Tuesday, April 20, 2021

CIMB BAZAR SIBERTURAHIM DIADAKAN LAGI TAHUN INI UNTUK BERI PELUANG KEPADA PERUSAHAAN MIKRO

 KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- CIMB Bank Bhd dan unitnya CIMB Islamic Bank Bhd sekali lagi menganjurkan CIMB Bazar Siberturahim bagi mewujudkan peluang perniagaan untuk perusahaan mikro serta memberi peluang kepada pelanggan membuat sumbangan amal melalui zakat fitrah dan derma kepada pertubuhan bukan kerajaan yang terpilih.

Memasuki tahun kedua, bazar kali ini bertemakan “Segalanya di sini, Ramadan Raya ini”.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan perbankan berkenaan berkata bazar dalam talian itu adalah platform sehenti bagi para pelanggan untuk menikmati tawaran eksklusif CIMB dan mencipta kembali pengalaman membeli-belah Raya dengan menghimpunkan sejumlah tawaran menarik untuk memenuhi keperluan pelanggan pada musim perayaan.

"Untuk menyokong perniagaan tempatan yang terus terkesan oleh pandemik, bazar ini akan mengetengahkan dan mempromosikan perniagaan mikro tempatan, termasuk chef selebriti Chef Wan yang akan memberikan petua berguna dalam menyediakan resipi Raya yang tidak ditelan zaman,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB (Perbankan Pengguna Kumpulan ) Samir Gupta.

 

Beliau berkata sejajar dengan agenda kelestarian bank, bazar ini juga akan menampilkan biskut Raya dan produk lain daripada perniagaan dan perusahaan mikro tempatan.

Ia termasuk pengusaha dari golongan berpendapatan B40 yang menyertai Program Keusahawanan Taylor's-CIMB Islamic selain Program ‘Women of Will Microcredit’ dan program pembangunan keusahawanan untuk usahawan wanita oleh Yayasan CIMB.

Maklumat lanjut mengenai bazar boleh didapati dengan melayari https://www.cimb.com.my/bazarsiberturahim.

-- BERNAMA

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH MENERIMA ANUGERAH 'PRODUCTIVITY CHAMPION'

ALOR SETAR, 19 April (Bernama) -- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, menerima Anugerah ‘Productivity Champion’ pada semalam.

‘Productivity Champion’ diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai sebuah pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada individu yang menunjukkan komitmen dan menyumbang dalam mengukuhkan ekosistem produktiviti negeri dan negara.

Anugerah ini disampaikan oleh YBhg Dato’ Abdul Latif Hj Abu Seman, Ketua Pengarah MPC sebagai tanda pengiktirafan atas inisiatif Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang banyak mendorong dan memperkasakan pelaksanaan program produktiviti dan inovasi di peringkat industri, negeri dan negara. Antara inisiatif utama beliau adalah pengukuhan persekitaran perniagaan serta sistem perundangan yang mantap di negeri Kedah yang membantu kerajaan negeri untuk menggubal dasar struktur yang lebih berkesan ke atas produktiviti serta pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Pengarah MPC berkata, MPC dan Kerajaan Negeri Kedah bekerjasama melalui inisiatif Kedah Produktif, Kedah Digital yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim dengan matlamat meningkatkan produktiviti negeri melalui program pendigitalan dan teknologi di Negeri Kedah. Dengan jangkaan kadar purata pertumbuhan produktiviti negeri sebanyak 5.4%, negeri Kedah berpotensi untuk merekod pertambahan KDNK sebanyak RM 24.9 billion dalam masa 5 tahun yang akan datang.

Dalam usaha meningkatkan produktiviti negeri Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mempergiatkan budaya minda produktif di kalangan masyarakat serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui program kreativiti dan inovasi, pendekatan Behavioral Insights dan amalan pengurusan terbaik. Antara program penambahbaikan berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah memperkukuhkan persekitaran perniagaan yang kondusif melalui projek transformasi proses ubah jenis kegunaan tanah (UJKT) pertanian kepada perindustrian dan projek mempercepatkan prosedur kelulusan mendirikan bangunan industri, permit beroperasi dan dapat mengeksport dalam masa  kurang dari 10 bulan bagi pelaburan melebihi RM 100 juta.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14471

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH MENERIMA ANUGERAH 'PRODUCTIVITY CHAMPION'

ALOR SETAR, 19 April (Bernama) -- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, menerima Anugerah ‘Productivity Champion’ pada semalam.


‘Productivity Champion’ diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai sebuah pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada individu yang menunjukkan komitmen dan menyumbang dalam mengukuhkan ekosistem produktiviti negeri dan negara.

Anugerah ini disampaikan oleh YBhg Dato’ Abdul Latif Hj Abu Seman, Ketua Pengarah MPC sebagai tanda pengiktirafan atas inisiatif Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang banyak mendorong dan memperkasakan pelaksanaan program produktiviti dan inovasi di peringkat industri, negeri dan negara. Antara inisiatif utama beliau adalah pengukuhan persekitaran perniagaan serta sistem perundangan yang mantap di negeri Kedah yang membantu kerajaan negeri untuk menggubal dasar struktur yang lebih berkesan ke atas produktiviti serta pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Pengarah MPC berkata, MPC dan Kerajaan Negeri Kedah bekerjasama melalui inisiatif Kedah Produktif, Kedah Digital yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim dengan matlamat meningkatkan produktiviti negeri melalui program pendigitalan dan teknologi di Negeri Kedah. Dengan jangkaan kadar purata pertumbuhan produktiviti negeri sebanyak 5.4%, negeri Kedah berpotensi untuk merekod pertambahan KDNK sebanyak RM 24.9 billion dalam masa 5 tahun yang akan datang.

Dalam usaha meningkatkan produktiviti negeri Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mempergiatkan budaya minda produktif di kalangan masyarakat serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui program kreativiti dan inovasi, pendekatan Behavioral Insights dan amalan pengurusan terbaik. Antara program penambahbaikan berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah memperkukuhkan persekitaran perniagaan yang kondusif melalui projek transformasi proses ubah jenis kegunaan tanah (UJKT) pertanian kepada perindustrian dan projek mempercepatkan prosedur kelulusan mendirikan bangunan industri, permit beroperasi dan dapat mengeksport dalam masa  kurang dari 10 bulan bagi pelaburan melebihi RM 100 juta.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14471

Monday, April 19, 2021

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN RENGIT (PPK RENGIT) TERIMA PENGIKTIRAFAN PATUH SYARIAH





BATU PAHAT, 16 April (Bernama) --
 Pertubuhan Peladang Kawasan Rengit (PPK Rengit) secara rasminya telah menerima pengiktirafan patuh Syariah bagi produk pembiayaan mereka daripada syarikat penasihat Syariah bertauliah, Tawafuq Consultancy Sdn Bhd pada hari Jumaat, 9 April 2021. Majlis penyerahan sijil patuh Syariah tersebut telah dijalankan di Dewan Pelajaran PPK Rengit, Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu Sungai Dulang, Rengit dan disampaikan oleh Encik Muhammad Aiman bin Mohamad Salmi, Pengarah dan Perunding Utama di Tawafuq Consultancy. 


Penyerahan sijil patuh Syariah dilaksanakan setelah penelitian dilakukan keatas produk pembiayaan yang ditawarkan oleh PPK Rengit. Prosedur pengoperasian bagi produk pembiayaan tersebut telah distruktur semula menjadi pembiayaan Islamik berasaskan kaedah Tawaruq (Komoditi Murabahah) bagi memastikan produk tersebut patuh Syariah dan seiring dengan garis panduan yang disyorkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan AAOIFI.

Inisiatif yang pertama kali diadakan dalam kalangan PPK seluruh Malaysia ini merupakan satu langkah yang amat baik sekali bagi meluaskan skop perkhidmatan pembiayaan kepada lebih ramai pelanggan terutamanya ahli peladang. Pada masa yang sama, pengiktirafan ini juga mampu menambah keyakinan ahli peladang untuk mendapatkan pembiayaan dari PPK Rengit bagi melaksanakan sesuatu projek.

PPK Rengit yang merupakan salah satu daripada PPK yang ditubuhkan di negara ini dan dikawalselia oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan pertubuhan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pembiayaan projek pertanian termasuk pembiayaan tanaman, ternakan, ternakair, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan projek berasaskan kontrak seperti kontrak bekalan dan perkhidmatan.

SUMBER: TAWAFUQ CONSULTANCY

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14467

UNTUK TAHUN KEDUA BERTURUT-TURUT, HILLSTONE NETWORKS DIIKTIRAF OLEH GARTNER SEBAGAI PILIHAN PELANGGAN BAGI RANGKAIAN TEMBOK API 2021

 Berdasarkan kepada Maklumat Balas dan Penilaian dari Profesional Pengguna Akhir yang Mempunyai Pengalaman Membeli, Melaksanakan dan/atau Menggunakan Produk atau Perkhidmatan itu


SANTA CLARA, Calif., 16 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko, sangat teruja untuk berkongsi bahawa, sekali lagi, ia telah dinobatkan sebagai Pilihan Pelanggan di dalam Gartner Peer Insights ‘Suara Pelanggan’: Rangkaian Tembok Api 2021 bagi April dengan keseluruhan penarafan 4.8/5 bintang. Gartner berkata, “Produk di pasaran ini harus berupaya untuk menyokong pengerahan tembok api perusahaan tunggal dan pengerahan besar dan/atau kompleks.”

“Keselamatan terus menjadi kebimbangan utama bagi perusahaan. Tugas kami adalah untuk mendengar pelanggan kami dan mewujudkan produk yang sangat mereka perlukan,” kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan pengasas bersama di Hillstone Networks. “Misi kami dari hari pertama adalah untuk melayani pelanggan kami dan melengkapkan mereka dengan platform keselamatan yang paling pintar, paling diperkemaskan dan paling kuat pada harga yang berpatutan. Diiktiraf oleh rakan sejawat dan pelanggan kami dalam laporan Gartner Peer Insights dengan skor tinggi 4.8/5 di dalam industri itu untuk tahun kedua berturut-turut adalah bagi kami, penghormatan yang paling tinggi. Kami, sebagai sebuah syarikat, akan meneruskan komitmen kami untuk membuat pembaharuan bagi memenuhi dengan terbaik keperluan pasaran dan ancaman yang sentiasa berubah.”

Ketika teknologi berkembang, begitu juga permukaan serangan bagi sesebuah organisasi, mewujudkan peluang-peluang baharu untuk pelanggaran peraturan. Dalam tempoh satu tahun yang lalu, perusahaan sahaja perlu mengkaji semula langkah-langkah keselamatan, sebahagian besarnya disebabkan oleh bekerja jarak jauh dan begitu banyak peranti yang mengakseskan sumber. Ketangkasan komprehensif dan teknologi yang dipacu oleh AI oleh Hillstone Networks berada dalam satu kedudukan yang unik untuk membantu syarikat-syarikat untuk terus maju di hadapan keluk dan pada masa yang sama meningkatkan jumlah kos pemilikan – satu pertimbangan penting pada tahun 2021. Hillstone Networks menyediakan penyelesaian yang mampu dimiliki kepada 20,000 pelanggan global; menyekat serangan secara dalaman di rangkaian, mengesan, menjejaki dan mengurangkan pelanggaran keselamatan siber yang mungkin sedang berlaku.

Gartner, Peer Insights ‘Suara Pelanggan’: Rangkaian Tembok Api, Rakan Sejawat, 9 April 2021

Penafian yang Diperlukan:

Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights merupakan pendapat subjektif daripada ulasan, penilaian, dan data pengguna akhir individu yang digunakan berdasarkan satu metodologi yang didokumentasikan; mereka tidak mewakili pandangan, dan juga bukan merupakan satu sokongan oleh, Gartner atau sekutunya.

Maklumat mengenai Hillstone Networks

Penyelesaian Keselamatan dan Pengurusan Risiko Hillstone Networks menyediakan kepada perusahaan dan pembekal perkhidmatan dengan kebolehlihatan, kecerdasan, dan perlindungan untuk melihat, memahami, dan bertindak terhadap ancaman siber berbilang lapisan, berbilang peringkat. Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari www.hillstonenet.com



http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14463

Saturday, April 17, 2021

Q BISTRO HULUR BANTUAN RAMADAN

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bersempena bulan Ramadan tahun ini, Q Bistro menganjurkan program “Infaq Ramadan Bersama Q Bistro” dimana 1000 bungkus bubur lambuk sehari akan diagihkan secara percuma sepanjang bulan Ramadan ini.

Program ini akan diadakan di Q Bistro Cheras dan di khaskan kepada kesemua warga Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, Q Bistro juga akan mengagihkan pek barangan keperluan asas dan wang tunai kepada 100 keluarga asnaf di Bandar Sri Permaisuri. Antara barangan sumbangan yang diberikan adalah beras, gula, minyak masak, tepung dan bahan-bahan asas yang lain. Sumbangan ini ditaja sepenuhnya oleh Q Bistro.

Pengarah Urusan Q Bistro, En. Riyasutin B Mohamed Dulkif berkata, tujuan utama program ini dianjurkan adalah sebagai salah satu initiatif Q Bistro bagi menghulur sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan memberi ruang kepada kakitangan Q Bistro untuk membantu penduduk setempat.

“Program kemasyarakatan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.

Q Bistro merupakan satu-satunya jenama francais Malaysia berkonsepkan restoran Nasi kandar moden yang mempunyai pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia menawarkan peluang perniagaan francais, yang mana ianya dapat menggalakkan lebih ramai menceburi francais Q Bistro dan seterusnya bergelar Bistropreneur. Terdapat pelbagai jenis konsep Francais yang ditawarkan termasuk Q Bistro Express & Q Bistro Casual.

Selain itu, Q Bistro turut mengetengahkan konsep restoran yang moden dengan reka bentuk santai selain memastikan susun atur dalaman yang bersih dan luas demi keselesaan pelanggan.

Majlis perasmian program “Infaq Ramadan Bersama Q Bistro” telah dirasmikan oleh YB Dato’ Kamaruddin Jaffar selaku Timbalan Menteri Luar Negeri dan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada 15hb April 2021 di restoran Q Bistro Cheras.

Q Bistro diterajui oleh En Riyasutin B Mohamed Dulkif selaku pengarah urusan bersama En Haja Najmuddin sebagai ketua pegawai kewangan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14464

SATU TRANSFORMASI DIGITAL: MARY KAY INC. MELANCARKAN PLATFORM SUITE 13™ PENGALAMAN MAYA YANG MENGASYIKKAN


 

Satu platform realiti maya yang menyediakan satu ruang yang fleksibel bagi Mary Kay dan Perunding Kecantikan Persendirian mereka untuk mempamerkan portfolio produk terbaharu, menceritakan kisah jenama itu dan memaparkan warisannya


DALLAS, 16 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jenama kecantikan global Mary Kay Inc. dan Mary Kay Global Design Studio mereka mempersembahkan Suite 13TM, satu pengalaman kecantikan maya berinovatif yang memanfaatkan penggunaan realiti maya untuk mendigitalkan bilik pameran timbul maya yang pertama bagi Mary Kay. Direka dengan teknologi realiti maya terkini, Suite 13TM yang baharu itu menawarkan Perunding Kecantikan Persendirian Mary Kay dan pelanggan mereka dengan satu pengalaman kecantikan 3D, 360 darjah di mana pengguna boleh melihat portfolio penjagaan kulit jenama kecantikan itu secara maya serta meneroka sejarah syarikat itu dan pengasasnya Mary Kay Ash.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210415005306/en/
 
Suite 13TM yang baharu itu menjemput pengguna untuk melakukan lawatan melalui “bilik” maya. Setelah memasuki “Lobi”, pengguna boleh mengetahui tentang legasi global Syarikat itu. Bilik-bilik maya yang lain termasuk “Pink Plaza” yang meneroka nilai-nilai Syarikat itu dan “Pusat Inovasi” yang menyajikan produk penjagaan kulit Mary Kay yang berinovatif dan mempamerkan kelebihan dan ramuan produk utama. Platform itu juga membolehkan pengguna menambahkan produk Mary Kay kegemaran mereka ke Senarai Keinginan untuk dikongsi dengan Perunding Kecantikan Persendirian pengguna.

“Pelancaran Suite 13TM itu adalah hasil kreativiti, semangat dan komitmen selama berbulan-bulan untuk menyediakan kepada Perunding Kecantikan Persendirian Mary Kay dengan peralatan terbaik dan paling berinovatif di pasaran untuk membantu mereka menguruskan perniagaan mereka,” kata Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran bagi Mary Kay Inc. “Hari ini, teknologi berada di tengah-tengah segalanya, dan orang ramai - terutama generasi muda - ingin menemui, belajar dan mengetahui tentang produk baharu secara dalam talian. Suite 13TM akan memberikan Perunding Kecantikan Persendirian Mary Kay dengan fleksibiliti bagi sebuah perniagaan digital dengan dapat memperkenalkan jenama Mary Kay kami di mana sahaja dan pada bila-bila masa dan meningkatkan cara mereka menjalin perhubungan dengan pelanggan mereka dengan berkongsi pengalaman kecantikan yang mengasyikkan. Untuk menang dalam persekitaran baharu yang didorong oleh digital ini, kami akan terus mencari cara baharu bagi orang ramai untuk berhubung secara maya dengan pengalaman sentuhan lembut yang diperibadikan berasaskan dalam inovasi berteknologi tinggi.”

Untuk reka bentuk Suite 13 TM, Mary Kay bekerjasama dengan Obsess, satu platform e-dagang berpengalaman terkemuka yang membolehkan jenama-jenama mewujudkan pengalaman maya dalam talian yang interaktif dengan menggunakan realiti maya. Diketuai oleh usahawan wanita Neha Singh, Obsess telah bekerjasama dengan jenama kecantikan dan fesyen global yang lain dalam mewujudkan pengalaman maya berjenama yang tidak dapat dilupakan bagi pengguna. Selaras dengan misi mereka untuk memperkasakan kehidupan wanita, Mary Kay juga bekerjasama dengan beberapa jurugambar wanita untuk menghasilkan imej yang dipaparkan dalam platform maya itu.

“Suite 13 TM  adalah mengenai membawa pengalaman kecantikan Mary Kay bersama dalam satu cara yang jauh lebih mudah diakses oleh perunding kecantikan persendirian dan pelanggan mereka di mana mereka sudah berada,” kata Neha Singh, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Obsess. “Dengan Suite 13 TM , pasukan Mary Kay menguruskan setiap butiran mengenai platform itu, memberikan anda perasaan berada di bilik pameran maya Mary Kay tanpa perlu benar-benar hadir secara fizikal. Platform kami telah membolehkan jenama-jenama untuk mencipta pengalaman maya yang mengasyikkan secara visual yang mengubah cara mereka berinteraksi dengan pelanggan mereka dan kami sangat gembira bagi pelanggan Mary Kay untuk terus menemui, belajar dan berinteraksi dengan jenama tersebut dalam satu persekitaran digital yang baharu.”

Suite 13 TM  pada mulanya dilancarkan di Mexico pada awal tahun 2021, diikuti oleh Brazil, Argentina, Sepanyol, Colombia dan Peru. Syarikat itu menjangkakan akan melancarkan platform itu di kebanyakan pasaran mereka pada akhir tahun 2021. Mary Kay adalah syarikat pertama yang melancarkan pengalaman maya jenis ini di dalam industri itu. Suite 13 TM  adalah inovasi teknologi terkini oleh Mary Kay dan Mary Kay Global Design Studio mereka. Mary Kay melancarkan Penganalisis Kulit Mary Kay®, satu aplikasi yang memanfaatkan teknologi cadangan kulit muka Kecerdasan Buatan yang paling maju dan berasaskan saintifik untuk membantu Perunding Kecantikan Persendirian menyediakan panduan penjagaan kulit yang disesuaikan dengan produk Mary Kay dengan hanya satu imbasan kulit yang pantas. Inovasi lain, Mary Kay® MirrorMe™ Web, menyediakan pelanggan dengan satu kaedah maya untuk “mencuba sebelum anda membeli,” secara langsung dari sebuah Laman Web Perunding Kecantikan Persendirian dengan menggunakan teknologi realiti maya. MirrorMe™ juga tersedia untuk peranti iOS dan Android.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya hampir 60 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14465