Friday, September 1, 2023

TOSHIBA MELANCARKAN MOSFET SIC GENERASI KE-3 UNTUK KELENGKAPAN INDUSTRI DENGAN PAKEJ EMPAT PIN YANG MENGURANGKAN KEHILANGAN PENSUISAN




Table

Toshiba: MOSFET SiC generasi ke-3 untuk kelengkapan industri dengan pakej empat pin yang mengurangkan kehilangan pensuisan. (Grafik: Business Wire)


KAWASAKI, Jepun, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (Toshiba) telah melancarkan MOSFET dwisilikon karbida (SiC), "Siri TWxxxZxxxC,” yang menggunakan pakej TO-247-4L(X) empat pin, serta berupaya mengurangkan kehilangan pensuisan dengan cip MOSFET SiC generasi ke-3 syarikat yang terkini[1] untuk kelengkapan industri. Jumlah penghantaran sepuluh produk, lima produk dengan pengkadaran 650V dan lima lagi dengan pengkadaran 1200V bermula pada hari ini.

Produk baharu ini merupakan yang pertama dalam barisan MOSFET SiC Toshiba menggunakan pakej TO-247-4L(X) empat pin, serta membolehkan penyambungan Kelvin terminal punca isyarat untuk pemacu get. Pakej ini boleh mengurangkan kesan kearuhan wayar punca dalam pakej, menambah baik prestasi pensuisan berkelajuan tinggi. Untuk TW045Z120C baharu, kehilangan pensuisan menghidupkan ialah kira-kira 40% lebih rendah dan kehilangan pensuisan mematikan berkurangan kira-kira 34%[2], berbanding dengan produk semasa Toshiba TW045N120C dalam pakej TO-247 tiga pin. Ini membantu mengurangkan kehilangan kuasa kelengkapan.

Rujukan reka bentuk untuk penyongsang tiga fasa yang menggunakan MOSFET SiC diterbitkan secara dalam talian.

Toshiba akan terus mengembangkan barisan produk bagi memenuhi trend pasaran dan menyumbang untuk menambah baik kecekapan kelengkapan dan membesarkan kapasiti kuasa.

Catatan:
[1] Setakat bulan Ogos 2023.
[2] Setakat bulan Ogos 2023, nilai yang diukur oleh Toshiba (syarat ujian: VDD=800V, VGG=+18V/0V, ID=20A, RG=4.7Ω, L=100μH, Ta=25°C)

Aplikasi
· Bekalan kuasa elektrik pensuisan (pelayan, pusat data, kelengkapan komunikasi dan sebagainya)
· Stesen pengecasan EV
· Penyongsang fotovoltaik
· Bekalan kuasa tidak terganggu (UPS)
 
Ciri Produk
· Pakej TO-247-4L(X) empat pin:
Kehilangan pensuisan dikurangkan dengan penyambungan Kelvin terminal punca isyarat untuk pemacu get
· MOSFET SiC generasi ke-3
· Dalam rintangan punca saliran yang rendah × cas saliran get
· Voltan diod maju yang rendah: VDSF=-1.35V (tipikal) (VGS=-5V)

Table

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu.
TW015Z120C
TW030Z120C
TW045Z120C
TW060Z120C
TW140Z120C
TW015Z65C
TW027Z65C
TW048Z65C
TW083Z65C
TW107Z65C

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai MOSFET Toshiba.
MOSFET

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai cadangan penyelesaian Toshiba.

Aplikasi
Pelayan
Bekalan Kuasa Tidak Terganggu
Lampu LED

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu di pengedar dalam talian, kunjungi:
TW015Z120C
Beli Dalam Talian

TW030Z120C
Beli Dalam Talian

TW045Z120C
Beli Dalam Talian

TW060Z120C
Beli Dalam Talian

TW140Z120C
Beli Dalam Talian

TW015Z65C
Beli Dalam Talian

TW027Z65C
Beli Dalam Talian

TW048Z65C
Beli Dalam Talian

TW083Z65C
Beli Dalam Talian

TW107Z65C
Beli Dalam Talian

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis diberikan terdahulu.

Maklumat Tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan termaju, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang luar biasa.
Tenaga kerja syarikat seramai 21,500 di seluruh dunia berkongsi keazaman untuk memaksimumkan nilai produk dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai bersama dan pasaran baharu. Bersama jualan tahunan yang menghampiri 800 bilion yen (AS$6.1 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membina dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk orang ramai di mana-mana sahaja.
Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53546551/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Kuasa
Tel: +81-44-548-2216
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

AI-MEDIA DAN MIDDLEMAN UMUMKAN PERKONGSIAN SISIPAN IKLAN

 BROOKLYN, N.Y., 1 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- AI-Media, dan Middleman Software, Inc., pembekal terkemuka penyelesaian pemesejan SCTE 104 dan 35, telah bergabung tenaga untuk menawarkan penyelesaian pemesejan SCTE 104/35 yang berkuasa dan disatukan untuk aliran kerja pengeluaran langsung kepada penyiar.


AdIT: AdIT Live Middleman Software merevolusikan penjanaan mesej SCTE 104 dan 35 dalam masa nyata, membolehkan pengewangan acara langsung terus ke strim yang tidak memerlukan sistem automasi mainkan.

Alta: Perisian Pengekod Kapsyen Alta AI-Media menyepadukan kapsyen tertutup secara langsung, sari kata dan suntikan mesej SCTE 104/35 ke dalam persekitaran penghasilan video IP secara langsung, menjadikannya pilihan semula jadi untuk penyiar.

Seni Bina yang Dipermudah

Melalui penyepaduan lancar AdIT Live dan Alta, penyiar secara automatik boleh menjana dan menyuntik sebarang mesej SCTE 104 dan 35 terus ke dalam strim pengangkutan ST 2110 dan MPEG, di samping data kapsyen tertutup dan sari kata. Tiada komponen tambahan dalam rantaian isyarat diperlukan.

Berbilang Profil dalam Strim Tunggal

AdIT Live dan Alta Software menyokong keseluruhan standard SCTE 104/35, menawarkan keupayaan lanjutan yang memperkasakan penyiar. Satu ciri yang ketara ialah keupayaan untuk menghalakan berbilang “strim” mesej SCTE 104/35 yang berbeza kepada penerima individu melalui strim video yang sama dengan memanfaatkan nilai indeks DPI PID untuk mengenal pasti perkhidmatan unik, memastikan pengedaran yang cekap dan selari tanpa membazirkan lebar jalur.

Penyelesaian bersama ini memudahkan dan mempertingkatkan aliran kerja pengeluaran langsung dan buat julung kalinya menyediakan kawalan dan fleksibiliti kepada penyiar untuk memaksimumkan hasil pengiklanan pada skala.

Ketua Pegawai Eksekutif Middleman James Heliker menyatakan: “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan AI-Media untuk menyampaikan penyelesaian yang komprehensif dan moden pemesejan SCTE 104/35 untuk pengeluaran langsung. Kerjasama kami meletakkan penanda aras baharu untuk industri, memperkasakan penyiar dengan kawalan lanjutan, fleksibiliti dan keupayaan pengewangan dalam produksi langsung mereka."

Bill McLaughlin, Ketua Pegawai Produk, AI-Media, mengulas mengenai perkongsian itu:“Sistem Alta kami telah mendapat populariti yang ketara dalam kalangan rangkaian penyiaran besar tradisional dan saluran sukan OTT yang terkemuka di dunia kerana fleksibiliti uniknya dalam menyuntik pencetus SCTE masa nyata ke dalam aliran kerja termampat atau SMPTE-2110. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelanggan kami bergelut untuk mengisi mesej pencetus ini dengan data terperinci daripada sumber risikan perniagaan yang lain.

Untuk menangani cabaran ini, kami telah bekerjasama dengan Middleman untuk menggabungkan sistem AdIT mereka untuk menawarkan lapisan integrasi yang mengoptimumkan kelebihan automasi dan pengewangan kandungan bagi penyelesaian SCTE-35 yang lengkap. Dengan menggabungkan AdIT dengan Alta, sistem pencetus boleh mengatasi isyarat hidupkan/matikan tradisional, membuka kunci pelbagai kemungkinan. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Middleman dalam bidang ini dan juga kerjasama akan datang.”

Perihal AI-Media

Ditubuhkan di Australia pada tahun 2003, syarikat teknologi AI-Media ialah peneraju global dalam penyelesaian kapsyen, transkripsi dan terjemahan secara langsung dan dirakam. Syarikat itu membantu bukan sahaja penyiar, perusahaan dan agensi kerajaan terkemuka dalam dunia dalam memastikan ketepatan tinggi, kapsyen selamat dan kos efektif melalui penyelesaian kapsyen automatik LEXI yang dikuasakan AI. Kapsyen LEXI dihantar kepada berjuta-juta skrin di seluruh dunia melalui rangkaian pengekod kapsyen AI-Media dan Rangkaian Awan iCap – rangkaian penghantaran kapsyen terbesar dan paling selamat di dunia. Pada peringkat global, AI-Media menyampaikan lebih 8 juta minit siaran langsung dan media rakaman setiap bulan. AI-Media diniagakan di Bursa Saham Australia (ASX:AIM). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati AI-Media.tv.

Mengenai Middleman

Sejak penubuhannya pada tahun 2017, Middleman Software, Inc. telah berada di barisan hadapan merevolusikan aliran kerja media melalui automasi. Syarikat itu telah muncul sebagai penyedia terkemuka teknologi pengewangan iklan termaju, menyampaikan keupayaan canggih kepada rangkaian utama dan kumpulan stesen. Produk andalan mereka, AdIT, mengautomasikan penjanaan mesej SCTE 104 dan 35 agar penyiar boleh melaksanakan sisipan iklan dinamik tepat bingkai pada suapan OTT mereka dengan lancar. Dengan AdIT, penyiar mengalami peningkatan hasil yang ketara tanpa mengganggu operasi penyiaran sedia ada. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Middleman Software, Inc. dan AdIT, sila lawati Middleman.tv.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5845b76f-8bf0-4aae-a882-c1bf42246f57

Maklumat Hubungan Media:
Fiona Habben
Pengurus Pemasaran Kanan - Global
Fiona.habben@ai-media.tv
 
Sumber: Ai-Media Technologies LLC

--BERNAMA

STARR MENAMAKAN CHRISTOPHER MAGEE SEBAGAI NAIB PRESIDEN, KETUA BARISAN PRODUK INSURANS DAN LIABILITI PROFESIONAL ANTARABANGSA

Christopher Magee, Naib Presiden, Ketua Barisan Produk Insurans dan Liabiliti Profesional Antarabangsa (Foto: Business Wire)

 NEW YORK, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Insurance pada hari ini mengumumkan bahawa Christopher Magee telah menyertai syarikat tersebut sebagai Naib Presiden, Ketua Barisan Produk Insurans dan Liabiliti Profesional Antarabangsa, jawatan baharu yang memberikan tumpuan kepada mengembangkan perniagaan di luar Amerika Syarikat dan membantu pelanggan menguruskan risiko masing-masing di seluruh dunia.


Chris mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam pengurusan barisan produk insurans di syarikat insurans multinasional Amerika Syarikat yang besar di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Switzerland. Sepanjang kerjayanya, beliau mempunyai kepakaran dalam risiko liabiliti kewangan dan profesional.

Berkelulusan dari Universiti Rhode Island, Chris baru-baru ini berpindah dari London dan akan ditempatkan di New York City.

Maklumat Tentang Starr Insurance

Starr Insurance (atau Starr) ialah nama pemasaran bagi syarikat dan anak syarikat pengendalian insurans dan bantuan perjalanan Starr International Company, Inc., serta untuk perniagaan pelaburan C.V. Starr & Co., Inc. dan anak syarikat. Starr ialah organisasi insurans dan pelaburan terkemuka dengan kehadiran di enam benua; melalui syarikat pengendalian insurans, Starr menyediakan produk insurans harta benda, kasualti dan kemalangan, kesihatan serta rangkaian perlindungan khusus merangkumi insurans penerbangan, marin, tenaga dan kasualti lebihan. Anak syarikat bagi syarikat insurans Starr yang berdomisil di Amerika Syarikat, Bermuda, China, Hong Kong, Malta, Singapura, Switzerland dan United Kingdom masing-masing mempunyai penarafan “A” (Cemerlang) bagi Penarafan terbaik A.M. Sindiket Lloyd's Starr mempunyai penarafan “A+” (Kukuh) bagi penarafan Standard & Poor’s.

Kunjungi kami di www.starrcompanies.com atau ikuti kami dalam LinkedIn dan Twitter.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53546274/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Charlie Armstrong
Naib Presiden, Pemasaran
charlie.armstrong@starrcompanies.com, 646.758.8308

Sumber: Starr Insurance

--BERNAMA

Thursday, August 31, 2023

ISETAN MITSUKOSHI HOLDINGS DAN NOMURA REAL ESTATE DEVELOPMENT MENGADAKAN MAJLIS PERASMIAN BESAR-BESARAN PADA 21 JULAI UNTUK "MITSUKOSHI BGC," KEMUDAHAN KOMERSIAL DI MANILA, FILIPINA

TOKYO, 30 Ogos, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd. dan Nomura Real Estate Development Co., Ltd., kedua-duanya berpangkalan di Tokyo, telah mengadakan satu majlis perasmian besar-besaran pada 21 Julai bagi "MITSUKOSHI BGC", sebuah pusat beli-belah yang membentuk sebahagian daripada sebuah projek pembangunan guna campur kediaman dan komersial yang berskala besar yang sedang diusahakan dengan kerjasama pemaju terkemuka Filipina, Federal Land, Inc., di Manila, Filipina.

Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202308238345?p=images
 
Majlis itu telah diadakan dalam suatu suasana dengan sentuhan festival bermusim Jepun "matsuri." Acara itu termasuk satu persembahan gendang Jepun serta sebuah persembahan kaligrafi Jepun. Berdasarkan kepada konsep "GAYA HIDUP MANILA YANG SETERUSNYA," MITSUKOSHI BGC akan terus berusaha untuk menjadikan pusat beli-belah itu sebagai sebuah tempat yang memperkayakan kehidupan harian bagi pengunjung dan penghuni menara kediaman.

Ucapan perasmian besar-besaran
- Toshiyuki Hosoya, Pengarah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Isetan Mitsukoshi Holdings "Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua orang di atas usaha mereka di dalam projek ini. Tahun ini menandakan ulang tahun Mitsukoshi yang ke-350. Sejak ditubuhkan pada tahun 1673, Mitsukoshi telah meneruskan inovasi untuk memperkayakan kehidupan harian bagi pelanggan kami. Dasar kami dicirikan oleh dua ciri: hospitaliti (prinsip yang mengutamakan pelanggan) dan perkongsian (perhubungan yang memberi kebaikan kepada kedua-dia pihak), dan di Filipina, kami akan mengekalkan falsafah perniagaan ini untuk pelanggan dan rakan kongsi perniagaan kami. Saya pasti bahawa satu sensasi baharu akan berlaku semasa anda melawat MITSUKOSHI BGC selepas menikmati suatu pengalaman membeli-belah di gedung membeli-belah Mitsukoshi dan Isetan di Jepun. Saya harap anda akan berkongsi kepercayaan kami bahawa kami mengajukan sebuah budaya, bukan produk."
 
- Eiji Kutsukake, Pengerusi dan Pengarah bagi Nomura Real Estate Holdings, Inc.
"Kami mengambil bahagian di dalam projek ini kerana saya terpesona dengan pertemuan pada tahun 2015 dengan Encik Alfred V. Ty dan semangat beliau untuk projek itu serta kuasa Filipina yang semakin meningkat, dan kami telah mengusahakan projek itu dengan satu keyakinan bahawa pengetahuan dan kepandaian yang dipupuk di Jepun boleh digunakan di luar negara. Saya amat gembira dengan projek ini di Filipina; sebagai contoh, kami akhirnya mengadakan satu majlis perasmian besar-besaran selepas lapan tahun berusaha; kami memenangi pelbagai anugerah untuk projek kediaman kami sejak beberapa tahun yang lalu; penjualan bagi menara kediaman terakhir bermula dan sedang berkembang dengan mantap. Kami akan berusaha untuk membolehkan MITSUKOSHI BGC mewujudkan satu kedudukan unik sebagai sebuah entiti Jepun, bagi mengenali penduduk tempatan, dan untuk menyumbang secara meluas kepada pembangunan BGC dan kawasan lain di seluruh Filipina."
 
Untuk butiran lanjut tentang aktiviti perasmian besar-besaran, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202308238345-O1-36DZHKvB.pdf
 
Maklumat mengenai kemudahan itu:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202308238345-O2-aD3QY6Li.pdf
 
Laman web Rasmi
Isetan Mitsukoshi Holdings: https://www.imhds.co.jp/en/index.html
 
Nomura Real Estate Development: https://www.nomura-re.co.jp/english/
 
 
Sumber: Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd., Nomura Real Estate Development Co.,Ltd. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17401

Wednesday, August 30, 2023

GRADIANT MELANCARKAN TURING, PENYEDIA PENYELESAIAN DIGITAL MENYELURUH BEBAS UNTUK INDUSTRI AIR

 

Turing akan menumpukan kepada penggunaan platform berkuasa AI (yang termasuk SmartOps untuk loji rawatan dan HydroEye untuk rangkaian pengagihan) bertujuan memberikan nilai transformatif dan kecekapan operasi yang lebih baik untuk pelanggan. (Grafik: Business Wire)

Turing akan memberikan penyelesaian AI dan IoT merentasi sistem rawatan, serta pengagihan air dan air buangan.

BOSTON, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia penyelesaian global untuk rawatan air dan air buangan lanjutan, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah mewujudkan perniagaan teknologi digital dan AI kepada anak syarikat bebas milik penuh, yang dikenali sebagai Turing.

Dinamakan sempena perintis AI, Alan Turing, entiti baharu ini menyasarkan untuk memacu penjimatan kos yang besar dan hasil kelestarian merentasi keseluruhan rantaian nilai air.

Pelancaran Turing menggariskan peralihan pasaran ke arah penyelesaian yang dipacu AI dalam industri air dan ini menjadi komitmen Gradiant untuk mempercepat peralihan ini. Turing akan menumpukan kepada penggunaan platform berkuasa AI (yang termasuk SmartOps untuk loji rawatan dan HydroEye untuk rangkaian pengagihan) bertujuan memberikan nilai transformatif dan kecekapan operasi yang lebih baik untuk pelanggan.

Platform Turing telah berjaya mencapai penggunaan ketara oleh pelanggan, termasuk syarikat Fortune 100 dan kemudahan awam yang besar:

· Memberikan penyelesaian kepada Aqualia, BHP, ENGIE, PUB Singapore, Rio Tinto, Severn Trent, Detectronic dan Xylem.
· Membantu PUB Singapore memantau rangkaian air buangan dari jauh untuk menjimatkan berjuta-juta dolar dengan mencegah banyak limpahan pembetung daripada berlaku, mengesan kejadian peristiwa pembuangan haram melalui pemantauan masa nyata untuk kualiti air dan mencegah kerosakan kepada paip dan terowong pembetung bawah tanah
· Berjaya memperoleh penjimatan ratusan ribu dolar di loji ENGIE, Timur Tengah
· Menghasilkan lebih daripada 10% penjimatan tenaga untuk projek penyahgaraman air laut di Australia

“Setelah menyaksikan kuasa transformatif teknologi digital dan penyelesaian AI menangani cabaran global, kami menyedari bahawa beberapa isu adalah sama pentingnya dengan memastikan air tawar untuk generasi kami yang akan datang,” kata Anurag Bajpayee, Ketua Pegawai Eksekutif Gradiant. “Kedua-dua, Gradiant dan Turing akan mempunyai kuasa untuk berkembang dengan menguruskan sumber secara berasingan bertujuan membangunkan dan menggunakan teknologi termaju dalam pasaran masing-masing. Dengan langkah ini, kami berada pada kedudukan yang bertambah unik bagi memenuhi keperluan dinamik pelanggan kami.”
 
“Turing akan memberikan tumpuan kepada visi untuk menskalakan dan menggunakan platform berbeza bagi penyelesaian digital yang dikuasakan AI untuk pelanggan air industri dan perbandaran di seluruh dunia,” kata Prakash Govindan, Ketua Pegawai Operasi Gradiant. “Beroperasi secara berasingan akan membolehkan syarikat memanfaatkan kekuatan masing-masing – kepakaran Gradiant dalam rawatan air dan air buangan, serta pelaksanaan projek, manakala kepakaran Turing pula ialah dalam AI dan penyelesaian digital merentasi keseluruhan rantaian nilai air. Hiep Le, Ketua Pegawai Teknologi berwawasan kami, akan terus menerajui kemajuan teknologi digital kami bersama-sama dengan pasukan eksekutif yang berpengalaman.”

Pengumuman ini adalah berikutan berita baru-baru ini berkaitan perniagaan teknologi digital Gradiant mengenai perkongsian strategik Synauta untuk algoritma AI pembelajaran mesin proprietari dan SpaceAge Labs untuk kepakaran dalam rangkaian dan aset pengagihan air.

Maklumat Tentang Gradiant

Gradiant ialah penyedia penyelesaian global untuk rawatan air dan air buangan lanjutan. Bersama rangkaian lengkap penyelesaian menyeluruh yang berbeza dan proprietari, dikuasakan oleh individu terkemuka dalam bidang air, syarikat menjalankan operasi kritikal misi pelanggan dalam industri penting dunia, termasuk semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral kritikal, serta tenaga boleh baharu. Tindanan teknologi penuh Gradiant mengurangkan air yang digunakan dan air buangan yang dikeluarkan, mendapatkan semula sumber berharga dan memperbaharui air buangan kepada air tawar. Syarikat yang beribu pejabat di Boston ini diasaskan di MIT dan mempunyai lebih daripada 900 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di gradiant.com.

Maklumat Tentang Turing

Turing ialah penyedia penyelesaian digital yang memanfaatkan kuasa AI untuk mengoptimumkan prestasi aset merentasi keseluruhan rantaian nilai air. Dinamakan sempena bapa AI, Alan Turing, syarikat itu merevolusikan cara pelanggan menguruskan air masing-masing melalui teknologi AI dan IoT. Turing memberikan penyelesaian menyeluruh proprietari untuk rawatan air dan air buangan, serta sistem pengagihan air dan air sisa untuk pelanggan air perindustrian dan perbandaran di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan teknologi proprietari, Turing memperkasa pelanggan untuk mengurangkan kos operasi, meminimumkan masa henti penyelenggaraan dan mencapai prestasi sistem yang tiada tandingannya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi theturingcompany.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53532835/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Meghan Moore
Turing, Pengarah Pemasaran
moore@gradiant.com
 
Sumber: Gradiant

--BERNAMA

TRILLIANT MENYEMPURNAKAN LAPAN PENGGUNAAN SUIT TENAGA PRIME PELANGGAN UNTUK MEMBANTU UTILITI MENAMBAH BAIK RESPONS PERMINTAAN DAN PENGESANAN KEHILANGAN KUASA

Pemacu meter baharu ditambahkan ke enjin pengumpulan data yang mempunyai kekuatan 300+-meter pada tahun 2023, menjadikan Trilliant sebagai platform bebas peranti terulung di pasaran untuk utiliti dalam membolehkan Kuasa Pilihan

CARY, N.C., 29 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Trilliant, penyedia penyelesaian antarabangsa terkemuka bagi infrastruktur pemeteran lanjutan (AMI), grid pintar, bandar pintar dan IIoT, mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menyempurnakan penggunaan Suit Tenaga Prime untuk pelanggan kelapan pada tahun 2023. Syarikat itu juga baru-baru ini mengintegrasikan dua pemacu meter baharu ke dalam enjin pengumpulan data agnostik vendor yang menyokong lebih 300 model meter kediaman, komersial dan perindustrian (C&I), menjadikan syarikat tersebut sebagai satu daripada pengumpul data meter paling berkuasa untuk peranti C&I di pasaran.

Platform Suit Kuasa Prime ialah perisian yang mempunyai kebolehskalaan tinggi dan mudah dikonfigurasikan, direka bentuk untuk utiliti, serta merangkumi pengumpulan data meter, penggera dan pemberitahuan, baki tenaga, respons permintaan, pengurusan data dan pengesanan kehilangan kuasa. Dalam lapan bulan pertama tahun 2023, Trilliant berjaya menyempurnakan lapan penggunaan Suit Tenaga Prime untuk utiliti, pihak berkuasa pasaran dan syarikat pengagihan tenaga di seluruh Amerika. Daripada jumlah ini, empat melibatkan penaiktarafan daripada platform versi legasi kepada versi Volumetri Data Tinggi, yang menyediakan pelbagai manfaat, termasuk peningkatan dalam keselamatan, prestasi, produktiviti, kebolehskalaan dan saling kendali.

Pengesanan kehilangan kuasa membantu meningkatkan masa memberikan respons dan meminimumkan gangguan bekalan elektrik
Menurut data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat, gangguan bekalan elektrik berlaku dengan lebih kerap dan berlanjutan lebih lama. Antara tahun 2013 dan 2021, kekerapan gangguan bekalan elektrik di Amerika Syarikat meningkat daripada 1.2 kepada 1.42 peristiwa bagi setiap pelanggan setahun.

Dengan penggunaan aplikasi pengesanan kehilangan kuasa dalam Suit Kuasa Prime, Trilliant membantu satu daripada pelanggan syarikat mengesan 15 peristiwa gangguan bekalan elektrik dalam tempoh 12 bulan yang lepas, menyediakan cerapan awal sebelum kejadian itu berlaku. Ini berjaya mengurangkan masa respons dengan ketara, meminimumkan gangguan bekalan elektrik di seluruh infrastruktur kritikal.

Ini hanya satu contoh cara hasil kerja Trilliant dengan utiliti dapat membantu syarikat itu menerima pakai pendekatan proaktif untuk mengenal pasti dan mengesahkan apabila berlaku kejadian yang sama dengan voltan rendah dan gangguan bekalan elektrik separa atau sepenuhnya. Aplikasi pengesanan kehilangan kuasa menyediakan pemberitahuan yang tepat pada masanya kepada utiliti melalui e-mel (setakat ini pilihan utama untuk utiliti menurut data Trilliant), SMS atau peti masuk setempat untuk memastikan apa-apa isu yang dikesan boleh ditangani dengan segera. Papan pemuka menyediakan cerapan berkaitan penggera dan bekalan elektrik terputus yang terdapat dalam meter supaya utiliti boleh terus memantau situasi dan menguruskan apa-apa kejadian secara proaktif.

Suit Tenaga Prime menambah baik kecekapan operasi untuk utiliti
Selain pengesanan kehilangan kuasa, Suit Tenaga Prime memantau aset tenaga bagi menyediakan utiliti dengan maklumat tentang jumlah beban yang boleh digunakan dan memberikan kawalan langsung ke atas aset tersebut. Suit ini juga membolehkan pengagregatan sumber tenaga teragih (DER), seperti panel solar atau aset tenaga yang mengeksport kuasa ke dalam grid pengagihan tenaga, bertujuan mengimbangi dan mengoptimumkan tenaga dalam grid. Enjin pengumpulan data bebas vendor Trilliant yang terbukti menyokong lebih 300 meter dan model peranti, serta berupaya mengumpul data dari meter pintar di tapak atau dari jauh.

Portfolio meter Trilliant yang luas dipadankan dengan keupayaan syarikat untuk menambah jenis meter baharu dengan pantas bagi membolehkan utiliti menggunakan teknologi dan penawaran meter baharu semasa dilancarkan ke pasaran.

Suit Kuasa Prime turut memasukkan penyelesaian Respons Permintaan Trilliant. Banyak utiliti menawarkan program respons permintaan; pelanggan yang melanggani utiliti tersebut, komited untuk mengurangkan penggunaan kuasa semasa waktu puncak bertujuan mendapatkan insentif kewangan dan bil elektrik lebih rendah. Sambil membantu pelanggan mengurangkan kos, program ini berupaya mengurangkan permintaan puncak untuk kuasa elektrik sebanyak ribuan MW dan membantu menghapuskan keperluan membina loji penjanaan puncak yang mahal.

“Sebagai platform komunikasi agnostik peranti yang membolehkan utiliti dan bandar menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan andal dalam satu rangkaian berkuasa, kami berbangga untuk terus mengintegrasikan lebih banyak pembekal meter dan peranti ke dalam portfolio kami, menawarkan kuasa pilihan kepada pelanggan kami,” kata Greg Myers, Naib Presiden Strategi Produk & Pengurusan Global di Trilliant. “Pertumbuhan pesat DER dan EV mendorong keperluan penyelesaian pemeteran baharu bagi menyokong keupayaan grid untuk mengikut kemajuan, kerana grid tersebut perlu terus menyediakan kuantiti dan kualiti tenaga yang sama seperti dimiliki pengguna dengan grid tradisional.”

Trilliant bekerjasama rapat dengan utiliti elektrik, gas dan air di seluruh dunia bertujuan bekerjasama dan menawarkan penyelesaian, menyokong utiliti tersebut dengan penyelesaian agnostik peranti yang disesuaikan bagi menangani bukan sahaja keperluan semasa masing-masing, tetapi juga keperluan masa depan.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Trilliant membantu utiliti menambah baik program respons permintaan dan pengesanan kehilangan kuasa:
https://trilliant.com/improving-demand-response-programs-and-power-loss-detection-to-minimize-disruptions-and-increase-reliability/

Untuk maklumat lebih lanjut: https://trilliant.com/prime-energy-suite/ 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17398

Tuesday, August 29, 2023

PROGRAM AMAL KEMASYARAKATAN TERUS DIPERKASA MENERUSI KEJOHANAN GOLF AMAL SRIKANDI HASIL PUTRAJAYA

Negeri Sembilan, 28 Ogos (Bernama) -- Bagi merapatkan hubungan silaturrahim serta sokongan padu terhadap Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berterusan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menerusi Srikandi HASiL telah berjaya menganjurkan Majlis Kejohanan Golf Amal Srikandi HASiL Putrajaya yang berjaya menarik penyertaan seramai hampir 140 peserta.

YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dalam ucapannya berkata, dana yang berjaya dikumpul menerusi penganjuran program ini akan disalurkan untuk kegunaan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) serta program-program kemasyarakatan bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan. Sinergi kerjasama ini menjadi medium terbaik kepada HASiL untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.
 
Beliau berharap semoga usaha murni dan cetusan idea oleh Srikandi HASiL Putrajaya menerusi penganjuran Charity Golf ini dapat membuka ruang interaksi dan jaringan kepada pihak YFBM untuk mendapatkan jalinan kerjasama dengan badan korporat lain di masa hadapan.

Turut bersama-sama hadir dalam program ini adalah YBhg. Datuk Abu Tariq bin Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBhg. Dato’ Abdul Khalid bin Yunus, Pengarah Negeri HASiL Wilayah Persekutuan Putrajaya merangkap Penasihat Srikandi HASiL Wilayah Persekutuan Putrajaya, YBhg. Datin Siti Khalijah binti Ibrahim, Pengerusi Srikandi HASiL Wilayah Persekutuan Putrajaya merangkap Pengerusi Srikandi HASiL Putrajaya Charity Golf dan YBhg. Profesor Dr. Mohamad Salmi bin Mohd Sohod, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM selaku penganjur bersama program pada 27 Ogos 2023.
 
Sebanyak tiga (3) kategori utama telah dipertandingkan iaitu kategori Terbuka, VIP dan Wanita. Majlis turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah bagi 12 pemenang bertuah dan acara kemuncaknya adalah penyerahan mock cheque berjumlah RM20,000 kepada YFBM sebagai simbolik penyampaian sumbangan program amal ini.
 
HASiL mengucapkan terima kasih kepada para penaja kejohanan yang terdiri daripada orang perseorangan dan badan korporat.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17391