Friday, February 12, 2021

INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU TAHUN KEEMPAT DAN HASIL PENUH TAHUN 2020

· EPS* yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun keempat 2020 masing-masing $1.70 dan $1.75 berbanding masing-masing $1.61 dan $1.54 pada suku tahun keempat 2019
· EPS yang dilaporkan dan dilaraskan bagi tempoh tahun 2020 yang penuh masing-masing $5.15 dan $6.23 berbanding masing-masing $6.13 dan $6.61 pada tempoh setahun yang lalu
· Syarikat ini menjangkakan jualan bersih dan pendapatan operasi tahun penuh 2021 akan meningkat secara sederhana, didorong dengan peningkatan bahan istimewa, pemulihan volum lain dan penjimatan Cost Smart

WESTCHESTER, Ill., 11 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global pembekal penyelesaian bahan kepada industri pembuatan makanan dan minuman ini melaporkan hasil bagi suku tahun keempat dan tahun penuh 2020 pada hari ini. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2020 dan 2019, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

“Kami menyahut cabaran 2020 dan memberikan prestasi yang mantap sementara memajukan Peta Jalan Memacu Pertumbuhan di kelima-lima platform Istimewa kami. Pasukan kami menunjukkan kecekapan sepanjang tahun dengan mengendalikan kilang kami dengan cekap, berhubung rapat dengan pelanggan, menjangkakan keperluan mereka dan membolehkan kami untuk terus menjadi pembekal pilihan. Peralihan kepada cara baharu bekerja menghasilkan lebih daripada 1,300 penglibatan maya dengan pelanggan bagi mencipta bersama dan menyampaikan idea serta penyelesaian inovatif daripada platform interaktif maya kami, Idea Labs.”

“Kami mempunyai prestasi yang cemerlang pada suku tahun keempat dengan pertumbuhan jualan bersih sebanyak 3% tahun demi tahun, dengan setiap rantau menyumbang kepada pertumbuhan jualan bersih. Volum permintaan pada tiga daripada empat rantau kembali pulih daripada impak COVID-19, yang merupakan tanda yang sangat menggalakkan. Selain itu, kami juga mempunyai prestasi yang hebat di Amerika Selatan, diterajui perolehan sebut harga yang kukuh, yang membolehkan kami agar kekal selari dengan inflasi dan keadaan pasaran yang berubah-ubah,” ujar Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion.

“Dalam suku tahun tersebut, kami juga melengkapkan pemerolehan strategik pemilikan 100% kami terhadap Verdient Foods, Inc., menggerakkan pasukan integrasi serta melanjutkan pembinaan pada rangkaian pengeluaran protein berasaskan tumbuhan Istimewa kami. Selain itu, kami mendapat status perakuan gred makanan yang disyorkan untuk kemudahan pengasingan protein kacang kami di South Sioux City. Jualan bersih bahan istimewa meningkat di keempat-empat rantau untuk suku tahun dan tahun penuh, kecuali bagi impak pertukaran wang asing. Kini, jualan tersebut mewakili 32 peratus jualan bersih tahunan kami,” sambung Zallie.

“Dengan beroperasi berdasarkan set minda sebagai pemilik, pasukan kami mencapai kemajuan yang sangat besar dalam mereka semula dan menstruktur semula organisasi kami di keempat-empat rantau, lantas menghasilkan $103 juta penjimatan kadar larian, yang melebihi sasaran Cost Smart tahun 2020 kami. Kami bakal mencapai sasaran tiga tahun kami sebanyak $170 juta sebelum penghujung tahun 2021.”

“Sementara kami memasuki tahun 2021 dengan momentum yang meningkat, kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk terus memajukan strategi pertumbuhan kami dan menyampaikan nilai-nilai pada setiap interaksi pengalaman pelanggan. Kami kekal komited dengan misi kami untuk menjadi pembekal yang diyakini dan dipercayai, serta rakan inovasi kepada pelanggan kami. Kami percaya bahawa pendekatan bertumpu kami akan mencipta nilai jangka masa panjang bagi semua pihak berkepentingan kami,” rumus Zallie.

*Pendapatan dicairkan sesaham yang dilaraskan (“EPS yang dilaraskan”), pendapatan operasi yang dilaraskan, kadar cukai pendapatan efektif yang dilaraskan dan aliran tunai yang dilaraskan daripada operasi ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP A.S. yang paling dapat dibandingkan dengan langsung.

INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU TAHUN KEEMPAT DAN HASIL PENUH TAHUN 2020

Thursday, February 11, 2021

SWIFT NAVIGATION MENGUMPULKAN PUSINGAN SIRI C $50 JUTA UNTUK MEMPERCEPAT PENGGUNAAN APLIKASI KESELAMATAN AUTOMOTIF DAN NAVIGASI TEPAT DI SELURUH DUNIA OLEH PENGGUNA

SAN FRANCISCO, 10 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Swift Navigation, sebuah firma teknologi yang berpangkalan di San Francisco mentakrifkan semula GNSS (Sistem Satelit Navigasi Global) dan teknologi penentu kedudukan tepat untuk aplikasi kenderaan berautonomi, automotif, mudah alih dan pasaran massa, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengumpulkan pembiayaan pusingan Siri C sebanyak $50 juta yang diketuai oleh pelabur sedia ada Forest Baskett dan Greg Papadopoulos dari New Enterprise Associates (NEA), pelabur sedia ada Eclipse Ventures dan pelabur baharu, termasuk, EPIQ Capital Group dan KDDI Open Innovation Fund. Sehingga kini, syarikat telah mengumpulkan sejumlah $97.6 juta dalam pendanaan.

Sejak pembiayaan pusingan Siri B, Swift telah menyampaikan perkhidmatan penentu kedudukan tepat yang berprestasi lebih tinggi dan memperluas liputan globalnya untuk memenuhi keperluan ekonomi atas permintaan dan tahap autonomi yang lebih tinggi. Pelanggan Swift di seluruh dunia termasuk OEM automotif, pembekal penghantaran batu terakhir, pembekal mudah alih dan platform landasan bangunan, industri, mikrogerakan dan IoT untuk aplikasi pasaran massa. Swift merancang untuk menggunakan pendanaan pusingan terkininya untuk menskalakan pengerahan pelanggan dan meneruskan pengembangannya di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14247

IFG MENAMATKAN KES PELANGGARAN IP DENGAN BERJAYA DI AFRIKA SELATAN

BAKERSFIELD, Calif., 10 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- INTERNATIONAL FRUIT GENETICS LLC (IFG) Selepas beberapa tahun tuntutan mahkamah yang kadangkala sengit, IFG akhirnya telah sampai ke penghujung prosiding pelanggaran yang dibuat untuk melindungi jenis anggur proprietari di Cape Barat, Afrika Selatan.

Pada tahun 2010, IFG telah menyimpulkan satu set pelesenan, penanaman dan perjanjian pemasaran dengan penanam anggur di Paarl, Afrika Selatan dan juga entiti pertanian berkaitan yang lain. Dalam terma perjanjian, penanam telah dilesenkan untuk menanam, dan memasarkan beberapa jenis anggur IFG di Afrika Selatan, yang telah berjaya dilakukan selama beberapa tahun. Namun, semasa pemeriksaan, IFG menentukan bahawa penanam ini telah membiak beberapa jenis secara tidak sah melebihi had lesen yang diberikan dan menanam dan membiak jenis IFG sebelum perlindungan untuk jenis tersebut diberikan di Afrika Selatan. Setelah penyiasatan lanjut, IFG menentukan bahawa penanam telah mencuri tunas jenis daripada salah satu ladang anggur pengasas IFG di California semasa berkunjung ke situ dan telah memindahkannya ke Afrika Selatan, di situ jenis anggur ini dicantum, dibiak, dan ditanam secara komersial.

Disebabkan tindakan yang menyalahi undang-undang penanam ini, IFG telah membatalkan semua perjanjiannya dengan pelesen ini dan meminta penanam berhenti menggunakan semua bahan tumbuhan proprietari IFG dan memusnahkan semua bahan tumbuhan proprietari IFG dengan memotong semua pokok anggur di bawah penyatuan cantuman. Malangnya, penanam enggan berbuat demikian, lantas memaksa IFG mengambil langkah yang lebih drastik, termasuk pembekuan akaun bank dan penghinaan prosiding mahkamah kerana gagal mematuhi perintah mahkamah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14248

Wednesday, February 10, 2021

STARDUST: THE WORK AND LIFE OF JEWELER EXTRAORDINAIRE FRÉDÉRIC ZAAVY MENAMPILKAN FOTOGRAFI MENGAGUMKAN OLEH JOHN BIGELOW TAYLOR DAN DIANNE DUBLER

• Konsep, fotografi dan penerbitan oleh John Bigelow Taylor dan Dianne Dubler (Kubaba Bespoke Books). Taylor dan Dubler telah menghasilkan fotografi untuk lebih daripada 300 buku yang berfokus pada karya seni, seni bina, barang kemas dan barang purba.
• Teks oleh penulis falsafah Perancis Gilles Hertzog
• Diterbitkan oleh Officina Libraria, Milan
 
NEW YORK, 10 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Monograf pertama yang didedikasikan kepada artis pembuat barang kemas Perancis Frédéric Zaavy, yang menampilkan imej mengagumkan daripada John Bigelow Taylor dan Dianne Dubler telah dilancarkan pada bulan Januari 2021. Stardust: The Work and Life of Jeweler Extraordinaire Frédéric Zaavy menampilkan potret seorang artis yang telah berusaha untuk melukiskan kecantikan alam semesta dalam batu permata. Zaavy telah menganggap dirinya pewaris legasi Jean-Baptiste Tavernier, peniaga batu permata untuk Louis XIV, dan telah dipilih sebagai pembuat barang kemas untuk kebangkitan abad ke-21 Fabrergé. Diilhamkan melalui alam semula jadi, fizik kuantum, falsafah, muzik dan sastera, kederiaan puitis beliau memperlihatkan beliau mencipta hasil karya berani yang rumit dengan ratusan atau ribuan pertama kecil yang disatukan seperti objets d’art pointillisme.

Jurugambar John Bigelow Taylor dan Dianne Dubler, yang karyanya telah ditampilkan dalam lebih daripada 300 buku yang berfokus pada hasil karya seni, seni bina, barang kemas dan barang purba, telah mencipta penceritaan visual yang mempesona untuk monograf tersebut. Menampilkan teks oleh penulis Perancis yang terkenal, Gilles Hertzog, Stardust memperkenalkan kesenian indah dan nasib yang berubah-ubah seorang pakar pembuat barang kemas yang meninggal dunia terlalu awal. Buku ini mengumpulkan kisah tentang Zaavy daripada rakan terapatnya, secara peribadi dan profesional, tanpa mengecualikan detik paling gelap dalam kerjaya beliau yang penuh pengembaraan dan mengunyah detik-detik paling gelap yang penuh dengan pengembaraan dan tidak menentu. Penceritaan visual Taylor dan Dubler memerihalkan hasil kerja Zaavy, menyulamkan imej inspirasi kreatifnya, persekitaran atelier dan domestik antara imej yang merupakan hasil daripada proses fotografik yang cermat dan teliti untuk mengabadikan ciptaan pembuat barang kemas.

KENANGAN ZAAVY

John Bigelow Taylor dan Dianne Dubler, jurugambar dan rakan Zaavy, telah berkata: “Stardust is the origin of all matter in the universe, including the diamonds Frédéric 'painted' with and loved so much. He was fascinated that, in addition to their beauty, diamonds resonated deep time. However, he was undaunted by time and space, which he deemed to be inconsequential. He thought of time in eons and knew his moment here would never be enough. Months before he died, he said to us, 'I am already dead,' but then carried on as if he would live forever! He often acknowledged that he had been here before and would someday return.” – daripada ‘Epilogue’, Stardust, halaman 205.

Floréal Ercilla, ketua pembuat barang kemas di atelier Perancis Zaavy: “Nowhere else had I ever had the same freedom, and I learned things that had never been done before—by me or anybody else. The further he went, the further he let us go, too [...] We were four jewelers, a wax-model maker and four setters. We made unique pieces, crazy fantasies, ultra-complicated pieces that required hundreds of hours of work or even more. That didn’t exist in any workshop anywhere in the world. Zaavy was a pure dreamer; trade didn’t count. We made a cuff bracelet called Les Nymphéas (water lilies), inspired by Monet. All of the stones were six-tenths, which is very small, but because of the play of color and light you had the impression that they were three millimeters. That’s a feat; that takes genius.” – daripada ‘The Five Musketeers’, Stardust, halaman 31.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14249

XPRIZE $100 JUTA UNTUK PENYINGKIRAN KARBON YANG DIBIAYAI OLEH ELON MUSK BAGI MEMERANGI PERUBAHAN IKLIM

Hadiah insentif terbesar dalam sejarah itu untuk menarik dan memberi inspirasi kepada  inovator untuk membangun dan meningkatkan penyelesaian penyingkiran karbon bagi memerangi perubahan iklim.

LOS ANGELES, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- XPRIZE, peneraju dunia di dalam mereka dan melancarkan pertandingan berinsentif untuk menyelesaikan cabaran besar umat manusia, hari ini mengumumkan XPRIZE $100 Juta Penyingkiran Karbon yang ditaja oleh Elon Musk dan Yayasan Musk.

Pertandingan global selama empat tahun ini mengundang inovator dan pasukan dari mana sahaja di planet ini untuk membuat dan menunjukkan satu penyelesaian yang dapat menarik karbon dioksida terus dari atmosfera atau lautan dan menguncinya secara kekal dalam satu cara yang mesra alam. Untuk memenangi pertandingan itu, pasukan-pasukan mesti menunjukkan satu model penyelesaian berskala yang rapi dan disahkan bagi penyelesaian mereka pada satu tahap penyingkiran karbon bagi 1 tan CO2 setiap hari, dan selanjutnya harus menunjukkan kepada sebuah panel hakim mengenai keupayaan bagi penyelesaian mereka untuk berskala ekonomi ke tahap gigaton. Objektif bagi XPRIZE ini adalah untuk memberi inspirasi dan membantu penyelesaian berskala efisien untuk secara kolektif mencapai sasaran penyingkiran karbon sebanyak 10 gigaton setiap tahun menjelang tahun 2050, untuk membantu memerangi perubahan iklim dan memulihkan keseimbangan karbon Bumi.

“Kami mahu memberikan satu impak yang benar-benar bermakna. Ketaknegatifan karbon, dan bukannya keneutralan. Matlamat utamanya ialah pengekstrakan karbon berskala yang dapat diukur berdasarkan kepada ‘kos bagi setiap tan yang dipertimbangkan sepenuhnya’ yang termasuk impak alam sekitar. Ini bukan satu pertandingan yang bersifat teori; kami mahu pasukan-pasukan yang akan membina sistem sebenar yang dapat memberikan satu impak dan skala yang dapat diukur ke satu tahap gigaton. Apa sahaja yang diperlukan. Masa adalah asasnya,” kata Elon Musk, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi  Tesla dan SpaceX.

“Kami mahu mencabar jurutera, saintis dan usahawan untuk membina dan menunjukkan sistem penyingkiran karbon yang berfungsi,” kata Peter H. Diamandis, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif bagi XPRIZE. “Sistem yang di dalam skala kecil dapat menunjukkan penyingkiran karbon yang nyata dan berdaya maju pada 1 ton sehari, dan kemudian menunjukkan kepada kita bagaimana sistem tersebut dapat menskalakan (menjimatkan kos) untuk menskalakan secara besar-besaran sehingga ke skala gigaton. Matlamat bagi pertandingan ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada usahawan dan jurutera untuk membina penyelesaian penyingkiran karbon dioksida, yang kebanyakannya hanya dibincang dan dibahaskan. Kami ingin melihat mereka membina, menguji, dan mengesahkannya. Kami berharap XPRIZE ini dapat mengaktifkan sektor awam dan swasta untuk terlibat dengan cara yang sama seperti Ansari XPRIZE bernilai $10 juta yang mendorong industri penerbangan ruang angkasa komersial.”

Bagi umat manusia untuk mencapai matlamat Perjanjian Paris dalam mengehadkan peningkatan suhu Bumi kepada tidak lebih daripada 1.5˚(C) bagi tahap pra-perindustrian, atau bahkan 2˚(C), kita memerlukan inovasi teknologi yang berani dan radikal dan meningkatkan yang melampaui had pelepasan CO2, tetapi sebenarnya menyingkirkan CO2 yang sudah ada di udara dan lautan. Sekiranya umat manusia terus berada pada urusan perniagaan seperti biasa, purata suhu dunia boleh meningkat 6˚(C) menjelang tahun 2100.

Garis panduan pertandingan sepenuhnya akan diumumkan pada 22 April, 2021, yang juga merupakan Hari Bumi. Pada hari yang sama pendaftaran pasukan akan bermula. Pertandingan itu akan berlangsung selama 4 tahun sehingga Hari Bumi 2025.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14240

KOLAM RENANG PALING TINGGI DI HEMISFERA SELATAN DIPERKENALKAN DI AUSTRALIA 108

MELBOURNE, Australia, 9 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pembangun dari Singapura World Class Global telah memperkenalkan kolam renang tertinggi di Hemisfera Selatan di pencakar langit supernya, Australia 108, di Melbourne, sementara mereka membuka pintu kepada ‘Starburst’ emas ikoniknya.

‘Kolam renang dwifiniti’ yang berbentuk dwitrapezoid pada aras 70 menara mewah berketinggian 319 meter terletak 212 meter dari atas permukaan dan menjulur empat dari atas jalan di bawah untuk menawarkan pengalaman berenang yang tiada bandingannya.

Kolam renang ini adalah kolam renang tertinggi yang dibina di dalam persekitaran apartmen dan merupakan yang kedua tertinggi di dunia, hanya di belakang kolam renang aras 118 Ritz-Carlton di Hong Kong pada ketinggian 484 tinggi.

Dengan panjang 18 meter dan 5.3 meter pada titik terluasnya, bahagian kolam renang yang menghadap arah utara ini menawarkan pemandangan panorama latar langit yang tiada tolok bandingannya, sementara bahagian selatannya memperlihatkan Port Phillip Bay, Albert Park Lake dan Dandenong Ranges.

Kedua-dua kolam renang telah diperkenalkan untuk pusingan rasmi pertamanya sebagai sebahagian daripada pelancaran Star Club Australia 108, dua aras pengalaman kediaman yang tiada tandingannya yang menjangkaui 2,800 meter persegi di dalam bangunan Starburst.

Kemudahan lain untuk memastikan penduduk kekal sibuk termasuklah ruang istirahat penduduk, ruang mesyuarat, bilik makan, teater, dua gimnasium luas serta taman langit menegak – dibayangkan akan menjadi hab komuniti beraras tinggi dan pilihan bekerja dari jauh.

CEO World Class Global, David Ng berkata beliau teruja untuk merasmikan Star Club kepada penduduk, yang menawarkan gaya hidup di Australia 108 kepada tahap baharu.

“Kami amat teruja untuk membuka Star Club kami yang hebat di Australia 108.Ini merupakan pencapaian besar untuk projek ini dan ikon yang hebat bagi latar langit Melbourne, menampilkan dua tempat berenang paling tinggi dan paling mengagumkan di planet ini,” kata En. Ng.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14233

Pacific Prime Memperolehi Brokeraj Kumpulan CXA Untuk Menjadi Broker Faedah Pekerja Ke-3 Terbesar Di Singapura Dan Hong Kong

 SINGAPURA, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Brokeraj insurans global Pacific Prime telah mengukuhkan kehadiran mereka di Asia Pasifik dengan memperoleh cabang brokeraj Hong Kong dan Singapura bagi Kumpulan CXA, sebuah syarikat teknologi insurans atau insurtech yang telah keluar daripada sektor ini untuk memberi tumpuan kepada perniagaan SaaS perusahaan yang berasaskan awan. Perjanjian bagi pemerolehan itu telah diadakan pada 4 Februari, 2021.


Perniagaan insurtech CXA disokong oleh HSBC, Singtel Innov8, cabang pelaburan Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura EDBI dan B Capital Group, firma usaha niaga bagi pengasas bersama Facebook Eduardo Saverin.

Pemerolehan bagi cabang brokeraj Kumpulan CXA di Hong Kong dan Singapura adalah satu kejayaan, oleh kerana Pacific Prime berusaha untuk terus berkembang di rantau Asia Pasifik dan di peringkat global. Pemerolehan itu memberikan Pacific Prime dengan teknologi untuk menawarkan penyelesaian kelenturan sepenuhnya dan kelenturan dipermudahkan kepada semua pelanggan mereka di seluruh dunia.

Neil Raymond, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pacific Prime, menyambut baik langkah ini: “Kumpulan CXA mempunyai kepakaran yang dapat kami manfaatkan, terutamanya dalam menggunakan teknologi untuk mengubah landskap faedah pekerja. Saya percaya ini menjadikan kami sebagai broker faedah pekerja ketiga terbesar di Singapura dan Hong Kong setelah penggabungan Aon-WTW dan Mercer-JLT. Pemerolehan ini mendorong kami ke arah objektif jangka panjang kami untuk menjadi pakar faedah pekerja global yang terkemuka.”

Rosaline Chow Koo, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan CXA, berkata: “Kami yakin dapat meninggalkan cabang brokeraj Hong Kong dan Singapura kami dengan Pacific Prime, kerana kami berkongsi komitmen yang sama untuk didorong oleh teknologi.”

Dari segi sejarah, Pacific Prime telah membina kesemua syarikat insurtech mereka sendiri secara dalaman; 15% daripada 600 kakitangan mereka adalah bertumpukan kepada IT. Pendekatan insurtech ini sebahagian besarnya bertanggung jawab untuk pertumbuhan Pacific Prime sejak dekad yang lalu. Teknologi yang diperolehnya sebagai sebahagian daripada perjanjian CXA itu sangat melengkapkan teknologi dalaman Pacific Prime, dan akan membolehkan Pacific Prime untuk menawarkan penyelesaian kelenturan faedah pekerja kepada syarikat multinasional yang besar, dan juga PKS yang lebih kecil.

Pemerolehan itu akan membantu meningkatkan faedah pekerja dan teknologi pampasan bagi Pacific Prime, yang membolehkan pasukan-pasukan Sumber Manusia global untuk memudahkan pelan pentadbiran merentasi pelbagai bidang kuasa dan memanfaatkan wawasan yang bernilai dari data, serta menyelaraskan pengurusan jumlah ganjaran.

Maklumat mengenai Pacific Prime

Pacific Prime adalah sebuah pemimpin dunia di dalam ruang insurans korporat dan faedah pekerja, dengan beroperasi di 10 lokasi di seluruh dunia. Brokeraj itu mempunyai satu pendekatan unik kepada pembrokeran faedah pekerja, membangunkan teknologi untuk menyokong pelanggan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pacific Prime, sila layari: https://www.pacificprime.com/corporate.

Maklumat mengenai Kumpulan CXA

Kumpulan CXA adalah platform telahan dan kecerdasan data sehenti di Asia. Beribu pejabat di Singapura, syarikat permulaan insurtech ini didedikasikan untuk menggalakkan pilihan kesihatan, kekayaan, dan kesejahteraan yang lebih baik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CXA, sila layari https://www.cxagroup.com/.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14239