Tuesday, December 24, 2019
INVICRO LLC MENGUMUMKAN DR MATTHEW SILVA SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BAHARU DAN DR. JACK HOPPIN DINAMAKAN PRESIDEN BAGI KONICA MINOLTA PRECISION MEDICINE
BOSTON, 24 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Invicro LLC, sebuah syarikat Konica Minolta, hari ini mengumumkan, Dr. Matthew Silva telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu. Dr. Silva akan memikul tanggungjawab kepimpinan hari-ke-hari bagi Syarikat itu dan akan menyertai Lembaga Pengarah Invicro, berkuatkuasa serta merta. Dr. Jack Hoppin, pengasas bersama bagi Invicro, akan beralih peranan dari jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Invicro kepada menjadi Presiden bagi Konica Minolta Precision Medicine (KMPM). Dr. Hoppin akan kekal di Lembaga Pengarah Invicro, serta terus berkhidmat di Lembaga KMPM.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191223005320/en/
Konica Minolta, Inc. memperoleh Invicro LLC dan Ambry Genetics Corporation pada September 2017 bagi mempercepatkan visi strategik mereka untuk mengubah perubatan diperibadikan melalui penyampaian perkhidmatan diagnostik melalui genetik, pengimejan dan keupayaan patologi digital. Konica Minolta Precision Medicine telah dirasmikan sebagai hasil daripada membawa ketiga-tiga entiti ini bersama.
“Ia adalah satu penghormatan yang ekstrem untuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Invicro, sejak menubuhkan secara bersama syarikat itu pada tahun 2008,” kata Dr. Hoppin. “Ini adalah satu masa yang menarik buat Invicro, Ambry dan KMPM, kerana kami semua bekerjasama untuk menyokong komuniti penyelidikan perubatan menerusi platform teknologi AI bersepadu yang membolehkan ujian dan analisis tahap molekul menawarkan pandangan jauh untuk memajukan perubatan translasi.”
Dalam peranan baharu beliau, Dr. Hoppin akan berusaha untuk sinergikan syarikat-syarikat di bawah KMPM bagi membantu penaja farmaseutikal dan klinisian mempercepatkan pembangunan terapi-terapi sasaran melalui profil genetik dan molekul.
“Saya tidak sabar untuk melihat perjalanan seterusnya untuk KMPM dan Invicro,” kata Encik Kiyotaka Fujii, presiden bagi Konica Minolta Global Healthcare dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi KMPM. “Memandangkan KMPM terus menumpukan perhatian kepada merevolusikan penjagaan kesihatan peribadi melalui kekuatan Konica Minolta, Invicro dan Ambry, Jack akan memainkan peranan penting dalam mengetuai dan merealisasikan misi Konica Minolta Precision Medicine. Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa Matt akan beralih dengan lancar kepada peranan baharu beliau dan terus memimpin Invicro ke dalam kejayaan cemerlang yang baharu yang akan membantu memajukan penemuan dan pembangunan perubatan yang dapat mengubah hidup.”
Dr. Silva akan menjalankan misi strategik Invicro untuk menyokong penemuan ubat dan pembangunan komuniti. Invicro akan terus memanfaatkan pengimejan mereka yang terkemuka di dalam industri, kimia dan kepakaran analisis yang menjangkau penemuan melalui penyelidikan klinikal merentasi pelbagai bidang terapeutik, termasuk sistem saraf pusat, onkologi, penyakit yang jarang berlaku, dan penyakit sistemik yang lain. Di samping itu, Invicro akan terus melabur di dalam platform informatik data mereka, membolehkan pengurusan, visualisasi, dan analisis bagi data pengimejan patologi dan radiologi serta menjamin penjajaran dengan KMPM.
“Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jack kerana menerajui Invicro hingga mencapai kejayaan yang besar sehingga hari ini. Saya merasa terhormat, rendah diri dan sangat teruja untuk mengambil peranan baharu ini dan menjalankan misi itu,” kata Dr. Silva. “Ini merupakan masa yang menarik buat Invicro, ketika kami terus membuat kemajuan yang hebat dengan keupayaan perkhidmatan farmasi kami yang menawarkan pengimejan biopenanda, analisis lanjutan, kimia dan teknologi berinovatif, dan perkhidmatan makmal teras global. Terima kasih kepada pasukan Invicro yang berdedikasi dan penaja farmasi kami — kami bersama-sama membantu pembangunan ubat-ubatan baharu yang akan memperbaiki kehidupan pesakit yang memerlukan.”
Dengan 20 tahun pengalaman pengimejan yang pelbagai, Dr. Silva mula-mula menyertai Invicro pada tahun 2012 dan yang terbaharu adalah Naib Presiden Eksekutif bagi Aplikasi Saintifik, di mana beliau mengetuai usaha strategik untuk mengembangkan pembangunan ubat onkologi klinikal dan ujian klinikal. Pengalaman industri farmasi Dr. Silva termasuk kedudukan saintifik dan kepimpinan di Vertex, Amgen, Millennium dan Takeda Pharmaceuticals. Dr. Silva memegang ijazah Ph.D. dan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Bioperubatan dari Worcester Polytechnic Institute.
Maklumat mengenai Invicro
Beribu pejabat di Boston, MA, Invicro telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan misi untuk meningkatkan peranan dan fungsi bagi pengimejan dalam penemuan dan pembangunan ubat translasi merentasi semua bidang terapeutik. Hari ini, pasukan pelbagai disiplin Invicro menyediakan penyelesaian kepada syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi merentasi semua peringkat bagi talian paip pembangunan ubat (Tahap 0-IV), semua modaliti pengimejan dan semua bidang terapeutik, termasuk neurologi, onkologi, dan sistemik dan penyakit yang jarang berlaku. Perkhidmatan biopenanda kuantitatif Invicro, analisis lanjutan dan peranti AI, dan perkhidmatan operasi klinikal disokong oleh platform informatik perisian Invicro yang terkemuka di dalam industri, VivoQuant® dan iPACS®.
Sebagai sebahagian daripada organisasi perubatan kepersisan Konica Minolta dan dengan syarikat keluarga (sister company) mereka Ambry Genetics, Invicro membangun dan memanfaatkan pendekatan terkini di dalam biopenanda kuantitatif termasuk pengimejan, patologi kuantitatif dan genomik. Untuk maklumat sila layari www.invicro.com.
Maklumat mengenai Konica Minolta Precision Medicine
Konica Minolta Precision Medicine, Inc. (“KMPM”) yang berpangkalan di Aliso Viejo, CA adalah sebuah anak syarikat milik Konica Minolta, Inc. yang merangkumi Ambry Genetics Corporation dan Invicro LLC. Ditubuhkan pada tahun 2018 di atas kepercayaan bahawa penemuan perubatan yang berinovatif dapat dilakukan dengan menumpukan usaha terhadap peta ekspresi kesihatan, bidang yang belum ditemui di antara kesan genetik dan kesan biologi seseorang individu, dan mengukur kesihatan yang boleh dinyatakan kuantitinya mengikut masa. Platform kecerdasan dan visualisasi kesihatan KMPM menyatukan set data yang paling novel dan pelbagai daripada gen, protein, sel dan tisu dengan analisis yang canggih dan kepakaran saintifik dan perubatan yang terkemuka di dunia, yang membolehkan penjagaan yang lebih preskriptif, proaktif dan pencegahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.KonicaMinoltaPrecisionMedicine.com
Maklumat mengenai Konica Minolta
Konica Minolta, Inc. (Konica Minolta) adalah sebuah syarikat teknologi digital global dengan kekuatan teras di dalam pengimejan dan analisis data, optik, bahan, dan pemfabrikatan nano. Melalui inovasi, Konica Minolta mencipta produk dan penyelesaian digital untuk kebaikan perniagaan dan masyarakat — hari ini dan untuk generasi akan datang. Merentasi Teknologi Perniagaan mereka, Penjagaan Kesihatan, dan perniagaan yang dihadapi oleh Industri, syarikat itu berhasrat untuk menjadi sebuah Penyedia Nilai Penting yang menggunakan kepakaran mereka yang lengkap untuk menawarkan penyelesaian komprehensif kepada masalah pelanggan yang paling mendesak, bekerjasama dengan rakan-rakan untuk memastikan penyelesaian itu mapan, menjangkakan dan menangani isu-isu pada hari esok, dan menyesuaikan setiap penyelesaian untuk memenuhi keperluan yang unik dan khusus bagi pelanggan mereka yang dihargai. Memanfaatkan keupayaan ini, Konica Minolta menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan perubahan aliran kerja untuk pelanggan mereka dan menyediakan penyelesaian perkhidmatan yang canggih dalam era IoT. Beribu pejabat di Tokyo dan mempunyai operasi di lebih daripada 50 buah negara, Konica Minolta mempunyai lebih daripada 43,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada kira-kira dua juta pelanggan di lebih 150 buah negara. Konica Minolta disenaraikan di Bursa Saham Tokyo, (TSE4902). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.konicaminolta.com/
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12946
EMPAT MUSIM DI LIGA XILINGOL DI UTARA CHINA
LIGA XILINGOL, China, 17 Dis (Bernama) -- Namanya mengagumkan dan musimnya penuh warna-warni. Ia bukan sahaja padang rumput ekologi asal yang paling hampir dengan Beijing, Tianjin dan Hebei, tetapi juga sebuah tanah tulen dengan ciri-ciri dan budaya serantau Mongolia. Liga Xilingol, yang terletak di utara China, adalah sebuah syurga di mana penduduk padang rumput yang jujur dipupuk. Nama tempat itu terdiri daripada dua istilah yang masing-masing membawa maksud gunung dan sungai dalam dialek tempatan. Percampuran di antara gunung dan sungai menjelmakan padang rumput Xilingol yang luas terbentang dan paling indah.
Musim bunga di Xilingol adalah sebuah musim apabila segala macam tumbuh. Walaupun padang rumput itu masih mempunyai salji yang tidak cair, tunas tumbuh-tumbuhan yang lembut yang melewati salji membuat suatu pemandangan dengan estetika yang mengkhayalkan. Apabila bunga-bunga gunung mekar, musim itu tenang dan jelas.
Musim panas di Xilingol adalah sebuah musim yang menyaksikan padang hijau dan bayu sejuk. Padang rumput yang luas berwarna hijau, sementara sungai biru mengalir. Dengan langit biru yang ditutupi dengan awan putih yang lembut, kelompok lembu dan kambing biri-biri mencari makan dan berlari dengan perlahan. Apabila angin musim panas bertiup, seseorang boleh memuaskan segala kemahuan di padang rumput yang luas itu.
Musim luruh di Xilingol adalah suatu musim yang dicari oleh pencinta fotografi. Prairie di musim luruh tidak mempunyai bunga liar yang indah, tetapi hanya rumput kuning dan kering. Ia kelihatan seperti sebuah permaidani yang besar, yang menawarkan perasaan yang mantap dan menebal ketika berjalan di atasnya. Sebahagian daripada bunga sedang mengirim beberapa helaian keharuman terakhir ke dalam rumput. Burung hijrah terbang di langit biru. Sinaran matahari sedang terbenam di belakang bukit. Langit berbingkai dengan garisan emas dan perlahan-lahan menjadi mendalam dan penuh misteri. Ia tidak memerlukan banyak usaha untuk mengambil gambar yang menarik kerana pemandangannya sangat indah dan puitis.
Musim sejuk di Xilingol penuh dengan warna-warni dan keghairahan. Perhimpunan besar pesta ria Nadam akan memperluaskan keghairahan musim panas hingga ke musim sejuk dan merebak ke padang rumput yang sejuk beku. Kostum etnik berwarna-warni menghiasi padang rumput putih yang hebat dan agung, sementara kuda-kuda berlari kencang di dataran yang dilitupi salji memarakkan keghairahan musim sejuk.
Sumber: Biro Budaya, Sukan, TV, Filem dan Radio bagi Liga Xilingol
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=353799
--BERNAMA
Friday, December 20, 2019
SURUHANJAYA EROPAH MELULUSKAN XOSPATA® ASTELLAS UNTUK PESAKIT DENGAN LEUKEMIA MIELOID AKUT REPLAPS ATAU REFRAKTORI DENGAN MUTASI FLT3 YANG DIKESAN OLEH UJIAN DISAHKAN, TERMASUKLAH LEUKOSTRAT CDX FLT3 MUTATION ASSAY INVIVOSCRIBE
SAN DIEGO, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Selama dua puluh lima tahun, Invivoscribe telah meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan menyediakan reagen, ujian, dan alat bioinformatik untuk memajukan medan perubatan kepersisan. Kini, LeukoStrat® CDx FLT3 Mutation Assay boleh digunakan sebagai bantuan dalam penilaian pesakit AML untuk rawatan dengan XOSPATA® (gilteritinib) di Eropah. Mutasi FLT3 mesti disahkan dengan ujian yang disahkan, seperti LeukoStrat CDx FLT3 Mutation Assay, yang bertindak sebagai diagnosis peneman dalam percubaan ADMIRAL Fasa 3 yang menyebabkan kelulusan XOSPATA®.
Diagnosis peneman memainkan peranan utama dalam pembangunan dan kelulusan terapi ubat bersasar. Keupayaan untuk menyaring biopenanda dalam populasi pesakit mewujudkan subset pesakit yang membolehkan pembangun ubat dalam reka bentuk terapeutik baru dan pengurusan percubaan klinikal dengan lebih lanjut. Oleh itu, kejayaan kelulusan terapi bersasar amat bergantung pada prestasi diagnosis peneman.
Kelulusan gilteritinib oleh EC adalah berdasarkan hasil percubaan ADMIRAL Fasa 3, yang mengkaji gilteritinib berbanding kemoterapi penyelamatan dalam kalangan pesakit dengan AML FLT3mut+ relaps atau refraktori. Kajian ADMIRAL menunjukkan gilteritinib menghasilkan peningkatan ketara secara statistik dalam peluang hidup keseluruhan median (9.3 bulan) dibandingkan dengan kemoterapi penyelamatan (5.6 bulan) apabila pesakit dipilih dengan LeukoStrat CDx FLT3 Mutation Assay (Nisbah FLT3 Risiko = 0.637 (95%CI 0.488, 0.830, P=0.0004). Kelulusan ini menyerlahkan lagi satu penyelesaian dalam penjagaan pesakit.
Perihal LeukoStrat CDx FLT3 Mutation Assay
Ujian diagnosis in vitro berdasarkan PCR ini mengesan mutasi penduaan tandem dalaman (ITD) dan mutasi domain triosina kinase (TKD) D835 dan I836 dalam gen FLT3 dalam DNA genom yang diesktrak daripada sel mononuklear yang diperoleh daripada darah periferi atau sumsum tulang yang diaspirat daripada pesakit yang didiagnosis dengan AML. Ujian ini, yang tersedia di seluruh dunia, termasuklah perisian yang mentafsir data, menjana nisbah isyarat mutasi/jenis liar terpiawai untuk mutasi ITD dan TKD, dan meramal respons terhadap berbilang perencat triosina kinase.
Perkhidmatan Global dan Kit Boleh Edar
Ujian LeukoStrat CDx kini tersedia sebagai perkhidmatan menu ujian melalui subsidiari yang dimiliki sepenuhnya Invivoscribe, LabPMM LLC (AS), LabPMM GmbH (Jerman) dan LabPMM GK (Jepun). Kit LeukoStrat CDx FLT3 Mutation Assay kini diedarkan di Jepun, Eropah, dan Australia, dalam penilaian untuk pengedaran di AS, dan dalam perancangan untuk pengedaran di China.
Perihal Invivoscribe
Invivoscribe ialah syarikat bioteknologi berdedikasi untuk Improving Lives with Precision Diagnostics®. Invivoscribe mempunyai rekod prestasi yang cemerlang bagi kerjasama dengan syarikat farmaseutikal global yang berminat dalam membangunkan dan mengkomersialkan diagnosis peneman, dan menyediakan kepakaran dalam kedua-dua perkhidmatan kawal selia dan makmal. Menyediakan kit boleh edar, serta perkhidmatan percubaan klinikal melalui subsidiari makmal klinikal (LabPMM) yang terletak di seluruh dunia, Invivoscribe merupakan rakan yang ideal untuk pembangunan diagnosis, melalui percubaan klinikal, penyerahan kawal selia, dan pengkomersialan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Invivoscribe di: support@invivoscribe.com atau lawati: www.invivoscribe.com.

SUMBER: Invivoscribe, Inc.

TOGA LIMITED (OTCQX:TOGL) DI SINGAPORE FINTECH FESTIVAL 2019
SINGAPURA, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- November merupakan bulan yang mengujakan untuk Toga Limited kerana syarikat menyertai perjumpaan terbesar syarikat FinTech di dunia — Singapore FinTech Festival (SFF). Singapore FinTech Festival (SFF) dan Singapore Week of Innovation and Technology (SWITCH) menamatkan acara gabungan selama seminggu pada 15 November 2019, yang telah menarik lebih daripada 60,000 peserta dari 140 negara. Acara ini juga mencatatkan rekod dengan 569 pengucap, hampir 1,000 pempamer dan 41 puvilion antarabangsa.
Penyertaan acara ini merupakan cara yang hebat untuk menunjukkan perkembangan terkini daripada Toga Limited.
Aplikasi Yippi Toga (tersedia dalam Google Play dan Apple store) kini telah mencapai 400,000 pengguna aktif di rantau Asia Tenggara sahaja.
Yippi ialah aplikasi pemesejan sosial super yang percuma dengan teknologi TRT proprietari. Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang berkembang paling pantas di Asia Tenggara. Yippi ialah aplikasi amat unik yang memperkasakan penggunanya dengan berbilang kefungsian dalam satu aplikasi lengkap tunggal yang merangkumi: Dompet, Media sosial, Permainan, Pelekat, Ekosistem, Bahasa, Kecerdasan Buatan, Sembang Rahsia, Kamera Menarik, Papan putih, Sembang Percuma dengan panggilan Suara & Video, Bilik Mesyuarat, Mesej Suara Pemajuan, Baca & Hapus dan Orang berdekatan.
Selain ciri tersebut, teknologi proprietari TRT Yippi dilihat sebagai pengubah permainan dalam industri ini. Dengan pengenalan semasa bagi teknologi digital yang menyediakan kesihatan, muat turun dan pengguna aktif Yippi dijangka meningkat pada kadar yang lebih pantas.

Thursday, December 19, 2019
PEMBETULAN DAN MENGGANTIKAN FOTO ZYNGA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-110 BUGATTI DENGAN SIRI ACARA CSR RACING 2 ISTIMEWA
Pemain-pemain Boleh Berlumba dan Mengumpulkan Kereta Sport Hiper yang Direka oleh Bugatti secara Eksklusif dalam Permainan
SAN FRANCISCO, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sila gantikan foto itu dengan foto baru yang disertakan.
Siaran akhbar ini mengandungi multimedia. Lihat siaran penuh di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191204005025/en/
Siaran media itu dibaca:
Zynga Meraikan Ulang Tahun ke-110 Bugatti dengan Siri Acara CSR Racing 2 Istimewa
Pemain-pemain Boleh Berlumba dan Mengumpulkan Kereta Sport Hiper yang Direka oleh Bugatti secara Eksklusif dalam Permainan
Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, akan melancarkan satu siri acara dengan kerjasama pengeluar kereta sport hiper Bugatti di dalam permainan perlumbaan seret mudah alih popular, CSR Racing 2 (CSR2). Siri acara itu, yang meraikan ulang tahun ke-110 Bugatti, akan memberikan pemain-pemain dengan peluang untuk mengumpul dan bersaing dengan kereta-kereta sukan hiper yang paling berkuasa dan eksklusif di dunia dalam CSR2.
“Bugatti adalah satu daripada pengeluar kereta yang paling ikonik dan dihormati di dunia, dan kami benar-benar terasa dihormati untuk meraikan satu kejayaan penting itu dengan mereka,” kata Julian Widdows, Naib Presiden bagi CSR2. “Pasukan kami bekerja tanpa mengenal penat untuk memastikan segala-galanya dari bentuk kereta yang anggun dan bergaya kepada enjin mereka yang berkuasa adalah dibentuk dengan tulen dalam permainan. Ini adalah yang paling dekat yang boleh dicapai untuk memiliki sebuah Bugatti tanpa benar-benar membeli satu.”
Siri itu mempamerkan 24 kereta Bugatti yang berbeza, tiga daripadanya boleh didapati secara eksklusif dalam CSR2. Pemain-pemain boleh melihat kereta-kereta itu dalam realiti terimbuh, dengan memberikan mereka pengalaman untuk duduk di dalam kerusi pemandu bagi kereta sport hiper yang paling menggiurkan yang pernah direka. Penyatuan itu mempunyai tujuh acara yang berbeza dalam tempoh lapan minggu, dan akan diketengahkan dalam satu versi beta berterusan bagi ciri-ciri pemain lawan pemain baharu CSR2, Bersemuka.
CSR2 Bugatti Eksklusif:

- Chiron Super Sport 300: pengeluaran kereta siri pertama yang dapat memecahkan halangan ajaib 300 batu sejam
- La Voiture Noire: satu karya agung pelancongan sekali sahaja
- Centodieci: penghormatan yang baru dikeluarkan kepada kereta sport super moden, EB110
“Hiburan interaktif adalah satu pemacu utama untuk keghairahan generasi muda pada hari ini bagi kereta dan satu cara terbaik untuk terus berhubung dengan peminat di seluruh dunia,” kata Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann. “Kami sangat teruja bahawa melalui perkongsian ini dengan Zynga, peminat kami mempunyai peluang untuk mengalami semua kereta sport hiper Bugatti kami yang terbaru dan eksklusif di CSR2.”
Setiap aspek bagi 24 buah kereta Bugatti itu, dari gril kepada warna cat, kemasan papan pemuka dan jahitan, telah dicipta semula dengan cermat di dalam CSR2 untuk mencerminkan kereta sport hiper yang sebenar. Pemain-pemain boleh menerokai kereta-kereta itu dengan mengetuk titik khas untuk mencetuskan animasi yang ditempah buatan tangan, yang membolehkan mereka untuk membuka pintu, menutup hud, memeriksa ruang enjin, memanjangkan spoiler dan banyak lagi.
CSR2 kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store serta di Google Play Store. Untuk maklumat lanjut mengenai CSR2, sila layari saluran komuniti permainan itu di Facebook, Twitter, Instagram, dan YouTube.
Nota Editor – Untuk melihat aset sokongan bagi CSR Racing 2 (CSR2), sila klik di sini: https://app.box.com/s/56junq0iv8ibm2dx0mqfo8hpkd7qlk64
Maklumat mengenai Zynga Inc.
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook.
Maklumat mengenai Bugatti
Bugatti Automobiles S.A.S. mengeluarkan kereta sport hiper yang paling berkuasa, terpantas, paling eksklusif dan mewah di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1909, jenama mewah Perancis itu telah berpangkalan di dalam dan di luar Molsheim, Alsace. Veyron itu telah dibuat di sana antara tahun 2005 dan 2015, kereta sport hiper moden yang pertama, di mana 450 kenderaan telah dibina dengan tangan. Sejak musim luruh tahun 2016, kakitangan di Molsheim telah menghasilkan model Chiron1.
Dengan pengeluaran sebanyak 1,500 hp, yang belum pernah dicapai oleh pengeluaran kenderaan, sebuah tork bagi 1,600 newton meter pada 2,000 hingga 6,000 rpm dan pelbagai inovasi teknikal, Chiron1 telah menetapkan standard baharu di dalam kejuruteraan automotif sejak itu.
Pada tahun 2017, Bugatti telah menyerahkan 70 kenderaan kepada pelanggan, menjelang tahun 2018 angka ini telah meningkat kepada 76. Lebih daripada 80 kenderaan akan diserahkan kepada pelanggan pada tahun 2019. Bugatti telah mengumumkan pembinaan 500 model -- pada masa ini hanya 100 Chiron boleh ditempah. Pengeluaran bagi Divo2, sebuah kenderaan yang dioptimumkan untuk pecutan lateral, akan dimulakan tidak lama lagi.
Bugatti telah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Volkswagen sejak tahun 1998 dan mempunyai lebih daripada 300 orang pekerja. Sebahagian besar daripada kerja ini adalah di Molsheim di Alsace. Dengan 37 peniaga dan rakan perkhidmatan di 18 buah negara di Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah dan Asia Pasifik, Bugatti adalah sebuah syarikat bertaraf global.
1 Penggunaan bahan api, I/100km: bandar 35.2 / bandar tambahan 15.2 / gabungan 22.5; pengeluaran CO2 yang digabungkan, g/km: 516; kelas kecekapan: G
2Penggunaan bahan api, I/100km: tidak tertakluk kepada Arahan 1999/94/EC memandangkan kelulusan jenis keseluruhan pada masa ini belum tersedia
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
Siaran media ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, pengeluaran acara-acara dan ciri-ciri permainan CSR Racing 2 pada masa akan datang. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “berhasrat,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang pada umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian itu atau kejayaan ke atas perkara itu yang dicakupi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang melibatkan risiko, ketidakpastian, dan anggapan yang signifikan. Kebergantungan tidak wajar tidak harus diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, yang didasarkan kepada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini adalah atau akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Hubungan Pelabur kami di http: http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191204005025/en/
Hubungi
Hubungan Media Zynga:
Kenny Johnston
kjohnston@zynga.com | (602) 999-1890
Atau
Hubungan Bugatti Automobiles S.A.S.:
Tim Bravo
Ketua bagi Komunikasi
Telefon Bimbit: +33 640 151969
E-mel: tim.bravo@bugatti.com
Sumber : Zynga
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
Wednesday, December 18, 2019
TEMPAHAN BERMULA BAGI BILIK-BILIK POKÉMON PADA 18 DISEMBER DI APARTMENT HOTEL MIMARU
Bilik Pokémon (Foto: Business Wire)
|
- Lima Lokasi di Tokyo dan Kyoto akan Ada Bilik-bilik Tersedia mulai 24 Disember
TOKYO, 18 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cosmos Initia Co., Ltd, sebuah anggota bagi Kumpulan Daiwa House, dengan kerjasama The Pokémon Company, mengumumkan bahawa tempahan untuk Bilik-bilik Pokémon di lokasi APARTMENT HOTEL MIMARU di Tokyo dan Kyoto, telah dibuka pada hari ini untuk penginapan bermula pada Selasa, 24 Disember, dan seterusnya.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191217005372/en/
Lima lokasi MIMARU (lihat nota) di Tokyo dan Kyoto akan menampilkan Bilik-bilik Pokémon dengan dekor bertemakan Pokémon seperti gergasi Snorlax yang sedang tidur dan pinggan mangkuk dengan corak Bola Poké. Semua tetamu akan juga menerima barangan Pokémon secara percuma yang eksklusif kepada hotel itu.
Sistem tempahan dalam talian akan dibuka pada waktu tengah hari Masa Standard Jepun pada Rabu, 18 Disember, 2019 di
https://pokemon.mimaruhotels.com/en-us
NOTA: Semak lokasi yang tersedia di laman web yang disenaraikan di atas. Satu daripada lokasi di Kyoto akan dibuka untuk perniagaan pada 6 Februari, 2020.
Satu Gambaran Keseluruhan berhubung Bilik-bilik Pokémon
Dinding di ruang makan dan ruang tidur di setiap Bilik Pokémon mempunyai kertas hias dinding yang unik dengan motif Bola Poké. Terdapat juga sebuah gergasi Snorlax di setiap bilik dan pinggan mangkuk di ruang dapur dengan reka bentuk asal. Terdapat juga koleh dan pinggan untuk tetamu semasa penginapan mereka.
Barangan Asal sebagai Hadiah untuk Tetamu kami
- Sebuah beg tali cerut reka bentuk asal, bukan untuk dijual di tempat lain
- Sebuah kad selamat datang reka bentuk asal, bukan untuk dijual di tempat lain
- Dua tuala tangan reka bentuk asal, bukan untuk dijual di tempat lain
NOTA: Terdapat dua jenis tuala tangan dengan reka bentuk yang unik untuk lokasi di Tokyo dan Kyoto.
NOTA: Lokasi di Tokyo adalah di Ueno TIMUR dan Hatchobori. Lokasi di Kyoto terletak di Shinmachi Sanjo, Stesen Kyoto, dan Kawaramachi Gojo.
Bilik-bilik disediakan untuk penginapan bermula pada Selasa, 24 Disember, 2019, dan seterusnya (tertakluk kepada ketersediaan). NOTA: Tempahan diterima bermula pada waktu tengah hari Masa Standard Jepun pada Rabu, 18 Disember, 2019.
• Hotel-hotel yang menawarkan Bilik-bilik Pokémon
Bilik-bilik Pokémon akan disediakan di lima kemudahan berikut.
• MIMARU Tokyo, Ueno Timur, 4-26-3 Higashiueno, Taito-ku, Tokyo 110-0015
Tiga minit berjalan kaki dari Jalan Keluar Iriya di Stesen JR Ueno
https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/ueno-east/
• MIMARU Tokyo, Hatchobori, 3-8-8 Nihonbashi Kayabacho Chuo-ku, Tokyo 103-0025
Dua minit berjalan kaki dari Jalan Keluar A5 atau B1 dari Stesen Hatchobori
https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/hatchobori/
• MIMARU Kyoto, Shinmachi Sanjo, 105 Shinmachi-dori, Sankyo-dori, Nakagyo-ku, Kyoto 604-8206
Lima minit berjalan kaki dari Jalan Keluar 4-2 dari Stesen Karasuma-oike
https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/shinmachi-sanjo/
• Stesen MIMARU Kyoto, 15-1 Higashisanjo, Higashikujo, Minami-ku, Kyoto 601-8004
Dua minit berjalan kaki dari Jalan Keluar Hachijo Timur dari Stesen JR Kyoto
https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/kyoto-station/
• MIMARU Kyoto, Kawaramachi Gojo, 17-1 Hiraicho, Nishitakasegawasuji, Shimogyo-ku, Kyoto 600-8118
Nota: MIMARU Kyoto, kemudahan Kawaramachi Gojo merancang untuk dibuka pada 6 Februari, 2020.
Tiga minit berjalan kaki dari Jalan Keluar 1 dari Stesen Kiyomizu-gojo
https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/kawaramachi-gojo/
© 2019 Pokémon. © 1995–2019 Nintendo, Creatures Inc., GAME FREAK Inc.
• APARTMENT HOTEL MIMARU
APARTMENT HOTEL MIMARU, dalam talian di https://mimaruhotels.com/, adalah sebuah hotel ala bandar yang direka untuk memenuhi keperluan keluarga atau kumpulan untuk penginapan bagi tempoh sederhana hingga jangka panjang, dan menawarkan bilik-bilik yang lengkap dengan dapur kecil, dan ruang keluarga dan ruang makan. Dengan ruang dan perkhidmatan yang membolehkan keluarga untuk berehat dalam bilik-bilik berukuran 40m2 (430.6 kaki2), rantaian hotel ini menawarkan satu cara baharu untuk tinggal di Jepun.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191217005372/en/
Hubungi
Kazuyuki Tanaka, Yuki Okihara
Bahagian Pemasaran, Jabatan Pengurusan
Cosmos Hotel Management Co., Ltd.
Tel: +81-3-5444-3600
E-mel: info@chm.cigr.co.jp
Sumber : Cosmos Hotel Management Co., Ltd.
RADIO POC PNC380 BAHARU HYTERA - KOMUNIKASI SEGERA DAN KEMUNGKINAN TANPA HAD
SHENZHEN, China, 17 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan pengalaman selama 26 tahun di dalam industri PMR, Hytera memperkenalkan keistimewaan dan kepakaran mereka kepada komunikasi melalui rangkaian awam, dan membina sebuah radio PoC mengikut piawaiannya yang ketat yang digunakan kepada radio PMR. Hytera berhasrat untuk menyediakan peranti dan penyelesaian PoC yang profesional dan praktikal untuk pelanggan.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191216005365/en/
Radio PoC PNC380 Hytera itu menggunakan rangkaian 2G/3G/4G atau WLAN yang mantap di kawasan itu, dengan menyediakan komunikasi segera untuk pengguna yang bekerja merentasi pelbagai tapak, seperti mereka yang berada di dalam bidang pengangkutan, logistik, pengurusan hartanah, taman perindustrian dan banyak lagi. Di samping itu, radio PoC yang baharu ini mempunyai sebuah pad kekunci angka penuh untuk kemudahan operasi dan sebuah kamera belakang 5MP bagi merakamkan imej dan video di lapangan.
Reka bentuk Kompak dan Ergonomik
Terima kasih kepada reka bentuknya yang kompak dan butang yang berorientasikan tugas, PNC380 itu sesuai untuk operasi sebelah tangan. Butang PTT bersaiz besar itu mudah untuk dikesan supaya pengguna tidak akan terlepas walaupun dalam keadaan gelap. Ia juga boleh menawarkan panggilan individu dan panggilan secara berkumpulan. PNC380 itu menyediakan sebuah pad kekunci angka penuh yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan ke radio lain, atau mendail untuk membuat panggilan telefon. Butang kecemasan bebas di atas membantu pengguna untuk membuat panggilan bagi bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan agar dapat meningkatkan keselamatan mereka.
Prestasi Audio yang Hebat
Teknologi pengurangan hingar dwi-mikrofon memastikan kejelasan audio yang luar biasa walaupun dalam persekitaran yang bising seperti pusat beli-belah, jalan dan lapangan terbang. Ia mengambil suara pengguna dan pada masa yang sama menurunkan bunyi di kawasan sekeliling. Pembesar suara kuasa tinggi terbina dalam menyampaikan kelantangan terbaik dalam kelasnya tanpa hilang apa-apa butiran perbualan.
Kedudukan dan Penjejakan
Mengetahui kedudukan anggota petugas adalah penting untuk memastikan mereka selamat dan meningkatkan kecekapan pasukan. PNC380 itu memastikan kedudukan yang tepat di dalam dan di luar bangunan menerusi kerjasama GPS, BeiDou, GLONASS, dan AGPS. Penyelia dapat melihat lokasi petugas secara intuitif di peta dan menghantarnya ke tempat mereka diperlukan pada waktu yang sesuai.
Berceranggah dan Tahan Lama
PNC380 itu adalah diperakui IP67 dan memenuhi piawaian MIL-STD-810G. Ia cukup kuat untuk menangani persekitaran hujan, habuk, suhu yang ekstrem, kejutan, dan getaran kerana reka bentuk strukturnya yang sensitif.
Bateri Sepanjang Hari
Bateri Li-ion 4000mAh yang standard membolehkan radio itu untuk menyokong pengguna selama lebih dari 24 jam. Port USB mikro terbina dalam membuat pengecasan bateri lebih mudah daripada sebelumnya. Hanya perlu pasang kabel USB ke sebuah komputer riba atau elektronik lain.
Komunikasi Video Tepat Masa
Kesedaran situasi adalah kunci dalam membuat keputusan yang tepat dalam keadaan kecemasan. Radio itu mempunyai sebuah kamera belakang 5MP yang membolehkan penghantaran video 4G dalam tepat masa.
Dengan memberi tumpuan kepada industri PMR, Hytera telah berjaya mencipta banyak peralatan komunikasi klasik di dalam industri itu. Selain PNC380, Hytera telah mengeluarkan model PoC lain termasuk PDC550, PNC550, dan PNC370 untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam pelbagai industri.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12921

Subscribe to:
Posts (Atom)