Thursday, September 30, 2021

APA YANG HALANG ANDA? - DATUK WIRA DR. AZIZAN OSMAN -100 USAHAWAN JUTAWAN BERSAMA MENJADIKAN MALAYSIA GEMILANG SEMULA

 

100 usahawan jutawan PKS di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah berkongsikan perjalanan jatuh bangun dan tindakan mereka bagi kembangkan bisnes meskipun krisis pandemik yang menjadi inspirasi dan pengajaran buat orang ramai terutama bangsa usahawan secara virtual pada Jumaat hingga Ahad lalu. - Kredit RichWorks International 

SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) --  "Kalau mereka (usahawan jutawan) boleh, apa yang menghalang anda? Kenapa anda tak boleh?," soal Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
 
Dr. Azizan berkata, usahawan jutawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mengalami perubahan bila ada impian disusuli dengan 'nak' yang sangat tinggi membuatkan adanya tindakan berterusan selain daripada ilmu, strategi yang betul dan terbukti ada ‘results’.
 
Katanya, mereka ini komited, nak belajar, dengar cakap dan sanggup keluar daripada zon selesa untuk mencapai apa yang tak biasa capai.
 
"Ramai orang ada impian, namun ada dua jenis orang iaitu mereka ada niat untuk jadikan ia kenyataan manakala kedua pula skeptikal dengan potensi untuk capainya.
 
"Jenis kedua ini ramai dan saya sendiri sebelum ini salah seorang sangsi, tak percaya dan yakin dengan potensi diri sendiri," katanya ketika perkongsian sebelum mula hari terakhir Titan Summit 2021 semalam.
 
Seramai 100 usahawan jutawan dari lebih 20 industri berkongsikan perjalanan jatuh bangun mereka termasuk tindakan berdepan cabaran krisis pandemik pada waktu ini secara virtual dan percuma buat orang ramai khususnya bangsa usahawan. 



Wednesday, September 29, 2021

FLUENCE MENGEMUKAKAN PENYATA PENDAFTARAN DENGAN SEC UNTUK CADANGAN TAWARAN AWAM PERMULAAN

 ARLINGTON, Va., 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fluence, sebuah penyedia terkemuka bagi produk dan perkhidmatan penyimpanan tenaga dan aplikasi digital untuk boleh diperbaharui dan penyimpanan, hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah mengemukakan satu penyata pendaftaran pada Borang S-1 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (“SEC”) berhubung dengan satu cadangan tawaran awam permulaan bagi saham biasa Kelas A mereka. Fluence Energy, Inc. telah memohon untuk menyenaraikan saham biasa Kelas A mereka di Pasaran Pilihan Global Nasdaq di bawah simbol “FLNC.” Jumlah saham yang akan ditawarkan dan julat harga bagi cadangan tawaran itu belum ditentukan.


J.P. Morgan Securities LLC, Morgan Stanley & Co. LLC, Barclays Capital Inc., dan BofA Securities akan bertindak sebagai pengurus penaja jamin utama untuk cadangan tawaran itu. Citigroup Global Markets Inc., Credit Suisse Securities (AS) LLC, UBS Securities, LLC, Evercore Group L.L.C., HSBC Securities (AS) Inc., dan RBC Capital Markets, LLC akan bertindak sebagai pengurus penaja jamin bersama untuk cadangan tawaran itu. Nomura Securities International, Inc., Robert W. Baird & Co. Incorporated, Raymond James & Associates, Inc., Seaport Global Securities LLC, Penserra Securities LLC, dan Siebert Williams Shank & Co., LLC akan bertindak sebagai pengurus bersama bagi cadangan tawaran itu.

Cadangan tawaran itu akan dibuat hanya melalui satu prospektus. Apabila tersedia, salinan bagi prospektus awal yang berkaitan dengan cadangan tawaran itu boleh diperoleh dari: J.P. Morgan Securities LLC, d/a Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY 11717, melalui telefon di 866-803-9204 atau melalui e-mel di prospectus-eq_fi@jpmorganchase.com; Morgan Stanley & Co. LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, 180 Varick Street, Tingkat 2, New York, NY 10014; Barclays Capital Inc., d/a Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, New York 11717 atau melalui e-mel di barclaysprospectus@broadridge.com atau melalui telefon di (888) 603-5847; dan BofA Securities, NC1-004-03-43, 200 North College Street, tingkat 3, Charlotte NC 28255-0001, Perhatian: Jabatan Prospektus atau melalui e-mel di dg.prospectus_requests@bofa.com.

Satu penyata pendaftaran yang berkaitan dengan sekuriti ini telah dikemukakan kepada SEC tetapi belum dikuatkuasakan. Sekuriti ini tidak boleh dijual atau tawaran untuk membeli diterima sebelum penyata pendaftaran itu berkuatkuasa. Siaran akhbar ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli, dan juga tidak akan ada penjualan bagi sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan tersebut adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Maklumat mengenai Fluence

Fluence, sebuah syarikat Siemens dan AES, adalah sebuah peneraju pasaran global dalam produk dan perkhidmatan penyimpanan tenaga dan aplikasi digital untuk boleh diperbaharui dan penyimpanan. Kami mempunyai lebih 3.4 GW simpanan tenaga yang digunakan atau dikontrakkan di 29 pasaran di seluruh dunia, dan lebih 4.5 GW aset angin, solar dan penyimpanan dioptimum atau dikontrakkan di Australia dan California. Melalui produk, perkhidmatan dan platform Fluence IQ yang dibolehkan oleh AI, kami membantu pelanggan di seluruh dunia menggerakkan grid elektrik yang lebih bingkas dan sebuah masa depan yang lebih lestari.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210928005673/en/

Hubungi

Media
Edelman bagi pihak Fluence
Julia Fisher
FluenceMedia@edelman.com

Pelabur
Samuel Chong
samuel.chong@fluenceenergy.com


Sumber : Fluence Energy, Inc.

PPRO MENAWARKAN PENYATUAN KE DALAM PLATFORM PERDAGANGAN PAYPAL BAGI PSP DI SELURUH DUNIA

LONDON, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PPRO hari ini mengumumkan penyatuannya dengan Platform Perdagangan PayPal.

Langkah itu semakin mengukuhkan kedudukan utama pasaran PPRO sebagai satu daripada penyedia bagi infrastruktur pembayaran tempatan untuk penyedia perkhidmatan pembayaran (PSP), bank, dan get laluan.

Penyatuan PPRO akan membolehkan pelanggan mereka untuk mengurangkan dengan ketara masa untuk mengintegrasikan penyelesaian Platform Perdagangan PayPal dan memberikan pelanggan akses kepada Dompet PayPal. Perkembangan ini memberikan pelanggan PPRO peluang untuk membolehkan akses saudagar mereka kepada pangkalan pengguna PayPal yang melebihi 403 juta akaun aktif merentasi 200 pasaran.

Claire Gates, Ketua Pegawai Komersial bagi PPRO, berkata: “Berita hari ini menandakan satu langkah ke hadapan di dalam perhubungan PPRO dan PayPal sejak dahulu lagi. Manfaat bagi rakan kongsi untuk menyertai platform PPRO adalah jelas: kami menjimatkan masa dan wang mereka, dan menyediakan kualiti bagi penyatuan kaedah pembayaran yang membawa kepada kadar penukaran yang tinggi. Dengan penambahan Platform Perdagangan PayPal - dan keupayaan untuk menawarkan Dompet PayPal - penawaran ini tidak dapat diabaikan oleh sesiapa yang beroperasi di dalam ruang e-dagang global.”

Dengan bergandingan dengan PPRO, PSP, bank, platform, dan perusahaan dengan platform pembayaran tidak hanya memperoleh keuntungan daripada akses kepada Platform Perdagangan PayPal, tetapi daripada pelbagai kaedah pembayaran tempatan (LPM) di seluruh dunia. Kepakaran pembayaran global PPRO, platform yang direka untuk prestasi dan inovasi, nilai melalui rangkaian PPRO bagi LPM dan PSP kesemuanya boleh diakses dengan hanya satu kontrak dan satu penyatuan. Kemudahan ini menghapuskan kerumitan yang menyelubungi pembayaran tempatan, meningkatkan kelajuan ke pasaran, dan membantu meningkatkan jualan bagi peniaga.

PPRO dan PayPal akan mengadakan satu penstriman langsung pada 7 Oktober, 2021 pada pukul 11:30 CEST untuk membincangkan perkongsian mereka dan bagaimana syarikat-syarikat di seluruh dunia boleh mencapai kadar penukaran yang tinggi dengan menawarkan kaedah pembayaran yang diketahui dan dipercayai oleh pelanggan.

PPRO telah memantapkan diri sebagai satu daripada penyedia infrastruktur pembayaran tempatan yang paling dipercayai di ruang pembayaran rentas sempadan, membantu untuk memperkuatkan pertumbuhan antarabangsa bagi penyedia perkhidmatan pembayaran, bank, get laluan dan perusahaan dengan platform pembayaran.

Berita mengenai penyatuan Platform Perdagangan PayPal datang selepas PPRO mengumumkan pada awal tahun ini bahawa ia telah mengumpulkan AS$180 juta, untuk membawa nilai keseluruhan firma itu kepada lebih AS$1 bilion. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15034

CRADLEPOINT MELANTIK NAIB PRESIDEN KANAN JUALAN BAHARU UNTUK MEMACU PERINGKAT PERTUMBUHAN YANG SETERUSNYA DI RANTAU ASIA PASIFIK

MELBOURNE, Australia, 29 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cradlepoint, peneraju global dalam penyelesaian pinggir rangkaian LTE dan wayarles 5G yang disampaikan awan, hari ini mengumumkan pelantikan Nathan McGregor kepada peranan Naib Presiden Kanan Jualan Asia Pasifik (APAC). Berpangkalan di Sydney, Australia, Nathan akan melapor kepada Mark Pugerude, Ketua Pegawai Jualan untuk jualan global Cradlepoint. Beliau akan bertanggungjawab untuk semua jualan di rantau APAC, termasuk jualan pembawa dan rakan kerjasama tidak langsung.

Nathan telah mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman kepimpinan bekerja dalam industri telekomunikasi dan IT, termasuklah Cisco Meraki, Hitachi, dan Juniper Networks. Beliau telah berjaya memimpin perniagaan teknologi merentasi APAC dengan menyampaikan penyelesaian perangkaian, IoT, dan analitis merentasi semua industri. Bekerja secara rapat dengan rakan kerjasama saluran tidak langsung dan pembawa, beliau mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam menyokong kejayaan pelanggan dalam penggunaan teknologi inovatif untuk memacu nilai perniagaan.

“Nathan membawa kepada Cradlepoint pengalaman kaya dalam kepimpinan jualan dan pembangunan perniagaan APAC yang merentasi berbilang peringkat pertumbuhan syarikat,” kata Mark Pugerude, Ketua Pegawai Jualan, Cradlepoint. “Beliau merupakan calon yang betul dengan pengalaman yang betul untuk memacu fasa pertumbuhan kita yang seterusnya merentasi rantau Asia Pasifik, memanfaatkan pengedar yang dilantik baru-baru ini dan mengembangkan himpunan rakan kerjasama.”

CRADLEPOINT MELANTIK NAIB PRESIDEN KANAN JUALAN BAHARU UNTUK MEMACU PERINGKAT PERTUMBUHAN YANG SETERUSNYA DI RANTAU ASIA PASIFIK

Tuesday, September 28, 2021

TEAMLAB PLANETS DI TOKYO MEMBUKA SATU PENGALAMAN MAKAN, SATU RUANG SENI, DAN SEBUAH KEDAI BUNGA PADA 8 OKTOBER

Kicap Ramen Vegan (Foto: Business Wire)


Muzium itu mengalu-alukan ramen vegan dari Kyoto, sebuah ruang karya seni baharu, dan sebuah kedai bunga di mana pengunjung boleh membawa pulang orkid dari satu daripada karya seni itu.

TOKYO, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
teamLab Planets TOKYO di Toyosu, Tokyo mengalu-alukan “Ramen Vegan UZU Tokyo” dari Kyoto; sebuah ruang karya seni baharu; dan sebuah kedai bunga di mana pengunjung boleh membawa pulang orkid yang digunakan di satu daripada karya seni muzium itu. “Ramen Vegan UZU Kyoto” dibuka di Kyoto pada Mac 2020, menjadi sangat popular dengan masa menunggu selama satu jam. Di “Ramen Vegan UZU Tokyo,” ramen vegan boleh dinikmati di Reversible Rotation - Non-Objective Space atau ruang karya seni Table of Sky and Fire.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210927005038/en/

Terdapat juga sebuah kedai bunga baharu, “Kedai Bunga & Seni teamLab,” di mana pengunjung boleh membawa pulang orkid yang digunakan dalam karya seni Floating Flower Garden: Flowers and I are of the Same Root, the Garden and I are One, di mana pengunjung menjadi satu dengan lebih 13,000 orkid. Semua kemudahan ini dibuka pada Jumaat, 8 Oktober kepada orang ramai, bukan hanya kepada pengunjung muzium teamLab Planets.

Ramen Vegan UZU Tokyo : https://vegan-uzu.com/pages/uzu-tokyo-en
teamLab Planets Butiran Muzium: planets.teamlab.art
teamLab Planets Sorotan Video: https://youtu.be/xofyyJYYWMY

TEAMLAB PLANETS DI TOKYO MEMBUKA SATU PENGALAMAN MAKAN, SATU RUANG SENI, DAN SEBUAH KEDAI BUNGA PADA 8 OKTOBER

GUANGXI: MEMBUKA PROSPEK BAHARU UNTUK KERJASAMA DI DALAM INOVASI SAINTIFIK DAN TEKNOLOGI DENGAN ASEAN




NANNING, China, 27 Sept., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Dari 9 hingga 13 September, Forum ke-9 mengenai Pemindahan Teknologi China-ASEAN dan Inovasi Kerjasama telah dirasmikan di Nanning. Platform Perdagangan Teknologi China-ASEAN dan Ruang Inovasi bagi Bakat-bakat Sains dan Teknologi China-ASEAN telah dilancarkan secara rasmi pada persidangan itu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan geografi bagi Guangxi, iaitu bersebelahan dengan negara-negara ASEAN, melaksanakan Pelan Tindakan Sains, Teknologi dan Inovasi “Belt and Road”, memperkukuhkan pembinaan Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN (kemudian dari ini dirujuk sebagai “CATTC”), berusaha untuk membuka satu keadaan baharu dalam kerjasama di dalam inovasi saintifik dan teknologi di antara Guangxi dan ASEAN.

Di bawah bimbingan Kementerian Sains dan Teknologi, Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi telah mempelopori satu mod baharu bagi pemindahan teknologi, membantu CATTC untuk mewujudkan mekanisme pemindahan teknologi dua hala antara kerajaan dengan 9 negara ASEAN termasuk Thailand, Laos dan Kemboja, menubuhkan kumpulan kerja pemindahan teknologi bersama dengan 7 negara ASEAN, dan mewujudkan satu rangkaian kerjasama pemindahan teknologi China-ASEAN yang meliputi 10 negara ASEAN dan beberapa negara di Inisiatif Belt and Road dengan lebih 2,600 anggota, yang telah memberikan dorongan kuat kepada kerjasama di antara China dan negara-negara ASEAN dalam inovasi saintifik dan teknologi.

Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi telah secara aktif bekerjasama dengan universiti dan institusi di dalam dan luar negara untuk mewujudkan platform inovasi seperti Pusat Inovasi Bangkok Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN, Pusat Inovasi Saintifik dan Teknologi Guangxi Nanyang, dan Pusat Inovasi Serantau China-ASEAN bagi Big Earth Data untuk melayani strategi pembangunan yang didorong oleh inovasi bagi Guangxi; menggalakkan perkongsian mekanisme bagi sumber inovasi saintifik dan teknologi domestik dan antarabangsa di bawah corak dwi-kitaran baharu, membantu perusahaan sains dan teknologi, universiti dan institusi Guangxi untuk menubuhkan 20 makmal bersama atau pusat inovasi di 9 negara ASEAN dan menjalankan kerjasama dengan negara-negara Inisiatif “Belt and Road”, terutama negara-negara ASEAN, dalam inovasi saintifik dan teknologi; dan membantu dengan penubuhan 12 taman sains dan teknologi pertanian di negara-negara ASEAN, menggalakkan  daya pengeluaran persaingan China untuk “pergi global” melalui Pusat Penyelidikan Perubatan Tradisional China-Thailand dan Makmal Aplikasi Bersama Beidou China-Malaysia, dll., dan menggalakkan penerapan pencapaian teknologi termaju di dalam pertanian moden, tenaga baharu, perubatan tradisional, pemprosesan makanan, maklumat elektronik dan kejuruteraan kimia di negara-negara ASEAN untuk memacukan pembangunan tempatan dalam sains, teknologi dan ekonomi.

Untuk menangani dengan masalah pembangunan serantau, Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi secara aktif menggalakkan penyelidikan bersama, pembangunan dan penggalakan teknologi generik utama di antara institusi penyelidikan saintifik dan perusahaan di Guangxi dan negara-negara ASEAN. Sebagai contoh, ia telah membantu Universiti Perubatan Cina Guangxi, Akademi Sains China dan Universiti Mahidol Thailand untuk menjalankan “Penyelidikan berhubung Ubat Anti-Novel Koronavirus Berdasarkan pada Bahan Ubat Asli Cina dan Thailand”, melengkapkan panduan kombinasi ubat untuk rawatan COVID-19, menganalisis dan memperoleh struktur tiga dimensi pertama di dunia bagi protein koronavirus novel, memberikan sokongan kuat bagi pengembangan seterusnya ubat anti-SARS-CoV-2 baharu; dan membantu China-ASEAN Information Harbour Co., Ltd. berhubung dengan perusahaan telekomunikasi di Filipina untuk meningkatkan pembangunan bandar raya pintar itu, pengkomputeran awan, data besar dan Internet Benda di Filipina.
 
Sumber: Jabatan Sains dan Teknologi bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang

Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402014
 
   Kapsyen: Membina Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN
  
    Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402026
 
    Kapsyen: Pangkalan Budaya Sangkar Laut Dalam Hiseaton Brunei  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15032 

Monday, September 27, 2021

TEPCO POWER GRID, INC.: PERJANJIAN DITANDATANGANI BERHUBUNG PROJEK UNTUK PENINGKATAN PENGURUSAN UTILITI KUASA BAGI ELECTRICITE DU LAOS




TOKYO, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 22 September, TEPCO Power Grid, Inc. (Presiden dan Pengarah Eksekutif Urusan: Yoshinori Kaneko) telah membentuk satu usaha sama dengan tiga buah syarikat termasuk Tokyo Electric Power Services Co., Ltd. (Presiden: Yasuhiro Kubo) dan World Business Associates Co., Ltd. (Presiden: Jun Sugiura) yang menandatangani satu perjanjian dengan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (kemudian dari ini dirujuk sebagai, “JICA”) berhubung Projek untuk Peningkatan Pengurusan Utiliti Kuasa bagi  Electricite du Laos.

Pada tahun 2020, kerajaan Laos telah mengambil keputusan untuk menghentikan bahagian penghantaran bagi Electricite Du Laos (kemudian dari ini dirujuk sebagai, “EDL”) dan menubuhkan Electricite Du Laos Transmission Company, Ltd. (kemudian dari ini dirujuk sebagai, “EDL-T” ) bagi tujuan mengendalikan penghantaran kuasa di dalam dan di luar Laos. Bersempena dengan penubuhan EDL-T, menjual bahagian penghantaran bervoltan tinggi mereka dan mewujudkan strategi syarikat dan pelan perniagaan di dalam persekitaran perniagaan baharu ini telah menjadi isu yang mendesak ketika ia merundingkan kontrak penjualan kuasa dengan negara-negara jiran, menguruskan konsainan yang didasarkan kepada perjanjian penghantaran dan mengukuhkan perniagaan pengedaran mereka.

Di samping itu, syarikat berkenaan juga harus menangani isu seperti penciptaan dan pelaksanaan pelan pembiayaan/pelaburan untuk menguruskan secara optimum bekalan domestik dan pertukaran tenaga dengan negara-negara jiran di dalam satu struktur kadar baharu elektrik, peningkatan dalam kecekapan pengurusan, dan penciptaan struktur untuk melatih sumber manusia yang diperlukan bagi melaksanakan tugas-tugas ini.

Setiap syarikat di dalam perusahaan bersama itu harus memanfaatkan kekuatan mereka, seperti perundingan dan pengalaman di dalam industri elektrik di dalam dan di luar Jepun, pengalaman sebagai penasihat kewangan, dan pengalaman perundingan yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan sumber manusia, dll., untuk membantu EDL memperkukuhkan struktur dan keupayaan pengurusan mereka sehingga ia dapat menangani sendiri pelbagai isu yang dihadapi mereka.

Kumpulan TEPCO akan terus bekerjasama sebagai sebuah “Penasihat Dasar Kuasa Laos” (2020~) JICA dan sebagai sebahagian daripada “Projek untuk Peningkatan Kualiti Kuasa melalui Peningkatan Kod Grid dan Pengukuhan Sistem Penguatkuasaannya” (2021~) JICA ketika kami menyumbang kepada pembangunan sektor kuasa Laos.

Siaran akhbar: 
https://www.tepco.co.jp/en/hd/newsroom/press/archives/2021/20210922_02.html

Ringkasan bagi Projek untuk Peningkatan Pengurusan Utiliti Kuasa bagi Electricite du Laos

1. Tempoh/Wilayah yang Berkaitan

• September 2021 ~ Mac 2024 (Sementara)
• Laos

2. Rakan Kontrak

• JICA

3. Objektif

• Memperkukuhkan keupayaan operasi dan pengurusan bagi EDL dengan membina strategi korporat yang sesuai dan meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuhkan keupayaan pengurusan dan pembangunan sumber manusia, dan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk memperkukuhkan keupayaan perancangan kewangan, dengan itu menyokong pembangunan mapan bagi sektor kuasa Laos.

4. Butiran Projek

• Menyediakan sokongan untuk membuat rancangan peningkatan bagi sistem pengurusan kualiti
• Menyediakan sokongan untuk membuat strategi korporat dan rancangan yang berkaitan
• Menyediakan sokongan untuk memperkukuhkan sistem audit dalaman, mekanisme pendedahan maklumat, dan sistem kawal selia
• Menyediakan sokongan untuk mewujudkan pelan pembangunan jabatan
• Menyediakan sokongan untuk meningkatkan kecekapan kerja
• Menyediakan sokongan untuk mewujudkan pelan pengurusan dan pembangunan sumber manusia
• Melatih tenaga pengajar
• Menyediakan sokongan untuk mewujudkan pelan kewangan dan kadar kuasa
 
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210924005204/en/

Hubungi

Untuk hubungan pertanyaan:
Kazuki Hashi
Setiausaha dan Pejabat Pengurusan Risiko, TEPCO Power Grid, Inc.
pgkouhou@tepco.co.jp / +81-3-6373-1111


Sumber : TEPCO Power Grid, Inc.