Saturday, November 5, 2022

DESTINASI SOHOR KINI 2023 AMERICAN EXPRESS TRAVEL MENGUMUMKAN PERJALANAN TERATAS UNTUK SETIAP JENIS PENGEMBARA

 


Copenhagen, Florida Keys, Istanbul, Lisbon dan Mexico City antara destinasi teratas untuk dikunjungi 

NEW YORK, 3 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini, American Express Travel telah menerbitkan Senarai Destinasi Sohor Kini 2023¹, menampilkan sepuluh destinasi pelancongan paling popular pada tahun depan, yang dikenal pasti melalui penempahan perjalanan Ahli American Express Card® di seluruh dunia. Untuk setiap destinasi ini, Perunding American Express Travel juga telah mencipta jadual perjalanan tiga hari, memberikan inspirasi tentang tempat penginapan, makanan, membeli-belah dan penerokaan budaya tempatan yang teratas, bersama cara Ahli Platinum Card® boleh menghabiskan “hari cuti bonus” yang mereka terima dengan daftar keluar 4:00 petang yang dijamin apabila mereka menempah hartanah Fine Hotels + Resorts® melalui American Express Travel.

“Apabila Ahli Kad menempah perjalanan melalui American Express Travel, mereka mengamanahkan sumber mereka yang paling bernilai kepada kami, iaitu masa,” kata Audrey Hendley, Presiden American Express Travel. “Kehadiran global kami, kepakaran lebih 100 tahun dalam perjalanan serta pemahaman Ahli Kad kami yang mendalam bermaksud kami mempunyai keupayaan unik untuk memberikan inspirasi kepada pengembara dengan senarai Destinasi Sohor Kini tahun ini, mempermudah proses perancangan dan menasihati pengembara tentang perkara untuk dilakukan di destinasi dengan yakin.”

Tinjauan Amex Trendex2 terkini mendapati bahawa 50% daripada orang dewasa mengatakan mereka menghabiskan masa sekurang-kurangnya lima jam semasa merancang cuti. Untuk membantu pengembara menjimat masa dan menikmati perjalanan mereka sepenuhnya, Perunding American Express Travel telah mencipta jadual perjalanan hujung minggu tiga hari untuk setiap Destinasi Sohor Kini untuk memberikan inspirasi tentang tempat penginapan, makanan yang terbaik serta aktiviti untuk menerokai budaya tempatan.

81% responden tinjauan Amex Trendex² bersetuju bahawa mereka mahu memaksimumkan setiap jam perjalanan mereka, yang menjadikan panduan pakar dalam jadual perjalanan Destinasi Sohor Kini sumber amat berharga. Sama ada melancong secara bersendirian, mengembara bersama rakan atau meluangkan masa bersama keluarga, jadual perjalanan mengandungi perkara untuk semua orang, daripada menemukan churro terbaik di Mexico City dan bermain dengan koala di Sydney hingga rawatan spa mewah di Paris dan penjelajahan hutan mapel di Vermont. 

Selain itu, 88% responden tinjauan bersetuju bahawa mereka berharap tempoh perjalanan mereka lebih panjang. Ahli Platinum Card mendapat manfaat daftar keluar lewat 4:00 petang yang dijamin apabila mereka menempah hartanah Fine Hotels + Resorts melalui American Express Travel. Daftar keluar lewat, salah satu manfaat premium yang dibuka kunci semasa menempah dengan American Express Travel, memberi pengembara “hari bonus” untuk melanjutkan cuti mereka. Jadual perjalanan Destinasi Sohor Kini menyerlahkan cara menggunakan masa tersebut, jadi Ahli Kad dapat menikmati perjalanan mereka sepenuhnya, termasuk kelas keju pakar di Paris, belayar ke Prince’s Islands di Istanbul dan lawatan membeli-belah barangan Portugis tulen di Lisbon. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16477

HAB INOVASI ANTARA BUDAYA: MENYERU PROJEK MEMPROMOSIKAN MASYARAKAT YANG INKLUSIF DAN PELBAGAI

Mohon sekarang untuk menjadi Pembuat Perubahan Global Yang Seterusnya

· Hab Inovasi Antara Budaya baharu UNAOC dan Kumpulan BMW menghubungkan manusia dan budaya, memperkasakan organisasi akar umbi dan meningkatkan inovasi antara budaya.
· Projek terpilih yang menggalakkan kepelbagaian, integrasi dan rangkuman sosial akan berusaha ke arah mencapai pertumbuhan lestari.
· Peserta akan mendapat manfaat daripada geran kewangan sehingga USD 20,000 serta setahun bengkel pembinaan kapasiti, sokongan tersuai dan keahlian bagi platform rangkaian global "Pemimpin Antara Budaya".
· Tarikh Akhir untuk Permohonan: 2 Disember 2022 di www.interculturalinnovation.org

MUNICH, Jerman dan NEW YORK,  4 Nov(Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sejak tahun 2011, UNAOC dan Kumpulan BMW telah bekerjasama dengan pemimpin dan organisasi dari seluruh dunia untuk menangani cabaran antara budaya melalui inovasi sosial. Dengan Hab Inovasi Antara Budaya baharu, misi kami ialah untuk menghubungkan manusia dan budaya, memperkasakan organisasi akar umbi serta meningkatkan dan menambah inovasi antara budaya. Untuk tujuan ini, organisasi yang mempromosikan kepelbagaian, integrasi dan rangkuman sosial dijemput untuk menjadi sebahagian daripada hab dan mendapat manfaat daripada sokongan menyeluruh untuk mengembangkan impak sosial bagi projek mereka. 

Friday, November 4, 2022

HYTERA MELANCARKAN PROGRAM PENGAMBILAN RAKAN NIAGA DI ASIA DAN AFRIKA

SHENZHEN, China, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, melancarkan program pengambilan rakan niaga terbuka kepada syarikat di negara Asia dan Afrika.

Sebagai syarikat yang memainkan peranan utama dalam pasaran komunikasi profesional, Hytera menawarkan satu daripada portfolio produk paling komprehensif yang terdiri daripada Radio Mudah Alih Digital (DMR), Tekan untuk Bercakap melalui Selular (PoC) dan radio bersiri Radio Berbatang Terestrial (TETRA), badan kamera dan aksesori. Oleh sebab pengalaman yang berdekad lamanya dalam pasaran, Hytera telah berkhidmat dengan pelbagai sektor industri termasuk keselamatan awam, utiliti, minyak dan gas, pengangkutan, tindak balas kecemasan, hospitaliti, keselamatan persendirian dan pengurusan kemudahan.

Program baharu dibangunkan untuk mengembangkan lagi rangkaian rakan niaga global Hytera yang terdiri daripada pengedar, penjual semula, pengintegrasi sistem dan pengendali mudah alih. Ini akan meningkatkan momentum kepada pertumbuhan Hytera, terutamanya di Asia dan Afrika. “Bersama program rakan niaga baharu, kami menawarkan senarai manfaat untuk rakan niaga saluran dan rakan niaga sektor industri Hytera,” kata Wilson Hu, Pengarah Jabatan Pembangunan Saluran Hytera. “Pelan Pembolehan Rakan Niaga Hytera juga disediakan untuk membantu rakan niaga baharu dan memperkasakan rakan niaga tersebut untuk meningkatkan keuntungan dalam pasaran sedia ada serta berkembang kepada pasaran baharu.”

Program ini merangkumi manfaat dalam insentif jualan, terma pembiayaan, pemasaran bersama, perkhidmatan selepas jualan dan petunjuk yang diberikan oleh pengilang. Selain itu, Pelan Pembolehan Rakan Niaga Hytera bertujuan untuk memberikan perniagaan kelebihan daya saing tambahan dengan memastikan setiap rakan niaga memenuhi standard kualiti global. Standard yang tinggi penting bagi pengguna komunikasi profesional, kerana mereka mesti boleh bergantung pada kelengkapan komunikasi mereka bagi membantu mereka menjalankan operasi harian mereka dengan lebih cekap, produktif dan selamat.

Bekerjasama dengan rakan niaga saluran dan industri terbaik menjadi tonggak utama keupayaan Hytera untuk menyampaikan nilai murni kepada pengguna. Oleh itu, dengan hanya kerjasama rapat antara Hytera dengan rakan niaga boleh memastikan bahawa keperluan pelbagai komunikasi profesional dapat dipenuhi. Gabungan produk komunikasi dan penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi daripada Hytera akan memberi rakan niaga kelebihan daya saing yang diperlukan untuk memenangi lebih banyak perniagaan dan mempercepat pertumbuhan syarikat.

Sekarang ialah masa yang sesuai untuk bekerjasama dengan Hytera, kerana trend global ke arah pendigitalan menawarkan peluang hebat kepada industri ICT. Semakin banyak industri sedang mencari jalan untuk menambah baik kecekapan, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos dengan mendigitalkan operasi perniagaan masing-masing, terutamanya sistem komunikasi.

Ketahui lebih lanjut tentang Program Pengambilan Rakan Niaga Hytera:
https://bit.ly/3NiGFaE

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 0002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan. Ketahui lebih lanjut di https://www.hytera.com/en/home.html.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16480

MPC LANCAR PORTAL PRODUCTIVITY CHAMPION IKTIRAF BAKAT PRODUKTIF DAN BERDAYA SAING TINGGI

PETALING JAYA, 3 Nov (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah melancarkan portal e-Productivity Champion (ePC), satu platform dalam talian bagi pendaftaran dan pengiktirafan kepada individu yang banyak memberi sumbangan ke arah peningkatan produktiviti dan daya saing organisasi dan negara.

Program Productivity Champion yang diperkenalkan pada tahun 2022 bertujuan mengiktiraf bakat berproduktiviti tinggi serta menyumbang kepada pengembangan organisasi, industri, dan negara melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I), penambahbaikan proses dan produk, pendigitalan perniagaan, pengurusan dan pentadbiran, serta pengukuhan ekosistem perniagaan. 

Sehingga September 2022, MPC telah mengiktiraf 3,880 individu sebagai Productivity Champion.

Pengerusi MPC, Ram Ganesan Karthigasu, dalam ucapan beliau ketika perasmian pelancaran portal ePC berkata, “Pekerja merupakan aset pertumbuhan produktiviti yang pesat sama ada di peringkat organisasi mahupun negara. Pengiktirafan Productivity Champion oleh MPC memberi nilai tambah kepada individu dan meningkatkan kredibiliti pekerja. MPC berharap pengiktirafan ini dapat memajukan kerjaya pekerja, justeru mereka menjadi individu pilihan majikan”. Pelancaran ePC diadakan ketika Persidangan Kebangsaan Academy in Factory (AiF) pada 20 Oktober 2022 secara dalam talian.

Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman berkata, “Program Productivity Champion merupakan salah satu program induk dalam inisiatif pembangunan bakat MPC. Peningkatan produktiviti pada peringkat individu iaitu tahap yang paling asas amat penting seterusnya memberi kesan kepada prestasi enterpris.”

“Objektif utama Program Productivity Champion, selain mengiktiraf individu produktif dan berdaya saing, ialah untuk mengembangkan komuniti produktiviti bagi meneraju industri, menjadi platform perkongsian amalan terbaik, pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman dalam mengukuhkan organisasi, dan menggalakkan transformasi dan inovasi masyarakat dan organisasi melalui kreativiti, idea baru, dan teknik produktiviti.”

“Dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), MPC telah mengenalpasti antara cabaran yang dihadapi oleh negara ialah untuk mempercepatkan inisiatif pembangunan bakat dalam mendepani cabaran dan pekerjaan baharu serta membangunkan tenaga kerja tersedia masa hadapan.”

“Berdasarkan Laporan World Talent Ranking 2021 terbitan Institute for Management Development (IMD), negara dengan pertumbuhan produktiviti yang tinggi berada pada kedudukan yang baik dalam penarafan bakat global. Ini menunjukkan kepentingan sumber manusia kepada prestasi produktiviti.”

“Program Productivity Champion ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai pekerja untuk terus meningkatkan produktiviti dan daya saing diri. ”

Pengiktirafan Productivity Champion adalah berdasarkan tiga kategori utama iaitu Peneraju (Leader), Pengamal (Practitioner), dan Bakat (Talent). Setiap kategori mempunyai kriteria penganugerahan tersendiri. Individu yang diiktiraf sebagai Productivity Champion seterusnya mempunyai peluang untuk menyertai program Productivity Specialist di bawah Badan Pensijilan MPC yang diakreditasi Asian Productivity Organisation (APO).

Maklumat lanjut mengenai program Productivity Champion boleh didapati dengan melayari laman sesawang https://www.mpc.gov.my/epc.

Sumber: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16476

Thursday, November 3, 2022

EDITH COWAN UNIVERSITY MEMPERHALUS PENGALAMAN PEMBELAJARAN DIGITAL BERSAMA BOOMI




• 
Boomi membantu universiti Australia Barat yang terkemuka membuat data lebih mudah diakses untuk pengalaman dalam talian kakitangan dan pelajar yang lebih baik, sambil mencipta kecekapan dalam jabatan teknologi
• Edith Cowan University menyertai universiti terkemuka lain di seluruh dunia dalam memilih platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) peneraju kategori dan pemenang Gold Globee Award® Boomi untuk mencapai hasil perniagaan yang lebih baik

CHESTERBROOK, Pa., 2 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan bahawa Edith Cowan University (ECU) telah melaksanakan Platform Boomi AtomSphere™ dengan tujuan mencipta rangka kerja digital yang menggalakkan akses dan perkongsian data di seluruh universiti untuk keterlibatan dalam talian kakitangan dan pelajar yang dipertingkatkan.

Terletak di Australia Barat, Edith Cowan University menyokong lebih daripada 30,000 pelajar prasiswazah dan pascasiswazah, serta berjanji melengkapkan graduan yang sedia bekerja dengan pengalaman pembelajaran yang memperkaya. Bagi mengukuhkan janji ini, pihak universiti berusaha memastikan kakitangan dan pelajar boleh mengakses maklumat yang betul, pada masa yang sesuai melalui pelbagai platform pelajar yang tersedia secara andal.

“Kami menyimpan bilangan data penting yang besar merentas tindanan aplikasi kami, yang diakses dan digunakan oleh kakitangan dan pelajar sepanjang hari persekolahan untuk mendapatkan wawasan dan sokongan keputusan,” kata Vito Forte, Ketua Pegawai Maklumat (CIO), ECU. “Pemilikan alatan yang sesuai seperti platform Boomi membantu memastikan bahawa maklumat adalah tepat dan boleh dipercayai, yang kritikal untuk keberkesanan aplikasi awan berasaskan IaaS kami, serta pelbagai aplikasi SaaS yang kami jalankan.”

Sebelum ini, ECU bergantung pada integrasi guna sekali, titik ke titik dengan menggunakan pelbagai teknologi, pendekatan yang tidak lagi boleh dilaksanakan. Bagi memodenkan integrasi sistem perniagaan serta melanjutkan seni bina rujukan integrasi dan proses pembangunan, pihak universiti telah memilih iPaaS natif awan dan kod rendah Boomi untuk membantu menghubungkan dan mengatur lebih banyak data dalam masa yang lebih singkat.

Pihak universiti memanfaatkan Platform Boomi AtomSphere untuk membina keupayaan integrasi disatukan yang menyokong corak dan standard reka bentuk boleh guna semula, dibantu oleh seni bina rujukan integrasi universiti. Ini dapat memastikan pendekatan reka bentuk penyelesaian yang konsisten dan menggalakkan gandingan yang minimum, penggunaan semula perkhidmatan yang tinggi dan peningkatan kebolehskalaan. Projek ECU melibatkan penghubungan sistem pengurusan perhubungan pelanggan Salesforce, sistem pengurusan pembelajaran, sistem pengurusan pelajar dan sistem pengurusan Sumber Manusia (HR), serta Azure Event Hub dan Azure Data Explorer bagi menyokong analisis bahagian belakang untuk pengelogan, penyahpepijatan dan pemantauan penggunaan perkhidmatan integrasi kakitangan IT. Boomi juga menyokong analisis dan pelaporan ECU tentang pengurusan pelajar kepada sistem supaya universiti boleh sentiasa menilai keterlibatan dalam talian.

Di samping itu, iPaaS peneraju kategori ini telah membantu mempercepat usaha pembangunan di dalam bilik IT, membolehkan pelancaran perkhidmatan dan aplikasi baharu direalisasikan dalam masa beberapa minggu dan bukannya beberapa bulan. Seni bina aplikasi fleksibel Boomi telah menjimatkan overhed pembangunan dan penyelenggaraan platform yang ketara, membolehkan ECU menumpukan kepada seni bina rujukan, termasuk memperkenalkan ketekalan data, baris gilir mesej, pengurusan API dan keselamatan.

“Universiti Australia diiktiraf secara sah atas kepimpinan teknologi masing-masing dan sebahagian besar daripada universiti tersebut berada pada tahap penting dalam keupayaan menyediakan pengalaman dan kurikulum yang disesuaikan kepada pelajar,” kata Nathan Gower, Pengarah, Australia dan New Zealand (ANZ) di Boomi. “Dalam dunia pembelajaran hibrid dan kampus digital, peluang bagi inovasi terlalu banyak dan ECU memanfaatkan data untuk mendapatkan hasil pelajar dan guru yang lebih baik. Pelajar natif digital tidak harus perlu meneliti sumber yang berbeza untuk mencari perkara yang diperlukan – maklumat mesti tepat dan tersedia, memberikan gambaran sepenuhnya dalam talian. ECU merekayasa lebih banyak laluan pembelajaran yang diperibadikan dengan menggunakan Platform Boomi AtomSphere bagi memastikan akses kepada data yang tepat pada masanya, lancar dan boleh dipercayai, tanpa menyukarkan pasukan IT dengan kesulitan yang timbul daripada kitaran pembangunan tradisional.”

Boomi telah ditempatkan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Integrasi Perusahaan sebagai Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Sebagai syarikat global yang berkembang maju dalam bidang perisian sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi mempunyai komuniti pengguna yang semakin bertambah dengan lebih daripada 100,000 ahli dan satu daripada tatasusunan terbesar pengintegrasi sistem global (GSI) dalam bidang iPaaS. Syarikat tersebut mempunyai rangkaian di seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 800 rakan niaga, termasuk Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; serta bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan hiperpenskala yang terbesar, Amazon Web Services, Google dan Microsoft, antara lain. Baru-baru ini, syarikat tersebut menerima Anugerah Gold Globee® dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS) dan telah memperoleh penilaian 5 bintang yang berprestij dalam Panduan Program Rakan Niaga CRN, senarai muktamad program rakan niaga yang paling penting daripada vendor teknologi peneraju industri yang menyediakan produk berinovatif dan perkhidmatan fleksibel melalui saluran IT. Platform Boomi AtomSphere membantu organisasi menghubungkan aplikasi data, memperkemas aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih berintegrasi merentas semua industri.

Sumber Tambahan
• Ketahui lebih lanjut tentang Platform Boomi AtomSphere
• Terokai Komuniti Boomiverse
• Ikuti Boomi dalam TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Penafian Gartner:

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian tertinggi atau penetapan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau syarikat gabungan di Amerika Syarikat dan pada peringkat antarabangsa, serta digunakan di sini dengan keizinan. Hak cipta terpelihara. Perhatian: Boomi telah dikenali sebagai Dell Boomi dari tahun 2014 hingga 2019.

Maklumat Tentang Boomi

Boomi bertujuan menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segala-galanya, di mana-mana jua. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini syarikat global perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) peneraju kategori, Boomi mempunyai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dengan rangkaian di seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemukan, mengurus dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.boomi.com.

© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’, Boomiverse dan AtomSphere ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52954143/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16474

Wednesday, November 2, 2022

TERUSAN PINGLU AKAN MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN KOMUNITI CHINA-ASEAN YANG LEBIH DEKAT BAGI MASA DEPAN YANG SAMA

NANNING, China, 2 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Dalam tiga suku pertama bagi tahun ini, jumlah perdagangan di antara China dan ASEAN telah mencecah RMB 4.7 trilion, satu peningkatan sebanyak 15.2%, untuk menyumbang 15.1% daripada jumlah perdagangan luar China. Di antaranya, eksport ke ASEAN telah meningkat 22% kepada RMB 2.73 trilion, import dari ASEAN ialah RMB 1.97 trilion, satu peningkatan sebanyak 6.9%. Jelas sekali, China dan ASEAN adalah rakan dagang terbesar di antara satu sama lain.

Dengan berkuat kuasanya Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), kerjasama perdagangan dan pelaburan di antara China dan ASEAN telah membawa peluang-peluang yang semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa jumlah perdagangan di antara China dan ASEAN akan terus berkembang pesat di masa hadapan. Tambahan pula, China menumpukan usaha yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk bersiap sedia bagi pembangunan ini dengan membina sebuah terusan, Terusan Pinglu, di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang yang berjiran dengan blok ASEAN, dengan hasrat untuk mempercepatkan pengangkutan barangan di antara China dan ASEAN.

Pembinaan Terusan Pinglu itu, yang dirancang dengan jumlah panjang keseluruhan kira-kira 135 kilometer dan dijangka menelan belanja satu anggaran jumlah pelaburan melebihi RMB 72 bilion, telah pun dimulakan pada Ogos tahun ini. Ia dijadualkan dibuka untuk pelayaran dalam tempoh empat tahun dan dirancang untuk mengendalikan kapal seberat 5,000 tan. Terusan Pinglu itu bermula dari Bandar raya Hengzhou di peringkat daerah di Kota Nanning, dan memasuki Teluk Beibu melalui Sungai Qinjiang di Daerah Lingshan di Bandar raya Qinzhou, demikian menurut Pinglu Canal Group Co., Ltd.

Menurut Wu Peng, seorang pakar di dalam perancangan dan reka bentuk bagi projek Terusan Pinglu, “Terusan Pinglu itu akan menjadi satu pencapaian perintis dalam sejarah pembinaan terusan di China, kerana ia merupakan terusan terbesar seumpamanya. Kapal-kapal pedalaman boleh berlayar terus ke pelabuhan laut. Apabila siap nanti, ia akan menjadi sebuah terusan yang sangat sibuk yang terkenal kerana jumlah muatan yang besar, kapal yang mempunyai berat tan yang besar dan sejumlah besar kapal.”

TERUSAN PINGLU AKAN MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN KOMUNITI CHINA-ASEAN YANG LEBIH DEKAT BAGI MASA DEPAN YANG SAMA

Tuesday, November 1, 2022

SAMBUTAN HARI INTEGRITI SSM SEMARAKKAN NILAI INTEGRITI WARGA KERJA

 


KUCHING, 1 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 31 Oktober 2022 telah menganjurkan majlis sambutan Hari Integriti SSM 2022 bagi menunjukkan komitmen SSM untuk membudaya dan menyemarakkan nilai integriti dalam kalangan warga kerjanya.

 
Majlis yang dianjurkan di pejabat SSM Negeri Sarawak telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Nor Azimah berkata, penganjuran majlis ini adalah salah satu inisiatif SSM ke arah memartabatkan amalan integriti yang menjurus kepada sikap jujur dan patuh terhadap prinsip nilai moral serta etika yang kuat.
 
Tambah beliau, integriti di kalangan warga SSM adalah amat penting memandangkan setiap warga SSM diperlukan untuk bertindak secara beramanah kepada kuasa dan tugasnya, telus, tulus, tiada konflik peribadi, mempunyai akauntabiliti dan patuh kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
 
Pada sambutan Hari Integriti SSM 2022 ini, Datuk Nor Azimah juga telah merasmikan Majlis Pelancaran Ke Arah Pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS). Pensijilan ABMS adalah piawaian antarabangsa yang menetapkan syarat dan memberikan panduan kepada sesebuah organisasi untuk mewujud, melaksana, memantau, mengkaji dan menambah baik sistem serta proses bagi membantu untuk mengelak, mengesan dan bertindak dengan cepat terhadap perlakuan rasuah selain mempromosi budaya berintegriti, telus dan pematuhan kepada undang-undang.
 
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Penolong Pesuruhjaya (PPj), YBrs. Tuan Othman Anyan, Ketua Cawangan Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Sarawak dan YBrs. Tuan Wan Mohamad Wan Drahman, Ketua Penolong Pengarah, Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS).
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.
 
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 31 OKTOBER 2022

SUMBER: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16469