Thursday, June 3, 2021

PERANAN PERTANIAN BANDAR DALAM KELESTARIAN SEKURITI MAKANAN

JELI, 3 Jun (Bernama) -- Pertanian bandar merupakan inisiatif bertani di kawasan yang minimum untuk menghasilkan tanaman makanan segar, sihat dan berterusan. 

Aktiviti bertani ini di samping mampu membuahkan hasil secukupnya untuk kegunaan isi rumah seharian, ianya juga boleh dijadikan sebagai satu sumber penjanaan pendapatan keluarga di kawasan urban.

Istilah urban farming ataupun pertanian bandar pada awalnya tidak dikenali ramai walaupun aktiviti bertani di kawasan kampung mahupun bandar telah wujud sejak sekian lamanya.

PERANAN PERTANIAN BANDAR DALAM KELESTARIAN SEKURITI MAKANAN

Wednesday, June 2, 2021

PAMERAN TEKNOLOGI PIKOM KEMBALI LAGI - LEBIH BESAR & LEBIH BAIK, KEMBALI DENGAN BARANG YANG DITAWARKAN DENGAN HARGA MURAH & PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN




KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
PIKOM akan menganjurkan pameran teknologi dalam talian berskala besar yang pertama seumpamanya di Malaysia pada tahun ini. Pameran Teknologi PIKOM adalah sebuah platform digital yang inklusif, disatukan yang merangkumi sebuah tempat pasaran e-dagang, ruang pameran dan jalan untuk memadan dan menemukan perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210531005207/en/

Pameran Teknologi PIKOM adalah sebuah ruang interaktif digital termaju yang membawa pempamer, perniagaan dan komuniti teknologi bersama di dalam sebuah platform tunggal, mengatasi halangan yang dikenakan oleh pandemik Covid-19 yang sedang berlaku. Acara dalam talian itu mempamerkan lebih 20,000 SKU oleh pempamer teknologi dan dijangka menarik lebih daripada 500,000 peserta. Berpangsikan daripada sebuah tempat fizikal kepada ruang digital membawa maksud ahli-ahli dan perniagaan PIKOM boleh berhubung secara langsung dengan pelanggan dan menerokai peluang-peluang baharu.

“Atas sebab tertentu setiap tahun, banyak daripada pengguna kami selalu memberitahu kami bahawa PIKOM PC Fair harus membuat kemunculan semula. Dalam satu cara, Pameran Teknologi PIKOM yang pertama ini adalah hadiah kami kepada peminat PC Fair kami yang setia. Dengan lebih dari 20,000 produk dan perkhidmatan dipaparkan dalam satu platform tunggal, pengalaman itu akan melebihi jangkaan daripada PC Fair sebelum ini,” kata Pengerusi PIKOM, Danny Lee.

Dikuasakan oleh teknologi AI dan Data Besar Fusionex, platform itu akan meningkatkan dorongan ke arah transformasi digital. Dengan peranti pemasaran digital tertanam dan berasaskan prestasi, ciri-ciri penstriman langsung dan keupayaan analitik data, pempamer akan dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lancar dengan disokong oleh wawasan yang dipacukan oleh data yang bermakna untuk mengatasi halangan perniagaan dan operasi yang terhasil daripada krisis semasa.

Hadirin yang log masuk ke acara maya itu akan disambut oleh pelbagai kemudahan digital yang direka untuk meningkatkan pengalaman maya mereka seperti sebuah direktori digital untuk membantu pelayaran dalam talian, petak maya, kempen promosi interaktif dan banyak lagi. Terdapat juga fungsi B2B bagi profesional yang ingin menjalin jaringan di antara satu sama lain. Daripada padanan B2B dan pameran produk maya sehingga kepada permintaan sebut harga dan pilihan pembelian pukal, perniagaan daripada semua jenis saiz mempunyai peluang untuk memperkenalkan penawaran baharu di samping menampilkan perkembangan dan inovasi terbaharu mereka.

“Dunia telah berubah buat selama-lamanya oleh pandemik Covid-19. Perniagaan perlu menyesuaikan diri dengan pantas agar dapat terus mapan dan kekal kental dan bukannya bergantung kepada kaedah usang. Transformasi digital, jika dilakukan dengan teliti, adalah jawapannya. Ia tidak hanya menghapuskan halangan fizikal tetapi merupakan daya penggerak yang menggalakkan inovasi terobosan, merevolusikan ekosistem perniagaan, dan menggalakkan kerjasama di dalam dan di antara organisasi. PIKOM adalah suara bagi industri ICT dan Fusionex amat teruja kerana dapat menjadi rakan teknologi mereka kerana kami berkongsi satu visi yang sama untuk membolehkan perniagaan berkembang pada detik masa yang sukar ini, serta meningkatkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato' Seri Ivan Teh.

Maklumat mengenai PIKOM

PIKOM, PERSATUAN INDUSTRI KOMPUTER DAN MULTIMEDIA MALAYSIA, adalah persatuan yang mewakili industri teknologi di Malaysia. Keahlian mereka pada masa ini berjumlah lebih daripada 1,000 syarikat aktif yang terlibat di dalam keseluruhan spektrum bagi produk dan perkhidmatan teknologi, dan yang menguasai 80% daripada keseluruhan perniagaan teknologi di Malaysia.

Terdapat 5 Cabang di bawah PIKOM: OM; CIO; Keselamatan Siber; E-Dagang: Pelaburan Usaha Niaga. Cabang-cabang ini membantu meningkat dan memacukan iklim perniagaan bagi semua syarikat ahli, bersama-sama dengan menggalakkan pertumbuhan industri sejajar dengan hala tuju / aspirasi kebangsaan Digital Malaysia.

Sebagai Suara bagi Industri Teknologi, PIKOM memikul tugas untuk mengembangkan saiz dan keupayaan bagi industri teknologi di Malaysia dengan mewujudkan peluang-peluang bagi anggota mereka dan juga seluruh rakyat Malaysia untuk memanfaatkan faedah yang ditawarkan oleh kemajuan di dalam teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkara berikut:
  • Mempelopori, mempromosi & menggalakkan pengembangan bagi sumber, kemahiran profesional dan program-program di dalam industri digital dan teknologi di Malaysia.
  • Mewakili industri teknologi tempatan kepada Kerajaan dan sektor swasta di dalam dan luar negara.
  • Menyediakan sebuah platform untuk syarikat-syarikat dan pengguna teknologi untuk bertemu, menjalin rangkaian, belajar dan berkongsi idea untuk membangunkan industri dan meningkatkan aplikasi.
  • Memupuk standard yang tinggi bagi tatakelakuan, perkhidmatan dan prestasi di seluruh industri teknologi.
  • Menggalak dan memasarkan perkhidmatan teknologi tempatan kepada rantau itu dan ke luar negara.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azlina Ishak, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat di azlina@pikom.org.my

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pemimpin teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Pengurusan Data Besar, IR 4.0, Internet Benda, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka yang serba canggih itu adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data.

Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana [PKS]) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga merupakan sebuah syarikat MDEC Pecutan Rangkaian Inovasi Global (GAIN) serta sebuah penerima anugerah MSC R&D MGS.

Laporan Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14598

BAND ROYALTY SEDANG MENGUBAH LANDSKAP NFT

 NEW YORK, 2 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui InvestorWire — BAND Royalty hari ini mengumumkan penempatannya dalam sebuah editorial yang diterbitkan oleh NetworkNewsWire ("NNW"), antara 50+ jenama yang dipercayai dalam InvestorBrandNetwork (“IBN”), syarikat berita dan penerbitan kewangan pelbagai aspek untuk entiti persendirian dan awam. Untuk melihat penerbitan penuh, “NFTs Flipping the Script, Bringing Value Back to Music Artists,” sila lawati: https://nnw.fm/dvON4
Buat masa ini, pelabur runcit hanya boleh mendapatkan pendedahan kepada industri muzik dengan membeli saham label muzik awam, melabur dalam dana yang membeli/menjual royalti muzik atau melalui laman web yang melelong hak royalti, biasanya dalam julat dolar enam angka. Bagi perkara yang sering dianggap sebagai peluang tingkat bawah, BAND Royalty mengubah landskap ini dan memberikan akses kepada pelabur runcit untuk mengambil bahagian dengan memiliki NFT. Selepas jualan persendirian NFT muzik yang menghasilkan hampir $1 juta, BAND melancarkan platform jualan NFT sendiri pada laman webnya, mencipta platform NFT muzik sahaja yang pertama pada bulan ini. Syarikat itu membuka akses kepada siri pertama 3,000 NFT BAND pada platformnya, memeringkatkan pelepasan berdasarkan kesukaran untuk didapati. Rancangan syarikat adalah untuk memastikan kiraan NFT mantap, sama seperti projek NFT lain yang popular seperti CryptoPunks dan Hashmasks, yang kedua-duanya telah mencatatkan jualan pasaran sekunder yang mencecah jutaan dolar. Matlamat jangka panjang mereka adalah memiliki maksimum 12,000 NFT BAND merentasi empat siri berbeza untuk dikeluarkan dalam tempoh 18 bulan yang akan datang. Perihal BAND Royalty BAND Royalty membolehkan penggemar dan peminat muzik menikmati muzik sehingga tahap seterusnya dengan menawarkan NFT BAND yang membolehkan pemiliknya mendapatkan kripto daripada sesetengah lagu yang paling popular di dunia. Peluang unik ini membolehkan individu berkongsi pendapatan penstriman setiap kali lagu dalam katalog muzik BAND dimainkan. Nama BAND diterbitkan daripada parap pengasas bersamanya, pakar rantaian blok Barnaby Andersun (BA) + Noble Drakoln (ND). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat ini, lawati https://BandRoyalty.com
NOTA KEPADA PELABUR: Berita dan kemas kini terkini berkaitan BAND tersedia dalam bilik berita syarikat melalui https://ibn.fm/BAND
Perihal NetworkNewsWire NetworkNewsWire (NNW) merupakan perkhidmatan maklumat yang menyediakan (1) akses kepada pelayan pengagregatan berita dan pensindiketan, (2) NetworkNewsBreaks yang meringkaskan berita dan maklumat korporat, (3) perkhidmatan siaran akhbar yang dipertingkatkan, (4) perkhidmatan pengedaran dan pengoptimuman media sosial serta (5) rangkaian penuh penyelesaian komunikasi korporat. Sebagai syarikat edaran berita dan kandungan kewangan berbilang aspek dengan pasukan wartawan dan penulis penyumbang yang meluas, NNW berada pada kedudukan unik untuk memberikan perkhidmatan kepada syarikat persendirian dan awam yang ingin mencapai hadirin meluas yang terdiri daripada pelabur, pengguna, wartawan dan masyarakat umum. NNW memiliki rangkaian edaran yang semakin berkembang yang terdiri daripada lebih 5,000 gerai pensindiketan utama di seluruh negara. Dengan memintas lebihan beban dalam pasaran hari ini, NNW memberi kliennya kebolehlihatan, pengiktirafan dan kesedaran jenama yang tiada tandingannya. NNW merupakan tempat berita, kandungan dan maklumat bertumpu. Untuk menerima peringatan teks SMS daripada NetworkNewsWire, hantar teks “STOCKS” kepada 77948 (Telefon Mudah Alih A.S. Sahaja) Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.NetworkNewsWire.com
Sila lihat terma penggunaan penuh dan penafian pada laman web NetworkNewsWire yang berkenaan untuk semua kandungan yang disediakan oleh NNW, apabila diterbitkan atau diterbitkan semula: http://NNW.fm/Disclaimer
NetworkNewsWire (NNW) New York, New York www.NetworkNewsWire.com
212.418.1217 Pejabat Editor@NetworkNewsWire.com
NetworkNewsWire ialah sebahagian daripada InvestorBrandNetwork
SUMBER: BAND Royalty http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14608

Tuesday, June 1, 2021

ZOLL DAN GLOBAL HEALTHCARE SG MENANDATANGANI PERJANJIAN EKSKLUSIF UNTUK PENGEDARAN BAGI SISTEM PENGURUSAN SUHU TERSASAR MUDAH ALIH DI ASIA PASIFIK

CHELMSFORD, Mass., 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ZOLL® Medical Corporation, sebuah syarikat Asahi Kasei yang mengeluarkan peranti perubatan dan penyelesaian perisian yang berkaitan, dan Global Healthcare SG, sebuah pemaju bagi penyelesaian penyejukan badan mudah alih, hari ini mengumumkan perjanjian pengedaran eksklusif mereka. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, ZOLL mempunyai hak eksklusif untuk mengedarkan Sut Lengkap Badan CarbonCool® dan Sut Keselesaan di negara-negara Asia Pasifik.*

Kajian di negara-negara Asia-Pasifik, di mana suhu yang melampau boleh mencecah 50°C (122°F), telah menemukan kaitan positif di antara haba dan morbiditi dan kematian manusia.1,2 “Tekanan strok haba (EHS) telah ditunjukkan sebagai penyebab utama bagi sebahagian besar kematian mengejut semasa latihan berintensiti tinggi di tempat awam dan ketetapan ketenteraan,” kata Christopher Barnabas, Naib Presiden, Operasi Asia Pasifik ZOLL.3,4 “Kami amat teruja mengenai potensi teknologi CarbonCool yang berinovatif itu di dalam mencegah dan merawat EHS, serta perjanjian pengedaran dengan Global Healthcare SG yang akan meningkatkan lagi misi kami untuk memperbaiki hasil kelangsungan hidup di rantau itu.” 5,6 

Sut Lengkap Badan CarbonCool boleh digunakan dengan pantas dan mudah untuk rawatan strok haba. Ia boleh disesuaikan dengan kebanyakan bentuk dan ukuran badan. Di samping itu, Sut Keselesaan itu menawarkan satu penyelesaian pencegahan bagi persekitaran dengan risiko kecederaan haba yang lebih tinggi dan boleh digunakan sebagai satu sistem penyejukan peribadi oleh anggota bomba, pasukan pemusnah bom, dan anggota HAZMAT.

“Global Healthcare SG menghasilkan sesuatu yang berinovatif dengan teknologi penyejukan terapeutik berasaskan HypoCarbon® mudah alih kami yang lebih berkesan, mudah dan praktikal di dalam menurunkan suhu teras badan berbanding dengan penyediaan untuk rendaman air ais,”7 kata KL Cheng, Pengarah Urusan bagi Global Healthcare SG. “Perjanjian eksklusif kami dengan ZOLL membolehkan kami untuk memanfaatkan satu jaringan pengedaran yang luas di seluruh rantau Asia Pasifik, di mana prestasi berinovatif CarbonCool berhasrat untuk meningkatkan penyampaian bagi penjagaan di dalam keadaan yang timbul berkaitan dengan tekanan haba.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sut Lengkap Badan CarbonCool dan Sut Keselesaan, sila hubungi wakil ZOLL tempatan anda.

ZOLL DAN GLOBAL HEALTHCARE SG MENANDATANGANI PERJANJIAN EKSKLUSIF UNTUK PENGEDARAN BAGI SISTEM PENGURUSAN SUHU TERSASAR MUDAH ALIH DI ASIA PASIFIK

KAEDAH BUKAN EKUITI BAGI PERDAGANGAN DI ANTARA INDONESIA DAN JEPUN DILIHAT MENAWARKAN PELUANG-PELUANG UNTUK MENYERTAI RANGKAIAN PENGELUARAN ANTARABANGSA MENURUT KAJIAN OLEH PUSAT ASEAN-JEPUN




TOKYO, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah menerbitkan makalah ke-7 mengenai siri “Kaedah Bukan Ekuiti bagi Perdagangan di ASEAN: Menggalakkan bentuk baharu bagi perdagangan di  antara Jepun dan ASEAN” yang memberi tumpuan kepada Indonesia pada Mac 2021. Hasil penemuan bagi makalah tersebut telah dibentangkan di dalam “Webinar mengenai Kaedah Bukan Ekuiti bagi Indonesia” oleh AJC yang diadakan pada 27 Mei, 2021. Menurut makalah tersebut, kaedah bukan ekuiti (NEM) bagi perdagangan di Indonesia diramalkan berpotensi memainkan satu peranan di dalam memperluaskan peluang untuk mengambil bahagian di dalam rantaian nilai global dan adalah sangat penting bagi pembangunan ekonomi inklusif terutama dalam pandemik COVID-19.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210601005358/en/

Indonesia adalah ekonomi ketujuh terbesar di dunia, dan satu pertiga ekonominya disumbangkan oleh pelaburan. NEM di Indonesia wujud di dalam industri getah asli dalam bentuk pertanian kontrak, di dalam industri kasut melalui penyumberan luar dan subkontrak, di dalam kedai makanan segera dan serbaneka melalui francais, dan di dalam rantaian hotel antarabangsa melalui kontrak pengurusan atau perjanjian perlesenan. Kelulusan Undang-undang nombor 11 bagi tahun 2020 mengenai Penciptaan Pekerjaan baru-baru ini bertujuan untuk memudahkan rintangan utama kepada pelaburan di Indonesia, dan memberi manfaat juga kepada NEM dengan menarik pelabur ke Indonesia dengan kemudahan yang dijangkakan untuk menjalankan perniagaan di negara itu.

NEM menyediakan peluang yang tidak terdapat di dalam pelaburan langsung asing (FDI). Sebagai contoh, ia adalah satu pilihan yang menarik bagi pemilik jenama antarabangsa dan perbadanan transnasional (TNC) untuk mempertimbangkan kelenturan mereka bagi memasuki pasaran Indonesia melalui perjanjian berkontrak dengan syarikat-syarikat tempatan. Untuk memenuhi standard TNC, syarikat-syarikat tempatan dijangka akan dilengkapi dengan kemahiran dan keupayaan pengurusan dan teknologi. Bagaimanapun, ketika perbadanan transnasional dapat menamatkan kontrak dengan mudah, satu perhubungan jangka panjang tidak dijamin terutamanya apabila kualiti barangan dan perkhidmatan tidak memenuhi standard TNC. Walaupun FDI mungkin mempunyai kelebihan yang lebih baik berbanding dengan NEM dari segi membawa masuk modal, NEM memperluaskan kaedah operasi agar perusahaan tempatan Indonesia terlibat di dalam jaringan pengeluaran antarabangsa.

Kewujudan NEM menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sekiranya syarikat-syarikat tempatan dapat memaksimumkan pengetahuan dan kemahiran teknologi dengan menjalin hubungan dengan TNC, mereka dapat membina keupayaan mereka sendiri berdasarkan kepada insentif ini dan bahkan mengembangkan perniagaan mereka dengan menggunakan rangkaian TNC. Untuk memaksimumkan potensi NEM sepenuhnya, makalah itu menyarankan agar kerajaan Indonesia mempertimbangkan: (1) meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana melalui program pengembangan dan inkubasi keusahawanan dan program pembiayaan mikro; (2) melaksana dan memperkukuhkan persekitaran kerja kawal selia untuk memperluaskan guna tenaga, meningkatkan teknologi dan menyumbang kepada rantai nilai global; (3) menyokong penggalakan dan peningkatan kemahiran dan kepakaran bagi tenaga kerja tempatan mereka melalui program pendidikan baharu seperti Kampus Merdeka, dan melalui Kad Pra-Pekerjaan; dan (4) mengembangkan infrastruktur sains, teknologi dan inovasi untuk membolehkan syarikat-syarikat membina amalan perniagaan yang lebih cekap.

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dicapai pada akhir tahun 2020 memperluaskan lagi pasaran itu ke Asia Timur yang lebih luas. Usaha kerajaan Indonesia untuk memaksimumkan peluang-peluang tersebut dapat membolehkan NEM untuk mengintegrasikan ekonomi ASEAN dengan lebih baik. Pengurangan birokrasi dan penyahkawalseliaan akan meningkatkan daya saing bagi syarikat-syarikat Indonesia dan membantu mereka mengakses pasaran global. Selanjutnya, dasar-dasar pelaburan yang memudahkan dan sebuah pasaran buruh yang lebih fleksibel adalah strategi yang sangat diperlukan untuk meningkatkan daya saing Indonesia di masa depan.

Hasil penemuan bagi makalah itu telah dibentangkan di dalam Webinar mengenai Kaedah Bukan Ekuiti bagi Indonesia yang diadakan pada 27 Mei 2021. AJC telah menjemput pembahas makalah dari kerajaan dan akademik, termasuk Dr. Kasan Muhri, Ketua bagi Agensi Analisis dan Pembangunan Perdagangan, Direktorat Jeneral bagi Analisis dan Pembangunan Dasar Perdagangan, Kementerian Perdagangan, Republik Indonesia, Profesor Chie Iguchi dari Universiti Keio, dan Setiausaha Agung AJC Masataka Fujita. Untuk laporan lengkap di webinar, sila lihat https://www.asean.or.jp/en/trade-info/20210601/.

“Kaedah Bukan Ekuiti bagi Perdagangan di ASEAN: Menggalakkan bentuk baharu bagi perdagangan di  antara Jepun dan ASEAN: Makalah 3 Indonesia” tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC seperti di bawah.
https://www.asean.or.jp/ja/wp-content/uploads/sites/2/NEM-Indonesia-Paper-3-full-web.pdf

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14601


ANUGERAH SUMBANGAN UAV GLOBAL 2021





KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Sebagai penghargaan atas sumbangan luar biasa kepada industri pesawat tanpa pemandu (UAV) global, Anugerah Sumbangan UAV Global 2021 telah diadakan oleh penganjur, World UAV Federation sempena Kongres Dunia Dron ke-5. Semua calon merupakan pakar global dari organisasi industri, pengusaha UAV yang diiktiraf antarabangsa dan majlis anugerah tersebut akan diadakan pada setiap tahun. Setiap sesi akan memilih 5 hingga 7 calon yang telah menghulurkan sumbangan besar dalam pembangunan industri UAV. Mengenai standard objektif, peraturan audit yang ketat, tahap kredibiliti dan kewibawaan yang tinggi, penilaian pemenang akhir " Anugerah Sumbangan UAV Global" akan memberi tumpuan kepada 8 aspek berikut terutamanya: inovasi teknologi, perlindungan alam sekitar, tanggungjawab sosial, pengaruh korporat, kesedaran jenama, daya tarikan peribadi, perkadaran pasaran syarikat dan sumbangan terhadap perkembangan industri UAV global.

Dato' Lester Tay adalah Presiden Persatuan Pembangunan UAV Malaysia (MUDA) dan World UAV Federation – Malaysia Chapter yang mempunyai kerjasama dengan kerajaan, kementerian dan institusi pendidikan dalam jangka masa yang panjang untuk promosi pembangunan pesawat tanpa pemandu (UAV) aplikasi dalam pelbagai industri termasuk sistem pengurusan lalu lintas pesawat tanpa pemandu (UTM), pertanian persis, pemeriksaan & audit infrastruktur, keselamatan sempadan dan aplikasi geospasial di Malaysia. Dato' Lester juga telah menubuhkan Strat Aero Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan profesional terutamanya dalam sistem UTM, kursus latihan pengendali UAV, perdagangan dan penjualan produk yang berkaitan dengan UAV, dan memberikan penyelesaian yang berkesan kepada industri konvensional dengan mengintegrasikan aplikasi UAV kecerdasan tambahan dalam operasi dan pengurusan.

Beliau telah menganjurkan dan mengadakan 12 forum, pameran, dan sidang kemuncak nasional dan antarabangsa yang secara berterusan untuk memangkin pembangunan industri UAV terutamanya kesedaran keselamatan dalam kalangan pengguna. Sebagai peneraju industri UAV yang sangat berpengaruh, Dato 'Lester Tay selalu dilantik dan dijemput untuk menjadi wakil atau jurucakap Malaysia untuk berkongsi maklumat, peluang, dan pengetahuan yang terkini kepada para perwakilan terutama bagi lebih dari 32 perwakilan negara yang menceburi dalam industri UAV. Kebelakangan ini, dia menyedari kepentingan adanya rangka sistem pengurusan lalu lintas pesawat tanpa pemandu yang sistematik dan berkesan di Malaysia bahkan di negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Penerima anugerah berprestij telah memberikan sumbangan yang luar biasa kepada industri UAV seperti Pengerusi ISO TC 20/ SC 16 John Scull Walker, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pix4D - Pemetaan Drone & Fotogrametri, Christoph Strecha, Pengerusi ArduPilot.Org Dekan National Aviation University of Higher School of Ukraine, Volodymyr Isaienko, Profesor Emeritus Kejuruteraan Aeronautik dan Presiden JUIDA, Shinji Suzuki, dan sebagainya.

SUMBER: Strat Aero Malaysia


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14578


Monday, May 31, 2021

MARDI LANCAR TEKNOLOGI DAN BUKU BERSEMPENA WEBINAR SEKURITI MAKANAN NEGARA

SERDANG, 31 Mei (Bernama) -- MARDI telah melancarkan beberapa teknologi secara dalam talian bersempena dengan penganjuran Webinar Sekuriti Makanan Negara 2021. Teknologi yang dilancarkan adalah Formulasi Makanan Ayam MARDI, Telur Pereka Diperkaya Xantofil, penjenamaan Ayam Kampung MARDI sebagai Ayam Saga serta dua buah buku iaitu Padi Disemai, Hasil Dituai dan Liberalisasi Import Pertanian – Impak, Implikasi dan Potensi.
 
Ini merupakan satu lagi kaedah MARDI dalam merancakkan industri pertanian dan penternakan dengan memperkenalkan teknologi baru dan berkongsi pengetahuan terkini serta mempelbagaikan produk inovasi demi sekuriti makanan negara.

MARDI LANCAR TEKNOLOGI DAN BUKU BERSEMPENA WEBINAR SEKURITI MAKANAN NEGARA