PETALING JAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Universiti SEGi bekerjasama dengan International Bureau of Education (IBE-UNESCO), Universiti Malaya (UM), Asia Pacific Research Association on Curriculum Studies (APRACSI), dan Association of Professional in Curriculum and Educational Instruction (APROCEI) untuk menjadi tuan rumah Persidangan Asia Pasifik bagi Pengajian Kurikulum dan Perancangan Instruksional (APCCSID) pada Oktober 2021 dalam usaha untuk memperkasakan pelajar dari semua latar belakang sosio-ekonomi dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai murni, dan perilaku positif untuk menangani cabaran global pada abad ke-21.
Bertemakan Kurikulum dan Reka Bentuk Instruksional untuk Pembangunan Lestari, APCCSID 2021 akan menyentuh dan mengutamakan perbincangan tentang peranan dan kesan pendidikan ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) UNESCO, kelestarian ke arah pendidikan inklusif, pendidikan nilai dan moral, pendidikan untuk Penggunaan dan Pengeluaran Lestari (ESCP), dan Kewarganegaraan Global sebagai pemboleh daya kritikal untuk kesemua SDGs.
Persidangan Antarabangsa ini akan memberi peluang untuk kolaborasi ilmu pengetahuan dan pengalaman di peringkat global dan juga di antara para sarjana akademik, pembuat dasar, dan pengamal dalam persekitaran antarabangsa sambil menyediakan platform untuk perbincangan dan kerjasama mengenai kajian kurikulum dan rancangan instruksional di kedua-dua peringkat institusi pendidikan rendah dan tinggi di Malaysia serta serantau.
Dengan menampilkan 25 penyampai utama dan penceramah, serta 12 panelis forum dari seluruh dunia, SEGi berharap dapat memberi peluang yang lebih baik kepada rakyat Malaysia untuk meningkatkan kesedaran mereka berkaitan landskap pemikiran lestari sebagai warganegara global. SEGi berharap usaha seperti ini mampu menerajui bidang pendidikan dalam menuju dan mencapai pembangunan lestari untuk masa depan yang lebih baik.
"Walaupun gaya pemikiran lestari dan bersepadu dapat meningkatkan kesejahteraan kita sebagai masyarakat dunia, ia juga menunjukkan bahawa kita tidak mewarisi dari nenek moyang kita, tetapi meminjam dari generasi berikutnya. Begitu juga dengan Education for Sustainable Development (ESD) yang menyedari bahawa kurikulum semasa bukan hanya untuk generasi sekarang tetapi juga untuk generasi masa depan,” kata Datin Dr Ng Soo Boon, Pengerusi Penganjur APCCSID 2021.
Dalam memastikan kurikulum dapat dilaksanakan dengan baik, latihan untuk guru-guru sangat penting, dan penyelidikan berterusan perlu dilakukan. Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Psikologi Universiti SEGi akan menjadi peneraju didalam bidang pendidikan di Malaysia dan serantau ke arah pendidikan untuk pembangunan lestari melalui program pendidikan guru di peringkat sarjana dan pascasiswazah.
Ketika dunia mula menangani krisis dan bencana yang belum pernah terjadi berikutan 'Code Red for Humanity' seperti yang dilaporkan oleh Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC), Universiti SEGi sebagai penganjur utama APCCSID 2021, percaya bahawa kurikulum mampu menentukan arah transformasi pendidikan di seluruh dunia dan di semua peringkat pendidikan menjadi lebih lestari untuk generasi akan datang, melalui kesedaran alam sekitar. Sinergi berterusan dan usaha bersepadu APCCSID diperlukan untuk mengurangkan jurang antara teori dan praktikal.
Dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga global mengenai pentingnya landskap lestari, APCSSID 2021 akan membantu mengembangkan dan melaksanakan kurikulum yang bermatlamat. Ia menekankan kepada pengenalpastian dan kepatuhan kepada falsafah dan prinsip yang murni dan berterusan dalam pembelajaran untuk meningkatkan keupayaan pemikiran dan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar secara umum.
Thursday, August 19, 2021
SEGI DEPANI CABARAN GLOBAL DI APCCSID 2021
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14888
Wednesday, August 18, 2021
ANUGERAH STEVIE® MENGUMUMKAN PEMENANG DALAM INTERNATIONAL BUSINESS AWARDS® TAHUNAN KE-18 DARI SELURUH DUNIA
Perniagaan Diberikan Penghormatan untuk Pencapaian Tatkala COVID-19
FAIRFAX, Va., 18 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Organisasi dan eksekutif yang berprestasi tinggi di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Stevie® Emas, Perak, dan Gangsa dalam The International Business Awards® Tahunan ke-18, satu-satunya program anugerah perniagaan antarabangsa dan yang menyeluruh di dunia.
Pemenang dipilih daripada lebih daripada 3,700 pencalonan yang diserahkan oleh organisasi di 65 negara.
Senarai lengkap semua pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa 2021 mengikut kategori tersedia di www.StevieAwards.com/IBA.
Lebih daripada 260 eksekutif di seluruh dunia mengambil bahagian pada 11 juri untuk menentukan pemenang Stevie.

Tuesday, August 17, 2021
HAFIZUDDIN HIEW MENANG ANUGERAH KHAS ALUMNI@UMK MILLION DOLLAR AWARDS 2020
KOTA BHARU, 17 Ogos (Bernama) -- Pengasas TDC Holdings Sdn. Bhd. dan usahawan susu kolostrum C2Joy (Safe & Joy), Encik Mohd Hafizuddin Hiew bin Abdullah dianugerahkan Alumni@UMK (Million Dollar Awards) sempena Majlis Anugerah Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEA) 2020, pada 12 Ogos 2021.
Anugerah UMKEA anjuran Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI) telah diadakan secara dalam talian menerusi platform Facebook Rasmi UMK.
Encik Mohd Hafizuddin Hiew berkata, kejayaan menerima anugerah khas UMKEA 2020 adalah di luar jangkaan kerana tidak pernah terlintas di fikirannya UMK akan mengiktiraf segala usaha dan kejayaannya menerusi anugerah sebegini rupa.
Katanya, anugerah ini amat istimewa kerana ini adalah satu-satunya anugerah bukan akademik yang diperolehi selepas tamat pengajian di UMK kerana sebelum ini hanya memperoleh Anugerah Dekan atau beberapa anugerah akademik lain-lain.

PASUKAN PENYELIDIKAN BERSAMA TSINGHUA-LIVERPOOL MENEMUI MEKANISME PENYIMPANAN CAS BAHARU
![]() |
Lu di makmal Prof Hu di mana beliau mengadakan eksperimen untuk membandingkan hasil yang diperolehi di NTHU dan di UoL. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua) |
HSINCHU, Taiwan, 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Oleh kerana ketumpatan tenaga tinggi dan kos rendah mereka, bateri udara-logam adalah satu daripada sumber kuasa yang mempunyai masa depan yang cerah pada masa akan datang. Sebuah pasukan penyelidikan bersama Tsinghua-Liverpool baru-baru ini telah membangunkan sebuah mekanisme penyimpanan cas baharu yang membolehkan ketercasan semula di dalam bateri udara kalsium – satu langkah utama ke hadapan di dalam teknologi bateri.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210816005031/en/
Penemuan ini telah diterbitkan dalam Chemical Science. Pengarang utama bagi makalah ini, Yi-Ting Lu, adalah seorang pelajar kedoktoran bersama di Tsinghua dan Liverpool, di mana penyelianya adalah Prof. Chi-Chang Hu (Jabatan Kejuruteraan Kimia, NTHU) dan Prof. Laurence Hardwick (Jabatan Kimia, UoL).
Satu kejayaan besar yang berkaitan dengan bateri Udara-Kalsium
Prof. Hu berkata bateri litium-ion konvensional mempunyai kapasiti praktikal yang terhad. Oleh itu, ramai penyelidik berusaha untuk membangunkan teknologi bateri alternatif. Tumpuan mereka adalah pada bateri udara-logam yang berasaskan zink, litium, natrium, kalium, kalsium, magnesium, dan aluminium. Kelebihan bagi bateri udara kalsium itu adalah tenaga spesifiknya yang tinggi — lima kali ganda berbanding dengan bateri litium-ion tradisional. Walau bagaimanapun, kebolehlaksanaan bateri udara kalsium itu tetap terhambat oleh satu kelemahan utama — ia tidak boleh dicas semula.
Lu menjelaskan bahawa bateri udara-logam adalah sel elektrokimia yang biasanya menggunakan sebuah logam aktif sebagai elektrod negatif, dan sebuah bahan karbon berliang yang bersentuhan dengan udara sebagai elektrod positif. Apabila logam itu yang mengoksidakan oksigen pada elektrod positif berkurangan, ia menghasilkan arus elektrik.
Setelah menamatkan tahun pertama bagi pengajian kedoktoran di NTHU, Lu mendaftar di Institute Stephenson for Renewable Energy di UoL pada September 2018. Di bawah pengawasan Prof. Hardwick, beliau mula melakukan penyelidikan terhadap elektrolit yang digunakan di dalam bateri udara kalsium.
PASUKAN PENYELIDIKAN BERSAMA TSINGHUA-LIVERPOOL MENEMUI MEKANISME PENYIMPANAN CAS BAHARU
BCG DIGITAL VENTURES DAN MISC MENGUMUMKAN PELABURAN BERSAMA DALAM TIGA USAHA NIAGA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN RADIKAL KEPADA RUANG PENYELESAIAN MARITIM DENGAN TEKNOLOGI MENDALAM
Pelaburan bersama itu bakal merevolusikan industri perkapalan antarabangsa dengan meningkatkan keselamatan marin dan memperkenalkan pengurusan penyahkarbonan dan inventori digital
LOS ANGELES, 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BCG Digital Ventures (BCGDV), cabang pembinaan perniagaan dan inovasi korporat bagi Boston Consulting Group (BCG), hari ini mengumumkan pelaburan mereka sebelum ini di dalam tiga usaha niaga: SOL-X, Chord X, dan Spares CNX.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210816005088/en/
Pelaburan BCGDV telah dibuat pada tahun lalu sementara usaha niaga tersebut berada dalam mod senyap bagi membolehkan satu tumpuan yang lebih mendalam kepada aktiviti pengembangan perniagaan, termasuk pengambilan kakitangan, pembangunan produk, dan pemerolehan pasaran sasaran.
Dengan objektif untuk membuat perubahan radikal di dalam industri perkapalan, BCGDV juga telah mengumumkan bahawa tiga usaha niaga maritim itu akan menyertai portfolio mereka yang lebih meluas bagi perniagaan dan produk berinovatif dengan sokongan BCGDV dan syarikat perkapalan antarabangsa terkemuka Kumpulan MISC.
Ketiga-tiga perniagaan permulaan yang berasingan ini berbeza dalam pendekatan mereka, namun secara bersama mereka menunjukkan kekuatan dalam kuasa transformasi dengan menggunakan teknologi digital dan mendalam secara strategik, seperti AI, ML, dan IloT, untuk mewujudkan kecekapan operasi yang besar merentasi rantaian nilai perkapalan dalam satu cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Usaha niaga itu akan menjadi pemacu utama bagi kapal pintar itu, yang memanfaatkan automasi dan teknologi bantu untuk memastikan keselamatan, kecekapan, dan kelestarian alam sekitar.
“Dengan 90% daripada barangan dunia diangkut oleh kapal, dan memandangkan percubaan inovasi yang berpecah-pecah, kami percaya pelaburan ini akan benar-benar dapat membuat perubahan ketara terhadap industri maritim, serta juga kepada industri seperti perlombongan, tenaga, dan barangan industri,” kata Sid Shah, Pengarah Urusan & Rakan dan Pemimpin Global bagi Amalan Tenaga di BCGDV. “Kami semestinya sangat teruja untuk menyokong pasukan ini di atas perjalanan berani mereka.”
Ketiga-tiga usaha niaga itu berpusat di Singapura, sebuah hab kritikal bagi BCGDV yang baru-baru ini telah diletakkan di tempat utama bagi kedudukan Pusat Persaingan Dunia IMD dalam daya saing digital.
Usaha Niaga itu
SOL-X sedang mentakrifkan semula keselamatan maritim dengan mewujudkan sebuah syarikat Safety 4.0 yang pertama di dalam industri yang berpusatkan kepada faktor manusia. Menggabungkan pengetahuan industri yang mendalam dengan IIoT dan AI ramalan, SOL-X menumpukan kepada menambah baik hasil keselamatan dan kepatuhan, meningkatkan produktiviti operasi, dan meningkatkan kesejahteraan kru. Dengan 66% insiden maritim berpunca daripada kecuaian manusia, SAFEVUE.ai, penyelesaian utama syarikat itu, menangani teras bagi faktor manusia dengan menggabungkan data Kawalan Kerja dengan kesejahteraan kru untuk menyampaikan kecerdasan keselamatan hampir tepat masa di pinggir. SOL-X baru-baru ini telah menandatangani satu perjanjian berbilang tahun di seluruh dunia untuk bekerjasama dengan Eaglestar dan memenuhi permintaan industri maritim yang semakin meningkat bagi kecemerlangan operasi dan keselamatan.
Chord X, sebuah syarikat analisis data maritim, memajukan pengurusan kapal dengan menggunakan sensor, integrasi data dan analisis, pembelajaran mesin, dan pakar manusia untuk mencapai kecekapan operasi dan pelepasan dalam aset maritim yang besar. Chord X menyediakan pandangan ramalan kepada pelanggan, yang membolehkan mereka untuk mengambil tindakan pembetulan segera terhadap peralatan aset maritim mereka dan memastikan prestasi mereka berada pada tahap optimum.
Chord X mengukur dan menganalisis jejak pelepasan bagi aset maritim. Ia juga menyediakan satu modul pelepasan yang menyokong pematuhan pelaporan kawal selia, yang membolehkan peningkatan pengawasan terhadap cukai karbon dengan ketepatan yang lebih tinggi berbanding dengan kaedah semasa, dan ia berusaha ke arah menyediakan wawasan bagi pengendali aset maritim untuk digunakan dan dikendalikan dalam menimbang keputusan operasi yang mempengaruhi jejak pelepasan bagi aset maritim mereka. Chord X mencapai perbelanjaan operasi aset yang dikurangkan, meningkatkan kebolehpercayaan aset, dan pembakaran yang lebih bersih bagi pemilik dan pengendali aset maritim.
Spares CNX mencipta semula rantaian bekalan perkapalan dengan menyediakan satu penyelesaian pengurusan inventori automatik yang dapat mengesan kitaran hayat bagi alat ganti di pesisir dan merentasi seluruh armada itu. Satu penyelesaian perkakasan dan perisian bersepadu, PROPELLER Ship, menggunakan RFID, QR, dan teknologi pengimejan lain untuk memantau lokasi dan penggunaan alat ganti. Jurutera kapal di atas kapal mengikuti aliran kerja intuitif yang dibina di dalam tablet mudah alih ketika mereka melaksanakan operasi hari ke hari. Peranti itu berinteraksi dengan alat ganti yang telah ditag, untuk memastikan bahawa maklumat yang tepat dan lengkap diambil pada masa dan di tempat kerja sementara data mengalir dengan lancar ke dalam sistem PMS atau ERP yang sedia ada.
Platform analisis yang dipacu oleh AI yang disertakan, PROPELLER Shore, memberi kuasa kepada pengurus dan pegawai perolehan dengan pandangan dan cadangan yang dapat dilaksanakan untuk pengoptimuman paras stok, pengimbangan semula, dan peluang perolehan pukal ke hadapan.
Dengan pendekatan yang unik ini, Spares CNX menangani satu masalah ketidaktepatan inventori yang menyebabkan kos sehingga $2 bilion kepada industri perkapalan global pada setiap tahun yang dibelanjakan terhadap kebocoran bagi alat ganti, dengan implikasi pesanan kedua yang besar pada operasi hari ke hari. Sebagai tambahan kepada aneka ciri yang terdapat di pasaran pada hari ini, Spares CNX sedang membangunkan keupayaan untuk menangani geseran di sekitar FIFO, barang guna habis, integrasi rakan gudang pesisir, dan banyak bidang lain.
“Kami berbangga untuk melabur di dalam tiga syarikat permulaan digital ini, yang dalam banyak cara membolehkan kami untuk meneroka peluang-peluang yang ada untuk memanfaatkan kuasa pendigitalan di dalam industri maritim. Cabaran yang dihadapi oleh industri perkapalan yang dibawa oleh pandemik global COVID-19 telah memaksa kami untuk memikirkan semula pendekatan dan amalan operasi kami,” kata Encik Yee Yang Chien, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan MISC. “Saya percaya bahawa bagi kami untuk terus maju, kami harus berani dalam meneroka peluang-peluang yang tiada berpenghujung untuk melangkah lebih jauh meningkatkan kecemerlangan operasi di dalam pelbagai bidang, termasuk keselamatan dan kecekapan proses. Saya yakin mengenai prospek yang ditawarkan oleh tiga usaha niaga digital itu dan bahawa perkongsian ini akan meningkatkan sumbangan kami ke arah kelestarian agenda persekitaran, sosial, dan tadbir urus Kumpulan MISC.”
Maklumat tambahan mengenai pelaburan bersama oleh BCG Digital Ventures dan MISC di dalam Sol-X, Chord X dan Spares CNX, boleh diperolehi di sini.
Maklumat mengenai BCG Digital Ventures
BCG Digital Ventures adalah sebuah firma inovasi, inkubasi, dan pelaburan korporat. Kami mencipta, melancar, menskala, dan melabur di dalam perniagaan baharu yang mengubah industri dengan syarikat-syarikat yang paling berpengaruh di dunia. Pasukan berbilang disiplin kami yang pelbagai bagi usahawan, pengendali dan pelabur bekerja secara rentas fungsi, bergerak pantas daripada kertas kepada produk kepada perniagaan dalam masa kurang dari 12 bulan. Ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai sebuah anak syarikat milik Boston Consulting Group, kami mempunyai Pusat Inovasi dan lokasi satelit di empat benua dan terus mengembangkan jejak kami ke seluruh dunia.
Maklumat mengenai MISC
MISC Berhad (MISC) telah diwujudkan pada tahun 1968 dan merupakan sebuah penyedia terkemuka di dunia bagi penyelesaian dan perkhidmatan maritim yang berkaitan dengan tenaga antarabangsa. Perniagaan utama bagi Kumpulan itu terdiri daripada penghantaran tenaga dan aktiviti yang berkaitan, memiliki dan mengendalikan penyelesaian terapung luar pesisir, pembaikan dan penukaran marin, kerja kejuruteraan dan pembinaan, perkhidmatan marin bersepadu, perkhidmatan pelabuhan dan terminal, dan pendidikan dan latihan maritim.
Setakat 31 Disember 2020, armada Kumpulan MISC terdiri daripada lebih 100 kapal yang dimiliki dan disewa yang terdiri daripada kapal Gas Asli Cecair (LNG), Petroleum, dan Produk, Pengangkut Etana Sangat Besar (VLEC), 14 Sistem Pengeluaran Terapung (FPS), dan dua (2) Unit Penyimpanan Terapung LNG (FSU). Armada itu mempunyai kapasiti berat tan (dwt) tergabung lebih 11 juta tan.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210816005088/en/
Hubungi
Jenny Savage
BCG Digital Ventures
Jenny.Savage@bcgdv.com
Leo Grayson
Chord X
Leo.grayson@chordx.co
Alister Leong
Sol-X
Alister.leong@sol-x.co
Anthon Hollstein-Ivarsson
Spares CNX
anthon.hollstein-ivarsson@sparescnx.com
Sumber : BCG Digital Ventures
Friday, August 13, 2021
SENARAI PEMIMPIN DERMAWAN INDIASPORA 2021 (2021 INDIASPORA PHILANTHROPY LEADERS LIST) MENYOROTI SERATUS PEMIMPIN WARGA INDIA DAN DIASPORA YANG TELAH MENINGGALKAN IMPAK SIGNIFIKAN MELALUI SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN KEDERMAWANAN MEREKA
Senarai ini mengiktiraf dan meraikan sifat murah hati penggerak perubahan dari serata dunia yang menjadi inspirasi kepada para dermawan masa hadapan
SAN FRANCISCO dan WASHINGTON, 13 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Indiaspora, sebuah komuniti bukan untung yang terdiri daripada pemimpin India global daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya, mengumumkan senarai mereka hari ini, yang mengiktiraf seratus pemimpin warga India dan diaspora yang telah membawa perubahan melalui pemberian mereka.
“Sesuatu yang memberikan inspirasi apabila dapat melihat begitu ramai dermawan daripada komuniti kita yang mentafsirkan kejayaan mereka menjadi impak sosial,” kata Pengasas Indiaspora, MR Rangaswami. “Pemimpin ini bertindak sebagai contoh tentang kepentingan sifat murah hati dan mengingatkan kita tentang banyak isu yang perlu kita berikan perhatian.”
Dengan bimbingan daripada sembilan orang ahli juri dan menggunakan panduan daripada pelbagai sumber, termasuk kajian yang diiktiraf, senarai yang disahkan sebelum ini, dan dokumen yang dikongsikan secara awam, Senarai Pemimpin Dermawan 2021 (2021 Philanthropy Leaders List) Indiaspora mengiktiraf pemimpin warga India dan diaspora di serata dunia bagi sumbangan dan penglibatan kedermawanan mereka.

PEMIMPIN AI PERBUALAN SENSEFORTH.AI MENGUMPULKAN $14 JUTA DARIPADA FRACTAL
PALO ALTO, Calif., 13 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin AI perbualan Senseforth.ai hari ini mengumumkan satu pelaburan berjumlah $14 juta daripada Fractal (fractal.ai), sebuah penyedia global bagi penyelesaian kecerdasan buatan dan analitik kepada syarikat-syarikat Fortune 500®. Pelaburan ini akan membantu Senseforth.ai meningkat dan mengembangkan kehadiran mereka merentasi pelanggan Fractal di seluruh dunia. Pelaburan ini juga mengukuhkan penawaran AI perbualan Fractal ketika ia meneruskan misi mereka untuk memberi kuasa kepada setiap keputusan manusia di dalam perusahaan itu.
Platform kod sifar A.ware Senseforth.ai yang dipatenkan dan telah memenangi anugerah mengautomasikan pengalaman pelanggan merentasi titik sentuh digital bagi perusahaan global. Adalah dianggarkan bahawa pada tahun 2022, 30% daripada pengalaman pelanggan akan dikendalikan oleh AI perbualan, meningkat dari 3% pada tahun 2017. A.ware menjadikannya mudah untuk membina, melatih, mengatur kedudukan, dan meningkatkan penyelesaian AI perbualan untuk memacukan pendapatan, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.

Subscribe to:
Posts (Atom)