Friday, February 19, 2021

SOPHI.IO DINAMAKAN RAKAN KERJASAMA TEKNOLOGI YANG DITAMPILKAN WORDPRESS VIP

 TORONTO, 19 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- WordPress VIP, pembekal utama WordPress perusahaan, telah menambahkan Sophi.io, sebuah sistem kepintaran buatan oleh The Globe and Mail, kepada program Technology Partnership yang berprestijnya. Sophi menyertai sekumpulan kecil syarikat teknologi perusahaan yang berkhidmat untuk pelanggan VIP dan merupakan rakan kerjasama pertama untuk menyediakan pilihan kandungan automatik dikuasakan AI selain analisis ramalan dan penyelesaian penyekatan berbayar mereka.


“Kami teruja untuk mengalu-alukan Sophi kepada penyepaduan ekosistem perusahaan yang semakin berkembang yang tersedia kepada pelanggan WordPress VIP,” kata Nick Gernert, CEO WordPress VIP. “Kandungan ialah nadi pertumbuhan perusahaan dan rakan kerjasama kami ialah pemain utama yang membolehkan penerbit dan pemasar mencipta pengalaman pelanggan yang bermakna dengan alat penceritaan yang berkesan.”

WordPress VIP menyediakan platform awan WordPress yang diurus sepenuhnya untuk skala, keselamatan, prestasi dan kefleksibelan, selain panduan akhir-ke-akhir dan sokongan secara langsung. Beberapa pelanggan perusahaan mereka antara lain termasuklah Capgemini, Facebook, Microsoft, dan News Corp. 

Greg Doufas, CTO di The Globe and Mail, berkata “Kami teruja untuk membawa Sophi kepada semua pengguna WordPress VIP. Penerbit kandungan adalah sebab Sophi dibangunkan. Kerjasama ini akan membolehkan Sophi mengubah cara penerbit kandungan melakukan perniagaan dan cara pembaca mereka disediakan kandungan mereka yang paling berharga - tempat dan cara mereka paling reseptif terhadapnya. Kami menanti-nantikan hubungan yang kukuh dengan WordPress VIP.”

Suit penyelesaian Sophi yang memenangi anugerah telah dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal penting yang mentransformasi perniagaan mereka. Suit penyelesaian ini mengandungi alat dikuasakan ML dan NLP yang merangkumi Sophi Automation untuk pemilihan kandungan, dalam penyusunan kandungan, Sophi for Paywalls dan Sophi Analytics – sistem sokongan keputusan untuk penerbit.

Kriteria utama untuk rakan kerjasama teknologi merangkumi kepakaran produk yang jelas dan strategi pasaran yang inovatif. VIP menyaring setiap rakan kerjasama untuk mengenal pasti syarikat dengan rekod prestasi yang terbukti dan pelaksanaan yang memandang ke hadapan bagi penyepaduan WordPress pada skala.

Untuk maklumat lanjut tentang kerjasama Sophi dengan WordPress VIP, sila lawati https://wpvip.com/partner/sophi.

Perihal Sophi.io

Sophi.io (https://www.sophi.io) telah dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Sophi.io merupakan suit alat dikuasakan AI yang merangkumi Sophi Automation dan Sophi for Paywalls, serta Sophi Analytics sistem sokongan keputusan untuk penerbit kandungan. Sophi direka bentuk untuk meningkatkan metrik yang paling penting untuk perniagaan anda, seperti pengekalan dan pemerolehan, keterlibatan, kekinian, kekerapan dan volum pelanggan. Sophi juga menguasakan peletakan reka letak surat khabar bercetak dan surat khabar elektronik.

Perihal WordPress VIP

WordPress VIP ialah pembekal utama bagi WordPress perusahaan. Platform VIP menyediakan platform pemasaran digital gred perusahaan dan penerbitan dengan WordPress pada terasnya. VIP menyokong platform pemasaran digital utama bagi sesetengah jenama terkenal, termasuk Capgemini, Hachette Book Group, dan Facebook. Klien penerbitan digital kami meliputi landskap media, daripada outlet yang terfokus seperti Quartz, TechCrunch, dan FiveThirtyEight kepada beberapa penerbit dan laman terbesar di dunia seperti News Corp, Rolling Stone, dan Abril. 

Dengan kuasa, kefleksibelan, dan saling kendali yang tiada tandingan, WordPress adalah penyelesaian pengalaman digital terbaik pada skala. Bersama sokongan pakar VIP, infrastruktur terbaik dalam kelasnya dan rangkaian rakan kerjasama yang luar biasa, ini merupakan gabungan yang tiada tandingan.


Orang Hubungan Media
 
Jamie Rubenovitch
Ketua Pemasaran, Sophi.io,
The Globe and Mail
jrubenovitch@globeandmail.com 

SUMBER : The Globe and Mail

Thursday, February 18, 2021

LITHIUM WERKS MELANTIK JACK PERKOWSKI KEPADA LEMBAGA PENGARAH SEBAGAI PENGARAH BUKAN EKSEKUTIF

AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 18 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks BV berbangga untuk mengumumkan pelantikan Jack Perkowski sebagai pengarah bukan eksekutif kepada Lembaga Pengarah Lithium Werks. Perkowski menyertai para pengasas T. Joseph Fisher, III dan Christian R. Ringvold sebagai pengarah syarikat.

Perkowski membawakan limpahan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang strategi korporat, mengumpul modal dan menghimpunkan pasukan pengurusan.

Perkowski mengasaskan ASIMCO Technologies pada tahun 1994 dan daripada 1994 hingga 2008, berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ASIMCO dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Di bawah kepimpinan Perkowski, ASIMCO menjadi salah satu pemain terpenting dalam industri komponen automotif China dan memperoleh reputasi untuk membangunkan pengurusan tempatan dan menyepadukan pelbagai operasi yang berpangkalan di China ke dalam ekonomi global.

Pada tahun 2009, Perkowski mengasaskan JFP Holdings, sebuah firma perbankan pedagang yang berfokus di China; yang kini beliau berperanan sebagai Pengerusi. JFP Holdings ditubuhkan untuk membantu untuk menyepadukan pembekal teknologi dan pengetahuan terhebat dunia dengan ekonomi China yang berkembang pesat dengan membantu syarikat asing memperoleh akses kepada pasaran China dan membantu syarikat domestik membangunkan jejak global.

Perkowski juga berkhidmat dalam Majlis Penasihat China Magna International Inc., salah satu pembekal auto terbesar di dunia; Lembaga Penasihat untuk Center for Emerging Markets di Universiti Northeastern; Lembaga International Advisory Board of Management and Economics (IABME) di Tianjin University di China; dan sebagai ahli Lembaga Pengarah untuk ADOMANI, Inc., sebuah syarikat kenderaan elektrik yang didagangkan secara umum.

Dikenali secara meluas sebagai pakar menjalankan perniagaan di China, Perkowski merupakan pengarang Managing the Dragon: How I’m Building a Billion Dollar Business in China. Perkowski ialah pengucap dan pengulas kerap tentang subjek berkaitan China di media siaran.

“Kami teruja untuk mengalu-alukan Jack ke Lembaga kami. Kenalan antarabangsa dan kepintaran perniagaan global beliau merupakan manfaat yang besar kepada Lithium Werks sementara kami terus mengembangkan dan meluaskan kehadiran antarabangsa kita,” ulas T. Joseph Fisher, III, yang merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Lithium Werks memiliki portfolio paling menyeluruh di dunia bagi bahan, sel, paten dan produk LFP yang merupakan harta intelek bagi Ferum Fosfat Litium.  Lithium Werks beroperasi di China, Eropah dan Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.lithiumwerks.com.

Maklumat Hubungan:
lwmarketing@lithiumwerks.com

SUMBER: Lithium Werks

--BERNAMA

 

YAMAHA MELANCARKAN PROJEK DEMONSTRASI BAGI LAWATAN PEMANDANGAN DALAM TALIAN DI JEPUN

HAMAMATSU, Jepun, 17 Feb., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
- Aplikasi Panduan Audio Pelbagai Bahasa Juga Diuji untuk Kesesuaian oleh Bakal-bakal Pelancong ke Kemudahan di Jepun -
 
Yamaha Corporation telah membangunkan program “Jelajah Video” dan “Jelajah Jarak Jauh” dalam talian, yang mana kedua-duanya membolehkan orang ramai untuk menikmati pemandangan ke tempat-tempat menarik di Jepun secara jarak jauh dan selamat dari rumah mereka. Syarikat itu telah mengadakan satu projek demonstrasi untuk lawatan dalam talian pada Februari. Tambahan pula, demonstrasi bagi aplikasi “Panduan Audio/Panduan Penjelasan” baharu itu (*), yang boleh digunakan secara selamat untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di muzium dan di tempat lain, akan juga dilakukan sebagai persiapan untuk penyambungan semula perjalanan pelancong dari negara luar ke Jepun.
 
Projek demonstrasi itu dijalankan sebagai sebahagian daripada projek untuk memperkukuhkan keuntungan bagi seni dan budaya pada penghantaran dari Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, berkaitan dengan Projek Strategik agensi itu untuk Mewujudkan Budaya dan Seni bagi tahun fiskal 2020.
 
Butiran bagi projek agensi itu boleh didapati di laman web khas mereka:
https://bunka-syueki.jp/
 
Nota:
(*) Demonstrasi bagi aplikasi “Panduan Audio/Panduan Penjelasan” dijalankan bersama dengan mereka yang menetap di Jepun. Selepas demonstrasi itu, Yamaha akan mempertimbangkan untuk menjadikan aplikasi tersebut boleh digunakan di kemudahan lain termasuk di luar Jepun.
 
Imej 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M100577/202102090790/_prw_PI1fl_sc4Zm46k.png

 
 
Gambaran Keseluruhan
1. “Jelajah Video/Jelajah Jarak Jauh” untuk dinikmati oleh sesiapa sahaja dari rumah
Yamaha menawarkan dua jenis jelajah yang boleh dilakukan untuk melawat ke tempat-tempat menarik dari rumah tanpa perlu keluar. “Jelajah Video” memungkinkan untuk menikmati lawatan ke pelbagai lokasi dalam video dengan sari kata berbilang bahasa dan beberapa fungsi interaktif. “Jelajah Jarak Jauh” membolehkan orang ramai untuk menikmati perjalanan di Jepun melalui video tepat masa. Tambahan pula, peserta boleh menghantar tepukan dan sorakan ke tempat-tempat yang dikunjungi dan/atau mengirim petua kepada mereka hanya dengan mengetuk butang pada telefon pintar mereka sambil menikmati “Jelajah Jarak Jauh.” Fungsi ini dikuasakan oleh teknologi asal Yamaha “Remote Cheerer.” Seseorang boleh mengambil bahagian di dalam kedua-dua jenis lawatan itu melalui aplikasi “PANDUAN OMOTENASHI.”
 
Contoh bagi “Jelajah Video” dan “Jelajah Jarak Jauh” (untuk tujuan ilustrasi sahaja):
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M100577/202102090790/_prw_PI2fl_qxOaiAC2.png

 

2. “Panduan Audio/Panduan Penjelasan” pelbagai bahasa untuk digunakan di titik tempat
Yamaha akan juga menjalankan demonstrasi (*) bagi “Panduan Audio/Panduan Penjelasan” baharu mereka, yang boleh digunakan dengan selamat untuk mengelakkan daripada risiko jangkitan COVID-19 di muzium dan di tempat lain. Menyediakan panduan audio melalui telefon pintar pelawat membantu mengurangkan hubungan fizikal, yang boleh disebabkan oleh perkongsian peranti khusus yang disewa, dan juga hubungan rapat di antara pengunjung yang sebaliknya mungkin dapat dibuat sekiranya panduan itu memberikan mereka penjelasan vokal berhampiran. Fungsi ini boleh digunakan dengan melancarkan aplikasi “PANDUAN OMOTENASHI” di setiap kemudahan.
 
(*) Sila rujuk kepada nota sebelum ini.
 
Imej 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M100577/202102090790/_prw_PI3fl_gjG6SN48.png

 
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut:
 
PANDUAN OMOTENASHI dikuasakan oleh SoundUD:
http://omotenashiguide.jp/en/
 
Remote Cheerer dikuasakan oleh SoundUD:
https://soundud.org/en/serviceinfo/remote-cheering
-system-remote-cheerer-powered-by-soundud-beta/

 
 
Laman web khas projek demonstrasi itu: https://bunka-syueki.jp/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14261

PLATFORM PENGURUSAN DATA GENERASI SETERUSNYA SOLIDATUS MENGUMPUL £14 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SIRI A






• Solidatus dengan pantas menyampaikan satu pandangan 360 yang dipercayai mengenai aliran data sesebuah organisasi, yang memungkinkan pengurusan data yang berwawasan, lestari dan yang memberi impak 
• Solidatus telah mengumpulkan £14 juta dalam pembiayaan Siri A dari satu tahun yang berjaya yang menyaksikan ia menggandakan dalam saiz, empat kali ganda dalam pendapatan, dan meningkatkan pengembangan ke dalam pasaran termasuk Amerika Syarikat dan Asia

• Dana perusahaan B2B AlbionVC mengetuai pusingan itu, yang turut termasuk dua pelanggan perusahaan global Solidatus, HSBC dan Citi

LONDON, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) — Solidatus, syarikat pengurusan data garis keturunan dan metadata yang telah memenangi  anugerah, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan £14 juta (lebih $19.2 juta) di dalam pembiayaan Siri A untuk mengubah cara bagaimana organisasi melihat, memahami dan menguruskan data. AlbionVC mengetuai pusingan itu, yang turut termasuk HSBC Ventures, dan Citi, dua buah pelanggan perusahaan global Solidatus. Urus janji itu diketuai oleh Emil Gigov dan Jay Wilson dari AlbionVC dengan Jay Wilson menyertai Lembaga Pengarah Solidatus berikutan pelaburan tersebut.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210215005028/en/

Solidatus memberikan kuasa kepada organisasi untuk memeta, mengurus dan menjanakan aset utama mereka iaitu data dengan berkesan. Perniagaan merentasi seluruh dunia berurusan dengan titik data yang kompleks dan pendekatan garis keturunan yang pertama diperjuangkan oleh Solidatus menawarkan penjimatan kecekapan sehingga 90% berbanding dengan kaedah tradisional. Pelanggan, termasuk firma kewangan, farmaseutikal dan perunding global tempat teratas, menggunakan perisian itu untuk menggambarkan dan memahami harta data mereka, memanfaatkan keupayaan untuk mengesan data melalui perusahaan mereka bagi memacukan kecerdasan perniagaan, transformasi digital dan pematuhan kawal selia.

Tahun lalu menandakan tahun yang paling berjaya sehingga kini bagi syarikat itu, dengan menyaksikan Solidatus berkembang lebih dua kali ganda dalam saiz, empat kali ganda bagi pendapatan mereka dan pada masa yang sama mengekalkan keuntungan. Hasil daripada kejayaan ini, mereka juga menjadi satu-satunya peserta baharu kepada Gartner Magic Quadrant di dalam Pengurusan Metadata, satu daripada syarikat yang paling muda yang mencapai penempatan di dalam sejarah Quadrant. Syarikat itu telah berkembang kepada beberapa sektor baharu, termasuk aeroangkasa, pembuatan, telekomunikasi dan kerajaan, dan mempunyai empat daripada 10 Bank  Penting Secara Sistemik di peringkat Global (GSIB) di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat sebagai pelanggan. Sebagai tambahan, Solidatus telah dianugerahkan dengan Penyelesaian Tadbir Urus Data Terbaik oleh Data Management Insights, dan juga bergabung dengan RegTech 100.

Pelaburan Siri A itu menyaksikan rakan kongsi pertumbuhan, AlbionVC, dan rakan strategik, HSBC, bergabung dengan Citi untuk menyokong visi Solidatus bagi merevolusikan kejuruteraan data. Matlamatnya adalah untuk mempercepatkan pengembangan global mereka yang direncanakan, memperluaskannya ke wilayah baharu termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Asia, serta menyampaikan keupayaan pengurusan data yang terbaik di dalam kelasnya ke garis tegak industri baharu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14258

Wednesday, February 17, 2021

SPOTIFY MENGUMUMKAN PENAMBAHAN KEPADA LEMBAGA PENGARAH

 

Mona Sutphen (Foto: Business Wire)


NEW YORK, 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Spotify (NYSE: SPOT) hari ini mengumumkan bahawa Mona Sutphen akan menyertai Lembaga Pengarah Spotify pada April 2021, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham. Cik Sutphen adalah seorang penasihat ekuiti persendirian dan juga seorang pengasas bersama/penasihat bagi beberapa syarikat permulaan teknologi, dan merupakan seorang pegawai kanan Rumah Putih semasa Pentadbiran Obama.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14260

Monday, February 15, 2021

Unit Pam Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group Memperoleh Harta Intelek Untuk Mengeluarkan Penggerak Mekanikal Elektrik

TEMECULA, Calif., 11 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Clean Energy & Industrial Gases Group (CE&IG) dari Nikkiso Cryogenic Industries, sebuah subsidiari Nikkiso Co., Ltd (Jepun), mengumumkan Unit Pam mereka telah memperoleh harta intelek (IP) untuk mengeluarkan dan memasang penggerak mekanikal elektrik (EMA) dan panel kawalan yang berkaitan.

EMA berdaya tinggi digabungkan dengan pam salingan kriogenik menyingkirkan keperluan untuk kotak gear dan kotak engkol, yang memberikan reka letak padat untuk reka bentuk pam tenggelam menegak. EMA juga menyediakan kawalan sepenuhnya terhadap kelajuan dan kedudukan omboh pam salingan, membolehkan julat turndown yang lebih luas, operasi yang bebas pendenyutan untuk aturan berbilang unit, dan kebolehpercayaan yang ditingkatkan.

Pam gerakan EMA Unit Pam CE&IG telah berada dalam pelbagai fasa pengujian untuk empat tahun yang lepas termasuklah operasi sebenar dalam stesen mengisi hidrogen prototaip. Pam salingan gerakan EMA tersedia untuk penggunaan hidrogen yang memerlukan hingga 900 Barg tekanan discaj. Pam bekalan bahan api LNG tekanan tinggi untuk penggunaan industri marin akan tersedia di masa hadapan.

“Ini ialah langkah seterusnya yang menarik untuk Kumpulan kami dan manfaat yang ketara untuk pelanggan kami. CE&IG kini akan dapat mengilangkan pemasangan pam lengkap (daripada kepala kriogenik kepada unit pacuan) dan memberi pelanggan kami penyelesaian disokong kilang yang lengkap,” menurut Peter Wagner, CEO Cryogenic Industries dan Presiden Kumpulan.

Dengan pemerolehan IP, Unit Pam CE&IG akan mengeluarkan dan memasang EMA di kilang ACD Nikkiso di Santa Ana, California.

PERIHAL CRYOGENIC INDUSTRIES
Syarikat ahli Cryogenic Industries, Inc. (kini sebahagian daripada Nikkiso Co., Ltd.) mengeluarkan peralatan pemprosesan gas kriogenik dijuruterakan dan loji proses berskala kecil untuk gas semula jadi cecair (LNG), perkhidmatan telaga dan industri gas perindustrian. Diasaskan lebih 50 tahun yang lalu, Cryogenic Industries ialah syarikat induk ACD, Cosmodyne dan Cryoquip, dan kumpulan yang dikawal secara umum bagi kira-kira 20 entiti pengendalian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cryoind.com dan www.nikkiso.com.

ORANG HUBUNGAN MEDIA:
Anna Quigley
+1.951.383.3314
aquigley@cryoind.com

SUMBER: Cryogenic Industries

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14253

LESEN UNTUK TEKNOLOGI PENJANAAN GELEMBUNG HALUS TECH CORPORATION DIJUAL DI AS, CHINA, ASIA TENGGARA, TEMPAT-TEMPAT LAIN SEJAK 1 FEBRUARI 2021

HIROSHIMA, Jepun, 15 Feb, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

TECH CORPORATION Co., Ltd. (selanjutnya disebut sebagai "TECH CORPORATION"), sebuah syarikat pemaju dan pengeluar peralatan berkaitan persekitaran dan kebersihan yang berpusat di Hiroshima, Jepun, mengumumkan pada 4 Februari bahawa ia menjual hak untuk melesenkan paten antarabangsa  untuk teknologi penjanaan gelembung halus milik syarikat itu pada 1 Februari 2021, di dalam dan luar negara, termasuk di Amerika Syarikat, China dan negara-negara Asia Tenggara.

Gelembung halus adalah gelembung yang lebih kecil daripada 100 mikrometer yang terapung di dalam air. Gelembung halus mempunyai kesan pembersihan, mendorong pertumbuhan tanaman, pensterilan dan penembusan, dan berkesan untuk mengekalkan kesegaran. Ia dijangka dapat digunakan dalam pelbagai bidang seperti pemeliharaan alam sekitar, pertanian, perikanan, pemprosesan makanan, penjagaan kesihatan, dan kecantikan.

TECH CORPORATION mempunyai hak paten di Jepun dan luar negara untuk teknologi menghasilkan "gelembung ultra halus" kurang dari 1 mikrometer. Lebih-lebih lagi, syarikat ini mempunyai hak untuk menghasilkan "air elektrolisis gelembung halus" yang dijangkakan mempunyai kesan pensterilan dan pembersihan. TECH CORPORATION akan menjual lesen patennya kepada syarikat-syarikat  domestik dan luar negara yang mahu menghasilkan produk dan mengembangkan aplikasi menggunakan teknologi ini.

Maklumat berkaitan dengan gelembung halus TECH CORPORATION:
http://www.techcorporation.co.jp/english/product/nano/pro11_index.html

Negara sasaran dan pendaftaran paten:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106379/202101270238/_prw_PI1fl_dz59I140.png


Terdapat banyak lagi negara berdaftar lain selain di atas. Untuk sebarang pertanyaan mengenai butiran, sila hubungi TECH CORPORATION.
 
Sumber: TECH CORPORATION Co., Ltd.

--BERNAMA

LESEN UNTUK TEKNOLOGI PENJANAAN GELEMBUNG HALUS TECH CORPORATION DIJUAL DI AS, CHINA, ASIA TENGGARA, TEMPAT-TEMPAT LAIN SEJAK 1 FEBRUARI 2021