Platform kod sifar A.ware Senseforth.ai yang dipatenkan dan telah memenangi anugerah mengautomasikan pengalaman pelanggan merentasi titik sentuh digital bagi perusahaan global. Adalah dianggarkan bahawa pada tahun 2022, 30% daripada pengalaman pelanggan akan dikendalikan oleh AI perbualan, meningkat dari 3% pada tahun 2017. A.ware menjadikannya mudah untuk membina, melatih, mengatur kedudukan, dan meningkatkan penyelesaian AI perbualan untuk memacukan pendapatan, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.
Friday, August 13, 2021
PEMIMPIN AI PERBUALAN SENSEFORTH.AI MENGUMPULKAN $14 JUTA DARIPADA FRACTAL
Platform kod sifar A.ware Senseforth.ai yang dipatenkan dan telah memenangi anugerah mengautomasikan pengalaman pelanggan merentasi titik sentuh digital bagi perusahaan global. Adalah dianggarkan bahawa pada tahun 2022, 30% daripada pengalaman pelanggan akan dikendalikan oleh AI perbualan, meningkat dari 3% pada tahun 2017. A.ware menjadikannya mudah untuk membina, melatih, mengatur kedudukan, dan meningkatkan penyelesaian AI perbualan untuk memacukan pendapatan, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.
HILLSTONE NETWORKS MEMPERKENALKAN PENYELESAIAN SD-WAN BERDIRI SENDIRI YANG BAHARU
SANTA CLARA, Calif., 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian perlindungan infrastruktur, hari ini mengeluarkan satu versi khusus bagi penyelesaian rangkaian kawasan luas yang berdefinisi perisian (SD-WAN) sebagai sebahagian daripada keluaran Platform Pengurusan Keselamatan Hillstone (HSM) 5.0 mereka. Penyelesaian SD-WAN berdiri sendiri Hillstone itu menangani peningkatan keperluan bagi lebih banyak lebar jalur, serta ketersediaan rangkaian dan keperluan kualiti yang dipertingkatkan untuk melayani aplikasi kependaman sensitif dengan lebih baik, dan untuk memastikan bahawa tenaga kerja hibrid pada hari ini mempunyai infrastruktur rangkaian yang selamat yang mereka perlukan bagi kekal produktif.
Perlumbaan ke awan dipercepatkan oleh pandemik yang sedang berlaku, sebuah tenaga kerja yang semakin hibrid dan bergerak yang menuntut pengalaman pengguna yang berkualiti, serta pengkomputeran pinggir adalah pemacu utama bagi sebuah penyelesaian SD-WAN yang selamat. Hillstone menyampaikan dengan keupayaan SD-WAN termaju yang termasuk:
- Pengorkestraan dipermudahkan dengan automasi lapisan termaju dan pembekalan sifar sentuhan, yang membolehkan pembekalan peranti dalam penyebaran lapangan dengan tetapan yang telah dikonfigurasi untuk mengurangkan overhed konfigurasi, mempercepatkan penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan kebolehpercayaan, terutama di dalam penggunaan berskala besar.
- Kebolehlihatan rangkaian global yang disatukan dengan pemantauan kesihatan dinamik, menyediakan tidak hanya penggera tepat masa melalui webUI, e-mel atau aplikasi sosial, tetapi juga membawa data dan statistik yang dipertingkatkan untuk mengesan kerosakan dan pengoptimuman selanjutnya.
- Prestasi aplikasi yang dioptimumkan dengan penghalaan pintar dan kesedaran kandungan, meningkat dan mengoptimumkan prestasi aplikasi, memastikan satu pengalaman pengguna yang optimum dengan mengarahkan trafik secara pintar berdasarkan kepada aplikasi atau perkhidmatan, dan polisi yang dikuatkuasakan.
“Organisasi pada hari ini masih bergelut dengan cara bagaimana untuk mengimbangkan sokongan dan mendapatkan sebuah tenaga kerja hibrid dengan berlatar-belakangkan potensi peningkatan serangan siber,” kata Tim Liu, Pengasas bersama, dan Ketua Pegawai Teknologi di Hillstone Networks. “Kami mencipta penyelesaian SD-WAN Hillstone dengan keselamatan yang bersepadu sepenuhnya untuk menangani titik kritikal yang dicetuskan oleh keperluan perniagaan dan trend pasaran pada hari ini, dan untuk memastikan bahawa pasukan-pasukan IT dapat menjamin dengan pasti dan cekap keselamatan rangkaian dan aplikasi mereka, dan pada masa yang sama menyampaikan satu pengalaman hebat untuk pengguna akhir mereka.”
Maklumat mengenai Hillstone Networks
Penyelesaian Perlindungan Infrastruktur Hillstone Networks yang terbukti menyediakan kepada perusahaan dan penyedia perkhidmatan dengan kebolehlihatan dan kecerdasan untuk melihat secara komprehensif, betul-betul memahami, dan bertindak pantas terhadap ancaman siber yang berbilang lapisan dan berbilang peringkat. Diiktiraf dengan baik oleh penganalisis terkemuka dan dipercayai oleh syarikat-syarikat global, Hillstone melindungi daripada pinggir ke awan dengan peningkatan jumlah kos bagi pemilikan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.hillstonenet.com.
SEGI BANTU KUKUHKAN ASAS UNTUK JAMINAN MASA DEPAN
PETALING JAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Meskipun ramai yang terkesan dan terjejas akibat pandemik yang melanda negara, Universiti SEGi baru-baru ini mengumumkan usahanya untuk meningkatkan aspek pendidikan pembangunan masyarakat ketika negara berusaha melaksanakan strategi peralihan keluar dari krisis COVID-19.
Memahami kesan kewangan yang terjejas terhadap pelajar dan keluarga, Universiti SEGi telah menyalurkan usahanya untuk para pelajar dari pelbagai latar belakang dalam membantu memulakan perjalanan akademik mereka. Universiti SEGi telah memperluaskan rangkaiannya untuk bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan dan organisasi untuk menggerakkan usaha ini dalam pelbagai cara.
"Selain diakui sebagai penyedia pendidikan bertaraf dunia dan pemenang pelbagai anugerah, SEGi juga percaya pendidikan menjadikan pengalaman global dapat diakses oleh pelajar," kata Dr Chiong Kai Shing, Ketua Pusat Pengajian Pra-Universiti, Universiti SEGi.
Universiti SEGi sentiasa berharap dapat memberi peluang kepada para pelajarnya menjadi sebahagian daripada perbincangan akademik yang berkualiti untuk mendorong mereka menjadi individu yang lebih berpengetahuan. Walaupun kini, kaedah pendidikan beralih kepada platform atas talian, pedagogi hibrid tetap diaplikasikan di SEGi, yang menjadikan pendidikan disampaikan secara jarak jauh dan digital.
Justeru, para pelajar diharapkan dapat memulakan perjalanan pendidikan tinggi mereka dalam tempoh yang mencabar ini. SEGi sentiasa komited dan prihatin dalam menyokong para pelajar yang berdepan dengan masalah, sekali gus usaha ini dapat membantu memulihkan semangat mereka yang tertekan untuk tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Universiti SEGi, salah satu penyedia pendidikan yang paling mapan, kini menawarkan program Asasi Sains dan Sastera untuk pelajar menceburi bidang yang mereka minati.
Di samping itu, perkongsian global bersama institusi pengajian tinggi yang terkenal seperti University of Central Lancashire (UCLan), Cardiff University, Queen's University Belfast, UK, dan Troy University, AS, dapat membantu proses pembelajaran yang lebih menyeluruh kepada semua pelajar yang mendaftar. Mengikuti rancangan terperinci yang direka khas oleh SEGi untuk para pelajar, institusi ini juga mendorong pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti rakan kongsi setelah menamatkan pengajian asasi mereka.
SEGi kini menawarkan program pengajian asasi dengan lebih dari 130 jalur artikulasi untuk program sarjana yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia. Program Asasi SEGi mampu melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dan para pelajar akan dibimbing oleh ahli akademik yang berpengalaman untuk memastikan asas pendidikan yang kukuh disampaikan kepada pelajar.
Menyedari betapa pentingnya kemahiran insaniah, seperti pemikiran kritis, komunikasi, dan penyelesaian masalah, dan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kurikulum di SEGi sentiasa dikemas kini agar pengetahuan serta kemahiran pelajar seiring dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang pesat.
Program Asasi Percuma SEGi adalah sebahagian daripada program ijazah sarjana muda mereka untuk pelajar tanpa sebarang kos. Institusi ini terus membina asas yang kukuh untuk pelajar dalam membentuk mereka menjadi graduan yang lebih bersedia serta mampu memberi impak dan membantu membentuk industri di masa depan.
Dikeluarkan oleh SEGi
SUMBER : SEGi University Sdn Bhd
LANTRONIX MELENGKAPKAN PEMEROLEHAN SEGMEN PERNIAGAAN ELEKTRONIK DAN PERISIAN BOLEH LAPOR DARIPADA COMMUNICATIONS SYSTEMS, INC.
IRVINE, Calif., 12 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix, Inc. (“Lantronix”) (NASDAQ: LTRX), pembekal global Perisian sebagai Perkhidmatan (Saas), perkhidmatan kesambungan, perkhidmatan kejuruteraan, perkakasan pintar dan penyelesaian siap guna bagi Internet of Things (IoT) dan Pengurusan Persekitaran Jauh (REM), hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan pemerolehan yang diumumkan sebelum ini bagi Transition Networks dan Net2Edge, yang terdiri daripada sebahagian besar segmen perniagaan Elektronik dan Perisian boleh lapor bagi Communications Systems, Inc. (NASDAQ: JCS) (“CSI”).
Urus niaga ini akan membawa skala segera kepada Lantronix, dengan hasil daripada syarikat gabungan dijangka mencapai jumlah lebih daripada $100 juta setiap tahun. Pemerolehan ini akan membawa produk dan keupayaan kesambungan IoT pelengkap, termasuk pertukaran, Kuasa Melalui Ethernet (PoE) dan penukaran media serta produk penyesuai.Lantronix melihat sinergi pengendalian dan pembangunan produk yang ketara dalam syarikat gabungan dan mengharapkan sinergi hari pertama yang signifikan akan memacu sinergi akretif pendapatan bukan GAAP terdekat selepas penutupan, dan syarikat menjangkakan lagi sebanyak $7 juta dalam sinergi kadar pelaksanaan tahunan sepanjang 24 bulan pertama. Lantronix akan mengeluarkan panduan untuk tahun fiskal 2022 pada panggilan persidangan pendapatan suku tahun keempat, tahun fiskal 2021, tarikhnya akan diumumkan tidak lama lagi.
Silicon Valley Bank, bank syarikat paling inovatif di dunia dan pelabur mereka, di samping SVB Capital, memberikan pembiayaan perolehan.
O’Melveny & Myers LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Lantronix.
Perihal Lantronix
Lantronix Inc. ialah pembekal global penyelesaian siap guna selamat untuk Internet of Things (IoT) dan Pengurusan Persekitaran Jauh (REM), menawarkan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), perkhidmatan kesambungan, perkhidmatan kejuruteraan dan perkakasan pintar. Lantronix membolehkan pelanggan menyediakan penyelesaian Pinggir Pintar IoT dan OOBM yang boleh dipercayai dan selamat sambil mempercepat masa memasuki pasaran. Produk dan perkhidmatan Lantronix memudahkan penghasilan, pembangunan, pelaksanaan dan pengurusan projek IoT dengan ketara di samping menyediakan kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan merentas perkakasan, perisian dan penyelesaian.
Dengan pengalaman tiga dekad yang telah terbukti dalam mencipta teknologi IoT dan penyelesaian OOBM yang kukuh, Lantronix ialah penginovasi dalam membolehkan para pelanggannya membina model perniagaan baharu, memanfaatkan kecekapan yang lebih besar dan merealisasikan kemungkinan Internet of Things. Penyelesaian Lantronix digunakan dalam jutaan mesin di pusat data, pejabat dan tapak jauh yang berkhidmat untuk pelbagai industri, termasuk tenaga, pertanian, perubatan, keselamatan, pengeluaran, pengedaran, pengangkutan, runcit, kewangan, persekitaran dan kerajaan.
Lantronix beribu pejabat di Irvine, Calif. Untuk maklumat lanjut, lawati www.lantronix.com.
Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, www.lantronix.com/blog, menampilkan perbincangan dan kemas kini industri. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila lawati www.twitter.com/Lantronix. Lihat pustaka video kami di YouTube di www.youtube.com/user/LantronixInc atau berhubung dengan kami di LinkedIn di www.linkedin.com/company/lantronix.
Perbincangan tentang Ukuran Kewangan Bukan GAAP
Lantronix yakin bahawa pembentangan maklumat kewangan bukan GAAP, apabila dibentangkan bersama ukuran GAAP yang sepadan, memberikan maklumat tambahan yang penting kepada pihak pengurusan dan pelabur berkenaan arah aliran kewangan dan perniagaan yang berkaitan dengan keadaan kewangan dan hasil operasi syarikat. Pihak pengurusan menggunakan ukuran bukan GAAP tadi untuk memantau dan menilai hasil operasi dan arah aliran yang berterusan bagi memahami prestasi operasi perbandingan kami. Ukuran kewangan bukan GAAP yang didedahkan oleh syarikat tidak boleh dianggap sebagai pengganti atau mengatasi ukuran kewangan yang dikira mengikut GAAP, dan hasil kewangan yang dikira menurut GAAP dan penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP kepada ukuran kewangan yang dikira menurut GAAP perlu dinilai dengan teliti. Ukuran kewangan bukan GAAP yang digunakan oleh syarikat mungkin dikira secara berlainan, dan mungkin tidak dapat dibandingkan dengan ukuran bertajuk serupa yang digunakan oleh syarikat lain.
Panduan peningkatan pendapatan sesaham disediakan hanya pada asas bukan GAAP berikutan kesukaran inheren untuk meramalkan masa atau jumlah item tertentu yang telah dikecualikan daripada ukuran bukan GAAP prospektif dan penyelarasan panduan GAAP yang boleh dibandingkan tidak disediakan kerana faktor tertentu yang penting secara material kepada keupayaan Lantronix untuk menganggarkan item yang dikecualikan tidak dapat dicapai atau dijangka berdasarkan prospektif tanpa usaha yang tidak munasabah.
Pernyataan Prospektif
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, sebagaimana yang dipinda. Pernyataan yang bukan penyataan sejarah semata-mata membentuk pernyataan prospektif dan mungkin kerap kali, tetapi tidak sentiasa, dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti “mengharapkan”, “percaya”, “berniat”, “menjangkakan”, “merancang”, “menganggarkan”, “potensi”, “kemungkinan”, “mungkin” atau pernyataan bahawa tindakan, peristiwa atau hasil tertentu “mungkin”, “akan”, “perlu”, atau “boleh” diambil, berlaku atau dicapai. Pernyataan prospektif dalam siaran akhbar ini merangkumi, antara lain, pernyataan tentang manfaat yang dijangkakan daripada pemerolehan Transition Networks dan Net2Edge (“Urus Niaga”), termasuklah jangkaan sinergi dalam syarikat gabungan, jangkaan pada Lantronix dan pemegang sahamnya, sifat akretif Urus Niaga yang dicadangkan dan jangkaan hasil operasi masa hadapan bagi syarikat gabungan. Pernyataan prospektif dibuat berdasarkan jangkaan dan anggapan semasa serta analisis yang dibuat oleh Lantronix dan pihak pengurusan berkenaan pengalaman dan persepsi aliran sejarah, keadaan semasa dan pembangunan pada masa hadapan yang dijangka, serta faktor lain yang sesuai dalam keadaan tersebut. Walau bagaimanapun, sama ada keputusan sebenar dan pembangunan akan mematuhi jangkaan atau tidak adalah tertakluk pada beberapa risiko dan ketidakpastian material, termasuk tetapi tidak terhad kepada: keupayaan Lantronix untuk berjaya menyepadukan perniagaan yang diperoleh selepas Urus Niaga dan mencapai manfaat yang dijangka daripadanya; risiko berkaitan sebarang liabiliti tidak dijangka terhadap perniagaan yang diperoleh; ketidaktepatan anggaran simpanan atau anggapan yang mendasarinya; semakan semula terhadap anggaran simpanan akibat perubahan harga komoditi; sebarang kehilangan pengurusan atau kakitangan penting; kesan pandemik COVID-19, termasuk kemunculan strain virus baharu yang lebih mudah berjangkit dan/atau kalis vaksin dan impak usaha vaksinasi, termasuk keberkesanan dan penerimaan awam terhadap vaksinasi, pada perniagaan, pekerja, rantaian bekalan dan pengagihan syarikat gabungan dan ekonomi global; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Lantronix berkenaan Borang 10-K bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2020, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 11 September 2020, termasuk dalam bahagian yang bertajuk “Faktor Risiko” dalam Item 1A Bahagian I laporan tersebut; Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q bagi suku tahun fiskal yang tamat pada 31 Mac 2021, yang difailkan dengan SEC pada 30 April 2021, termasuk dalam bahagian yang bertajuk “Faktor Risiko” dalam Item 1A Bahagian II laporan tersebut; dan dalam pemfailan awam lain dengan SEC bagi Syarikat. Selain itu, hasil sebenar mungkin berbeza disebabkan risiko tambahan dan ketidakpastian yang pihak pengurusan Lantronix tidak sedari buat masa ini atau tidak dianggap sebagai penting terhadap perniagaan Syarikat buat masa ini. Atas sebab ini, pelabur diingatkan untuk tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar pada sebarang pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif Lantronix hanya memberikan gambaran setakat tarikh pernyataan tersebut dibuat. Lantronix tidak bertanggungjawab untuk menyemak atau mengemas kini kepada orang awam tentang sebarang pernyataan prospektif kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan Nasdaq Stock Market, LLC.
Orang Hubungan Media Lantronix:
Gail Kathryn Miller
Pengurus Pemasaran &
Komunikasi Korporat
media@lantronix.com
949-453-7158
Maklumat Hubungan Penganalisis dan Pelabur Lantronix:
Jeremy Whitaker
Ketua Pegawai Kewangan
investors@lantronix.com
949-450-7241
Jualan Lantronix:
sales@lantronix.com
Amerika +1 (800) 422-7055 (AS dan Kanada) atau +1 949-453-3990
Eropah, Timur Tengah dan Afrika +31 (0)76 52 36 744
Asia Pasifik + 852 3428-2338
China + 86 21-6237-8868
Jepun +81 (0) 50-1354-6201
India +91 994-551-2488
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14865
KIOXIA MENDORONG BATASAN PRESTASI DENGAN VERSI BAHARU. 3.1 UFS PERANTI INGATAN KILAT TERTANAM
TOKYO, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan pengambilan sampel bagi generasi terbaharu bagi 256 dan 512 gigabait (GB) Storan Kilat Universal (UFS) Versi. 3.1 peranti ingatan kilat tertanam. Dipasang pada pakej 0.8 dan 1.0mm tinggi, produk baharu itu meningkatkan prestasi sebanyak kira-kira 30% untuk bacaan rawak dan kira-kira 40% untuk penulisan rawak[¹] – menjadikannya lebih nipis[²] dan lebih pantas berbanding pendahulunya. Peranti UFS baharu Kioxia menggunakan ingatan kilat 3D BiCS FLASH™ generasi kelima berprestasi tinggi syarikat itu dan disasarkan kepada pelbagai aplikasi mudah alih termasuk telefon pintar canggih.
Rangkaian aplikasi kuasa dan ruang yang luas yang menggunakan ingatan kilat tertanam terus memerlukan prestasi dan kepadatan yang lebih tinggi, dan UFS semakin menjadi pilihan bagi penyelesaian itu. Daripada perspektif sebuah GB total, UFS kini mencakupi sebahagian besar daripada permintaan berbanding dengan e-MMC. Menurut Forward Insights[³], apabila menggabungkan keseluruhan permintaan UFS dan e-MMC GB di seluruh dunia, hampir 70% bagi permintaan pada tahun ini adalah untuk UFS, dan ini akan terus meningkat.
Peranti UFS 256GB dan 512GB baharu itu termasuk kemajuan berikut:
● Peningkatan prestasi sekitar 30% untuk bacaan rawak dan kira-kira 40% untuk penulisan rawak.
● Penggalak Prestasi Hos (HPB) Versi 2.0: Meningkatkan prestasi bacaan secara rawak dengan menggunakan ingatan sisi hos untuk menyimpan jadual terjemahan logik ke fizikal. Sementara HPB Versi 1.0 hanya membolehkan akses bersaiz ketulan 4KB, HPB Versi 2.0 membolehkan akses yang lebih luas - yang dapat meningkatkan lagi prestasi bacaan secara rawak.
● Pakej 256GB yang lebih nipis pada ketinggian hanya 0.8mm.
Catatan
[1] Berbanding dengan generasi Kioxia sebelum ini UFS 256/512GB.
[2] Bagi ketumpatan 256GB berbanding dengan generasi Kioxia sebelum ini UFS 256GB.
[3] Forward Insights “NAND Quarterly Insights” 2Q (2021)
Kelajuan bacaan dan penulisan mungkin berbeza bergantung pada peranti hos, keadaan bacaan dan penulisan, dan saiz fail.
Dalam setiap sebutan bagi sebuah produk Kioxia: Ketumpatan produk dikenal pasti berdasarkan kepada kepadatan cip ingatan di dalam Produk, bukan jumlah kapasiti ingatan yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti yang boleh digunakan oleh pengguna akan lebih rendah disebabkan oleh ruang data overhed, pemformatan, blok rosak, dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza berdasarkan kepada hos peranti dan aplikasi. Untuk perincian, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan. Definisi bagi 1KB = 2ˆ10 bait = 1,024 bait. Definisi bagi 1Gb = 2ˆ30 bit = 1,073,741,824 bit. Definisi bagi 1GB = 2ˆ30 bait = 1,073,741,824 bait. 1Tb = 2ˆ40 bit = 1,099,511,627,776 bit.
Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.
Maklumat mengenai Kioxia
Kioxia adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, berdedikasi kepada pembangunan, pengeluaran dan penjualan ingatan kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat yang terdahulu Toshiba Memory telah dijual dari Toshiba Corporation, syarikat yang telah mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited kepada meningkatkan dunia dengan “ingatan” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan bagi pelanggan dan nilai berdasarkan ingatan bagi masyarakat. Teknologi ingatan kilat 3D berinovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan bagi storan di dalam penggunaan berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer meja, SSD, automotif dan pusat data.
Pertanyaan pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Jualan & Pemasaran Ingatan
Tel: +81-3-6478-2423
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Hubungi
Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber : Kioxia Corporation
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Thursday, August 12, 2021
"XPOSURE" MULA MENERIMA PENYERTAAN UNTUK ANUGERAH "WARTAWAN FOTOGRAFI PERSENDIRIAN"
“Xposure” Mula Menerima Penyertaan untuk Anugerah “Wartawan Fotografi Persendirian” (Photo: Business Wire)
30 November 2021…Tarikh Terakhir untuk Pendaftaran
Pendaftaran kini dibuka untuk Anugerah Fotografi Antarabangsa Xposure
Dubai, : Emiriah Arab Bersatu, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Festival Fotografi Antarabangsa Xposure yang dianjurkan oleh Biro Media Kerajaan Sharjah, telah mula menerima penyertaan untuk Anugerah Wartawan Fotografi Persendirian dari 1 Ogos hingga 30 November 2021. Jurufoto-jurufoto persendirian, yang telah mengumpulkan foto-foto dari seluruh dunia bagi menyokong warta berita dan bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu global yang mempengaruhi pendapat awam, adalah yang disasarkan.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20210811005669/en/
Anugerah ini telah dibahagikan kepada tiga kategori: kewartawanan berita yang mempunyai kaitan tentang dokumentasi pantas berita tergempar; kewartawanan alam sekitar yang memberi fokus kepada masalah-masalah alam sekitar dan perubahan-perubahan alam sekitar yang disebabkan oleh perbuatan manusia samada secara langsung atau tidak langsung, dan kewartawanan solusi yang menekankan tentang keadaan-keadaan semasa dan berkenaan dengan isu-isu kepayahan dalam usaha untuk membangunkan solusi-solusi yang efektif. Jurufoto-jurufoto boleh menyertai dengan minimum lima foto, dan maksimum 12 foto.
Pendaftaran untuk anugerah ini adalah percuma dan terbuka kepada semua jurufoto dari pelbagai warganegara yang berumur lebih daripada 18 tahun dan memegang pas wartawan dalam negara atau antarabangsa yang dikeluarkan oleh badan akreditasi dan pertubuhan atau federasi yang diterima di peringkat antarabangsa di laman sesawang anugerah: https://awards.xposure.ae/
Nilai anugerah bagi tempat pertama ialah sebanyak $15,000, serta tambahan dengan satu tempat istimewa untuk mempamerkan hasil kerja pemenang pada Festival Fotografi Antarabangsa yang seterusnya. Pemenang tempat kedua akan mendapat tempat pamerannya yang tersendiri untuk mempamerkan hasil kerjanya pada edisi yang akan datang.
Penerimaan Penyertaan sekarang Dibuka
Festival Fotografi Antarabangsa Xposure sedang secara berterusan menerima penyertaan untuk Anugerah festival. Ia telah membuka pintu penyertaan kepada jurufoto-jurufoto amatur dan profesional bagi mengambil bahagian dengan hasil kerja mereka dalam pelbagai kategori anugerah dari hari pertama bulan Julai yang lepas hingga hari pertama bulan November.
Festival ini menerima penyertaan-penyertaan daripada semua kumpulan umur dan dari seluruh dunia, kategori-kategorinya termasuklah: fotografi senibina, fotografi pemandangan dari atas dan dari alat penerbangan kawalan jauh, fotografi lanskap, kewartawanan fotografi, fotografi pelancongan, kategori filem pendek, fotografi hidupan liar, fotografi kanak-kanak (untuk mereka yang berumur bawah 18) dan kategori untuk kakitangan kerajaan Sharjah.
Melalui anugerah ini, Xposure mahukan ia memberikan sinar kepada jurufoto-jurufoto yang mana kerja mereka memberitahu cerita secara visual yang mencerahkan suasana tentang kemanusiaan dan isu-isu alam sekitar yang mengubah sifat manusia, dan lagi yang memberi fokus kepada amalan-amalan unik dan tradisi manusia, lanskap, dan ciri-ciri senibina yang menarik pandangan mata dengan rekaannya yang tersendiri.
Dengan menganjurkan dan menarik minat ramai jurufoto-jurufoto yang berpengalaman, media-media profesional dan peminat-peminat fotografi dari seluruh dunia, Festival Fotografi Antarabangsa Xposure telah berjaya mengukuhkan posisi uniknya sebagai acara fotografi yang terpenting dalam wilayahnya semenjak daripada edisi pertamanya.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/52475458/en
Tulay Genc
Email: info@b2press.com
Phone: +31 30 799 6022
Sumber: Xposure
TECHTRONIC INDUSTRIES MENYAMPAIKAN PERTUMBUHAN JUALAN SEPARUH PERTAMA YANG LUAR BIASA
HONG KONG, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat peralatan kuasa dan penjagaan lantai global yang berpusat di Hong Kong Techtronic Industries Co. Ltd. (“TTI” atau “Kumpulan” itu) (kod stok: 669, simbol ADR: TTNDY) mengumumkan keputusan mereka untuk enam bulan yang berakhir pada 30 Jun, 2021. Kumpulan itu menyampaikan keputusan yang luar biasa bagi separuh pertama tahun 2021, jualan meningkatkan sebanyak 52.0% kepada AS$6.4 bilion. Margin kasar meningkat untuk separuh pertama ke-13 berturut-turut kepada 38.6%, dan pertumbuhan dalam EBIT, keuntungan bersih, dan perolehan bagi sesaham kesemuanya mengatasi pertumbuhan jualan. EBIT meningkat 57.4% kepada AS$572 juta, keuntungan bersih meningkat 57.9% kepada AS$524 juta, dan perolehan sesaham meningkat 57.8% kepada kira-kira AS28.62 sen sesaham.
- Pertumbuhan jualan yang luar biasa sebanyak 52.0%
- Pertumbuhan jualan sebanyak 71.5% sepanjang tempoh dua tahun, berbanding dengan separuh pertama tahun 2019
- Pertumbuhan jualan yang kukuh merentasi semua perniagaan dan geografi
- Margin kasar meningkat untuk separuh pertama ke-13 berturut-turut kepada 38.6%, menokok 58 mata asas
- Pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak 57.9% kepada AS$524 juta
Modal kerja sebagai satu peratus jualan berakhir pada 18.3%, di bawah sasaran TTI sebanyak 20.0% atau kurang. Kumpulan itu terus membina inventori secara strategik untuk menyokong pertumbuhan pasaran mereka yang luar biasa, untuk melayani pelanggan mereka dengan tahap perkhidmatan yang tinggi secara konsisten, dan untuk melindungi syarikat itu daripada potensi kekurangan komponen kritikal.
Segmen Peralatan Kuasa TTI mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 55.3% kepada AS$5.8 bilion. Semua geografi dan unit perniagaan menyumbang kepada prestasi luar biasa ini dalam separuh pertama tahun 2021. Perniagaan Milwaukee yang terunggul menyampaikan pertumbuhan yang mengagumkan sebanyak 64.1% di seluruh dunia. RYOBI menunjukkan prestasi yang sangat baik merentasi semua jenama dengan pertumbuhan dua digit yang kukuh di dalam semua kategori dan geografi. Sebagai tambahan, perniagaan Penjagaan Lantai & Pembersihan menyumbang sebanyak 9.0% daripada jumlah jualan TTI, dengan jualan meningkat 25.3% kepada AS$574 juta.
Encik Horst Pudwill, Pengerusi TTI, berkata “Di TTI, kami telah membina sebuah pasukan bertaraf dunia yang luar biasa dan kami ingin mengiktiraf organisasi global kami yang luar biasa kerana menyampaikan keputusan yang mantap. Kami bangga dengan keputusan strategik dan berani yang telah kami laksanakan selama 18 bulan yang lalu untuk meletakkan kami pada kedudukan yang teguh pada separuh kedua tahun 2021.”
Encik Joseph Galli, Ketua Pegawai Eksekutif TTI, berkata, “Hasil separuh pertama TTI jelas menunjukkan kedudukan kepimpinan kami, momentum kami, dan potensi masa depan kami. Mesin produk baharu berkelajuan tinggi kami membolehkan kami untuk memperluaskan pasaran dan menguasai bahagian pasaran, dan pada masa yang sama kami terus meningkatkan margin kasar kepada tahap paling tinggi.”
Maklumat mengenai TTI
Ditubuhkan pada tahun 1985 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Limited pada tahun 1990, TTI adalah sebuah peneraju dunia di dalam teknologi tanpa kord yang merangkumi Peralatan Kuasa, Peralatan Kuasa Luar, Produk Pembersihan Penjagaan Lantai dan Penyelesaian untuk pengguna, profesional, dan pengguna industri di rumah, pembinaan, penyelenggaraan, perindustrian dan industri infrastruktur. Syarikat itu mempunyai asas yang dibina berdasarkan kepada empat pemacu strategik – Jenama yang Sangat Kuat, Produk Inovatif, Pekerja yang Luar Biasa dan Kecemerlangan Operasi - mencerminkan satu visi jangka panjang yang berkembang untuk memajukan teknologi tanpa kord. Strategi pertumbuhan global tanpa henti untuk mencapai inovasi produk telah membawa TTI ke barisan hadapan industri itu. Portfolio jenama TTI yang mantap termasuk MILWAUKEE, AEG dan peralatan kuasa, aksesori dan peralatan tangan RYOBI, produk luaran RYOBI dan HOMELITE, produk susun atur dan ukuran EMPIRE, dan produk dan penyelesaian pembersihan penjagaan lantai HOOVER, ORECK, VAX dan DIRT DEVIL.
TTI adalah satu daripada saham induk bagi Indeks Hang Seng, Indeks FTSE RAFI™ All-World 3000, Indeks FTSE4Good Developed dan Indeks MSCI ACWI. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ttigroup.com.
Semua tanda perdagangan yang disenaraikan selain AEG dan RYOBI adalah dimiliki oleh Kumpulan itu. AEG adalah sebuah tanda perdagangan berdaftar bagi AB Electrolux (publ.), dan digunakan di bawah lesen. RYOBI adalah sebuah tanda perdagangan berdaftar milik Ryobi Limited, dan digunakan di bawah lesen.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210811005604/en/
Hubungi
Techtronic Industries Co. Ltd.
Isabella Chan
Tel: +(852) 2402 6495
E-mel: isabella.chan@tti.com.hk
Laman web: www.ttigroup.com
Strategic Financial Relations Limited
Veron Ng +(852) 2864 4831 veron.ng@sprg.com.hk
Adrianna Lau +(852) 2114 4987 adrianna.lau@sprg.com.hk
Karen Kwan +(852) 2114 4171 karen.kwan@sprg.com.hk
E-mel: sprg_tti@sprg.com.hk
Laman web: www.sprg.com.hk
Sumber : Techtronic Industries Co. Ltd.
