Tuesday, March 30, 2021

VIDEO MEMPERKENALKAN SISTEM UNTUK PENSIJILAN BAGI KEMAHIRAN MEMASAK MASAKAN JEPUN DIKELUARKAN OLEH TOW CO., LTD. (TOKYO, JEPUN), BADAN PERMOHONAN/PENGURUSAN PENSIJILAN

TOKYO, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --

TOW Co., Ltd.:

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210329005028/en/

[https://tow.co.jp/certification/]
Ikuti pautan ini untuk satu dokumentari yang menunjukkan nilai bagi sistem pensijilan itu melalui kisah-kisah oleh cef-cef luar negeri yang mencuba ujian untuk Pensijilan Emas, standard tertinggi yang digariskan oleh sistem itu.

Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan telah menetapkan Garis Panduan untuk Pensijilan bagi Kemahiran Memasak bagi Masakan Jepun di Negara-negara Asing mulai April 2016.

Sistem ini menetapkan standard khusus yang boleh digunakan oleh badan swasta untuk mengiktiraf cef-cef luar negeri yang telah memperolehi tahap pengetahuan dan kemahiran memasak yang diperlukan untuk penyediaan masakan Jepun, untuk membantu memastikan bahawa tarikan budaya makanan dan pemakanan Jepun, serta produk pertanian dan marin Jepun, disampaikan dengan betul dan berkesan ke seluruh pelusuk dunia.*


VIDEO MEMPERKENALKAN SISTEM UNTUK PENSIJILAN BAGI KEMAHIRAN MEMASAK MASAKAN JEPUN DIKELUARKAN OLEH TOW CO., LTD. (TOKYO, JEPUN), BADAN PERMOHONAN/PENGURUSAN PENSIJILAN

Monday, March 29, 2021

UVD ROBOTS MENGGERAKKAN ARMADA TERBESAR BAGI ROBOT PEMBASMIAN KUMAN BERAUTONOMI KE SEBUAH DAERAH SEKOLAH AMERIKA SYARIKAT

Pelajar-pelajar dari Sekolah Twin Lakes GMCS mengambil bahagian di dalam satu pertandingan menamakan robot untuk membantu dengan pemasyarakatan dan semangat. Robot sekolah itu kini akan dikenali sebagai Encik Fox. UVD Robots pada asalnya dibangunkan untuk memerangi Jangkitan yang Diperolehi di Hospital (HAI) dan kini dikerahkan di lebih 60 buah negara di seluruh dunia di sektor penjagaan kesihatan, industri perhotelan, kompleks pejabat dan kemudahan pendidikan, untuk memenuhi harapan baharu dan lebih tinggi untuk keselamatan dan kebersihan. (Foto: Business Wire)

37 robot memainkan peranan penting di dalam membawa pelajar di sekolah-sekolah di New Mexico yang dilanda teruk dengan COVID kembali ke dalam bilik darjah

ODENSE, Denmark & GALLUP, N.M., 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Blue Ocean Robotics, pengeluar bagi UVD Robots robot pembasmian kuman berautonomi yang dilengkapi dengan cahaya UV-C, telah dipilih oleh Gallup McKinley County Schools (GMCS) di New Mexico untuk membekalkan 37 UVD Robots ke sekolah-sekolah daerah itu bagi membantu memerangi Koronavirus dan penyakit berjangkit yang lain.

“COVID telah memberi kesan luar biasa kepada komuniti kami. Keselamatan pelajar dan kakitangan kami, membangunkan satu perancangan untuk membawa mereka semua kembali ke sekolah dengan cara yang paling selamat mungkin adalah merupakan perhatian utama kami,” kata Penguasa Gallup McKinley Michael Hyatt. “Kami mahukan satu penyelesaian pembasmian kuman jangka panjang yang lebih besar, dengan menambahkan satu lapisan perlindungan yang akan menyahjangkit permukaan dan udara di bangunan-bangunan kami dan membantu memerangi COVID, selesema, demam selesema dan penyakit berjangkit untuk tempoh bertahun-tahun yang akan datang.”

GMCS meliputi sebuah komuniti dengan banyak kawasan luar bandar yang menghadapi isu-isu infrastruktur yang menjadikan pembelajaran maya sebagai satu cabaran, kira-kira 1,500 orang pelajar tidak mempunyai internet di rumah. Daerah itu juga mendidik banyak pelajar pendidikan khas yang belajar dengan lebih baik di dalam bilik darjah.

UVD ROBOTS MENGGERAKKAN ARMADA TERBESAR BAGI ROBOT PEMBASMIAN KUMAN BERAUTONOMI KE SEBUAH DAERAH SEKOLAH AMERIKA SYARIKAT

SEA ELECTRIC MENCAPAI PERSETUJUAN UNTUK MEMBELI 1,000 SET BATERI KENDERAAN KOMERSIAL ELEKTRIK DARIPADA SOUNDON NEW ENERGY TECHNOLOGY CO.

Majoriti Pembelian Bateri adalah Dirancang untuk Amerika Syarikat susulan Pembiayaan Ekuiti AS$42 juta yang Diraih bagi SEA Electric

LOS ANGELES, 29 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat teknologi automotif global SEA Electric, berserta dengan teknologi SEA-Drive® proprietari miliknya– ramuan rahsia di sebalik kepimpinan syarikat itu dalam pengelektrikan kenderaan komersial – telah memperluas capaian globalnya menerusi pembelian 1,000 bateri kenderaan elektrik daripada Soundon New Energy Technology Co. yang telah lama menjadi rakan kongsi teknologinya. Pengaturan yang baru dibentuk ini susulan berita pembiayaan ekuiti sebanyak AS$42 juta kepada SEA Electric yang diumumkan baru-baru ini. (Latar belakang penuh dan foto: https://www.dropbox.com/sh/dulvd9izcotdfsm/AACe1q0VJpjuGHNfaWgbFPBpa?dl=0)

Soundon, satu-satunya pembekal bateri SEA Electric sejak tahun 2012, telah membangunkan tujuh penyelesaian bateri SEA-Drive®  semasa dua syarikat itu bekerjasama dalam ruang kenderaan komersial elektrik. Melalui hubungan baharu ini, SEA Electric merealisasikan manfaat kos bagi bateri dan kepakaran teknikal elektronik kuasa Soundon serta kecekapan pengeluaran mereka. Hasilnya, pengeluaran bateri sudah dijalankan dengan pemenuhan yang dijangka siap sekitar suku ke-2 pada tahun 2021. Perjanjian ini juga membolehkan SEA Electric merealisasikan pengurangan signifikan sebanyak 36 peratus dalam kos unit kilowatt jam (kWh).

SEA ELECTRIC MENCAPAI PERSETUJUAN UNTUK MEMBELI 1,000 SET BATERI KENDERAAN KOMERSIAL ELEKTRIK DARIPADA SOUNDON NEW ENERGY TECHNOLOGY CO.

WUXI: BIARKAN HATI BAGI BAKAT-BAKAT MUDA ITU TINGGAL KEKAL

 WUXI, China, 26 Mac, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 27 Mac, Pemilihan Awam bagi bakat-bakat muda yang menonjol di Wuxi, yang berlangsung selama enam bulan, memasuki ke pertandingan akhir. Walaupun kurang dari 1/30 daripada peserta terpilih, penganjur merangkul dengan keghairahan terbesar bersama peserta yang lain, menurut Kerajaan Rakyat Perbandaran Wuxi.
 
Tahun ini, lebih daripada 10,000 bakat muda yang berkelayakan mengambil bahagian di dalam  pertandingan itu. Melalui penilaian awal, hampir 1,000 orang datang ke Wuxi untuk pertandingan akhir itu, dan hanya 270 orang yang akhirnya menjadi “bakat terpilih”. Namun walaupun jika tidak dipilih, setelah penilaian dilakukan, penganjur tempatan menjemput 88 perusahaan milik Wuxi, institusi, dan perusahaan terkemuka untuk menyediakan 1,359 jawatan, yang umumnya bergaji besar.

Titik pencegahan dan pengasingan pandemik Wuxi itu juga mewujudkan sebuah pusat ujian bagi peserta yang kembali dari luar negara dan masih dalam tempoh pengasingan bagi mempunyai peluang yang agak baik untuk bertanding. Selain itu, bakat-bakat muda yang tidak dapat hadir ke tempat itu boleh juga bertanding untuk kedudukan yang sesuai melalui saluran dalam talian.

Aktiviti pemilihan awam ini berlangsung selama 3 tahun. Jumlah bagi tempat telah meningkat dari 40 kepada 280 pada tahun lalu, dan 270 pada tahun ini.

Pada tahun 2020, 87.5% daripada bakat-bakat terpilih merupakan pelajar yang berkelulusan ijazah sarjana, dan kedoktoran, dan 92.1% tamat pengajian dari universiti-universiti antarabangsa yang berprestij dan Projek Universiti “Dwi Kelas Pertama” China seperti Oxford dan Universiti Tsinghua.
 
Wuxi telah menganjurkan budaya dan pendidikan sejak zaman dahulu lagi. Bakat-bakat akan dipupuk secara intensif dalam kerjaya mereka di Wuxi. Lebih penting lagi, penduduk tempatan akan mewujudkan rasa kekitaan seperti kediaman untuk bakat-bakat muda dari seluruh pelusuk dunia.

Wuxi terkenal sebagai satu daripada tiga tempat utama untuk melihat bunga sakura di dunia. Sekarang adalah musim yang paling indah di Wuxi. Ini juga merupakan masa terbaik bagi bakat-bakat dan masa depan mereka di Wuxi.

“Biarkan hati bagi bakat-bakat tinggal kekal di Wuxi,” kata seorang yang berkaitan dari Pertubuhan itu.

Pemilihan Awam 2022 akan bermula pada separuh kedua tahun 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti akaun Bakat-bakat Muda Wuxi dan akaun Weibo https://weibo.com/u/5617384276
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Wuxi


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14400

Friday, March 26, 2021

ACARA TAHUNAN POPULAR OLEH BUNKA FASHION GRADUATE UNIVERSITY AKAN DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN BUAT PERTAMA KALINYA

TOKYO, 26 Mac, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- "Festival Dalam Talian BFGU ‘Pendefinisian Semula’" Generasi Masa Depan Jilid 3 Dikeluarkan –

Bunka Fashion Graduate University (BFGU), sebuah sekolah siswazah profesional di Jepun, telah melancarkan "Generasi Masa Depan Jilid 3", kandungan utama bagi acara dalam talian "Festival Dalam Talian BFGU 'Pendefinisian Semula'." Ini adalah persembahan dalam talian yang pertama bagi "Minggu Fesyen Bunka Fashion Graduate University (BFGU FW)" yang menarik lebih daripada 4,000 orang pelawat dari industri fesyen pada setiap tahun.

Pertunjukan fesyen itu oleh Bahagian Penciptaan Fesyen BFGU adalah satu koleksi bagi jenama-jenama yang dilancarkan di mana sebilangan besar pereka muda masa kini mengambil bahagian sebelum ini. Selain itu, jurusan Bahagian Pengurusan Fesyen juga membentangkan kajian mengenai fesyen lestari, satu bidang yang mendapat perhatian lebih mendalam di dalam industri itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lihat sahaja kuasa baharu bagi pelajar siswazah di dalam era "Norma Baharu."

ACARA TAHUNAN POPULAR OLEH BUNKA FASHION GRADUATE UNIVERSITY AKAN DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN BUAT PERTAMA KALINYA

KIRA-KIRA 4,000 PENCARI KERJA WARGA TEMPATAN 'SERBU' KARNIVAL KERJAYA AGRIKOMODITI 2021, TEMPOH TEMUDUGA DILANJUTKAN SEBULAN

 KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) secara maya baru-baru ini berjaya menarik hampir 4,000 pencari kerja warga tempatan bagi di sektor perladangan dan industri komoditi. Sebanyak 8,694 kekosongan jawatan daripada lebih 26 majikan di sektor berkenaan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berminat.


Karnival kerjaya yang julung-julung kali dianjurkan membabitkan sektor perladangan dan komoditi itu diadakan selama dua hari mulai 9 Mac lalu dengan pelbagai pengisian bagi menarik lebih ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan ekoran pandemik COVID-19 memperoleh pekerjaan. Ia dirasmikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali. Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M. Saravanan.

Antara pengisian lain karnival berkenaan ialah sesi taklimat berhubung PenjanaKerjaya 2.0 dan Portal MYFutureJobs serta Webinar ‘Peluang Kerjaya di Sektor Agrikomoditi’. Acara kemuncaknya adalah sesi temuduga secara dalam talian yang diadakan pada hari kedua karnival. 

Hasil daripada sesi temuduga secara dalam talian tersebut, sehingga kini seramai 76 peserta berjaya ditawarkan pekerjaan di syarikat perladangan terkenal di negara ini. Seramai 44 calon bakal bekerja di Sime Darby Plantation, Felcra Berhad (19 orang), TH Plantation Berhad (9) dan masing-masing dua dengan BOH Plantation Berhad dan United Malacca Berhad. 

KPPK mengucapkan tahniah kepada peserta yang berjaya memperoleh pekerjaan menerusi karnival kerjaya ini. Bagi yang tidak berjaya diharapkan akan terus memohon melalui portal MyFutureJobs yang terus menawarkan banyak peluang pekerjaan di pelbagai sektor termasuklah di sektor agrikomoditi. Penganjuran karnival seumpama ini akan diteruskan lagi di masa hadapan bagi memastikan lebih ramai rakyat tempatan terlibat dalam pekerjaan dalam sektor agrikomoditi. 

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Putrajaya
26 Mac 2021


SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

BELIA BERKEMAHIRAN TINGGI MELALUI PENGAJIAN KRAF

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Institut Kraf Negara (di bawah pengurusan Kraftangan Malaysia) mempelawa golongan belia di seluruh negara yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian bagi sesi Julai 2021 dalam bidang kraf berteraskan kemahiran iaitu Program Diploma dan Sijil di Institut Kraf Negara atau Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Institut Kraf Negara menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan akademik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf industri kreatif seiring dengan kehendak industri. Kini, Institut Kraf Negara telah membuka dua lagi kampus baru iaitu Kampus Satelit Sabah di Inanam dan Kota Belud serta Kampus Satelit Sarawak di Kuching dan Betong, Sarawak.

Program yang ditawarkan :

· Program Diploma - 3 Tahun
( Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor)

· Program Sijil - 2 Tahun
(Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor)

· Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - 2 Tahun
(Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor, Kampus Satelit Sabah dan Kampus Satelit Sarawak)

BELIA BERKEMAHIRAN TINGGI MELALUI PENGAJIAN KRAF