Wednesday, August 25, 2021

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM AGIH 750 BAKUL MAKANAN DI TERENGGANU

 KUALA TERENGGANU, 25 Ogos (Bernama) -- Sebagai menzahirkan komitmen dan menjunjung hasrat kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menggerakkan program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (Corporate Social Responsibility - CSR) melalui Program CSR Hasil Prihatin dengan menyumbangkan bakul makanan di Negeri Terengganu.

 
Pada kali ini sebanyak 750 bakul makanan telah diagihkan oleh YBhg. Datuk Mohd Jaafar Embong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDNM kepada wakil-wakil penduduk di negeri ini melibatkan empat buah daerah iaitu Daerah Setiu, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Nerus. Majlis penyerahan sumbangan ini telah berlangsung di Dewan Pulau Redang, LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Kompleks Perniagaan PB Square, Kuala Terengganu.
  
Program ini merupakan kesinambungan kepada CSR LHDNM yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kewangan di Kuala Lumpur pada 31 Julai 2021 yang lalu dan sebahagian daripada beberapa siri Program CSR Hasil Prihatin LHDNM yang akan melibatkan pejabat-pejabat LHDNM di seluruh negara.
 
Menurut YBhg. Datuk Mohd Jaafar Embong, penyerahan sumbangan ini bertujuan untuk memastikan keluarga-keluarga yang terkesan dalam tempoh penularan wabak COVID-19 ini mempunyai bekalan makanan serta keperluan asas yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan harian.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Kamarudzaman B. Bahrain, Pengarah Pejabat Pengarah Negeri LHDNM Terengganu dan Kelantan serta pegawai-pegawai kanan LHDNM Cawangan Kuala Terengganu. 


Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh: 25 Ogos 2021


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Tuesday, August 24, 2021

ZOLL DAN WALLABY MEDICAL MENGUMUMKAN PERJANJIAN UNTUK MENGEDARKAN PRODUK PENGURUSAN SUHU DI CHINA

CHELMSFORD, Mass., 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ZOLL® Medical Corporation, sebuah syarikat Asahi Kasei yang mengeluarkan peranti perubatan dan penyelesaian perisian yang berkaitan, dan Wallaby Medical Technologies, sebuah syarikat peranti perubatan yang khusus untuk merawat strok dan jantung terhenti, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu perjanjian pengedaran di mana Wallaby akan menguruskan penjualan dan pengedaran bagi produk pengurusan suhu ZOLL di China.

Di China, jantung terhenti dan strok masing-masing menyumbang bagi lebih daripada 544,0001 dan 1.79 juta2  kematian setiap tahun. “ZOLL sangat teruja untuk bekerjasama dengan Wallaby bagi memperluaskan penggunaan Thermogard XP® di China, yang membolehkan lebih banyak pesakit untuk mendapat manfaat daripada pengurusan suhu disasarkan (TTM) berkualiti tinggi,” kata Neil Johnston, Presiden, ZOLL Circulation.

TTM yang berkualiti tinggi bergantung kepada kelajuan pada aruhan untuk mencapai satu suhu tertentu dan mengekalkan suhu yang ditentukan dengan tepat sepanjang fasa penyejukan dan normotermia, yang termasuk satu fasa pemanasan semula terkawal yang berlanjutan.3 Peranti penyejukan semasa berbeza-beza secara umumnya di dalam keupayaan mereka untuk memberikan kelajuan dan ketepatan, tetapi latitud dalam pemilihan dos memerlukan kekhususan yang tinggi. Matlamat bagi satu program TTM berkualiti tinggi adalah untuk meningkatkan potensi bagi hasil neurologi yang baik semasa pelepasan pesakit.3-4 Pesakit yang menjalani rawatan neurologi dalam keadaan baik sering mengalami pemulihan yang lebih mudah dan kembali kepada kualiti hidup yang lebih tinggi dan jangka masa panjang, termasuk kembali kepada produktiviti normal mereka dan tinggal bersama orang yang mereka sayangi. 5-6

Sistem Pengurusan Suhu Intravaskular Thermogard XP (IVTM™) menawarkan kepada penyedia penjagaan kesihatan dengan ketepatan dan kelajuan seperti yang dicirikan di dalam TTM berkualiti tinggi, yang menunjukkan peningkatan secara klinikal dalam hasil neurologi di kalangan pesakit yang terselamat daripada jantung terhenti.7-9 Sistem itu termasuk satu keluarga kateter pertukaran haba yang membolehkan klinisian untuk menguruskan suhu badan teras mengikut keperluan khusus seseorang pesakit. Di Amerika Syarikat, penggunaan IVTM pada pesakit jantung terhenti belum lagi dipersetujui atau diluluskan oleh FDA.

“Wallaby Medical berusaha untuk meningkatkan penjagaan pesakit di China melalui teknologi termaju, ketika kami meneruskan visi kami untuk menjadi syarikat teknologi perubatan yang membantu menyelamatkan paling banyak nyawa yang terjejas oleh strok dan jantung terhenti. Sistem Pengurusan Suhu Intravaskular Thermogard XP itu adalah satu bahagian penting dalam portfolio produk komprehensif kami untuk mencapai matlamat itu,” kata Michael Alper, Ketua Pegawai Eksekutif, Wallaby Medical.

Maklumat mengenai ZOLL Medical Corporation

ZOLL Medical Corporation, sebuah syarikat Asahi Kasei, membangun dan memasarkan peranti perubatan dan penyelesaian perisian yang membantu memajukan penjagaan kecemasan dan menyelamatkan nyawa, dan pada masa yang sama meningkatkan kecekapan klinikal dan operasi. Dengan produk untuk defibrilasi dan pemantauan jantung, peningkatan peredaran dan maklumat balas CPR, terapi oksigen tepu lampau, pengurusan data, pengudaraan, dan pengurusan suhu terapeutik, ZOLL menyediakan satu set yang komprehensif bagi teknologi yang membantu klinisian, EMS dan pemadam kebakaran profesional, serta penyelamat awam, meningkatkan keadaan pesakit di dalam keadaan kardiopulmonari kritikal. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zoll.com.

Maklumat mengenai Asahi Kasei

Kumpulan Asahi Kasei menyumbang kepada kehidupan dan penghidupan bagi orang ramai di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1922 dengan perniagaan amonia dan serat selulosa, Asahi Kasei telah berkembang secara konsisten melalui transformasi proaktif bagi portfolio perniagaan mereka untuk memenuhi keperluan pengembangan bagi setiap umur. Dengan lebih daripada 40,000 orang pekerja di seluruh dunia, syarikat itu menyumbang kepada masyarakat mapan dengan menyediakan penyelesaian kepada cabaran dunia melalui tiga sektor perniagaan mereka iaitu Bahan, Kediaman dan Penjagaan Kesihatan. Operasi penjagaan kesihatan mereka termasuk peranti dan sistem untuk penjagaan kritikal akut, dialisis, apheresis terapeutik, transfusi, dan pembuatan bioterapeutik, serta farmaseutikal dan reagen diagnostik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.asahi-kasei.com.

Maklumat mengenai Wallaby Medical

Wallaby Medical memberi tumpuan kepada pengembangan dan pengkomersialan produk peranti perubatan untuk merawat strok. Produk Wallaby termasuk Sistem Gegelung Avenir, yang secara teknikal merupakan sistem gegelung neuro embolik terbeza untuk merawat aneurisme intrakranium dan keabnormalan neurovaskular lain dan kateter Esperance DAC untuk prosedur rawatan strok iskemik dan strok hemoragik. Produk Wallaby dikomersialkan di lebih 20 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wallabymedical.com.

© 2021 ZOLL Medical Corporation. Hak cipta terpelihara. IVTM, Thermogard XP, dan ZOLL adalah tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi ZOLL Medical Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua tanda perniagaan lain adalah hak milik bagi pemilik mereka masing-masing.
  1. Zhang et al. P Europace, Volum 17, Keluaran suppl_2, Oktober 2015.
  2. GBD 2016 Kolaborator Strok (Johnson CO, et al.). Lancet Neurol. 2019;18:5:439–458. Epub 2019 11 Mac.
  3. Taccone, et al: Penjagaan Kritikal (2020) 24:6.
  4. Institute of Medicine. 2015. Strategi untuk Meningkatkan Kelangsungan Hidup Jantung Terhenti: Masa untuk Bertindak. Washington, DC: The National Academies Press.
  5. Sawyer et al. Pengedaran Volum 141, Keluaran 12, 24 Mac 2020; Halaman e654-e685.
  6. Kongpolprom et al. Indian Journal of Critical Care Medicine, Januari 2019; 23(1),20-26.
  7. Bartlett et al. Resusitasi 146 (2020) 8295.
  8. CalabrĂ³ et al. Penjagaan Kritikal (2019) 23:285.
  9. Liao et al. Penjagaan Kritikal (2020) 24:27. 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14893

ANALOG DEVICES DAN MAXIM INTEGRATED MENGUMUMKAN KEBENARAN ANTITRUST CHINA UNTUK PENGGABUNGAN

 WILMINGTON, Mass. & SAN JOSE, Calif., 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Analog Devices, Inc. (NASDAQ: ADI) dan Maxim Integrated Products, Inc. (NASDAQ: MXIM) hari ini mengumumkan bahawa Pentadbiran Negara China bagi Peraturan Pasaran telah memberikan kebenaran antitrust bagi perolehan ke atas Maxim yang sebelum ini diumumkan oleh Analog Devices.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210823005195/en/

Urus niaga tersebut kini telah menerima kesemua pelepasan pengawalseliaan yang diperlukan. Analog Devices dan Maxim menjangkakan bahawa urus niaga itu akan dimeterai pada atau kira-kira pada 26 Ogos, 2021, tertakluk kepada kepuasan bagi baki syarat-syarat penutupan biasa.

Maklumat mengenai Analog Devices

Analog Devices (Nasdaq: ADI) adalah sebuah syarikat semikonduktor global terkemuka yang berdedikasi untuk menyelesaikan cabaran kejuruteraan yang paling sukar. Kami membolehkan pelanggan kami untuk menafsirkan dunia di sekeliling kita melalui penyambungan dengan pintar fizikal dan digital dengan teknologi yang tidak dapat ditandingi yang dapat merasa, mengukur, menguasai, menghubung dan menafsirkan. Sila layari http://www.analog.com.

Maklumat mengenai Maxim Integrated

Maxim Integrated, sebuah syarikat kejuruteraan jurutera, wujud untuk menyelesaikan masalah paling sukar bagi pereka untuk memperkasakan inovasi reka bentuk. Portfolio kami yang luas bagi semikonduktor berprestasi tinggi, yang digabungkan dengan peranti dan sokongan bertaraf dunia, menyampaikan penyelesaian analog penting termasuk kuasa yang cekap, pengukuran yang berketepatan, penyambungan yang boleh dipercayai dan perlindungan yang mantap bersama dengan pemprosesan pintar. Pereka dalam bidang aplikasi seperti automotif, komunikasi, pengguna, pusat data, penjagaan kesihatan, industri dan loT mempercayai Maxim untuk membantu mereka dengan pantas membangunkan reka bentuk yang lebih kecil, lebih pintar dan lebih selamat. Ketahui lebih lanjut di https://www.maximintegrated.com.

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang menangani pelbagai subjek, termasuk, sebagai contoh, kenyataan berhubung cadangan Analog Devices, Inc. (“ADI”) untuk memperoleh Maxim Integrated Products, Inc. (“Maxim”) dan tarikh tutup yang dijangka bagi urus niaga yang dicadangkan itu. Kenyataan yang bukan berbentuk fakta sejarah, termasuk kenyataan mengenai kepercayaan, rancangan dan harapan ADI dan Maxim, adalah berupa kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan sedemikian adalah didasarkan kepada jangkaan semasa ADI dan Maxim dan adalah tertakluk kepada beberapa faktor dan ketidakpastian, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mengandungi perkataan seperti “mengharapkan,” “menjangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “akan,” “menganggarkan,” “mensasarkan,” dan ungkapan serupa, juga sebagai variasi atau negatif bagi perkataan ini. Faktor-faktor penting dan ketidakpastian berikut, antara lain, boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dari segi material dengan yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini: kegagalan untuk memenuhi syarat-syarat yang berbaki sehingga penutupan urus niaga itu di antara ADI dan Maxim, pada jangka masa yang dijangkakan atau sama sekali; ketidakpastian sejauh mana tempoh, ruang lingkup dan impak wabak COVID-19; ketidakpastian politik dan ekonomi, termasuk sebarang keadaan yang merosot dalam keadaan ekonomi global atau kestabilan pasaran kredit dan kewangan, penurunan keyakinan pengguna dan penurunan di dalam perbelanjaan pelanggan; ketiadaan bahan mentah, perkhidmatan, bekalan atau keupayaan pembuatan; perubahan di dalam skop geografi atau campuran produk atau pelanggan; perubahan di dalam klasifikasi eksport, peraturan import dan eksport atau duti dan tarif; perubahan di dalam anggaran ADI atau Maxim mengenai kadar cukai jangkaan mereka berdasarkan kepada undang-undang cukai semasa; keupayaan ADI untuk mengintegrasikan dengan jayanya perniagaan dan teknologi Maxim; risiko bahawa faedah dan sinergi yang diharapkan daripada cadangan urus niaga itu dan prospek pertumbuhan bagi syarikat gabungan itu tidak dapat dicapai sepenuhnya tepat pada waktunya, atau sama sekali; keputusan buruk di dalam perkara berkaitan litigasi, termasuk potensi bagi litigasi yang berkaitan dengan urus niaga yang dicadangkan itu; risiko bahawa ADI atau Maxim tidak dapat mengekalkan dan mengambil kakitangan penting; risiko yang berkaitan dengan waktu penutupan urus niaga yang dicadangkan itu, termasuk risiko bahawa syarat-syarat urus niaga itu tidak dipenuhi tepat pada waktunya atau sama sekali atau kegagalan bagi urus niaga itu untuk ditutup disebabkan oleh alasan lain atau ditutup pada terma-terma yang dijangkakan, termasuk perlakuan cukai yang dijangkakan; kesulitan atau perbelanjaan yang tidak dijangkakan yang berkaitan dengan urus niaga itu, tindak balas rakan niaga dan pengekalan akibat daripada pengumuman dan penangguhan urus niaga itu; ketidakpastian mengenai nilai jangka panjang bagi saham biasa ADI; dan pengalihan bagi masa pengurusan bagi perkara-perkara yang berkaitan urus niaga. Untuk maklumat tambahan mengenai faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza dari segi material daripada dijelaskan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, sila rujuk kepada laporan berkala ADI dan Maxim masing-masing dan pemfailan lain dengan Suruhanjaya Bursa Sekuriti, termasuk faktor risiko yang terkandung di dalam Laporan Suku Tahunan terbaharu ADI dan Maxim pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan mewakili jangkaan semasa pengurusan dan sememangnya tidak pasti dan dibuat hanya setakat tarikh itu. Kecuali seperti yang disyaratkan oleh undang-undang, ADI atau Maxim tidak berjanji atau berkewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada berikutan hasil daripada maklumat baharu atau untuk mencerminkan peristiwa atau keadaan berikutnya atau sebaliknya.

(ADI-WEB)

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210823005195/en/

Hubungi

Hubungan untuk ADI
Pelabur:
Encik Michael Lucarelli
781-461-3282
investor.relations@analog.com

Media:
Cik Brittany Stone
917-935-1456
Brittany.Stone@teneo.com

Hubungan bagi Maxim
Pelabur:
Cik Kathy Ta
408-601-5697
kathy.ta@maximintegrated.com

Media:
Cik Ferda Millan
408-601-5429
Ferda.Millan@maximintegrated.com


Sumber : Analog Devices, Inc.

LAKAR KEJAYAAN UNTUK UNIVERSITI SEGI

PETALING JAYA, 23 Ogos (Bernama) -- SEGi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua pelajar dan kakitangan dari Fakulti Farmasi, Universiti SEGi di atas kejayaan mereka baru-baru ini dalam pertandingan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) yang ke-54 – Konvensyen Ahli Farmasi Negara (NPC). Cik Chong Sue Chin, Cik Wong Sze Ling, dan Cik Sze Wei Thing telah merangkul dua anugerah berprestij dalam konvensyen tahunan ini yang diadakan bermula 8 Julai hingga 11 Julai 2021 bertemakan, Eksplorasi, Inspirasi & Transformasi Ahli Farmasi.

Cik Chong Sue Chin, alumni dari Fakulti, dianugerahkan kelayakan Pingat Emas MPS-Duopharma Biotech 2020. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang paling cemerlang di peringkat pengajian dan aktiviti ekstra kurikulum.

Kejayaan turut berpihak kepada Cik Wong Sze Ling dengan penganugerahan MPS-NPC 2021 Anugerah Poster Cemerlang, merupakan seorang pelajar penyelidikan sarjana tahun akhir di bawah pengawasan profesional pensyarah farmasi SEGi, Cik Sze Wei Thing, dengan poster bertajuk, Pengetahuan, Tingkah Laku dan Latihan Ahli Farmasi Hospital Swasta Malaysia mengenai Kajian Ubat-ubatan. Abstrak mereka juga diterima dan akan diterbitkan dalam prosiding NPC 2021 dalam Jurnal Farmasi Malaysia edisi Jun, Jilid 7. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14898

Monday, August 23, 2021

AGTHIA MELANCARKAN EZAD, PLATFORM LELONGAN DALAM TALIAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA UNTUK KURMA

eZad, Platform Lelongan Dalam Talian yang Pertama Seumpamanya untuk Kurma (Foto: AETSOWire)



· eZad membolehkan peladang kurma UAE untuk menjual terus kepada pembeli kurma pukal di seluruh dunia. Platform itu bertujuan untuk menjadikan jual beli kurma lebih pantas, lebih telus dan menguntungkan bagi semua pihak yang berkepentingan.
· eZad juga menawarkan satu penyelesaian rantaian nilai yang lengkap di hujung jari anda.

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Agthia Group PJSC, sebuah syarikat makanan dan minuman serantau terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran eZad, sebuah platform eLelongan perniagaan ke perniagaan yang berinovatif, mudah dan cekap, di mana pembeli dari seluruh dunia boleh membeli kurma secara pukal daripada penjual di UAE.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210822005026/en/

eZad menjadikan pembelian dan penjualan kurma lebih pantas, lebih telus dan menguntungkan bagi semua pihak yang berkepentingan. Platform itu komited untuk membantu peladang menanam kurma yang lebih baik di samping membolehkan pembeli kurma borong untuk mengembangkan perniagaan mereka.

AGTHIA MELANCARKAN EZAD, PLATFORM LELONGAN DALAM TALIAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA UNTUK KURMA

Thursday, August 19, 2021

1,500 PETUGAS BARISAN HADAPAN TERIMA SUMBANGAN MAKANAN TENGAH HARI

 


KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bersama Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah turun padang bagi menyantuni petugas-petugas barisan hadapan di Wilayah Persekutuan melalui wakalah majikan kakitangan Maybank. 

Sumbangan diagihkan pada 13 dan 14 Ogos dengan peruntukkan sebanyak RM19,950 untuk dimanfaatkan kepada 1,500 petugas barisan hadapan di 20 lokasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Penerima sumbangan terdiri daripada petugas-petugas barisan hadapan di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Titiwangsa, Bilik Gerakan COVID Titiwangsa, petugas khas pengurusan jenazah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), serta Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) dan sukarelawan di tanah perkuburan.

Melihat kepada peningkatan kes COVID-19 kini, pastinya memberi bebanan besar di bahu para petugas barisan hadapan apabila mereka perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia dari dijangkiti. Justeru inilah antara sumbangan tambahan yang boleh dilaksanakan bagi menghargai jasa mereka selain bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh pihak MAIWP.

Program ini turut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mahadi Sukarno, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Abdul Hakim Amir Osman di lokasi yang berbeza sercara serentak.

Program seumpama ini tidak dapat dilaksanakan tanpa dana wakalah pembayarpembayar zakat. Oleh itu, kami menyeru lebih banyak syarikat-syarikat di luar sana untuk menggalakkan kakitangan mereka menunaikan zakat di PPZ-MAIWP melalui Skim PZB di samping mendapat kelebihan menerima Skim Wakalah untuk dimanfaatkan semula kepada kakitangan mereka yang memerlukan. 

Untuk makluman, PPZ-MAIWP baru sahaja melancarkan Kempen Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang berlangsung selama enam bulan bermula Julai hingga Disemberi 2021. Sehubungan itu, orang ramai khususnya kakitangan sektor swasta dan kerajaan digalakkan untuk menunaikan zakat secara bulanan melalui potongan gaji agar dapat bantuan dapat disalurkan secara konsisten buat mereka yang memerlukan. 

Orang ramai boleh mendaftar Skim PZB sama ada melalui pautan ptg.zakat.com.my, mengisi borang di kaunter PPZ-MAIWP atau melalui majikan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari https://bit.ly/SkimPZB atau ikuti Facebook Pusat Pungutan Zakat. 

Latar Belakang PPZ-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZMAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan 9 saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my 

Sumber: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Norazlina Nordin
Tel: 019 - 728 3839
Emel: azlina@zakat.com.my 

Nama: Nur Izzati Mazlan
Tel: 011 – 1192 1956
Emel: izzati@zakat.com.my

--BERNAMA

UNIOIL MEMILIH P97 NETWORKS UNTUK MENINGKATKAN PENGALAMAN DIGITAL DENGAN PEMBAYARAN MUDAH ALIH, GANJARAN DAN MENCARI KEFUNGSIAN STESEN

Penyedia perdagangan digital P97 Networks membolehkan Unioil untuk menyampaikan pengalaman yang lebih baik di dan melampaui pam

MANILA, Filipina, 18 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Unioil Petroleum Philippines, syarikat petroleum yang paling pelbagai dan berinovatif di negara itu dengan sukacitanya ingin mengumumkan pemilihan mereka bagi P97 Networks, sebuah peneraju di dalam inovasi perdagangan digital, bagi meningkatkan Aplikasi Mudah Alih Unioil dengan titik jualan untuk perintegrasian pam bahan api, perintegrasian kad kesetiaan, perintegrasian pembayaran mudah alih, tawaran, ganjaran, pencari stesen dan kefungsian perbandingan harga bahan api.

“Komitmen kami untuk mengambil satu pendekatan berinovatif dalam memenuhi keperluan pelanggan kami telah membantu kami untuk merevolusikan cara bagaimana sebuah peruncit bahan api dapat menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pelanggan kecil dan besar. Menambahkan Platform Perdagangan Digital P97 itu akan benar-benar meningkatkan penawaran pengguna kami dan memberikan lebih banyak nilai bagi pelanggan kami. Atendan pam minyak tidak lagi perlu membawa terminal EDC tanpa wayar untuk pelanggan mengimbas bagi pembayaran mudah alih. Ini sangat penting untuk kemudahan pelanggan kerana ia mengurangkan tempoh masa dan langkah-langkah tambahan ketika mengisi minyak di stesen kami,” kata Ed Pasion, Naib Presiden Unioil bagi Peruncitan.

Unioil menawarkan satu rangkaian lengkap bahan api standard Euro-5 — daripada varian gasolin sehingga kepada diesel mereka — yang kesemuanya secara signifikan menurunkan pelepasan sehingga 77 peratus. Ini menjadikan bahan api Unioil yang dirumus khas sebagai rangkaian paling bersih di negara itu sejak tahun 2017. Pemandu Filipina akan tidak lama lagi mendapat satu pengalaman yang selamat, tanpa sentuhan dan mendatangkan kepuasan ketika mengisi minyak menjelang tahun 2021 dengan Aplikasi Mudah Alih Unioil.

“Aplikasi mudah alih Unioil baharu itu di Platform Perdagangan Digital P97 akan membantu untuk meneruskan menyediakan pengalaman digital yang lebih baik bagi pelanggan Unioil. P97 sangat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada pengembangan runcit Unioil dan meningkatkan pengalaman pelanggan mereka tanpa geseran di pam,” kata Brad Jones, Pengarah Urusan bagi APAC, dari P97 Networks.

COVID-19 telah mempercepatkan penggunaan pembayaran dengan aplikasi mudah alih, kerana ia menyediakan satu penyelesaian pembayaran tanpa sentuhan berbanding dengan penggunaan wang kertas, yang memberikan satu pengalaman yang lebih selamat bagi pengguna. Adalah dianggarkan hampir 76% pembelian pada tahun 2021 akan dilakukan dalam sebuah aplikasi mudah alih.

Platform Perdagangan Digital perintis P97 dibina berdasarkan Standard Industri yang membolehkan peruncit bahan api untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pengguna mereka, dan mempunyai lebih daripada 40,000 stesen yang dihubungkan pada hari ini. P97 sangat bangga untuk membolehkan satu pengalaman aplikasi mudah alih yang dipertingkatkan di semua lokasi Unioil, untuk membeli produk bahan api dan memperoleh ganjaran - kesemuanya dengan aplikasi mudah alih Unioil.

Dalam persekitaran semasa pada hari ini, menawarkan kepada pelanggan dengan satu cara membeli-belah yang pantas, selamat dan diperibadikan adalah penting. Komitmen Unioil meneraju dalam cara berinovatif untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka bagi menyediakan pengalaman yang lebih baik bagi pengguna mereka untuk mencari, membayar dan mendapatkan ganjaran. Ketahui lebih lanjut mengenai penyelesaian P97 dengan melayari www.p97.com.

Maklumat mengenai Unioil Petroleum Philippines, Inc.
Sejak tahun 1966, Unioil telah meneraju cara di dalam penyelesaian petroleum berinovatif, mewujudkan dirinya sebagai sebuah rakan perniagaan yang sangat berinovatif untuk minyak, bahan api, dan pelincir. Unioil menjalankan operasi stesen runcit, dengan menyediakan pengadunan dan pemasaran pelincir bersama dengan perdagangan bahan api, perdagangan minyak khas dan pengedaran Bitumen (asfalt). Ketahui lebih lanjut di https://unioil.com.

Maklumat mengenai P97 Networks
P97 Networks menyediakan sebuah platform pemasaran perdagangan dan tingkah laku mudah alih yang selamat yang mengubah perdagangan mudah alih untuk industri kemudahan runcit, bahan api, dan pembuatan kenderaan. Platform P97 meningkatkan keupayaan untuk menarik, terlibat, dan mengekalkan pelanggan dengan menghubungkan secara selamat berjuta-juta telefon bimbit individu dan kereta yang disambungkan dengan pedagang dengan menggunakan perisian berasaskan geolokasi, identiti yang mewujudkan satu pengalaman pengguna mudah alih yang unik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.p97.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14886