Thursday, April 15, 2021

PENEMPATAN SEMULA PEKERJA GLOBAL DILAYANI OLEH PEJABAT ANTARABANGSA WHR

MILWAUKEE, Wis., 14 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada tahun 2020, WHR Group, Inc. (WHR) telah membuka pejabat antarabangsa di Singapura, dan Basel, Switzerland, untuk menyokong perkhidmatan penempatan semula pekerja globalnya. Pejabat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan yang merangkumi perkhidmatan pratugasan, peralihan, pada tugasan dan penghantaran balik kepada penerima pindahan ekspatriat berbilang bahasa. Berserta ibu pejabat A.S. di Milwaukee, Wis., WHR membantu beberapa organisasi terbesar di dunia dan telah memindahkan ratusan ribu pekerja ke lebih daripada 120 negara di seluruh dunia.


Dimiliki sepenuhnya dan secara bebas sejak penubuhannya 26 tahun yang lalu. WHR mengkhusus dalam menyediakan pasukan penempatan semula khusus untuk setiap ekspatriat, perkhidmatan kendalian teliti (white glove service) dan ketersediaan 24/7 untuk keseluruhan proses penempatan semula – tugasan jangka panjang atau jangka pendek.

Pejabat Switzerland menyokong klien dan penerima pindahan mereka di Eropah, Timur Tengah dan Afrika manakala pejabat Singapura menyokong rantau Asia Pasifik. “Walaupun Covid-19 telah memperlahankan keupayaan individu untuk merentasi sempadan secara dramatik, kami kekal membuka pejabat ini untuk memenuhi kewajipan klien kami dan bersedia untuk memenuhi permintaan masa hadapan,” kata Presiden WHR, Paul De Boer. “Kami menjangkakan akan bangkit semula dengan baik sebaik sahaja pandemik tamat, dan kami telah mempunyai asas untuk melayani sebarang perluasan global yang diminta oleh klien kami”

Perihal WHR Group, Inc.
WHR Group Inc. (WHR) ialah syarikat pengurusan penempatan semula global yang dimiliki secara persendirian dan dipacu oleh klien yang dibezakan oleh penghantaran perkhidmatan terbaik dalam kelasnya dan teknologi proprietari yang canggih. WHR mempunyai pejabat di Milwaukee, Wis., Switzerland dan Singapura. Dengan kadar pengekalan pelanggan sebanyak 100% sejak dekad yang lalu, WHR terus menempatkan dirinya sebagai pembekal yang dipercayai dalam penempatan semula pekerja global. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang WHR, lawati http://www.whrg.com, atau ikuti @WHRGroup pada LinkedIn, Twitter dan Facebook.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14453

Wednesday, April 14, 2021

TIM BORN MENJADI NAIB PRESIDEN, OCEANIA DAN ASIA TENGGARA BAGI NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP

TEMECULA, Calif., 14 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Cryogenic Industries’ Clean Energy & Industrial Gases Group (“Kumpulan”), subsidiari Nikkiso Co., Ltd (Japan), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Tim Born telah dilantik sebagai Naib Presiden Oceania dan Asia Tenggara.

Penambahan penting kepada pasukan pengurusan kami ini adalah sejajar dengan objektif Bahagian Industri Nikkiso untuk dapat melayani dan menyokong pelanggan kita di wilayah strategik.

Tim memulakan kerjaya beliau pada tahun 1983, sebagai Jurutera Pengeluaran dengan BOC Gases, kemudian memegang beberapa jawatan sebagai Pengurus Loji, Jurutera Proses Pentauliahan dan Kanan, dan Pengurus Perkhidmatan Kejuruteraan Pelanggan dengan kumpulan yang sama, dengan peranan di Australia dan UK.

TIM BORN MENJADI NAIB PRESIDEN, OCEANIA DAN ASIA TENGGARA BAGI NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP

SATU JEMPUTAN MESRA DARI PERGUNUNGAN WUDANG CHINA




DANJIANGKOU, China, 13 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 12 April, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri China telah mengadakan satu promosi global khas bagi Wilayah Hubei di China tengah. Pergunungan Wudang, tempat suci bagi Taoisme, sekali lagi membuat satu penampilan yang menakjubkan di hadapan seluruh dunia.

Sementara itu, “Pesta Tokong Warisan Kebudayaan Tak Ketara Pergunungan Wudang 2021” yang pertama sedang berlangsung di Jalan Yuxu, menurut Jawatankuasa Kerja Zon Ekonomi Khas Pelancongan Pergunungan Wudang. Persembahan seni mempertahankan diri yang hebat, tarian rakyat yang anggun, dan pertunjukan kostum Cina Han yang mempesonakan kesemuanya telah dipersembahkan. Acara itu akan berlangsung sehingga 6 Mei. Penduduk di bandar raya Shiyan menjemput pelancong dari dalam dan luar negeri untuk mengunjungi Pergunungan Wudang, turut serta dalam pesta tokong itu, menikmati pemandangan yang indah dan berlatih seni mempertahankan diri.

Pergunungan Wudang itu adalah satu warisan kebudayaan dunia, sebuah tempat suci Tao yang terkenal di China dan sebuah tempat indah yang utama negara. UNESCO berkata bahawa Pergunungan Wudang adalah satu daripada tempat paling indah di dunia dan sejarah besar China masih kekal di sana apabila ia termasuk kompleks bangunan kuno di Pergunungan Wudang dalam Senarai Warisan Kebudayaan Dunia.

Landskap semula jadi bagi Pergunungan Wudang itu sangat mengagumkan sehingga ia dikenali sebagai “gunung terindah di dunia.” Pergunungan Wudang itu mempunyai kompleks seni bina Tao yang paling lengkap dan terbesar di China. Bangunan-bangunan ini memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri rupa bumi, dan membangunkan istana-istana di antara puncak, pergunungan, lereng, batu dan sungai, yang mencerminkan tradisi halus bagi “kewujudan bersama manusia dan alam secara harmoni” dalam hasil seni bina China, dan menunjukkan idea “Tao mengikuti alam semula jadi dan perpaduan di antara manusia dan alam” dalam budaya tradisional Cina. Pergunungan Wudang oleh itu dikenali sebagai “muzium bagi pencapaian seni bina Cina kuno” dan “Kota Larangan yang tergantung pada cenuram”.

Wusyu Wudang adalah satu daripada sekolah utama bagi Wusyu Cina. Ini adalah satu gabungan semula jadi bagi seni mempertahankan diri dan kaedah pemeliharaan kesihatan. Ini bukan sahaja memiliki budaya Wusyu tradisional yang mendalam, tetapi juga mengandungi alasan saintifik yang sangat cantik. Ia menerapkan falsafah Cina kuno seperti Tai Chi, Yin dan Yang, Lima Elemen dan Lapan Gambar Rajah kepada prinsip tinju, kemahiran tinju, prinsip latihan dan strategi pertempuran. Banyak rakan asing telah tertarik kepada Pergunungan Wudang untuk belajar seni mempertahankan diri. Pada Jun 2010, Pinnick Jake dari Illinois, Amerika Syarikat telah datang ke Pergunungan Wudang untuk belajar seni mempertahankan diri di sebuah sekolah seni mempertahankan diri tradisional Tao. Setelah lebih satu dekad pembelajaran yang penuh dedikasi, Pinnick Jake kini telah menjadi seorang pengajar seni mempertahankan diri, dan keturunan generasi ke-16 bagi Sekta Wudang Sanfeng. Pada  Disember 2020, Tai Chi telah dituliskan pada Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Kebudayaan Tak Ketara bagi Kemanusiaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14449

Tuesday, April 13, 2021

MI KERING PANAS, MENARA KREN KUNING DAN PROSPEK CERAH: WUHAN MENGHULURKAN JEMPUTAN KEPADA PELAWAT, PELABUR GLOBAL

Bunga sakura di Wuhan

WUHAN, China, 13 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada tengah hari 12 April, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri China telah mengadakan satu acara promosi global khas bagi Wilayah Hubei di China tengah.

Sebanyak 275 orang duta, diplomat dan wakil bagi organisasi antarabangsa dari 155 kedutaan di China dan 21 organisasi antarabangsa di China telah berkumpul di dewan persidangan media kementerian itu untuk merasakan kelahiran semula bandar raya Wuhan yang gagah berani, menurut Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Wuhan.

MI KERING PANAS, MENARA KREN KUNING DAN PROSPEK CERAH: WUHAN MENGHULURKAN JEMPUTAN KEPADA PELAWAT, PELABUR GLOBAL

MUZAKARAH PAKAR "PERANAN SALING MELENGKAPI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENATIJAHKAN KEMAKMURAN"

 KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengadakan Muzakarah Pakar dengan tema “Peranan Saling Melengkapi Antara Lelaki Dan Wanita Menatijahkan Kemakmuran” secara dalam talian yang disiarkan secara langsung dalam pelbagai pentas media sosialnya pada Jumaat, 9 April 2021.


Muzakarah pakar ini antara lain bertujuan untuk mencungkil potensi peranan saling melengkapi antara lelaki dan perempuan dalam memakmurkan negara, baik dalam ruang lingkup keluarga; tempat kerja, mahupun masyarakat.   Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, menyampaikan ucapan tema yang antara lainnya menyentuh tentang konsep peranan saling melengkapi antara lelaki dan wanita dalam Islam; kedudukan lelaki dan wanita dari perspektif Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Keluarga Islam; dan, bagaimana peranan saling melengkapi antara lelaki dan wanita ini dapat meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Seramai tiga (3) orang pembentang iaitu Prof. Madya Dr. Khalif Muammar Bin A. Harris, Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains Peradaban Raja Zarith Sofea (RZS-CASIS) Universiti Teknolgi Malaysia; Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Binti Syed Ismail, Ketua Jabatan Siasah Syar’iyyah Universiti Malaya; Prof. Dr. Najibah Binti Mohd Zin dari Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan tiga (3) orang pengulas yang terdiri daripada pakar-pakar dalam isu-isu wanita, keluarga dan undang-undang yang berkaitan telah memberikan input masing-masing mengenai tema ini.  Antara cadangan yang diutarakan adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan Piagam Keharmonian Rumahtangga untuk memandu pasangan suami-isteri dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.  Piagam ini juga wajar dijadikan rujukan oleh majikan dan pembuat dasar dan undang-undang agar segala dasar dan undang-undang yang digubal menyokong kedua-dua belah pihak, lelaki dan wanita untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai ahli keluarga, warga kerja dan ahli masyarakat.

2. Memperkukuhkan institusi keluarga dengan usaha memperkasa fungsi wali (ketua keluarga) perlu dijadikan agenda negara kerana dipercayai “Lurus wali, luruslah ahli.”

3. Undang-undang Keluarga Islam perlu ditambahbaik dengan tujuan untuk memperkukuhkan institusi keluarga dan bukannya untuk menambahkan statistik perceraian.

4. Mewujudkan sistem sokongan yang wajar untuk membantu keluarga menguruskan konflik sama ada dalam bentuk kaunseling, mediasi mahupun ‘terapeutic intervention’.  Perlu diwujudkan prosedur yang sesuai untuk menangani konflik keluarga.  Institusi dan warga kerja yang mahir juga diperlukan untuk menyelesaikan konflik keluarga.

5. Dalam kes perceraian, perlu diwujudkan undang-undang seimbang yang mengutamakan penglibatan kedua-dua ibu bapa dalam semua perkara yang melibatkan anak-anak mereka.

6. Mengakui peranan saling melengkapi antara lelaki dan wanita di tempat kerja, bagi tujuan untuk meningkatkan produktiviti, sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor awam dan swasta hendaklah dicapai.

7. Bagi meningkatkan produktiviti juga, lelaki dan wanita perlu bekerja atas dasar ketakwaan dengan menjunjung tinggi amanah, muafakat dan memelihara ikhtilat (pergaulan).

8. Rang Undang-undang Berkaitan Akta Gangguan Seksual yang telah didraf oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu segera dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan demi melindungi wanita.

Muzakarah Pakar “Peranan Saling Melengkapi Antara Lelaki Dan Wanita Menatijahkan Kemakmuran” ini boleh ditonton di Facebook TVIKIM di https://www.facebook.com/tvikim/videos/358051465562898

Unit Perhubungan Korporat
13 April  2021

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Monday, April 12, 2021

BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENAMAKAN IDIE SI SEBAGAI KETUA BAGI INSURANS KEMALANGAN & KESIHATAN, ASIA

BOSTON & SINGAPURA, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah melantik Idie Si sebagai Ketua bagi Insurans Kemalangan & Kesihatan (A&H) untuk rantau itu.

“Kami amat gembira untuk mengalu-alukan Idie ke BHSI. Pengetahuan yang mendalam, kepakaran yang luas dan kemahiran kepimpinan beliau akan menjadi satu aset besar bagi kami ketika kami terus mengembangkan penawaran A&H kami dan memperluaskan portfolio ke seluruh rantau itu,” kata Marc Breuil, Ketua bagi Asia Timur Tengah, BHSI. “Pelantikan Idie memperkukuhkan komitmen kami terhadap ruang A&H merentasi rantau itu, di mana kami melihat peluang-peluang yang amat besar untuk memberi perkhidmatan yang selanjutnya kepada broker dan pelanggan kami.”

BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENAMAKAN IDIE SI SEBAGAI KETUA BAGI INSURANS KEMALANGAN & KESIHATAN, ASIA

PLATFORM PEMANTAUAN PESAKIT JARAK JAUH PRA DIPILIH OLEH MERCK KGAA, DARMSTADT, GERMANY UNTUK DIGUNAKAN DALAM GABUNGAN DENGAN SISTEM RAWATAN HORMON PERTUMBUHAN MANUSIA MILIKNYA

 Infrastruktur berdasarkan awan PRA membolehkan Merck KGaA, Darmstadt, Germany untuk menyampaikan pengalaman produk yang lebih baik dan diskalakan bagi peningkatan masa hadapan RALEIGH, N.C., 9 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan bahawa Merck KGaA, Darmstadt, Germany, yang dikenali di Amerika Syarikat sebagai EMD Serono, telah memilih platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA untuk digunakan dalam gabungan dengan sistem rawatan hormon pertumbuhan manusia (HCH) miliknya. Di bawah perjanjian ini, platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA menyokong sistem rawatan HGH Merck KGaA, Darmstadt, Germany termasuklah growlink™, sebuah aplikasi mudah alih untuk pesakit yang dipreskripsikan dengan rawatan HGH, dan easypod® Connect, platform yang selamat untuk profesional jagaan kesihatan (HCP) dalam bidang endokrinologi untuk memantau kepatuhan pesakit, menyemak sejarah suntikan, dan berkongsi maklumat tentang perkembangan pesakit yang menghidap gangguan hormon pertumbuhan. “Pesakit dan pembayar mengharapkan kami untuk menawarkan teknologi baharu seperti aplikasi yang menyokong rawatan, dengan tahap privasi dan keselamatan data yang tertinggi,” kata Andre Musto, Presiden Kanan dan Ketua Metabolisme Kardiovaskular & Endokrinologi, Merck KGaA, Darmstadt, Germany. “Dengan growlink dan easypod Connect, yang disokong oleh platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA, kami boleh menawarkan alat yang inovatif untuk membantu dalam mengurus keadaan mereka dan memastikan pembayar menggunakan rawatan yang berkesan sambil menghormati privasi dan keselamatan data mereka sepenuhnya.” Rawatan hormon pertumbuhan manusia kerap dipreskripsikan untuk kanak-kanak dan remaja yang mengalami kekurangan hormon pertumbuhan, keadaan yang memberikan kesan kepada kira-kira 1:4,000 hingga 1:10,000 kanak-kanak¹ setiap tahun di A.S. Walaupun terdapat kelaziman bagi kekurangan hormon pertumbuhan dan pilihan rawatan, salah satu cabaran terbesar adalah untuk memastikan pesakit mematuhi rejimen tersebut. Menambahkan lapisan teknologi ini kepada rawatan HGH memudahkan penglibatan pesakit dengan lebih baik, membantu HCP memanfaatkan lawatan pesakit dengan lebih baik dan memastikan rawatan diambil dengan kerap dan pada dos yang betul, mengoptimumkan hasil rawatan dan memberikan keyakinan pembayar. Dalam persekitaran dunia nyata, HCP akan menggunakan easypod Connect untuk mengundang pesakit memuat turun aplikasi mudah alih, growlink. Kemudian pesakit memuat turun aplikasi mudah alih, menandatangani borang ePersetujuan pada aplikasi dan menyegerakkan aplikasi dengan peranti perubatan penyuntik HGG milik Merck KGaA, Darmstadt, Germany iaitu easypod. Peranti ini mampu mengawal sendiri dos HGH yang sesuai berdasarkan protokol rawatan. Sistem empat bahagian – aplikasi mudah alih (growlink) Merck KGaA, Darmstadt, Germany, peranti yang disambungkan (easypod), dan platform HCP (easypod Connect) dilengkapi oleh teknologi pemantauan pesakit jarak jauh PRA – membolehkan HCP untuk melihat gambaran tepat bagi pematuhan, tinggi, berat, dan hasil lain pesakit sementara menawarkan pesakit cara yang lebih mudah untuk mengikuti rejimen rawatan mereka dan mengurus keadaan mereka. “Selama bertahun-tahun, PRA telah berfokus pada mereka bentuk platform kesihatan digital hujung-ke-hujung yang menyokong penyampaian jagaan kesihatan mudah alih, seperti pemantauan pesakit jarak jauh,” kata Kent Thoelke, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Saintifik, PRA Health Sciences. “Kerjasama kami dengan Merck KGaA, Darmstadt, Germany untuk menyokong growlink dan easypod Connect merupakan contoh cara industri sedang maju dengan pesakit di pusat inovasi kami." http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14442