Friday, July 8, 2022

EIG MENYELESAIKAN PENGAGIHAN BAGI SAHAM HARBOUR ENERGY PLC

EIG akan kekal sebagai pemegang saham terbesar Harbour

WASHINGTON, 8 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengagihkan saham Harbour Energy plc (HBR.L atau “Syarikat” itu) yang dipegang oleh Harbour North Sea Holdings Ltd. (“Harbour North Sea”) kepada pelabur dana EIG melalui satu siri pengagihan. Berikutan penggabungan Premier Oil plc dan Chrysaor Holdings Ltd., Harbour North Sea menerima 36.46% daripada Syarikat itu. EIG menguruskan pegangan di dalam Syarikat itu melalui sebuah dana pelaburan melalui beberapa syarikat pemegangan (“EIG Holding Structure”). Pengagihan saham itu melalui EIG Holding Structure akan menghasilkan di dalam pelbagai pemfailan kawal selia.

EIG ingin membuat penjelasan bahawa:

· Tidak ada saham Syarikat itu telah dijual sebagai sebahagian daripada pengagihan ini.
· Berikutan pengagihan ini, EIG akan kekal sebagai pemegang saham terbesar bagi Syarikat tu, dengan memegang kira-kira 16% daripada saham tertunggak mereka melalui instrumen terurus dan pemilikan proprietari.
· R. Blair Thomas dan Steven Farris akan masing-masing kekal sebagai Pengerusi dan Pengarah, bagi Syarikat itu.
· Pengagihan itu adalah satu peristiwa yang boleh cukai bagi pemegang saham tergabung EIG yang tertentu, oleh itu sebahagian daripada pemegang saham ini boleh menjual saham untuk menampung kewajipan cukai tersebut apabila dan ketika perlu.

EIG MENYELESAIKAN PENGAGIHAN BAGI SAHAM HARBOUR ENERGY PLC

WILDMOKA MENYOKONG MEDIACORP DI SINGAPURA DENGAN PLATFORM PENCIPTAAN KANDUNGAN BERASASKAN AWAN

 

Wildmoka dan rakan pelaksanaan Qvest, telah melengkapkan Mediacorp, rangkaian media nasional di Singapura, dengan sebuah peranti baharu berasaskan awan bagi pengetipan dan pengedaran masa nyata untu menyokong operasi penyiaran digital. (Grafik: Business Wire) 

SINGAPURA, 6 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wildmoka telah melengkapkan Mediacorp, rangkaian media nasional di Singapura, dengan sebuah peranti baharu berasaskan awan bagi pengetipan dan pengedaran masa nyata untuk menyokong operasi penyiaran digital. Perkhidmatan kandungan video baharu ini telah direalisasikan dengan rakan pelaksanaan Qvest, sebuah penyepadu ICT terkemuka dunia di dalam industri media yang dipacu oleh inovasi. 
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220705005730/en/ 

Aliran kerja baharu itu adalah berdasarkan kepada “Kilang Media Digital” Wildmoka dan membolehkan untuk mencipta dan mengedarkan kandungan seperti klip hampir langsung dan kekili sorotan merentasi platform web, mudah alih, OTT dan media sosial serta video berformat panjang di atas permintaan.Bersama dengan rakan pelaksanaan Qvest dan pasukan tempatan mereka di Singapura, pakar-pakar Wildmoka menambahkan alatan penyuntingan penyelesaian yang mudah digunakan untuk operasi penyiaran Mediacorp.

Mediacorp menyokong operasi penyiaran bagi prosiding parlimen Singapura, di mana sesi dengan ucapan dan perbahasan di antara ahli parlimen boleh berlangsung sehingga beberapa jam. Sesi itu dirakam dan diarkibkan secara keseluruhannya sebagai fail video yang besar. Penyuntingan bagi rakaman dalam pelbagai bahasa kini boleh dilakukan dengan lima trek audio. Oleh itu, Mediacorp merekodkan sidang parlimen dalam empat bahasa bagi negara-negara Asia Tenggara, iaitu bahasa Inggeris serta terjemahan masing-masing kepada bahasa Cina, Melayu dan Tamil. Bunyi suasana juga dirakam dengan satu daripada lima trek itu. Penyelesaian penciptaan kandungan berasaskan web baharu ini membolehkan video parlimen dirakam dan diterbitkan sepenuhnya serta klip media pendek dalam semua bahasa rasmi Singapura.

Maklumat mengenai Qvest

Qvest menasihati dan menyokong organisasi dan syarikat di seluruh dunia mengenai kesemua keperluan untuk pelaksanaan teknologi di dalam konteks transformasi digital dan adalah sebuah arkitek sistem terkemuka dunia, penyepadu ICT dan pembangun produk perisian di dalam industri media yang dipacu oleh inovasi. Rangkaian perkhidmatan bagi syarikat itu sejajar dengan peluang-peluang yang muncul daripada satu rantaian nilai media yang semakin digital seperti penyampaian kandungan berbilang platform, kecerdasan buatan, data & analitik, pengurusan berbilang awan dan infrastruktur IP. Pelanggan Qvest termasuk pelbagai rangkaian media terkenal, penyedia telekomunikasi, penyiar serta syarikat dan organisasi daripada sektor perindustrian dan awam. Sebagai tambahan kepada ibu pejabat mereka di Cologne dan Dubai, Qvest mengendalikan lokasi selanjutnya di Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Australia.

www.qvest.com 

Thursday, July 7, 2022

DATA BAYI JANGKA PANJANG MEMBERI JAMINAN TENTANG KAPASITASI BAHARU - KAEDAH PENYUBURAN PEMATANGAN IN VITRO (CAPA-IVM)

WILMINGTON, Delaware, 7 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kajian susulan baharu ke atas bayi yang berusia 2 tahun melaporkan tiada perbezaan dalam hasil perkembangan kanak-kanak yang dilahirkan selepas kapasitasi-pematangan in vitro (CAPA-IVM) berbanding mereka yang dilahirkan melalui persenyawaan in vitro (IVF) konvensional selepas berlakunya rangsangan ovari. Kajian ini direka untuk mengesan kelewatan perkembangan kanak-kanak dari segi komunikasi, motor kasar, motor halus, penyelesaian masalah dan tingkah laku peribadi-sosial. Ia merangkumi sejumlah 231 orang kanak-kanak yang dinilai pada usia 6 bulan, 12 bulan dan 24 bulan selepas kelahiran.


Hasil kajian ini dibentangkan oleh Prof. Dr. Tuong M Ho di Mesyuarat Tahunan kali ke-38 European Society of Human Reproduction and Embryology (ESHRE) pada 6 Julai 2022 di Milan (Itali) dan telah diterbitkan dalam Human Reproduction1, sebuah jurnal perubatan reproduktif yang terkemuka.

Prof. Dr. Lan Vuong dari hospital MyDuc, HCMC, Vietnam yang mengetuai kajian ini berkata: “Salah satu mesej utama daripada kajian ini ialah tidak terdapat sebarang kebimbangan yang ketara dari segi keselamatan CAPA-IVM terhadap perkembangan kanak-kanak.” Hasil keputusan semasa melengkapkan penemuan baru-baru ini yang mencadangkan bahawa CAPA-IVM tidak menunjukkan sebarang perubahan epigenetik atau kecacatan peneraan utama dalam oosit matang in-vitro2. Dr. Vuong percaya bahawa bukti yang terus dibangunkan tentang CAPA-IVM adalah penting agar para pakar perubatan dapat mempertimbangkan pendekatan alternatif untuk rawatan kesuburan yang ada pada masa ini.

Tentang CAPA-IVM

CAPA-IVM ialah suatu pendekatan baharu terhadap pematangan in-vitro oosit yang dipulihkan selepas ketiadaan atau kewujudan rangsangan ovari yang minimum, yang menggabungkan langkah kapasitasi dalam pematangan oosit in vitro serta meningkatkan kompetensi perkembangan oosit. CAPA-IVM ialah kaedah teknologi reproduktif bantuan yang mesra pesakit dan mungkin menjadi pilihan alternatif untuk rangsangan ovari konvensional dan IVF, dengan beban rawatan yang berkurangan pada pesakit. Hak seluruh dunia ke atas teknologi CAPA-IVM dimiliki oleh Lavima Fertility, Inc.

Rujukan

1. Vuong LN, Nguyen MHN, Nguyen NA, Ly TT, Tran VTT, Nguyen NT, Hoang HLT, Le XTH, Pham TD, Smitz JEJ, Mol BW, Norman RJ, Ho TM. Perkembangan kanak-kanak yang dilahirkan melalui kaedah IVM berbanding IVF: susulan 2 tahun selepas kajian rawak terkawal. Human Reproduction 2022, ms. 1–9, deac115,

2. Saenz-de-Juano MD, Ivanova E, Romero S, Lolicato F, Sánchez F, Van Ranst H, Krueger F, Segonds-Pichon A, De Vos M, Andrews S, Smitz J, Kelsey G, Anckaert E. Metilasi DNA dan ekspresi mRNA peneraan gen dalam blastosista yang diperoleh daripada kaedah pematangan in vitro yang dipertingkat untuk oosit daripada folikel antral kecil pada pesakit sindrom ovari polisistik. Human Reproduction 2019 29 Sep;34(9):1640-1649.

Hubungan

andre.rosenthal@lavimafertility.com


SUMBER : Lavima Fertility Inc.

Tuesday, July 5, 2022

SINOVAC BERGANDING BAHU DENGAN PASUKAN PENYELIDIKAN HKU-CTC DAN HOSPITAL GLENEAGLES HONG KONG UNTUK MEMULAKAN SATU PERCUBAAN KLINIKAL BAGI SATU VAKSIN YANG TIDAK DIAKTIFKAN KHUSUS OMICRON UNTUK KEGUNAAN PENGGALAK DI HONG KONG, CHINA

[Dari kanan ke kiri] Profesor Ivan Hung Fan-ngai, Ru Chien & Helen Lieh Profesor dalam Pedagogi Sains Kesihatan, Profesor Klinikal dan Ketua bagi Penyakit Berjangkit, Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Perubatan Klinikal, Penolong Dekan (Kemasukan), LKS Fakulti Perubatan bagi Universiti Hong Kong; Dr Kenneth Tsang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hospital Gleneagles Hong Kong; Cik Cheryl Law, Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Asia Pasifik bagi SINOVAC; Encik Henry Yau, Pengarah Urusan bagi Pusat Percubaan Klinikal Universiti Hong Kong. (Foto: Business Wire)

HONG KONG, 5 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu majlis pelancaran telah diadakan di Hospital Gleneagles Hong Kong (Gleneagles atau GHK) untuk memulakan satu percubaan klinikal bagi menilai keselamatan dan imunogenisiti bagi vaksin yang tidak diaktifkan COVID-19 khusus Omicron keluaran SINOVAC yang digunakan sebagai satu suntikan penggalak pada orang dewasa yang sihat, dengan menjangkakan untuk menyediakan bukti saintifik bagi strategi imunisasi masa hadapan. Kajian ini diketuai oleh satu pasukan penyelidikan perubatan dari Pusat Percubaan Klinikal Universiti Hong Kong (HKU-CTC) dengan kerjasama Gleneagles.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220704005146/en/

Dalam kajian ini, seramai 300 sukarelawan dewasa yang sihat berumur 18 tahun ke atas yang telah divaksin dengan dua atau tiga dos vaksin COVID-19 yang tidak diaktifkan atau mRNA akan diambil.

“Seperti yang kita ketahui, vaksinasi adalah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menangani penyakit berjangkit. Pada masa ini, Omicron terus melanda seluruh dunia. Saya berharap percubaan klinikal itu dapat mengukuhkan dan menggalakkan secara efektif penyelidikan vaksin dan pentadbiran vaksinasi secara berkesan,” Profesor Ivan Hung Fan-ngai, Ru Chien & Helen Lieh Profesor dalam Pedagogi Sains Kesihatan, Profesor Klinikal dan Ketua bagi Penyakit Berjangkit, dan Penolong Dekan di Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Perubatan Klinikal, Penolong Dekan (Kemasukan), LKS Fakulti Perubatan, Universiti Hong Kong (HKUMed), menyatakan dalam majlis itu.

Friday, July 1, 2022

BOSAGORA MELANCARKAN BIZNET MEREKA UNTUK MEMBINA RANGKAIAN PERNIAGAAN




SEOUL, Korea Selatan, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Yayasan BOSAGORA (Presiden: Kim In-hwan) mengumumkan pada 29 Jun bahawa ia telah melancarkan BizNet mereka yang unik untuk membina dan mengembangkan ekosistem perniagaan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220629005377/en/

Pengumuman bagi pelancaran BizNet itu telah disiarkan secara langsung di YouTube untuk memastikan komunikasi percuma dengan pengguna mereka.

Rangkaian blok rantai itu bagi BOSAGORA, projek penawaran syiling permulaan (ICO) yang pertama di Korea Selatan, bertujuan untuk merealisasikan organisasi autonomi terpencar dengan melaksanakan belanjawan bersama yang terkumpul melalui penyertaan aktif di dalam projek itu oleh pengendali nod melalui aktiviti parlimen dan penjanaan blok.

Yayasan itu membangunkan BizNet untuk menyediakan satu rangkaian blok rantai yang menyokong pembangun untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan mudah dengan kontrak pintar, yang penting untuk menyampaikan token tidak sepiawai (NFT) dan DeFi.

Dan enjin konsensus bagi BizNet direka untuk menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk keserasian dengan rangkaian Ethereum, mengurangkan masa kependaman yang diperlukan untuk memuktamadkan blok, kitaran penjanaan blok yang sama dengan rangkaian Ethereum, dan mengelakkan inflasi.
 
Selain itu, keserasiannya dengan rangkaian Ethereum, yang mempunyai ekosistem perniagaan yang terbesar, dijangka akan menyumbang kepada pengembangan ekosistem perniagaan BOSAGORA kerana ia membolehkan kerjasama dan gabungan dengan pelbagai perkhidmatan global yang berasaskan Ethereum.

BizNet menerbitkan Biz-BOA, token natif proprietari mereka. Pengguna boleh menukar mata atau token yang terkumpul dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam BizNet kepada Biz-BOA melalui fungsi pertukaran BizNet. Fungsi pertukaran itu membolehkan pengguna untuk secara serasi menggunakan pelbagai perkhidmatan yang menyertai BizNet.

Dan, melalui fungsi penghubung yang akan disediakan secara berturut-turut oleh BizNet, token itu boleh ditukar dengan syiling BOA yang berasaskan ERC20 yang disenaraikan di bursa itu.

Berdasarkan kepada BizNet, Yayasan itu merancang untuk melancarkan perkhidmatan S2E (Perkhidmatan untuk Mendapatkan) secara berurutan termasuk DeFi, P2E (Bermain untuk Mendapatkan), dan M2E (Bergerak untuk Mendapatkan), serta NFT.

“Dengan pelancaran BizNet, nilai bagi syiling BOA dijangka meningkat kerana ia akan mewujudkan ekosistem rangkaian yang lebih cekap dan lebih kaya,” kata Kim In-hwan, Presiden bagi Yayasan BOSAGORA. “Melalui BizNet, kami akan berusaha untuk mendekati visi BOSAGORA iaitu ‘Menjadikan Dunia yang Lebih Baik’.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16045

QUORUM SOFTWARE MENGUMUMKAN PERANCANGAN GENERASI HADAPAN DAN PERKONGSIAN EKONOMI DENGAN SCHLUMBERGER

Ruang Perancangan Quorum Disepadukan dengan Penyelesaian FDPlan Schlumberger

HOUSTON, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quorum Software  (Quorum), sebuah peneraju perisian global yang berdedikasi kepada industri tenaga, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian dengan Schlumberger untuk mengintegrasikan bersama Ruang Perancangan Quorum yang merupakan industri terkemuka, satu perancangan perniagaan dan penawaran ekonomi petroleum, dengan penyelesaian perancangan pembangunan medan FDPlan, yang didayakan oleh persekitaran E&P kognitif DELFI. Penyelesaian bersepadu itu akan ditawarkan secara terus oleh Schlumberger dengan Ruang Perancangan sebagai enjin ekonomi petroleum mereka.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Quorum akan juga memperoleh perisian perancangan, risiko dan rizab Merak daripada Schlumberger.

“Quorum dan Schlumberger telah menjalin perhubungan yang lama dengan pelanggan dan rakan kongsi kami selama beberapa dekad ketika memberikan perkhidmatan di dalam industri tenaga,” kata Gene Austin, Ketua Pegawai Eksekutif di Quorum. “Menyatukan penyelesaian perancangan dan ekonomi pasaran terkemuka kami memberikan pelanggan di seluruh dunia dengan akses kepada teknologi yang paling lengkap di dalam industri itu, dengan disokong oleh pasukan pakar-pakar tenaga kami.”

“Perkongsian di antara Quorum dan Schlumberger akan membolehkan pelanggan kami untuk menyepadukan data merentas domain dan aliran kerja dengan lancar, untuk mempercepatkan langkah membuat keputusan merentasi perancangan, operasi dan bilik lembaga,” kata Trygve Randen, Pengarah Penyelesaian Bawah Permukaan Digital di Schlumberger. “Dengan menyepadukan persekitaran DELFI dan aliran kerja domain dengan penyelesaian perancangan perniagaan Quorum, kami mendayakan sebuah industri terlebih dahulu—satu pengalaman yang benar-benar bersepadu yang menghubungkan kesemua fungsi di dalam organisasi itu.”

Dengan perjanjian itu berkuat kuasa serta-merta, Quorum dan Schlumberger telah pun terlibat secara aktif dengan beberapa syarikat tenaga utama untuk meningkatkan prestasi dan keuntungan mereka melalui perancangan perniagaan yang dipertingkatkan merentasi organisasi mereka.

Maklumat mengenai Quorum Software
Quorum Software adalah sebuah penyedia perisian industri tenaga terkemuka di seluruh dunia, dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 1,800 pelanggan merentasi keseluruhan rantaian nilai tenaga di 55 buah negara. Penyelesaian Quorum menjanakan pertumbuhan dan keuntungan bagi perniagaan tenaga dengan menghubungkan orang, aliran kerja dan sistem dengan data tersedia untuk membuat keputusan. Dua puluh tahun yang lalu, kami menyampaikan perisian pertama industri itu bagi akauntan loji gas, dan pada hari ini penyelesaian kami menyelaraskan operasi perniagaan dengan standard dan penyepaduan data hadapan industri. Industri tenaga global menaruh kepercayaan terhadap pakar dan aplikasi Quorum untuk mengemudikan dengan jayanya peralihan tenaga dan pada masa yang sama menyampaikan nilai hari ini dan pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari quorumsoftware.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16047

PELUANG AKHIR MENANG RM1,000,000 KEMPEN SURIA BANK MUAMALAT

 Kempen berakhir pada 31 Julai 2022


 
PULAU PINANG, 1 Julai (Bernama) -- Pelabur Akaun Pelaburan Mudarabah Tidak Terhad (SURIA) Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) masih mempunyai peluang terakhir bergelar jutawan bagi meraih hadiah wang tunai bernilai RM1,000,000.00 menjelang 31 Julai, 2022. Kempen SURIA yang dilancarkan tahun lalu itu berlangsung untuk tempoh setahun bermula 1 Ogos 2021, dan akan berakhir pada 31 Julai 2022. Sejumlah lebih RM2.8 juta nilai hadiah ditawarkan sepanjang kempen SURIA berlangsung.
 
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin,  kempen SURIA selaras dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat melabur dalam kalangan masyarakat untuk mencipta sumber pendapatan pasif, selain melindungi diri mereka sekiranya berlaku sebarang kecemasan kewangan. Ia juga membolehkan pelabur menikmati ganjaran menarik bagi memenuhi keperluan mereka.
 
“Akaun SURIA menggalakkan pelanggan bank untuk melabur dan pada masa yang sama membolehkan mereka memenangi pelbagai hadiah menarik. Ini adalah cara kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan baharu dan setia kami sebagai penghargaan kepada mereka,” tambah Khairul.
 
Dalam tempoh 11 bulan lalu, seramai 1,092 pemenang telah diumumkan. Ini meragkumi kategori Emas, iaitu hadiah suku tahunan berupa tiga buah kereta premium popular (Honda CR-V, Honda Civic dan Proton X50); hadiah wang tunai juga ditawarkan untuk Cabutan Bulanan peringkat kebangsaan (Kategori Klasik) dan cawangan (Kategori Ekstra) serta kategori Khas Pesara. Kategori akhir adalah e-Cabutan untuk mereka yang melabur dalam SURIA melalui Perbankan Internet i-Muamalat dan Platform Aplikasi Muamalat (MAP).
 
Untuk bulan terakhir Kempen SURIA, Bank Muamalat menawarkan 101 hadiah menarik khusus untuk bulan Julai. Antaranya Hadiah Utama kategori Platinum iaitu tunai RM1,000,000, hadiah suku tahunan sebuah kereta Audi Q2 2021 bagi kategori Emas, hadiah wang tunai RM10,000 & RM5,000 masing-masing seorang pemenang bagi kategori Klasik dan wang tunai RM1,000 kepada 67 pemenang peringkat cawangan bagi kategori Ekstra.
 
Dalam pada itu, seramai 25 orang pesara juga bakal diumumkan sebagai pemenang untuk hadiah wang tunai berjumlah RM500 bagi kategori Khas di peringkat wilayah. Akhir sekali adalah hadiah berupa sebuah iPad untuk seorang pemenang bagi setiap lima wilayah.
 
Akaun SURIA terbuka kepada semua pelanggan baharu SURIA berumur 18 tahun ke atas, dan pelanggan sedia ada yang menukar akaun simpanan mereka kepada akaun SURIA. Selain menikmati ciri yang sama seperti Akaun Simpanan, pemegang akaun pelaburan SURIA juga layak secara automatik untuk penyertaan cabutan berganda dengan mengekalkan pelaburan minimum RM100 dalam akaun SURIA sepanjang tempoh kempen. Pelanggan sedia ada dan baharu boleh membuat pelaburan akaun SURIA menerusi kaunter cawangan Bank Muamalat, mesin juruwang automatik (ATM) dan Perbankan Internet i-Muamalat.
 
Majlis penyerahan hadiah Kempen SURIA bagi kategori Emas diadakan di cawangan Bank Muamalat Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini. Bank Muamalat turut meraikan pemenang Cabutan Suku Tahunan kedua (bulan Januari 2022), Puan Yogeshwari Vinayagam, seorang guru dari Pulau Pinang yang memenangi hadiah sebuah kereta Honda CR-V. Hadiah disampaikan oleh Ketua Deposit Runcit Bank Muamalat, Asri Musadad Zulkifli. Pada majlis yang sama, senarai pemenang Kempen SURIA bagi bulan April 2022, turut diumumkan.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai akaun SURIA, sila layari  www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500.  


SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)