Thursday, April 1, 2021

PENYELESAIAN AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DALAM TAWARAN PERLINDUNGAN PERANTI PENGGUNA ALLSTATE PROTECTION PLANS

Kebolehan untuk melindungi kedua-dua peranti dan kandungan akan meningkatkan kesetiaan pelanggan dan mengukuhkan perhubungan pelanggan

BRIDGEWATER, N.J., 31 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, hari ini mengumumkan Allstate Protection Plans telah memilih penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss untuk disepadukan dalam tawaran pelan perlindungan peranti terpilih. Tambahan awan peribadi akan memberi pelanggan global keupayaan untuk menyandarkan dan mengurus aset digital yang berharga mereka – kenalan, foto, video, muzik, dokumen, mesej dan banyak lagi – daripada sebarang peranti Android atau iOS yang dilindungi.

Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss, berkata bahawa beliau amat teruja bahawa dua organisasi ini akan bekerjasama. “Peranti mudah alih berfungsi sebagai repositori untuk kebanyakan data peribadi dan dokumen penting kami dan keupayaan untuk menyandarkan dan melindungi kandungan ini secara mudah amat penting kepada pelanggan,” kata beliau. “Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Allstate Protection Plans untuk membantunya dalam memanfaatkan kesemua penyelesaian yang boleh ditawarkan Awan Peribadi Synchronoss termasuk kefleksibelan untuk menambahkan perkhidmatan nilai tambahan yang lain dengan pantas.”

Selain membuat sandaran kandungan secara automatik berdasarkan keutamaan pelanggan, awan peribadi yang dikuasakan Synchronoss memberi pelanggan pelan perlindungan peranti beberapa cara untuk mengatur dan berinteraksi dengan kandungan mereka dengan mudah, termasuklah:
  • Slaid pembentangan imbas kembali, sorotan dan segera yang menunjukkan kandungan dalam format yang hebat dan menarik
  • Ciri pengeditan dan perkongsian foto yang membenarkan pengguna meningkatkan ciri dan berkongsi memori dengan rakan dan keluarga
Allstate Protection Plans dibeli oleh pelanggan daripada pelbagai saluran, termasuk peruncit utama, operator global, dan secara terus daripada syarikat.

Karl Wiley, Presiden dan CEO Allstate Protections Plans, berkata penambahan awan peribadi ke dalam berkas perlindungan peranti memberikan syarikat kapasiti untuk melindungi seluruh hubungan pelanggan – daripada peranti kepada kandungan – dan akan membantu untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan membina kesetiaan jenama. “Sebagai salah satu pelindung utama telefon mudah alih, komputer riba, tablet dan elektronik pengguna yang lain, kami memahami peranan penting yang dimainkan peranti dalam kehidupan seharian kami. Menambahkan keupayaan kaya ciri Awan Peribadi Synchronoss untuk memilih tawaran perlindungan peribadi bermaksud kami kini dapat melindungi keseluruhan ekosistem mudah alih pelanggan. Keupayaan yang dipertingkat ini bermakna hubungan yang lebih menyeluruh dengan pelanggan kita.” ujarnya.

Penyelesaian awan peribadi Synchronoss telah digunakan oleh pengendali mudah alih dan syarikat lain di seluruh dunia untuk menyampaikan tahap nilai yang tinggi kepada pelanggan mereka dan memacu pendapatan baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian awan Synchronoss, lawati synchronoss.com/solutions/cloud.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14411

PAAB SUMBANG RM500,000 KEPADA DANA WAKAF AIR

 KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyerahkan RM500,000 kepada Dana Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) di bawah Wakaf Tunai Malaysia Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) ini menyahut seruan kerajaan supaya menghulurkan sumbangan kepada Wakaf Air sebagai usaha kerajaan untuk membekalkan air bersih terawat kepada rakyat terutama di luar bandar.

Beliau berkata, Wakaf Air merupakan inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama YWM bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil merangkumi sumber air, bekalan air dan pembentungan dalam skala kecil dengan kos projek bernilai di bawah RM50,000.

Abdul Hadi berharap, sumbangan dana Wakaf Air ini menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan air yang yang akan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf Air PAAB Kepada Yayasan Waqaf Malaysia disaksikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan PAAB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Hadi Ali dan YWM diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin.
 
Antara projek perkhidmatan air yang berpotensi dibangunkan hasil sumbangan dana Wakaf Air ini termasuklah sistem pengepaman sumber air dari perigi, pembelian alat-alat ganti, penyelenggaraan bersifat ‘sekali beri’ (one-off), dana bantuan operasi pencegahan serta pemulihan sistem bekalan air luar bandar; dan penyediaan sumber air alternatif yang melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah dan selamat digunakan.

Masyarakat termasuk kakitangan PAAB juga digalakan untuk turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Air, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun 2124-57600-01304 atau secara potongan gaji. Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.

PAAB ditubuhkan pada tahun 2006 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi membantu Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Pelan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aset air di Semenanjung Malaysia dengan kadar pembiayaan yang kompetitif. 

Photo link : 
https://drive.google.com/drive/folders/1sChHSGjyDQIMcXshG5csocgR70xHQ-vx?usp=sharing



SUMBER : Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) 

WALGREENS MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN SETERUSNYA BAGI STRATEGI PERNIAGAAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MEREKA DENGAN INCOMM PAYMENTS

 Walgreens akan menawarkan akaun bank baharu dengan kad debit Mastercard yang memanfaatkan platform InComm Payments


InComm Payments akan meningkatkan program kad hadiah berjenama Walgreens

DEERFIELD, Ill. & ATLANTA, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walgreens hari ini mengumumkan satu perjanjian dengan InComm Payments, sebuah syarikat teknologi pembayaran global terkemuka, untuk menyediakan pilihan perkhidmatan kewangan yang sesuai dan mudah diakses bagi pelanggan mereka. Bersama-sama, syarikat-syarikat itu akan melancarkan satu penawaran akaun bank baharu bagi pelanggan mereka yang akan diwujudkan di MetaBank* dengan sebuah kad debit Mastercard yang akan melayani pembeli-belah Walgreens di dalam kedai dan dalam talian dan membolehkan mereka untuk memperoleh ganjaran Tunai MyWalgreens ke atas semua pembelian sebagai sebahagian daripada program kesetiaan pelanggan myWalgreens yang baharu dilancarkan pada November 2020.

Perjanjian ini adalah sebahagian daripada strategi keuntungan alternatif Walgreens dan baru-baru ini mengumumkan inisiatif yang lebih luas untuk melancarkan produk dan perkhidmatan kewangan baharu yang memperkuatkan komitmen mereka yang berterusan untuk menawarkan perkhidmatan dan faedah yang berbeza kepada pelanggan mereka. Penyelesaian perbankan baharu itu akan melengkapkan rancangan Walgreens untuk meneruskan tumpuan kesihatan dan kesejahteraan mereka dan meningkatkan program kesetiaan dan personalisasi pelanggan. Penyelesaian itu memanfaatkan platform perbankan sebagai satu perkhidmatan digital moden InComm Payments. Pembeli-belah Walgreens akan dapat mencari produk di dalam kedai atau mendaftar secara dalam talian dan kemudian menguruskan kewangan harian mereka dengan mudah dalam satu aplikasi perbankan mudah alih baharu yang mudah digunakan. Akaun bank itu dijangka tersedia di hampir 9,000 kedai Walgreens dan dalam talian pada separuh kedua tahun 2021.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14412

Wednesday, March 31, 2021

PENYERTAAN PROAKTIF DALAM RANTAIAN NILAI GLOBAL ADALAH SATU LALUAN PEMBANGUNAN YANG DISARANKAN UNTUK REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAOS, KATA LAPORAN OLEH PUSAT ASEAN-JEPUN, YANG DIKELUARKAN HARI INI

“Rantaian Nilai Global di ASEAN: Republik Demokratik Rakyat Laos” boleh dimuat turun di laman web AJC. (Grafik: Business Wire)

TOKYO, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Republik Demokratik Rakyat Laos adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi dan dikaitkan dengan pembuatan yang kurang maju. Negara itu perlu memperoleh lebih banyak teknologi dan pengetahuan di dalam pengeluaran pertanian, pembuatan dan perkhidmatan dengan memperluaskan penglibatan mereka di dalam rantaian nilai global (GVC), kata Rantaian Nilai Global di ASEAN: Republik Demokratik Rakyat Laos (https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper5/), yang dikeluarkan oleh Pusat ASEAN-Jepun (AJC) hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210330006159/en/

PENYERTAAN PROAKTIF DALAM RANTAIAN NILAI GLOBAL ADALAH SATU LALUAN PEMBANGUNAN YANG DISARANKAN UNTUK REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAOS, KATA LAPORAN OLEH PUSAT ASEAN-JEPUN, YANG DIKELUARKAN HARI INI

LAPORAN MENDAPATI PERMINTAAN YANG DIPERCEPAT UNTUK IJAZAH PERNIAGAAN SISWAZAH PADA TAHUN 2021 TATKALA KEBIMBANGAN YANG BERKURANGAN TENTANG COVID-19

Data menyerlahkan tanggapan pelajar prospektif terhadap pembelajaran jauh dan pilihan destinasi kajian

RESTON, Va., 31 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Minat dalam program pendidikan pengurusan siswazah (GME) pada tahun 2021 terus berkembang dalam kalangan pelajar prospektif, aliran yang seiring dengan kebimbangan tentang impak COVID-19 yang semakin berkurangan, menurut laporan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Graduate Management Admission Council (GMAC™). mba.com Prospective Students Survey Report 2021  yang dibuat GMAC mendapati peratusan responden yang melaporkan bahawa mereka amat atau sangat bimbang dengan COVID-19 menurun daripada 41 hingga 33 peratus sepanjang tempoh tinjauan. Selain itu, tiga dalam empat (73%) calon antarabangsa yang merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat MBA di luar negara kewarganegaraan mereka tidak mengubah rancangan asal walaupun berlakunya pandemik ini.

LAPORAN MENDAPATI PERMINTAAN YANG DIPERCEPAT UNTUK IJAZAH PERNIAGAAN SISWAZAH PADA TAHUN 2021 TATKALA KEBIMBANGAN YANG BERKURANGAN TENTANG COVID-19

ORGANISASI PROMOSI INDUSTRI VISUAL MENAMBAHKAN FUNGSI BAHARU KEPADA "JAPAN CREATOR BANK" DENGAN MEMBERI AKSES KEPADA CADANGAN-CADANGAN YANG BELUM DIKELUARKAN OLEH PENULIS SKRIP LAKON LAYAR YANG AKTIF

 TOKYO, 31 Mac, 2021/Kyodo JBN-AsiaNet/ --


Organisasi Promosi Industri Visual (VIPO) telah menambahkan satu fungsi baharu kepada Japan Creator Bank, sebuah laman web yang dapat menemukan pencipta-pencipta Jepun dalam pelbagai bahasa, untuk menyediakan cadangan skrip yang belum dikeluarkan oleh penulis-penulis skrip lakon layar Jepun.
URL: https://japancreatorbank.com/en/proposal/
 
Imej 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M104307/202103162341/_prw_PI1fl_I8RSSz0f.png
 
Cadangan skrip di dalam pelbagai jenis kategori termasuk aksi, pengembaraan, komedi, percintaan dan misteri tersedia dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris untuk ditayangkan di Jepun dan di luar negara. Dengan kerjasama Persatuan Penulis-penulis Jepun dan Persatuan Penulis Televisyen dan Radio Jepun, VIPO telah mengumpulkan lebih daripada 50 cadangan oleh penulis skrip lakon layar Jepun yang aktif dalam drama dan filem.

Imej 2:
https://Kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M104307/202103162341/_prw_PI2fl_Kbb0c2t6.png
 
 
VIPO akan meningkatkan jumlah cadangan yang tersedia di laman web itu secara berkala dan juga merancang untuk menambahkan cadangan oleh profesion lain seperti pengarah dan penerbit. Silakan dan jangan malu untuk menggunakan secara berkesan fungsi baharu itu.
Untuk butiran lanjut, sila layari:
https://japancreatorbank.com/en/proposal/
 
- Satu Gambaran Keseluruhan bagi Japan Creator Bank
Japan Creator Bank adalah sebuah laman web yang dapat menemukan pencipta-pencipta utama Jepun yang aktif di dalam industri hiburan Jepun. Pengguna boleh membuat tawaran pekerjaan kepada pencipta yang didaftarkan di dalam enam kategori: pelakon, pelakon suara, penulis skrip lakon layar, pengarah, penerbit dan komposer.
Organisasi Promosi Industri Visual (VIPO) mengendalikan laman web itu. VIPO telah diwujudkan sebagai sebuah perbadanan yang tidak mencari keuntungan untuk menyokong pertumbuhan bagi industri hiburan dan kandungan Jepun. Ia mempunyai rekod prestasi bagi menyokong projek-projek  yang telah menyatukan bersama pencipta Jepun dan rakan asing.
 
Japan Creator Bank: https://japancreatorbank.com/
 
Sumber: Organisasi Promosi Industri Visual (VIPO) 

--BERNAMA

Tuesday, March 30, 2021

STIBO DX BEKERJASAMA DENGAN SOPHI.IO, MENGUKUHKAN AUTOMASI PADA PLATFORM PENERBITAN CUE

 TORONTO, 29 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stibo DX dan Sophi.io bekerjasama untuk menyepadukan Sophi, alat automasi, ramalan dan pengoptimuman The Globe and Mail, ke dalam platform penerbitan Stibo DX iaitu CUE. Sophi akan menjadi sambungan natif dalam antara muka pengguna CUE. “Sebagai platform penerbitan yang terbuka dan boleh dilanjutkan, CUE bertujuan untuk disepadukan dengan alat daripada kelas terbaik. Enjin Sophi AI daripada pelanggan jangka masa lama Stibo DX iaitu The Globe and Mail adalah alat sedemikian. Sophi membolehkan pengguna CUE membuat keputusan kandungan yang lebih bijak berdasarkan data dan cerapan masa nyata,” kata Mark van de Kamp, Ketua Pengawai Inovasi Stibo DX. Sophi.io adalah suit penyelesaian AI, termasuk Sophi Automation yang menghimpun kandungan secara berautonomi untuk mengoptimumkan halaman web, dan Sophi Analytics yang menyediakan sokongan pembuatan keputusan kepada bilik berita dan penerbit kandungan. Pasukan Sophi membangunkan Sophi Score selaras dengan setiap klien untuk memastikan setiap kandungan secara betul mencerminkan nilai yang disumbangkan kepada hasil perniagaan yang pelanggan inginkan, seperti meningkatkan penukaran, kesetiaan dan keterlibatan. Semua keupayaan ini akan tersedia pada pangkalan pelanggan global Stibo DX tidak lama lagi sebagai sambungan tambahan yang lancar. “Sebagai penerbit yang berpengalaman selama bertahun-tahun bekerja dengan Stibo DX, The Globe and Mail memahami keperluan kedua-dua Stibo DX dan pelanggannya,” kata Phillip Crawley, Penerbit dan CEO The Globe and Mail. “Kerjasama baharu antara Stibo DX dengan Sophi ini dibina pada pemahaman tersebut dan menawarkan penggunaan yang mudah, automasi yang canggih dan analisis ramalan kepada ramai pelanggan CUE seluruh dunia, daripada organisasi media kepada jenama yang memfokuskan kandungan.” “The Globe and Mail merupakan pelanggan Stibo DX yang berharga selama lebih daripada dua dekad. Dimensi baharu kerjasama kita dibina pada asas yang kukuh,” kata En. van de Kamp. Pada tahun 2017, The Globe telah mengehoskan persidangan pengguna Stibo DX di ibu pejabat mereka di Toronto, Kanada. “Penglibatan The Globe and Mail dengan komuniti CUE sentiasa dihargai. Kami sangat bangga untuk meneruskan kerjasama dan memperkuat platform CUE dengan teknologi yang merubah keadaan ini,” kata En. van de Kamp. Perihal Stibo DX Stibo DX (https://www.stibodx.com/) ialah syarikat di sebalik penyelesaian CMS dan DAM CUE untuk syarikat media dan penerbit jenama di seluruh dunia. Sejak 1979, Stibo DX merupakan rakan kerjasama teknologi utama bagi beberapa syarikat media terbesar di dunia, termasuk The New York Times, Gannett, Axel Springer, Times of India, dan The Economist. Perihal Sophi.io Sophi.io (https://www.sophi.io) telah dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Sophi merupakan suit alat dikuasakan AI yang merangkumi Sophi Automation dan Sophi for Paywalls, serta Sophi Analytics, sistem sokongan keputusan untuk penerbit kandungan. Sophi direka bentuk untuk meningkatkan metrik yang paling penting untuk perniagaan anda, seperti pengekalan dan pemerolehan, keterlibatan, kekinian, kekerapan dan volum pelanggan. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14404