Tuesday, October 5, 2021

AUSTRALIA BERJAYA BERSIARAN SECARA LANGSUNG DENGAN PLATFORM AMARAN AWAM EVERBRIDGE KE SELURUH NEGARA, MERUPAKAN PELANCARAN RASMI BAGI SISTEM AMARAN PENDUDUK NEGARA GENERASI SETERUSNYA BAGI KERAJAAN AUSTRALIA


Australia Berjaya Bersiaran secara Langsung Dengan Platform Amaran Awam Everbridge ke Seluruh Negara (Grafik: Business Wire)

· Everbridge menjanakan sistem Amaran Kecemasan Australia, dengan menyediakan amaran ke seluruh penduduk untuk memaklum dan melindungi 34 juta orang penduduk dan pelawat tahunan ke benua itu (sebaik sahaja pintu sempadan dibuka semula)

· Penyebaran langsung bagi sistem amaran kebangsaan Australia memperkuatkan kepimpinan Everbridge di dalam penyelesaian Amaran Awam, dengan kontrak luas di seluruh negara merentasi rantau Amerika, EMEA, dan APAC, yang berupaya untuk menjangkau lebih 2 bilion warga dan pelancong di seluruh dunia

SYDNEY, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Everbridge, Inc. (NASDAQ: EVBG), peneraju dunia di dalam pengurusan acara kritikal (CEM) dan penyelesaian Amaran Awam kebangsaan, hari ini mengesahkan bahawa Kerajaan Australia secara rasmi telah melancarkan sistem amaran penduduk Amaran Keemasan mereka yang baharu, yang dikuasakan oleh Everbridge.

AUSTRALIA BERJAYA BERSIARAN SECARA LANGSUNG DENGAN PLATFORM AMARAN AWAM EVERBRIDGE KE SELURUH NEGARA, MERUPAKAN PELANCARAN RASMI BAGI SISTEM AMARAN PENDUDUK NEGARA GENERASI SETERUSNYA BAGI KERAJAAN AUSTRALIA

MENARA KAWALAN DATA DELPHIX MENCAPAI PEMATUHAN SOC 2 JENIS 1

Laporan Mengesahkan Protokol Keselamatan bagi Keupayaan Penopengan, Pematuhan, dan SaaS Delphix

REDWOOD CITY, Calif., 4 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Delphix, syarikat data peneraju industri untuk DevOps, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya melengkapkan pemeriksaan Sistem Jenis 1 dan Kawalan Organisasi (SOC) 2 untuk Menara Kawalan Data Delphix (DCT). Pemeriksaan yang dilakukan oleh Schellman & Company, LLC (Schellman), mendapati Delphix telah mereka bentuk kawalan dengan sesuai untuk memenuhi kriteria SOC 2 untuk Kategori Perkhidmatan Keselamatan, Ketersediaan dan Kepercayaan Kerahsiaan setakat 31 Julai, 2021.

“Dengan ancaman perisian tebusan yang semakin meningkat, keselamatan dan kepercayaan data adalah wajib dalam persekitaran perniagaan hari ini,” kata Douglas Barbin, Managing Principal di Schellman. “Pemeriksaan SOC 2 Jenis 1 menunjukkan komitmen Delphix kepada pelanggannya dan keselamatan serta pematuhan mereka.”

Laporan SOC 2 ialah laporan pengakusaksian yang menyatakan pendapat tentang kawalan pada organisasi yang berkaitan dengan keselamatan, ketersediaan, dan kerahsiaan sistem atau perkhidmatan. Laporan Jenis 1 mengakusaksi kepada reka bentuk dan pelaksanaan kawalan organisasi setakat tarikh semakan.

Menara Kawalan Data Delphix menyediakan titik akhir API tunggal yang mendayakan pasukan untuk mengautomasikan pelbagai operasi data yang rumit dan kritikal, termasuklah mengurus data aplikasi perusahaan secara pusat dengan antara muka SaaS, menyampaikan data ujian melalui API, dan mencari dan menopengkan data sensitif untuk persekitaran ujian yang patuh bagi mengautomasikan rangkaian CI/CD dengan selamat. Syarikat telah membina rangka kerja kawalan yang kukuh untuk memenuhi komitmen keselamatan, ketersediaan dan kerahsiaan yang dibuat kepada pelanggan.

“Peningkatan serangan siber telah menyebabkan keselamatan diutamakan. Pengakusaksian mengesahkan dengan lebih lanjut kekukuhan dan kepatuhan protokol keselamatan kami,” kata Pritesh Parekh, Ketua Pegawai Kepercayaan & Keselamatan, Naib Presiden Kejuruteraan di Delphix. “Memandangkan lebih banyak perusahaan menjadi syarikat data, kami komited untuk menyediakan penyelesaian data yang terbaik dan paling selamat untuk DevOps.”

Pada awal tahun ini, syarikat telah mengumumkan bahawa Platform Data DevOps Delphix telah mencapaipenyepaduan disahkan SAP dengan SAP NetWeaver® dan SAP S/4HANA®. Delphix juga mengeluarkan keupayaan pematuhan data baharu yang membantu pelanggan Salesforce membuka kunci nilai strategik data Salesforce® sambil mengekalkan pematuhan privasi data.

Perihal Delphix
Delphix ialah syarikat data yang peneraju industri bagi DevOps.

Data adalah penting untuk menguji pelancaran aplikasi, pemodenan, penggunaan awan dan program AI/ML. Kami menyediakan platform data DevOps berautomasi untuk semua aplikasi perusahaan. Delphix menopengkan data untuk pematuhan privasi, melindungi data daripada perisian tebusan, menyampaikan data yang berkesan dan dimayakan untuk CI/CD.

Platform kami merangkumi API DevOps penting untuk peruntukan, muat semula, gulung semula, penyepaduan dan kawalan versi data. Syarikat terkemuka, termasuk UKG, Choice Hotels, J.B.Hunt, dan Fannie Mae, menggunakan Delphix untuk mempercepat transformasi digital. Untuk maklumat lanjut, lawati www.delphix.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter, dan Facebook. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15060

MARY KAY INC. BERPADU TENAGA DENGAN EQUAL RIGHTS TRUST UNTUK MERINTIS PENYELIDIKAN MENGENAI KETIDAKSAMAAN GENDER DALAM ALGORITMA DAN KECERDASAN BUATAN

 




DALLAS, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mary Kay Inc., sebuah pemimpin dunia di dalam pemerkasaan wanita, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan Equal Rights Trust (ERT), sebuah organisasi di mana misi mereka adalah untuk menghapuskan semua bentuk diskriminasi dan memastikan setiap orang dapat mengambil bahagian di dalam masyarakat pada asas yang sama rata. Diwujudkan pada tahun 2007, Trust itu bekerjasama untuk memajukan persamaan melalui undang-undang di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Mary Kay Inc. akan membantu ERT memulakan langkah terhadap satu bidang penyelidikan yang berinovatif mengenai kecerdasan buatan dan algoritma melalui lensa yang berasaskan gender.


Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211004005308/en/

“Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan pada misi untuk memperkayakan kehidupan wanita di mana sahaja, Mary Kay sentiasa mencari organisasi yang kita dapat wujudkan jalinan kerjasama untuk memberi impak kepada kesamaan gender di seluruh dunia,” kata Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian bagi Mary Kay Inc. “Kami sangat gembira untuk menyokong Equal Rights Trust di atas usaha mereka untuk membantu memajukan kesamaan dengan mereka bentuk dan seterusnya menempa jalan ke hadapan untuk bekerjasama dengan sektor swasta. Usaha kami dengan ERT secara khusus memberi tumpuan kepada merangka landskap baharu bagi kecerdasan buatan dan kesamaan gender, satu kebimbangan yang semakin meningkat di dalam era digital.”

Sokongan Mary Kay kepada ERT akan mempelopori satu bidang baharu bagi penyelidikan  mengenai impak diskriminasi terhadap sistem algoritma. ERT telah membangun dan menggalakkan model bagi penilaian impak kesamaan, yang menganjurkan satu pendekatan “kesamaan mengikut reka bentuk” dalam membuat keputusan awam dan swasta sebagai satu kaedah untuk memastikan penyertaan yang mempunyai kesamaan dan tidak mempunyai diskriminasi. Satu keutamaan langsung adalah untuk melancarkan satu inisiatif untuk mewujud dan menangani impak diskriminasi yang muncul bagi pembuatan algoritma, khususnya yang berkaitan dengan gender.

“Penggunaan algoritma dan kecerdasan buatan semakin merebak,” kata Ariane Adam, Timbalan Pengarah bagi Equal Rights Trust. “Teknologi ini dengan pantas menjadi bahagian penting di dalam analisis, komunikasi, dan bahkan infrastruktur undang-undang bagi masyarakat kita. Walaupun percambahan global bagi sistem itu, kita baharu sahaja mula memahami kepincangan, kekurangan, dan batasan bagi pembuatan keputusan algoritma, terutama di dalam perkara berhubung diskriminasi. Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Mary Kay bagi memberikan penerangan mengenai potensi impak diskriminasi dalam menggunakan teknologi tersebut, khususnya bagi wanita.”

Penyampaian bagi inisiatif itu boleh dibahagikan kepada tiga fasa:
  • Fasa 1: penyelidikan mengenai munculnya impak yang berdiskriminasi bagi penggunaan pembuatan keputusan algoritma di dalam bidang pekerjaan, akses kepada pinjaman, dan akses kepada perumahan, termasuk satu tumpuan kepada impak wanita sebagai sebuah kumpulan yang sangat terdedah kepada diskriminasi dalam konteks ini .
  • Fasa 2: keterlibatan dengan pelbagai pelaku untuk membangunkan strategi advokasi untuk menggesa bagi satu kesamaan dengan pendekatan reka bentuk di dalam reka bentuk, pengembangan, pengeluaran dan pemantauan bagi teknologi AI.
  • Fasa 3: terlibat dengan pelaku antarabangsa, serantau dan kebangsaan untuk menetapkan standard yang mewajibkan satu persamaan dengan pendekatan reka bentuk.
Perkongsian itu dengan Equal Rights Trust adalah merupakan inisiatif terbaharu yang disokong oleh Mary Kay pada tahun 2021 untuk menyokong bagi kesamaan gender di mana sahaja. Selama hampir 60 tahun, Mary Kay telah komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan menjalin perkongsian dengan organisasi dari seluruh dunia.

MAKLUMAT MENGENAI EQUAL RIGHTS TRUST

Equal Rights Trust adalah sebuah organisasi bukan kerajaan antarabangsa yang bebas yang wujud untuk menghapuskan diskriminasi dan memastikan semua orang dapat mengambil bahagian di dalam masyarakat mengikut asas yang sama rata. Untuk mencapai misi ini, ia bekerja dalam perkongsian dengan pejuang kesamaan – organisasi masyarakat sivil (CSO), peguam, wakil kerajaan, dan pihak lain yang komited untuk menggunakan undang-undang bagi mewujudkan sebuah dunia yang sama rata – memberikan mereka dengan sokongan teknikal, strategik dan praktikal yang mereka perlukan untuk berusaha bagi penerapan dan pelaksanaan undang-undang kesaksamaan yang komprehensif. Sejak tahun 2007, ia telah menyokong pejuang kesamaan di hampir 50 buah negara, dan pada masa yang sama membangunkan konsensus di peringkat antarabangsa mengenai perlunya dan kandungan bagi undang-undang kesamaan yang komprehensif. Ketahui maklumat lanjut di equalrightstrust.org

MAKLUMAT MENGENAI MARY KAY

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui maklumat lanjut di marykayglobal.com 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15066

Monday, October 4, 2021

TDCX BERSEDIA UNTUK MEREBUT PELUANG DARIPADA PASARAN PERKHIDMATAN CX PENYUMBERLUARAN AS$100 BILION DENGAN DAGANGAN SULUNG DI NYSE

Penyedia perkhidmatan pengalaman pelanggan digital pertama di Asia yang disenaraikan di Amerika Syarikat

SINGAPURA & NEW YORK, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TDCX Inc. (NYSE: TDCX), sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi, mengumumkan penyenaraian mereka di Bursa Saham New York (“NYSE”). Sebagai sebuah syarikat tersenarai, TDCX berada pada kedudukan yang baik untuk mempercepatkan strategi pertumbuhan mereka untuk merebut peluang daripada pasaran  perkhidmatan pengalaman penyumberluaran global (“CX”), yang dijangka bernilai AS$100 bilion menjelang tahun 2025ˡ.

Beribu pejabat di Singapura, TDCX menyediakan penyelesaian CX digital yang dipercayai untuk membantu syarikat teknologi yang berkembang pesat dan jenama lain yang dikenali di seluruh dunia menguruskan interaksi pelanggan yang kompleks dan kritikal bagi pihak mereka. IPO itu mengumpulkan hasil kasar AS$348.5 juta, dengan menjadikan nilai pasaran syarikat itu kepada AS$2.57 bilion atau S$3.50 bilion². Sekiranya penjamin jamin memilih untuk menggunakan opsyen lebihan penguntukan mereka secara sepenuhnya, jumlah hasil kasar bagi penawaran itu akan menjadi kira-kira AS$401 juta, dengan membawa nilai pasaran syarikat itu kepada AS$2.62 bilion atau S$3.57 bilion³.

TDCX BERSEDIA UNTUK MEREBUT PELUANG DARIPADA PASARAN PERKHIDMATAN CX PENYUMBERLUARAN AS$100 BILION DENGAN DAGANGAN SULUNG DI NYSE

BANK MUAMALAT, AKPK ANJUR SIRI WEBINAR UNTUK BANTU INDIVIDU HARUNGI CABARAN KEWANGAN ERA PANDEMIK

Jalin kerjasama untuk tingkatkan tahap celik kewangan ketika norma baharu 

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) pada 30 September 2021 telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membangunkan siri webinar literasi kewangan dan pengurusan hutang. Melalui MoU ini, Bank Muamalat akan menganjurkan siri webinar tersebut secara percuma untuk kakitangan syarikat panelnya, sementara AKPK akan menyediakan tenaga pakar bagi menyampaikan modul berhubung pengurusan kewangan kepada peserta.
 
Pada majlis menandatangani MoU yang diadakan secara maya ini,  Bank Muamalat diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin sementara AKPK pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azaddin Ngah Tasir. Majlis ini turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Perbankan Runcit, Zury Rahimee Zainal Abiden dan Pengurus Khas Perhubungan Awam (Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif), Mohamad Khalil Jamaldin. 
 
Jalinan kerjasama antara Bank Muamalat, selaku sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya di negara ini, dan AKPK adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Sehingga kini, Bank Muamalat telah pun menganjurkan 65 sesi webinar dengan jumlah capaian penonton sebanyak 67,033. Program ini akan diteruskan hingga Disember 2021 dengan penyertaan AKPK bagi memberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan peserta di era pandemik.
 
Presiden and Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata siri webinar ini bertujuan membantu peserta untuk menangani cabaran dalam menguruskan kewangan peribadi terutamanya susulan situasi pandemik COVID-19 yang berlarutan di negara ini. Peserta webinar akan diberikan pendedahan mengenai amalan pengurusan kewangan yang berhemat, termasuk aspek pengurusan pembiayaan.

“Melalui kerjasama ini, Bank Muamalat dapat melaksanakan tanggungjawab kewangan sosialnya untuk membantu memupuk tabiat kewangan yang baik bagi menghasilkan impak positif ke atas ekonomi negara. Kerjasama antara Bank Muamalat dengan AKPK adalah hasil visi bersama kedua belah pihak untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Usaha ini perlu diperhebatkan kerana ramai individu mengalami kemelut kewangan akibat pengurangan gaji atau pemberhentian kerja sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan,” kata Khairul.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata pandemik COVID-19 telah menyedarkan orang ramai mengenai betapa pentingnya menguruskan kewangan masing-masing, terutamanya pada waktu yang mencabar ini.
 
“Melalui kolaborasi dengan Bank Muamalat, AKPK dapat meningkatkan capaiannya kepada lebih ramai individu masyarakat—isi rumah, mahupun PKS—untuk memberikan pendidikan kewangan dan khidmat nasihat kewangan serta pengurusan hutang yang bertumpuan pelanggan. Memperkasakan individu dengan literasi kewangan akan memberikan mereka ketenangan minda. Mereka bukan sahaja dapat menilai dan mencari jalan penyelesaian kewangan untuk melangsaikan hutang tetapi juga dapat meningkatkan taraf hidup untuk masa hadapan yang lebih baik,” kata Azaddin.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh Bank Muamalat sila  layari www.muamalat.com.my,  hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500 atau imbas kod QR di bawah untuk memohon pembiayaan.

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat adalah sebuah insitusi kewangan Islam yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Sebagai sebuah institusi kewangan Islam sepenuhnya, Bank Muamalat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak iaitu individu dan institusi.

Secara umum, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu seperti akaun deposit, pengurusan aset, pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah dan juga pembiayaan peribadi. Bank Muamalat juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan insitusi dan korporat, daripada khidmat pengurusan tunai, penyelesaian pembayaran,  kewangan perdagangan dan eksport antarabangsa, pertukaran asing, pembiayaan, dan urusniaga pasaran modal. Bank Muamalat mempunyai 67 buah cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CICO yang boleh didapati di hampir 141 lokasi seluruh negara. Kami juga turut menyediakan perbankan internet korporat mengikut keselesaan anda.

Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70% saham Bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sebuah cabang pelaburan negara. Bank Muamalat telah diterima secara rasmi sebagai ahli GABV pada 15 November 2017. Bank Muamalat ialah bank Islam pertama di dunia dan yang pertama di rantau Asia Tenggara menjadi ahli Global Alliance for Banking in Values (GABV).

Mengenai AKPK

AKPK beribu pejabat di Menara Bumiputra-Commerce sejak Jun 2020. Pada masa ini, orang ramai digalakkan untuk menghubungi AKPK melalui pautan perkhidmatannya, services.akpk.org.my untuk pertanyaan atau bantuan, atau mengunjungi laman webnya di akpk.org.my atau rujuk laman media sosial AKPK di @AKPKofficial untuk maklumat lanjut. Harap maklum bahawa perkhidmatan AKPK adalah PERCUMA kepada individu dan PKS dan tidak pernah melantik ejen pihak ketiga untuk menjalankan perkhidmatannya.

Tanpa mengira perubahan dan pengembangannya, AKPK terus mengguna pakai moto sejagatnya, iaitu Amalkan Pengurusan Kewangan yang Berhemat Sebagai Budaya Hidup.

Sumber: Bank Muamalat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bank Muamalat
Nama: Mathini Raman
Tel: +6013 215 1922
Emel: mathini.raman@muamalat.com.my 

AKPK
Nama: Cik Sazlin Zainal Abidin
Tel: +6012-343 0502
Emel: sazlin.za@akpk.org.my

Nama: Mohamad Khalil bin Jamaldin
Tel: +6012-219 2344
Emel: khalil@akpk.org.my 

--BERNAMA

Saturday, October 2, 2021

JOHNS MANVILLE MEMPERBAHARUI IKRAR UNTUK MEMBINA SEBUAH HARI ESOK YANG LEBIH BAIK, MENETAPKAN MATLAMAT 2025 DALAM LAPORAN KELESTARIAN BAHARU

DENVER, 1 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Johns Manville (JM), sebuah pengeluar global terkemuka bagi produk bangunan cekap tenaga dan bahan khas yang direkayasa dan sebuah syarikat Berkshire Hathaway, telah mengeluarkan Laporan Kelestarian 2021 mereka hari ini. Laporan ketujuh JM menyampaikan komitmen mereka terhadap satu pendekatan seimbang yang memberi manfaat kepada pihak berkepentingan dan juga syarikat itu. Laporan itu boleh diperolehi di www.jm.com/sustainability.

“JM sedang meneruskan perjalanan mereka di dalam kelestarian dengan niat dan ikrar yang diperbaharui untuk Membina sebuah Hari Esok yang Lebih Baik,” kata Bob Wamboldt, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif. “Tumpuan kami terhadap kelestarian melengkapi nilai-nilai teras kami iaitu Orang, Semangat, Melaksana dan Melindungi, yang membantu kami mendorong Pengalaman JM yang positif dan berkuasa untuk pekerja, pelanggan dan pembekal kami.”

Laporan baharu itu termasuk satu kemas kini mengenai kemajuan terhadap Matlamat Kelestarian 2020 JM dan memperkenalkan Matlamat Kelestarian 2025 di dalam satu rangka kerja universal baharu.

“Peristiwa yang berkaitan dengan pandemik global, ketidakadilan kaum, perubahan iklim dan ketidakstabilan ekonomi mengukuhkan mengapa kelestarian adalah sangat penting,” kata Tim Swales, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Teknologi. “Rangka kerja kelestarian baharu kami berhasrat untuk mengurangkan impak kami di planet ini dengan secara signifikan mengurangkan penciptaan dan penimbunan sampah, memperluaskan sokongan bagi tenaga kerja global kami dengan satu penekanan kepada keselamatan, kepelbagaian dan penyertaan, dan membuat pembaharuan produk yang lebih cekap tenaga bagi sebuah masa depan yang nyahkarbon.”

Laporan 2021 itu telah dibangunkan “bersesuaian” dengan pilihan Teras Standard Pelaporan Kelestarian GRI dan telah dikaji semula oleh Perkhidmatan Pendedahan Kematanan GRI.

Maklumat mengenai Johns Manville

Johns Manville, sebuah syarikat Berkshire Hathaway (NYSE: BRK.A, BRK.B), adalah sebuah pengeluar terkemuka dan pemasar bagi produk berkualiti premium untuk penebat bangunan, penebat mekanikal, bumbung komersil dan penebat bumbung, serta gentian dan bukan tenunan untuk penggunaan komersial, perindustrian dan kediaman. JM melayani pasaran yang termasuk aeroangkasa, automotif dan pengangkutan, pengendalian udara, perkakasan, HVAC, paip dan peralatan, penurasan, pengalisan air, bangunan, lantai, dalaman dan tenaga angin. Menceburi perniagaan sejak tahun 1858, syarikat yang berpusat di Denver itu mempunyai jualan tahunan lebih $3 bilion dan memegang kedudukan kepimpinan di kesemua pasaran utama yang dilayani mereka. Johns Manville mempunyai 8,000 orang pekerja dan mengendalikan 46 kemudahan pembuatan di Amerika Utara, Eropah dan China. Maklumat tambahan boleh diperolehi di www.jm.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15054

Thursday, September 30, 2021

MELISSA MENINGKATKAN JUALAN DAN SOKONGAN UNTUK PERNIAGAAN CHINA

Fokus Asia Pasifik yang semakin berkembang mencerminkan sifat asas pengurusan alamat dalam operasi perniagaan global dan komunikasi pelanggan

RANCHO SANTA MARGARITA, Calif., 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Melissa, pembekal utama bagi penyelesaian kualiti data dan pengurusan alamat global, hari ini mengumumkan peningkatan jualan dan sokongan untuk perniagaan China, melanjutkan capaian syarikat dan menggambarkan kepentingan pasaran Asia Pasifik yang semakin berkembang pesat menginginkan alat dan perkhidmatan kualiti data.

Melissa memahami bahawa pengurusan alamat pintar ialah asas kepada operasi perniagaan yang lancar. Alat syarikat adalah bersifat global dan dioptimumkan untuk memacu komunikasi perniagaan yang lebih baik, perhubungan pelanggan yang lebih menguntungkan dan kelebihan daya saing. Perkhidmatan tersedia secara meluas kepada mana-mana firma dengan pangkalan pelanggan yang pelbagai, dan kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan kewangan, jagaan kesihatan dan e-dagang.

“Kecemerlangan dalam data pelanggan adalah berasaskan alamat yang betul dan lengkap – memberikan asas yang kukuh untuk aktiviti kritikal yang sebaik-baiknya berlaku dalam masa nyata, seperti mengetahui inisiatif Kenali Pelanggan Anda, pengesahan identiti dan langkah antipenipuan, serta penyertaan pelanggan yang lancar,” kata Edmund Ng, Pengarah Jualan Serantau, Asia Pasifik, Melissa. “Dengan jejak global semasa kami, kami merupakan sumber data yang telah terbukti untuk perniagaan yang berpangkalan di Jepun, Hong Kong dan Singapura. Kami menghargai tahap sokongan tempatan dan kepakaran teknikal yang tinggi dan kini boleh menambahkan nilai yang banyak kepada pasaran Asia Pasifik.”

Pejabat global Melissa menawarkan akses yang mudah, dalam negara kepada perkhidmatan dan kakitangan Melissa. Jejak global syarikat juga merangkumi pejabat di Amerika Utara, Jerman, United Kingdom, India, Australia, dan Singapura. Hubungi +65-8-2997442 atau e-mel kepada info.cn@melissa.com untuk berhubung secara terus kepada kakitangan yang menyokong perniagaan Asia Pasifik Melissa. Untuk berhubung dengan ahli pasukan kecerdasan global Melissa yang lain, layari https://www.melissa.com/ atau hubungi 1-800-MELISSA.