Friday, December 13, 2019

ETHERSCOPE™ NXG NETALLY KINI LEBIH BAIK: KESELAMATAN DITINGKATKAN, ANALISIS MENYELURUH, DAN CIRI KERJASAMA DITAMBAH BAIK DILANCARKAN HARI INI

Kurang tiga bulan sejak pelancaran EtherScope nXG, NetAlly melancarkan naik taraf perisian tegar pertamanya; kelajuan dipercepat membuktikan nilai pasca struktur lincah syarikat sejak berpisah daripada NETSCOUT®

COLORADO SPRINGS, Colo., 11 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Berkembang pesat sejak pelancarannya pada Oktober, alat analisis rangkaian berwayar/wayarles bersepadu pertama industri, EtherScope nXG NetAlly sudah pun sedang dinaik taraf. Menyampaikan keselamatan ditingkatkan, analisis menyeluruh, kerjasama yang lebih mudah, perisian tegar ini kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma kepada semua pengguna EtherScope nXG sedia ada.

“Kami ingin mewujudkan kadens keluaran mulai sekarang dan menunjukkan ketangkasan dan halaju pembangunan dengan menambahkan kemampuan baharu kunci kepada EtherScope nXG” kata James Kahkoska, CTO di NetAlly. “Antara berdozen ciri yang ditambahkan, ciri kegemaran saya ialah carian penemuan, yang membenarkan pengguna untuk menapis ribuan elemen rangkaian yang ditemui oleh MAC, pengeluar, IP atau nama dengan hanya beberapa aksara.”

EtherScope nXG™ ialah alat analisis rangkaian pegang yang membolehkan jurutera dan juruteknik rangkaian menemui, menganalisis dan menyelesaikan masalah rangkaian perusahaan berwayar dan wayarles dengan pantas—semuanya melalui antara muka pengguna tunggal. Dilancarkan pada Oktober, produk telah dinamakan sebagai finalis untuk “Innovation of the Year” oleh Wi-Fi awards.

Naik taraf yang dilancarkan hari ini dikembangkan daripada keupayaan dibina EtherScope nXG untuk meningkatkan kebolehlihatan rangkaian, mempercepat dan meringkaskan ujian dan analisis serta meningkatkan kerjasama pasukan. Khususnya, kemas kini hari ini:
  • Mengembangkan Ciri Keselamatan – EtherScope nXG kini merangkumi penamaan dan pengesahan peranti yang fleksibel dan ditakrifkan pengguna. EtherScope nXG membolehkan pakar rangkaian untuk mengurus inventori mereka dengan lebih mudah dan mengesan peranti liar dengan lebih pantas—sebelum peranti melakukan kemudaratan terhadap rangkaian.
     
  • Mengukuhkan Pemantauan dan Keupayaan Analisis – EtherScope nXG kini menyediakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi prestasi rangkaian, termasuk analisis trafik VLAN, pengesanan suis terdekat yang ditingkatkan, dan analisis beraliran masa untuk menyiasat kerosakan berselang.
     
  • Meningkatkan Penyelesaian Dari Jauh – EtherScope nXG kini berkongsi lebih banyak maklumat kritikal antara jurutera rangkaian yang berlokasi di pusat dan juruteknik di tapak, melalui terletak secara berpusat jurutera rangkaian dan di situ juruteknik, melalui Link-Live Cloud Servicepercuma NetAlly. Petikan penemuan Wayar atau Wi-Fi ditingkatkan menjangkaui nama dan alamat untuk merangkumi atribut penting, jadi jurutera rangkaian kini boleh "berada di sana untuk setiap tiket" untuk menganalisis infrastruktur rangkaian dan membantu untuk menyelesaikan masalah dari jauh, walaupun isu rangkaian berlaku dalam lokasi jauh terpencil.

“EtherScope nXG merupakan suit ujian dan analisis Wi-Fi dan LAN yang mengagumkan dalam tapak tangan anda sejak Hari 1” kata Lee Badman, arkitek rangkaian wayarles di Wirednot dan pakar industri yang diiktiraf. “Penambahan ciri terkini menjadikan produk yang hebat lebih naik untuk persekitaran kompleks. Saya amat menyukai granulariti khusus VLAN baharu ini, dan nilai Link-Live terus terbukti dengan perisian tegar baru.”

Kemas kini EtherScope nXG baharu ini kini tersedia untuk semua pengguna sedia ada—tanpa bayaran—melalui muat turun melalui udara daripada Link-Live cloud Service percuma atau dengan memuat turunnya kepada kad SD untuk pemasangan manual.

Untuk maklumat lanjut tentang cara EtherScope nXG membantu jurutera rangkaian dan juruteknik lapangan untuk melakukan lebih banyak dengan lebih cepat lagi, sila lawati https://netally.com/products/etherscopenxg.

Perihal NetAlly
Barisan NetAlly® bagi ujian rangkaian dan penyelesaian analisis telah membantu jurutera dan juruteknik rangkaian mengerah, mengurus dan menyelenggara dengan lebih baik rangkaian berwayar dan wayarles hari ini selama berdekad. Sejak mencipta alat analisis rangkaian pegang pertama dalam industri pada tahun 1993, NetAlly terus menetapkan standard untuk analisis rangkaian mudah alih. Dengan alat yang merangkumi LinkRunner®, OneTouch™, AirCheck™, dan banyak lagi, NetAlly meringkaskan kerumitan bagi ujian rangkaian, menyediakan kebolehlihatan segera untuk penyelesaian masalah yang cekap dan mendayakan kerjasama yang lancar antara kakitangan tapak dengan pakar jauh. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mengetahui cara NetAlly membantu pakar rangkaian menyiapkan kerja mereka dengan lebih pantas, lawati https://netally.com/.

“Fluke Networks” dan “NETSCOUT” merupakan tanda dagangan pemegang masing-masing.

Maklumat Hubungan: Dan Klimke, NetAlly
Telefon: +1.425.609.0970
E-mel:  marketing@netally.com

SUMBER: NetAlly

--BERNAMA

Thursday, December 12, 2019

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENERIMA EMPAT SEKOLAH PERNIAGAAN BAHARU UNTUK KEAHLIAN

Sekolah Baharu Mewakili Geografi yang Pelbagai, Membawa Perspektif Penting dalam Menyokong Misi GMAC

RESTON, Va., 10 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah pertubuhan global untuk sekolah perniagaan terkemuka, hari ini mengumumkan empat sekolah baharu yang memperoleh keahliannya. Penambahan Hult International Business School; Maastricht University, School of Business and Economics; Sabanci University, Sabanci Business School; dan Trinity College Dublin, Trinity Business School menjadikan jumlah keahlian GMAC sebanyak 229.

Ahli GMAC melalui proses jemputan sahaja yang ditadbir oleh lembaga pengarah organisasi. Calon kemudiannya akan menyertai proses permohonan komprehensif yang menyatakan komitmen berterusan untuk menyokong misi GMAC: menyediakan alat dan maklumat yang sewajarnya untuk sekolah dan bakat untuk meneroka dan menilai sesama sendiri.

“Jumlah sekolah perniagaan yang berkualiti di seluruh dunia bermaksud bahawa perjalanan seorang calon ke arah ijazah lanjutan tiada sempadan,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC.  “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan institusi ini ke dalam keahlian GMAC kerana mereka mencerminkan globalisasi industri kita.  Setiap sekolah membawa wawasan dan kepakaran unik daripada pengalaman mereka sendiri dan akan menyumbang kepada misi kita secara signifikan.”

Di samping memenuhi kriteria keahlian, setiap sekolah telah membuat ikrar khusus untuk membantu GMAC mencapai misinya.

Hult International Business School
Hult International Business School ialah peneraju pendidikan bukan keuntungan dan sekolah perniagaan A.S. pertama yang memiliki tiga akreditasi. Diberikan kedudukan oleh Financial Times, The Economist, Forbes, dan Bloomberg Businessweek, Hult menawarkan program peringkat siswa, siswazah, dan pendidikan eksekutif dan menganugerahkan ijazah AS dan UK merentasi lokasi kampus globalnya di Boston, San Francisco, London, Dubai, Shanghai, dan New York. Diasaskan oleh salah seorang usahawan paling berjaya Eropah—Bertil Hult—sekolah ini dibina atas kepercayaan bahawa kemahiran perniagaan hanya benar-benar boleh dipelajari melalui tindakan. Dengan memberikan penghayatan kepada pelajar dari seluruh dunia dalam pengalaman praktikal, amali bermula hari pertama, program di Hult membangunkan kemahiran yang majikan dan usahawan paling perlukan. Dengan kerjasama GMAC, Hult akan meneruskan usaha untuk mewujudkan komuniti global yang terdiri daripada graduan yang yakin, berkebolehan, bersedia menghadapi cabaran hari esok.

Maastricht University, School of Business and Economics
Pendekatan baharu dan inovatif dalam pengajaran dan penyelidikan telah memacu reputasi Maastricht University School of Business and Economics sebagai sekolah perniagaan yang bertaraf tinggi.  Terletak di Belanda, Maastricht akan menggunakan pengalaman mereka untuk menyokong misi GMAC dalam membawa inovasi ke pasaran sementara membantu sekolah dan calon berhubung dengan satu sama lain. Mereka berkongsi komitmen GMAC untuk meningkatkan dan menambahkan perkhidmatan yang menyokong dan membina di atas usaha hebat yang dicurahkan oleh sekolah perniagaan untuk membawa masuk kelas yang pelbagai dan berbakat setiap tahun.  Maastricht akan menggunakan ilmu dan kepakaran industri untuk membantu dalam membangunkan bahan pendidikan pengurusan yang memperakui aliran terkini seperti pendigitalan, kemapanan, dan tanggungjawab.

Sabanci University, Sabanci Business School
Ditubuhkan pada 1999 sebagai sekolah pengurusan siswazah dan kemudiannya dikembangkan untuk merangkumi pendidikan peringkat siswa, Sabanci Business School (Sabanci SBS) di Istanbul, Turki dengan pantas telah menjadi salah sebuah sekolah perniagaan terkemuka di rantau itu, dengan kedudukan sebagai salah sebuah sekolah perniagaan terbaik oleh Financial Times. Sentiasa didorong oleh penyelidikan, Sabanci SBS menyediakan pelbagai program mencabar dan inovatif yang menyahut kepada keperluan terkini dan masa hadapan pelajar perniagaan dan juga persekitaran yang akan mereka hadapi kelak. Dalam semua program mereka, Sabanci SOM adalah sangat inovatif, menumpukan untuk membangunkan hubungan rapat dengan komuniti perniagaan, mewujudkan keseimbangan yang wajar antara teori dan amali dalam pengurusan, dan mendidik pengurus yang bertanggungjawab dari segi sosial. Sabanci SBS menyertai Perbincangan Meja Bulat Sekolah Utama GMAC di Turki dan menyediakan pandangan yang bernilai di seluruh rantau mereka.

Trinity College Dublin, Trinity Business School
Trinity Business School terletak di tengah-tengah universiti penyelidikan terkemuka dunia di pusat bandar Dublin, sebuah ibu kota Eropah dan hab perniagaan global. Pendekatan Trinity Business School dalam pendidikan merangkumi penyelidikan antarabangsa dan kepakaran industri dalam pendekatan berdasarkan projek apabila impak pada perniagaan dan masyarakat adalah penting. Trinity Business School menyokong pelajar mereka untuk menamatkan pengajian dengan ‘kompas moral’ dan untuk cemerlang dalam ‘kepimpinan beretika’, membangunkan strategi perniagaan yang menggalakkan sikap beretika dalam kalangan pengguna dan pelabur.  Sebagai sebahagian daripada komitmen Trinity Business School untuk menyumbang kepada masyarakat global, mereka akan menyokong GMAC untuk terus menyampaikan kecemerlangan dalam pendidikan perniagaan dan menyediakan wawasan bernilai dari Ireland dan Eropah untuk membantu memperluas dan meningkatkan penawaran GMAC.

Untuk dipertimbangkan bagi keahlian dalam GMAC, sekolah harus melengkapkan proses permohonan dan mengekalkan proses penerimaan terpilih, menawarkan program siswazah dalam pengurusan perniagaan, subjek pengurusan atau setara, dan menyokong misi GMAC secara aktif dan menggunakan peperiksaan GMAT atau penilaian GMAC lain sebagai sebahagian daripada proses penerimaan dan pendaftaran mereka. Mereka juga menyertai tadbir urus GMAC, termasuklah mengundi dalam pengundian Lembaga dan perkara lain yang diperlukan oleh Majlis.

Perihal GMAC
Majlis Penerimaan Pengurusan Siswazah (GMAC) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah di dunia. Diasaskan pada 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calon untuk menerokai, menilai dan berhubungan antara satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon yang ingin menyambung pengajian ke pendidikan tinggi untuk memastikan semua bakat dapat dicungkil.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang dan penilaian pembangunan profesional untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, yang direka bentuk untuk memajukan seni dan sains kemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan dan diiktiraf oleh lebih 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT®), untuk kemasukan ke dalam program pengurusan siswazah di India, Nigeria, Filipina, dan Afrika Selatan, dan Penilaian Eksekutif (EA), yang menyokong keperluan penerimaan untuk lebih 160 program di seluruh dunia.

Portal utama kami untuk sumber dan maklumat pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menerima 6 juta pengunjung setiap tahun dan menawarkan alat padanan Carian Sekolah dan perkhidmatan carian GMASS™ yang menghubungkan calon dan sekolah perniagaan .  Platform ini adalah sebahagian daripada GMAC Connect, sebuah suit perkhidmatan yang membantu sekolah menarik pelajar menerusi penyelesaian perekrutan yang menggabungkan kecerdasan pasaran, data, capaian dan titik hubungan calon.

Syarikat subsidiari GMAC termasuklah syarikat penerbitan dalam talian yang berpangkalan di UK, BusinessBecause, sebuah destinasi yang penuh dengan kandungan yang akan membantu pelajar mengenal pasti sekolah perniagaan yang sesuai semasa pertimbangan kritikal dan fasa pemilihan dalam perjalanan mereka, dan MBA Tour, yang menyokong usaha perekrutan global oleh sekolah perniagaan dengan menganjurkan acara yang menumpukan kepada pendidikan perniagaan di seluruh dunia.

GMAC ialah sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, Singapura, UK dan AS. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com.

Orang hubungan media:
Geoffrey Basye, Pengarah Perhubungan Media, GMAC
+1 (703) 668-9799 atau gbasye@gmac.com

SUMBER: Graduate Management Admission Council

--BERNAMA

Tuesday, December 10, 2019

OKEX AKAN LANCAR DAGANGAN OPSYEN


Table

(Grafik: Business Wire)


Bursa kripto yang pertama untuk menawarkan C2C, spot, niaga hadapan, pertukaran kekal, dan dagangan opsyen di bawah bumbung yang sama


VALLETTA, Malta, 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OKEx, bursa aset digital spot dan niaga hadapan yang terbesar di dunia mengikut volum dagangan, hari ini mengumumkan pelancaran dagangan opsyen. Dibangunkan dari bawah ke atas, Opsyen OKEx merupakan satu peningkatan yang lengkap kepada platform kerangka dagangan, yang disokong oleh sebuah infrastruktur yang lebih pantas, lebih stabil dan mantap. Dagangan opsyen akan tersedia pada OKEx bermula dari 27 Disember, 2019, dan simulasi akan bermula pada 12 Disember, 2019.

Dengan penambahan ini, OKEx adalah merupakan bursa kripto yang pertama untuk menawarkan C2C, spot, niaga hadapan, pertukaran kekal, dan dagangan opsyen di bawah bumbung yang sama. Pengguna boleh memilih daripada pelbagai jenis produk untuk menyesuaikan strategi dagangan dan lindung nilai mereka.

Dagangan opsyen adalah satu jenis dagangan derivatif yang memberikan pembeli dengan keupayaan untuk membeli atau menjual aset pendasar setelah membayar satu premium. Opsyen OKEx akan menawarkan kedua-dua opsyen membeli dan menulis, yang meningkatkan fleksibiliti dagangan dan ketelusan pasaran dengan harga dagangan yang mencerminkan dengan rapat trend pasaran. Versi OKEx adalah satu peningkatan besar ke atas platform lain yang hanya menyokong pilihan membeli.

Opsyen OKEx juga termasuk satu sistem anti-manipulasi yang ketat. Direka untuk mengelakkan manipulasi harga tutup, OKEx menghasilkan data spot yang seimbang  daripada pelbagai platform untuk mendapatkan satu harga penyelesaian yang saksama. Harga tanda pilihan ditentukan oleh OKEx dalam tepat masa dengan menggunakan model penetapan harga Black-scholes. Oleh kerana satu urus niaga atau sebut harga tunggal tidak dapat menjejaskan pasaran opsyen - yang hanya memberi respons kepada kemeruapan opsyen anggaran.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran itu, memandangkan peningkatan permintaan bagi produk derivatif kripto yang merentasi semua segmen pelanggan kami, terutama pelanggan institusi yang menunjukkan permintaan yang paling pesat berkembang dalam dagangan derivatif. Kami berhasrat untuk menyediakan rangkaian peranti dagangan dan pengurusan risiko yang paling luas kepada semua pelanggan kami dari institusi sehingga kepada peserta pasaran runcit,” kata Jay Hao, Ketua Pegawai Eksekutif bagi OKEx. “Opsyen adalah satu instrumen yang unik yang membolehkan pedagang untuk mengurus, menilai dan melindung kemeruapan bagi aset kripto dengan satu gabungan kontrak pilihan. Ia juga memberikan pedagang dengan keupayaan untuk memanfaatkan lebih daripada sekadar arah pasaran. Apabila pasaran kripto berkembang, kami berhasrat untuk membina satu suite produk derivatif yang lengkap, dengan menyampaikan penyelesaian untuk mengoptimumkan strategi dagangan pengguna. Opsyen OKEx adalah satu langkah utama ke arah matlamat ini.”

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191209005034/en/%C2%A0OKEx-Launch-Options-Trading

Hubungi

Media
Vivien Choi, media@okex.com

Sumber : OKEx

TOSHIBA LANCAR IC KUASA SISTEM SERBAGUNA DENGAN PELBAGAI OUTPUT UNTUK KESELAMATAN FUNGSIAN AUTOMOTIF


Table

Toshiba: "TB9045FNG," sebuah IC kuasa sistem serbaguna dengan pelbagai output mencapai keselamatan fungsian untuk aplikasi automotif. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) hari ini mengumumkan pelancaran “TB9045FNG,” sebuah IC kuasa sistem serbaguna dengan pelbagai output untuk mencapai keselamatan fungsian[1] bagi aplikasi automotif. IC baharu itu boleh didapati dalam empat versi, dengan voltan output antara 1.1V hingga 1.5V. Pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan bermula bulan ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191209005277/en/

Semakin banyak sistem automotif kritikal keselamatan, seperti stereng kuasa elektrik (EPS) dan brek, diperlukan untuk memenuhi keperluan ASIL-D[2], tahap integriti keselamatan automotif paling tinggi yang ditetapkan di dalam piawaian keselamatan fungsian ISO 26262.

IC baharu itu mengintegrasikan pelbagai fungsi pengesanan kegagalan, seperti pengesanan voltan tinggi dan voltan rendah, pengesanan terlampau panas, dan pemantauan frekuensi bagi litar bekalan kuasa, untuk memantau terhadap kegagalan IC itu sendiri, dan sebagai sebuah pengawas masa untuk memantau pengesanan kegagalan bagi mikropengawal luaran. Sebuah litar diagnosis awal untuk mengesan kerosakan terpendam di dalam litar pengesanan kegagalan juga digabungkan untuk menjamin keselamatan fungsian yang lebih tinggi.

Toshiba juga telah menjalankan pelbagai analisis keselamatan fungsian untuk meniru kegagalan sistem dan akan menyediakan kepada pelanggan dengan dokumentasi, seperti keselamatan fungsian FMEDA[3], untuk menyokong analisis dan reka bentuk keselamatan keseluruhan.

Ciri-ciri Utama
 
1. Penukar DC-DC buck-boost terbina dalam
IC itu menghasilkan output 6V daripada sebuah penukar DC-DC buck-boost yang berkecekapan tinggi.
Sebagai pertimbangan bagi kejatuhan voltan selepas pengurangan melahu, julat voltan kendalian bahagian rendah ditingkatkan ke 2.7V (minimum) dengan operasi bateri.

2. Penukar DC-DC buck terbina dalam (Voltan boleh dipilih)
Kuasa input 6V yang dihasilkan oleh penukar buck-boost DC-DC ditukar kepada voltan output 1.1V (TB9045FNG-110), 1.2V (TB9045FNG-120), 1.25V (TB9045FNG-125), dan 1.5V (TB9045FNG- 150). Versi yang sesuai bagi IC baharu itu boleh digunakan sebagai bekalan kuasa luaran untuk sebuah teras, berdasarkan kepada spesifikasi MCU.

3. Litar bekalan kuasa[4] 4 siri terbina dalam (4 output)
IC itu menggabungkan empat siri litar bekalan kuasa yang menerima input 6V yang dijanakan oleh penukar DC-DC. Ia juga menggabungkan sebuah litar dengan sebuah voltan malar 5V (kapasiti arus adalah 400mA) untuk mikropengawal, dan tiga litar dengan output voltan malar 5V (kapasiti arus adalah 100mA) untuk sensor dan antara muka yang lain. Setiap daripada mereka boleh mengeluarkan sebuah voltan secara persendirian.

4. Pelbagai litar pemantauan terbina dalam untuk keselamatan fungsian
Litar pengesanan voltan rendah untuk bekalan kuasa bateri
Litar pengesanan voltan tinggi untuk Penukar DC-DC (6V)
Litar pengesanan voltan tinggi / voltan rendah untuk penukar DC-DC (1.1V/1.2V/1.25V/1.5V) dan bekalan kuasa bersiri (5V)
Litar pengesanan terlampau panas
Litar pemantauan frekuensi pengayun
Litar pengawas masa yang memantau MCU luaran

5. Litar diagnostik untuk litar pengesanan kegagalan bagi keselamatan fungsian
Sebuah litar diagnostik terbina dalam di dalam litar pengesanan kegagalan mengesan sebarang kegagalan terpendam.

6. Operasi yang dipilih untuk pengesanan kegagalan
Pelanggan boleh menetapkan sistem untuk bertindak balas terhadap kegagalan yang dikesan dalam satu daripada dua cara, menggunakan tetapan input komunikasi SPI [5] . Satu tetapan menghasilkan sebuah isyarat mengeset semula kepada sistem itu; yang lain menyediakan pemberitahuan tentang operasi yang tidak normal kepada sistem itu. Pemilihan boleh dibuat mengikut aplikasi atau sistem pelanggan.

 
[1] Piawaian berasaskan keselamatan fungsian untuk meminimumkan risiko akibat daripada kegagalan sistem. Pensijilan ISO 26262 mengiktiraf bahawa proses atau produk bagi sesebuah syarikat untuk sistem elektrik dan elektronik (E/E) bagi aplikasi kereta memenuhi kriteria ketat yang dinyatakan di dalam piawaian itu dan menyediakan kepada pihak ketiga dengan satu cara bebas untuk menilai keupayaan bagi sebuah pembekal yang berpotensi.
[2] ASIL: Tahap Integriti Keselamatan Automotif, tahap integriti keselamatan automotif paling tinggi yang dikawal dalam piawaian keselamatan fungsian ISO 26262.
[3] FMEDA: Kesan Mod Kegagalan dan Analisis Diagnostik
[4] Bekalan kuasa bersiri: Litar bekalan kuasa DC di mana satu elemen kawalan voltan disambungkan kepada sebuah beban dalam bersiri.
[5] SPI: Antara muka Persisian Bersiri

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
TB9045FNG-110
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-110&lang=en

TB9045FNG-120
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-120&lang=en

TB9045FNG-125
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-125&lang=en

TB9045FNG-150
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-150&lang=en

Untuk maklumat lanjut mengenai IC Bekalan Kuasa Sistem Automotif Toshiba, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/automotive/powersupply.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Peranti Sistem II
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191209005277/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

LEDDARTECH BEKERJASAMA DENGAN FIRST SENSOR UNTUK MEMPERCEPAT PENGERAHAN LIDAR BAGI SISTEM BANTUAN PEMANDU LANJUTAN DAN APLIKASI PEMANDUAN AUTONOMI

QUEBEC CITY, 10 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala, berasa sukacita untuk mengumumkan kerjasama strategik dengan First Sensor AG, pembangun utama bagi penyelesaian penderia yang kini turut menyertai Ekosistem Leddar.

LeddarTech dengan sokongan First Sensor dan peneraju industri lain, sedang membangunkan satu-satunya pilihan platform LiDAR terbuka dan menyeluruh untuk OEM dan Peringkat1. Platform ini menyediakan manfaat berikut:
  • Set penyelesaian yang lebih lengkap dan menyeluruh yang menangani keperluan OEM dan Peringkat1;
  • Seni bina lazim serta komponen terpiawai yang memastikan risiko yang lebih rendah, meningkatkan kebolehskalaan volum pengeluaran, pengoptimuman dan kefleksibelan untuk menangani berbilang aplikasi LiDAR;
  • Peta jalan platform boleh skala memastikan prestasi yang ditingkatkan dan pengoptimuman kos;
  • Keupayaan untuk memanfaatkan IP terkemuka dan pelengkap, kepakaran, dan sokongan daripada pemimpin teknologi.
Secara keseluruhannya, manfaat ini akan meningkatkan kejayaan untuk pelanggan LeddarTech dan menyediakan laluan paling selamat dan paling berdaya maju untuk pengerahan volum bagi aplikasi ADAS & AD.

LeddarTech dan First Sensor akan memulakan kerjasama dengan pembangunan Kit Penilaian LiDAR, mempamerkan konsep teknikal dalam LiDAR yang berfungsi dan mencipta alat untuk Peringkat 1 dan penyepadu sistem bagi membangunkan LiDAR mereka sendiri berdasarkan teknologi LeddarEngine, APD First Sensor, dan teknologi, produk dan perkhidmatan rakan kongsi ekosistem tambahan. Kit penilaian akan menyasarkan aplikasi LiDAR menghadap automotif untuk pemanduan lebuh raya berkelajuan tinggi seperti Pemanduan Lebuh Raya dan Bantuan Kesesakan Trafik.

First Sensor ialah pembekal utama bagi Avalanche-Photodiodes berprestasi tinggi dan sedang membangunkan submodul penerima pada APD mereka untuk kit penilaian LiDAR. Submodul penerima digunakan untuk menangkap denyut terpantul yang datang dari objek dalam Medan Pandangan (FoV) yang terdiri daripada Sistem LeddarCore dan LeddarSP yang dipatenkan LeddarTech untuk memberikan data masa terbang (ToF) untuk penjanaan imej 3D yang merangkumi maklumat kedalaman.

“Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan First Sensor, salah satu pembangun dan pengeluar cip, komponen, penderia, dan sistem penderia terkemuka sebagai rakan strategik” kata Michael Poulin, Naib Presiden, Pengurusan Produk di LeddarTech. “First Sensor, LeddarTech dan ahli terpilih lain, bekerja secara sinergistik sebagai sebahagian daripada Ekosistem Leddar, akan memberikan nilai yang ditingkatkan kepada pelanggan kita.”

“Komitmen kita adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian LiDAR berkualiti automotif yang sepadan dengan pasaran, dan peluang untuk bekerjasama dengan LeddarTech merupakan peluang yang akan benar-benar mendayakan kita untuk memajukan ruang pemanduan automotif,” kata Dr. Marc Schillgalies, Naib Presiden Pembangunan, First Sensor AG. “Pemanduan autonomi merupakan pasaran yang sedang berkembang setiap hari dan, dengan LeddarTech, kami sedang membangunkan teknologi generasi seterusnya untuk menguasakan teknologi ini untuk OEM dalam tahun-tahun yang akan datang.”

Perihal LeddarTech®
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngineTM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSPTM . Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.
Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedIn, Twitter, Facebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Perihal First Sensor AG
Diasaskan sebagai syarikat permulaan pada awal 1990-an, hari ini, First Sensor merupakan pemain global dalam teknologi penderia. Berdasarkan pengetahuan syarikat dalam reka bentuk dan pengeluaran cip serta pembungkusan mikroelektronik, First Sensor membangunkan penyelesaian penderia standard dan penderia tersuai dalam bidang fotonik, tekanan, dan elektronik lanjutan. Penyelesaian ini memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk aplikasi penderiaan lanjutan dalam pasaran Industri, Perubatan dan Mobiliti. Kelebihan First Sensor dalam mereka bentuk penderia untuk sistem pengesanan cahaya dan penentuan jarak (LiDAR) juga menyumbang kepada penyelesaian mobiliti generasi seterusnya, secara khususnya menyumbang kepada aplikasi kenderaan autonomi terkini melalui kawalan pandu boleh suai, pengelakan pelanggaran dan banyak lagi. First Sensor telah disenaraikan pada Bursa Saham Frankfurt sejak 1999 [Prime Standard Ι WKN: 720190 Ι ISIN DE0007201907 Ι SIS]. Maklumat lanjut: www.first-sensor.com.

Maklumat Hubungan: Andrea Doster, Komunikasi Pemasaran, First Sensor AG
Tel. +49 89 80083-63 andrea.doster@first-sensor.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

SUMBER : LeddarTech inc.

Sunday, December 8, 2019

TINJAUAN GLOBAL BAHARU MENUNJUKKAN SALAH FAHAM TENTANG KANSER PARU-PARU DALAM KALANGAN ORANG AWAM

Tinjauan juga menunjukkan bahawa orang ramai percaya prognosis penyakit itu adalah teruk dan terdapat permintaan untuk perubahan dalam pengesanan kanser paru-paru

LONDON, 28 Nov (Bernama--GLOBE NEWSWIRE) -- Hanya satu dalam setiap lima orang (22%) tidak bersetuju dengan kenyataan “umumnya, pesakit dengan kanser paru-paru telah menyebabkan penyakit mereka menerusi pilihan gaya hidup dan tingkah laku mereka,” menurut tinjauan omnibus global yang dijalankan oleh Ipsos MORI dan ditaja oleh Lung Ambition Alliance. Keputusan itu dikeluarkan selaras dengan pengakhiran Bulan Kesedaran Kanser Paru-paru Kebangsaan. Kanser paru-paru ialah penyakit yang masih dikaitkan dengan stigma. Stigma kanser paru-paru adalah bermasalah dan boleh mempengaruhi perokok untuk rasa bersalah dan melewatkan masa untuk berjumpa doktor mereka untuk membincangkan simptom yang mungkin timbul.1

Keputusan tambahan kajian tersebut menunjukkan:
Majoriti orang (59%) yakin bahawa dalam tempoh lima tahun, jumlah lebih tinggi bagi orang yang didiagnosis dengan kanser paru-paru akan sembuh berbanding sekarang. 
  • Namun hakikatnya hari ini, kira-kira hanya satu dalam setiap lima orang masih hidup dalam lima tahun selepas diagnosis pertama2, walaupun terdapat kemajuan terbaru pada peranan positif pengesanan awal dan rawatan baharu, perjalanan masih jauh untuk meningkatkan peluang hidup dengan ketara.
  • Kini merupakan masa yang sesuai untuk mempergiat usaha terhadap kanser paru-paru dan mencari penyelesaian baharu yang boleh melambatkan perkembangan penyakit.
Hampir sembilan dalam setiap 10 orang (87%) menyokong pelaksanaan program kebangsaan di negara mereka untuk meningkatkan pengesanan kanser paru-paru pada peringkat awal. Dalam peratusan tersebut, hampir dua dalam setiap tiga orang (62%) mengisytiharkan bahawa mereka “amat” menyokong perlaksanaan program tersebut.
  • Namun hakikatnya, di peringkat global, banyak negara yang masih belum menerima pakai pemeriksaan kanser paru-paru walaupun terdapat bukti menunjukkan bahawa pemeriksaan kanser paru-paru boleh menyelamatkan nyawa.3,4,5 40 peratus orang didiagnosis selepas penyakit mereka telah merebak di luar paru-paru, mengurangkan potensi rawatan dengan tujuan penyembuhan.6
  • Kini merupakan masanya untuk mempertimbangkan pengujian diagnostik sebagai keutamaan utama untuk mereka yang berisiko menghidap kanser paru-paru dan menyokong penggunaan panduan yang boleh membantu untuk meningkatkan kadar pemeriksaan.

Patrick Connor, Naib Presiden dan Ketua Francais Global, Mekanisme Pemacu dan Ketahanan Tumor, AstraZeneca, berkata: “Jelas kita telah membawa kemajuan ketara dalam kanser paru-paru, namun, kita tahu bahawa masih banyak yang boleh kita lakukan untuk menambah baik hasil untuk penyakit yang teruk ini. Keputusan tinjauan itu mencadangkan bahawa orang ramai di seluruh dunia mengharapkan kita boleh melakukan dengan lebih banyak untuk pesakit kanser paru-paru dengan menumpukan perhatian pada pemeriksaan dan diagnosis awal, pembangunan berterusan untuk rawatan inovatif dan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. Kita harus bertindak sekarang.”

Jesme Fox, Setiausaha GLCC, berkata: “Penting untuk memahami pandangan orang awam tentang kanser paru-paru. Keputusan tinjauan ini adalah menggalakkan, kebanyakan mereka berasa optimistik tentang peluang hidup masa depan yang lebih baik untuk pesakit kanser paru-paru dan juga menyokong pelaksanaan pemeriksaan kanser paru-paru. Namun, banyak lagi perlu dilakukan untuk mengurangkan stigma dan pandangan negatif yang dikaitkan dengan penyakit ini.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12852

Saturday, December 7, 2019

TILE MENGUMUMKAN ISYARAT PALING PROAKTIF DAN MENYELURUH SETAKAT INI


Smart Alerts Beta Baharu akan Memberitahu Pengguna Apabila Mereka Tertinggal Sesuatu Di mana-mana di Dunia

SAN MATEO, Cali., 27 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tile, syarikat lokasi pintar utama dunia, mengumumkan pelan untuk melancarkan semula Smart Alerts (beta). Mulai Disember ini, Smart Alerts akan berkembang menjangkaui lokasi ditakrifkan pengguna, seperti rumah atau tempat kerja, untuk mencegah pengguna daripada tertinggal item, tidak dikira di mana-mana jua mereka berada atau pergi.

Pelanggan Tile Premium akan diberitahu apabila mereka tertinggal sebarang item Tiled selepas kekal dalam lokasi untuk lebih daripada lima minit. Ini bermakna jika pengguna memasuki kedai kopi dengan kunci, dompet dan komputer yang telah di Tiled, tetapi meninggalkan kedai kopi itu lima belas minit kemudian hanya dengan kunci dan dompet, mereka akan menerima pemberitahuan bahawa komputer riba mereka tertinggal di dalam kedai kopi. 

"Tile dikenali kerana membantu pelanggan mencari item mereka yang hilang. Kami membuat lonjakan ke hadapan yang amat besar dan mengembangkan janji untuk mencegah kehilangan daripada berlaku dengan Smart Alerts. Bayangkan ketenangan minda dalam mengetahui bahawa anda akan menerima isyarat pada bila-bila masa anda tertinggal item, tanpa mengira lokasi anda," kata CJ Prober, CEO Tile.

Smart Alerts juga akan menawarkan keupayaan untuk menetapkan zon selamat yang ditetapkan untuk menyesuaikan lokasi dan tindakan yang akan menimbulkan isyarat. Contohnya, pelanggan mungkin ingin tahu jika mereka tertinggal jaket Tiled mereka di tempat kerja, tetapi mereka mungkin tidak ingin tahu jika mereka meninggalkan itu jaket Tiled di rumah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12849