Friday, March 12, 2021

SEA ELECTRIC HOLDINGS PTY LTD. MELENGKAPKAN PEMBIAYAAN EKUITI US$42 JUTA

SEA Electric akan Mempercepat Perluasan Global bagi Teknologi Kenderaan Elektrik Komersial Proprietari - SEA-Drive(R)

LOS ANGELES, 11 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Susulan pertumbuhan yang besar dalam pasaran baharu, syarikat teknologi automotif global SEA Electric Holdings Pty Ltd. (SEA Electric), mengumumkan bahawa syarikat telah menutup pembiayaan ekuiti tawaran persendirian dengan jumlah hasil kasar sebanyak kira-kira US$42 juta.Hasil bersih daripada pelaburan ini akan membolehkan SEA Electric memantapkan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran dalam pengelektrikan kenderaan komersial sambil membiayai lantukan yang agak banyak dan menganjurkan lebih banyak program perintis dengan pengendali.

(Sila muat turun siaran akhbar ini dan versi BERESOLUSI TINGGI bagi imej SEA Electric dan aset editorial sokongan yang lain: https://www.dropbox.com/sh/2shmc8051lw62hv/AACViAedt5BIsrAjlI6XAXgha?dl=0 )

Dengan ibu pejabat global dan kepimpinan utama di Los Angeles, SEA Electric buat masa ini mempunyai operasi di lima buah negara dan lebih daripada satu juta batu pengujian dan operasi dalam perkhidmatan Pengilang Peralatan Asli (“OEM”) bebas dalam semua pasaran.

Presiden dan Pengasas Tony Fairweather menyatakan, “Kami amat gembira kerana telah melengkapkan pembiayaan ekuiti yang dilanggan dengan banyak dan amat teruja untuk mengalu-alukan dalam pelabur institusi global sebagai rakan kongsi.Pembiayaan membolehkan SEA Electric mempercepat usaha jualan kami dan mengembangkan lantukan kami sementara kami meneroka pilihan untuk mendapatkan penyenaraian awam di Amerika Syarikat pada tahun ini.”

Buat masa ini, SEA Electric bekerjasama dengan OEM kenderaan komersial, pengedar, operator, dan pemasang kenderaan untuk menyampaikan rangkaian trak sifar pelepasan yang baharu dan berada pada landasan untuk menyampaikan lebih daripada 1,000 kenderaan komersial elektrik tahun ini.Syarikat ini meramalkan akan meletakkan lebih daripada 15,000 kenderaan di atas jalan raya menjelang penghujung tahun 2023.

“Tahun 2021 akan menyaksikan perubahan paradigma cara pasaran dibangunkan memudahkan penggunaan kenderaan elektrik komersial dan momentum yang tidak dapat dihentikan akan dibina tahun demi tahun” kata Fairweather.

Selain itu, Fairweather juga mengomen, “Kami juga amat teruja untuk mengalu-alukan Exro Technologies sebagai rakan kongsi strategik dan pemegang saham SEA Electric.Kami menanti-nantikan untuk mengembangkan perkongsian kami dengan Exro dan membantu untuk mengoptimumkan penggunaan bateri dalam aplikasi hayat kedua.”

Exro Technologies, syarikat teknologi bersih Kanada yang terkemuka dan rakan kongsi strategik dan pemegang saham SEA Electric, telah dikenali sebagai perintis dan ‘pengubah keadaan sebenar’ dalam hal berkaitan kuasa dan kecekapan motor elektrik.Menurut Fairweather, kerjasama dengan Exro akan berfokus pada penggunaan bateri trak elektrik untuk aplikasi simpanan tenaga.Exro dan SEA Electric akan membangunkan Sistem Kawalan Bateri (BCS) Exro untuk pengesahan operasi dan mengambil langkah seterusnya ke arah kepimpinan dalam elektronik kuasa untuk pengurusan mobiliti dan tenaga.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan SEA Electric untuk meningkatkan momentum penggunaan kenderaan elektrik komersial,” kata Sue Ozdemir, Ketua Pegawai Eksekutif Exro Technologies.“Kami mempunyai hubungan yang kukuh dengan Tony dan pasukan SEA Electric dan amat teruja untuk merealisasikan manfaat projek pembangunan bersama BCS.”

Bekerjasama rapat dengan pemegang saham, pelabur dan rakan kongsinya termasuk Exro, penasihat kewangan eksklusif Eight Capital, firma guaman antarabangsa Vinson and Elkinspada pusingan pembiayaan ini, Fairweather mengesahkan syarikat juga akan meneroka pilihan untuk mendapatkan penyenaraian awam di Amerika Syarikat pada tahun ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14347

AIS, SALJI MEMARAKKAN ALAM AJAIB MUSIM SEJUK CHINA

 Harbin, China, 12 Mac, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada pagi yang tersangat dingin, jeritan dan sorakan daripada pelancong memecahkan kedamaian lautan hutan dan dataran salji di Resort Ski Yabuli, yang terletak di Harbin, ibu kota bagi wilayah Heilongjiang di timur laut China. Peminat ski mengalami kecepatan dan keterujaan yang dibawa oleh sukan musim sejuk yang unik ini.

“Menakjubkan! Ini adalah benar-benar suatu pengalaman bermain ski yang sangat mengagumkan!” Sun Bin, seorang pelancong dari Guangzhou, begitu teruja sehinggakan beliau tidak sabar untuk menggelongsor turun dari gunung itu.

Dikenal sebagai sama ada “Ketimuran Moscow” atau “Ketimuran Paris”, Harbin telah memperoleh kemasyhuran pada akhir 1800-an dan awal 1900-an setelah pembinaan Kereta Api Timur China yang dibiayai oleh Empayar Rusia ketika itu. Selain gabungan gaya seni bina oriental dan Eropah mereka yang unik, bandar raya itu juga terkenal kerana festival ais dan saljinya pada musim sejuk.

Pada tahun 1963, Harbin telah mengadakan pameran tanglung ais mereka yang pertama. Aktiviti musim sejuk yang pelbagai secara beransur-ansur mula muncul sejak itu, dan festival ais dan salji yang pertama telah diadakan pada tahun 1985.

Ais dan salji telah menjadi satu magnet bagi pelancongan di Harbin, yang telah giat mempromosikan pelancongan musim sejuk dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber ais dan salji mereka yang begitu banyak.

Setelah berkembang selama beberapa dekad, Harbin telah mendapat perhatian antarabangsa untuk ekstravaganza musim sejuk mereka yang semakin popular, Festival Ais dan Salji Antarabangsa, yang menampilkan arca ais, pertandingan, dan sukan musim sejuk yang besar dan terperinci.

Dalam “Forum Dalam Talian Pembangunan Pelancongan Ais dan Salji China 2021”, Harbin menduduki tempat pertama di antara “10 Destinasi Pelancongan Ais dan Salji Terbaik China”. Setiap musim sejuk, pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri Harbin, meningkatkan penggunaan, mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsangkan ekonomi tempatan.

Setiap musim sejuk, bandar raya itu menyaksikan jumlah urus niaga bank dan penumpang lapangan terbang yang terbesar. Pengunjung semakin sukar untuk mendapatkan bilik hotel dan teksi. Daya memproses penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Harbin Taiping menduduki tempat pertama di antara empat lapangan terbang utama di Timur Laut China untuk tempoh lima tahun berturut-turut.

Dengan didorong oleh permintaan pengguna yang kukuh, industri pelancongan telah menjadi tonggak bagi pertumbuhan ekonomi bagi bandar raya itu. Semasa tempoh Rancangan lima tahun ke-13 (2016-2020), Harbin telah menerima 406 juta pelancong dan memperolehi hasil pelancongan sebanyak 627.13 bilion yuan (kira-kira 96.39 bilion dolar AS), yang masing-masing merupakan 1.46 kali dan 1.86 kali dari semasa Rancangan lima tahun ke-12 (2011-2015).

Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Harbin

--BERNAMA

ASIA MELANCARKAN PORTAL DATA TERBUKA RASMI PERTAMA PADA HARI DATA TERBUKA 2021




TAIPEI, Taiwan, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Bersempena dengan sebuah bengkel aplikasi data yang dianjurkan oleh Asia Open Data Partnership (AODP) pada Hari Data Terbuka 2021, sekretariat AODP sekarang, Persatuan Komputer Taipei mengumumkan pelancaran portal data terbuka rasmi yang pertama di Asia. Portal Data Terbuka Asia menawarkan satu titik tunggal bagi akses kepada data terbuka yang diterbitkan oleh institusi, agensi dan organisasi di sejumlah negara anggota Asia yang semakin meningkat, yang menandakan satu era baharu bagi pendemokrasian data merentasi Asia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210310006082/en/

Portal itu pada masa ini mempunyai lebih 73.1 ribu set data, disusun ke dalam 20 katalog dan 12 kategori, yang dapat membantu untuk menyelesaikan masalah seperti pencemaran di bandar raya dan pensumberan bagi PPE. Data dikumpulkan dari semakin banyak negara anggota AODP, termasuk Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia, Malaysia, Thailand dan India. Cabaran yang dihadapi oleh projek itu termasuk kepelbagaian bagi bahasa-bahasa Asia dan format data yang digunakan oleh sektor awam dan swasta negara-negara yang berbeza, yang mana AODP sedang mengatasinya dengan penggunaan mesin penterjemahan dan usaha diplomatik ke arah penyeragaman data.

Pelancaran Portal Data Terbuka Asia dan bengkel aplikasi data telah disiarkan secara langsung di saluran YouTube DataEconomy.Taiwan, yang memaparkan ceramah dari wakil-wakil AODP di Taiwan, Vietnam, Jepun, India, Thailand dan Kemboja. Pembentangan khas telah diberikan oleh 3 pemenang Anugerah Tidak Dapat Dikalahkan dari Cabaran Data Terbuka Asia pada tahun lalu. Pertama, seorang ahli pasukan dari GliaCloud (Taiwan) memperkenalkan platform pembuatan video AI pasukannya, GliaStar, yang menganimasikan persembahan data terbuka dengan watak kartun. Seterusnya, seorang anggota pasukan dari Smart Delivery (Jepun) menyampaikan inovasi pasukannya di dalam bidang logistik, dengan menggunakan data terbuka untuk memberi insentif dan membantu kurier dalam menyampaikan makanan dan ubat-ubatan kepada orang tua di luar bandar Jepun. Akhir sekali, seorang anggota pasukan dari Dbdbdeep (Korea Selatan) menjelaskan bagaimana “Model Ramalan Kekacauan Sosial Serantau” pasukannya memanfaatkan data terbuka untuk mengenal pasti impak bagi penyakit berjangkit terhadap masyarakat.

AODP telah diwujudkan pada tahun 2015 dengan matlamat utama untuk memudahkan komunikasi dan kerjasama pada data terbuka dan aplikasi data di antara negara-negara Asia. Portal Data Terbuka Asia telah dimulakan oleh Organisasi bagi Aplikasi yang Dipacukan oleh Data (Taiwan) pada tahun 2017, yang dimodelkan pada Portal Data Terbuka EU, dan diluluskan secara rasmi oleh negara anggota AODP pada tahun 2019. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan pembangunan perindustrian Asia merentasi semua sektor dan teknologi baru muncul, seperti AI dan loT.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14351

SEMINAR SEHARI ‘PEMBANGUNAN MINDA QUR’ANI’

 KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Institut Kefahaman Islam Malaysia telah menganjurkan Seminar “Pembangunan Minda Qur’ani” secara dalam talian dan telah dihadiri oleh hampir 40 orang peserta berbayar yang terdiri daripada para pengkaji, pelajar universiti, guru serta peringkat pengurusan yang telah memanfaatkan pengisian ilmiah sepanjang program sehari ini.

Tiga orang tokoh telah diundang untuk membentangkan kertas kerja masing-masing, iaitu Prof Dato’ Dr. Mohd. Yakub@Zulkifli Hj. Mohd. Yusuf dari Jabatan al-Qur’an dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya; Tuan Hj. Mohd. Noor Ikhram Hj. Husin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA); dan Prof. Madya Dr. Sh. Hayati Syed Ismail, Ketua Jabatan Siasah Shar’iyyah, Universiti Malaya, manakala Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah menyampaikan ucaptama dalam program ini.

Tiga objektif yang ingin dicapai oleh seminar ini adalah menjelaskan erti sebenar ‘minda’ yang digagaskan oleh al-Qur’an dan Pemikiran Islam, menjelaskan hakikat sebenar ‘kehidupan’ dan ‘nasib akhir’ dalam rangka membentuk perspektif hidup yang jelas dan seimbang dan menjelaskan punca krisis makna diri dan keraguan terhadap nasib akhir yang melanda manusia hari ini.

Bagi mencapai objektif-objektif yang digariskan itu tiga kertas kerja telah dibentangkan serta dibincangkan. Kertas kerja pertama yang bertajuk Minda Qur’ani: Ta’rif dan Ciri-cirinya yang dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yakub@Zulkifli Hj. Mohd. Yusuf membahaskan pengertian ataupun maksud frasa “minda Qur’ani” yang menjadi pokok perbincangan seminar ini.

Kertas kerja kedua, Punca Kehilangan Makna Diri dan Tujuan Hidup, yang dibentangkan oleh Tuan Hj. Mohd. Noor Ikhram Hj. Husin, telah membahaskan persoalan punca-punca yang membawa kepada kehilangan makna diri yang melanda manusia hari ini.

Kertas kerja terakhir yang bertajuk Hakikat Diri Insan Menurut al-Qur’an yang dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Sh. Hayati Syed Ismail menjelaskan pengertian sebenar ‘diri’ seperti yang dinyatakan oleh al-Qur’an dan dijelaskan dalam Hadis dan Sunnah.

Seminar ini berhasrat mengingatkan kembali bahawa dalam Islam yang dimaksudkan dengan ‘minda’ itu adalah tidak lain dari ‘diri’ insan itu sendiri, yang sedar, berfikir dan berkehendak. Yang dimaksudkan dengan ‘Minda Qur’ani’ pula adalah minda baharu ataupun diri baharu, yang muncul dan terbina dengan penurunan al-Qur’an, iaitu suatu minda yang mempunyai kesedaran baharu, pemikiran baharu dan kehendak baharu. Minda baharu inilah yang telah mengobarkan semangat dan peradaban baharu yang cahayanya menerangi dunia selama lebih dari seribu tahun. Al-Qur’an adalah punca makna diri Kaum Muslimin, dan punca kesedarannya terhadap tugas dan tanggungjawabnya di dunia ini.

Kemerosotan dan kemunduran Kaum Muslimin pada hari ini sehingga membawa kepada kelemahan dan kehinaan diri pada mata manusia pada hakikatnya berpunca dari kekeliruan makna diri dan keraguan terhadap nasib akhir, sedangkan itulah persoalan dasar yang digagaskan oleh al-Qur’an. Justeru, pengajaran al-Qur’an hendaklah memfokuskan terhadap persoalan makna diri yang semakin terhakis dari jiwa umat Islam akibat dari wabak pensekularan yang berleluasa.

Unit Perhubungan Korporat
9 Mac 2021

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14341


Thursday, March 11, 2021

SYNCHRONOSS MENGUMUMKAN PELANTIKAN JEFF MILLER SEBAGAI CEO DAN PRESIDEN TETAP

 BRIDGEWATER, N.J., 10 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengarahnya telah mengesahkan Jeff Miller sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.Miller telah berkhidmat sebagai Presiden dan CEO Synchronoss sejak bulan September 2020 dan menyertai Synchronoss pada tahun 2018 sebagai Ketua Pegawai Komersial.

Sebelum menyertai Synchronoss, Miller ialah Presiden Kumpulan Teknologi untuk IDEAL Industries, sebuah firma yang berfokus pada mereka bentuk dan menyampaikan penyelesaian untuk bangunan dan ruang komersial pintar.Beliau juga berkhidmat selama 16 tahun bersama Motorola, baru-baru ini menyandang jawatan sebagai Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar Operasi di Amerika Utara untuk Motorola Mobility, LLC, sebuah bahagian Lenovo.Miller juga pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan dalam pengurusan jualan, pemasaran dan pengurusan produk di AT&T sepanjang 11 tahun beliau berkhidmat.

“Saya berpeluang untuk bekerja rapat dengan Jeff sepanjang enam bulan yang lepas.Ini merupakan masa yang mencabar untuk pasukan kita, pelanggan kita dan dunia secara umumnya, tetapi Lembaga ini berpuas hati dengan pendekatan Jeff yang telus dan pragmatis.Saya dengan sukacitanya mengesahkan jawatannya sebagai Presiden dan CEO baharu kami,” kata Stephen Waldis, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Synchronoss.“Jeff adalah sejajar dengan matlamat kita untuk memfokuskan Synchronoss pada rangkaian perniagaan yang menjana hasil terbaik untuk klien kita dan mempunyai pandangan yang jelas terhadap potensi untuk pertumbuhan masa hadapan dan keberuntungan perniagaan kita.”

Miller berkata bahawa beliau amat gembira dan bangga kerana telah disahkan sebagai pemimpin baharu Synchronoss.“Pasukan kami yang hebat telah menunjukkan ketekadan, keazaman dan ketahanan yang hebat semasa cabaran yang dihadapi sepanjang tahun lepas dan pada masa yang sama mengekalkan fokus yang tetap untuk melayani pelanggan kami,” ujarnya.“Walaupun kami telah membina momentum yang kuat sepanjang enam bulan yang lalu, saya amat teruja dengan masa hadapan.Synchronoss mempunyai warisan yang lama dalam membantu pengendali telekom meningkatkan hasil perkhidmatan mereka dan menggembirakan pelanggan mereka – pendekatan yang kami kekal komited.Sementara perubahan besar berlaku dalam ekonomi 5G dalam awan peribadi dan pasaran pemesejan lanjutan, kami bersedia untuk terus membantu pengendali mendapat manfaat daripada kepercayaan pengguna yang telah mereka peroleh dengan sewajarnya apabila mereka melancarkan produk dan perkhidmatan baharu yang menjana hasil.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14343

Wednesday, March 10, 2021

NIELSENIQ MENETAPKAN KEMERDEKAAN SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT KENDIRI

Sebagai sebuah syarikat baharu, NielsenIQ berusaha untuk mengubah perniagaan mereka dan memaklumkan mengenai masa depan perdagangan

CHICAGO, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, NielsenIQ memulakan bab baharu mereka sebagai sebuah syarikat yang bebas dengan penutupan bagi pemerolehan mereka oleh Advent International dalam perkongsian dengan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif James “Jim” Peck. Sebagai sebuah perniagaan kendiri, NielsenIQ berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mempercepatkan transformasi mereka dan memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai yang terkemuka di pasaran.

Untuk bergerak ke hadapan sebagai sebuah pemimpin yang definitif di dalam industri FMCG dan membawa ke dalam era baharu bagi kemajuan dan inovasi teknologi, tiga pemimpin baharu akan menyertai NielsenIQ. Mohit Kapoor turut serta sebagai Ketua Pegawai Teknologi, dengan mengawasi semua aspek berkaitan teknologi. Steve Matthesen, seorang veteran Nielsen, menyertai sebagai Ketua Pegawai Strategi untuk membantu membangun dan melaksanakan strategi korporat dan inisiatif utama yang lain. Curt Miller menyertai sebagai Ketua Pegawai Transformasi untuk memacukan penyelarasan organisasi yang menyokong strategi pertumbuhan NielsenIQ.

“NielsenIQ mempunyai satu peluang yang unik untuk menjadi sebuah rakan yang lincah dengan kelenturan untuk meningkatkan pelaburan dan inovasi strategik di masa hadapan,” kata Jim Peck, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, NielsenIQ. “Kemerdekaan kami menekankan komitmen kami kepada satu rancangan pemulihan yang akan membolehkan kami untuk menyokong pelanggan dan rakan kami dengan lebih baik, dan menyampaikan nilai maksimum dan pada masa yang sama menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik pasaran dan pelanggan.”

Pelanggan akan dapat terus bergantung kepada data NielsenIQ yang terkemuka di dalam industri ketika syarikat itu mempercepatkan penyampaian bagi keupayaan baharu dan memperhaluskan operasi mereka. Sebagai sebuah rakan yang dipercayai dengan pengetahuan yang mendalam mengenai FMCG dan industri runcit, NielsenIQ berpeluang untuk membuat keputusan yang sukar, menyesuaikan diri dengan keperluan pelanggan dan menyampaikan penyelesaian yang berinovatif yang benar-benar memenuhi kehendak pelanggan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14336

PENGISYTIHARAN OLEH 22 PELAJAR DARI JEPUN DAN 10 NEGARA ANGGOTA ASEAN YANG BELAJAR DI JEPUN: MAJLIS PELANCARAN ITU AKAN DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN PADA 16 MAC

Pelajar-pelajar melengkapkan proses menggubal pengisytiharan dalam talian disebabkan oleh COVID-19. (Foto: Business Wire)

“Pengisytiharan Pemimpin Masa Depan mengenai Kerjasama ASEAN-Jepun bagi Sisa Plastik Marin Antarabangsa”

Ucapan Alu-aluan oleh Setiausaha Agung ASEAN T.Y.T. Dato Lim Jock Hoi

TOKYO, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan mengadakan satu upacara pelancaran bagi “Pengisytiharan Pemimpin Masa Depan mengenai Kerjasama ASEAN-Jepun bagi Sisa Plastik Marin Antarabangsa” pada 16 Mac, 2021. Dianjurkan oleh AJC, projek ini merupakan percubaan pertama untuk menerima dan mengemukakan satu pengisytiharan yang dimulakan oleh pelajar mengenai sisa plastik marin antarabangsa di antara Jepun dan 10 negara anggota ASEAN.1 Dua puluh dua pelajar siswa-siswi dan siswazah yang mewakili Jepun (wilayah Okayama, Shizuoka, Tokyo, Hiroshima, Mie, dan Yamaguchi) dan 10 anggota negara ASEAN telah dipilih setelah proses penyaringan yang ketat daripada sejumlah kira-kira 60 pemohon yang sedang belajar di Jepun.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210308005975/en/

Sejak November lalu, 22 pelajar itu bekerjasama secara dalam talian untuk mendraf satu pengisytiharan bersama untuk membanteras isu-isu semasa bagi sisa plastik marin antarabangsa melalui satu siri yang mengandungi tiga sesi persediaan dan ceramah. Dalam proses membuat pengisytiharan itu, mereka telah menerima bimbingan dan sokongan dari Profesor ISOBE Atsuhiko dari Universiti Kyushu, seorang pakar terkemuka dalam penyelidikan plastik mikro marin, dan Profesor KAJITA Takaaki dari University of Tokyo dan Pemenang Nobel dalam Fizik, dan ceramah khas oleh pakar-pakar dari Bahagian Alam Sekitar ASEAN, Kementerian Alam Sekitar (MoE) bagi Kerajaan Jepun, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), Pusat Asia Kitakyushu untuk Persatuan Karbon Rendah, Biro Alam Sekitar, Bandar raya Kitakyushu, dan Perikatan Bahan Laut Bersih (CLOMA).

PENGISYTIHARAN OLEH 22 PELAJAR DARI JEPUN DAN 10 NEGARA ANGGOTA ASEAN YANG BELAJAR DI JEPUN: MAJLIS PELANCARAN ITU AKAN DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN PADA 16 MAC