Wednesday, March 2, 2022

KUMPULAN PELABUR DIKETUAI OLEH ADVENT INTERNATIONAL DAN PERMIRA MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN MCAFEE

· Urus niaga itu dinilaikan pada lebih $14 bilion
· Kumpulan Pelabur terdiri daripada Advent, Permira, Crosspoint Capital, CPP Investments, GIC dan ADIA
 
SAN JOSE, Calif., 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- McAfee Corp. (NASDAQ:MCFE, “McAfee”), sebuah peneraju dunia di dalam perlindungan dalam talian, hari ini mengumumkan penyempurnaan bagi pemerolehan mereka oleh sebuah kumpulan pelabur yang diketuai oleh Advent International Corporation (“Advent”) dan dana yang dinasihatkan oleh Permira, Crosspoint Capital Partners LP (“Crosspoint”), Lembaga Pelaburan Pelan Pencen Kanada (“CPP Investments”), GIC Private Limited (“GIC”), dan sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (“ADIA”) (secara kolektif, “Kumpulan Pelabur” itu).

“Kami sangat teruja dengan pemerolehan ini dan bekerjasama dengan Kumpulan Pelabur itu untuk mengukuhkan lagi kedudukan pertumbuhan utama pasaran kami ketika kami terus menyampaikan perkhidmatan perlindungan dalam talian yang bertaraf dunia kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif McAfee, Peter Leav. “Pemerolehan ini dibolehkan kerana sumbangan cemerlang daripada pekerja kami, serta perkongsian daripada TPG dan Intel sejak empat tahun yang lalu. Kami menantikan bab seterusnya sebagai sebuah perniagaan pengguna yang dimiliki secara persendirian dan berdedikasi dengan sokongan dan kepakaran oleh Kumpulan Pelabur itu,” kata Leav.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, Bruce Chizen, Penasihat Kanan di Permira, akan menjadi Pengerusi bagi Lembaga Pengarah McAfee. Chizen berkata: “Keperluan untuk perkhidmatan perlindungan dalam talian yang diperibadikan, berinovatif dan intuitif tidak pernah menjadi lebih penting, dan McAfee berada pada kedudukan yang ideal untuk memenuhi permintaan ini dan terus membina platform teknologi terkemuka dan pangkalan pelanggan setia mereka. Saya bersyukur kerana menyertai Lembaga Pengarah itu dan berharap dapat menyumbang kepada kejayaan seterusnya yang tidak dapat dinafikan oleh syarikat itu.”

“Ketika pengguna mengemudikan landskap keselamatan siber yang semakin canggih dan kompleks itu, mereka berulang kali beralih kepada McAfee,” kata Bryan Taylor, Ketua bagi Pasukan Pelaburan Teknologi Advent dan seorang Rakan Pengurusan di Palo Alto. “Jenama McAfee itu adalah sinonim dengan kepercayaan dan perlindungan. Kami teruja untuk membantu membina reputasi syarikat itu untuk kualiti, kecemerlangan dan inovasi bagi membantunya mencapai tahap yang baharu.”

Brian Ruder, Ketua Bersama bagi Teknologi di Permira, mengulas: “Hari ini menandakan permulaan bagi satu bab yang menarik untuk McAfee, dan kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripadanya. Sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah, Bruce membawa berdekad pengalaman dalam meneraju dan mengembangkan jenama teknologi global, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Adobe dan sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah Oracle dan Synopsys, antara lain. Bersama-sama dengan rakan pelaburan kami dan pasukan berbakat McAfee, kami akan membantu syarikat itu meningkat dan mengukuhkan operasi mereka, mempertingkatkan lagi keselamatan bagi kehidupan digital pengguna di seluruh dunia.”

Turut menyertai Lembaga Pengarah McAfee ialah Greg Clark, Rakan Pengurusan di Crosspoint Capital dan bekas ketua pegawai eksekutif di Symantec. “Kami percaya peluang itu bagus bagi McAfee untuk mengembangkan kedudukan utama mereka di dalam melindungi rakyat daripada jenayah siber. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan pengurusan McAfee dan Kumpulan Pelabur untuk menyampaikan apa yang kami percaya adalah satu peluang yang benar-benar unik dalam keselamatan siber digital.”

Pada 8 November, 2021, Kumpulan Pelabur itu telah mengumumkan pemerolehan bagi semua saham tertunggak bagi saham biasa McAfee untuk $26.00 sesaham dalam satu urus niaga yang melibatkan sepenuhnya tunai yang bernilai lebih $14 bilion. Hasil daripada urus niaga itu, McAfee bukan lagi menjadi sebuah syarikat dagangan awam. McAfee telah memaklumkan kepada NASDAQ mengenai penyempurnaan pengambilalihan itu dan meminta agar NASDAQ memfailkan satu pemberitahuan bagi penyahsenaraian dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa bagi pihak McAfee.

KUMPULAN PELABUR DIKETUAI OLEH ADVENT INTERNATIONAL DAN PERMIRA MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN MCAFEE

FPT SOFTWARE TELAH DIIKTIRAF DALAM PANDUAN PASARAN GARTNER® 2022 UNTUK PENGURUSAN "CLOUD" AWAM DAN PEMBEKAL PERKHIDMATAN PROFESIONAL, ASIA/PASIFIK UNTUK DUA KALI BERTURUT-TURUT.




HANOI, Vietnam, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Firma ICT terkemuka Vietnam, FPT Software, telah disenaraikan baru-baru ini didalam Panduan Pasaran Gartner® 2022 untuk Pengurusan “Cloud” Awam dan Pembekal Perkhidmatan Profesional (MSP) Asia/Pasifik. Syarikat ini telah diiktiraf didalam laporan untuk dua kali berturut-turut dan merupakan satu-satunya Vendor Perwakilan Diiktiraf yang berpangkalan di Vietnam yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 buah negara di seluruh dunia.

Diterbitkan pada Januari 2022 oleh Gartner, sebuah syarikat yang menyampaikan pandangan objektif yang boleh diambil tindakan kepada eksekutif dan pasukan mereka, penyelidikan itu menawarkan cadangan dan penemuan terkini bagi pembekal perkhidmatan terurus “cloud” awam di rantau Asia-Pasifik (APAC) untuk kepimpinan perniagaan, pemerolehan dan IT dalam mencari rakan kongsi yang paling sesuai.

Pasaran APAC, seperti yang dikenal pasti dalam penyelidikan, adalah tempat kepada banyak MSP yang kebanyakannya "beroperasi hanya dalam negara mereka sendiri, walaupun beberapa pemain yang kuat berkembang di luar pasaran negara mereka". Untuk memilih MSP mengikut keperluan mereka, pelanggan harus memberi perhatian kepada kecekapan penyedia / pembekal, yang "boleh berbeza dengan ketara disebabkan latar belakang syarikat, strategi perniagaan dan kematangan mereka".

Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Operasi Perisian FPT Tran Dang Hoa, penggunaan awan telah menjadi satu langkah strategik bagi banyak syarikat di seluruh dunia, terutamanya yang berada di rantau APAC. "FPT Software telah membantu beberapa pelanggan-pelanggan kami didalam meneruskan initiatif mereka terhadap “cloud” teknologi.  Kami percaya pengiktirafan daripada Gartner ini seterusnya mengesahkan kedudukan kami sebagai rakan kongsi dan vendor yang dipercayai", tambahnya.
 
"Kami komited untuk membangunkan pasukan khas kami untuk meluaskan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pelanggan dan memudahkan perjalanan transformasi digital mereka, sama ada melalui memanfaatkan Cloud, RPA, Blockchain atau mana-mana teknologi digital termaju yang lain", ikrar Hoa.

FPT Software telah memperolehi beberapa pengiktirafan antarabangsa untuk kecekapannya dalam Cloud, Low-code, RPA dan banyak lagi. Syarikat itu menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan transformasi digital hujung ke hujung bertaraf dunia dan antara 50 syarikat digital teratas Asia menjelang 2023.
 
Penafian Gartner

Gartner, Panduan Pasaran untuk Perkhidmatan Terurus Awan Awam dan Profesional, Asia/Pasifik, DD Mishra, To Chee Eng, Kevin Ji, Wataru Katsurashima, Jaideep Thyagarajan, 31 Januari 2022.

Gartner adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar milik Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungannya di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan izin. Semua hak terpelihara Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penarafan paling tinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat oleh organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti bagi kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu.

Maklumat mengenai FPT Software

FPT Software adalah sebuah penyedia perkhidmatan teknologi dan IT global yang beribu pejabat di Vietnam, dengan mencatat hasil USD 632.5 juta dan mempunyai 22,500 orang pekerja di 26 buah negara. Sebagai sebuah perintis di dalam transformasi digital, syarikat itu menyampaikan perkhidmatan bertaraf dunia dalam kilang Pintar, platform Digital, RPA, AI, loT, Awan, AR/VR, BPO dan banyak lagi. Ia telah memberi perkhidmatan kepada lebih 700 pelanggan di seluruh dunia, seratus daripadanya adalah syarikat Fortune Global 500 di dalam industri Automotif, Perbankan dan Kewangan, Logistik & Pengangkutan, Utiliti dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.fpt-software.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15610

PEMENANG DIUMUMKAN DALAM ANUGERAH STEVIE® TAHUNAN KE-16 UNTUK JUALAN & KHIDMAT PELANGGAN

Kategori Baharu untuk 2022 Iktiraf Kepimpinan Pemikiran

FAIRFAX, Va., 2 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pemenang dalam Anugerah Stevie® tahunan ke-16 untuk Jualan & Perkhidmatan Pelanggan, yang diiktiraf sebagai anugerah perkhidmatan pelanggan dan anugerah jualan terbaik, diumumkan hari ini. Pemenang Anugerah Stevie akan diraikan ketika majlis anugerah maya pada 11 Mei.

Senarai lengkap Pemenang Stevie mengikut kategori boleh didapati di http://www.StevieAwards.com/Sales.

Lebih 2,300 pencalonan daripada organisasi di 51 buah negara telah dipertimbangkan dalam pertandingan tahun ini. Pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa ditentukan mengikut markah purata bagi lebih daripada 150 profesional dalam lapan jawatankuasa penghakiman khusus. Penyertaan telah dipertimbangkan dalam lebih daripada 90 kategori untuk perkhidmatan pelanggan dan pencapaian pusat hubungan, termasuk Pusat Hubungan Tahunan, Anugerah Inovasi dalam Perkhidmatan Pelanggan dan Jabatan Perkhidmatan Pelanggan Tahunan; lebih daripada 60 kategori untuk pencapaian jualan dan pembangunan perniagaan, daripada Eksekutif Jualan Kanan Tahunan kepada Latihan Jualan atau Eksekutif Pembangunan Perniagaan Tahunan kepada Jabatan Jualan Tahunan; dan kategori untuk mengiktiraf produk dan perkhidmatan baharu, penyedia penyelesaian, serta respons organisasi dan individu terhadap wabak COVID-19. Kategori baharu tahun ini menghargai kecemerlangan dalam kepimpinan pemikiran dalam perkhidmatan pelanggan dan jualan.

IBM Armonk, NY AS dan DP DHL, di seluruh dunia kedua-duanya memenangi 11 Anugerah Stevie Emas, paling banyak daripada mana-mana organisasi dalam pertandingan itu. Pemenang Stevie lain dengan tiga lagi Emas termasuk Sales Partnerships, Inc., Broomfield, CO AS (lapan), ValueSelling Associates, Carlsbad, CA AS (enam), HP, Inc. Boise, ID AS (empat), The Biz Dojo Inc, Calgary, Kanada (empat), UPMC Health Plan, Pittsburgh, PA AS (empat), Allianz Services Pvt Ltd, Kerala, India (tiga), Nutrisystem, Fort Washington, PA AS (tiga), TransPerfect, New York, NY AS (tiga), dan Voya Financial, Chandler, AZ AS (tiga).

Pemenang bagi dua Anugerah Stevie Emas termasuk Contact Lens King Inc., Champlain, NY AS; Datasite, Minneapolis, MN AS; Majlis Perbandaran Dubai, Dubai, Emiriah Arab Bersatu; Empolis Group, Kaiserslautern, Jerman; Future Generali India Insurance Company Ltd., Mumbai, India; Michael Kors, New York, NY AS; Microsoft Corporation, Redmond, WA AS; Majlis Perbandaran dan Jabatan Perancangan, Ajman, Emiriah Arab Bersatu; Optima Tax Relief, LLC, Santa Ana, CA AS; POWERHOME SOLAR, Mooresville, NC AS; PowerSchool Group LLC, Folsom, CA AS; Ruby, Portland, OR AS; SAP, Newtown Square, PA AS; Sber, Moscow, Rusia; SoftPro, Raleigh, NC AS; Spinnaker Support, Greenwood Village, CO AS; Support Services Group, Lewis Center, OH AS; Talkdesk, San Francisco, CA AS; Templeton & Partners, London, United Kingdom; VakifBank, Istanbul, Turki; dan VMware, Palo Alto, CA AS.

PEMENANG DIUMUMKAN DALAM ANUGERAH STEVIE® TAHUNAN KE-16 UNTUK JUALAN & KHIDMAT PELANGGAN

NETSFERE DAN RAKAN KONGSI HP UNTUK MENGHUBUNGKAN PERKHIDMATAN PEMESEJAN DAN KERJASAMA SELAMAT UNTUK PENYEDIA PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN

HP dan NetSfere bekerjasama untuk meneruskan pendigitalan komunikasi penjagaan kesihatan, memperkemas komunikasi kakitangan dan menghentikan penggunaan aplikasi pemesejan gred pengguna yang berisiko

CHICAGO, 1 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- NetSfere, penyedia global penyelesaian pemesejan dan mobiliti yang selamat dan patuh generasi akan datang, telah dinamakan sebagai Rakan kongsi Program Penjual Perisian Bebas (ISV) HP yang diberi kuasa untuk meneruskan pendigitalan komunikasi penjagaan kesihatan , menyelaraskan penjagaan pesakit dan aliran kerja, serta mengekang penggunaan aplikasi pemesejan gred pengguna yang berisiko dan tidak patuh.

"Terdapat keperluan kritikal untuk komunikasi yang selamat dan cekap dalam penjagaan kesihatan, oleh kerana pandemik tersebut telah menegangkan masa dan sumber hospital dan kakitangan perubatan," kata Harsh Mamgain, Naib Presiden Produk NetSfere. “Pekerjaan penting yang dilakukan oleh doktor memerlukan pilihan pemesejan yang selamat, kepatuhan dan fleksibel yang menghapuskan keperluan untuk beralih kepada aplikasi gred pengguna yang berisiko. Dengan bekerjasama dengan HP, NetSfere kini boleh menyampaikan penyelesaian kerjasama yang selamat dan patuh yang diperlukan oleh industri kepada portfolio pelanggan HP Healthcare sambil mereka mendigitalkan untuk memperkemaskan komunikasi dan terus menyediakan penjagaan yang menyelamatkan nyawa kepada pesakit."

Pandemik telah mempercepatkan keperluan alat komunikasi segera yang patuh bagi mengoptimumkan aliran kerja klinikal, menyelaraskan komunikasi kakitangan dan menjadikan maklumat penting mudah diakses oleh kakitangan yang diberi kuasa di seluruh industri penjagaan kesihatan. Menggantikan aplikasi gred pengguna yang menimbulkan risiko privasi dan pematuhan yang penting serta alat kelui terhad data, NetSfere Enterprise menawarkan platform pemesejan yang mematuhi HIPAA yang membolehkan kakitangan berkomunikasi dengan selamat dalam masa nyata melalui antara muka web mesra pengguna atau aplikasi pemesejan mudah alih.

Platform pemesejan selamat yang terkemuka di industri NetSfere menyediakan semua cara komunikasi pilihan - teks, video dan suara - di samping keupayaan amaran kecemasan bagi memberikan penyelesaian komunikasi yang paling holistik, patuh, semua dalam satu untuk penyedia penjagaan kesihatan di pasaran. Dicipta dengan penyulitan hujung ke hujung dan kawalan IT penuh, platform ini mematuhi peraturan global dan menyediakan perubatan profesional dengan perkhidmatan pemesejan berasaskan awan peribadi, sangat selamat dan boleh dipercayai, diurus dan dikawal secara berpusat.

Keupayaan tambahan NetSfere Lifeline membolehkan kakitangan menghantar mesej penting, keutamaan tinggi kepada pasukan sasar atau seluruh organisasi untuk menyebarkan maklumat kecemasan dengan cara yang menarik perhatian. Mesej boleh termasuk teks, imej atau lokasi, memastikan semua maklumat penting dikongsi dengan cepat dalam situasi kritikal.

"Penyelesaian HP Healthcare direka khusus untuk membantu memastikan keselamatan, meningkatkan kecekapan dan melindungi daripada risiko keselamatan, menjadikan platform mematuhi HIPAA NetSfere sesuai sebagai rakan kongsi ISV," kata Cory McElroy, Naib Presiden Runcit dan HP Solutions di HP. “Penjagaan kesihatan sedang berubah dengan pantas dan kerjasama dengan NetSfere ini akan mengisi jurang bagi pembekal apabila mereka melaksanakan teknologi lain pada HP Solutions.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang portfolio produk NetSfere, lawati www.netsfere.com.

Perihal NetSfere
NetSfere ialah perkhidmatan dan platform pemesejan perusahaan yang selamat daripada Infinite Convergence Solutions, Inc. menyediakan keupayaan keselamatan dan penghantaran mesej yang menerajui industri, termasuk ketersediaan perkhidmatan berasaskan awan global, penyulitan peranti ke peranti, ciri berasaskan lokasi dan kawalan pentadbiran. Perkhidmatan ini juga ditawarkan dengan kerjasama Deutsche Telekom GmbH, salah sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu yang terkemuka di dunia dan dengan NTT Ltd., sebuah pembekal perkhidmatan komunikasi maklumat global dan teknologi, untuk menawarkan NetSfere secara bersama kepada pelanggannya di seluruh dunia. Perkhidmatan ini memanfaatkan pengalaman Infinite Convergence dalam menyampaikan penyelesaian mobiliti kepada pengendali mudah alih peringkat 1 di seluruh dunia dan teknologi yang menyokong lebih daripada 500 juta pelanggan dan lebih satu trilion mesej setiap tahun. NetSfere juga mematuhi keperluan kawal selia global, termasuk GDPR, HIPAA, Sarbanes-Oxley, ISO 27001 dan lain-lain. Infinite Convergence Solutions mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Jerman, India dan Singapura. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.netsfere.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15616

MASKOT BAGI EKSPO PRODUK PENGGUNA ANTARABANGSA CHINA DIUMUMKAN

 


Table
 

Maskot bagi Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China 2022 digayakan mengikut ungka Hainan.


HAIKOU, China, 2 Mac, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pihak berkuasa di Wilayah Hainan di China Selatan pada Selasa mendedahkan maskot bagi Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China 2022, yang digayakan mengikut ungka Hainan.
 
Ungka Hainan adalah yang paling terancam daripada semua jenis ungka dan primat yang paling jarang ditemui di dunia. Mereka adalah endemik ke pulau Hainan di selatan China. Maskot itu mencerminkan pendekatan penggunaan hijau bagi ekspo itu, menurut Ruslan Tulenov, seorang pegawai media global di Biro Wilayah Hainan bagi Pembangunan Ekonomi Antarabangsa.

Maskot itu merangkumi tiga industri yang utama dan tersendiri di Hainan, iaitu industri benih, industri laut dalam dan industri aeroangkasa. Pereka telah menyerikan maskot itu dengan personaliti yang pelbagai, yang mengharapkan perusahaan dan pengguna global boleh berkongsi peluang dan menciptakan sebuah kehidupan yang lebih baik bersama melalui ekspo itu, kata Tulenov.

Bertemakan “Kongsi peluang terbuka, cipta bersama sebuah kehidupan yang lebih baik,” acara itu dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 16 April di Haikou, ibu kota bagi Hainan. Perancis akan menjadi negara tetamu kehormat pada tahun ini.

Kawasan pameran itu akan menjangkau lebih 100,000 meter persegi, 80 peratus daripadanya akan disediakan untuk pempamer luar negara yang menampilkan fesyen, barang kemas, makanan, perubatan dan perkhidmatan profesional yang lain.

Ekspo itu dijangka menjadi sebuah platform utama bagi fesyen pengguna global, dan jenama-jenama terkenal akan mengeluarkan produk terbaharu mereka semasa pameran itu.
 
Sumber: Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China
 
Pautan Lampiran Imej:

      Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=416179
 
   Kapsyen: Maskot bagi Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China 2022 digayakan mengikut ungka Hainan.

Tuesday, March 1, 2022

HUAWEI MEWUJUDKAN SEBUAH ASAS IT PINTAR UNTUK PENGENDALI

David Wang menyampaikan ucaptama (Foto: Business Wire)

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Semasa Forum Huawei Day 0 di MWC Barcelona 2022, Huawei telah mengeluarkan satu siri produk dan penyelesaian IT baharu sebagai sebahagian daripada sebuah “asas IT pintar” baharu untuk pengendali. David Wang, Pengarah Eksekutif bagi Lembaga dan Pengerusi bagi Lembaga Urusan Infrastruktur ICT di Huawei, menjelaskan dalam ucaptama beliau yang bertajuk “+IT, Pertumbuhan Baharu” bahawa asas IT yang boleh dipercayai dan cekap ini akan membantu pengendali menjadi pintar, meningkatkan hasil, mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan, dan akhirnya mencapai pertumbuhan baharu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220228005736/en/

Dengan perkembangan pesat bagi teknologi baru muncul seperti 5G, IoT, pengkomputeran awan dan kecerdasan, pengendali telah meletakkan transformasi digital mereka sendiri di bahagian atas agenda mereka supaya mereka kemudian boleh membantu industri B2B lain untuk menjadi digital. Transformasi jenis ini bagaimanapun memerlukan peningkatan infrastruktur IT, kerjasama berbilang awan dan kemenangan pasaran yang pantas untuk menjanakan lebih banyak momentum.

AQARA MEMPERKENALKAN KUNCI PINTU PINTAR A100 ZIGBEE DENGAN SOKONGAN KUNCI APPLE HOME

 




Aqara Memperkenalkan Kunci Pintu Pintar A100 Zigbee dengan Sokongan Kunci Apple Home (Foto: Business Wire) 



NEW YORK, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aqara, sebuah pembekal terkemuka bagi produk rumah pintar, mengumumkan pelancaran Kunci Pintu Pintar A100 Zigbee mereka. A100 Zigbee adalah sebuah kunci pintar gaya tanggam yang membolehkan pengesahan berbilang akses termasuk cap jari, kata laluan, aplikasi Aqara Home, Apple HomeKit/Siri, Google Assistant, NFC dan kunci mekanikal. Disepadukan dengan kedua-dua protokol Bluetooth 5.0 - untuk sambungan terus dengan peranti mudah alih dan hab rumah daripada Apple - dan protokol Zigbee 3.0, kunci itu menyokong membuka kunci* jarak jauh melalui aplikasi Aqara Home dan platform pihak ketiga yang lain, serta berhubungan dengan peranti* rumah pintar yang lain untuk mewujudkan pengalaman rumah yang benar-benar automatik. Aqara A100 Zigbee telah memasuki pasaran di Malaysia dan Singapura, dan ketersediaannya dijangka berkembang ke Rusia serta negara-negara terpilih di Asia Tenggara dan Timur Tengah pada bulan-bulan berikutnya.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220228005427/en/

Kunci A100 Zigbee itu direka bentuk dengan penyepaduan lancar bersama Apple HomeKit, dan menyokong ciri utama rumah Apple dalam Apple Wallet, yang telah diperkenalkan pada iOS 15. Pengguna hanya perlu mengetik iPhone atau Apple Watch mereka untuk membuka kunci A100 Zigbee. Kunci itu juga menyokong pembantu suara utama seperti Siri dan Google Assistant, supaya pengguna boleh menyemak dengan pembantu kegemaran mereka sama ada pintu itu dikunci atau meminta pembantu itu untuk membuka kunci pintu berkenaan.

A100 Zigbee itu menampilkan sebuah pengimbas cap jari 3D dengan pengesanan langsung, dan pengimbas itu diletakkan secara ergonomik pada pemegang supaya ibu jari pengguna secara semula jadi menyentuhnya apabila menekan pemegang untuk membuka pintu. Kata laluan tetap, sekali dan berkala (6-10 digit) adalah disokong, untuk membolehkan pengguna memberikan dan mengurus akses dengan mudah bagi ahli keluarga, tetamu dan pelawat biasa seperti pembawa anjing berjalan dan pengasuh yang boleh membuka kunci hanya pada tempoh masa yang telah ditetapkan. (contoh, 9:00 - 10:00 pagi setiap hari Isnin). Kata laluan sekali dan berkala boleh dibuat dan diurus dari jauh*, yang menjadikan kunci ini satu pilihan yang sesuai untuk rumah sewa.

Dengan menggunakan lapan bateri AA, kunci A100 Zigbee itu mempunyai hayat bateri yang panjang selama 18 bulan**. Satu amaran untuk menyatakan kuasa bateri rendah akan dipaparkan apabila kuasa bateri susut di bawah 20%, dan walaupun bateri itu kehabisan kuasa, pengguna boleh membuka kunci dengan menggunakan kunci mekanikal, atau dengan mengecas kunci itu dengan sebuah bank kuasa melalui port Jenis-C.

A100 Zigbee itu dilengkapi dengan ciri keselamatan yang kukuh untuk melindungi pengguna dan rumah mereka, termasuk:
  • Kunci secara automatik: pintu itu dikunci serta-merta selepas ia ditutup;
  • Kata laluan anti mengintai: pengguna boleh menambahkan digit rawak sebelum dan selepas kata laluan itu untuk melindunginya daripada mengintip dan serangan kesan kotor;
  • Tombol selak malam: tombol selak malam itu mengawal satu bolt yang berasingan, dan setelah terkunci ia boleh dibuka sama ada dari dalam atau dengan menggunakan pengesahan pentadbir dari luar;
  • Amaran mengusik: amaran ini akan dicetuskan jika bolt kunci mengesan tekanan luar biasa telah digunakan, atau jika panel hadapan dikeluarkan daripada pintu;
  • Amaran pintu dibiarkan terbuka: amaran ini akan dicetuskan jika pintu dibiarkan terbuka luas selama lebih daripada 10 saat, atau jika dibiarkan terbuka dan tidak ditutup sepenuhnya selama lebih 3 saat;
  • Makluman percubaan tidak normal: makluman ini akan dicetuskan selepas 5 percubaan pengesahan yang gagal dan pengesahan kunci akan dibekukan selama 3 minit;
  • Log membuka kunci: pengguna boleh menyemak status kunci dan log membuka kunci dari jarak jauh melalui aplikasi Aqara Home*.
 
Berikutan sokongan Zigbee 3.0, A100 Zigbee itu boleh berhubungan dengan aksesori rumah pintar yang lain bagi membolehkan pemandangan rumah dan automasi*. Dengan hanya menekan butang Jauh pada pad kekunci apabila meninggalkan rumah, pengguna boleh melengkapkan Sistem Makluman Aqara Home di mana kamera keselamatan dan penderia diaktifkan, serta lampu dan AC dimatikan. Automasi boleh dibuat, bagi memutarkan Hab Kamera G3 untuk menghala ke arah pintu dan untuk memaparkan satu pemberitahuan mudah alih apabila A100 Zigbee dibuka oleh kunci mekanikal, supaya pengguna akan dimaklumkan untuk memeriksa penstriman kamera bagi keselamatan yang dipertingkatkan. Dengan pelbagai aksesori Aqara, pengguna boleh mencipta pemandangan tersuai dan automasi yang sesuai dengan keperluan dan persekitaran rumah mereka.

Untuk butiran lanjut mengenai kunci A100 Zigbee, sila layari laman web kami.

* Sebuah Hab Aqara Zigbee 3.0 diperlukan.

** Berdasarkan kepada andaian membuka kunci 10 kali sehari.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220228005427/en/

Hubungi

Untuk Pertanyaan Media:
Michell Li
Telefon: 86-18501199430
E-mel: media@aqara.com

Sumber : Aqara