Wednesday, March 16, 2022

POLONIEX MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN YAYASAN FANTOM UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKOSISTEM MEREKA

Poloniex menjalin satu kerjasama strategik dengan Yayasan Fantom. (Grafik: Business Wire)


BANDAR RAYA PANAMA, 16 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Poloniex, sebuah pertukaran mata wang kripto global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjalin satu kerjasama strategik dengan Yayasan Fantom untuk menyokong pembangunan ekosistem mereka.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220311005035/en/ 

Poloniex akan mencurahkan lebih banyak sumber ke dalam projek-projek yang berkualiti yang dibina pada Fantom, yang termasuk menyediakan sokongan penyenaraian dan promosi, menganjurkan kempen eksklusif dan berkongsi pengetahuan teknikal.

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Fantom, dan berhasrat untuk membantu lebih banyak pembangun merealisasikan potensi mereka,” kata Shaun Scovil, Pengurus Besar Poloniex. “Poloniex komited untuk menyumbang kepada pembangunan industri itu. Kami berharap untuk berkembang bersama-sama dengan projek-projek yang mempunyai masa depan, serta memacukan inovasi dan aplikasi bagi teknologi blok rantai.”

Sejak pelancaran mereka, Fantom telah mendapat perhatian arus utama yang meluas di dalam industri itu dan menarik banyak pembangun dan projek disebabkan oleh kelajuan, keselamatan, kebolehpercayaan dan keserasian mereka yang tiada tandingan. Menurut laman web mereka, hampir 150 projek telah ditempatkan pada rantaian itu, menjadikan Fantom sebagai satu daripada platform yang paling aktif dan satu daripada lima ekosistem utama yang terbesar dari segi jumlah nilai terkunci.

POLONIEX MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN YAYASAN FANTOM UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKOSISTEM MEREKA

Tuesday, March 15, 2022

DEXCOM G7 MENERIMA TANDA CE - SISTEM PEMANTAUAN GLUKOSA BERTERUSAN GENERASI MENDATANG UNTUK MEREVOLUSIKAN PENGURUSAN DIABETES

Dengan Dexcom G7, bacaan glukosa masa nyata dihantar secara automatik ke sebuah peranti paparan yang serasi. (Foto: Business Wire)

· CGM masa nyata paling laris di dunia¹ kini lebih berkuasa dan lebih mudah untuk digunakan dengan sebuah aplikasi mudah alih yang kecil, peranti boleh pakai semua-dalam-satu dan direka bentuk semula sepenuhnya
· Sistem baharu mempunyai pemanasan sensor paling pantas di pasaran,* dengan tiada hujung jari† atau pengimbasan diperlukan
· Dexcom G7 dibina di atas prestasi yang dipercayai oleh Dexcom CGM, yang terbukti secara klinikal dapat menurunkan A1C, mengurangkan hiper dan hipoglisemia, serta meningkatkan masa dalam julat²,³

EDINBURGH, Scotland & SAN DIEGO, 15 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DexCom, Inc. (NASDAQ:DXCM), peneraju dunia di dalam pemantauan glukosa berterusan dalam masa nyata untuk penghidap diabetes, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Tanda CE (Conformité Européenne) untuk Sistem Pemantauan Glukosa Berterusan (CGM) Dexcom G7 bagi mereka yang mempunyai diabetes di Eropah berumur dua tahun dan ke atas, termasuk wanita hamil.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220309005998/en/

Dexcom G7 menawarkan satu cara yang lebih baik untuk membantu pengguna mendapatkan kawalan yang lebih besar terhadap diabetes mereka, supaya mereka boleh menguruskannya dengan lebih yakin setiap hari. Peranti boleh pakai yang berprofil rendah, semua-dalam-satu memanaskan dengan lebih pantas berbanding dengan  mana-mana CGM lain yang berada di pasaran,* dengan menghantar bacaan glukosa masa nyata secara automatik kepada sebuah peranti pintar atau penerima yang serasi‡, tanpa hujung jari diperlukan.† Dexcom G7 juga menawarkan satu suit makluman yang boleh disesuaikan yang boleh memberi amaran tentang tahap glukosa tinggi atau rendah dan membantu pengguna menghabiskan lebih banyak masa dalam julat.§,² Keupayaan pemantauan dan pelaporan jarak jauh yang terkemuka di dalam industri juga membolehkan pengguna untuk sentiasa berhubung dengan mereka yang tersayang dan pasukan penjagaan mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja.||

“Hari ini menandakan satu kejayaan yang luar biasa bagi syarikat kami dan untuk penghidap diabetes di Eropah,” kata Kevin Sayer, pengerusi, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dexcom. “Platform serba baharu ini menawarkan sebuah CGM yang sangat berkuasa yang mudah untuk digunakan, menyediakan kepada pengguna kami data glukosa yang berwawasan pada satu skrin yang membantu mereka menghabiskan lebih sedikit masa menguruskan diabetes dan lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang mereka suka. Dexcom G7 mengambil segala yang orang suka tentang G6 dan menjadikannya lebih baik.”

DEXCOM G7 MENERIMA TANDA CE - SISTEM PEMANTAUAN GLUKOSA BERTERUSAN GENERASI MENDATANG UNTUK MEREVOLUSIKAN PENGURUSAN DIABETES

EMGA MENJADI PENASIHAT BERKAITAN PEMEROLEHAN HUTANG BTG PACTUAL SEBANYAK USD200 JUTA DARIPADA JICA

LONDON, 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory Limited (EMGA), bank pelaburan khusus yang memberi tumpuan kepada pasaran baru muncul, hari ini mengumumkan satu lagi urus niaga pengumpulan modal Hutang Senior penting yang akan membolehkan BTG Pactual meneruskan pengembangan aktiviti pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Brazil.

Kemudahan hutang sebanyak USD200 juta tersebut diberikan oleh JICA dan urus niaga itu merupakan susulan daripada dua kemudahan pembiayaan daripada DFI sebelum ini yang masing-masing berjumlah USD140 juta dan USD300 juta yang EMGA turut menjadi penasihatnya.

Seorang jurucakap JICA berkata, “Hasil daripada sokongan EMGA, kami akan bekerjasama dengan Banco BTG Pactual S.A. bagi menangani jurang pembiayaan untuk perusahaan makro, kecil dan sederhana (PMKS) di Brazil. BTG Pactual merupakan antara yang pertama memperkenalkan platform digital yang menawarkan penyelesaian kewangan kepada perniagaan di seluruh negara tersebut. Dengan platform digitalnya yang telah tersedia bagi menyokong operasi pemberian pinjaman, Banco BTG Pactual S.A. boleh memperluaskan kredit dengan cekap ke Wilayah Timur Laut dan Utara yang hanya memiliki bilangan institusi kewangan yang terhad yang beroperasi secara aktif untuk memberi perkhidmatan kepada perniagaan pada masa ini.”

Sajeev Chakkalakal, Pengarah Urusan merangkap Ketua Perbankan Pelaburan EMGA berkata: "Ia merupakan sesuatu yang mengembirakan apabila dapat membantu pasukan BTG sekali lagi dengan menjadi penasihat berkaitan kemudahan tambahan ini yang bertujuan untuk membiayai portfolio pinjaman perusahaan kecil dan sederhana BTG di seluruh Brazil. JICA ialah rakan kongsi EMGA yang penting dan kedudukannya sebagai institusi kewangan pembangunan yang terkemuka turut menawarkan satu lagi sumber pembiayaan jangka panjang strategik yang baharu untuk BTG.”

Jeremy Dobson, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pembangunan Perniagaan EMGA menambah: “Pasukan kami gembira dapat bertindak sebagai penasihat sekali lagi kepada BTG dan tidak sabar untuk menyaksikan kejayaan mereka yang berterusan.”

BTG Pactual: BTG ialah bank pelaburan terbesar di Amerika Latin, bank yang ke-6 terbesar di Brazil dari segi ekuiti pemegang saham serta merupakan syarikat utama dalam menyediakan pinjaman dan jaminan kepada kumpulan pelanggan yang luas yang merangkumi PKS hingga syarikat-syarikat besar. BTG ialah perintis dalam mempromosikan kewangan iklim di Brazil dan memainkan peranan penting dalam menyalurkan sumber kepada projek yang memberi impak positif kepada komuniti. 

JICA: Japan International Cooperation Agency (Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun) merupakan sebuah agensi kerajaan yang menyampaikan sebahagian besar Bantuan Pembangunan Rasmi untuk kerajaan Jepun. Ia mempunyai piagam untuk membantu pertumbuhan ekonomi dan sosial di negara-negara membangun serta menggalakkan kerjasama antarabangsa.

Emerging Markets Global Advisory Limited (EMGA) yang memiliki pejabat di London dan New York, membantu institusi kewangan dan badan korporat yang mencari modal ekuiti atau hutang baharu. Pasukan berbilang negara EMGA menggabungkan pengalaman selama berdekad-dekad yang diperlukan untuk menyelesaikan urus niaga bagi pihak pelanggan mereka dalam pasaran baru muncul dan ekonomi sempadan dunia, termasuk Brazil yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan nasihat strategik sepanjang kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus mengembangkan capaian geografi dan penawaran perkhidmatannya, mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran sebagai salah sebuah bank pelaburan khusus yang terkemuka dalam industri yang memberi tumpuan kepada pasaran baru muncul. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15667

SOPHI.IO IALAH FINALIS ANUGERAH MEDIA GLOBAL INMA 2022 UNTUK AUTOMASI CETAKAN

TORONTO, 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sophi.io, Platform automasi dan pengoptimuman yang dikuasakan AI Globe dan Mail, diumumkan minggu ini sebagai finalis dalam Anugerah Media Global 2022 Persatuan Media Berita Antarabangsa (INMA) dalam kategori Inovasi Terbaik dalam Transformasi Bilik Berita. Melalui kerjasama dengan Naviga, platform ini mengautomasikan susun atur cetakan untuk Agderposten, akhbar harian serantau yang meliputi lebih 25,000 pembaca di seluruh Norway dan meningkatkan kecekapan cetakan sebanyak 66%.

"Sistem pembelajaran mesin automatik Sophi ialah transformasi terbesar kepada media cetak dalam beberapa dekad," kata Gordon Edall, Pengasas Bersama di Sophi.io. “Kami gembira kerana Agderposten memilih untuk bekerjasama dengan Naviga dan dengan kami. Komitmen mereka untuk meningkatkan kecekapan dan menerima teknologi yang unggul seperti Naviga Publisher yang diperkasakan oleh Sophi.io seharusnya memberikan inspirasi kepada seluruh industri media untuk menantikan masa depan dengan AI dan automasi yang membantu semua orang.”

Naviga Publisher dikuasakan oleh Sophi.io ialah sistem yang dikuasakan kecerdasan buatan yang mencontohi keputusan manusia untuk menghasilkan halaman akhbar yang kelihatan seperti dicipta dengan pemahaman tentang berita hari ini serta piawaian kewartawanan yang tinggi. Para penyunting hanya perlu mengutamakan artikel secara kasar dan menekan butang "Cetak Akhbar Saya" untuk menjana susun atur cetakan automatik, tanpa templat, dalam beberapa minit. Dengan menyerahkan tugas intensif buruh ini, bilik berita dapat memberikan tumpuan pada objektif sebenar mereka untuk mencari dan menceritakan kisah penting seterusnya.

"Sistem ini sangat menjimatkan masa untuk kewartawanan," kata Ketua Pengarang Agderposten, Katrine Lia. Manakala kakitangan di Agderposten selalunya tidak dapat membezakan antara halaman yang dihasilkan oleh Sophi dan yang dikendalikan oleh penyunting mereka.

Sophi dan Naviga, penyedia teknologi perisian besar untuk industri penerbitan global, telah bekerjasama dengan Agderposten lebih daripada setahun kini dan kejayaan di sana telah membuka jalan untuk membawa berpuluh-puluh tajuk baharu daripada beberapa syarikat penerbitan utama pada tahun ini. Sophi menyediakan teknologi AI dan ML termaju yang bersama-sama dengan Naviga Publisher, mengautomasikan sepenuhnya aliran kerja pengeluaran cetakan yang menyeluruh.

Agderposten merupakan pelanggan pertama yang menggunakan Publisher. Proses pengeluaran cetakannya kini berpusat, susun atur akhbarnya adalah sehingga 80% automatik, dan yang paling mengagumkan, Agderposten telah merealisasikan pengurangan 66% dalam masa dan sumber – mengurangkan kos menghasilkan akhbar bercetak dan membenarkan wartawan bekerja untuk mencipta kandungan digital dan bukannya mengendalikan InDesign.

CEO Agderposten, Øyvind Klausen berkata beliau menjangkakan penjimatan kos dan kecekapan akan terus meningkat apabila lebih banyak halaman Agderposten diautomasikan dan lebih banyak akhbarnya melaksanakan penyelesaian automasi cetakan.

Anugerah Media Global menerima 854 penyertaan daripada 252 jenama berita di 46 negara tahun ini. Para hakim terdiri daripada 50 pakar media dari 24 negara yang memfokuskan pada 20 kategori, termasuk jenama berita, platform media, langganan, pengiklanan, data dan pandangan, produk dan bilik berita. Pemenang tempat pertama akan diumumkan pada 9 Jun.

Perihal Naviga
Naviga (https://www.navigaglobal.com) ialah pembekal terkemuka bagi perisian dan perkhidmatan yang menjanakan industri yang kaya dengan media. Platform Penglibatan Kandungan mereka membantu syarikat mencipta, memperkaya, menyampaikan dan menghasilkan wang daripada kandungan untuk mengurus penglibatan secara menyeluruh. Penyelesaian mereka mudah digunakan, berskala dan tangkas. Dengan menggabungkan pengalaman mereka dalam media dengan dedikasi kepada digital, mereka telah membangunkan penyelesaian perisian yang membantu mana-mana perniagaan dipacu kandungan memenuhi permintaan maklumat masa depan. Dengan ibu pejabat di Bloomington, MN dan pejabat serantau di seluruh dunia, Naviga ialah rakan kongsi dipercayai yang melayani lebih 1,400 media berita, media hiburan, penyiaran, majalah, perkhidmatan kewangan dan pelanggan korporat di 45 negara.

Perihal Sophi.io 
Sophi.io (https://www.sophi.io) telah dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Sistem ini merupakan satu set penyelesaian automasi, pengoptimuman dan ramalan yang dikuasakan AI dan ML yang termasuk Automasi Tapak Sophi, Sophi untuk Paywalls dan Sophi untuk Data Pihak Pertama. Sophi juga menguasakan Naviga Publisher untuk susun atur automatik satu klik untuk cetakan dan penerbitan ePaper. Sophi direka bentuk untuk meningkatkan metrik yang paling penting untuk perniagaan anda, seperti pengekalan dan pemerolehan, keterlibatan, kekinian, kekerapan dan volum pelanggan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15673

Saturday, March 12, 2022

NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP MENGUMUMKAN PELUASAN PEMBUATAN MARINE DI ASIA

TEMECULA, Calif., 10 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group (“Kumpulan”), merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), dengan bangganya mengumumkan satu lagi peluasan keupayaan pembuatan mereka untuk pasaran Marine yang semakin berkembang. Dengan pengembangan ini, mereka telah menjadi salah satu pengeluar terbesar yang menyediakan pemasangan setempat di Busan, Korea dan Hangzhou, China. Peluasan ini mewakili komitmen dan sokongan mereka terhadap pertumbuhan industri pembinaan kapal di Asia.

Kemudahan mereka di Hangzhou China kini sedia lengkap untuk mengeluarkan dan menghantar skid marin dan menyediakan integrasi penuh serta pemasangan dalaman. Ini membolehkan kawalan kualiti yang lebih baik dan pengurangan kos untuk pelanggan mereka. Kemudahan baharu yang lebih besar di Korea menyediakan penyelesaian Marine bersistem penuh. Berikutan itu, kemudahan tersebut kini menyediakan penyetempatan penuh untuk reka bentuk, kejuruteraan dan pembuatan. 

PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FEDEX EXPRESS DONALD F. COLLERAN AKAN BERSARA PADA 31 DISEMBER, 2022




Richard W. Smith Dinamakan sebagai Pengganti


MEMPHIS, Tenn., 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FedEx Corp. (NYSE: FDX) hari ini mengumumkan bahawa Donald F. Colleran, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, FedEx Express, akan bersara berkuat kuasa 31 Dis, 2022, selepas sebuah kerjaya yang cemerlang selama hampir 40 tahun di FedEx. Richard W. Smith, presiden serantau bagi Amerika dan naib presiden eksekutif bagi sokongan global, akan menggantikan Colleran sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi FedEx Express.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220310005966/en/

Colleran telah berkhidmat dalam beberapa peranan kepimpinan utama di FedEx sejak beliau menyertai Flying Tigers di dalam pemerolehannya oleh FedEx pada 1989. Pada 1992, beliau berpindah ke Tokyo dan memulakan kerjaya global selama 12 tahun di dalam pengurusan jualan dan operasi antarabangsa yang membawa beliau dari Tokyo ke Hong Kong ke Toronto, di mana beliau berkhidmat sebagai presiden FedEx Express Kanada. Sebagai seorang daripada perintis bagi perniagaan antarabangsa kami, Colleran membantu meletakkan asas bagi pertumbuhan ketara di dalam sektor itu bagi portfolio FedEx. Beliau kemudian berkhidmat sebagai seorang naib presiden kanan bagi jualan antarabangsa sebelum dilantik sebagai naib presiden eksekutif dan ketua pegawai jualan untuk FedEx Corp. pada 2017. Beliau memegang jawatan sekarang sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FedEx Express pada 2019.

“Daripada melancarkan keupayaan baharu untuk pelanggan kami sehinggalah menerajui pasukan FedEx Express global kami semasa detik masa yang paling mencabar, termasuk pandemik COVID-19, Don telah memainkan peranan penting di dalam mencipta dan melaksanakan strategi pertumbuhan global kami yang luar biasa,” kata Raj Subramaniam, presiden dan Ketua Pegawai Operasi, FedEx Corp. “Sepanjang kerjaya beliau, beliau telah menunjukkan satu komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pelanggan dan ahli pasukan kami. Saya sangat menghormati Don dan perbezaan mendalam yang telah beliau lakukan semasa berkhidmat di FedEx, terutamanya sebagai seorang wira yang teguh bagi budaya kami yang terkenal di dunia. Selain hasil perniagaan beliau yang mengagumkan selama beberapa dekad, Don meninggalkan satu legasi bimbingan dan membina sebuah pasukan pemimpin yang luar biasa yang bersedia untuk membawa perniagaan Ekspres kepada peringkat seterusnya. Kami mengucapkan selamat bersara kepada beliau berikutan kerjaya beliau yang lama dan terbilang.”

Richard W. Smith akan menjadi bakal presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi FedEx Express pada 1 April, 2022, dan akan memikul tugas sepenuhnya pada 1 September, 2022. Colleran akan kekal di FedEx Express sebagai Penasihat Eksekutif Ketua Pegawai Eksekutif sehingga akhir Disember untuk membantu memastikan satu peralihan tanggungjawab yang lancar.

Smith menyertai FedEx pada 2005. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi FedEx Logistics, dan dalam satu siri jawatan kepimpinan dalam sains hayat, penjagaan kesihatan dan penyelesaian pelanggan, termasuk berkhidmat sebagai naib presiden bagi perkhidmatan perdagangan global dan pengarah urusan bagi sains hayat dan perkhidmatan khusus.

“Richard mempunyai pemahaman yang mendalam tentang perniagaan kami dan telah memainkan satu peranan penting di dalam banyak inisiatif kami yang paling penting, termasuk strategi kenderaan elektrik kami dan usaha pengedaran vaksin kami yang menyelamatkan nyawa untuk memerangi pandemik COVID-19,” kata Subramaniam. “Dengan pasukan pengurusan eksekutif yang cemerlang yang kami sediakan untuk melaksanakan strategi kami, termasuk pemimpin seperti Richard, saya yakin dengan masa depan FedEx.”

Maklumat mengenai FedEx Corp.

FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan kepada pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan satu portfolio pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan yang luas. Dengan pendapatan tahunan sebanyak $90 bilion, syarikat itu menawarkan penyelesaian  perniagaan bersepadu melalui syarikat-syarikat kendalian yang bersaing secara kolektif dan beroperasi secara kolaboratif dan berinovasi secara digital di bawah jenama FedEx yang dihormati. Disenaraikan secara konsisten di kalangan majikan yang paling dikagumi dan dipercayai di dunia, FedEx memberi inspirasi kepada lebih 600,000 anggota pasukan mereka untuk memberi tumpuan kepada keselamatan, standard etika dan profesional yang paling tinggi dan keperluan bagi pelanggan mereka dan komuniti. FedEx komited untuk menghubungkan orang ramai dan kemungkinan di seluruh dunia dengan penuh tanggungjawab dan sumber, dengan satu matlamat untuk mencapai operasi neutral karbon menjelang 2040. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://about.fedex.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15664

FOURKITES MEMPERKENALKAN INISIATIF SIFAR BERSIH YANG TEGUH PADA ACARA KELESTARIAN RANTAIAN BEKALAN GLOBAL TERBESAR DUNIA DI AMSTERDAM

Sebagai sebahagian daripada inisiatif global, FourKites mengumumkan Hab Kelestarian, yang menawarkan penjejakan pelepasan granular, penanda aras industri, analitik dan pemodelan senario untuk membantu pelanggan mencapai matlamat kelestarian

AMSTERDAM, 11 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 FourKites, penyedia platform kebolehlihatan rantaian bekalan secara masa nyata yang terkemuka dunia, hari ini mengumumkan inisiatif Sifar Bersih baharunya untuk membantu syarikat terkemuka dunia mencapai matlamat organisasi mereka bagi mengurangkan pelepasan rantaian bekalan. Sebagai sebahagian daripada pengumuman ini, FourKites memperkenalkan Hab Kelestarian, iaitu satu pakej alat analitik untuk menyediakan kebolehlihatan yang lebih baik bagi penggunaan sumber dan penghasilan sisa; Lembaga Penasihat Kelestarian baharu; dan penyelidikan asli yang berterusan dalam isu kelestarian.

Hab Kelestarian merupakan fasa terbaharu bagi fokus berterusan FourKites untuk membantu syarikat mengukur usaha kelestarian melalui teknologi dan kerjasama. Platform ini merangkumi alat dan keupayaan baharu yang membolehkan pelanggan untuk:
  • Memasukkan matlamat kelestarian mereka dan menjejak pelepasan yang disimpan dengan lebih tepat
  • Menanda aras kemajuan berbanding dengan purata industri berdasarkan matlamat organisasi dan data industri tanpa nama
  • Meneliti perincian pada peringkat beban tambahan untuk mengenal pasti peluang untuk pengoptimuman dengan lebih baik
  • Menjejaki kemajuan melalui papan pemuka ringkasan tunggal
  • Menggunakan analitik dan pemodelan senario untuk memaparkan pemahaman baharu bagi pengurangan pelepasan
Hab Kelestarian dibina berasaskan Papan Pemuka Kelestarian syarikat itu yang pertama dalam industri. Ia merupakan penyelesaian percuma yang membolehkan syarikat-syarikat mengenal pasti bahagian tertentu dalam rantaian bekalan mereka yang menyumbang kepada tahap pelepasan gas rumah hijau yang tinggi supaya strategi kelestarian yang lebih berkesan dapat dibangunkan.

Pengumuman itu bertepatan dengan Sidang Kemuncak Kelestarian Rantaian Bekalan Global FourKites 2022 (2022 Global Supplu Chain Sustainability Summit) yang menghimpunkan lebih 4,000 eksekutif rantaian bekalan dan pemimpin pemikiran kelestarian daripada organisasi termasuk Sony, DHL, Future Planet, Volvo Group dan lain-lain, untuk membincangkan cara bagi memacu kesan positif terhadap alam sekitar melalui transformasi rantaian bekalan. 

Menurut Gartner, “Kita tidak boleh mengukur agenda kelestarian tanpa teknologi. CSCO menjangkakan tumpuan terhadap pendigitalan akan meningkat. Sebanyak 72 peratus daripada mereka menyatakan bahawa perusahaan akan terus mendigitalkan dan menyepadukan teknologi baharu, yang bermakna rantaian bekalan perlu sentiasa disesuaikan.”* Bagi tujuan itu, FourKites terus memacu inovasi dalam industri dan memudah cara perbincangan dalam kalangan pihak berkepentingan utama di seluruh industri demi membantu syarikat mencapai matlamat kelestarian jangka panjang mereka.

“Kami mula menggunakan FourKites beberapa tahun lalu kerana kami tahu pentingnya untuk mempunyai kebolehlihatan ketika transit,” kata Paul Avampato, Ketua Logistik Antarabangsa bagi Penjagaan Pakaian dan Rumah di Henkel. “Kini kami menggunakan data itu untuk memacu kecekapan dalam rantaian bekalan kami dan membantu mencapai matlamat kelestarian kami.”

Hab Kelestarian ialah komponen terbaharu bagi strategi pelbagai aspek FourKites untuk membantu pelanggan mencapai matlamat kelestarian mereka. Program dan penyelesaian lain termasuklah:
  • Dynamic YardSM, sebuah kategori perisian baharu yang menghubungkan perisian pengurusan halaman tradisional dan terpisah dengan data rantaian bekalan masa nyata FourKites dan ramalan masa ketibaan untuk memberikan cerapan tentang pola kelewatan pemandu, kecekapan buruh dan pelbagai lagi untuk mengurangkan lengah dan memaklumkan strategi pengurangan karbon. Pada suku terakhir 2021, pelanggan yang menggunakan Dynamic Yard melepaskan kurang 20% karbon berbanding bukan pengguna Dynamic Yard melalui pengurangan masa melahu trak.
  • Pusat Kecemerlangan Kelestarian FourKites, sebuah majlis kepimpinan pemikiran yang dikhaskan untuk mempromosikan kelestarian di seluruh rantaian bekalan dari hujung ke hujung melalui strategi yang boleh diambil tindakan dan berasaskan data.
“Kelestarian ialah prinsip teras bagi falsafah kami di FourKites, dan kami sangat fokus pada usaha membolehkan pelanggan Fortune 1000 kami menyematkan kelestarian dalam setiap peringkat rantaian bekalan mereka,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FourKites, Mathew Elenjickal. “Saya amat berbangga dengan pasukan kami yang memacu agenda kelestarian untuk industri ini dan membantu pelanggan kami memberikan impak yang bermakna terhadap alam sekitar.”

*Gartner, “CSCO Response to Environmental Sustainability Trends for Supply Chain in 2022,” Sarah Watt, Laura Rainier, Heather Wheatley, Simon Bailey, Andrew Stevens, Kristin Moyer. Diterbitkan pada 24 Januari 2022.

Perihal FourKites
FourKites® ialah platform kebolehlihatan rantaian bekalan #1 di dunia, yang memperluas kebolehlihatan melangkaui pengangkutan ke lapangan, gudang, kedai dan seterusnya. FourKites menggabungkan data masa nyata dan pembelajaran mesin yang berkuasa untuk membantu syarikat mendigitalkan rantaian bekalan mereka dari hujung ke hujung dan menjejak lebih 2.5 juta penghantaran setiap hari merentasi jalan raya, rel, laut, udara, bungkusan serta kurier, dan menjangkau lebih 185 buah negara. Lebih 1,000 jenama paling terkenal di dunia — termasuk 9 daripada 10 CPG (barangan pengguna yang dibungkus) teratas dan 18 daripada 20 syarikat makanan dan minuman teratas — mempercayai FourKites untuk mengubah perniagaan mereka dan mencipta rantaian bekalan yang lebih tangkas, cekap dan lestari. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati https://www.fourkites.com/. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15659