan wanita muda dalam kerjaya yang memuaskan sebagai juruelektrik dan kontraktor,” kata Doug Sanford, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Perniagaan Bukan Pencahayaan, IDEAL INDUSTRIES, INC.

“Saya berpendapat kita mempunyai peluang dan tanggungjawab, untuk mempamerkan secara berkesan kepentingan pertukangan mahir ini untuk menguasakan dan menyambungkan kita semua di mana-mana sahaja dalam setiap unsur hidup kita. Tanpa juruelektrik, teknologi tidak akan bergerak maju. Bangunan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Rumah tidak dapat memenuhi jangkaan.”

Laluan ke Minggu Kejohanan

Tahun ini, lebih daripada 58,000 juruelektrik, pelajar dan pelatih bertanding dalam lebih 1,500 acara Pusingan Kelayakan di 5 negara bermula 4 Mac – 4 Oktober, 2019. Semasa acara ini, peserta perlu mempamerkan kedua-dua kemahiran penyelesaian masalah dan fizikal dalam tindakan memotong, melucut, mengelim, menamatkan dan banyak lagi – menggunakan alat IDEAL melalui cabaran yang diadili melalui ketukangan, keselamatan dan masa.

Tahun ini, pertandingan pasukan diubah kepada Cabaran Sekolah dan Kontraktor dengan matlamat untuk memberikan penghormatan kepada sumbangan penting oleh Sekolah dan Kontraktor terhadap perdagangan ini dan juga mempamerkan bakat setiap peserta. Terdapat hadiah baharu disediakan khas untuk mereka, termasuklah sebuah Van Komersial RAM® ProMaster®  dengan Grafik Syarikat Tersuai, biasiswa dan IDEALcash. “Pertandingan pasukan sentiasa menjadi bahagian yang menarik untuk hujung minggu tersebut,” kata Sanford. “Anda boleh menyaksikan ahli pasukan menggunakan kelebihan masing-masing dan menonjol apabila dalam tekanan.”

Pemenang & Hadiah Kejohanan Kebangsaan IDEAL 2019

“Setiap tahun, kami menyaksikan pertandingan dibawa ke tahap yang baharu,” kata Sanford. “Peserta Profesional dan Pelajar/Pelatih tiba ke Minggu Kejohanan tahun ini bersedia untuk mempersembahkan mutu kerja dan kecekapan yang diperlukan seorang juruelektrik bertaraf dunia.”

Johan Individu Profesional bertahan dua kali dan Juara Pasukan Profesional dua kali, Greg Anliker, membuktikan beliau masih hebat dengan membawa pulang gelaran Johan Individu Profesional ketiganya dan $75,000. Jordan Finfrock dari Flatwoods, KY meraih kedudukan teratas dalam kategori Individu Pelajar/Pelatih dengan hadiah bernilai $30,000.

Clay Noga dan Keith Runkle dari Kellenberger Electric (Kellenberger 2) meraih tempat pertama dalam Cabaran Kontraktor. Dua ahli pasukan itu berkongsi hadiah wang tunai $40,000, di samping wang tunai $20,000 dalam bentuk IDEALcash & Van Komersial RAM® ProMaster® dengan Grafik Syarikat Tersuai dan sebuah pakej sokongan pasaran tempatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12837

Tuesday, December 3, 2019

EVERBRIDGE DIPILIH UNTUK MENJANAKAN PLATFORM AMARAN BENCANA SELURUH NEGARA DI PERU BAGI 37 JUTA PENDUDUK DAN PELAWAT TAHUNAN


Table

(Foto: Business Wire)


Kejayaan di Peru Memperkuatkan Kepimpinan Global bagi Everbridge di dalam Amaran Penduduk dengan Kontrak di seluruh Negara di wilayah Amerika, EMEA, dan APAC



BURLINGTON, Mass., 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Everbridge, Inc.  (NASDAQ: EVBG), pemimpin dunia di dalam pengurusan acara kritikal, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi (MTC) Peru untuk menjanakan Sistema de Mensajería de Alerta Temprana de Emergencia (Sismate) negara itu, iaitu Sistem Pesanan Kecemasan Amaran Awal Peru. Berita itu menandakan penyelesaian rundingan kontrak dengan MTC yang Everbridge telah mula-mula dedahkannya pada September, tanpa menamakan negara berkenaan. Kejayaan itu memperkuatkan kedudukan Everbridge sebagai pemimpin dunia di dalam sistem amaran penduduk dengan mempunyai kontrak di wilayah Amerika, EMEA, dan APAC.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191202005296/en/ 

Selepas Sismate itu dikerahkan, ia akan diaktifkan apabila Institut Kebangsaan bagi Pertahanan Awam Peru mengesan satu kejadian besar. Sistem itu, yang dikuasakan oleh Amaran Awam Everbridge, akan menghantar pesanan penting kepada telefon bimbit sebelum, semasa dan selepas kecemasan itu. Amaran Sismate boleh juga digunakan di dalam latihan dan untuk memberi sokongan dalam operasi mencari dan menyelamat. Sismate itu direka untuk memberi perkhidmatan kepada lebih 37 juta orang termasuk 33 juta penduduk Peru dan 4 juta pengunjung tahunan.

“Teknologi ini menandakan satu peristiwa penting di dalam pengurusan risiko dan bencana di peringkat kebangsaan, yang akan disatukan dengan menggabungkan usaha bersama di antara pelbagai institusi dan rakyat,” kata Timbalan Menteri Komunikasi Virginia Nakagawa kepada El Economista.

“Everbridge merasa dihormati untuk menyokong Peru dengan sistem amaran kebangsaan mereka,” kata David Meredith, Ketua Pegawai Eksekutif di Everbridge. “Peru menyertai sejumlah negara yang bilangannya semakin meningkat yang telah memilih untuk bergandingan dengan Everbridge untuk melaksanakan sebuah sistem di seluruh negara bagi melindungi penduduk dan pelawat mereka di tengah-tengah persekitaran ancaman yang semakin meningkat.”

Platform Everbridge itu telah digunakan oleh lebih banyak kerajaan tempatan, negeri, dan negara merentasi seluruh dunia berbanding dengan penyelesaian lain, dengan menawarkan keupayaan untuk menjangkau ke lebih dari 500 juta orang di lebih 200 buah negara. Di samping Peru, Amaran Awam Everbridge telah digunakan untuk menjangkau ke populasi mudah alih pada skala ke seluruh negara di Sweden, Iceland, Belanda, Singapura, Greece, dan beberapa negeri terbesar di India, dan pada masa ini sedang dilaksanakan di Australia. Everbridge adalah penyedia amaran penduduk yang pertama untuk menyokong empat negara Kesatuan Eropah bersempena dengan mandat EU baru-baru ini yang memerlukan negara-negara anggota untuk mempunyai sebuah sistem amaran ke seluruh penduduk menjelang Jun 2022.

Amaran Awam Everbridge merupakan satu-satunya penyelesaian berbilang saluran yang membolehkan negara-negara untuk menggerakkan gabungan kaedah komunikasi kecemasan pilihan mereka. Sistem amaran penduduk Everbridge berkomunikasi merentas semua fasa bagi sesuatu kejadian, memanfaatkan kecerdasan lokasi (lokasi statik, lokasi terakhir diketahui, dan lokasi yang dijangkakan), menyediakan komunikasi dua hala yang diarahkan, dan membolehkan negara-negara untuk menggabungkan kedua-dua kelajuan penghantaran makluman dengan jangkauan yang paling luas untuk meliputi penduduk dan pelawat sepenuhnya.

Maklumat mengenai Everbridge

Everbridge, Inc. (NASDAQ: EVBG) adalah sebuah syarikat perisian global yang menyediakan aplikasi perisian perusahaan yang mengautomatik dan mempercepatkan tindak balas operasi organisasi terhadap peristiwa kritikal untuk memastikan orang ramai selamat dan perniagaan berjalan. Semasa ancaman keselamatan awam seperti situasi penembak aktif, serangan pengganas atau keadaan cuaca yang teruk, serta peristiwa perniagaan kritikal termasuk gangguan IT, serangan siber atau kejadian lain seperti penarikan balik produk atau gangguan rantaian bekalan, lebih daripada 4,800 pelanggan global bergantung kepada Platform Pengurusan Acara Kritikal syarikat itu untuk dengan cepat dan dengan pasti mengagregat dan menilai data ancaman, mencari orang yang menghadapi risiko dan responder dapat membantu, mengautomatikkan pelaksanaan bagi proses komunikasi yang telah ditetapkan sehingga kepada penghantaran yang selamat ke lebih dari 100 peranti komunikasi yang berbeza, dan menjejaki kemajuan bagi pelaksanaan pelan tindak balas. Platform syarikat itu menghantar lebih dari 2.8 bilion pesanan pada tahun 2018 dan menawarkan keupayaan untuk mencapai ke lebih dari 500 juta orang di lebih dari 200 buah negara dan wilayah, termasuk ke seluruh populasi mudah alih pada skala seluruh negara di Australia, Sweden, Belanda, Singapura, Greece, dan beberapa negeri terbesar di India. Aplikasi komunikasi kritikal dan keselamatan perusahaan syarikat itu termasuk Pemberitahuan Massa, Pengurusan Insiden, Sambungan Keselamatan™, Pemberitahuan IT, Pusat Arahan Visual®, Amaran Awam, Pengurusan Krisis, Penglibatan Komuniti™ dan Pesanan Selamat. Everbridge memberi perkhidmatan kepada 9 dari 10 bandar raya terbesar di Amerika Syarikat, 8 dari 10 bank pelaburan terbesar di Amerika Syarikat, 46 dari 50 lapangan terbang paling sibuk di Amerika Utara, 6 dari 10 firma perunding global terbesar, 6 dari 10 pembuat automobil terbesar di dunia, kesemua 4 firma perakaunan terbesar di dunia, 9 dari 10 penyedia penjagaan kesihatan terbesar yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dan 5 dari 10 penanggung insurans kesihatan terbesar yang berpusat di Amerika Syarikat. Everbridge berpangkalan di Boston dan Los Angeles dan mempunyai pejabat tambahan di Lansing, San Francisco, Beijing, Bangalore, Kolkata, London, Munich, Oslo, Singapura, Stockholm dan Tilburg. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.everbridge.com, baca blog syarikat itu, dan ikuti di LinkedIn, Twitter, dan Facebook. 

Bahasa Peringatan Berhubung Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” di dalam konteks maksud peruntukan “safe harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kenyataan berhubung peluang yang dijangkakan dan trend untuk pertumbuhan di dalam komunikasi kritikal kami dan aplikasi keselamatan perusahaan dan perniagaan kami secara keseluruhan, peluang pasaran kami, jangkaan kami berhubung penjualan produk kami, matlamat kami untuk mengekalkan kepimpinan pasaran dan memperluaskan pasaran di mana kami bersaing untuk pelanggan, dan impak yang dijangkakan terhadap keputusan kewangan. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu dibuat pada tarikh siaran akhbar ini dan adalah didasarkan kepada jangkaan, anggaran, ramalan dan unjuran semasa serta kepercayaan dan andaian pengurusan. Perkataan seperti “mengharapkan,” “menjangkakan,” “harus,” “percaya,” “sasaran,” “projek,” “matlamat,” “anggaran,” “potensi,” “meramalkan,” “mungkin,” “akan,” “boleh,” “bermaksud,” variasi daripada istilah-istilah atau negatif daripada istilah ini dan ungkapan yang sama bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan adalah tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidakpastian, yang kebanyakannya melibatkan faktor atau keadaan yang berada di luar kawalan kami. Keputusan sebenar kami boleh berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada: keupayaan bagi produk dan perkhidmatan kami untuk berfungsi seperti yang diharapkan dan memenuhi jangkaan pelanggan kami; keupayaan kami untuk menarik pelanggan baharu dan mengekal dan meningkatkan jualan kepada pelanggan sedia ada; keupayaan kami untuk meningkatkan jualan aplikasi Pemberitahuan Massa kami dan/atau keupayaan untuk meningkatkan jualan bagi aplikasi kami yang lain; perkembangan di pasaran untuk komunikasi kritikal yang disasarkan dan mengikut konteks bersesuaian atau persekitaran kawal selia yang berkaitan; anggaran kami tentang peluang pasaran dan ramalan bagi pertumbuhan pasaran mungkin terbukti tidak tepat; kami tidak mencapai keuntungan secara konsisten dari segi sejarah dan mungkin tidak mencapai atau mengekalkan keuntungan pada masa hadapan; kitaran jualan yang berpanjangan dan tidak dapat diramalkan bagi pelanggan baharu; sifat perniagaan kami yang mendedahkan kami kepada risiko liabiliti yang wujud; keupayaan kami untuk menarik, mengintegrasi dan mengekalkan kakitangan yang berkelayakan; keupayaan kami untuk mengintegrasikan perniagaan dan aset yang mungkin kami perolehi dengan jayanya; keupayaan kami untuk mengekalkan hubungan yang berjaya dengan rakan saluran dan rakan teknologi kami; keupayaan kami untuk menguruskan pertumbuhan kami dengan cara berkesan; keupayaan kami untuk bertindak balas terhadap tekanan persaingan; liabiliti berpotensi yang berkaitan dengan privasi dan keselamatan bagi maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti; keupayaan kami untuk melindungi hak harta intelektual kami, dan risiko lain yang terperinci di dalam faktor risiko kami yang dibincangkan dalam pemfailan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (“SEC”), termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2018 yang difailkan dengan SEC pada 1 Mac, 2019. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang termasuk di dalam siaran akhbar ini mewakili pandangan kami pada tarikh siaran akhbar ini. Kami tidak berhasrat atau berkewajipan untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada sebagai hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini tidak boleh diberikan penggantungan sepenuhya sebagai mewakili pandangan kami pada mana-mana tarikh selepas tarikh siaran akhbar ini.

Semua produk Everbridge adalah tanda perniagaan bagi Everbridge, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Semua nama produk atau syarikat lain yang dinyatakan adalah merupakan harta bagi pemilik mereka masing-masing.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191202005296/en/

Hubungi

Media:
Jim Gatta
Everbridge
jim.gatta@everbridge.com
215-290-3799

Jeff Young
Everbridge
jeff.young@everbridge.com
781-859-4116

Sumber : Everbridge, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Monday, December 2, 2019

​PERTANDINGAN DEBAT PUPUK NILAI TOLERANSI DALAM KALANGAN GENERASI MUDA

KUALA LUMPUR 27 Nov (Bernama) -- Salah satu nilai yang menjadi asas kepada wujudnya perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah  toleransi. Bersempena dengan sambutan Hari Toleransi Sedunia 2019, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) telah menganjurkan program 'Youth Debate: This House Resolves that Sustaining a Peaceful Malaysia  is Based on Tolerance' pada 22 November 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM.

Menurut Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, toleransi adalah antara nilai dan pendekatan penting yang dipupuk di dalam kehidupan masyarakat Islam. Golongan belia  perlu menyedari akan kepentingan nilai toleransi dan kepentingannya kepada keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Penganjuran program debat ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan perhatian para belia khususnya mengenai kebaikan dan manfaat toleransi kepada masyarakat dalam usaha membina perpaduan negara.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN)  Datuk Baharin Idris  pula menegaskan bahawa generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang baik kerana toleransi bukan sahaja akan membawa kepada kekuatan dalam hubungan antara kaum, agama dan latar belakang sosial, tetapi juga dapat mempromosikan kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Dua kumpulan debat yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum daripada Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyampaikan hujah-hujah yang bernas sepanjang sesi perdebatan. Pasukan debat dari Universiti Malaya (UM)  telah muncul sebagai Johan dalam pertandingan debat berkenaan manakala pasukan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pula memenangi tempat kedua. Danesh Ram Aggarwal dari Universiti Malaya telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik.

Semoga penganjuran program debat ini mampu memberi pendedahan awal kepada golongan muda mengenai pentingnya nilai toleransi antara kaum dan agama di Malaysia dan sebagai salah satu pendekatan yang perlu diterapkan dalam mengenengahkan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin.

Unit Perhubungan Korporat
27 November 2019

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Sunday, December 1, 2019

SIDANG KEMUNCAK DIGITAL MALAYSIA CETC DIANJURKAN DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- China Electronics Technology Group Corporation (CETC) telah mengadakan Sidang Kemuncak Digital Malaysia di Kuala Lumpur.



Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, YB Dr. Ong Kian Ming, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak, Timbalan Pengurus Besar CETC, Li Ligong telah menghadiri Sidang Kemuncak Digital CETC 2019 dengan penyampaian ucapan pembukaan.
 
Semasa acara itu, CETC membentangkan laporan penyelesaian pemberian maklumat nasional. SKMM juga berkongsi visi dan perancangan pembangunan bandar digital di Malaysia. Kedua-dua parti China dan Malaysia mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai pelbagai senario aplikasi informatif pada masa akan datang, dan menegaskan peranan penting maklumat dalam meningkatkan kecekapan bandar dan kerajaan.
 
Kali ini, CETC juga menunjukkan beberapa cadangan yang terkenal dan matang dalam penyelesaian maklumat nasional, yang melibatkan bandar-bandar pintar, optik serat, pengesanan pintar rangkaian jalur lebar, maklumat marin, ujian komunikasi 5G dan instrumentasi, pengurusan ruang elektromagnet, keselamatan bandar-bandar dan banyak lagi.
 
Selain itu, Pusat Produk Teknologi Maklumat Kebangsaan CETC secara rasmi diumumkan pada hari yang sama pada sidang kemuncak itu. Ia memaparkan beberapa set produk dan sistem yang dibangunkan sendiri oleh CETC, yang sangat diiktiraf oleh para peserta.
 
Sidang kemuncak ini menunjukkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan produk dan penyelesaian yang kukuh dari CETC, yang telah mewujudkan momentum yang besar untuk pembangunan selanjutnya CETC di pasaran maklumat Malaysia.
 
Mengikut senarai 500 syarikat teratas dunia yang diterbitkan oleh majalah Fortune pada tahun 2018, China Electronics Technology Group Corporation menduduki No. 388 dengan pendapatan operasi 30175.5 (juta dolar AS).
 
SUMBER: GTC Group of Companies

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
E-mel : info@gtcgroup.my


--BERNAMA

Friday, November 29, 2019

HANGZHOU DI CHINA DINILAI "BANDAR RAYA PALING BAHAGIA" UNTUK 13 TAHUN BERTURUT-TURUT

HANGZHOU, China, 28 Nov., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Bandar raya Hangzhou di timur China telah dinilai sebagai satu daripada bandar raya negara itu yang menawarkan penduduk mereka kebahagiaan sepenuhnya pada Forum Bandar Raya Gembira China 2019 pada 25 November. Ini adalah kali ke-13 bagi Hangzhou untuk memenangi gelaran itu, satu-satunya bandar raya dengan satu pencapaian sedemikian merentasi negara itu, dan ia juga telah dinamakan sebagai model demonstrasi sebuah bandar raya bahagia, satu penghormatan khas dari jawatankuasa penganjuran acara itu.

Kebahagiaan adalah satu perasaan subjektif bagi kepuasan orang ramai dengan kehidupan. “Bandar raya paling bahagia” adalah pujian paling tinggi yang boleh diperolehi oleh sebuah bandar raya dari penduduk mereka. Justeru, dari manakah kebahagiaan bagi penduduk Hangzhou datang?

Kebahagiaan ini berakar umbi di hati penduduk tempatan. Berbanding dengan bandar raya lain di China, Hangzhou memberi lebih perhatian kepada perasaan penduduk tentang bandar raya itu. Daripada perkhidmatan awam berkualiti tinggi yang mudah kepada tadbir urus sosial pelbagai bidang yang mantap, Hangzhou memberi kuasa kepada setiap penduduk dengan keyakinan, harapan dan dorongan.

Kebahagiaan ini juga datang daripada pembangunan mantap bandar raya itu. Hangzhou sedang mempercepatkan pembangunan bagi bandar raya ekonomi digital yang pertama dan tempat perhimpunan bagi usahawan global di antara lain, supaya setiap usahawan dan inovator yang datang ke Hangzhou dapat peluang untuk merealisasikan impian mereka dan menjalani suatu kehidupan yang kaya.

Harmoni dengan alam semula jadi juga menyumbang kepada kebahagiaan penduduk Hangzhou. Kebahagiaan terletak di dalam air yang jernih dan gunung-gunung yang subur ketika bandar raya terus maju dengan tadbir urus bandar yang canggih, yang membolehkan kadar liputan hutan sebanyak 66.83 peratus. Hangzhou mempunyai tiga tapak warisan budaya dunia, iaitu Tasik Barat, Grand Canal dan Runtuhan Arkeologi bagi Bandar raya Liangzhu. Orang yang tinggal di ibu kota kuno Hangzhou yang mempunyai sejarah lebih dari satu ribu tahun dapat mengalami kehidupan ekologi yang berkualiti tinggi dalam keseronokan alam semula jadi yang sepenuhnya pada setiap hari.

Reputasi bersejarah dan saintifik bagi bandar raya itu dan tadbir urus moden yang teratur telah bersama-sama mengangkat daya saing kebahagiaan Hangzhou. Tidak lama dahulu, beberapa organisasi media asing telah menegaskan di dalam penerbitan mereka bahawa Hangzhou, sebuah bandar raya yang penuh dengan pemandangan semula jadi dan tamadun moden, telah menjadi sumber inspirasi bagi vitaliti China dalam sepanjang satu ribu tahun yang lalu.

Kebahagiaan Hangzhou tidak disangsikan adalah pelbagaian, dan sumber-sumber kebahagiaan ini adalah sebahagian daripada mereka. Rasa kebahagiaan yang pelbagai diintegrasikan ke dalam tekstur lembut bagi Hangzhou, yang membentuk kehidupan bahagia penduduk mereka setiap hari.

Sumber: Forum Bandar Raya Gembira China 2019

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12853

​PERTANDINGAN DEBAT PUPUK NILAI TOLERANSI DALAM KALANGAN GENERASI MUDA



KUALA LUMPUR 27 Nov (Bernama) -- Salah satu nilai yang menjadi asas kepada wujudnya perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah  toleransi. Bersempena dengan sambutan Hari Toleransi Sedunia 2019, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) telah menganjurkan program 'Youth Debate: This House Resolves that Sustaining a Peaceful Malaysia  is Based on Tolerance' pada 22 November 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM.

Menurut Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, toleransi adalah antara nilai dan pendekatan penting yang dipupuk di dalam kehidupan masyarakat Islam. Golongan belia  perlu menyedari akan kepentingan nilai toleransi dan kepentingannya kepada keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Penganjuran program debat ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan perhatian para belia khususnya mengenai kebaikan dan manfaat toleransi kepada masyarakat dalam usaha membina perpaduan negara.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN)  Datuk Baharin Idris  pula menegaskan bahawa generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang baik kerana toleransi bukan sahaja akan membawa kepada kekuatan dalam hubungan antara kaum, agama dan latar belakang sosial, tetapi juga dapat mempromosikan kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Dua kumpulan debat yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum daripada Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyampaikan hujah-hujah yang bernas sepanjang sesi perdebatan. Pasukan debat dari Universiti Malaya (UM)  telah muncul sebagai Johan dalam pertandingan debat berkenaan manakala pasukan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pula memenangi tempat kedua. Danesh Ram Aggarwal dari Universiti Malaya telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik.

Semoga penganjuran program debat ini mampu memberi pendedahan awal kepada golongan muda mengenai pentingnya nilai toleransi antara kaum dan agama di Malaysia dan sebagai salah satu pendekatan yang perlu diterapkan dalam mengenengahkan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin.

Unit Perhubungan Korporat
27 November 2019

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)