Wednesday, December 15, 2021

EDISI KETIGA CABARAN TOMMY HILFIGER FASHION FRONTIER MENYOROT ENAM USAHAWAN GLOBAL YANG MEMBAWA KEPESATAN PERUBAHAN DALAM INDUSTRI FESYEN

Tokoh perubahan Yara Shahidi dan Tommy Hilfiger bakal menjadi juri semasa pembentangan idea perniagaan oleh para usahawan, dengan hadiah bernilai €200,000 akan dikongsi oleh dua orang pemenang

AMSTERDAM, 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], dengan sukacita mengumumkan enam finalis dalam Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier 2021 yang dipilih penuh hemat daripada 430 permohonan yang diterima daripada syarikat permulaan dan syarikat skala global. Dibina berdasarkan visi kelestarian Tommy Hilfiger untuk Tidak Membazir dan Mengalu-alukan Semua (Waste Nothing and Welcome All), edisi ketiga program ini terus berusaha untuk memartabatkan dan menyokong para usahawan yang terdiri daripada orang berkulit hitam, asli dan kulit berwarna (BIPOC) yang berjuang untuk memajukan komuniti mereka dan pada masa yang sama memupuk masa depan fesyen yang lebih inklusif.  Berdasarkan keperluan untuk memacu impak dalam industri yang semakin penting, tahun ketiga Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier kali ini dijalankan secara maya sepenuhnya bagi menangani sekatan dan cabaran semasa pandemik COVID-19.

Siaran akhbar ini mempunyai multimedia.  Lihat siaran penuh di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211213005214/en/

Permohonan ditapis dengan teliti melalui satu proses melibatkan pelbagai langkah sepanjang tahun yang dilakukan oleh pakar-pakar dalaman dan luaran berdasarkan kepada satu set kriteria ketat termasuklah kesan sosial yang berpotensi dan pertumbuhan pasaran. Enam orang finalis ini akan membentangkan idea perniagaan mereka kepada barisan juri yang terdiri daripada tokoh-tokoh peneraju dalam perniagaan dan kelestarian pada acara akhir global Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier yang diadakan secara maya pada 12-13 Januari, 2022.

“Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier mengandungi misi kami sejak dahulu untuk memanfaatkan kuasa fesyen bagi memupuk nilai inklusif, representasi dan perubahan,” kata Tommy Hilfiger. “Industri kita hanya akan bergerak ke hadapan dengan adanya idea-idea baru dan segar yang mencabar cara kita berfikir, membina dan mencipta.  Sebagai satu jenama, adalah sangat mustahak untuk kami menggunakan platform kami untuk memberikan suara dan peluang kepada para usahawan, seperti kepada para finalis ini untuk mencipta impak yang bersifat sebenar dan berpanjangan.”

Enam finalis tersebut adalah:
  • Clothes to Good: Perusahaan sosial dari Afrika Selatan yang mencipta peluang dan pekerjaan bersifat mikro untuk orang kurang upaya dan keluarga mereka, terutamanya para ibu melalui kitar semula tekstil. 
  • Haelixa: Teknologi pengesanan produk untuk mempercepat transisi global kepada rantaian bekalan barangan pengguna yang telus, berpangkalan di Switzerland.
  • MAFI MAFI: Jenama fesyen yang berpangkalan di Ethiopia yang merekacipta koleksi sedia untuk dipakai dengan memelihara tradisi lama dan memperkasa tukang-tukang mahir yang terpinggir.
  • Lalaland: Platform yang berpangkalan di Belanda yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menjana model-model mengikut pesanan dan bersifat inklusif daripada pelbagai etnik, usia dan saiz dengan lebih daripada 35 variasi gaya.
  • SOKO: Perniagaan barang kemas berpangkalan di Kenya menggunakan teknologi mudah alih untuk menghubungkan tukang-tukang mahir Kenya yang terpinggir secara langsung dengan pasaran global melalui platform mudah alih.
  • UZURI K&Y: Jenama kasut mesra alam yang berpangkalan di Rwanda ini menggunakan tayar kereta dari Kawasan benua sahara di Afrika dan mengupah anak muda tempatan serta melatih mereka dengan kemahiran dan kebebasan ekonomi.
Para juri yang terlibat dalam acara akhir adalah:
  • Mr. Tommy Hilfiger
  • Martijn Hagman, CEO, Tommy Hilfiger Global dan PVH Europe
  • Yara Shahidi, pelakon yang memenangi anugerah, penerbit dan tokoh perubahan.
  • Esther Verburg, EVP, Perniagaan Mapan dan Inovasi, Tommy Hilfiger Global and PVH Europe
  • Adrian Johnson, Usahawan, Profesor Adjung Keusahawanan, Teknologi dan Media di INSEAD
  • Katrin Ley, Pengarah Urusan Fashion for Good dan Kurator Pengasas Amsterdam Global Shapers Hub
  • Yvonne Bajela, anggota pengasas dan prinsipal di firma pelaburan Impact X Capital
 
Berbekalkan sokongan Tommy Hilfiger dan pakar perihal subjek di INSEAD, enam finalis ini telah membangunkan dan memperhalusi pelan perniagaan mereka yang akan dibentangkan pada acara akhir nanti.  Arooj Aftab, seorang pencipta kandungan, pengilustrasi, penulis dan pengasas #DonewithDiversity akan menjadi pengacara majlis yang mana para juri akan menganugerahkan €200,000 dikongsi oleh dua orang pemenang yang dipilih bagi menyokong perniagaan mereka.  Para pemenang ini juga bakal menjalani latihan mentor bersama Tommy Hilfiger dan pakar-pakar INSEAD serta mendapat tempat dalam Program Keusahawanan Sosial INSEAD (ISEP).  Hadiah tambahan sebanyak €15,000 akan diberikan kepada finalis yang dipilih oleh para juri sebagai undian ‘Pilihan Penonton’.

“Sebagai pemain utama dalam industri fesyen, menjadi tanggungjawab kami untuk menyokong, memperkasa dan menggalakkan nilai inklusif.  Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier adalah bukti kepada komitmen kami untuk memberikan sumbangan bermakna dan berkekalan untuk industri fesyen yang lebih baik,” kata Martijn Hagman, Ketua Pegawai Eksekutif Tommy Hilfiger Global and PVH Europe.  “Sudah menjadi sifat kami untuk memacu perubahan walaupun dalam keadaan masa yang mencabar.  Kami bangga untuk terus memartabatkan idea para usahawan yang sedang mencipta lanskap fesyen yang kami mahukan dan yang kami perlu lihat untuk berlaku.”

Misi Tommy Hilfiger adalah untuk menjadi syarikat pereka gaya hidup mapan utama yang Tidak Membazir dan Mengalu-alukan Semua, melalui bagaimana ia merekacipta produk-produk, mengurus operasinya dan berhubung dengan para komuniti dan pemegang taruhnya.  Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan kelestarian Tommy Hilfiger, yang dikuasakan oleh Strategi Forward Fashion PVH sila ke  https://global.tommy.com/en_int/about-us-corporate-responsibility.

Maklumat lanjut mengenai Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier boleh diakses di https://responsibility.pvh.com/tommy/fashion-frontier-challenge/.  Para sahabat dan pengikut jenama ini diundang untuk menyertai perbualan di media sosial menggunakan #TommyHilfiger dan @TommyHilfiger

Mengenai Tommy Hilfiger

Dengan portfolio jenama termasuklah TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan pereka premium kumpulan gaya hidup yang paling terkenal di dunia.  Fokusnya adalah merekacipta dan memasarkan pakaian tempahan dan pakaian sukan lelaki berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian di kediaman), kasut dan aksesori.  Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk gaya hidup pelengkap seperti kacamata, jam tangan, wangian, pakaian mandi, stokin, barangan kulit kecil, barangan rumah dan beg pakaian. Barisan produk TOMMY JEAN mengandungi pakaian jeans dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori dan wangian.  Barangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh diperolehi oleh pengguna seluruh dunia melalui sebuah rangkaian lengkap kedai peruncitan TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, pusat beli-belah khusus dan utama, penjual dalam talian terpilih dan di tommy.com.

Mengenai PVH Corp.

PVH merupakan salah satu syarikat fesyen terbesar dan dikagumi di dunia di 40 buah negara.  Jenama ikonik global kami termasuklah Calvin Klein dan TOMMY HILFIGER. Sejarah lebih 140 tahun kami terbina berdasarkan kekuatan jenama kami, pasukan kami dan komitmen kami untuk memacu fesyen ke hadapan untuk selama-lamanya.  Itulah Kuasa Kami.  Itulah Kuasa PVH.

Ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15371

KOREA PACK & MINGGU ICPI (MINGGU INDUSTRI KOSMETIK DAN FARMASEUTIKAL ANTARABANGSA) 2022 UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN O2O YANG MENGHUBUNGKAN PAMERAN LUAR TALIAN KE PLATFORM PERNIAGAAN DALAM TALIAN

 

KOREA PACK dan MINGGU ICPI (Minggu Industri Kosmetik dan Farmaseutikal Antarabangsa), pameran pembungkusan, kosmetik dan farmaseutikal terbesar di Korea, akan diadakan sebagai acara hibrid pada tahun 2022. Ia akan diadakan di KINTEX dari 14 hingga 17 Jun yang dihoskan oleh Kyungyon Exhibition dan platform perniagaan dalam talian juga akan dibuka. KOREA PACK & MINGGU ICPI akan diatur untuk satu pertukaran perniagaan yang aktif dengan sebuah platform dalam talian premium di mana AI menghubungkan pembeli dan pempamer yang disyorkan supaya mereka boleh mencari rakan kongsi yang optimum dan menghubungkan perniagaan mereka. KOREA PACK 2022 akan merangkumi kumpulan produk utama seperti Jentera Pembungkusan, Bahan & Bekas Pembungkusan, Mesin Percetakan Pakej, Peralatan Pemeriksaan Pembungkusan, Jentera & Peralatan Pemprosesan Pembungkusan, Reka Bentuk Pakej, Perkhidmatan, Jentera Pemprosesan Makanan dan Sistem & Peralatan Logistik. MINGGU ICPI terdiri daripada 6 acara serentak: KOREA MAT ke-12, COPHEX ke-17, KOREA CHEM, KOREA PHARM & BIO ke-12, KOREA LAB ke-16, dan CI KOREA. 

GOYANG, Korea Selatan, 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- KOREA PACK dan acara serentak MINGGU ICPI (Minggu Industri Kosmetik dan Farmaseutikal Antarabangsa) akan diadakan sebagai acara hibrid pada tahun 2022.

KOREA PACK dan MINGGU ICPI, pameran pembungkusan, kosmetik dan farmaseutikal terbesar di Korea, akan diadakan di KINTEX dari 14 hingga 17 Jun yang dihoskan oleh Kyungyon Exhibition Corp.

KOREA PACK 2022 akan merangkumi kumpulan produk utama seperti Jentera Pembungkusan, Bahan & Bekas Pembungkusan, Mesin Percetakan Pakej, Peralatan Pemeriksaan Pembungkusan, Jentera & Peralatan Pemprosesan Pembungkusan, Reka Bentuk Pakej, Perkhidmatan, Jentera Pemprosesan Makanan dan Sistem & Peralatan Logistik. KOREA PACK dapat dibezakan oleh kelebaran produk dan perkhidmatannya yang unik serta keantarabangsaan yang tiada tandingan bagi pempamer dan pelawat mereka.

MINGGU ICPI, Minggu Industri Kosmetik & Farmaseutikal Antarabangsa, terdiri daripada 6 acara serentak: Pameran Pengendalian Bahan & Logistik ke-12 (KOREA MAT), Pameran Kosmetik, Farmaseutikal, Bio Proses & Teknologi (COPHEX) Ke-17, Pameran Antarabangsa untuk Pemprosesan Kimia dan Bahan Kimia Halus & Khusus (KOREA CHEM), Pameran Farmaseutikal dan Bio-Pharma Korea ke-12 (KOREA PHARM & BIO), Pameran Makmal, Peralatan Analitik & Bioteknologi Ke-16 (KOREA LAB) dan Pameran Ramuan Kosmetik & Teknologi (CI KOREA) . Melalui acara serentak ini, pengunjung boleh melihat segala-galanya daripada pembangunan, R&D, kepada pengeluaran, pembungkusan, logistik dan pengedaran produk.

Dengan skala bagi 1,500 syarikat dan 3,500 gerai, 80,000 meter persegi (dijadualkan), KOREA PACK & MINGGU ICPI ialah pameran B2B pembungkusan, kosmetik dan farmaseutikal terbesar di Korea.

Pelancaran bagi Platform Perniagaan O2O Global KOREA PACK & MINGGU ICPI

Satu platform dalam talian premium bagi KOREA PACK & MINGGU ICPI akan diatur untuk satu pertukaran perniagaan yang aktif. Sebagai persediaan untuk menghadapi COVID-19 yang berpanjangan, penganjur akan menyokong untuk menghubungkan pembekal dan pengguna secara bukan bersemuka bagi satu perniagaan yang berterusan. Platform ini adalah untuk mempamerkan produk dan teknologi pempamer, mengatur mesyuarat perniagaan dalam talian, dan memberikan maklumat tentang trend terkini melalui seminar dan persidangan dalam talian.

Dalam platform dalam talian itu, AI akan menghubungkan pembeli dan pempamer yang disyorkan supaya mereka boleh mencari rakan kongsi yang optimum dan menghubungkan perniagaan mereka.
 
Maklumat lanjut mengenai pameran itu boleh diperolehi di laman web rasmi. (Luar Talian: https://www.koreapack.org/eng/main.asp, Dalam Talian: online.pack-icpi.com)

Galeri Foto/Multimedia Tersedia: https://www.businesswire.com/news/home/52547769/en

Hubungi

Kyungyon Exhibition Corp.
Erica Lee
+82-2-785-4771
hylee@kyungyon.co.kr 

Sumber : Kyungyon Exhibition Corp. 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA


Monday, December 13, 2021

GUIZHOU MENUAI HASIL TANAMAN YANG LUAR BIASA BANYAKNYA DENGAN PENGELUARAN BIJIRIN MENINGKAT 3.49 PERATUS PADA TAHUN 2021

GUIYANG, China, 13 Dis., 2021 /Xinhua-AsiaNet/ --

Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) berkata pada 6 Dis bahawa Guizhou telah mencatatkan satu lagi hasil tanaman yang luar biasa banyaknya, dengan pengeluaran bijirin meningkat 3.49 peratus tahun ke tahun, jumlah pengeluaran bijirin Guizhou mencecah hampir 10.949 juta tan pada tahun 2021.

Jumlah kawasan semaian adalah 41.8155 juta mu (kira-kira 2.802 juta hektar), meningkat 1.22 peratus tahun ke tahun.

Pada 30 November, Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar bagi Wilayah Guizhou telah menjemput pakar-pakar untuk mengukur pengeluaran bagi padi saka dalam satu ladang percubaan di Daerah Sinan, Bandar raya Tongren di Wilayah Guizhou.

Ia merupakan tahun kedua bagi tuaian di ladang padi ini dan hasilnya telah mencecah 843.3 kg bagi setiap mu (kira-kira 0.067 hektar), yang menunjukkan kejayaan langkau sejuk bagi padi saka di Guizhou.

GUIZHOU MENUAI HASIL TANAMAN YANG LUAR BIASA BANYAKNYA DENGAN PENGELUARAN BIJIRIN MENINGKAT 3.49 PERATUS PADA TAHUN 2021

OSAKA MENGADAKAN PARTI BESAR YANG DISAMPAIKAN OLEH JAWATANKUASA EKSEKUTIF PARTI MIDOSUJI UNTUK MEMPROMOSIKAN EKSPO 2025

OSAKA, Jepun, 13 Dis, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Untuk membina momentum bagi EKSPO 2025 Osaka, Kansai, “Parti Musim Sejuk Nakanoshima – Laluan ke EKSPO 2025 –“ telah diadakan di bandar raya Osaka pada 28 November.

Acara itu telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif bagi Parti Midosuji yang terdiri daripada kerajaan-kerajaan wilayah dan perbandaran Osaka dan entiti lain.

Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/202111304122?p=images

Gabenor Osaka Hirofumi Yoshimura dan Datuk Bandar Ichiro Matsui telah mengisytiharkan pembukaan parti itu.

Kenji Wakamiya, menteri bagi Eksposisi Dunia 2025 di Osaka, memberitahu kira-kira 4,500 orang penonton, “Saya ingin anda untuk membantu membina momentum bagi EKSPO 2025 Osaka, Kansai.”

OSAKA MENGADAKAN PARTI BESAR YANG DISAMPAIKAN OLEH JAWATANKUASA EKSEKUTIF PARTI MIDOSUJI UNTUK MEMPROMOSIKAN EKSPO 2025

Friday, December 10, 2021

TOSHIBA MEMPERKENALKAN PEMACU CAKERA KERAS NAS SIRI MN09 18TB BAHARU




KAWASAKI, Jepun, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) mengumumkan MN09, sebuah tambahan berkapasiti besar 18TB [1] kepada barisan HDD NAS mereka.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211208006148/en/

Pertumbuhan tinggi di dalam penciptaan data memacukan permintaan untuk kapasiti penyimpanan yang lebih tinggi, dan pelanggan bekerja dari rumah memerlukan akses pantas kepada data dan keupayaan untuk mengarkib dan berkongsi data dalam persekitaran awan peribadi. MN09 18TB itu menyampaikan kapasiti penyimpanan dan kecekapan kuasa yang lebih besar untuk memenuhi keperluan bagi penyimpanan pelanggan yang semakin meningkat.

MN09 adalah sebuah pemacu rakaman magnetik konvensional (CMR) 9 cakera dimaterai helium yang memanfaatkan teknologi Rakaman Magnetik Dibantu Gelombang Mikro Kawalan Fluks (FC-MAMR™) berinovatif baharu Toshiba. FC-MAMR™ memajukan kapasiti CMR kepada 18TB dan memberikan peningkatan kepadatan bagi setiap piring berbanding dengan reka bentuk sebelumnya. MN09 adalah generasi ke-3 yang menggunakan reka bentuk mekanikal perintis Toshiba bagi 9 cakera yang dimaterai helium.

Teknologi MAMR ialah satu penyelesaian yang melanjutkan kapasiti data HDD. Keupayaan HDD menggunakan sebuah kepala MAMR baharu untuk meningkatkan dengan ketara keupayaan menulis bagi kesan Pensuisan Berbantu Gelombang Mikro (MAS) telah dibangunkan baru-baru ini. Toshiba akan terus memenuhi permintaan pasaran dan memajukan kepadatan data pemacu CMR dengan teknologi MAMR.

MN09 direka bentuk untuk kendalian 24/7 dan mempunyai satu penarafan beban kerja 180TB/tahun [2]. Sehingga lapan ruang pemacu disokong oleh pemacu NAS 3.5 inci [3].

Pemacu NAS 7200RPM 18TB itu direka bentuk dengan sebuah penimbal 512MB dan menyampaikan satu tahap prestasi tinggi yang konsisten dengan kadar pemindahan berterusan sebanyak 268 MiB/s [4], menjadikannya pilihan utama bagi pejabat rumah dan perniagaan kecil. MN09 18TB tersedia sekarang.

Untuk maklumat lanjut tentang produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/storage/product/internal-specialty/nas/articles/mn-series.html

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang barisan penuh produk penyimpanan HDD Toshiba, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian penyimpanan kami, sila layari blog penyimpanan di https://storage.toshiba.com/corporateblog/

[1] Definisi bagi kapasiti: Satu terabait (TB) = satu trilion bait, tetapi kapasiti penyimpanan yang sebenarnya tersedia mungkin berbeza-beza bergantung kepada persekitaran kendalian dan pemformatan. Kapasiti penyimpanan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian dan/atau aplikasi perisian yang diprapasang, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza-beza.
[2] Beban kerja adalah satu ukuran bagi pemprosesan data dalam satu tahun, dan ia ditakrifkan sebagai jumlah data yang ditulis, dibaca atau disahkan oleh arahan daripada sistem hos.
[3] “3.5-inci” bermaksud faktor bentuk bagi HDD. Ia tidak menunjukkan saiz fizikal bagi sesebuah pemacu.
[4] Satu mebibait (MiB) bermaksud 220, atau 1 048 576 bait, dan satu gibibait (GiB) bermaksud 230, atau 1 073 741 824 bait.

Pertanyaan Produk:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Bahagian Penyimpanan Produk
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

* FC-MAMRTM  adalah tanda perniagaan bagi Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211208006148/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-549-8361
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15350

​MAJLIS MENANDATANGANI PROJEK KERJASAMA DI ANTARA KOLEJ VOKASIONAL JINAN DAN IPB INTERNATIONAL BERLANGSUNG

Liu Shaohui, Timbalan Pengarah bagi Biro Pendidikan Jinan, Pang Long, Timbalan Pengarah bagi Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri bagi Kerajaan Rakyat Jinan, Gao Jisong, Pengarah bagi Pejabat Asia Amerika Oceania, Wang Chunguang, Setiausaha Parti bagi Kolej Vokasional Jinan, dan Su Xuyong, Dekan bagi Kolej Vokasional Jinan, menghadiri majlis menandatangani perjanjian itu.


JINAN, China, 10 Dis., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 1 Disember, majlis menandatangani projek kerjasama di antara Kolej Vokasional Jinan dan Institut Pariwisata dan Bisnis Internasional (IPB Internasional) secara dalam talian telah diadakan di Kampus Kolej Vokasional Jinan di bandar raya Jinan di wilayah Shandong dan Kampus IPBI di Bali. Pada majlis itu, Kolej Vokasional Jinan mengumumkan penubuhan cawangan luar negara mereka yang pertama – satu pembuktian bagaimana Jinan telah membangunkan secara inovatif penyampaian kursus pendidikan vokasional mereka dalam era baharu ini.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebagai tindak balas kepada Inisiatif Belt and Road, Kolej Vokasional Jinan telah menjalankan program pendidikan yang terbuka, pelbagai dan mengandungi pelbagai aspek. Ia telah mengukuhkan pertukaran dan kerjasama mereka di peringkat antarabangsa dengan tujuan untuk memacukan pembangunan ekonomi dan sosial serantau Jinan. Sejak tahun 2018, apabila ia memulakan pengambilan dan pengajaran bagi pelajar antarabangsa, Kolej Vokasional Jinan telah merekrut lebih 200 orang pelajar antarabangsa dari 13 buah negara Asia, sekali gus mewujudkan satu jenama baharu bagi kerjasama pendidikan antarabangsa yang mereka cipta ‘Belajar di Jinan’.

NIELSENIQ BANGKIT KEPADA CABARAN PENGUKURAN PELBAGAI ARAH

Pelaburan NielsenIQ di dalam penyelesaian e-dagang menyediakan pandangan peneraju industri tentang jumlah tempat pasaran

CHICAGO, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perjalanan pembeli terus berkembang apabila pengguna mempunyai lebih kawalan ke atas perkara yang mereka lakukan, lihat dan dengar. Ini bermakna peranti yang digunakan untuk mengukur dan menganalisis jualan, bahagian pasaran dan tingkah laku pengguna juga mesti berubah. Dalam sebuah persekitaran yang terus mengalami anjakan seismik, mengukur bila, di mana dan cara bagaimana pengguna membeli adalah penting. Ini membolehkan pengeluar dan peruncit barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) untuk menjangkakan arah aliran dan bertindak balas dengan lebih pantas kepada keperluan dan jangkaan pengguna.

Walaupun saluran yang paling pesat berkembang di Eropah Barat dan Amerika Utara adalah dalam talian, alat pengukuran e-dagang sebahagian besarnya berpecah-belah. Pengguna harus menggabungkan data daripada pelbagai sumber untuk mendapatkan gambaran lengkap tentang pasaran itu. NielsenIQ sedang mengubah industri FMCG dan peruncitan dengan penyelesaian berinovatif dan gambaran tepat mereka, yang menawarkan satu pandangan bersepadu, tepat, lengkap dan lebih terperinci tentang tempat pasaran luar talian dan dalam talian—menjadikannya lebih mudah untuk menganalisis arah aliran merentasi saluran.

Pemerolehan terbaharu kami, Foxintelligence, akan mengukuhkan penawaran kami di peringkat global.

Foxintelligence adalah syarikat pengukuran e-dagang dan analisis data pengguna terbesar di Eropah. Ia mengendalikan panel pengguna patuh GDPR terbesar di Eropah, yang mempunyai lebih 600,000 pembeli dalam talian aktif di Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan United Kingdom serta akan dapat mengembangkan liputan dan penawaran mereka kepada pasaran tambahan sebagai sebuah syarikat yang dikuasakan oleh NielsenIQ.

Lapan bulan selepas menjadi sebuah syarikat kendiri, NielsenIQ telah membuat beberapa pemerolehan penting dan meningkatkan pelaburan mereka dengan ketara untuk mempercepatkan penyampaian produk mereka dan membina penyelesaian komprehensif, mengubah penyelesaian pengukuran dan analitik yang tersedia kepada industri FMCG dan runcit yang berubah dengan pantas.

“Matlamat kami adalah untuk mengubah cara kami beroperasi dan melayani pelanggan kami, membantu mereka mempercepatkan pertumbuhan. Pelaburan yang kami buat setakat ini membina asas bagi transformasi NielsenIQ dan membawa bakat utama dalaman untuk menangani beberapa isu paling kritikal yang dihadapi oleh pelanggan kami pada hari ini dan akan dihadapi pada masa hadapan,” kata Lorena Elizondo, Ketua Pegawai Strategi, NielsenIQ.

“Cita-cita NielsenIQ adalah untuk mendekati e-dagang secara holistik. Foxintelligence memainkan peranan penting dalam strategi ini, mengembangkan jejak bagi penyelesaian pengukuran runcit kami yang tiada tandingan. Mereka mendedahkan titik buta dalam talian seperti tempat pasaran, pakar kategori, terus kepada pengguna, perdagangan pantas dan proses terakhir dalam proses itu, antara lain, menyediakan liputan pasaran penuh,” kata Clément Colin, Ketua bagi Pengukuran E-dagang Antarabangsa, NielsenIQ.

Foxintelligence mengumpul dan menamakan e-resit untuk mewujudkan data urus niaga proprietari yang terperinci dan komprehensif. Data ini merupakan asas bagi risikan pasaran dalam era penggunaan digital hari ini, dan NielsenIQ akan menggerakkannya ke hadapan.

“Kami amat berbangga dan gembira untuk menyertai keluarga NielsenIQ. Kami telah bekerja selama lebih satu tahun pada tema yang sama untuk membawa lebih banyak nilai kepada pelanggan kami dan kami kini akan memberikan mereka satu visi yang lebih komprehensif dan bersepadu mengenai tempat pasaran dalam talian dan luar talian,” kata Edouard Nattée, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bagi Foxintelligence.

Pemerolehan ke atas Foxintelligence menandakan langkah berani yang terbaharu yang diambil oleh NielsenIQ dalam menyediakan data e-dagang yang komprehensif dan berinovatif. Pada September 2021, NielsenIQ memperoleh Rakuten Intelligence and Data Impact untuk meningkatkan portfolio penyelesaian e-dagang mereka dan menskalakannya di peringkat global. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15344