Pemenang bagi Hadiah Jepun 2021 telah diumumkan pada 29 Januari oleh Yayasan Hadiah Jepun dan presidennya, Hiroshi Komiyama. Pemenang terbaharu itu adalah penyelidik Australia Prof. Martin Andrew Green, yang diberi penghormatan kerana usaha beliau di dalam bidang “Sumber, Tenaga, Alam Sekitar, dan Infrastruktur Sosial,” dan penyelidik Amerika Syarikat Prof. Bert Vogelstein dan Dr. Robert A. Weinberg, pemenang bersama kerana usaha mereka di dalam bidang “Sains Perubatan dan Sains Ubat-ubatan.”
Tuesday, February 9, 2021
PEMENANG HADIAH JEPUN 2021 DIUMUMKAN
Pemenang bagi Hadiah Jepun 2021 telah diumumkan pada 29 Januari oleh Yayasan Hadiah Jepun dan presidennya, Hiroshi Komiyama. Pemenang terbaharu itu adalah penyelidik Australia Prof. Martin Andrew Green, yang diberi penghormatan kerana usaha beliau di dalam bidang “Sumber, Tenaga, Alam Sekitar, dan Infrastruktur Sosial,” dan penyelidik Amerika Syarikat Prof. Bert Vogelstein dan Dr. Robert A. Weinberg, pemenang bersama kerana usaha mereka di dalam bidang “Sains Perubatan dan Sains Ubat-ubatan.”
"BELANJAWAN 2021 : DIGITALISASI BANTU PKS DAN USAHAWAN MIKRO TRANFORMASI PERNIAGAAN"
Justeru, teknologi digital, seperti internet dan teknologi mudah alih telah mengubah sektor perindustrian terutamanya berkaitan pengoperasian dan menyusun atur syarikat kerana ciri-ciri dan kepantasan inovasi teknologi digital. Selain itu, teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) turut dilhat mampu mengautomasikan operasi dan kerja dengan lebih menjimatkan banyak masa dan tenaga manusia.
Namun, tidak mudah bagi syarikat atau usahawan PKS untuk menerima dan mengaplikasikan transformasi digital dalam perniagaan mereka. Justeru, kerajaan memperuntukkan pelbagai inisiatif serta bantuan pembangunan teknologi digital kepada PKS dan Usahawan Mikro pada Belanjawan 2021 baru-baru ini untuk memberi nafas baharu kepada PKS meneruskan perniagaan mereka.
Dalam Belanjawan 2021 kerajaan telah memperkenalkan geran khas Skim Transformasi Digitalisasi Industri melalui Bank Pembangunan Malaysia (BPMB) kepada PKS, menerusi geran BPMB itu sebanyak RM1 bilion diperuntukkan yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan digitalisasi dalam perniagaan.
Monday, February 8, 2021
PELAJAR UMK HASILKAN INOVASI SOS PENCICAH NANAS DAN SOS STRAWBERI BERCILI
Produk inovasi yang dihasilkan adalah Sos Cili berperisa Strawberi, Sos Pencicah Perisa Nanas dan Sos Pencicah perisa Ketumbar yang mula dijual di pasaran pada bulan November 2020.
Amirul Shahadam yang mengusahakan perniagaan sos cili berperisa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan Pandemik COVID-19 bersama dua rakan kongsi dengan menggunakan beberapa bahan utama lain.
SIARAN MEDIA: EXPERT CONSULTATION "MAQASIDIC FRAMEWORK FOR THE FORMATION OF KHAIRA UMMAH (THE BEST OF PEOPLE)" / MUZAKARAH PAKAR "KERANGKA MAQASID BAGI PEMBENTUKAN KHAIRA UMMAH (UMAT YANG TERBAIK)"
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) — Muzakarah Pakar bertemakan “Kerangka Maqasid bagi Pembentukan Khaira Ummah (Umat yang Terbaik)” (atau Maqasidic Framework for the Formation of Khaira Ummah (The Best of People) merupakan program anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang pertama bagi tahun 2021. Program yang dianjurkan secara dalam talian ini mengumpulkan pakar-pakar dari kalangan ulama, ahli akademik, pengamal perubatan dan pembuat dasar, bagi membincangkan tentang bagaimana maqasid syariah (matlamat syariah) boleh digunakan sebagai kerangka dalam membentuk umat yang terbaik (atau khaira ummah). Perbincangan yang berlangsung ini turut meletakkan kerangka ini dalam konteks semasa iaitu pandemik COVID-19.
Penganjuran Muzakarah Pakar ini merupakan usaha berterusan pihak IKIM dalam menyerlahkan pendekatan Islam untuk menangani permasalahan semasa. Muzakarah Pakar ini dimulakan dengan penyampaian ucapan tema oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi IKIM, diikuti dengan sesi sumbang saran daripada tujuh orang pakar yang dijemput.
Pakar-pakar yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan yang menyentuh tentang pemeliharaan agama (hifz al-deen)
2. YBhg.Profesor Dr. Abdul Latiff bin Mohamed, Profesor, Fakulti Perubatan, Universiti Cyberjaya yang menyentuh tentang pemeliharaan nyawa (hifz al-nafs)
3. YBhg. Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin bin Abdullah, Pakar Runding Kanan Neurosurgeri, Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang menyentuh tentang pemeliharaan akal fikiran (hifz al-‘aql)
4. YBhg. Dato’ Dr. Musa bin Mohd Nordin, Pakar Runding Pediatrik dan Neonatalogi, Hospital Pakar KPJ Damansara yang menyentuh tentang pemeliharaan keturunan (hifz al-nasl)
5. Profesor Madya Dr. Aznan bin Hasan, Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menyentuh tentang pemeliharaan harta (hifz al-mal)
6. Ustazah Nor Safina binti Zainal, Pengarah, Bahagian Maqasid Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyentuh tentang peranan JAKIM dalam memberikan kefahaman tentang maqasid syariah
7. YBhg. Profesor Dr. Muhammad Syukri bin Salleh, Mantan Pengarah, Pusat Pengajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengulas tentang usaha-usaha yang telah dan perlu dijalankan untuk menggunakan kerangka maqasid ke arah pembentukan umat yang terbaik.
Muzakarah Pakar ini menyerlahkan bahawa kerangka maqasid syariah boleh digunakan untuk membentuk satu umat atau masyarakat yang mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi. Kerangka maqasid syariah meletakkan kepentingan kepada usaha untuk membawa manfaat demi maslahah umum dan pada waktu yang sama, mengurangkan kerosakan atau kemudaratan yang dihadapi. Perkara ini amat relevan terutamanya dalam berhadapan dengan suasana pandemik COVID-19. Kefahaman Islam yang betul adalah diperlukan supaya kerangka maqasid syariah dapat dijayakan dalam semua aspek kehidupan. Prinsip-prinsip maqasid syariah iaitu penjagaan agama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta adalah penting bagi membentuk khaira ummah yang mempunyai tiga ciri utama iaitu mengajak kepada kebaikan (amar maaruf), mencegah daripada perbuatan keji (nahi munkar) dan berpegang kepada akidah yang benar.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14223
Saturday, February 6, 2021
TOSHIBA MELANCARKAN GEGANTI FOTO BERARUS TINGGI 100V UNTUK PERALATAN PERINDUSTRIAN
TOKYO, 5 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TLP241B,” sebuah geganti foto berarus tinggi di dalam sebuah pakej DIP4 untuk peralatan perindustrian seperti pengawal logik yang boleh diprogramkan dan antara muka I/O. Sampel dan kuantiti pengeluaran tersedia sekarang.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210204005495/en/
TLP241B telah mengintegrasikan MOSFET berdasarkan kepada proses U-MOS bagi generasi terbaharu Toshiba. Dengan TLP241B, voltan terminal output OFF-state telah dilanjutkan kepada 100V, satu peningkatan 150% dari 40V bagi TLP241A semasa. Ia ditempatkan di dalam sebuah pakej DIP4 yang serba boleh, dan merupakan produk DIP4 yang pertama[1] di dalam industri itu yang menyampaikan voltan terminal output 100V OFF-state, arus ON-state 2A dan voltan pengasingan 5kV. Perluasan penarafan ini merangkumi pelbagai aplikasi.
TLP241B boleh menggantikan sebuah geganti mekanikal sentuhan 1-Form-A. Tidak seperti geganti mekanikal, TLP241B tidak mempunyai sentuhan yang bergerak untuk turun mutu. Ciri-ciri pemacu arus rendahnya juga meningkatkan jangka hayat produk. Manfaat lain adalah masa tindak balas yang cepat dan penjimatan ruang PCB disebabkan oleh ukuran pakej yang lebih kecil.
Oleh kerana penarafan suhu kendalian maksimum adalah 110℃, margin reka bentuk suhu bagi peralatan adalah lebih mudah untuk diperoleh.
Penggunaan
- Peralatan perindustrian (Pengawal logik yang boleh diprogramkan, antara muka I/O dan pelbagai kawalan sensor, dll.)
- Sistem automasi bangunan (Pemanasan, Pengudaraan dan Penyaman Udara (HVAC) dan termostat, dll.)
- Penggantian bagi geganti mekanikal (sistem AC 24 hingga 48V, sistem DC 24 hingga 100V)
Friday, February 5, 2021
IVANTI DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU 2020-2021 IDC MARKETSCAPE UNTUK PERISIAN UEM SEDUNIA
Ivanti diiktiraf kerana keupayaan keselamatan yang mendalam, sokongan mantap untuk pelbagai jenis peranti dan capaian rangkaian yang meluas
SALT LAKE CITY, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ivanti, platform automasi yang membantu menjadikan setiap sambungan IT lebih pintar dan lebih selamat, hari ini mengumumkan yang ia telah diisytiharkan sebagai Peneraju di IDC MarketScape: Penilaian Vendor Pengurusan Titik Akhir Bersepadu Sedunia 2020-2021 (doc #US46957820, Januari 2021). Pengiktirafan ini menyusul selepas Ivanti mengambilalih MobileIron, penyedia untuk penyelesaian UEM yang berpusat kepada mudah alih.
“Kami percaya ini mengesahkan yang Ivanti/MobileIron menyediakan salah satu penyelesaian UEM menyeluruh yang kukuh untuk peranti mudah alih dan komputer peribadi (PC),” kata Alan Braithwaite, pengarah kanan pengurusan produk di Ivanti. “Pengambilalihan MobileIron mempercepatkan pelan UEM kami dengan membantu membolehkan kami untuk menemukan, mengurus dan menjamin sebarang titik akhir dalam mana-mana rangkaian. Melihat ke hadapan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan lebih nilai kepada para pelanggan kami dengan menyediakan platform yang benar-benar bersepadu yang menyatukan UEM, keselamatan dan barisan pengurusan perkhidmatan IT kami dan membolehkan para pelanggan melakukan penjagaan, menjamin keselamatan dan melakukan servis sendiri secara proaktif dan autonomi terhadap peranti dalam ‘everywhere enterprise’ (perusahaan yang mana kakitangan boleh bekerja di mana sahaja mereka berada).”
Hari ini, penyelesaian UEM Ivanti meningkatkan produktiviti pengguna dan IT dengan membantu pentabir-pentadbir IT mengumpulkan data peranti yang lengkap, mengautomasikan perisian aturan OS, mengubahsuai persekitaran ruang kerja berdasarkan keperluan dan memperbaiki isu-isu pengguna dengan cepat. Ia memudahkan proses-proses pengurusan dengan menyepadukan tindakan dengan penyelesaian IT melalui penggunaan konsol Ivanti tunggal dan memberikan automasi merentas sistem-sistem yang pelbagai, termasuk Windows, Mac, ChromeOS, Linux, Unix, iOS, Android, dan peranti-peranti IoT.
Menurut laporan IDC MarketScape, “Ivanti/MobileIron memiliki sokongan kukuh untuk titik akhir Windows dan macOS, pada tahap yang terperinci, termasuklah OS dan penapungan pihak ketiga, inventori perkakasan/perisian, kawalan jauh, penyediaan aplikasi dan sokongan untuk fungsi-fungsi dan ciri-ciri pengurusan legasi, seperti pengimejan peranti untuk Windows dan Mac), sokongan pengurusan GPO (Windows), pengurusan dan persediaan pencetak (Windows/macOS) dan pengedaran app moden dan legasi (Windows macOS) (pengedaran fail DMG dan sokongan Mac App Store yang diuruskan).”
“Dengan megambil alih MobileIron, Ivanti memperluas kemampuannya dalam pengurusan dan keselamatan titik akhir moden untuk menjadi peneraju yang mantap dalam UEM. Syarikat gabungan ini juga mempunyai rangkaian global pengendali mudah alih, penjual semula, dan rakan kongsi yang meluas dalam perisian infrastruktur perusahaan,” kata Phil Hochmuth, naib presiden program mobiliti perusahaan di IDC. "Dengan kekuatan masing-masing, perusahaan-perusahaan dan SMB (perniagaan kecil dan sederhana) yang ingin memusatkan fungsi dan alat pengurusan mobiliti mereka harus mempertimbangkan Ivanti."
Untuk mengakses petikan laporan percuma, klik di sini.
Mengenai IDC MarketScape:
Model penilaian vendor IDC MarketScape direkabentuk untuk memberikan gambaran menyeluruh mengenai kecergasan pembekal ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) yang kompetitif di pasaran tertentu. Metodologi penyelidikan menggunakan metodologi pemarkahan yang ketat berdasarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif yang menghasilkan satu gambaran grafik kedudukan setiap vendor dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape menyediakan kerangka kerja yang jelas di mana penawaran, keupayaan dan strategi produk dan perkhidmatan, dan faktor kejayaan pasaran semasa dan masa depan vendor IT dan telekomunikasi dapat dibandingkan secara bermakna. Rangka kerja ini juga memberikan penilaian teknologi 360 darjah kepada pembeli teknologi mengenai kekuatan dan kelemahan vendor semasa dan bakal vendor.
Mengenai Ivanti
Platform automasi Ivanti menjadikan setiap sambungan IT lebih pintar dan selamat merentas pelbagai jenis peranti, infrastruktur dan kakitangan. Dari PC dan peranti mudah alih hingga kepada infrastruktur komputer meja maya dan pusat data, Ivanti menemukan, mengurus, menjamin keselamatan dan melakukan servis aset IT daripada awan sehingga ke mana-mana bahagian dalam ‘everywhere enterprise’ - sambil menyediakan pengalaman mengikut keperluan kakitangan. Data korporat mengalir bebas ke seluruh peranti dan pelayan dalam ‘everywhere enterprise’, memberi peluang kepada pekerja untuk menjadi produktif di mana sahaja mereka bekerja dan dengan apa cara sekalipun mereka bekerja. Ivanti beribu pejabat di Salt Lake City, Utah dan mempunyai pejabat di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.ivanti.com dan ikuti @GoIvanti.
Thursday, February 4, 2021
IWBI Melintasi Tonggak Utama Global Di Dalam Memajukan Kesihatan Dan Kesejahteraan
NEW YORK, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- International WELL Building Institute (IWBI), pihak berkuasa dunia tentang cara bagaimana kita boleh menggunakan bangunan dan komuniti kita untuk memajukan kesihatan dan kesejahteraan orang di dalamnya, hari ini mengumumkan bahawa projek WELL kini telah melintasi 1.5 bilion kaki persegi merentasi lebih 80 buah negara. Kejayaan tersebut adalah bukti dalam mempercepatkan penerimaan dunia dan pertumbuhan luar biasa dari kurang dari satu tahun yang lalu, ketika projek WELL melampaui 500 juta kaki persegi di hampir 60 buah negara.
Pada Jun 2020, IWBI telah melancarkan Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL, dengan memanfaatkan kepakaran dan maklumat balas yang sedia ada dari Pasukan Petugas IWBI yang dianggotai 600 orang mengenai COVID-19. Dengan menggunakan ciri-ciri dari sebuah subkumpulan dari WELL Building Standard (WELL), Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL adalah satu penilaian yang disahkan pihak ketiga berdasarkan kepada bukti bagi semua jenis bangunan dan ruang baharu dan yang sedia ada yang ditumpukan pada dasar-dasar operasi, protokol penyelenggaraan, pelan kecemasan dan strategi penglibatan pihak berkepentingan untuk membantu organisasi memberi keutamaan kepada kesihatan dan keselamatan bagi kakitangan mereka, pelawat dan pihak berkepentingan, dan kembali kepada perniagaan semasa waktu wabak ini.Lebih daripada 8,500 kemudahan telah mendaftar di dalam Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL sehingga kini, termasuk bangunan ikonik seperti Stadium Yankee dan Empire State Building, organisasi perkhidmatan kewangan global seperti JPMorgan Chase, pemimpin hotel seperti Aimbridge Hospitality, organisasi telekomunikasi seperti T-Mobile, pemaju hartanah seperti Brookfield Properties dan Kilroy Realty, organisasi kecergasan seperti Life Time, dan banyak lagi.
“Pandemik itu dengan cepat mengalihkan perbualan berhubung kesihatan, dan peranan IWBI di dalam membantu mengurangkan impak virus itu dan menyokong keselamatan dan kesejahteraan orang ramai kini lebih jelas daripada sebelumnya,” kata Paul Scialla, Pengasas IWBI dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat induk itu, Delos.
“Kadar bagi penerimaan adalah luar biasa, dengan pendaftaran merentasi penawaran WELL kini secara purata 2 juta kaki persegi setiap hari,” kata Rachel Hodgdon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IWBI. “Ini adalah disebabkan oleh komuniti kami yang berdedikasi dari seluruh pelusuk dunia – WELL AP, WELL Faculty, ahli, pelanggan dan penasihat kami.”
WELL AP dan WELL Faculty adalah satu komuniti yang aktif dan berkembang yang membawa pendidikan mengenai WELL kepada rakan sekerja dan pelanggan di seluruh dunia. Lebih daripada 16,000 individu telah mendaftar atau mencapai kelayakan WELL AP dan telah membantu IWBI dengan pantas untuk memenuhi permintaan yang meningkat.
“Ini adalah pencapaian yang luar biasa dalam enam tahun sejak WELL dilancarkan,” kata Hodgdon. “Walaupun pandemik itu telah menjejaskan sebahagian besar daripada kehidupan kita, ia juga memberi kita kesempatan untuk mengembangkan satu pergerakan yang berpotensi untuk melakukan banyak perkara kebaikan. Setiap tonggak ini merupakan satu penegasan mengenai perlunya orang diberikan keutamaan, dan kami tidak sabar untuk berkongsi apa yang kami ada.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14214
