Wednesday, August 24, 2022

WP ENGINE MENYERLAHKAN PENGEMBANGAN SERANTAU DI ASIA

Dengan pertumbuhan 400% di dalam pelanggan APAC sejak pembukaan pejabat mereka di Brisbane pada 2017, WP Engine terus meningkatkan pengembangan di rantau itu dengan kehadiran baharu di Singapura.

SINGAPURA, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WP Engine, syarikat teknologi WordPress yang paling dipercayai di dunia mengumumkan rancangan pengembangan mereka di APAC dengan satu kehadiran baharu di Singapura. Dengan membina di atas kejayaan syarikat itu yang semakin pesat di rantau berkenaan sejak membuka pejabat mereka di Brisbane, Australia pada 2017, WP Engine akan dilancarkan di Singapura dengan penawaran produk serantau baharu dan satu acara pelanggan yang penting, esok, di The Fullerton Hotel Singapura. Terbuka kepada media, acara itu akan mengumpulkan pelanggan dan rakan kongsi dari Singapura bersama-sama dengan kepimpinan syarikat itu.

Kejayaan yang Didorong oleh Australia Sehingga Kini

Mark Randall, Naib Presiden bagi Jualan APAC untuk WP Engine, telah membuka pejabat syarikat itu di Brisbane pada 2017 dengan seorang wakil jualan. Hari ini, Randall mengetuai sebuah pasukan yang terdiri daripada 45 orang pekerja, dan kehadiran WP Engine di APAC adalah lebih besar berbanding sebelum ini, dengan memberikan perkhidmatan kepada jenama utama seperti Sealy, Gregory Jewellers, dan Volvo, serta memacukan pertumbuhan WP Engine di peringkat antarabangsa.

“Bekerja secara langsung dengan jenama dan agensi APAC yang luar biasa merekakan laman web dan pengalaman digital setiap hari adalah satu keistimewaan buat kami,” kata Randall, “Selepas mengalami pertumbuhan yang begitu besar sepanjang tempoh lima tahun yang lalu, saya amat bangga untuk melihat WP Engine terus membina asas mereka yang kukuh untuk pertumbuhan, dengan menarik bakat terbaik dan mengekalkan tumpuan kepada nilai teras kami, budaya syarikat yang cemerlang dan pekerja kami yang luar biasa.”

Kenapa Singapura?

Selama bertahun-tahun, WP Engine telah menyaksikan lonjakan di dalam permintaan pelanggan merentasi Asia dan khususnya di Singapura, yang merupakan satu petunjuk bagi inovasi teknologi. Yang paling terbaharu, Rakan Agensi WP Engine Chillybin telah bekerjasama dengan WP Engine dan Fullerton Fund Management di dalam satu reka bentuk semula laman web yang membawa kepada peningkatan 53% di dalam pemerolehan langsung. Dengan mewujudkan perhubungan erat dengan jenama dan agensi yang berpangkalan di Singapura adalah satu kemestian strategik untuk WP Engine ketika syarikat itu memperluaskan platform, produk dan kepakaran WordPress mereka di seluruh Asia.

“Menjalin kerjasama dengan pelanggan yang berpangkalan di Singapura, dengan sebahagian daripada mereka telah bekerjasama dengan kami selama beberapa tahun sekarang, ia dengan cepat menjadi jelas betapa pentingnya bandar raya ini, dan bagaimana pentingnya wilayah yang lebih luas itu kepada denyutan jantung Asia dan semua inovasi teknologi yang luar biasa yang berlaku di sini,” kata Fabio Torlini, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Antarabangsa, WP Engine. “Dengan pengembangan platform kami, produk kami dan pasukan kami di sini di Singapura, WP Engine akan mempunyai impak yang besar. Saya tidak ragu-ragu bahawa kami akan mewujudkan beberapa perkongsian kami yang paling luar biasa.”

WP Engine akan menganjurkan acara pelancaran pelanggan Singapura mereka di The Fullerton Hotel Singapura pada 24 Ogos dengan peluang-peluang mewujudkan perangkaian dan pandangan daripada pelanggan dan rakan kongsi serantau semasa serta kepimpinan syarikat itu.

WP ENGINE MENYERLAHKAN PENGEMBANGAN SERANTAU DI ASIA

PALANG MERAH AUSTRALIA MENGGUNAKAN BOOMI UNTUK MEMBANTU MENGUMPULKAN $27 JUTA BAGI KOMUNITI YANG TERJEJAS DENGAN BANJIR

 



  • Boomi menyediakan kesambungan data dan sokongan teknikal untuk memastikan kejayaan bagi Australia Unites Telethon baru-baru ini
  • Berikutan kejayaan baru-baru ini di Australia dan New Zealand, Boomi baru-baru ini menetapkan rekod industri bagi pangkalan pelanggan terbesar di kalangan vendor platform penyepaduan
CHESTERBROOK, Pa., 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju kesambungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan sokongan mereka di dalam membantu Palang Merah Australia mengumpulkan lebih $27 juta untuk komuniti yang terjejas dengan banjir dengan membolehkan akses data masa nyata di seluruh inisiatif bantuan banjir Australia Unites Telethon.

Pada Februari, masyarakat di utara New South Wales dan selatan Queensland telah dilanda oleh banjir teruk yang memusnahkan beribu-ribu rumah dan mata pencarian penduduk. Ketiga-tiga rangkaian TV komersial utama Australia kemudian menganjurkan sebuah teleton secara langsung untuk mengumpulkan dana bagi usaha Palang Merah dengan isi rumah yang terjejas. Dengan mempunyai empat hari untuk melakukan persiapan, Palang Merah bekerjasama dengan Boomi untuk memastikan infrastruktur teknologi mereka dapat mengendalikan magnitud penglibatan penyokong yang dijangkakan semasa siaran nasional selama lima jam itu.

“Walaupun ia dilihat lancar menerima 30,000 dail-masuk di TV, infrastruktur bahagian belakang dalam menjayakan teleton itu adalah satu pencapaian yang mengagumkan dan sukar,” kata Brett Wilson, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di Palang Merah Australia. “Rakyat Australia tidak sabar-sabar untuk menyalurkan sumbangan. Selain daripada kemasukan pemanggil, kami telah menyaksikan 24,000 pengguna web secara serentak pada halaman derma kami. Untuk memastikan sokongan rakyat Australia dapat diproses dan diterima oleh mereka yang terjejas, kami memerlukan teknologi kami untuk berfungsi sebagaimana ia sepatutnya. Boomi adalah pautan lazim yang menyatukan semua sistem dan data kami, mengendalikan lonjakan trafik Teleton dan memastikan penglibatan penyokong adalah tepat dan stabil.”

Palang Merah telah melaksanakan Platform Boomi AtomSphere™ pada tahun 2020 sebagai platform penyepaduan mereka untuk menghubungkan beberapa dariada aplikasi teras mereka. Ini membantu memastikan data tentang operasi, pihak berkepentingan dan ahli mereka akan kekal selamat, tepat dan sentiasa tersedia, dan membentuk asas bagi portal dalam talian MyRedCross.

Bagi Australia Unites Telethon, Palang Merah mempercepatkan perkhidmatan Boomi mereka untuk memberi tumpuan kepada sistem keutamaan – termasuk portal MyRedCross, Pangsi sistem pengurusan perhubungan pelanggan (CRM), aplikasi kewangan Teknologi 1 dan perkhidmatan awan dalaman yang lain – untuk mengekalkan sambungan yang lancar sepanjanh tempoh acara langsung itu. Pasukan sokongan tempatan Boomi membantu dengan penyediaan dan kekal bersiap sedia untuk memastikan teknologi itu berfungsi seperti yang diharapkan.

Melalui kemurahan hati orang ramai, teleton itu telah menyediakan geran bantuan tunai kepada lebih 66,000 orang.

Palang Merah berkata pencapaian itu datang pada satu detik yang kritikal dengan kejadian cuaca yang ekstrem meningkat dari segi kekerapan dan keterukan. Ketangkasan dan kestabilan bagi asas data mereka akan membantu organisasi itu untuk bertindak balas secara berterusan terhadap kesan kemanusiaan yang berterusan akibat perubahan iklim, dengan cepat dan berkesan.

“Kami banyak mendengar tentang peranan data di dalam dunia hari ini, tetapi jarang sekali kami melihat paparan konkrit bagi hasil komuniti yang ketara,” kata Nathan Gower, Ketua bagi Pembangunan Perniagaan, Australia dan New Zealand (A/NZ) di Boomi. “Aplikasi dan sistem itu yang membentuk proses derma Palang Merah telah diuji semasa Teleton itu, dan $27 juta yang dikumpulkan adalah satu bukti berhubung kesambungan dan ketepatan data yang dicantumkan ke dalam badan teknologi badan amal itu. Peranan Boomi dalam menyepadukan data untuk menghubungkan orang ramai dan derma dengan lebih baik akan menjadi lebih jelas ketika Palang Merah menumpukan sokongan mereka untuk membantu komuniti Australia agar lebih bersedia untuk penyesuaian iklim.”

Boomi telah ditempatkan sebagai sebuah Peneraju di dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Sebagai sebuah syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS) dengan pangkalan pelanggan terbesar di kalangan vendor platform penyepaduan, Boomi menggembar-gemburkan sebuah komuniti pengguna yang semakin meningkat dengan  lebih 100,000 ahli, dan satu daripada susunan terbesar bagi penyepadu sistem global (GSI) di dalam ruang iPaaS. Syarikat itu mempunyai sebuah rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan, termasuk Accenture, Deloitte, SAP, dan Snowflake; dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan hiperskala terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon, Google dan Microsoft, di antara lain.

Syarikat itu baru-baru ini telah menerima Anugerah Gold Globee® di dalam kategori Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), dan telah memperoleh penarafan 5 bintang yang berprestij di dalam Panduan Program Rakan CRN, satu senarai definitif bagi program rakan yang paling ketara daripada vendor teknologi peneraju industri yang menyediakan produk berinovatif dan perkhidmatan yang fleksibel melalui saluran IT. Platform kod rendah natif awan Boomi membantu organisasi merentasi semua industri menyambungkan aplikasi data, memperkemaskan aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih bersepadu.

Sumber Tambahan
Penafian Gartner:
 
Gartner, Magic Quadrant bagi Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan, Eric Thoo, Keith Guttridge, Bindi Bhullar, Shameen Pillai, Abhishek Singh, 29 September, 2021
 
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian paling tinggi atau gelaran lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan yang berbentuk fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant adalah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan bagi Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Nota: Boomi telah diiktiraf sebagai Dell Boomi dari 2014 hingga 2019.

Maklumat mengenai Boomi

Boomi menyasarkan untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua orang dengan segala-galanya, di mana sahaja. Perintis bagi platform penyepaduan berasaskan awan sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) itu, dan kini sebuah syarikat perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS) yang terkemuka di dalam sebuah kategori, Boomi menggembar-gemburkan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP, Snowflake, Perkhidmatan Web Amazon, Google Cloud dan Microsoft. Organisasi global beralih kepada platform Boomi yang memenangi anugerah untuk menemui, mengurus dan mengatur data, sambil menyambungkan aplikasi, proses dan orang untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layar http://www.boomi.com.

© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo 'B', Boomiverse dan AtomSphere adalah tanda dagangan bagi Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutu mereka. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan bagi pemilik mereka masing-masing. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16225

Friday, August 19, 2022

SPRYKER TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI BERWAWASAN DALAM MAGIC QUADRANT™ UNTUK PERDAGANGAN DIGITAL BAGI TAHUN 2022

 BERLIN dan NEW YORK, 18 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Spryker, sebuah platform perdagangan digital terkemuka untuk kes penggunaan Perdagangan Canggih dalam B2B (Perniagaan ke Perniagaan), Pasaran Perusahaan, IoT (Internet Benda) dan Perdagangan Bersepadu, telah diiktiraf oleh Gartner® sebagai sebagai sebuah syarikat Berwawasan pada Magic Quadrant™ Untuk Perdagangan Digital bagi tahun 2022. Ia merupakan kemasukan ketiga Spryker berturut-turut dalam laporan Magic Quadrant™ untuk Perdagangan Digital milik Gartner®.

“Di Spryker, matlamat kami adalah untuk membolehkan inovasi digital dan pembezaan berlaku dengan platform boleh gubah kami yang direka khusus untuk model perniagaan transaksi yang canggih. Kami percaya bahawa pengiktirafan buat kali kedua sebagai sebuah syarikat yang Berwawasan mengesahkan dedikasi kami yang berterusan dalam memperkasakan syarikat-syarikat untuk berkembang, berinovasi dan membezakan syarikat mereka,” kata Boris Lokschin, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Spryker. “Pada tahun ini, kami telah melancarkan Platform Komposisi Aplikasi kami sebagai langkah terbaharu dalam komitmen kami untuk menyampaikan kebolehgubahan yang sebenar. Kami merasakan bahawa platform pertama seumpama inilah yang membuatkan Spryker terus diiktiraf di dalam pasaran. Kami akan terus mengembangkan penyelesaian kami serta ekosistem rakan kongsi kami untuk membantu para pelanggan kami berkembang dan menyesuaikan diri."

Para pelanggan di seluruh dunia bergantung kepada Spryker untuk kebolehgubahan dan keupayaan pasaran perusahaan berasaskan awan bagi B2B dan B2C. Spryker baru-baru ini telah mendasari perkara ini melalui pelancaran Platform Komposisi Aplikasi Spryker, menjadikannya lebih mudah untuk organisasi memilih penyelesaian perdagangan perusahaan berbanding sebelum ini. Pada pendapat kami, Platform Komposisi Aplikasi Spryker dapat membantu perniagaan membezakan syarikat mereka daripada pesaing berdasarkan cara mereka beroperasi dan berniaga, sambil membenarkan mereka menambah, melanjut dan mengembangkan keupayaan dengan lancar daripada ekosistem Spryker dan rakan kongsinya mengikut keperluan.

“Tidak kiralah sama ada sesebuah organisasi itu beroperasi dengan barangan pengguna dalam jumlah besar atau perkhidmatan B2B dengan transaksi yang canggih, kebolehgubahan adalah kunci kepada penawaran perdagangan digital yang kalis masa hadapan. Kami berasa gembira kerana dapat menyampaikannya kepada para pelanggan kami, mempermudah proses masa-ke-nilai dengan lebih pantas serta membantu mencapai matlamat perniagaan mereka,” kata Boris Lokschin. “Mana-mana perniagaan perusahaan yang menuju kepada transformasi digital memerlukan sebuah platform perdagangan yang boleh digubah dan didasarkan kepada seni bina moden. Spryker dapat menyediakan kedua-dua perkara tersebut kepada perusahaan – memberikan mereka fleksibiliti yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berubah-ubah sambil mempercepatkan pertumbuhan digital dan transformasi digital.”

Dengan lebih ramai pelanggan melihat kebaikan nilai kebolehgubahan, Spryker dapat melihat pengembangan dan pemerolehan pelanggan di seluruh dunia, termasuk pelanggan pertamanya di Australia dan New Zealand, dengan pertumbuhan sebanyak 200% di Benelux dan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 100% dalam pasaran perdagangan digital perusahaan Amerika Utara.

Muat turun Magic Quadrant™ 2022 untuk Perdagangan Digital di sini untuk mengetahui sebab Gartner mengiktiraf Spryker sebagai syarikat yang Berwawasan dalam perdagangan digital.

Rujukan:

*Gartner, Magic Quadrant for Digital Commerce, Jason Daigler, Sandy Shen, Penny Gillespie, Mike Lowndes, Aditya Vasudevan, Yanna Dharmasthira, 10 Ogos 2022

Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar milik Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungannya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihati para pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor yang mempunyai penilaian tertinggi atau pengiktirafan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat oleh organisasi Penyelidikan & Penasihat Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, sama ada yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan yang tertentu.

Tentang Spryker
Spryker ialah platform perdagangan boleh gubah terkemuka untuk perusahaan dengan model perniagaan yang canggih untuk membolehkan pertumbuhan, inovasi dan pembezaan. Direka khusus untuk perniagaan transaksi yang canggih, model Spryker yang mudah digunakan, tidak berketua serta mengutamakan API ini menawarkan pendekatan terbaik yang memberikan fleksibiliti kepada perniagaan untuk menyesuaikan diri, membuat penskalaan dan memasuki pasaran dengan pantas sambil mempermudah proses masa-ke-nilai dengan lebih pantas sepanjang perjalanan transformasi digital mereka. Sebagai peneraju platform global untuk Pasaran Perusahaan (B2B & B2C), Thing Commerce, B2B dan D2C, Spryker telah memperkasakan lebih 150 pelanggan perusahaan global di seluruh dunia dan dipercayai oleh jenama seperti ALDI, Siemens, Hilti dan Ricoh. Spryker ialah sebuah syarikat teknologi milik persendirian yang beribu pejabat di Berlin, Jerman dan New York, Amerika Syarikat. Ketahui lebih lanjut di https://spryker.com.

Butiran hubungan:
press@spryker.com

SUMBER: Spryker Systems GmbH

Thursday, August 18, 2022

INTELLIAN MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA BERBILANG TAHUN DENGAN SPEEDCAST UNTUK MEMENUHI PENINGKATAN PERMINTAAN KOMUNIKASI SATELIT

Pembekal teknologi komunikasi satelit utama mengumumkan perjanjian dengan penyedia penyelesaian ketersambungan global untuk memenuhi permintaan pasaran baru muncul dan sedia ada

PYEONGTAEK, Korea Selatan, 18 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Intellian, pembekal terkemuka dalam penyelesaian teknologi komunikasi satelit kalis masa depan, mengumumkan perjanjian kerjasama berbilang tahun dengan Speedcast, salah satu penyedia perkhidmatan komunikasi satelit terbesar di dunia. Perjanjian yang bernilai jutaan dolar ini akan membolehkan Intellian dan Speedcast bekerjasama dalam memenuhi pelbagai permintaan pasaran dengan sambungan satelit yang kalis masa depan termasuk sektor maritim dan tenaga.

Kerjasama ini dimeterai berdasarkan kejayaan hubungan sedia ada antara kedua-dua organisasi dalam industri tenaga, maritim dan pelayaran komersial serta tepat pada masanya apabila industri tersebut mengalami peningkatan permintaan secara mendadak baru-baru ini. Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Intellian akan terus membekalkan peralatan kepada Speedcast sebagai pembekal pilihan dengan memastikan penghantaran yang memenuhi keperluan pelanggan walaupun terdapat kekangan rantaian bekalan yang tidak menentu. Secara khususnya, peralatan ini merangkumi rangkaian portfolio penuh maritim Intellian, daripada model C700 hingga v240M/MT, serta sistem antena LEO, termasuk antena darat masa depan yang membolehkan Speedcast memenuhi permintaan setiap pasaran. Selain itu, Intellian akan menyokong penambahbaikan peralatan secara berterusan di seluruh lokasi pelanggan sedia ada Speedcast.

Portfolio produk Intellian yang semakin berkembang yang merangkumi antena Tiga Jalur v240MT terkemuka dalam industri iaitu Siri NX Maritime VSAT  dan pelbagai terminal Perusahaan yang diumumkan baru-baru ini, akan membolehkan Speedcast memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat ketika sektor komunikasi satelit mengalami pertumbuhan.  Pelancaran sebuah lagi kilang di Pyeongtaek, Korea Selatan tidak lama lagi akan meningkatkan dan mempercepat kapasiti pengeluaran, membolehkan Intellian menyediakan keupayaan logistik dan pergudangan yang optimum kepada Speedcast.

Perjanjian ini ditandatangani selepas Speedcast melakukan pembaharuan dengan semua pelanggan pelayaran utamanya baru-baru ini serta pengembangan Unified Global Platform (UGP) miliknya, dengan penambahan kapasiti sebanyak 13 Gbps pada rangkaian yang sebahagiannya bertujuan untuk menyokong keperluan pelayaran di Eropah dan Alaska. Platform Speedcast kini merangkumi lebar jalur berjumlah 30 Gbps yang dimanfaatkan oleh syarikat tersebut dalam reka bentuk dan penggunaan penyelesaian ketersambungan terurus yang lengkap untuk para pelanggan di seluruh pasaran tenaga, maritim penumpang dan komersial serta perusahaan.

Eric Sung, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden Intellian mengulas: “Intellian berbesar hati mengumumkan kerjasama yang lebih mantap dengan Speedcast yang menambahkan lagi kejayaan hubungan kerjasama sedia ada. Dengan kehadiran dan kepakaran global Speedcast merentasi pelbagai sektor pasaran, perjanjian ini menandakan kerjasama yang penting dalam industri. Kerjasama ini akan membolehkan kami terus menyediakan penyelesaian dan nilai yang inovatif kepada pelanggan di seluruh dunia serta menangani permintaan yang semakin meningkat terhadap komunikasi satelit di seluruh pasaran yang kami sertai.”

INTELLIAN MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA BERBILANG TAHUN DENGAN SPEEDCAST UNTUK MEMENUHI PENINGKATAN PERMINTAAN KOMUNIKASI SATELIT

MATTHEWS INTERNATIONAL MEMPEROLEH OLBRICH GMBH DAN R+S AUTOMOTIVE GMBH, MEMPERLUAS KEUPAYAAN KEJURUTERAAN UNTUK TENAGA

PITTSBURGH, Ogos 18 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Matthews International Corporation (NASDAQ GSM: MATW) hari ini mengumumkan bahawa Syarikat telah menyelesaikan pengambilalihan firma kejuruteraan berasaskan Jerman yang diumumkan sebelum ini, OLBRICH GmbH (“OLBRICH”) dan R+S Automotive GmbH (“R+S Automotive”), dengan harga EUR €43 juta (kira-kira A.S. $45 juta).

Beribu pejabat di Bocholt, Jerman, OLBRICH ialah pengeluar peralatan pengeluaran dan pintar, yang mengkhusus dalam peralatan pemprosesan berputar yang dibina khas, termasuk peralatan yang digunakan dalam pembuatan elektrod kering dan basah untuk penggunaan bateri litium-ion dalam kenderaan elektrik dan komponen untuk sel bahan api hidrogen dan elektrolisis, dengan kedudukan kukuh tambahan dalam Pengkhususan & Farma, Pembungkusan dan Rumah & Hiasan. R+S Automotive ialah penyedia perkhidmatan kejuruteraan khusus bagi konsep automasi, loji dan perkakas untuk syarikat pembuatan automotif di seluruh dunia. Syarikat merancang untuk mengintegrasikan OLBRICH dan R+S Automotive dengan perniagaan Saueressig Engineering and Energy, sebahagian daripada segmen Teknologi Perindustrian yang memfokuskan pada kejuruteraan kejituan tinggi untuk pelbagai aplikasi automasi industri termasuk penyelesaian tenaga tersuai berteknologi tinggi, permukaan, penandaan dan sistem pengekodan.

Joseph C. Bartolacci, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Matthews International, menyatakan, “Kami amat teruja untuk memperoleh OLBRICH dan R+S Automotive sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang kami untuk menawarkan portfolio lanjutan peralatan dan perkhidmatan kejuruteraan yang dibina khas untuk kenderaan elektrik yang sedang berkembang dan pasaran tenaga hijau yang lebih luas. Keupayaan gabungan kami menawarkan penyelesaian yang inovatif untuk mempercepatkan pembangunan penyelesaian hujung ke hujung untuk pengeluaran bateri elektrod kering dan penyelesaian tenaga lain. Bersama-sama, tawaran kami akan memberi kesan yang ketara ke atas penggunaan pasaran besar kenderaan elektrik dan memberi manfaat kepada keseluruhan industri penyelesaian tenaga. Pemerolehan strategik ini meneruskan pelaburan kami dalam teknologi dan mempercepatkan pengkomersialan inovasi baharu merentas pelbagai aplikasi automasi industri.”

MATTHEWS INTERNATIONAL MEMPEROLEH OLBRICH GMBH DAN R+S AUTOMOTIVE GMBH, MEMPERLUAS KEUPAYAAN KEJURUTERAAN UNTUK TENAGA

Wednesday, August 17, 2022

AGENSI PENGGALAKAN INDUSTRI IT BUSAN MEMILIH PROJEK BERSAMA XR KOREA-ASEAN 2022 SEBAGAI SATU KEDUDUKAN YANG KUKUH UNTUK MEMASUKI PASARAN ASEAN

Muzium Negara Bangkok, Thailand akan mempamerkan warisan kebudayaan mereka dengan menggunakan teknologi penciptaan kandungan XR Korea

Satu pilihan yang terdiri daripada 9 projek yang berjumlah kira-kira 2.3 juta USD akan ditunjukkan dan dikomersialkan

Syarikat-syarikat XR Korea yang berdaya saing dijangka memasuki pasaran global dan menjadi perintis bagi saluran eksport

BUSAN, Korea Selatan, 16 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Agensi Penggalakan Industri IT Busan (Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Mun-Seob Jeong), melalui Perkampungan Penumpuan ICT ASEAN-ROK, mengumumkan pemilihan sembilan projek baharu untuk Projek Bersama XR Korea-ASEAN 2022 bagi menunjukkan dan untuk menubuhkan syarikat-syarikat XR Korea yang berdaya saing, dan bagi mengembangkan teknologi XR dan Metaverse termaju ke dalam pasaran ASEAN.

Berikutan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-ROK 2019 yang diadakan di Busan, Perkampungan Penumpuan ICT ASEAN-ROK telah mula dilaksanakan pada tahun 2020. Projek itu dengan  matlamatnya untuk mengembangkan pertukaran ICT dan pertumbuhan bersama di Korea dan ASEAN adalah di bawah Agensi Penggalakan Industri IT Kebangsaan (NIPA) dan Agensi Penggalakan Industri IT Busan (BIPA), yang dihoskan oleh Kementerian Sains dan ICT Korea, dan Bandar Raya Metropolitan Busan.

Sembilan projek yang dipilih adalah seperti berikut:

1. Kandungan muzium XR dan platform pameran bagi Muzium Negara Bangkok, Thailand (Fun it Co., Ltd.)

2. Projek interaksi langsung penangkapan pergerakan seluruh badan avatar maya Indonesia (Kovee Co., Ltd., Filder tax Co., Ltd.)

3. Projek Demonstrasi Kandungan Sukan Penumpuan XR dan Pusat Pengalaman di Myanmar (Insol M&T Co., Ltd., KMPI Consortium Co., Ltd.)

4. Platform pameran maya Korea dan ASEAN berasaskan kepada galeri metaverse imersif 3D di Myanmar (GD Communication & Asian Arts Cooperation)

5. Penyelesaian senaman metaverse yang disesuaikan untuk jenis-jenis badan Vietnam dengan menggunakan teknologi dan kiosk pengecaman badan (Tiger AI, RH-Tech Co., Ltd., Kumpulan Kerjasama Perindustrian-Akademik bagi Universiti Dongmyeong)

6. Sistem latihan pistol taser polis di Indonesia menggunakan VR (Jacob System Co., Ltd., Premoem Co., Ltd.)

7. Jumlah sistem latihan golf yang menggunakan teknologi XR di Malaysia (Smile Square, Hello Studio Co., Ltd.)

8. Sistem teleperubatan dan kerjasama berasaskan AR di Indonesia (Hospital Universiti Nasional Pusan, ITIZ, ION-M Solution Co., Ltd.)

9. Pengeluaran kandungan pendidikan dan latihan keselamatan XR di Brunei (Safety XR) (YST Co., Ltd.)

BIPA merancang untuk membiayai projek-projek yang dinyatakan di atas yang berjumlah kira-kira 2.3 juta USD untuk demonstrasi dan pengkomersilan mereka di dalam pasaran ASEAN, yang dijadualkan untuk menyokong aplikasi bagi kandungan XR kepada pelbagai bidang perniagaan di rantau ASEAN.

Pada tahun 2021 sahaja, BIPA telah membiayai kira-kira 2.5 juta USD untuk enam projek, termasuk projek pembinaan platform pelancongan XR bagi Imperial City of Hue, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang menghasilkan di dalam pelancaran produk-produk pelancongan.

Mun-Seob Jeong, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif BIPA, berkata, “Saya berharap agar Projek Bersama XR Korea-ASEAN 2022 menjadi satu peluang yang baik bagi ASEAN dan ROK untuk memulakan kerjasama di dalam pelbagai projek. BIPA akan terus menemui dan menyokong projek-projek yang ditetapkan mengikut permintaan bagi rantau ASEAN.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16204

Tuesday, August 16, 2022

FESTIVAL MENUAI PRUNUS SALICINA KETIGA DIMULAKAN DI BANDAR RAYA YINGKOU DASHIQIAO

DASHIQIAO, China, 15 Ogos, 2022 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Pada 10 Ogos, persidangan langsung bagi Festival Menuai Prunus Salicina ke-3 dan Pameran Kecemerlangan Pencergasan Semula Luar Bandar dan Produk Pertanian Istimewa di bandar raya Yingkou Dashiqiao telah dibuka di Pangkalan Inkubasi Perniagaan Bandar Raya Dashiqiao.

Keadaan semula jadi yang unik dan persekitaran geografi bagi bandar raya Dashiqiao menghasilkan sumber pertanian dan perhutanan yang berkualiti tinggi. Prunus salicina adalah produk pertanian istimewa, dan ia telah menjadi kad pengenalan baharu bagi bandar raya itu, yang terkenal kerana kaya dengan selenium. Festival itu yang diadakan selama dua tahun berturut-turut telah menarik ramai peniaga dan menjadikannya sebagai satu gala untuk mempamerkan industri ciri-ciri pertanian bagi bandar raya Dashiqiao, menurut Pejabat Penerangan bagi bandar raya Dashiqiao.

Pada majlis perasmian itu, wakil dari enam perusahaan telah menandatangani kontrak dengan wakil-wakil utama untuk mempromosikan gabungan saluran jualan dalam talian dan luar talian. Acara itu mempunyai dua sesi kecil. Cawangan pertama terletak di sebelah pokok Prunus salicina yang lama di Bandar Zhoujia. Satu lelongan bagi Raja Plum telah diadakan di lokasi, dan hasil kutipan itu digunakan untuk menyokong usaha kebajikan awam bagi Dashiqiao. Pertemuan lain telah diadakan di Pangkalan Demonstrasi Ciri-ciri Industri Perkampungan Xifenggou Prunus salicina, di mana majlis menandatangani sebuah kontrak jualan Prunus salicina di antara sebuah koperasi pertanian tempatan dan sebuah syarikat perdagangan telah diadakan.

Bandar raya Dashiqiao bertegas untuk meningkatkan pertanian dengan membina jenama, dan telah pun mengusahakan 24 jenama produk pertanian peringkat kebangsaan dan wilayah, kata ZhangYu, timbalan datuk bandar bagi bandar raya Dashiqiao. Jenama ‘Dashiqiao Prunus salicina’ disenaraikan sebagai produk Petunjuk Geografi Kebangsaan dan satu daripada produk bagi projek perlindungan produk pertanian oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar. Ini mempercepatkan pencergasan semula bagi kawasan luar bandar, sekali gus meningkatkan pendapatan dan membawa kekayaan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bandar raya Dashiqiao telah dianugerahkan dengan daerah keselamatan kualiti produk pertanian kebangsaan, daerah teladan inovasi dan keusahawanan luar bandar, daerah perintis bagi promosi kualiti koperasi petani nasional di dalam seluruh daerah, serta daerah utama bagi kebolehjejakan keselamatan kualiti produk pertanian wilayah.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Bandar Raya Dashiqiao 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16197