Friday, April 2, 2021

​FDA AMERIKA SYARIKAT MELULUSKAN JEMINCARE UNTUK MEMULAKAN UJIAN KLINIKAL BAGI PENEUTRALAN ANTIBODI JMB2002

 SHANGHAI, 2 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 31 Mac, 2021, Kumpulan Jemincare telah mengumumkan bahawa antibodi peneutralan anti-SARS-CoV-2 mereka, JMB2002, yang dibangunkan secara persendirian oleh Pusat Penyelidikan Shanghai Jemincare, telah diluluskan oleh FDA untuk ujian klinikal di Amerika Syarikat.
 
Data praklinikal menunjukkan bahawa JMB2002 boleh dengan tepat menduduki epitop utama bagi domain pengikat reseptor (RBD) pada subunit S1 bagi SARS-CoV-2 dengan antara muka pengikat enzim II (hACE2) yang mengubah angiotensin manusia, dan mempunyai aktiviti pengikat dan penghalang yang kuat kepada lonjakan glikoprotein bagi virus mutan termasuk mutan Afrika Selatan (B.1.351), mutan UK (B.1.1.7) dan mutan Brazil (P.1).

Pada Februari tahun ini, penyelidik Jemincare telah menerbitkan di laman web bioRxiv sebuah kertas kerja bertajuk “Satu antibodi manusia dengan aktiviti penghalang kepada protein RBD bagi pelbagai varian SARS-CoV-2 termasuk B.1.351 menunjukkan keberkesanan profilaktik dan terapeutik  yang kuat terhadap SARS-CoV-2 dalam beruk rhesus”. Kertas kerja pracetak itu melaporkan bahawa JMB2002 telah menunjukkan afiniti  pengikat 6.8 kali ganda dan 1.9 kali ganda lebih tinggi terhadap protein mutan SARS-CoV-2 S1 masing-masing bagi mutan Afrika Selatan dan mutan UK berbanding dengan prototaip S1, yang menunjukkan bahawa JMB2002 besar kemungkinan akan meneutralkan kemujaraban terhadap mutan Afrika Selatan dan UK. Dalam kajian makmal terbaharu, JMB2002 juga menunjukkan afiniti 7 kali ganda lebih tinggi terhadap S1 RBD bagi varian Brazil berbanding dengan prototaip S1 RBD, yang mencadangkan bahawa JMB2002 juga kemungkinan akan mengekalkan kemujaraban peneutralan terhadap varian Brazil itu.

Pada pertengahan Januari, 2021, Jemincare telah memulakan ujian klinikal fasa I bagi individu Cina yang sihat. Pengedosan bagi semua kohort dilengkapkan dalam ujian klinikal fasa I di China. Sekarang, JMB2002 telah diluluskan oleh FDA untuk ujian klinikal di Amerika Syarikat, yang akan menambahkan pilihan untuk intervensi profilaktik dan terapeutik bagi SARS-CoV-2 dengan menggunakan JMB2002 untuk memperlahankan penjalaran bagi varian SARS-CoV-2 yang muncul pada masa ini dan ia kemungkinan akan mengakibatkan dalam kawalan yang lebih efisien bagi pandemik COVID-19.

Sebagai satu daripada kumpulan farmaseutikal terkemuka di China, Kumpulan Jemincare, telah memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi ubat-ubatan baharu dengan saluran untuk merawat penyakit dalam kanser, sistem saraf pusat, sistem pernafasan, sistem kardiovaskular dan serebrovaskular. Jemincare telah mendirikan Pusat Penyelidikan mereka di Bandar raya Sains Shanghai Zhangjiang dan telah merekrut lebih 400 ahli sains R&D untuk pengembangan bagi ubat-ubatan berinovatif termasuk biologik, molekul kecil baru, sistem penyampaian ubat baru, ubat generik dan ubat tradisional Cina.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.jemincare.com/, atau hubungi:
PR@jemincare.com
 
Sumber: Jemincare 

DIGITAL EDGE AKAN MEMPERLUASKAN PLATFORM KEHADIRAN DI KOREA SELATAN

 Memperoleh dua pusat data di Korea Selatan dan membentuk satu pakatan strategik jangka panjang dengan Sejong Telecom


SINGAPURA, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Digital Edge (Singapura) Holdings Pte. Ltd. (“Digital Edge” atau “Syarikat” itu), sebuah platform pusat data terkemuka, yang ditubuhkan untuk mengubah infrastruktur digital di Asia dan disokong oleh Stonepeak Infrastructure Partners, hari ini mengumumkan rancangan untuk memperluaskan kehadiran serantau mereka ke Korea Selatan dengan memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperoleh aset pusat data Sejong Telecom dalam satu urus niaga semua tunai. Pada penutupan, Digital Edge akan memperoleh sebuah pusat data di Gangnam, Seoul dan sebuah kemudahan Stesen Pendaratan Kabel di Bandar raya Centum, Busan. Penambahan aset-aset strategik ini, termasuk operasi dan pelanggan mereka yang berkaitan, menandakan kemasukan awal Syarikat itu ke pasaran Korea dan memperkukuhkan lagi platform serantau mereka.

Urus niaga ini akan membolehkan Digital Edge untuk dengan serta merta menawarkan penyelesaian antara sambung dan pusat data di pasaran Korea yang berkembang pesat dan mewujudkan satu asas kukuh untuk pengembangan masa depan di dua metro utama – Seoul dan Busan. Pusat-pusat data Sejong Telecom terletak di lokasi strategik dan membawa banyak pilihan penyambungan daripada pelanggan yang sedia ada. Digital Edge merancang untuk melabur modal tambahan bagi mengembangkan kapasiti dan meningkatkan kecekapan tenaga bagi kedua-dua kemudahan tersebut. Di antara urus niaga itu dan pengembangan seterusnya, Digital Edge menjangka akan melabur lebih AS$120 juta.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14418

AXA MELANCARKAN PELAN PERTAMA YANG MENAWARKAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK KERUGIAN MENYELURUH KENDERAAN


 


KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Sejajar dengan komitmennya untuk memberikan ketenangan jiwa dan melindungi kepentingan pelanggan, AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) telah melancarkan Guaranteed Asset Protection – Return to Insured Value (GAP-RTIV), pelan pertama seumpamanya dalam pasaran yang melindungi nilai penuh kenderaan dalam kejadian tidak diduga.


Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA berkongsi bahawa kereta yang baru dibeli dianggarkan akan susut nilai sekitar 10-20% hanya selepas satu tahun.¹ Sebarang kemalangan pasti akan memberi kesan kepada pemilik kenderaan dari segi kewangan dan emosi. Menyedari bahawa terdapat jurang perlindungan dalam pasaran, AXA telah mempertingkatkan produknya untuk memberi sokongan kepada pelanggan.
 
"Sekiranya berlaku kerugian menyeluruh, pemilik kereta mungkin tidak dapat memperoleh kembali jumlah sama yang telah dibayar oleh beliau untuk keretanya akibat susut nilai. Oleh itu, matlamat kami adalah untuk melindungi pemilik kenderaan daripada gangguan secara tiba-tiba ini serta memastikan mereka tidak perlu menanggung beban untuk membayar nilai tertunggak kenderaan yang tidak diinsuranskan, sebaliknya agar mereka dapat pulih dengan cepat dan mampu membeli kenderaan baharu sebagai ganti," tambah Emmanuel.
 
Dengan GAP-RTIV, pemilik kenderaan akan diberikan bantuan dan perlindungan kewangan terhadap sebarang kekurangan kewangan atau kemungkinan pinjaman sewa beli yang belum selesai sekiranya berlaku kerugian menyeluruh yang disebabkan oleh kerosakan, kebakaran atau kecurian secara tidak sengaja. Pelan ini melindungi perbezaan antara pembayaran tuntutan daripada polisi insurans motor komprehensif dan nilai kenderaan yang diinsuranskan semasa pembelian polisi GAP-RTIV, lalu membolehkan pemilik kereta membeli kenderaan yang BAHARU sekali lagi sebagai ganti.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14421

MEMPERKUKUHKAN DASAR EKONOMI PERPADUAN SOSIAL DI ASIA - BENGKEL MEMBINA KEUPAYAAN BERJAYA DIADAKAN



SEOUL, Korea Selatan, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO, Ketua Pengarah Guy Ryder), Kementerian Pekerjaan dan Buruh (MOEL, Menteri Lee Jae-Kap), Republik Korea, dan Agensi Penggalakan Perusahaan Sosial Korea (KoSEA, Presiden Kim-InSun) telah dengan jayanya mengadakan ‘Dasar Memperkukuhkan Ekonomi Perpaduan Sosial (SSE) di Asia - Bengkel Membina Keupayaan’ dari 29 hingga 31 Mac.


Bengkel itu merupakan sebahagian daripada Projek ‘Memperkukuhkan Dasar Ekonomi Sosial dan Perpaduan di Asia’ yang dijalankan melalui satu perjanjian bersama pada 5 September, 2019 di antara ILO dan MOEL.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14416

MALABAR GOLD & DIAMONDS BERHUBUNG PENGEMBANGAN, DIJADUAL AKAN MEMBUKA 56 KEDAI

Sebuah bilik pameran bagi Malabar Gold & Diamonds yang baharu dibuka, rantaian runcit emas dan berlian terkemuka (Foto: AETOSWire)

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Malabar Gold & Diamonds, satu daripada rantaian runcit emas dan berlian terbesar, akan membuka 56 kedai dalam tahun kewangan 2021-22 - 40 di India dan 16 di luar negara, dengan anggaran pelaburan sebanyak USD 220 Juta, dan menjanakan 1,750 peluang pekerjaan baharu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210401005609/en/

Di India, pengembangan itu akan merangkumi Tamil Nadu, Telangana, Andhra Pradesh, Karnataka, Maharashtra, Delhi, Bengal Barat, Uttar Pradesh, Odisha dan Kerala, dan di peringkat global, kedai baharu akan dibuka di Singapura, Malaysia, Oman, Qatar, Bahrain dan UAE.

KERAJAAN WILAYAH CHIBA MENYIAPKAN LAGU PERJUANGAN "EKSPEDISI MISTERI CHI-BA!"

CHIBA, Jepun, 2 April, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Kerajaan Wilayah Chiba telah menyiapkan lagu perjuangan baharu, “Ekspedisi Misteri CHI-BA!” bagi maskot wilayah itu CHI-BA+KUN.

Foto 1: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/202103182443/_prw_PI1fl_szr5o6y4.jpg

Foto 2: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/202103182443/_prw_PI2fl_vuz7jG4Y.jpg

Video itu boleh didapati di sini:
Laman web rasmi Wilayah Chiba “Plaza CHI-BA+KUN”
Video: https://www.youtube.com/watch?v=ug32ROQJa8k
 
Lagu ini telah dihasilkan oleh unit muzikal “Charat,” yang menggubah, menyanyikan, dan mereka tari lagu-lagu tema untuk watak-watak daerah di seluruh Jepun. Lirik dan koreografi itu, yang menggabungkan satu irama yang pantas, melodi yang ceria dan bergaya, dengan ciri-ciri CHI-BA+KUN dan pesona bagi Wilayah Chiba, digabungkan dengan menarik, untuk mengunjurkan imej CHI-BA+KUN yang ceria dan bertenaga. Lagu perjuangan itu dijadual akan dipersembahkan di pelbagai tempat, seperti di acara-acara.
Mengapa tidak belajar koreografi dan menari bersama untuk merancakkan sesuatu?


KERAJAAN WILAYAH CHIBA MENYIAPKAN LAGU PERJUANGAN "EKSPEDISI MISTERI CHI-BA!"

Thursday, April 1, 2021

PINE LABS MELANCARKAN BELI SEKARANG BAYAR KEMUDIAN DI MALAYSIA




KUALA LUMPUR & SINGAPURA & NEW DELHI, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pine Labs, satu daripada platform perdagangan saudagar terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan pelancaran bagi penawaran Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) mereka di Malaysia. Pine Labs sekarang telah mencapai kejayaan luar biasa dengan perkhidmatan BNPL luar talian di India di mana ia mempunyai 95% penguasaan pasaran. Kemasukan ke Malaysia oleh anak syarikat syarikat itu Pine Payment Solutions datang pada satu detik masa yang menarik apabila terdapat permintaan terpendam di kalangan pengguna setelah satu tempoh sekatan pergerakan yang berlanjutan; pengguna mahukan akses yang lebih mudah kepada kredit dan peniaga mencari cara yang lebih baharu untuk menghidupkan semula jualan.

Pelancaran BNPL oleh Pine Labs di Malaysia akan mempercepatkan lagi penerimaan pembayaran digital di negara itu dan memungkinkan bagi peniaga untuk menjual lebih banyak dalam suasana perniagaan yang sukar ini selepas pandemik itu.

“Kami cukup yakin dengan rancangan pengembangan di sekitar produk Beli Sekarang Bayar Kemudian kami yang sangat berjaya yang bertumpukan kepada teknologi dan sangat teruja pada pelancarannya di Malaysia. Ini adalah satu produk yang sangat baik dan satu cadangan sama menang bagi semua pihak yang terlibat termasuk pengguna yang mendapat pilihan pembelian yang berpatutan, peniaga yang mendapat satu cadangan menarik untuk menarik pelanggan kembali ke kedai dan meningkatkan jualan mereka, dan bank dan jenama yang dapat membina kesetiaan jenama mereka. Penyelesaian bersepadu ini yang kami lancarkan dengan Mastercard akan kini diperluaskan ke pasaran baharu di rantau itu,” kata Kush Mehra, Ketua Pegawai Perniagaan, Pine Labs.

CIMB Bank, AmBank, HSBC Bank, AFFIN BANK, dan RHB Bank adalah bank-bank utama di Malaysia yang sudah berada di platform BNPL Pine Labs. Beberapa daripada peniaga utama yang akan terlibat dalam pelancaran penyelesaian ini termasuk Senheng, DirectD, Ogawa, Gintell, Herbaline, dan E.S.H. Electrical.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14408