Tuesday, July 19, 2022

LEDDARTECH LANTIK DAVID TORRALBO, PEGUAM KORPORAT BERPENGALAMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI UNDANG-UNDANG

QUEBEC, 19 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam menyediakan teknologi penderiaan ADAS dan AD yang paling fleksibel, teguh dan tepat, berbesar hati mengumumkan pelantikan Encik David Torralbo sebagai Ketua Pegawai Undang-undang pada 20 Jun 2022.

David mempunyai lebih 20 tahun pengalaman mengkhusus dalam undang-undang korporat dan sekuriti, M&A awam dan swasta, tadbir urus korporat, litigasi dan pengurusan risiko. Terbaru, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Undang-undang di Nouveau Monde Graphite (NYSE: NMG dan TSXV: NOU) dan sebelum itu sebagai Ketua Pegawai Undang-undang bagi Atrium Innovations dari 2011-2019. Sebelum Atrium, David ialah rakan kongsi dalam kumpulan korporat di Davies, Ward, Phillips & Vineberg. Terdahulu dalam kerjayanya, David merupakan rakan sekutu di pejabat Clifford Chance di London, UK dan ahli pasukan hutang dan pasaran modalnya.

David memperoleh Sarjana Muda Undang-Undang Sivil (LL.L.) dan undang-undang biasa (LL.B.) di Universiti Ottawa dan mempunyai Sarjana Muda Perdagangan (B.Com) dari Universiti McGill. Beliau adalah ahli Badan Peguam Quebec dan memegang sijil bukan amalan daripada Persatuan Undang-Undang England & Wales.

"Sukacita mengalu-alukan David Torralbo sebagai Ketua Pegawai Undang-Undang kami," kata Charles Boulanger, Ketua Pegawai Eksekutif LeddarTech. "Kepakaran David dalam penggabungan dan pengambilalihan serta pengalaman luas dan semangat beliau untuk mengamalkan undang-undang dalam sektor swasta dan awam menjadikan beliau tambahan yang sangat baik kepada pasukan eksekutif kami," En. Boulanger meneruskan. "LeddarTech telah, dalam masa dua tahun lalu, membuat pengambilalihan penting yang membolehkan syarikat mempercepatkan rancangan hala tuju teknologi kami, terutamanya dalam gabungan sensor dan persepsi. Ini ialah objektif strategik dan latar belakang David sangat melengkapkan dedikasi pasukan eksekutif kami untuk melaksanakan pelan strategik dan komitmen kami terhadap perkhidmatan pelanggan yang luar biasa dengan penyelesaian penderiaan yang benar-benar unik yang membolehkan teknologi ADAS dan AD," Encik Boulanger menyimpulkan.

LEDDARTECH LANTIK DAVID TORRALBO, PEGUAM KORPORAT BERPENGALAMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI UNDANG-UNDANG

HANNAH STOCKING MENYERTAI BARISAN PELAKON 'SKILL HOUSE', TERBITAN RYAN KAVANAUGH, BERSAMA BRYCE HALL, 50 CENT, NEAL MCDONOUGH, PAIGE VANZANT DAN RAMAI LAGI

 Projek ini menyerlahkan siri pertama dalam francais filem seram tahap unggul kategori R


LOS ANGELES, 18 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Proxima Media, milik Ryan Kavanaugh, mengumumkan bahawa tokoh Internet dan pelakon, Hannah Stocking, telah menyertai barisan pelakon SKILL HOUSE, sebuah filem seram yang bakal ditayangkan. Filem itu dibintangi Bryce Hall, ahli media sosial luar biasa dan bintang TikTok, dan menampilkan Paige VanZant, veteran UFC, bintang BKFC dan AEW, serta 50 Cent, tokoh hip-hop global, yang juga berkhidmat sebagai penerbit melalui syarikat G-Unit Film & Television beliau, di samping Neal McDonough yang baru-baru ini memainkan peranan utama dalam filem Yellowstone, The Arrow, The Flash, Residential Evil, Van Helsing dan banyak lagi.

Siri pertama dalam francais filem seram tahap unggul kategori R, SKILL HOUSE merupakan ambilan ala filem “saw” yang menyerlahkan fenomena kemasyhuran dan budaya media sosial, SKILL HOUSE menawarkan penggambaran yang tegar mengenai “pengaruh” dan meneroka fenomena baharu bagi “pempengaruh”, kemasyhuran mereka dan perkara yang sanggup dilakukan oleh mereka untuk mencapainya. Filem yang bertempat di Los Angeles ini, yang terutamanya dibuat di "Sway House" yang asal, mengamati dunia media sosial dan menguji batasan apabila "klik" dan "pengaruh" benar-benar menjadi soal hidup atau mati, dengan Steve Johnson, pemenang anugerah Emmy pakar kesan khas (GHOSTBUSTERS, BICENTENNIAL MAN, SPIDER-MAN 2) yang mempamerkan beberapa adegan berdarah dan keganasan paling realistik yang pernah ditonton oleh peminat.

Hannah Stocking adalah seorang pencipta, tokoh Internet, pelakon dan juruacara berbilang bakat yang kemasyhurannya dalam dunia hiburan digital, dan peralihannya ke dunia media tradisional selepas itu, telah dipelopori oleh jenis komedi unik beliau, iaitu jenis komedi yang sering ditokok tambah dengan gabungan kelucuan dan kandungan sains, dan kini mempunyai lebih daripada 50 juta orang pengikut di semua platform beliau. Hasil kejayaan Stocking merangkumi filem terkemuka Tyler Perry, BOO 2! A MADEA HALLOWEEN dan SATANIC PANIC. Beliau juga telah berlakon dalam satu episod Stories From Our Future, siri cerita pendek yang diterbitkan secara usaha sama dengan Black Mirror Netflix, bahkan telah muncul dalam video muzik termasuk Hard 2 Face Reality oleh Poo Bear yang menampilkan Justin Bieber, dan Electronica serta Find Me oleh Marshmello.

“Filem ini merupakan yang pertama daripada genre seram baharu, begitu juga tokoh media sosial seperti Bryce dan Hannah merupakan genre selebriti baharu. Kami melanggar batas kreatif dan batas kerjaya di sini,” kata Josh Stolberg, pengarah. “Hannah mempunyai bakat yang dinamik dan melambangkan semua aspek projek ini - kemasyhuran Internet dan perkembangan industri hiburan. Kami amat teruja kerana beliau menyertai barisan pelakon kami.”

Projek ini dibiayai dan dikawal oleh Proxima Media, dimiliki dan dikendalikan oleh Ryan Kavanaugh, seorang penerbit terkemuka dan calon penerima anugerah Emmy, Grammy, Oscar dan Tony. Ia ditulis dan diarahkan oleh tokoh filem seram, Josh Stolberg, pengarang bersama filem seram seperti SPIRAL: FROM THE BOOK OF SAW (dibintangi Chris Rock dan Samuel L Jackson), JIGSAW, PIRANHA 3D, SORORITY ROW, serta filem SAW seterusnya (bertajuk SAW X buat sementara waktu). Melalui syarikat beliau, G-Unit Film & Television, Jackson juga akan menjadi penerbit bersama dengan Kavanaugh, Alex Baskin, serta Amy Kim dan Jaime Burke daripada Lifeboat Productions. Daniel Herther yang menyelia penerbitan dan pembangunan kreatif di Proxima, akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Jason Barhydt dan Bobby Sarnevesht.

Barisan pelakon tambahan merangkumi Leah Pipes (SORORITY ROW, The Originals), McCarrie McCausland (Army Wives, The Originals), Ivan Leung (THE TENDER BAR, All American, Grey's Anatomy), John DeLuca (Spree, American Horror Story) dan Caitlin Carmichael (MIDNIGHT IN THE SWITCHGRASS, EPIPHANY).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai SKILL HOUSE, sila ikuti Instagram (@skillhousemovie), Twitter (@skillhousemovie) dan TikTok (@skillhousemovie).

Perihal Hannah Stocking
Hannah Stocking adalah seorang pencipta, pelakon dan juruacara berbilang bakat yang kemasyhurannya dalam dunia hiburan digital, dan peralihannya ke dunia media tradisional selepas itu, telah dipelopori oleh jenis komedi unik beliau, iaitu jenis komedi yang sering ditokok tambah dengan gabungan kelucuan dan kandungan sains. Seorang pempengaruh media sosial yang hebat, beliau mempunyai lebih daripada 50 juta orang pengikut yang tergabung pada semua platform beliau, termasuk 7.8 juta orang pelanggan pada YouTube. Saluran YouTube beliau, yang mengumpulkan sejuta orang pelanggan dalam tempoh kurang daripada lima bulan, telah mengumpulkan 2.1 bilion tontonan sepanjang hayat dengan pelbagai kandungan. Beliau juga telah mengumpulkan lebih daripada 26 juta orang pengikut pada TikTok dan 22 juta orang pengikut pada Instagram.

Stocking sering memanfaatkan latar belakangnya sebagai penuntut mata pelajaran utama dalam ilmu kimia dan biologi untuk memasukkan unsur tambahan dalam kandungannya. Stocking telah menggunakan gaya istimewa ini apabila membangunkan beberapa siri asal berasaskan sains. Terutamanya, beliau telah bekerjasama dengan ATTN: untuk mencipta suatu siri video bermaklumat yang mengemukakan konsep sehari-hari, seperti diet kilat dan otak remaja, dengan cara yang boleh dicapai dengan mudah dan menghiburkan.

Bakat dan karisma beliau terserlah dalam medium tradisional sama seperti dalam talian. Beliau telah menyertai E! News sebagai wartawan jemputan bagi liputan acara anugerah Grammy tahun 2017. Beliau muncul buat pertama kalinya dalam industri pawagam dalam filem terkemuka Tyler Perry, BOO 2! A MADEA HALLOWEEN dan disusuli dengan peranan dalam SATANIC PANIC, sebuah filem yang diarahkan oleh Chelsea Stardust pada tahun 2019. Beliau juga telah berlakon dalam satu episod Stories From Our Future, siri cerita pendek yang diterbitkan secara usaha sama dengan Black Mirror Netflix.

Kerjaya beliau telah membawa kepada rencana penting dalam PAPER Magazine, GQ Thailand, Modeliste Magazine dan terbitan lain hasil daripada kebolehannya untuk melahirkan pendiriannya melalui kecantikan dan fesyen sebagai seorang pencipta digital dan penghibur. Beliau telah dikurniai Anugerah Perintis Hari Keusahawanan Wanita, pencipta digital pertama yang menerima penghormatan ini.

Stocking mendapat khidmat pengurusan John Shahidi dan Sam Shahidi daripada Shots Studios.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16102

Monday, July 18, 2022

PUSINGAN PERINGKAT NEGERI NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2022 KINI BERMULA

 KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pusingan Peringkat Negeri bagi National Science Challenge (NSC) 2022 kini bermula dengan 80 pasukan daripada 3895 pasukan berdaftar seluruh negara akan bersaing bagi mendapatkan 20 tempat terbaik untuk ke peringkat separuh akhir pada 27 Ogos 2022. Seterusnya 5 pasukan terbaik akan mara ke peringkat akhir dijadual berlangsung pada penghujung tahun 2022. 

Memulakan pusingan Peringkat Negeri, Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah akan menganjurkan pusingan berkenaan secara fizikal di Universiti Malaysia Sabah bermula 16 dan 17 Julai 2022. Kerjasama ini adalah pertama kali diadakan bersama KSTI dalam memberikan pengalaman secara berhadapan bersama peserta di negeri berkenaan setelah dua tahun NSC diadakan secara dalam talian.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, “MOSTI menerusi ASM pada April lalu telah menandatangani MoU bersama KSTI dengan antara fokus ditekankan adalah usaha memperkasakan pembudayaan STEM di kalangan pelajar di negeri ini. Justeru, program NSC 2022 dilihat mampu memberikan pendedahan awal dan juga membina minat golongan muda dalam meneroka pelbagai cabang sains,”

“KSTI Sabah amat menghargai sokongan diberikan ASM dalam menjadikan Sabah sebagai negeri pertama bekerjasama dengan ASM untuk menganjurkan program NSC 2022 Peringkat Negeri secara fizikal. Program sebegini sudah semestinya menyokong usaha KSTI Sabah untuk melahirkan bakat tersedia yang boleh memacu kemajuan negeri ini di masa hadapan,” ujar Setiausaha Tetap KSTI Sabah, Zainudin Aman. 

Sementara itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib, “Kerjasama berterusan ini sudah pasti dapat memperkukuh serta meningkatkan tahap perkhidmatan serta pelaksanaan program yang lebih baik untuk kemajuan negeri berkenaan dan negara amnya. Ini juga adalah usaha proaktif ASM dalam meningkatkan bakat STEM negara.”

Bagi negeri Sabah, 5 pasukan daripada 4 buah sekolah akan mengambil bahagian untuk pusingan Peringkat Negeri iaitu Sabah Thsung Tsin Secondary School (2 pasukan), SMK Sung Siew (1), MRSM Semporna (1) dan SMK Abaka (1). Manakala bagi negeri-negeri lain, pusingan Peringkat Negeri bakal diadakan pada 20-24 Julai 2022 secara dalam talian.

Kesemua pasukan ini akan diadili melalui tiga kriteria iaitu persembahan video, pembentangan dan temuramah berkaitan tema tahun ini iaitu ‘Pembangunan Lestari untuk Kesihatan Planet berteraskan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE)’. Hanya satu kumpulan yang mengumpul markah tertinggi, akan mewakili setiap negeri ke peringkat separuh akhir dan seterusnya berpeluang muncul juara. 

Pemenang bagi NSC 2022 Peringkat Akhir akan membawa pulang Piala Pusingan YAB Perdana Menteri dan sijil penyertaan. NSC 2022 mendapat sokongan daripada rakan kongsi strategik: Young Scientists Network (YSN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Majlis Amanah Rakyat (MARA), CREST, Sasbadi Online Sdn Bhd, Persatuan Mikrobiologi Malaysia, Persatuan Kimia Amerika (ACS) Malaysia, Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan My STEM Ambassador. 

SUMBER : Akademi Sains Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16098

Saturday, July 16, 2022

EXCEL DAN PETRÓLEOS INTERNACIONALES DEL CARIBE MENGUMUMKAN PENANDATANGANAN PERKONGSIAN EPC STRATEGIK UNTUK PIC AMERICAS

HOUSTON, 15 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- EXCEL (“EXCEL”™) Petróleos Internacionales del Caribe (“PIC”) dan bahagian operasinya di Mexico, Petróleos Internacionales del Caribe Inc., Sucursal México (“PICMEX”) hari ini bersama-sama mengumumkan penandatanganan Perkongsian Kejuruteraan Strategik, Perolehan dan Pembinaan, “Perjanjian Eksklusif” dengan PIC untuk kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan Kemudahan Eksport utama PIC di Houston, TX bersama dengan sistem storan termampat GLM untuk pelbagai bahan api dan saluran paip gas utama kedudukan hadapan untuk elemen bahan api yang diperlukan untuk Operasi Maritim dan Terestrialnya. Operasi itu bakal menjadi penting kepada AS, Amerika dan Negeri-Negeri Mexico Bersatu dengan penyelesaian PIC lain daripada yang lain dengan perkongsian utamanya yang lain.

Perkongsian EPC Strategik antara PIC dan EXCEL mewakili titik penting pelaburan dalam pengkomersialan bagi kemudahan eksport dan terminal penerimaan, kerana itu menandakan permulaan kajian pra-FEED (Reka Bentuk Kejuruteraan Bahagian Depan) khusus projek oleh PIC untuk penghantaran operasi maritim dan terestrialnya yang akan memastikan penghantaran tanpa gangguan oleh PIC dan perkongsian globalnya yang lain untuk beberapa dekad yang akan datang.

Kajian ini akan merangkumi reka bentuk terminal pengeluaran dan eksport, terminal penerimaan dan loji, bersama dengan Armada yang akan dibina untuk mengangkut dan menghantar bahan api ke pasaran PIC di Mexico dan di seluruh benua Amerika. Selepas selesai kajian pra-FEED dan Keputusan Pelaburan Akhir (FID) oleh PIC dan EXCEL, PIC dan rakan kongsi konsortiumnya akan melaksanakan FEED untuk reka bentuk dan pembinaan akhir bagi projek di Mexico yang PIC telah letakkan setakat ini dengan rakan kongsi konsortiumnya.

“EXCEL sangat berbangga dapat menjadi rakan kongsi dengan organisasi yang hebat seperti PIC dan menjadi EPC terpilih untuk kemudahan dan saluran paip terkini PIC,” kata Jason Hardwick, Presiden EXCEL Midstream Solutions.

“EXCEL berbesar hati untuk menyertai perkongsian ini dan akan menyediakan perkhidmatan Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan yang terbaik,” ujar Dave Roberts, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EXCEL USA.

“Projek ini bakal menyediakan Mexico dan negara lain di Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Amerika dengan bahan api dan kuasa yang mampu milik serta pengurangan pelepasan karbon yang ketara yang merupakan komponen utama dalam mencapai kemampanan dan seimbang untuk PIC dan Rakan Kongsinya. Kami teruja untuk melaksanakan langkah penting ini dengan EXCEL,” kata Michael Hood, Ketua Pegawai Eksekutif PIC. “Melalui perkongsian operasi eksklusif ini, PIC dan EXCEL akan mempercepatkan pengkomersialan bagi Kemudahan Eksport untuk membantu memenuhi bekalan bahan api dan keperluan elektrik pelanggan PIC di Mexico dan di seluruh benua Amerika serta di luar negara, sambil menggantikan bahan api pelepasan yang lebih tinggi untuk terus mengurangkan pelepasan ke arah masa depan yang lebih hijau dan cerah. Selain ribuan peluang pekerjaan baharu, operasi eksport ini akan membawakan kejayaan besar kepada Negeri Besar Texas sepanjang dekad yang akan datang."

Perihal Petróleos Internacionales del Caribe dan Petróleos Internacionales del Caribe Inc., Sucursal México
Petróleos Internacionales del Caribe (“PIC”) adalah sebuah syarikat global yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Syarikat itu membangun dan mengendalikan pelbagai operasi berkaitan strategik dengan perkongsian utamanya. Petróleos Internacionales del Caribe Inc., Sucursal México (“PICMEX”) adalah sekutu bagi PIC dan beribu pejabat di Mexico. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.pic-sas.com.

Perihal EXCEL
EXCEL ialah sebuah penyedia perkhidmatan penuh bagi kejuruteraan awam, struktur, mekanikal, fabrikasi, elektrik dan instrumentasi, pembinaan dan penyelenggaraan, serta perkhidmatan pemulihan bencana. EXCEL mempunyai sejarah kejayaan yang panjang dalam mengurus dan memenuhi jadual dan belanjawan projek yang mencabar dalam semua saiz. Kami juga diiktiraf secara konsisten untuk rekod keselamatan dan kualiti kerja kami yang dapat dijadikan contoh. Pengalaman kami, keluasan projek, dedikasi terhadap keselamatan dan budaya korporat yang cemerlang membantu kami menarik dan mengekalkan pasukan kraf dan penyelia yang paling berkemahiran tinggi yang tersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.excelusa.com dan www.excelmidstream.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16097

Friday, July 15, 2022

PROGRAM IBADAH KORBAN "JOM RAMAI-RAMAI REWANG" ANJURAN HASIL CAWANGAN KUANTAN SEMARAKKAN SAMBUTAN AIDILADHA TAHUN 2022

KUANTAN, 14 Julai (Bernama) -- Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1443H/2022, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Cawangan Kuantan telah melaksanakan Program Ibadah Qurban 1443H bertemakan “Jom Ramai-ramai Rewang” dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam (PERKIS) HASiL Kuantan dan Kelab Sukan dan Kebajikan HASiL Kuantan bertempat di perkarangan Menara Hasil Kuantan semalam.
 
Program ini julung-julung kalinya diadakan di Menara Hasil Kuantan dengan penglibatan seramai 170 orang Hasilian yang diketuai oleh YBhg. Datuk Suhaili bin Sudin, Pengarah Negeri Pahang bersama Encik Ab Aziz Muhamad Esop, Pengarah Seksyen dan Encik Che Mustafa bin Che Ali, Pengarah Cawangan Kuantan.
 
Program yang bermula seawal pukul 8.00 pagi ini dimulakan dengan sesi penyembelihan haiwan korban dan diikuti dengan sesi gotong-royong melapah dan menimbang daging korban bagi tujuan agihan kepada asnaf di sekitar Kampung Kemunting Kuantan. Sebanyak 20 buah rumah golongan asnaf telah dilawati bagi tujuan agihan tersebut di samping 30 pek daging korban turut telah diagihkan kepada golongan ibu tunggal serta pekerja kebersihan dan keselamatan Menara Hasil Kuantan.
 
Menurut YBhg. Datuk Suhaili bin Sudin dalam ucapannya, program ini dianjurkan bertepatan dengan semangat sambutan Aidiladha yang menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan amalan bersedekah melalui pelaksanaan amal jariah. Ia turut dilihat sebagai salah satu inisiatif HASiL Cawangan Kuantan dalam menyantuni golongan asnaf serta golongan yang memerlukan selain berpeluang beramah mesra bersama dengan seluruh Hasilian Kuantan. Dalam program tersebut juadah makan tengah hari turut disediakan untuk dinikmati oleh semua tetamu yang hadir termasuklah pembayar cukai yang berurusan di Menara HASiL Kuantan.
 
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mengeratkan silaturahim antara Hasilian dengan masyarakat dan usaha murni ini mendapat keberkatan serta keredhaan daripada Allah SWT.
 
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada HASiL melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16089

DI SEKITAR WORLD OF CARE: HYATT BERKONGSI KEMAS KINI KEMAJUAN MERENTASI KOMITMEN DAN INISIATIF ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS

 Kemajuan termasuk sasaran berasaskan sains 2030 untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan kemajuan berterusan ke arah matlamat DE&I 2025



CHICAGO, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk berkongsi kemajuan yang dicapai merentasi World of Care, platform Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat itu, Hyatt Hotels Corporation (NYSE: H) hari ini menerbitkan Laporan Sorotan World of Care 2021 dan Kepelbagaian, Ekuiti dan Rangkuman DE&I 2021 untuk menunjukkan cara bagaimana Hyatt memajukan penjagaan bagi planet, manusia sejagat dan perniagaan yang bertanggungjawab.

“Mengambil berat tentang manusia agar mereka boleh menjadi yang terbaik telah menjadi teras bagi jalan cerita Hyatt selama 65 tahun. Melalui World of Care, kami menerima tanggungjawab kami dan peluang untuk bekerja bersama dalam membentuk sebuah dunia dan masa depan yang lebih mapan,” kata Margaret Egan, naib presiden eksekutif dan peguam am, Hyatt. “Dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada memacukan kemajuan terhadap komitmen utama ESG seperti rangka kerja alam sekitar kami dan matlamat Perubahan Bermula Di Sini, kami sendiri yang bertanggungjawab bagi tindakan dan kemajuan berterusan dalam usaha mewujudkan perubahan yang diperlukan bagi industri, masyarakat dan planet kami.”

Hyatt Memajukan Perwakilan Tenaga Kerja yang Pelbagai

Berikutan laporan DE&I sulung pada tahun lepas, data kepelbagaian tenaga kerja 2021 Hyatt  menunjukkan peningkatan tahap bagi perwakilan orang kulit berwarna merentasi tenaga kerja mereka di Amerika Syarikat, serta pertumbuhan merentasi hampir semua kaum dan etnik di kalangan rakan sekerja, pengurus dan pemimpin. Komitmen Hyatt untuk berkongsi kemajuan setiap tahun berfungsi sebagai satu penanda aras kritikal untuk mengukur kemajuan yang dicapai ke arah sebuah persekitaran yang lebih pelbagai, saksama dan inklusif bagi rakan sekerja.

Hyatt terus berusaha ke arah matlamat DE&I 2025 mereka berhubung siapa yang mereka ambil bekerja, sokong dan bekerja bersama, seperti yang digariskan sebagai sebahagian daripada komitmen Perubahan Bermula Di Sini mereka. Dengan tumpuan untuk menambah baik perwakilan vendor yang pelbagai merentasi rantaian bekalan mereka, Hyatt mengalu-alukan 220 pembekal baharu berkulit hitam pada tahun 2021, dengan satu tumpuan yang berterusan kepada meningkatkan kemajuan ke arah hadapan. Sebagai contoh, Revival Baltimore, yang merupakan sebahagian daripada jenama JdV oleh Hyatt, bekerjasama dengan Black Acres Roastery milik orang kulit hitam untuk membekalkan kopi kepada semua bilik hotel dan kedai kopi di tapak hartanah, ‘Dashery, dan Hyatt Centric The Pike Long Beach baru-baru ini mengalu-alukan kilang bir Black Crowns & Hops milik orang kulit hitam kepada Watercraft Lounge mereka.

“Di Hyatt, kami percaya di dalam kuasa kekitaan – menjadikan orang ramai berasa seperti mereka berada di rumah tidak kira di mana mereka berada di dunia ini. Kami sentiasa berusaha untuk menggambarkan dunia yang kami sayangi ini dengan pasukan yang mencapai dan berkembang bersama,” kata Malaika Myers, ketua pegawai sumber manusia, Hyatt. “Untuk memajukan visi kami tentang sebuah dunia yang memahami dan peduli, kami mesti terus mengutamakan DE&I merentasi setiap dimensi perniagaan kami dan mengambil tindakan untuk membuat kemajuan yang bermakna terhadap matlamat kami.”

Hyatt Mengumumkan Sumbangan untuk Melancarkan Dana Orang Yang Terselamat Daripada Pemerdagangan Manusia

Dalam usaha untuk mengembangkan kerja berterusan industri hotel itu bagi menyokong pencegahan pemerdagangan manusia dan mangsa yang terselamat, Yayasan Hyatt Hotels telah mengumumkan satu sumbangan sebanyak $500,000 untuk melancarkan Dana “No Room for Trafficking Survivors” dengan kerjasama American Hotel & Lodging Association (AHLA). Dengan sumbangan itu, dan sokongan lanjut daripada industri berkenaan, Dana itu akan melengkapkan organisasi yang berasaskan komuniti dengan sumber yang mereka perlukan untuk melibatkan diri dan menyokong mangsa yang terselamat – daripada sokongan kewangan secara langsung bagi keperluan jangka pendek mereka, garis dasar yang diperlukan untuk menyokong kerjaya yang berkaitan yang boleh memperkasa dan melengkapkan mereka di haluan mereka ke arah menuju ke hadapan.

Hyatt Berusaha untuk Memajukan Tindakan Iklim

Hyatt mempercepatkan lagi usaha mereka untuk melibatkan diri di dalam amalan perniagaan yang lebih mapan sebagai sebahagian daripada rangka kerja alam sekitar mereka – yang ditumpukan kepada bidang perubahan iklim dan pemuliharaan air, sisa dan pengukuran kebulatan, sumber yang bertanggungjawab dan destinasi yang berkembang maju.

Pada tahun 2021, Hyatt menerima kelulusan daripada inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) pada sasaran berasaskan sains 2030 mereka untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Sasaran Hyatt termasuk mengurangkan pelepasan mutlak skop 1 dan 2, melibatkan pembekal utama untuk menetapkan sasaran berasaskan sains menjelang tahun 2025, dan mengurangkan pelepasan tambahan skop 3.

Hyatt kekal tekun di dalam mempromosikan inisiatif yang menyokong kemajuan ke arah sasaran mereka yang berasaskan sains, yang memberi tumpuan kepada penjimatan tenaga, teknologi cekap, membina sistem automasi, memajukan pertimbangan reka bentuk yang mapan dan banyak lagi. Satu tumpuan berterusan yang penting adalah untuk menambah bilangan hotel yang mempunyai panel solar di tapak atau yang menggunakan seratus peratus elektrik boleh diperbaharui seperti Hyatt Regency Amsterdam dan Hyatt Regency Phoenix. Usaha hartanah yang berterusan juga adalah penting dalam mencapai sasaran ini, seperti yang dipaparkan di Alila Villas Uluwatu melalui makmal kelestarian di tapak mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha dan kemajuan ESG Hyatt, sila layari Hyatt.com/WorldofCare atau layari Sorotan World of Care 2021, Laporan DE&I 2021 dan Indeks GRI 2021.

Istilah “Hyatt” itu digunakan di dalam siaran akhbar ini untuk kemudahan bagi merujuk kepada Hyatt Hotels Corporation dan/atau satu atau lebih bagi ahli gabungan mereka.

Maklumat mengenai Hyatt Hotels Corporation
 
Hyatt Hotels Corporation, yang beribu pejabat di Chicago, adalah sebuah syarikat hospitaliti global terkemuka yang dipandu oleh tujuan mereka – untuk menjaga orang ramai supaya mereka boleh menjadi yang terbaik. Setakat 31 Mac, 2022, portfolio Syarikat itu termasuk lebih 1,150 hotel dan hartanah terangkum di 71 buah negara merentasi enam benua. Penawaran Syarikat itu termasuk jenama Park Hyatt®, Miraval®, Grand Hyatt®, Alila®, Andaz®, The Unbound Collection oleh Hyatt®, Destination oleh Hyatt™, Hyatt Regency®, Hyatt®, Hyatt Ziva™, Hyatt Zilara™, Thompson Hotels®, Hyatt Centric®, Caption oleh Hyatt, JdV oleh Hyatt™, Hyatt House®, Hyatt Place®, UrCove, dan Hyatt Residence Club®,  serta jenama resort dan hotel di bawah Koleksi AMR™, termasuk Secrets® Resorts & Spa, Dreams® Resorts & Spas, Breathless Resorts & Spas®, Zoëtry® Wellness & Spa Resorts, Vivid Hotels & Resorts®, Alua Hotels & Resorts® dan Sunscape® Resorts & Spas. Anak-anak syarikat bagi Syarikat itu mengendalikan program kesetiaan World of Hyatt®, ALG Vacations®, Unlimited Vacation Club®, perkhidmatan pengurusan destinasi Amstar DMC dan perkhidmatan teknologi Trisept Solutions®. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hyatt.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220713005967/en/

Hubungi

Megen DiSanto
megen.disanto@hyatt.com

Sumber : Hyatt Hotels Corporation

PERUSAHAAN BERKERUMUN KE PERKHIDMATAN AWAN DI SINGAPURA, MALAYSIA

Kesan pandemik telah mempercepatkan satu arah aliran serantau ke arah pendigitalan untuk kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi, menurut laporan ISG Provider Lens™

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perusahaan di Singapura dan Malaysia kini mengguna pakai pengkomputeran awan pada satu kadar yang pantas, yang didorong oleh pertumbuhan transformasi digital dan arah aliran lain di rantau itu, menurut satu laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global terkemuka.

Laporan ISG Provider Lens™ Awan Persendirian/Hibrid Generasi Akan Datang 2022 — Perkhidmatan & Penyelesaian Pusat Data untuk Singapura dan Malaysia mendapati satu pasaran yang semakin maju untuk perkhidmatan dan penyelesaian pusat data di rantau itu, dengan kedua-dua penyedia global dan tempatan berkembang dengan kukuh. Penggunaan awan meningkat dengan krisis COVID-19, tetapi ia telah pun bergerak sebelum pandemik itu sebagai sebahagian daripada pemodenan IT yang meluas.

“Transformasi digital semakin meningkat di Singapura dan Malaysia dan akan terus berkembang,” kata Deepraj Emmanuel, pengarah, ISG Asia Pasifik, di Singapura. “Pembekal persendirian dan hibrid/berbilang awan sedang membantu mewujudkan perkara ini.”

Permintaan yang meningkat bagi produk dan perkhidmatan awan dikaitkan kepada beberapa arah aliran IT perusahaan di rantau itu, termasuk keperluan yang semakin berkembang untuk automasi, kemapanan dan pengkomputeran pinggir, kata laporan itu. Kedua-dua pembekal perkhidmatan dan pelanggan dengan pantas mengambil platform untuk mengautomasikan operasi awan dengan menggunakan AI dan pembelajaran mesin.

Satu dorongan utama bagi kemapanan oleh kedua-dua sektor awam dan swasta di Singapura, yang mungkin merebak ke Malaysia, sedang membentuk keputusan syarikat-syarikat mengenai lokasi pusat data, sumber tenaga dan penyedia perkhidmatan. Pengkomputeran pinggir muncul untuk menangani aspek keselamatan, kependaman rangkaian dan aplikasi IoT.

Atas sebab kawal selia, kebudayaan dan geopolitik, Singapura dan Malaysia beroperasi sebagai pasaran berasingan bagi penyelesaian dan perkhidmatan awan, oleh itu hanya sedikit pembekal yang mempunyai liputan di kedua-dua buah negara. ISG menjangkakan penyedia untuk mempercepatkan penciptaan perkongsian kompleks bagi liputan nasional, ketersambungan dan skala global. Di Malaysia, pembangunan pusat data dijangka bergerak melangkaui Kuala Lumpur dan daerah Cyberjaya ke lokasi lain dengan tenaga yang murah dan boleh dipercayai serta berhampiran dengan Singapura.

Kekurangan global bagi kemahiran IT merupakan satu cabaran khusus di Singapura dan Malaysia, dengan pengangguran teknologi berada pada atau hampir mencatat rekod paling rendah dan imigresen berkurangan disebabkan oleh COVID-19, kata laporan itu. Krisis ini akan memerlukan lebih banyak pelaburan di dalam automasi dan satu pemikiran semula mengenai cara bagaimana untuk mengisi jurang kemahiran itu.

Laporan itu juga meliputi arah aliran lain di rantau itu, termasuk pasaran yang sangat kompetitif bagi perkhidmatan terurus, peningkatan kepentingan bagi amalan fizikal dan keselamatan siber dan kaitan yang berterusan bagi perkhidmatan ko-lokasi.

Laporan ISG Provider Lens™ Awan Persendirian/Hibrid Generasi Akan Datang 2022 — Perkhidmatan & Penyelesaian Pusat Data untuk Singapura dan Malaysia menilai keupayaan bagi 32 pembekal merentasi tiga kuadran: Perkhidmatan Terurus, Pengehosan Terurus dan Perkhidmatan Ko-lokasi.

Laporan itu menamakan Singtel dan Telekom Malaysia sebagai Peneraju di dalam ketiga-tiga kuadran itu. Ia menamakan Fujitsu, Kyndryl dan NTT DATA sebagai Pemimpin di dalam dua kuadran setiap satu dan Accenture, Atos, HCL, Infosys, Starhub, Telstra dan Wipro sebagai Pemimpin di dalam satu kuadran setiap satu.

Di samping itu, Equinix dan Telstra telah dinamakan sebagai Bintang Yang Bersinar — syarikat-syarikat yang mempunyai “portfolio yang cerah” dan “potensi masa depan yang tinggi” mengikut takrifan ISG — dalam satu kuadran setiap satu.

Laporan ISG Provider Lens™ Awan Persendirian/Hibrid Generasi Akan Datang 2022 — Perkhidmatan & Penyelesaian Pusat Data untuk Singapura dan Malaysia tersedia kepada pelanggan atau untuk pembelian sekali sahaja di laman web ini.

Maklumat mengenai ISG Provider Lens™ Research 

Siri penyelidikan ISG Provider Lens™ Quadrant ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan yang seumpamanya untuk menggabungkan analisis penyelidikan dan pasaran  empirikal yang dipacu oleh data dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian oleh pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan mereka bagi rakan-rakan sumber yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan itu untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat cadangan kepada pelanggan perusahaan ISG. Penyelidikan itu pada masa ini meliputi penyedia yang menawarkan perkhidmatan mereka di peringkat global, merentasi Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan ditambah pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut mengenai penyelidikan ISG Provider Lens, sila layari laman web ini.

Satu siri penyelidikan pendamping, ISG Provider Lens Archetype melaporkan, menawarkan satu penilaian yang pertama seumpamanya bagi pembekal daripada perspektif pembeli yang khusus.

Maklumat mengenai ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) adalah sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Sebuah rakan perniagaan yang dipercayai kepada lebih 800 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terkemuka dunia, ISG komited untuk membantu perbadanan, organisasi sektor awam, dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma itu pakar di dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, awan dan analisis data; nasihat sumber; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006, dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih 1,300 orang pekerja profesional yang sudah bersedia daripada segi digital dan beroperasi di lebih 20 buah negara—sebuah pasukan global yang terkenal kerana pemikiran mereka yang berinovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam serta keupayaan penyelidikan dan analisis yang bertaraf dunia berdasarkan kepada data tempat pasaran yang paling komprehensif di dalam industri itu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.isg-one.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16092