Wednesday, December 8, 2021

COVER CORP. MENGUMUMKAN PEMBUKAAN KEDAI RASMI HOLOLIVE PRODUCTION DALAM TALIAN DI TOKOPEDIA

TOKYO, 7 Dis., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
COVER Corp. telah mengumumkan pembukaan besar-besaran bagi KEDAI RASMI hololive production dalam talian di Tokopedia, laman web e-dagang tempatan yang paling kerap dikunjungi di Indonesia.

Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M
106909/202111304139/_prw_PI1fl_cdW8W33X.png

 
Logo1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M
106909/202111304139/_prw_PI2fl_TPLM4L05.png

 
 
KEDAI RASMI hololive production baharu itu di Tokopedia menawarkan pelbagai jenis barangan VTuber daripada hololive production, sebuah agensi bakat maya yang terdiri daripada YouTuber Maya, atau VTuber, yang dimiliki oleh COVER.

Beli barangan terbaharu itu, termasuk festival musim panas hololive koleksi Kenang-kenangan x atre Akihabara, yang hanya tersedia di atre Akihabara, Tokyo, untuk satu tempoh terhad mulai 1 Ogos, 2021.

Dengan KEDAI RASMI hololive production di Tokopedia, syarikat itu menyasarkan untuk membawa produk berlesen tulen kepada peminat mereka di Asia Tenggara. Pelawat kini boleh membeli barangan COVER pada harga yang sama seperti di Jepun. Barangan eksklusif Tokopedia juga akan tiba tidak lama lagi. Jadi, nantikan berita dan kemas kini terkini yang akan berada di laman web rasmi.

KEDAI RASMI hololive production di Tokopedia
URL: https://www.tokopedia.com/hololivepro
 
Hololive production
 
Logo2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M
106909/202111304139/_prw_PI3fl_8j7IG60W.png

 
 
hololive production adalah sebuah agensi VTuber yang terdiri daripada kumpulan bakat seperti "hololive" (kumpulan VTuber wanita), "Holostars" (kumpulan VTuber lelaki) dan label muzik "INNK MUSIC (INoNaKa MUSIC)," yang membuat persembahan penstriman langsung dan memuat naik video pada platform seperti YouTube. hololive production mengkhususkan diri di dalam penggunaan reka bentuk model aksara 2D dan 3D yang kompleks dalam ulasan dan penstriman langsung.

hololive Indonesia
 
Logo3:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M
106909/202111304139/_prw_PI4fl_E54nTnQq.png

 
 
hololive Indonesia adalah sebuah kumpulan VTuber yang membuat persembahan penstriman langsung dan memuat naik video yang ditujukan kepada pangkalan penonton berbahasa Indonesia.
- Akaun Twitter rasmi hololive Indonesia: https://twitter.com/hololive_Id
- halaman Facebook rasmi hololive Indonesia:
https://www.facebook.com/Hololive-Indonesia-108806367277672/
- saluran YouTube rasmi hololive Indonesia:
https://www.youtube.com/channel/UCfrWoRGlawPQDQxxeIDRP0Q
 
COVER Corp.
COVER Corp. adalah sebuah syarikat permulaan di dalam industri penciptaan kandungan dan teknologi. Visi mereka adalah untuk menggunakan teknologi VR/AR untuk mencipta budaya baharu bagi bakat maya yang boleh diterima secara meluas di dalam pasaran global.
URL: http://cover-corp.com
 
Sumber: COVER Corporation  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15333 

Tuesday, December 7, 2021

PORTFOLIO MEWAH ANTARABANGSA KELUARKAN LAPORAN HARTANAH MEWAH 2022

Bilangan Penjual Hartanah Mewah Meningkat Di Seluruh Dunia; Sesetengah Pembeli Menyuarakan FOMO (Terlalu Takut Terlepas); Kelestarian 'Sangat Penting' Dalam Kalangan Pembeli Mewah Di Seluruh Dunia

Laporan Terkini Mengandungi Data daripada Kumpulan 1-5% Teratas Yang Ditinjau Merentasi 20 Negara, Mewakili Penduduk Mewah bagi Hampir 32 Juta Isi Rumah

NEW YORK, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Luxury Portfolio International® (LPI), rangkaian pembrokeran hartanah rangkaian kediaman mewah utama dunia, dengan sukacitanya berkongsi keputusan Laporan Hartanah Mewah 2022 (SOLRE). Kajian itu mengandungi data daripada individu dalam kumpulan pendapatan 1% hingga 5% teratas di 20 buah negara dan menyentuh pelbagai topik yang penting kepada pasaran hartanah kediaman mewah global.

Paling ketara, laporan LPI mendedahkan lanjutan bagi dominasi trend berkaitan pembelian rumah yang bermula pada S3 2020 dan berterusan sepanjang tahun 2021, menunjukkan bahawa permintaan untuk hartanah mewah kekal tinggi; kenaikan harga dijangka berterusan; bekalan kekal lebih rendah daripada permintaan; masa di pasaran untuk rumah keluarga tunggal mewah biasanya "hanya sekejap"; dan kelestarian adalah 'Sangat Penting' (66 peratus) apabila mempertimbangkan pembelian rumah masa hadapan.

Kajian itu juga menunjukkan peningkatan dalam bilangan penjual mewah bagi hartanah kediaman di seluruh dunia; iaitu dalam kalangan pembeli rumah mewah, majoriti (74 peratus) berkongsi perasaan yang kuat tentang keyakinan ekonomi peribadi dan 75 peratus masih bimbang bahawa kuasa perbelanjaan budi bicara mereka boleh diuji tidak lama lagi.

Sementara tahun 2022 dijangka terus berada pada kadar yang pantas, terdapat tanda-tanda bahawa pasaran hartanah kediaman mewah akan semakin stabil, langkah penting untuk mengelakkan komplikasi bagi pasaran panas jangka panjang.

Dengan 75 peratus pembeli rumah mewah memilih rumah seterusnya dengan kelestarian alam sekitar menjadi tajuk utama pelbagai penemuan daripada kajian isi rumah mewah dunia oleh Luxury Portfolio International® (LPI), 2021 berakhir sebagai satu daripada pasaran hartanah kediaman mewah yang paling kukuh dalam sejarah. 

Monday, December 6, 2021

NTHU: SEBUAH MODEL KELESTARIAN

Universiti Nasional Tsing Hua telah dianugerahkan dengan Anugerah Kelestarian Universiti Taiwan. Presiden Hocheng Hong (tengah) dan Ketua Pegawai Kelestarian Tai Nyan-hwa (dua dari kiri), Pengarah Pejabat Kelestarian Lin Fu-ren (pertama dari kiri), Naib Presiden dan Ketua Staf King Chung-Ta (dua dari kanan ), Dekan bagi Kolej Antarabangsa Doong Ruey-an (pertama dari kanan). (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)


HSINCHU, Taiwan, 6 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) telah dianugerahkan dengan Anugerah Kelestarian Universiti Taiwan pada Anugerah Kelestarian Korporat Taiwan (TCSA) ke-14 yang diadakan oleh Institut Taiwan bagi Tenaga Lestari (TAISE) pada 17 November. Terserlah di antara 38 universiti yang mengambil bahagian, NTHU telah disenaraikan pada kedudukan pertama di dalam penilaian komprehensif, dan di dalam pertandingan individu juga menerima Anugerah Kepimpinan Rangkuman Sosial dan Anugerah Emas Laporan Kelestarian Universiti.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211202005031/en/

Hakim-hakim menyebut cara teladan di mana NTHU telah membina kecekapan teras mereka di dalam pengajaran dan penyelidikan untuk bertindak balas dengan tindakan konkrit dalam memenuhi keperluan pembangunan lestari, termasuk pelaksanaan bagi sebuah kempen di seluruh kampus untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon. Di samping itu, mereka kagum dengan etika tempat kerja NTHU yang menekankan kepelbagaian dan kesaksamaan, serta cara fakulti dan kakitangan diberikan ganjaran untuk prestasi cemerlang dalam penyelidikan, pengajaran, kaunseling dan perkhidmatan awam, yang kesemuanya telah memberi kesan positif kepada masyarakat yang lebih besar dan meningkatkan profil antarabangsa universiti itu. Dari segi kelestarian, NTHU telah secara konsisten menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan moto sekolah mereka, “To Oneself Be True, Give Nature Its Due.”

NTHU: SEBUAH MODEL KELESTARIAN

MERCU TANDA INDAH VIETNAM DIPAPARKAN PADA PAPAN IKLAN THOMSON REUTERS BUILDING, TIMES SQUARE

HO CHI MINH CITY, Vietnam, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 2 Disember 2021, video yang menyerlahkan keindahan Vietnam dan pelancaran pesawat tetap antara Vietnam dan Amerika Syarikat dipaparkan pada papan iklan utama di tengah-tengah Times Square New York City, yang menarik perhatian global.

Landskap Vietnam yang mengasyikkan seperti gua misteri Son Doong dan pemandangan mengagumkan dan puitis Ha Long Bay dan Ninh Binh, bersama-sama dengan bandar Da Nang, Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh yang bersemangat dan menakjubkan, dipaparkan dengan megah pada skrin LED 700 kaki persegi yang mengelilingi bangunan 30 tingkat Thompson Reuters.

Di sini, peristiwa pelancaran rasmi Vietnam pertama – penerbangan komersial terus telah diadakan pada 28 November turut diperkenalkan, yang membawa kepada langkah seterusnya untuk pertukaran ekonomi dan kebudayaan antara kedua-dua negara. Ini pastinya merupakan perkembangan istimewa untuk pembangunan penerbangan Vietnam secara keseluruhan dan untuk Vietnam Airlines — menjadi syarikat penerbangan pertama yang mengendalikan penerbangan komersial terus tetap ke A.S.

MERCU TANDA INDAH VIETNAM DIPAPARKAN PADA PAPAN IKLAN THOMSON REUTERS BUILDING, TIMES SQUARE

Saturday, December 4, 2021

PRESIDEN JOKOWI MENONJOLKAN TIGA PERKARA DI DALAM JAWATAN PRESIDEN G20 BAGI INDONESIA

JAKARTA, Indonesia, 2 Dis., Agensi Berita Antara-AsiaNet/--

Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa jawatan Presiden G20 bagi Indonesia pada tahun 2022 akan memberi tumpuan kepada tiga isu strategik, iaitu pengurusan kesihatan inklusif, transformasi berasaskan digital, dan peralihan ke arah tenaga mapan.

“Dalam jawatan Presiden G20 itu, Indonesia akan menumpukan kepada pengendalian penjagaan kesihatan inklusif, transformasi berasaskan digital, dan peralihan kepada tenaga mapan,” kata Jokowi pada majlis perasmian bagi Jawatan Presiden G20 bagi Indonesia pada Rabu.

Semasa memegang jawatan Presiden G20 itu, Indonesia akan membawa tema Pulih Bersama, Pulih Lebih Kuat.

Lebih-lebih lagi, Jokowi menganggap jawatan Presiden G20 itu sebagai satu amanah dan penghormatan buat Indonesia. Jawatan presiden itu juga merupakan satu peluang bagi Indonesia untuk memberikan sumbangan yang lebih banyak kepada pemulihan ekonomi dunia.

Presiden itu menekankan bahawa Indonesia akan berusaha untuk membina tadbir urus dunia yang adil dan mapan berdasarkan kepada keamanan dunia dan keadilan sosial.

“Indonesia sedang berusaha untuk membina tadbir urus dunia yang adil. Kami menyasarkan untuk mengukuhkan perpaduan dunia dalam mengatasi perubahan iklim dan pembangunan lestari, serta mengumpulkan komitmen daripada negara-negara maju untuk membantu negara-negara membangun,” kata Jokowi.

Pada kesempatan yang sama, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto, menyampaikan bahawa jawatan Presiden G20 bagi Indonesia itu menyasarkan agar dunia kembali muncul daripada krisis itu dan menjadi lebih berdaya tahan.

Untuk mencapai matlamat itu, ia memerlukan satu transformasi di dalam cara bekerja, satu perubahan di dalam pemikiran dan model perniagaan, serta penggunaan peluang di tengah-tengah pandemik itu untuk membawa kejayaan baharu, kata Hartarto.

Beliau kemudian meneruskan bahawa di dalam jawatan Presiden ini, Indonesia akan menggunakan forum-forum di G20 untuk memperjuangkan aspirasi dan kepentingan negara-negara membangun untuk mewujudkan tadbir urus yang adil di dunia. Ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan dunia dalam mengatasi ancaman perubahan iklim dan menggalakkan pembangunan mapan.

Dari 1 Disember, 2021, sehingga 30 November, 2022, Indonesia akan secara rasmi menjadi Presiden G20, meneruskan penyampaian bagi jawatan Presiden dari Itali.

G20 adalah sebuah forum global yang terdiri daripada 19 buah negara dan satu Kesatuan Eropah. Forum itu, yang ditubuhkan pada tahun 1999, menyumbang kepada 80 peratus bagi Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan 75 peratus daripada eksport dunia.
 
SUMBER: Kementerian Komunikasi dan Informatika
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=409521
 
Kapsyen: Kapsyen: (dari kiri) Gabenor Jakarta Anies Baswedan, Naib Pengerusi bagi BPK Agus Joko Pramono, Timbalan Speaker bagi Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Lodewijk F Paulus, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto, Menteri Kewangan Sri Mulyani, Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo, Pengerusi Business 20 Shinta Widjaja Kamdani, dan Pengerusi Bersama Youth 20 Michael Victor Sianipar menghadiri pembukaan Majlis G20 2022 di Jakarta, pada Rabu. Jawatan Presiden G20 bagi Indonesia bermula dari 1 Disember, 2021 hingga 30 November, 2022 dengan tema “Pulih Bersama, Pulih Lebih Kuat”. ANTARA FOTO/Hafidz Mubarak A/wsj.
 
--BERNAMA

Friday, December 3, 2021

SYARIKAT WELLA MERAIKAN TAHUN PERTAMA MEREKA SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT BEBAS DENGAN MELEBIHI SASARAN PERTUMBUHAN, MEMPERKENALKAN INOVASI CEMERLANG DAN MEMPERLUASKAN KEUPAYAAN KEPIMPINAN

NEW YORK & GENEVA, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Wella, sebuah peneraju dunia di dalam industri kecantikan bernilai $100 bilion, hari ini meraikan ulang tahun pertama mereka sebagai sebuah syarikat yang berdiri sendiri. Syarikat Wella mempunyai sebuah portfolio profesional dan rambut runcit, teknologi kecantikan dan kuku terkemuka bagi jenama ikonik termasuk Wella Professionals, Clairol, OPI, Nioxin, Sebastian Professional dan ghd. Syarikat itu, yang diasaskan di Jerman pada tahun 1880, kembali kepada status operasi bebas pada 1 Disember, 2020, dengan diketuai oleh firma pelaburan global Kohlberg Kravis dan Roberts (“KKR”) yang melabur satu pegangan ekuiti majoriti, yang mereka telah tingkatkan dua kali sepanjang tahun lalu.

Syarikat Wella muncul di tengah-tengah pandemik COVID-19 global, di mana hampir keseluruhan industri salun profesional – pangkalan pelanggan teras syarikat itu – berada dalam sekatan pergerakan. Di sebalik persekitaran global yang mencabar ini, syarikat itu menetapkan strategi pertumbuhan mereka, dengan menumpukan kepada membina asas operasi untuk kejayaan yang berdiri sendiri, dan mengambil hampir 1,100 orang di seluruh dunia, termasuk satu senarai pemimpin bagi produk kecantikan, runcit dan Barangan Bungkusan Pengguna utama dalam pasukan eksekutif mereka. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15323

SQUARE, INC. MENUKAR NAMA KEPADA BLOCK

Perubahan itu membezakan jenama Square, yang telah dibina untuk perniagaan Penjual, daripada entiti korporat

SAN FRANCISCO, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Square, Inc. (NYSE: SQ) hari ini mengumumkan bahawa ia menukar namanya kepada Block. Block akan menjadi nama bagi syarikat itu sebagai sebuah entiti korporat. Nama Square telah menjadi sinonim dengan perniagaan Penjual syarikat itu, yang menyediakan sebuah ekosistem bersepadu bagi penyelesaian perdagangan, perisian perniagaan dan perkhidmatan perbankan untuk penjual, dan langkah ini membolehkan perniagaan Penjual untuk memiliki jenama Square yang dibina untuknya.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211201006139/en/

Perubahan kepada Block itu mengiktiraf pertumbuhan syarikat itu. Sejak permulaannya pada tahun 2009, syarikat itu telah menambahkan Cash App, TIDAL dan TBD54566975 sebagai perniagaan, dan pertukaran nama itu mewujudkan ruang untuk pertumbuhan selanjutnya. Block adalah sebuah ekosistem menyeluruh bagi banyak perniagaan yang disatukan oleh tujuan mereka bagi pemerkasaan ekonomi, dan memberi perkhidmatan kepada ramai orang—individu, artis, peminat, pembangun dan penjual.

“Kami membina jenama Square untuk perniagaan Penjual kami, di mana ia sepatutnya berada,” kata Jack Dorsey, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Block. “Block adalah satu nama baharu, tetapi tujuan bagi pemerkasaan ekonomi kami tetap sama. Tidak kira bagaimana kami berkembang atau berubah, kami akan terus membina peranti untuk membantu meningkatkan akses kepada ekonomi.”

Pertukaran nama itu kepada Block membezakan entiti korporat daripada perniagaan mereka, atau blok bangunan. Tidak akan ada perubahan organisasi dan Square, Cash App, TIDAL dan TBD54566975 akan terus mengekalkan jenama masing-masing. Satu tenaga kerja asas, yang termasuk pasukan seperti Counsel, People, dan Finance, akan terus membantu membimbing ekosistem itu di peringkat korporat. Hasil daripada pertukaran nama itu, Square Crypto, sebuah inisiatif berasingan bagi syarikat itu yang didedikasikan untuk memajukan Bitcoin, akan menukarkan namanya kepada Spiral.

Nama itu mempunyai banyak makna yang berkaitan bagi syarikat itu — blok bangunan, blok kejiranan dan perniagaan tempatan mereka, komuniti berkumpul di parti-parti blok yang penuh dengan muzik, sebuah blok rantai, sebuah bahagian kod dan halangan untuk diatasi.

Square, Inc. dirujuk sebagai “Block” di dalam siaran akhbar ini. Nama yang sah “Square, Inc.” dijangka akan ditukar secara sah kepada “Block, Inc.” pada atau kira-kira 10 Disember, 2021, setelah memenuhi semua keperluan undang-undang yang berkenaan. Simbol tiker NYSE syarikat itu “SQ” tidak akan diubah pada masa ini. Sebarang perubahan di masa hadapan akan didedahkan secara terbuka. Tiada tindakan diperlukan daripada pemegang saham semasa. Saham biasa Kelas A Syarikat itu akan terus disenaraikan di NYSE dan CUSIP tidak akan berubah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.block.xyz  atau ikuti berita syarikat melalui Twitter @blocks dan @blockIR. Untuk aset media, sila ke www.block.xyz/mediakit. Kami berhasrat untuk menggunakan laman web perhubungan pelabur Block serta akaun Twitter @blocks dan @blockIR sebagai cara untuk mendedahkan bahan maklumat bukan awam dan untuk mematuhi kewajipan pendedahan kami di bawah Peraturan FD.

Maklumat mengenai Block

Block (NYSE: SQ) adalah sebuah syarikat teknologi global dengan tumpuan kepada perkhidmatan kewangan. Terdiri daripada Square, Cash App, Spiral, TIDAL dan TBD54566975, kami membina peranti untuk membantu lebih ramai orang mengakses ekonomi itu. Square membantu penjual menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka dengan ekosistem bersepadu mereka bagi penyelesaian perdagangan, perisian perniagaan dan perkhidmatan perbankan. Dengan Cash App, sesiapa sahaja boleh menghantar, membelanja atau melabur wang mereka dengan mudah dalam saham atau Bitcoin. Spiral (dahulunya Square Crypto) membina dan membiayai projek Bitcoin sumber terbuka secara percuma. Artis menggunakan TIDAL untuk membantu mereka berjaya sebagai usahawan dan berhubung lebih mendalam dengan peminat. TBD54566975 sedang membina sebuah platform pembangun terbuka untuk memudahkan mereka mengakses Bitcoin dan teknologi blok rantai yang lain tanpa perlu melalui sebuah institusi. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15325