Friday, August 6, 2021

BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN "SATU MERAH DAN SATU HIJAU" MENJADIKAN IA SATU INDUSTRI YANG TERSENDIRI DAN BERJAYA




BAISE, China, 5 Ogos, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Baru-baru ini, persidangan industri mangga China yang pertama telah diadakan di Baise, Guangxi. Pada mesyuarat itu, daerah Tianyang dan Guangzhou Pilot Food Investment Co., Ltd. telah menandatangani perjanjian rangka kerja bagi projek pembangunan dan penggunaan buah-buahan yang komprehensif di Daerah Tianyang, Bandar raya Baise (fasa II), dengan jumlah pelaburan sebanyak 500 juta yuan, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Daerah Tianyang.

Terletak di sebelah barat Guangxi, Baise di Daerah Tianyang adalah kampung halaman pertama bagi mangga di China. Memandangkan iklim monsun subtropikanya dengan musim sejuk yang hangat dan musim panas yang panjang, dan sinar matahari yang melimpah, Tianyang telah digelar sebagai “rumah hijau semula jadi” dan terdapat begitu banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Dengan bergantung kepada iklimnya yang luar biasa, Daerah Tianyang telah melakukan usaha besar-besaran untuk membangunkan dua industri yang dominan iaitu mangga dan tomato.  Mangga dituai dari Jun hingga Ogos pada setiap tahun, dan tomato dari November hingga April berikutnya. “Satu Merah dan Satu Hijau” membantu petani untuk terus meningkatkan pendapatan mereka. Pada tahun 2020, jumlah kawasan penanaman bagi mangga adalah 408,000 mu dengan pengeluaran sebanyak 280,000 tan; sayur-sayuran pukal yang utama adalah tomato, yang dipasarkan dari November hingga April. Pada tahun 2020, jumlah kawasan penanaman bagi sayur-sayuran di seluruh wilayah itu adalah 398,000 mu dengan pengeluaran sebanyak 875,800 tan. Mangga dan tomato telah menjadi dua tonggak bagi industri di daerah itu.

Pada masa ini, ia adalah musim puncak bagi mangga Tianyang di pasaran. Mangga sedang laris di Pasar Borong Tianyang bagi Pertanian dan Produk Sampingan. Pasar Borong Tianyang bagi Pertanian dan Produk Sampingan adalah sebuah pasar borong komprehensif berskala besar, yang berurusan terutamanya dengan pemborong, pembelian dan penjualan melalui agensi, pembelian dan penjualan bersama, agensi penyimpanan dan pengangkutan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran. Purata volum dagangan harian di pasaran itu adalah 2,000 tan, dan volum dagangan harian puncak adalah 5,000 tan. Jumlah volum dagangan tahunan adalah 700,000 tan, dan volum dagangan melebihi RMB 1.6 bilion. Produk itu dijual ke lebih 230 bandar raya bersaiz besar dan sederhana di China, dan Vietnam, Rusia, Hong Kong dan negara dan wilayah lain. Ia telah menjadi pasar borong terbesar bagi pertanian dan produk sampingan di Barat Daya China dan satu daripada pangkalan penting untuk mengangkut sayur-sayuran dari selatan ke utara, ia adalah “Pasar Borong Pusat Produk Pertanian Segar” yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian, pasar borong produk pertanian “Projek Pasar Dwi Ratus” yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan, dan perusahaan terkemuka utama bagi koperasi pembekalan dan pemasaran China.

Dengan perkembangan berterusan bagi e-dagang, Tianyang sangat bergantung kepada jaringan e-dagang dan telah mewujudkan Tianyang Ganjie E-commerce Co., Ltd., membangunkan platform perkhidmatan e-dagang “Wilayah Komersil”, dan mendirikan “Pasar Bercirikan Tianyang”; ia menyokong pembinaan Kawasan Perindustrian Alibaba Baise, Pasar Taobao Baise dan perniagaan WeChat, dan telah sentiasa berusaha meningkatkan sistem logistik e-dagang. Pada tahun 2020, melalui Taobao, JD, Tmall, PDD dan platform e-dagang yang lain, jualan dalam talian bagi mangga sahaja di wilayah itu telah melebihi 10 juta pesanan, dengan pendapatan melebihi RMB 100 juta. Sejak mangga memasuki ke pasaran pada tahun 2021, volum penghantaran harian bagi jualan rangkaian e-dagang bagi mangga adalah melebihi 10,000 pesanan, dengan jualan harian hampir RMB 1 juta.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Daerah Tianyang 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14837

UNIQUE NETWORK DIPILIH SEBAGAI RAKAN KERJASAMA BLOK RANTAI EKSKLUSIF UNTUK INISIATIF IKLIM NFT BERSEKUTU PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Platform infrastruktur NFT ini dipilih untuk inisiatif DigitalArt4Climate untuk membantu dalam memperkasakan artis menggunakan NFT dalam konteks matlamat dan program UN.

NEW YORK, 5 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Platform NFT Unique Network hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah dipilih oleh Program Penempatan Manusia yang ditauliahkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN-Habitat) dan Persatuan Antarabangsa untuk Kemajuan Pendekatan Inovatif kepada Cabaran Global (IAAI GLOCHA) sebagai rakan kerjasama teknologi untuk DigitalArt4Climate, inisiatif terkininya untuk membantu dalam mengatasi perubahan iklim. Unique Network merupakan Rantaian NFT yang sedang memperluas keupayaan untuk token tidak sepiawai menerusi penyelesaian bukti kepentingan yang lebih cekap dan boleh skala, yang buat masa ini dibina untuk blok rantai Kusama dan Polkadot.

Dengan krisis iklim yang terus bertambah buruk, sangat mustahak untuk anak muda di seluruh dunia disertakan dalam proses mencapai penyelesaian. Pada tahap ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memperakui teknologi NFT sebagai medium baharu yang unik untuk ekspresi kreatif yang boleh membantu untuk menekankan mesej tentang tindakan iklim. NFT merupakan cara untuk ahli seni untuk menjana hasil daripada karya mereka pada skala global dan terus menerima bayaran untuk karya mereka walaupun setelah lama dijual. Ahli seni di mana-mana sahaja boleh mencapai pengumpul daripada khalayak antarabangsa yang menyokong karya mereka dan PBB mahu membawa bentuk seni ini kepada generasi pencipta seterusnya yang dapat memanfaatkan teknologi yang boleh meluaskan karya mereka.

DigitalArt4Climate bertujuan untuk memperkasakan ahli seni muda, pereka bentuk dan aktivis seluruh dunia untuk mencipta seni yang boleh memberikan ilham kepada orang ramai untuk mengambil tindakan terhadap krisis iklim global. Teknologi sudah lama menjadi sebuah sumber untuk aktivisme dan NFT mewakili medium baharu yang dioptimumkan untuk zaman digital ini. Unique Network akan mewujudkan dan menganjurkan pasaran NFT DigitalArt4Climate untuk ahli seni dan pereka web untuk mempamerkan karya seni mereka. Pasaran tersebut akan dibina pada penyelesaian NFT sedia digunakan yang dimiliki oleh Unique Network, yang menggunakan teknologi blok rantai yang dioptimumkan untuk kecekapan tenaga dan impak karbon yang rendah.

“Untuk menangani krisis iklim, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memahami keperluan untuk menggunakan alat yang tersedia untuk memberikan ilham kepada orang ramai untuk memberikan komitmen dalam tindakan terhadap perubahan iklim,” kata Miroslav Polzer, pengasas dan CEO GLOCHA. “Kami percaya bahawa penyatuan inovasi digital (IoT, pasaran data, NFT) dengan inovasi sosial (bentuk baharu dalam kerjasama berbilang pemegang berkepentingan) akan membawa kepada sistem boleh skala dan penyertaan yang tinggi. Kami telah mendapati infrastruktur inovatif dan fleksibel Unique Network boleh menjadi platform peneraju yang akan membantu kita untuk menyampaikan tindakan iklim impak tinggi. Dengan inisiatif ini kami akan memacu manfaat mobilisasi peringkat masyarakat bagi sumber dan tenaga orang ramai untuk mencapai dunia yang mampan.”

Unique Network telah menyertai DigitalArt4Climate untuk menerajui pelaksanaan teknikal program ini, di samping organisasi rakan kerjasama GLOCHA, UN-Habitat, Social Alpha Foundation, Exquisite Workers, dan Palette69. SAF akan menyediakan sesi pementoran untuk ahli seni dan menaja anugerah pemenang. Exquisite Workers ialah rakan kerjasama kreatif dan kandungan yang terkemuka untuk inisiatif ini sementara Palette69 menerajui pementoran UX/UI untuk Designathon.

“Kami teruja untuk mendemonstrasikan etos bagi teknologi lejar teragih dan data terbuka boleh digunakan untuk menyokong agen perubahan dalam mengenal pasti tindakan iklim yang boleh mereka lakukan,” kata Alexander Mitrovich, CEO Unique Network. “Unique Network amat berbangga untuk bekerjasama dengan inisiatif bersekutu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, badan global untuk mencabar paradigma dan memastikan ekuiti untuk peralihan yang adil. Kami percaya bahawa masa hadapan ekspresi manusia akan dilaksanakan melalui NFT yang mampan dan kami berdedikasi untuk menunjukkan dunia cara NFT dapat menyatukan komuniti kita yang sangat berbeza dalam perjuangan untuk menyelamatkan planet ini.”

Komponen pertama bagi inisiatif ini ialah Designathon, pertandingan reka bentuk pada bulan Julai yang menyaksikan pereka bentuk UX/UI bertanding untuk menghasilkan galeri seni digital dan pasaran yang akan mempamerkan komponen kedua bagi inisiatif ini, Pertandingan Seni DigitalArt4Climate. Bermula pada Hari Belia Antarabangsa, 12 Ogos, ahli seni muda boleh menyerahkan karya mereka pada laman web inisiatif itu. Pada penghujung pertandingan itu, penyerahan akan dilelong pada pasaran DigitalArt4Climate. Ciri Unique Network yang canggih akan membolehkan pembinaan dalam model hasil yang fleksibel untuk ahli seni individu.

Perihal Unique Network
Unique Network ialah yayasan untuk generasi NFT yang seterusnya. Rangkaian NFT untuk Kusama dan Polkadot, Unique Network menawarkan kebebasan daripada yuran urus niaga seluruh rangkaian dan naik taraf kepada pembangun dan pencipta.

Perihal Global Challenges Action Network (GLOCHA)
GLOCHA ialah organisasi persatuan awam ditauliahkan PBB yang berpangkalan di Austria. Misi IAAI sejak 1999 adalah untuk menubuhkan ekosistem untuk GLOCHA dan infrastruktur intelektual, teknologi dan institusi yang sepadan untuk penglibatan masyarakat dalam pelaksanaan matlamat pembangunan mampan untuk alam sekitar.

Perihal Program UN-Habitat
Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah program PBB untuk penempatan manusia dan pembangunan bandar yang mampan. UN-Habitat beroperasi di +90 negara untuk menggalakkan perubahan transformatif di bandar dan penempatan manusia melalui pengetahuan, nasihat dasar, bantuan teknikal dan tindakan muafakat.

Perihal Social Alpha Foundation
Social Alpha Foundation ialah organisasi bukan untung yang menumpukan pada menyokong pendidikan, penyantunan dan projek blok rantai untuk memperkasakan komuniti yang menggunakan teknologi blok rantai untuk kebaikan masyarakat.

Perihal Exquisite Workers
Exquisite Workers ialah platform media sosial dengan kandungan yang dipilih khas, firma pakar runding kreatif dan komuniti NFT terbesar yang terdiri daripada ahli seni (572 pencipta daripada 50 negara).

Perihal Palette69
Palette69 ialah syarikat perkhidmatan reka bentuk dari India yang diasaskan pada 2015.

Pertanyaan media: joe@serotonin.co  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14838

Wednesday, August 4, 2021

PENINGKATAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI) DALAM PEMBUATAN ADALAH KUNCI KEPADA INDONESIA UNTUK MEMAKSIMUMKAN SEPENUHNYA MANFAAT DARIPADA PENGEMBANGAN GVC, MENURUT KAJIAN OLEH PUSAT ASEAN-JEPUN

 



Table
 
“Rantaian Nilai Global di ASEAN” di Indonesia tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC (Grafik: Business Wire)
 

“Rantaian Nilai Global di ASEAN” di Indonesia tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC

TOKYO, 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah menerbitkan Kertas Kerja 4 bagi siri “Rantaian Nilai Global di ASEAN” yang memberi tumpuan kepada Indonesia pada Jun 2021. Menurut kertas kerja itu, Indonesia memperlihatkan sebilangan besar nilai tambah domestik dalam eksport (DVA) pada 88 peratus pada tahun 2019; namun, bahagian DVA yang tinggi ini adalah tertumpu kepada aktiviti pembuatan di peringkat pengeluaran yang lebih rendah, yang memerlukan tahap minimum bagi input yang diimport dan teknologi asing.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210803006201/en/

Indonesia adalah merupakan ekonomi kesepuluh terbesar di dunia dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $1.1 trilion. Walaupun begitu, sektor pembuatan menyumbang hanya satu perlima daripada jumlah keseluruhan nilai tambah yang dihasilkan. Ini menunjukkan bahawa sektor pembuatan mewujudkan nilai kecil walaupun saiznya yang besar, iaitu dua kali ganda saiz bagi sektor utama dari segi hasil pengeluaran. Berbanding dengan negara-negara berpendapatan pertengahan tinggi yang lain seperti Malaysia dan Thailand, Indonesia telah mengekalkan tahap berpendapatan rendah dan mempunyai kadar pertumbuhan yang paling perlahan dalam nilai tambah pembuatan. Pengembangan bagi rantaian nilai global (GVC) adalah satu peluang yang baik untuk meningkatkan keupayaan teknologi bagi firma pembuatan asli, yang dianggap sebagai satu daripada kunci untuk keluar daripada perangkap berpendapatan pertengahan.

Penyertaan GVC yang lebih tinggi boleh mendorong pertumbuhan melalui jumlah perdagangan yang lebih tinggi dan pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih besar. Kertas kerja itu mengesyorkan Indonesia supaya mempertimbangkan untuk menerapkan model pertumbuhan ini sebagai satu pilihan kerangka kerja dasar. Perangkaan FDI menunjukkan bahawa pembuatan menyumbang lebih dari 40 peratus semasa tahun 2014-2019, dan kebanyakannya tertumpu dalam pembuatan teknologi sederhana seperti makanan, logam dan pembuatan jentera. Negara itu harus mengukuhkan industri dan pasaran tempatan mereka dan menggalakkan FDI secara strategik. Dasar-dasar yang menggalakkan peningkatan industri dan teknologi bagi ekonomi tempatan dan meningkatkan pembangunan sumber manusia, seperti kejuruteraan, reka bentuk, dan keupayaan R&D termaju adalah diperlukan untuk memacukan negara itu ke arah sebuah ekonomi yang lebih berintensifkan pengetahuan dan dipacu oleh inovasi.

Memaksimumkan potensi ekonomi nasional tidak secara automatik disusuli dengan integrasi yang lebih mendalam ke dalam GVC. Pelaku tempatan mungkin tidak memiliki keupayaan untuk memanfaatkan pendedahan kepada rangkaian pengeluaran global kerana keperluan seperti pematuhan dengan piawaian antarabangsa, sumber pengurusan dan kewangan yang lebih besar, dan perlindungan harta intelektual boleh menghalang perusahaan kecil dan sederhana daripada turut serta. Di peringkat nasional, proses penciptaan nilai tambah menjadi kunci. Di sinilah peranan sistem inovasi nasional (NIS) melalui dasar sains, teknologi dan inovasi (STI) yang berkesan adalah penting di dalam memaksimumkan kesan limpahan.

NIS yang dirancang dengan sangat teliti boleh menjadi jambatan yang dapat mengubah teknologi asing menjadi teknologi asli di sektor pembuatan. Kerajaan perlu mengutamakan peningkatan syarikat pembuatan asli di dalam GVC, terutamanya pada tahap teknologi pertengahan rendah dan teknologi pertengahan tinggi, memandangkan kebanyakan syarikat pembuatan asli kekal di dalam sektor teknologi rendah. Kerajaan Indonesia perlu untuk mewujudkan sebuah NIS yang dirancang dengan sangat teliti dan cekap yang memberi tumpuan kepada pencepat dan penyelarasan perindustrian dengan kementerian-kementerian utama yang terlibat dengan industri, R&D dan pendidikan tinggi untuk menyokong peningkatan bagi syarikat pembuatan asli di dalam GVC. Sejajar dengan ini, ejen dasar STI perlu memberi tumpuan kepada mewujudkan sebuah rangkaian untuk mengubah teknologi asing kepada keupayaan teknologi asli dan bukannya mencipta sesuatu yang “semata-mata tempatan”.

“Rantaian Nilai Global di ASEAN: Indonesia” tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC seperti di bawah.
https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper4/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210803006201/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-(0)3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun (AJC) 

PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT BAYARAN KUCHING UNTUK SANITASI

 KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Pusat Bayaran Kuching akan ditutup sementara mulai 4 Ogos 2021 (Rabu) hingga 6 Ogos 2021 (Jumaat) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Dalam tempoh penutupan sementara ini, pembayaran kompaun, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara) dan Cukai Pegangan boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui medium Telegraphic Transfer (TT).
 
Selain empat (4) jenis bayaran di atas, bayaran juga boleh dibuat melalui portal perbankan internet bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM dan melalui kemudahan ByrHASIL yang disediakan di portal rasmi LHDNM.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat tatacara bayaran, pembayar cukai boleh menghubungi talian Hasil Care Line di 03-8911 1000 atau Hasil Recovery Call Centre di  03-87511000 atau e-mel kepada HelpTTpayment@hasil.gov.my.
 
Senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara juga boleh dicapai melalui pautan berikut:-
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 03 Ogos 2021

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi 
| Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my


--BERNAMA

PENYELESAIAN SYNCHRONOSS PERSONAL CLOUD DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DENGAN SALURAN RUNCIT DAN DALAM TALIAN KITAMURA DI JEPUN

Kerjasama baharu akan membolehkan peruncit di Jepun menawarkan storan kandungan sementara mereka bercadang mendigitalkan lagi perkhidmatan mereka

BRIDGEWATER, N.J., 4 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan penginovasi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan Kitamura, sebuah peruncit multimedia di Jepun, telah memilih penyelesaian Synchronoss Personal Cloud untuk disepadukan dengan saluran runcit dan dalam talian miliknya. Tambahan awan peribadi akan membolehkan pelanggan runcit dan dalam talian Kitamura menyandarkan dan mengurus kandungan digital mereka yang tak ternilai, termasuk foto dan video, dari mana-mana peranti.

Kitamura merupakan peruncit terkemuka di Jepun yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan imej, termasuk kamera, pencetakan foto, alih suara video, studio foto, buku foto dan sebagainya. Peruncit ini mempunyai lebih 1,000 lokasi runcit di seluruh negara dengan lebih 20 juta pengunjung berbayar setiap tahun dan kira-kira 10 juta pengguna yang berdaftar dalam perkhidmatan dalam talian. Melalui penyepaduan ini, Kitamura akan dapat menyediakan pengalaman runcit dan dalam talian dan runcit yang lancar dengan tawaran awan peribadi label putih baharu.

PENYELESAIAN SYNCHRONOSS PERSONAL CLOUD DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DENGAN SALURAN RUNCIT DAN DALAM TALIAN KITAMURA DI JEPUN

Tuesday, August 3, 2021

ABRA BEKERJASAMA DENGAN LEONIE HILL CAPITAL UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA PINJAMAN KRIPTO DAN PASARAN KADAR HASIL TINGGI

Abra membolehkan institusi dan pengguna Asia untuk memanfaatkan kripto sebagai satu kelas aset arus perdana yang cair, menyediakan jagaan yang selamat, pinjaman kripto, pembelian, perdagangan, peminjaman dan keupayaan untuk memperoleh faedah

MOUNTAIN VIEW, Calif. & SINGAPURA, 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Abra (https://www.abra.com/), sebuah platform pengurusan kekayaan terkemuka dengan kefungsian untuk membeli, menjual, berdagang dan memperoleh faedah terhadap mata wang kripto, hari ini mengumumkan satu perkongsian baharu dengan Leonie Hill Capital, sebuah firma pelaburan yang dikendalikan secara persendirian yang dikhususkan untuk mengambil pendekatan dinamik di pasaran yang sangat kompetitif. Perkongsian itu akan memperluaskan kehadiran aplikasi pengurusan kekayaan Abra yang berkembang pesat kepada pengguna di pasaran kripto Asia – terutamanya pelabur institusi, pelabur nilai bersih tinggi, dan pejabat-pejabat keluarga – yang akan menerima jagaan yang selamat, pinjaman kripto, pembelian, perdagangan, peminjaman dan keupayaan untuk memperoleh sehingga 8% peratus faedah ke atas deposit fiat.

“Leonie Hill Capital (LHC) memiliki satu prestasi yang baik di dalam pengurusan dana dan mengkhususkan diri di dalam pelaburan perniagaan disruptif, terutamanya di dalam persekitaran yang terkawal,” kata Bill Barhydt, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Abra. “Kami percaya kepakaran dan jaringan mereka di Asia menjadikan mereka sebuah rakan strategik utama bagi Abra untuk menjangkau pasaran ini dengan perkhidmatan kami.”

ABRA BEKERJASAMA DENGAN LEONIE HILL CAPITAL UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA PINJAMAN KRIPTO DAN PASARAN KADAR HASIL TINGGI

Monday, August 2, 2021

CIRCUS SOCIAL MENUKAR NAMA SEBAGAI RADARR UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN MENGEMUDIKAN LANDSKAP DIGITAL ASIA

  • Ekosistem media sosial Asia yang luas memerlukan sistem kecerdasan baharu
  • Permintaan bagi wawasan ramalan memacukan evolusi syarikat
  • Percambahan bagi platform dan bahasa media sosial di rantau itu menyediakan rangka tindakan untuk seluruh dunia
SINGAPURA, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat kecerdasan media sosial Circus Social telah menukar nama sebagai Radarr ketika ia berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi wawasan digital ramalan di Asia. Syarikat itu, yang dilancarkan pada tahun 2012, akan melancarkan nama, identiti visual, produk, dan laman web baharu mereka pada bulan ini.

Penjenamaan semula itu mencerminkan inovasi dan transformasi teknologi terkini syarikat itu dengan menggunakan AI, kecerdasan ramalan, dan algoritma ramalan berasaskan linguistik yang mengimbas alam semesta digital bagi berbilion perbualan. Dengan 2,300 bahasa, 4.5 bilion orang, 48 buah negara, dan berbilion perbualan sosial berlaku setiap hari, Asia adalah pusat baharu bagi media sosial, bagaimanapun, belum ada peranti khusus yang diwujudkan untuk menguasai dan mengesan rantau itu sehingga sekarang. Sistem kecerdasan generasi seterusnya diperlukan untuk mengikuti perkembangan landskap yang sentiasa berubah dan menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya.

Penawaran baharu itu direka untuk melayani jenama-jenama dalam satu era percambahan kandungan yang belum pernah terjadi sebelum ini — terutamanya ketika platform di Asia terus berkembang, dan masa yang dihabiskan di media sosial terus meningkat. Ekosistem media sosial yang berinovatif dan bergerak pantas di Asia menjadikannya sebagai satu daripada rantau yang paling kompleks dan mencabar untuk dikemudikan bagi perniagaan — terutamanya daripada pengesanan sudut pandangan bahasa dan sentimen, tetapi juga yang paling bernilai daripada perspektif pandangan. Ketika landskap digital yang berpecah-pecah di rantau itu berkembang, syarikat-syarikat semakin mencari cara yang lebih baik untuk menganalisis dan memanfaatkan kekayaan data yang tersedia dalam talian untuk strategi, kecerdasan perniagaan, dan pandangan audiens.

Prerna Pant, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi bagi Radarr, berkata: “Kami sedang bergerak melampaui analisis tepat masa. Pelanggan kini jauh lebih canggih dan mahukan rakan dengan tindanan teknologi yang sepadan. Pelanggan kami tidak hanya ingin mengetahui tentang apa yang sedang berlaku di dalam ruang digital dalam tepat masa, mereka juga mahu Radarr untuk melihat apa yang akan berlaku agar mereka dapat menjangkakan peluang dan cabaran yang dapat memaju atau menjejaskan perniagaan mereka.”

Ram Bhamidi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Radarr, menjelaskan bahawa “Teras bagi penawaran baharu Radarr adalah sebuah platform kecerdasan yang menyelidiki ke dalam berbilion perbualan yang berlaku dalam talian untuk menyampaikan pemantauan digital dan analisis ramalan. Papan pemuka yang ditempah menyediakan kecerdasan yang disasarkan pada bidang tertentu seperti pemantauan krisis atau pengurusan pempengaruh, sementara papan pemuka yang berpusatkan industri pada topik seperti Kripto dan Permainan memberikan pandangan umum mengenai arah aliran yang muncul merentasi sektor tertentu. Kecerdasan ini memberi maklumat mengenai saranan yang boleh dilaksanakan, yang dipacu oleh data untuk jenama-jenama, yang membolehkan mereka untuk menjangkakan masa depan dengan lebih berkesan dan bertindak pantas.”

Pant berkata: “Pelanggan antarabangsa kami kini melihat Asia sebagai pusat bagi pengembangan dan inovasi media sosial. Untuk membina satu strategi global yang mantap,  kami melihat semakin banyak jenama menumpukan perhatian mereka kepada memahami apa yang berlaku di rantau itu dan kemudian membangunkannya, berbanding dengan cara lama dalam melaksanakan strategi Amerika Utara atau Eropah di Asia. Keupayaan untuk mengambil tindakan agar dapat menghalang perkembangan dan meramalkan arah aliran di dalam dunia media sosial semakin menjadi kritikal bagi perniagaan, dan Asia berada di barisan hadapan di mana perubahan itu sedang berlaku dengan paling pantas.”

Yang terbaharu, syarikat yang berpangkalan di Singapura dan Bengaluru itu telah mengumumkan pembiayaan Pra-Siri A mereka yang diketuai oleh Inflection Point Ventures dan beberapa pelabur berprofil tinggi dari Amerika Syarikat, Singapura, dan India.

Maklumat mengenai Radarr
Dahulu dikenali sebagai Circus Social, Radarr adalah sebuah syarikat kecerdasan sosial dan digital yang dikuasakan oleh AI dan analisis data. Mengkhususkan diri di Asia Pasifik dan permutasi algoritma linguistik di media sosial, Radarr memberikan pandangan yang dapat dilaksanakan, melalui pemantauan dan analisis ramalan kepada perniagaan yang perlu membuat keputusan perniagaan yang berkepentingan tinggi dalam tepat masa. Jenama-jenama terkemuka dan syarikat Fortune 500 bekerjasama dengan Radarr, dengan menggunakan peranti proprietari mereka seperti 20/Twenty dan Pusat Arahan Radarr, untuk mengemudikan bahasa kompleks Asia Pasifik dan landskap digital yang bergerak pantas. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.radarr.com
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14824