Tuesday, June 29, 2021

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN HARGA PENAWARAN AWAM $125 JUTA BAGI NOTA KANAN

BRIDGEWATER, N.J., 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (SNCR) (“Syarikat” atau “Synchronoss”), peneraju global dan pembawa pembaharuan dalam produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan harga bagi penawaran awam taja jamin sebanyak $125 juta bagi jumlah pokok agregat bagi 8.375% nota kanan yang dibayar pada 2026, termasuk pelaksanaan secara penuh oleh penaja jamin bagi pilihan penaja jamin untuk membeli amaun pokok agregat nota kanan sebanyak $5 juta tambahan. Penawaran tersebut dijangka akan ditutup pada atau kira-kira 30 Jun 2021, tertakluk pada kepuasan terhadap syarat akhir biasa.

Synchronoss dan nota kanan menerima rating BB- daripada Egan-Jones Rating Company, sebuah agensi rating bebas dan tidak bersekutu. Syarikat telah memohon untuk menyenaraikan nota kanan pada Nasdaq Global Select Market di bawah simbol “SNCRL” dan menjangkakan nota akan mula didagangkan dalam tempoh 30 hari perniagaan selepas tarikh penutupan penawaran, jika diluluskan.

Semua nota kanan dalam penawaran dijual oleh Synchronoss. Synchronoss menjangkakan akan menggunakan semua hasil bersih daripada penawaran, dan daripada penawaran saham biasa dan jualan Saham Pilihan Siri B (setiap satu seperti yang diterangkan di bawah) untuk menebus sepenuhnya semua syer tertunggak Saham Penyertaan Pilihan Kekal Boleh Ditukar Siri A Synchronoss dan membayar balik jumlah tertunggak bawah kemudahan kredit pusingan Synchronoss.

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN HARGA PENAWARAN AWAM $125 JUTA BAGI NOTA KANAN

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN CADANGAN PENAWARAN AWAM $120 JUTA BAGI NOTA KANAN

 




BRIDGEWATER, N.J., 28 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (SNCR) (“Syarikat” atau “Synchronoss”), peneraju global dan penginovasi dalam produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan bahawa Syarikat itu berniat untuk menawarkan dan menjual, tertakluk pada pasaran dan keadaan lain, $120 juta amaun pokok nota kanan agregat yang dibayar pada 2026 dalam penawaran awam yang ditaja jamin. Synchronoss juga menjangkakan untuk memberikan pilihan 30 hari kepada penaja jamin untuk membeli jumlah pokok agregat $5 juta tambahan bagi nota kanan berkaitan dengan tawaran ini. Tiada jaminan sama ada penawaran ini boleh dilengkapkan atau pun terhadap saiz sebenar atau terma tawaran tersebut.

Synchronoss dan nota kanan menerima rating BB- daripada Egan-Jones Rating Company, sebuah agensi rating bebas dan tidak bersekutu.

Semua nota kanan dalam penawaran tersebut akan dijual oleh Synchronoss, dengan hasil bersih penawaran dan daripada penawaran saham biasa dan jualan Saham Pilihan Siri B (setiap satu seperti yang diterangkan di bawah), dijangka untuk digunakan bagi penebusan sepenuhnya semua syer tertunggak Saham Penyertaan Pilihan Kekal Boleh Ditukar Siri A Synchronoss dan membayar balik jumlah tertunggak bawah kemudahan kredit pusingan Synchronoss.

B. Riley Securities, Inc. (“BRS”) bertindak sebagai pengurus penaja jaminan tunggal untuk penawaran tersebut. Northland Capital Markets, Aegis Capital Corp. dan EF Hutton, bahagian Benchmark Investments, LLC bertindak sebagai pengurus utama untuk penawaran tersebut.

Bersama-sama dengan penawaran itu, Syarikat menjangkakan penawaran, dengan cara tambahan prospektus berasingan, $100 juta syer saham biasanya. Selain itu, B. Riley Principal Investments, LLC (“BRPI”), sekutu BRS, telah memasuki perjanjian yang menurutnya BRPI telah bersetuju untuk membeli $75.0 juta Saham Pilihan Siri B Syarikat dalam urus niaga persendirian untuk dilengkapkan secara serentak dengan penutupan penawaran.

Nota kanan yang diterangkan di atas ditawarkan oleh Synchronoss menurut pernyataan pendaftaran rak pada Borang S-3 yang sebelum ini difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan diisytiharkan sebagai berkuat kuasa oleh SEC pada 28 Ogos, 2020. Tambahan prospektus permulaan yang berkaitan dengan dan menerangkan terma tawaran akan difailkan dengan SEC dan akan tersedia pada laman web SEC di www.sec.gov. Terma akhir tawaran yang dicadangkan akan didedahkan dalam tambahan prospektus akhir yang akan difailkan dengan SEC. Apabila tersedia, salinan tambahan prospektus permulaan yang berkaitan dengan sekuriti ini juga boleh diperoleh dengan menghantar permintaan kepada: B. Riley Securities, Inc., di 1300 North 17th Street, Suite 1300, Arlington, VA 22209 atau dengan menghubungi (703) 312‐9580 atau dengan menghantar e-mel kepada prospectuses@brileyfin.com.

Siaran akhbar ini tidak termasuk tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli sebarang sekuriti ini, tiada jualan sekuriti juga akan dilakukan di mana-mana negeri atau bidang kuasa, kerana tawaran, umpanan atau jualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Perihal Synchronoss

Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran hasil baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran.

Pernyataan Pelabuhan Selamat

Siaran ini mengandungi pernyataan prospektif dalam maksud seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana dipinda, termasuk tetapi tidak terhad kepada pernyataan berkenaan penawaran awam dan jangkaan penggunaan hasil daripadanya. Pernyataan prospektif ini tertakluk pada beberapa risiko, termasuk kepuasan keadaan penutupan lazim yang berkaitan dengan penawaran awam yang dicadangkan dan faktor risiko yang ditetapkan dari masa ke masa dalam pemfailan SEC Synchronoss, termasuk tetapi tidak terhad kepada risiko yang diperihalkan dalam bahagian “Faktor Risiko” dan bahagian “Perbincangan dan Analisis Keadaan Kewangan dan Hasil Operasi oleh Pengurusan” (sebagaimana berkenaan) Laporan Tahunan Synchronoss pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2020 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q bagi tempoh yang berakhir pada 31 Mac, 2021, yang difailkan dengan SEC dan tersedia pada laman web SEC di www.sec.gov. Selain risiko yang diterangkan di atas dan dalam pemfailan lain Synchronoss dengan SEC, faktor lain yang tidak diketahui atau tidak boleh diramal juga boleh mempengaruhi hasil Synchronoss. Tiada pernyataan prospektif boleh dijamin dan keputusan sebenar mungkin berbeza secara material berbanding pernyataan sedemikian. Maklumat dalam siaran ini disediakan hanya setakat tarikh siaran ini dan Synchronoss tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran ini bagi maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya kecuali seperti yang diperlukan oleh undang-undang.

Media

Diane Rose
CCgroup
diane@ccgrouppr.com 

Pelabur

Todd Kehrli/Joo-Hun Kim
MKR Investor Relations, Inc.
investor@synchronoss.com 

Sumber: Synchronoss Technologies, Inc.

--BERNAMA

Monday, June 28, 2021

VRCHAT BERGABUNG DENGAN ANTHOS CAPITAL UNTUK MEMETERAI $80 JUTA SIRI D

Pendanaan ini akan membolehkan VRChat untuk berkembang dan memperkasakan komuniti VRChat

SAN FRANCISCO, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VRChat, sebuah platform realiti maya sosial (VR) yang membolehkan pengguna untuk mencipta, menerbit, dan menerokai dunia maya dengan pengguna lain di seluruh dunia, telah mengumumkan satu pusingan pelaburan Siri D bernilai $80 juta. Pusingan itu telah diterajui oleh Anthos Capital, bersama-sama dengan pelabur yang mengambil bahagian Makers Fund, GFR Fund dan lain-lain.

VRChat adalah platform VR sosial terkemuka dengan berjuta-juta pengguna, beratus ribu dunia dan lebih daripada 10 juta avatar yang unik. Ia adalah aplikasi VR percuma yang paling utama di kedua-dua stor Steam dan Oculus Rift, dengan lebih daripada 40,000 pengguna serentak. Hasil daripada kebebasan kreatif bagi peranti VRChat, pengguna telah menjadikan VRChat sebagai satu fenomena kebudayaan yang unik, yang berkait rapat dengan meme atau imej yang dihantar secara viral yang dihiasi dengan teks, acara dan budaya internet. Ia juga menjadi satu tempat persinggahan maya untuk acara dan komuniti dalam talian.

“VRChat menjadi hos kepada sebuah komuniti yang bersemangat, kreatif, dan terlibat yang telah memainkan satu peranan penting di dalam membentuk perkembangannya yang berterusan. Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan rakan pelaburan kami untuk terus berkembang dan memperkasakan komuniti kami pada satu kadar yang dipercepatkan,” kata Graham Gaylor, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, VRChat.

VRCHAT BERGABUNG DENGAN ANTHOS CAPITAL UNTUK MEMETERAI $80 JUTA SIRI D

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN CADANGAN PENAWARAN AWAM $100 JUTA BAGI SAHAM BIASA

BRIDGEWATER, N.J., 28 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (SNCR) (“Syarikat” atau “Synchronoss”), peneraju global dan penginovasi dalam produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan bahawa Syarikat berniat menawarkan dan menjual, tertakluk pada keadaan pasaran dan keadaan lain, $100 juta syer saham biasanya dalam penawaran awam yang ditaja jamin. Synchronoss juga menjangkakan untuk memberikan pilihan 30 hari kepada penaja jamin untuk membeli hingga $10 juta tambahan bagi syer saham biasa yang dijual dalam penawaran, pada harga penawaran awam, setelah ditolak diskaun dan komisen taja jaminan. Tiada jaminan sama ada penawaran ini boleh dilengkapkan atau pun terhadap saiz sebenar atau terma tawaran tersebut.

Semua syer dalam penawaran tersebut akan dijual oleh Synchronoss, dengan hasil bersih penawaran dan daripada penawaran Nota Kanan dan jualan Saham Pilihan Siri B (setiap satu seperti yang diterangkan di bawah), dijangka akan digunakan bagi penebusan sepenuhnya semua syer tertunggak Saham Penyertaan Pilihan Kekal Boleh Ditukar Siri A Synchronoss dan membayar balik jumlah tertunggak bawah kemudahan kredit pusingan Synchronoss.

B. Riley Securities, Inc. (“BRS”) bertindak sebagai penaja jaminan utama dan pengurus penaja jaminan untuk tawaran tersebut. Northland Capital Markets bertindak sebagai pengurus bersama bagi penawaran ini.

SYNCHRONOSS TECHNOLOGIES, INC. MENGUMUMKAN CADANGAN PENAWARAN AWAM $100 JUTA BAGI SAHAM BIASA

JW PLAYER MENGUMPULKAN $100J DALAM SIRI E UNTUK MEMBANTU PENJANAAN PERTUMBUHAN DALAM EKONOMI VIDEO DIGITAL YANG BERKEMBANG PESAT

Modal akan membantu untuk mempercepat pertumbuhan JW Player dan mengembangkan platform yang sudah sedia teguh, memperkasa pelanggan dengan kebebasan dan kawalan dalam Ekonomi Video Digital

NEW YORK, 28 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- JW Player, platform perisian video dan cerapan data yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengumpulkan pendanaan sebanyak $100J dalam Siri E daripada LLR Partners.. Pelaburan terkini disusuli selepas pertumbuhan penstriman video yang mencatatkan rekod dan kebolehuntungan yang kukuh sepanjang 12 bulan sebelumnya. Dengan pembiayaan ini, JW Player akan memacu inovasi produk untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berubah-ubah dengan pantas dalam persekitaran video digital hari ini, mengembangkan jejak pasaran secara global merentasi jualan, pemasaran dan kerjasama saluran serta terus mengembangkan dan melabur dalam membina pasukan bertaraf dunia.

Pusingan pendanaan disusuli selepas pemerolehan VUALTO oleh JW Player baru-baru ini, pembekal utama penstriman video langsung dan atas permintaan serta penyelesaian Pengurusan Hak Digital (DRM) yang memperbanyak tawaran syarikat kepada penyiar global. Susulan pemerolehan tersebut, JW Player telah melihat peningkatan material dan peningkatan jualan dan rangkaian, terutamanya di kawasan LATAM dan APAC.

JW PLAYER MENGUMPULKAN $100J DALAM SIRI E UNTUK MEMBANTU PENJANAAN PERTUMBUHAN DALAM EKONOMI VIDEO DIGITAL YANG BERKEMBANG PESAT

Sunday, June 27, 2021

​CARA RASULULLAH SAW MENGURUS MASYARAKAT MAJMUK DI MADINAH

BACHOK, 25 Jun (Bernama) -- Sejarah Madinah membuktikan bahawa Islam berjaya mengurus masyarakat majmuk sehingga membawa kekuatan kepada Madinah.

Perbezaan agama, kepercayaan, warna kulit, suku kaum, adab resam dan budaya ditangani dengan berhikmah oleh Baginda SAW. 

Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah telah membuka lembaran baru dan cara hidup kepada masyarakat Madinah. 

Nabi Muhammad SAW selaku ketua negara telah mengubal Piagam Madinah yang bertujuan mengurus dan membina hubungan baik dalam masyarakat majmuk. 

Penduduk Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum, suku dan puak seperti kaum Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang merupakan imigran dari Arab Selatan serta suku Arab lain pula menetap di Madinah. 

Manakala, kaum Yahudi yang menganut ajaran Nabi Musa a.s. dianggarkan berjumlah 20 suku dan suku yang terkenal ialah Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’. 

Masyarakat Madinah mempunyai cara hidup tersendiri dan mempunyai ikatan sosial yang terpisah daripada satu kelompok dengan kelompok yang lain. 

Penghijrahan ini mengubah komposisi penduduk Madinah menjadi tiga kelompok besar iaitu kaum Arab Mekah, kaum Arab Madinah dan Yahudi. 

Kaum Arab Mekah yang beragama Islam merupakan kaum pendatang dikenali sebagai Muhajirin manakala kaum Arab Madinah yang menganut Islam dikenali sebagai Ansar. 

Di Madinah, Baginda SAW telah melakukan perubahan penting untuk menstruktur semula masyarakat baru tersebut. 

Antara langkah-langkah yang dilakukan Baginda SAW adalah seperti mendirikan masjid. Masjid Quba’ merupakan masjid pertama yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Masjid ini dibina sewaktu persinggahan Rasulullah SAW di Quba’ pada 8 Rabiulawal sebelum tiba di Madinah. 

Masjid An-Nabawi merupakan masjid kedua yang dibina dalam sejarah Islam. Masjid ini bukan sahaja digunakan untuk beribadat malah menjadi tempat perbincangan, pusat pentadbiran, pusat pengajian, kegiatan sosial dan aktiviti-aktiviti lain. 

Seterusnya, Baginda SAW mempersaudarakan masyarakat Islam supaya saling membantu dan mempunyai ikatan persaudaraan Islam yang kukuh. 

Persaudaraan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW merangkumi persaudaraan antara golongan Ansar dengan Muhajirin dan Muhajirin sesama Muhajirin.

Persaudaraan Muhajirin terdiri daripada seseorang yang berkedudukan tinggi dengan seorang yang lebih rendah kedudukannya. 

Hal ini bertujuan menghapuskan jurang perbezaan yang menjadi amalan masyarakat Quraisy jahiliah dalam menentukan darjat yang berbeza-beza dalam setiap suku kaum. 

Di samping itu, persaudaraan dalam kalangan golongan Ansar terdiri daripada suku kaum Aus dan Khazraj. 

Langkah ke tiga, pembentukan Piagam Madinah iaitu perjanjian antara masyarakat Islam dengan bukan Islam.

Madinah terdiri daripada masyarakat majmuk yang memerlukan sebuah perjanjian untuk membina hubungan yang baik dalam masyarakat. 

Oleh itu, Baginda SAW menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan.

Hal tersebut adalah mengariskan hak dan tanggungjawab masyarakat Islam serta penduduk tempatan Madinah, memuliakan masyarakat Islam yang berhijrah, persefahaman dengan masyarakat bukan Islam terutama kaum Yahudi, penyusunan sistem politik dan pertahanan Madinah dan bayaran pampasan terhadap kerugian, kehilangan nyawa dan harta yang dialami oleh golongan Muhajirin angkara kaum Quraisy Mekah.

Baginda SAW telah menulis Piagam Madinah yang menerangkan perhubungan golongan Muhajirin dan Ansar serta perjanjian dengan kaum Yahudi.

Perjanjian ini menggariskan peranan dan kewajipan setiap kelompok masyarakat dalam mempertahankan negara. 

Misalnya, suku kaum Yahudi sebagaimana termaktub dalam Piagam Madinah ialah Bani ‘Auf, Bani al-Najjar, Bani al-Harith, Bani Saidah, Bani Jusyaim, Bani al-Aus, Bani Tha’labah, Bani Jafnah dan Bani Shutaibah. Manakala, masyarakat Islam dari Madinah terdiri daripada Bani Auf, Bani al-Harith, Bani Sa’idah, Bani Jusyam, Bani al-Najjar, Bani ‘Amru bin ‘Auf, Bani al-Nabiet dan Bani Aus.

Piagam ini merupakan model yang dimanifestasi daripada al-Qur’an kemudian diterjemahkan dalam realiti kehidupan. 

Oleh sebab itu, piagam ini bercirikan pemerintahan yang komprehensif yang memenuhi kehendak masyarakat majmuk. 

Hal ini berikutan Rasulullah SAW mengiktiraf masyarakat Islam dan bukan Islam sebagai warganegara melalui konsep ummah.

Rasulullah SAW meletakkan konsep ummah dalam Fasal 2 iaitu “bahawa mereka adalah satu ummah (bangsa/ nation) berbeza daripada manusia-manusia lain”.

Fasal 25 pula menjelaskan bahawa 

“Kaum Yahudi daripada Bani ‘Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin. Mereka bebas dengan agama mereka sendiri. Orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang yang bersekutu dengan mereka serta begitu juga diri mereka sendiri. Melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa. Maka, hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri”. 

Fasal 25 hingga 34, suku kaum Yahudi disebut satu persatu bagi menjelaskan kedudukan mereka sebagai satu ummah bersama-sama masyarakat Islam. 

Pelaksanaan konsep ummah berjaya menghapuskan sistem kasta yang merosakkan sistem masyarakat. Namun begitu, terdapat tiga suku kaum utama Yahudi iaitu Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’ telah melanggar perjanjian dan diusir dari Madinah. 

Bani Qainuqa’ telah melakukan perkhianatan pertama terhadap masyarakat Islam dan melanggar syarat perjanjian sehingga hubungan kerjasama terbatal.

Penulis Zaleha Embong adalah Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan ( UMK).

Sumber: Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Kelantan ( UMK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Mohd Adzwan Bin Kamaruzaman
Tel: 0199811719
E-mel: adzwan@umk.edu.my

--BERNAMA

Saturday, June 26, 2021

BON NATURAL LIFE LIMITED MENGUMUMKAN HARGA PENAWARAN AWAM AWAL $11 JUTA YANG TELAH DITINGKATKAN JUMLAH PENAWARAN

XIAN, China, 25 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bon Natural Life Limited (Nasdaq: BON) ("BON" atau "Syarikat"), salah satu pembekal penyelesaian bio-bahan terkemuka dalam industri semula jadi, kesihatan dan penjagaan peribadi, hari ini mengumumkan harga penawaran awam awal komitmen firmanya sebanyak 2,200,000 syer biasa, nilai tara US$0.0001 bagi setiap syer ("Syer") pada harga penawaran awam bernilai $5.00 bagi setiap Syer ("Penawaran"), untuk jumlah hasil kasar sebanyak $11.0 juta, sebelum tolakan diskaun penajaan jaminan, komisen dan perbelanjaan lain yang berkaitan. Selain itu, BON telah memberikan pilihan 45 hari kepada penaja jaminan untuk membeli 330,000 Syer tambahan pada harga penawaran awam, kurang diskaun penaja jaminan dan komisen. Syer dijangka akan mula didagangkan di Nasdaq Capital Market di bawah simbol ticker "BON" pada 24 Jun 2021. Penawaran tersebut dijangka akan ditutup pada atau kira-kira 28 Jun 2021, tertakluk pada kepuasan terhadap syarat akhir biasa.

Syarikat bercadang menggunakan hasil untuk modal kerja, bagi mengembangkan rangkaian jualan dan pengedaran, penyelidikan dan pembangunan mereka, serta untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran.

U.S. Tiger Securities, Inc. dan Newbridge Securities Corporation bertindak sebagai pengurus penaja jaminan seteraju utama dan R.F. Lafferty & Co. Inc. bertindak sebagai pengurus penaja jaminan teraju utama bersama.

Sekuriti Syarikat yang diterangkan di atas ditawarkan menurut pernyataan pendaftaran berkesan pada Borang F-1 (No. Fail SEC 333-251182), yang difailkan sebelum ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") pada 14 Mei 2021, selepas itu dipinda dan diisytiharkan berkuat kuasa pada 23 Jun 2021, iaitu salinan yang difailkan dengan SEC dan tersedia di laman web SEC di www.sec.gov. Tawaran ini dibuat hanya melalui prospektus tersebut.

Siaran akhbar ini mengandungi maklumat tentang Penawaran sekuriti yang belum selesai dan kami tidak dapat memberikan jaminan yang Penawaran tersebut akan dilengkapkan.

Siaran akhbar ini bukan tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli, atau jualan sekuriti ini tidak dilakukan di mana-mana negeri atau bidang kuasa, kerana tawaran, umpanan atau jualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang, berikutan pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Perihal Bon Natural Life Limited

Syarikat ini menumpukan pada pengeluaran bahan penjagaan peribadi, seperti sebatian wangian yang di ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan untuk pengeluar wangian dan haruman, makanan tambahan kesihatan semula jadi seperti minuman serbuk dan produk bahan makanan bioaktif yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan tambah makanan dan makanan tambahan pemakanan oleh pelanggannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Syarikat diwww.bnlus.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14705