Friday, April 2, 2021

MEMPERKUKUHKAN DASAR EKONOMI PERPADUAN SOSIAL DI ASIA - BENGKEL MEMBINA KEUPAYAAN BERJAYA DIADAKAN



SEOUL, Korea Selatan, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO, Ketua Pengarah Guy Ryder), Kementerian Pekerjaan dan Buruh (MOEL, Menteri Lee Jae-Kap), Republik Korea, dan Agensi Penggalakan Perusahaan Sosial Korea (KoSEA, Presiden Kim-InSun) telah dengan jayanya mengadakan ‘Dasar Memperkukuhkan Ekonomi Perpaduan Sosial (SSE) di Asia - Bengkel Membina Keupayaan’ dari 29 hingga 31 Mac.


Bengkel itu merupakan sebahagian daripada Projek ‘Memperkukuhkan Dasar Ekonomi Sosial dan Perpaduan di Asia’ yang dijalankan melalui satu perjanjian bersama pada 5 September, 2019 di antara ILO dan MOEL.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14416

MALABAR GOLD & DIAMONDS BERHUBUNG PENGEMBANGAN, DIJADUAL AKAN MEMBUKA 56 KEDAI

Sebuah bilik pameran bagi Malabar Gold & Diamonds yang baharu dibuka, rantaian runcit emas dan berlian terkemuka (Foto: AETOSWire)

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Malabar Gold & Diamonds, satu daripada rantaian runcit emas dan berlian terbesar, akan membuka 56 kedai dalam tahun kewangan 2021-22 - 40 di India dan 16 di luar negara, dengan anggaran pelaburan sebanyak USD 220 Juta, dan menjanakan 1,750 peluang pekerjaan baharu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210401005609/en/

Di India, pengembangan itu akan merangkumi Tamil Nadu, Telangana, Andhra Pradesh, Karnataka, Maharashtra, Delhi, Bengal Barat, Uttar Pradesh, Odisha dan Kerala, dan di peringkat global, kedai baharu akan dibuka di Singapura, Malaysia, Oman, Qatar, Bahrain dan UAE.

KERAJAAN WILAYAH CHIBA MENYIAPKAN LAGU PERJUANGAN "EKSPEDISI MISTERI CHI-BA!"

CHIBA, Jepun, 2 April, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Kerajaan Wilayah Chiba telah menyiapkan lagu perjuangan baharu, “Ekspedisi Misteri CHI-BA!” bagi maskot wilayah itu CHI-BA+KUN.

Foto 1: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/202103182443/_prw_PI1fl_szr5o6y4.jpg

Foto 2: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/202103182443/_prw_PI2fl_vuz7jG4Y.jpg

Video itu boleh didapati di sini:
Laman web rasmi Wilayah Chiba “Plaza CHI-BA+KUN”
Video: https://www.youtube.com/watch?v=ug32ROQJa8k
 
Lagu ini telah dihasilkan oleh unit muzikal “Charat,” yang menggubah, menyanyikan, dan mereka tari lagu-lagu tema untuk watak-watak daerah di seluruh Jepun. Lirik dan koreografi itu, yang menggabungkan satu irama yang pantas, melodi yang ceria dan bergaya, dengan ciri-ciri CHI-BA+KUN dan pesona bagi Wilayah Chiba, digabungkan dengan menarik, untuk mengunjurkan imej CHI-BA+KUN yang ceria dan bertenaga. Lagu perjuangan itu dijadual akan dipersembahkan di pelbagai tempat, seperti di acara-acara.
Mengapa tidak belajar koreografi dan menari bersama untuk merancakkan sesuatu?


KERAJAAN WILAYAH CHIBA MENYIAPKAN LAGU PERJUANGAN "EKSPEDISI MISTERI CHI-BA!"

Thursday, April 1, 2021

PINE LABS MELANCARKAN BELI SEKARANG BAYAR KEMUDIAN DI MALAYSIA




KUALA LUMPUR & SINGAPURA & NEW DELHI, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pine Labs, satu daripada platform perdagangan saudagar terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan pelancaran bagi penawaran Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) mereka di Malaysia. Pine Labs sekarang telah mencapai kejayaan luar biasa dengan perkhidmatan BNPL luar talian di India di mana ia mempunyai 95% penguasaan pasaran. Kemasukan ke Malaysia oleh anak syarikat syarikat itu Pine Payment Solutions datang pada satu detik masa yang menarik apabila terdapat permintaan terpendam di kalangan pengguna setelah satu tempoh sekatan pergerakan yang berlanjutan; pengguna mahukan akses yang lebih mudah kepada kredit dan peniaga mencari cara yang lebih baharu untuk menghidupkan semula jualan.

Pelancaran BNPL oleh Pine Labs di Malaysia akan mempercepatkan lagi penerimaan pembayaran digital di negara itu dan memungkinkan bagi peniaga untuk menjual lebih banyak dalam suasana perniagaan yang sukar ini selepas pandemik itu.

“Kami cukup yakin dengan rancangan pengembangan di sekitar produk Beli Sekarang Bayar Kemudian kami yang sangat berjaya yang bertumpukan kepada teknologi dan sangat teruja pada pelancarannya di Malaysia. Ini adalah satu produk yang sangat baik dan satu cadangan sama menang bagi semua pihak yang terlibat termasuk pengguna yang mendapat pilihan pembelian yang berpatutan, peniaga yang mendapat satu cadangan menarik untuk menarik pelanggan kembali ke kedai dan meningkatkan jualan mereka, dan bank dan jenama yang dapat membina kesetiaan jenama mereka. Penyelesaian bersepadu ini yang kami lancarkan dengan Mastercard akan kini diperluaskan ke pasaran baharu di rantau itu,” kata Kush Mehra, Ketua Pegawai Perniagaan, Pine Labs.

CIMB Bank, AmBank, HSBC Bank, AFFIN BANK, dan RHB Bank adalah bank-bank utama di Malaysia yang sudah berada di platform BNPL Pine Labs. Beberapa daripada peniaga utama yang akan terlibat dalam pelancaran penyelesaian ini termasuk Senheng, DirectD, Ogawa, Gintell, Herbaline, dan E.S.H. Electrical.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14408

PENYELESAIAN AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DALAM TAWARAN PERLINDUNGAN PERANTI PENGGUNA ALLSTATE PROTECTION PLANS

Kebolehan untuk melindungi kedua-dua peranti dan kandungan akan meningkatkan kesetiaan pelanggan dan mengukuhkan perhubungan pelanggan

BRIDGEWATER, N.J., 31 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, hari ini mengumumkan Allstate Protection Plans telah memilih penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss untuk disepadukan dalam tawaran pelan perlindungan peranti terpilih. Tambahan awan peribadi akan memberi pelanggan global keupayaan untuk menyandarkan dan mengurus aset digital yang berharga mereka – kenalan, foto, video, muzik, dokumen, mesej dan banyak lagi – daripada sebarang peranti Android atau iOS yang dilindungi.

Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss, berkata bahawa beliau amat teruja bahawa dua organisasi ini akan bekerjasama. “Peranti mudah alih berfungsi sebagai repositori untuk kebanyakan data peribadi dan dokumen penting kami dan keupayaan untuk menyandarkan dan melindungi kandungan ini secara mudah amat penting kepada pelanggan,” kata beliau. “Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Allstate Protection Plans untuk membantunya dalam memanfaatkan kesemua penyelesaian yang boleh ditawarkan Awan Peribadi Synchronoss termasuk kefleksibelan untuk menambahkan perkhidmatan nilai tambahan yang lain dengan pantas.”

Selain membuat sandaran kandungan secara automatik berdasarkan keutamaan pelanggan, awan peribadi yang dikuasakan Synchronoss memberi pelanggan pelan perlindungan peranti beberapa cara untuk mengatur dan berinteraksi dengan kandungan mereka dengan mudah, termasuklah:
  • Slaid pembentangan imbas kembali, sorotan dan segera yang menunjukkan kandungan dalam format yang hebat dan menarik
  • Ciri pengeditan dan perkongsian foto yang membenarkan pengguna meningkatkan ciri dan berkongsi memori dengan rakan dan keluarga
Allstate Protection Plans dibeli oleh pelanggan daripada pelbagai saluran, termasuk peruncit utama, operator global, dan secara terus daripada syarikat.

Karl Wiley, Presiden dan CEO Allstate Protections Plans, berkata penambahan awan peribadi ke dalam berkas perlindungan peranti memberikan syarikat kapasiti untuk melindungi seluruh hubungan pelanggan – daripada peranti kepada kandungan – dan akan membantu untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan membina kesetiaan jenama. “Sebagai salah satu pelindung utama telefon mudah alih, komputer riba, tablet dan elektronik pengguna yang lain, kami memahami peranan penting yang dimainkan peranti dalam kehidupan seharian kami. Menambahkan keupayaan kaya ciri Awan Peribadi Synchronoss untuk memilih tawaran perlindungan peribadi bermaksud kami kini dapat melindungi keseluruhan ekosistem mudah alih pelanggan. Keupayaan yang dipertingkat ini bermakna hubungan yang lebih menyeluruh dengan pelanggan kita.” ujarnya.

Penyelesaian awan peribadi Synchronoss telah digunakan oleh pengendali mudah alih dan syarikat lain di seluruh dunia untuk menyampaikan tahap nilai yang tinggi kepada pelanggan mereka dan memacu pendapatan baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian awan Synchronoss, lawati synchronoss.com/solutions/cloud.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14411

PAAB SUMBANG RM500,000 KEPADA DANA WAKAF AIR

 KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyerahkan RM500,000 kepada Dana Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) di bawah Wakaf Tunai Malaysia Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) ini menyahut seruan kerajaan supaya menghulurkan sumbangan kepada Wakaf Air sebagai usaha kerajaan untuk membekalkan air bersih terawat kepada rakyat terutama di luar bandar.

Beliau berkata, Wakaf Air merupakan inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama YWM bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil merangkumi sumber air, bekalan air dan pembentungan dalam skala kecil dengan kos projek bernilai di bawah RM50,000.

Abdul Hadi berharap, sumbangan dana Wakaf Air ini menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan air yang yang akan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf Air PAAB Kepada Yayasan Waqaf Malaysia disaksikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan PAAB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Hadi Ali dan YWM diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin.
 
Antara projek perkhidmatan air yang berpotensi dibangunkan hasil sumbangan dana Wakaf Air ini termasuklah sistem pengepaman sumber air dari perigi, pembelian alat-alat ganti, penyelenggaraan bersifat ‘sekali beri’ (one-off), dana bantuan operasi pencegahan serta pemulihan sistem bekalan air luar bandar; dan penyediaan sumber air alternatif yang melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah dan selamat digunakan.

Masyarakat termasuk kakitangan PAAB juga digalakan untuk turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Air, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun 2124-57600-01304 atau secara potongan gaji. Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.

PAAB ditubuhkan pada tahun 2006 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi membantu Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Pelan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aset air di Semenanjung Malaysia dengan kadar pembiayaan yang kompetitif. 

Photo link : 
https://drive.google.com/drive/folders/1sChHSGjyDQIMcXshG5csocgR70xHQ-vx?usp=sharing



SUMBER : Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) 

WALGREENS MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN SETERUSNYA BAGI STRATEGI PERNIAGAAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MEREKA DENGAN INCOMM PAYMENTS

 Walgreens akan menawarkan akaun bank baharu dengan kad debit Mastercard yang memanfaatkan platform InComm Payments


InComm Payments akan meningkatkan program kad hadiah berjenama Walgreens

DEERFIELD, Ill. & ATLANTA, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walgreens hari ini mengumumkan satu perjanjian dengan InComm Payments, sebuah syarikat teknologi pembayaran global terkemuka, untuk menyediakan pilihan perkhidmatan kewangan yang sesuai dan mudah diakses bagi pelanggan mereka. Bersama-sama, syarikat-syarikat itu akan melancarkan satu penawaran akaun bank baharu bagi pelanggan mereka yang akan diwujudkan di MetaBank* dengan sebuah kad debit Mastercard yang akan melayani pembeli-belah Walgreens di dalam kedai dan dalam talian dan membolehkan mereka untuk memperoleh ganjaran Tunai MyWalgreens ke atas semua pembelian sebagai sebahagian daripada program kesetiaan pelanggan myWalgreens yang baharu dilancarkan pada November 2020.

Perjanjian ini adalah sebahagian daripada strategi keuntungan alternatif Walgreens dan baru-baru ini mengumumkan inisiatif yang lebih luas untuk melancarkan produk dan perkhidmatan kewangan baharu yang memperkuatkan komitmen mereka yang berterusan untuk menawarkan perkhidmatan dan faedah yang berbeza kepada pelanggan mereka. Penyelesaian perbankan baharu itu akan melengkapkan rancangan Walgreens untuk meneruskan tumpuan kesihatan dan kesejahteraan mereka dan meningkatkan program kesetiaan dan personalisasi pelanggan. Penyelesaian itu memanfaatkan platform perbankan sebagai satu perkhidmatan digital moden InComm Payments. Pembeli-belah Walgreens akan dapat mencari produk di dalam kedai atau mendaftar secara dalam talian dan kemudian menguruskan kewangan harian mereka dengan mudah dalam satu aplikasi perbankan mudah alih baharu yang mudah digunakan. Akaun bank itu dijangka tersedia di hampir 9,000 kedai Walgreens dan dalam talian pada separuh kedua tahun 2021.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14412