Wednesday, March 10, 2021

KEMENTERIAN BAGI ALAM SEKITAR AKAN MENGADAKAN PAMERAN ALAM SEKITAR DALAM TALIAN

TOKYO, 10 Mac, 2021/Kyodo JBN, AsiaNet/--

Pada 3 hingga 23 Mac, 2021, Kementerian bagi Alam Sekitar akan mengadakan “Pavilion Jepun Maya – Inovasi bagi sifar-bersih 2050,” sebuah pameran dalam talian yang berkongsi kekuatan dan inisiatif teknologi alam sekitar Jepun dengan orang ramai di Jepun dan di seluruh dunia.

Akses URL di bawah untuk menghadiri Pavilion Jepun Maya itu.  
https://cluster.mu/e/e6f530e4-610a-4cd9-b254-e9f222c10550

Pada Oktober 2020, Perdana Menteri SUGA Yoshihide telah mengisytiharkan bahawa Jepun akan mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada sifar-bersih menjelang tahun 2050, iaitu untuk merealisasikan sebuah masyarakat yang nyahkarbon dan karbon neutral. Untuk mencapai sebuah masyarakat seperti itu, inovasi teknologi diperlukan di dalam setiap aspek. Pameran di pavilion ini menerangkan beberapa daripada teknologi dan inisiatif terkini oleh syarikat-syarikat yang berusaha untuk menghasilkan inovasi yang akan menyahkarbonkan Jepun.

*Beberapa persidangan antarabangsa yang berkaitan dengan perubahan iklim telah dirancang untuk Mac, termasuk Seminar Asia Pasifik mengenai Perubahan Iklim, Forum Antarabangsa Bandar Raya Sifar Karbon, dan Forum Penyesuaian Perubahan Iklim Asia Pasifik. Matlamat bagi pavilion itu adalah untuk mengambil peluang ini bagi berkongsi maklumat mengenai teknologi dan usaha perubahan iklim Jepun.

*Pameran ini bertujuan sebagai persiapan teknikal dan ujian perintis bagi pavilion maya yang akan diadakan pada Persidangan Perubahan Iklim PBB ke-26 (COP26).

KEMENTERIAN BAGI ALAM SEKITAR AKAN MENGADAKAN PAMERAN ALAM SEKITAR DALAM TALIAN

Tuesday, March 9, 2021

ZYNGA BEKERJASAMA DENGAN GIRLS WHO CODE UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN KESEDARAN DAN SOKONGAN BAGI WANITA DALAM BIDANG TEKNOLOGI

Zynga bergandingan dengan Girls Who Code untuk Membantu Meningkatkan Kesedaran dan Sokongan bagi Wanita dalam bidang Teknologi (Grafik: Business Wire)


Zynga menggesa rangkaian global pemain mereka, melancarkan cabaran dalam permainan dan menetapkan inisiatif syarikat menerusi Women at Zynga (WaZ) untuk menyokong Hari Wanita Antarabangsa 2021

SAN FRANCISCO, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan Girls Who Code untuk menyokong Hari Wanita Antaraban gsa 2021. Dengan satu misi untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan untuk wanita dalam bidang teknologi, Zynga telah menjanjikan $100,000 daripada Tabung Impak Sosial mereka bagi membolehkan Girls Who Code (GWC) untuk menyokong gadis-gadis di semua peringkat sepanjang perjalanan pendidikan mereka dari gred 3 sehingga memasuki tenaga kerja.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210308005082/en/

GWC adalah sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan antarabangsa yang didedikasikan untuk merapatkan jurang jantina dalam bidang teknologi. Organisasi itu telah menjangkau kepada lebih 300,000 gadis di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, dan India; 50 peratus daripada gadis yang dilayan adalah berkulit hitam, Latinx, atau dari latar belakang berpendapatan rendah. Melalui program Kelab percuma mereka, GWC menjangkau kepada wanita muda di detik paling kritikal di dalam proses itu, dengan melengkapkan mereka untuk menggunakan Sains Komputer bagi memberi impak kepada komuniti mereka dan menyediakan sebuah  perkumpulan wanita yang terdiri daripada rakan sebaya dan mentor yang menyokong untuk membantu mereka terus bertahan dan berjaya.

ZYNGA BEKERJASAMA DENGAN GIRLS WHO CODE UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN KESEDARAN DAN SOKONGAN BAGI WANITA DALAM BIDANG TEKNOLOGI

KENYATAAN MENGENAI HARI WANITA ANTARABANGSA 2021 OLEH JULIA SIMON, KETUA PEGAWAI UNDANG-UNDANG DAN KEPELBAGAIAN BAGI MARY KAY INC.

 


Table

Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian (Foto: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berikut adalah satu kenyataan oleh Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian, Mary Kay Inc., sempena Hari Wanita Antarabangsa 2021.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210308005888/en/

Memberi kuasa kepada wanita akan memperkasakan wanita. Keyakinan ini berfungsi sebagai asas di mana semua kerja, secara dalaman dan luaran, terletak di Mary Kay Inc. Mantra ini memberi inspirasi kepada usaha Mary Kay yang tidak mengenal penat untuk mengambil dan menaikkan pangkat wanita di dalam kedudukan kepimpinan, menyokong Prinsip Pemerkasaan Wanita yang diwujudkan oleh Wanita PBB dan PBB Global Compact, dan membangunkan peluang-peluang keusahawanan dan ekonomi untuk meningkatkan penyertaan wanita dan memerangi bias gender di mana sahaja. Sekiranya kita mengangkat satu, kita mengangkat semua. Pada Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2021, mesej itu berdering terutamanya memilukan.

Tema bagi IWD untuk tahun ini adalah “Wanita dalam kepimpinan: Mencapai suatu masa depan yang sama rata dalam sebuah dunia COVID-19.” Walaupun saya selalu ingin menggalakkan rakan sejawatan kita di sektor swasta dan awam untuk mengangkatkan suara wanita, adalah sama pentingnya untuk mencabar diri kita sendiri seperti kita mencabar orang lain. Pada tahun 2019, Mary Kay telah melancarkan perkongsian dengan enam agensi PBB, Women’s Entrepreneurship Accelerator, satu inisiatif strategik yang direka untuk memberi inspirasi, mendidik, dan memperkasakan usahawan wanita di seluruh dunia. Misi kami adalah untuk menghapuskan halangan terhadap kebebasan ekonomi bagi kebanyakan wanita di kawasan yang terabai sepanjang sepuluh tahun akan datang. Harapan kami adalah, sebagai gantinya, teladan mereka sebagai pemimpin akan memperkasakan generasi anak gadis seterusnya.

Hari ini dan pada setiap hari, kita harus berusaha untuk mencapai masa depan yang sama rata. Sebuah dunia yang bebas daripada keganasan, bias gender dan diskriminasi. Wanita tidak sabar. #IWD2021 #KesamaanGenerasi

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 57 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210308005888/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

MEGAZONECLOUD DAN HYUNDAI MOTOR COMPANY MELANCARKAN PLATFORM PERKHIDMATAN MEDIA BAHARU DI AWAN UNTUK MENYAMPAIKAN PENGALAMAN DIGITAL BAHARU BAGI PELANGGAN GLOBAL

SEOUL, Korea Selatan, 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MegazoneCloud, sebuah penyedia perkhidmatan terurus awan terkemuka yang berpangkalan di Korea Selatan, telah mengumumkan satu kerjasama dengan Hyundai Motor Company (KRX: 005380) untuk melancarkan sebuah platform perkhidmatan media baharu ‘Saluran Hyundai’ bagi menyediakan satu pengalaman pelanggan digital dan saluran komunikasi baharu di tengah-tengah pandemik global.

Sebelum ini, pada 15 September lalu, Hyundai Motor Company telah melancarkan Saluran Hyundai, yang merupakan satu aplikasi interaktif untuk TV pintar yang menampilkan kandungan multimedia yang membolehkan pelanggan untuk mengalami jenama itu melalui sebuah antara muka digital. Aplikasi itu menyediakan tiga kategori — Secara Langsung, TV dan Model dengan lebih banyak ciri-ciri yang akan ditambah pada masa akan datang. Saluran Hyundai telah menyediakan penstriman langsung untuk tayangan perdana bagi Hyundai Tucson 2021 yang serba baharu dan pelancaran Sel Bahan Bakar XCIENT, trak tugas berat sel bahan bakar pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di dunia pada 14 Oktober, 2020. Dengan saluran ini, Hyundai Motor akan dapat menyampaikan beratus-ratus kandungan video berjenama berkualiti tinggi yang meningkatkan pengalaman digital kepada pelanggan di seluruh dunia.

Sejak awal lagi, Hyundai Motor mereka bentuk Saluran Hyundai sebagai sebuah kerangka yang dioptimumkan untuk awan dan beralih dari platform media legasi dan bergandingan dengan MegazoneCloud, yang menyediakan kepakaran di dalam kedua-dua perkhidmatan media awan dan digital. Kedua-dua pasukan itu mengurangkan dengan ketara masa ke pasaran dan menyampaikan sebuah perkhidmatan pelbagai platform yang dapat mengalirkan kandungan dinamik kepada sejumlah penonton global yang semakin meningkat.

“Saluran Hyundai telah direka di awan untuk menyampaikan satu pengalaman digital yang lancar dan mendalam mengenai kenderaan dan kandungan kami kepada pelanggan global kami. MegazoneCloud telah membantu kami membina dengan jayanya platform ini daripada reka bentuk awal sehingga kepada pelaksanaan,” kata seorang wakil Hyundai Motor.

“Perniagaan di seluruh dunia diminta untuk menggunakan perkhidmatan video untuk mengubah pengalaman pelanggan di dalam penjualan, pemasaran, latihan dan banyak bidang bagi operasi perniagaan,” kata Willy Cho, Ketua Pegawai Eksekutif bagi MegazoneCloud. “Kami sangat gembira untuk membantu Hyundai Motor Company untuk melancarkan sebuah platform perkhidmatan penstriman video global di AWS dengan garis masa pelancaran perkhidmatan yang dapat dikurangkan dengan ketara dan peningkatan nilai kepada pelanggan global.”

MegazoneCloud sedang mempercepatkan pengembangan mereka ke pasaran Asia seperti Jepun, Hong Kong dan Vietnam, dengan didorong oleh kejayaan mereka baru-baru ini dalam mengumpulkan $122 juta pembiayaan Siri B. Syarikat itu menyediakan perkhidmatan perundingan media digital dan sebuah platform pengurusan video berasaskan awan, CloudPlex Media, untuk membantu pelanggan membolehkan keupayaan penglibatan pelanggan digital baharu yang semakin popular semasa pandemik COVID-19 itu.

Maklumat mengenai MegazoneCloud

MegazoneCloud, yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan telah memulakan perniagaan mereka di Hong Kong. MegazoneCloud memperkasakan pelanggan dengan teknologi yang mengoptimumkan awan, pengguna, dan proses dengan menyediakan perkhidmatan perundingan dan penyelesaian teknologi bagi penerimaan awan perniagaan dan transformasi digital berasaskan kepada satu perkongsian yang kukuh dengan Amazon Web Services (AWS) dan lebih 100 rakan teknologi global. Dengan pelbagai kes penggunaan dari migrasi awan yang mudah kepada projek penggunaan yang paling kompleks, MegazoneCloud diyakini oleh lebih 3,000 pelanggan, dari syarikat permulaan kepada perusahaan besar termasuk Samsung, LG, dan Kumpulan Lotte. Lebih-lebih lagi, kepakaran teknikal yang mendalam dan bertahun-tahun pengalaman bekerja dengan pelanggan dengan saiz dan industri yang berbeza membuktikan bahawa MegazoneCloud adalah rakan perundingan utama terbesar bagi AWS di Asia Pasifik. Di luar Korea, MegazoneCloud sedang memperluaskan perniagaan ke pasaran global di Palo Alto, Tokyo, Shanghai, Hanoi dan Hong Kong. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari  www.megazone.com/us/.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14327

Saturday, March 6, 2021

MONDE NISSIN MEMFAILKAN PERMOHONAN PENDAFTARAN DENGAN SEC FILIPINA UNTUK TAWARAN AWAM PERMULAAN

BUKAN UNTUK PENERBITAN ATAU PENGEDARAN DI AMERIKA SYARIKAT, KAWASAN EKONOMI EROPAH, UNITED KINGDOM, KANADA, JEPUN, DAN AUSTRALIA

BANDAR RAYA MAKATI, Filipina, 5 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Monde Nissin Corporation (“Monde Nissin”) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah memfailkan satu kenyataan pendaftaran dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Filipina yang berkaitan kepada satu cadangan tawaran awam permulaan bagi Saham Biasa (“Tawaran” itu) mereka. Monde Nissin merancang untuk menerbitkan sehingga 3,600,000,000 saham, dengan satu harga sehingga Php17.50 bagi setiap saham. Satu jumlah maksimum bagi hasil kasar sebanyak Php63 bilion mungkin dijangkakan daripada Tawaran itu, tidak termasuk hasil daripada pelaksanaan bagi satu opsyen terlebih penguntukan sehingga 15% daripada 3,600,000,000 saham yang ditawarkan. Lazimnya, diskaun dan komisen penaja jamin, dan perbelanjaan penawaran lain yang perlu dibayar oleh Monde Nissin dijangka akan dipotong daripada hasil kasar bagi Tawaran itu. Hasil bersih yang terhasil adalah bermaksud untuk digunakan bagi pengembangan dan peningkatan bagi keupayaan pengeluaran dan teknologi mereka, termasuk perniagaan mereka di United Kingdom dan pasaran utama yang lain. Masa bagi Tawaran itu, harga tawaran akhir, jumlah akhir bagi saham tawaran, dan penguntukan bagi hasil itu akan bergantung pada keadaan pasaran, keadaan di sekitar Tawaran tersebut, dan akan tertakluk kepada mendapatkan kelulusan kawal selia yang diperlukan.

UBS AG Cawangan Singapura akan bertindak sebagai Penyelaras Global Bersama Kiri Utama dan Citigroup Global Markets Limited, Credit Suisse (Singapura) Limited dan J.P. Morgan Securities plc akan berperanan sebagai Penyelaras Global Bersama untuk penawaran yang dicadangkan itu. BDO Capital & Investment Corporation, BPI Capital Corporation dan First Metro Investment Corporation akan menjadi Penaja Jamin Utama Tempatan.

Satu draf bagi pekeliling penawaran awal telah difailkan dengan kenyataan pendaftaran itu untuk disemak dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Filipina dan Bursa Saham Filipina. Satu salinan bagi draf pekeliling penawaran awal itu pada Tawaran itu boleh didapati di laman web Monde Nissin di www.mondenissin.com.

Satu kenyataan pendaftaran yang berkaitan dengan sekuriti ini telah difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Filipina tetapi belum lagi dikuatkuasakan. Sekuriti ini tidak boleh dijual, atau tawaran untuk membeli tidak boleh diterima, sebelum kenyataan pendaftaran itu berkuatkuasa. Siaran akhbar ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli, dan juga tidak akan ada penjualan bagi sekuriti ini di mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan tersebut akan menjadi tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti tersebut bagi mana-mana bidang kuasa tersebut.

Komunikasi ini bukan untuk pengedaran, secara langsung atau tidak langsung, di atau ke Amerika Syarikat (termasuk wilayah dan pemilikan, mana-mana Negeri di Amerika Syarikat dan Daerah Columbia). Komunikasi ini bukan merupakan satu tawaran dan bukan merupakan sebahagian daripada mana-mana tawaran sekuriti untuk dijual di Amerika Syarikat atau di tempat lain. Sekuriti yang dirujuk di sini belum dan tidak akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti Amerika Syarikat tahun 1933 (Akta Sekuriti), atau dengan mana-mana pihak berkuasa kawal selia sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa lain di Amerika Syarikat, dan tidak boleh ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat kecuali menurut kepada satu pengecualian dari, atau di dalam satu urus niaga yang tidak tertakluk kepada, syarat-syarat pendaftaran bagi Akta Sekuriti. Tidak ada wang, sekuriti atau pertimbangan lain diminta oleh komunikasi ini atau maklumat yang terkandung di sini dan, jika dihantar sebagai tindak balas kepada komunikasi ini atau maklumat yang terkandung di sini, tidak akan diterima.

Maklumat mengenai Monde Nissin

Monde Nissin Corporation adalah sebuah syarikat makanan dan minuman global yang beribu pejabat di Filipina, dengan sebuah portfolio bagi jenama ikonik dan terkemuka di pasaran merentasi kategori yang pesat berkembang, termasuk mi Lucky Me!, biskut tawar SkyFlakes, biskut tawar Fita, makanan bakar Monde dan produk alternatif daging Quorn. Syarikat itu berhasrat untuk meningkatkan kesejahteraan manusia sejagat dan planet itu, dan mewujudkan penyelesaian yang lestari untuk keselamatan makanan. Aspirasi itu digambarkan di dalam komitmen kami untuk terus meningkatkan produk kami bagi menjadikannya lebih sedap, berkhasiat, dan lebih baik bagi planet itu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mondenissin.com.

Maklumat mengenai Quorn

Quorn Foods adalah sebuah peneraju pasaran dunia di dalam protein yang sihat dan lestari. Beribu pejabat di Stokesley, North Yorkshire di United Kingdom, syarikat itu menawarkan pelbagai jenis produk yang berasa sedap untuk menarik minat kumpulan manusia yang berkembang pesat yang ingin mengurangkan penggunaan daging mereka. Syarikat itu menggaji kira-kira 1000 orang dan mengeksport ke 20 buah negara di seluruh dunia, termasuk Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Quorn® adalah satu daripada 40 jenama utama FMCG di United Kingdom. Quorn Foods Ltd adalah kumpulan pelapor yang termasuk sebuah syarikat perdagangan utama, Marlow Foods Ltd. Quorn Foods Ltd merangkumi semua operasi antarabangsa bagi Quorn® dan Cauldron™. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.quorn.co.uk.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14324

Friday, March 5, 2021

ISW HOLDINGS MENGGANDA TIGA ARMADA PERLOMBONGAN KRIPTOWANG AKTIF DENGAN PUSAT DATA POD5IVE TAMBAHAN

LAS VEGAS, 4 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui InvestorWire -- ISW Holdings, Inc. (OTC: ISWH) (“ISW Holdings” atau “Syarikat”), sebuah portfolio pelbagai yang terdiri daripada perniagaan penting yang memenuhi permintaan produk pengguna dalam pasaran terpencar, berasa suka cita untuk mengumumkan, susulan pemeteraian perjanjian pengehosan dengan Bit5ive LLC, yang berpangkalan di Miami, Florida, dan Scrubgrass Generating Company, LLP, yang berpangkalan di Kennerdell, Pennsylvania, Syarikat telah berjaya mengganda tiga armada perlombongan kriptowang aktifnya dengan tambahan dua (2) pusat data POD5IVE yang baharu.

Syarikat kini mengendalikan sejumlah tiga unit pusat data POD5IVE dan menjangkakan pecutan rekod dalam aliran tunai, pertumbuhan hasil dan kebolehuntungan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14316

MILLIKEN & COMPANY MELANTIK CINDY BOITER SEBAGAI NAIB PRESIDEN EKSEKUTIF, PRESIDEN BAHAGIAN KIMIA


Cindy Boiter, naib presiden eksekutif dan presiden bagi Bahagian Kimia Milliken yang baharu diumumkan (Foto: Business Wire)

SPARTANBURG, S.C., 5 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Milliken & Company dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Cindy Boiter telah dinaikkan pangkat untuk menjadi naib presiden eksekutif dan presiden bagi Bahagian Kimia Milliken. Berkuat kuasa 15 Mac, beliau akan memegang jawatan itu yang  kini disandang oleh David Moody ketika beliau beralih kepada satu peranan di luar Milliken.

MILLIKEN & COMPANY MELANTIK CINDY BOITER SEBAGAI NAIB PRESIDEN EKSEKUTIF, PRESIDEN BAHAGIAN KIMIA