| Perlindungan dan pemenuhan bagi hak-hak orang kurang upaya di ASEAN dilaksanakan secara menyeluruh termasuk aspek berkaitan pendidikan, kesihatan, penyediaan peluang pekerjaan dan perlindungan sosial. Rawatan yang menyeluruh ini diperlukan supaya orang kurang upaya boleh berdikari dan pada masa yang sama meningkatkan maruah mereka. Ini adalah di antara isu utama yang muncul di dalam Forum Peringkat Tinggi ASEAN mengenai Pembangunan Inklusif dan Perkongsian Orang Kurang Upaya selepas tahun 2025. Acara peringkat antarabangsa ini yang berlangsung di Makassar pada 10-12 Oktober 2023, telah dihadiri oleh 13 orang wakil negara dari ASEAN, pemerhati, dan wakil dari negara-negara lain. Peserta di dalam forum ini terdiri daripada Menteri dan Pegawai Kanan ASEAN yang bertanggungjawab ke atas kebajikan sosial dan pembangunan di dalam badan-badan sektor yang berkaitan, entiti dan rakan gabungan ASEAN. AHLF 2023 adalah satu daripada satu siri Sidang Kemuncak ASEAN di bawah jawatan pengerusi Indonesia. Beberapa penceramah muncul pada hari pertama AHLF yang memberi tumpuan kepada mengenal pasti cabaran di ASEAN untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif kurang upaya. Pelbagai isu dan pengajaran yang diperoleh daripada kesan pandemik terhadap kehidupan orang kurang upaya turut dibincangkan. Dalam ucapan perasmian beliau, Menteri Hal Ehwal Sosial Tri Rismaharini berkata kecacatan bukan sahaja menjadi satu isu di ASEAN, tetapi juga merupakan satu isu global kerana jumlah orang kurang upaya agak ramai. Di ASEAN, terdapat kira-kira 62 juta orang kurang upaya. Manakala, di Indonesia pula mereka berjumlah sekitar 22.9 juta orang. Di atas sebab ini, AHLF telah menjemput peserta dari Amerika Syarikat, England dan Australia untuk melihat bagaimana negara-negara ASEAN telah berusaha untuk menangani ketidakupayaan dengan baik sambil berbincang dan bertukar pengalaman. “Kami berharap melalui AHLF ini, penanganan terhadap orang kurang upaya di ASEAN dapat menjadi lebih baik lagi di masa hadapan,” kata Menteri Hal Ehwal Sosial di hadapan media selepas sesi pembukaan di Makassar, pada Selasa (10/10). Hadir pada mesyuarat itu, Pengerusi bagi Suruhanjaya VIII Dewan Rakyat, Ashabul Kahfi berkata pihaknya amat menghargai langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Hal Ehwal Sosial di dalam penganjuran AHLF. Dalam Undang-undang Nombor 8 Tahun 2016 mengenai Orang Kurang Upaya, kerajaan digalakkan untuk bekerjasama dengan banyak pihak untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang kurang upaya. Perkhidmatan ini amat penting agar orang kurang upaya boleh berdikari dan pada masa yang sama meningkatkan nilai dan martabat orang kurang upaya. "Kementerian Hal Ehwal Sosial, setakat ini, telah memberi perhatian kepada hak-hak orang kurang upaya. "Daripada belanjawan sekitar IDR 80 trilion, sebahagian daripadanya telah digunakan untuk memperkasakan orang kurang upaya," kata beliau. Memenuhi hak orang kurang upaya adalah satu usaha untuk merealisasikan reka bentuk pembangunan insan Indonesia di mana tidak ada pihak yang ketinggalan, termasuk mereka yang kurang upaya. Kenyataan ini telah disampaikan oleh Timbalan bagi Penyelarasan Peningkatan Kebajikan Sosial, Kementerian Penyelarasan bagi Pembangunan Manusia dan Budaya, Prof. Nunung Nuryartono. Menurut beliau, Kementerian Hal Ehwal Sosial telah merangka banyak program supaya golongan kurang upaya dapat keluar daripada kemiskinan tegar. “Presiden telah mengisytiharkan bahawa tidak akan ada lagi kemiskinan tegar pada tahun 2024. “Itu adalah sasaran kita bersama,” kata Nunung. Sementara itu, Pengerusi bagi Persatuan Orang Kurang Upaya Indonesia, Norman Yulian, pada majlis yang sama, menghargai kesungguhan kerajaan, khususnya Kementerian Hal Ehwal Sosial di dalam merealisasikan sebuah Indonesia yang inklusif dan mesra orang kurang upaya. Kerajaan juga telah mencuba pelbagai cara untuk mewujudkan sebuah Indonesia yang inklusif, termasuk bagi golongan orang kurang upaya, baik di dalam sektor pendidikan mahupun pekerjaan. "Kami berharap melalui AHLF kami dapat merangka satu pelan induk untuk mengendalikan ketidakupayaan bagi rantau ASEAN," kata Norman. Berhubung acara di Makassar itu, Menteri Hal Ehwal Sosial berkata bahawa kehadiran peserta dari pelbagai negara turut digunakan untuk mempromosikan pelancongan Indonesia yang unik dan sangat pelbagai. Destinasi pelancongan di Sulawesi Selatan sangat unik kerana ia berkaitan dengan tamadun manusia. “Potensi pelancongan ini sangat jarang dan luar biasa jadi ia harus dipromosikan ke seluruh dunia,” kata Menteri Risma. Bukan mudah untuk mengoptimumkan destinasi pelancongan bagi orang kurang upaya kerana kerajaan harus menyediakan infrastruktur itu. Namun, ini boleh dilakukan oleh Indonesia. Destinasi pelancongan yang akan dilawati oleh delegasi AHLF adalah sangat mesra kepada orang kurang upaya. “Daripada reka bentuk sehingga kepada pembinaan, segala-galanya dilakukan oleh orang kurang upaya supaya ia sesuai dengan keperluan mereka. “Langkah ini juga untuk menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mampu dan berupaya jika diberikan peluang,” kata beliau. SUMBER: Kementerian Sosial http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17547 |
Friday, October 13, 2023
FORUM PERINGKAT TINGGI ASEAN: PENGENDALIAN ORANG KURANG UPAYA DILAKSANAKAN SECARA MENYELURUH
Thursday, October 12, 2023
XSOLLA MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN LIGHTSTREAM, RAINMAKER DAN API.STREAM
![]() |
| Xsolla Mengambil Alih Lightstream (Grafik: Business Wire) |
Xsolla Mengambil Alih Lightstream, Rainmaker dan API.stream untuk Memperkasa Pencipta dan Mempertingkat Penciptaan dan Pengedaran Kandungan
LOS ANGELES, 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, amat teruja untuk mengumumkan pengambilalihan strategik Lightstream, Rainmaker dan API.stream daripada Videndum, syarikat induk. Set alatan berinovatif ini direka bentuk untuk merevolusikan landskap penciptaan dan pengedaran kandungan.
Pengambilalihan ini menggariskan pengiktirafan Xsolla terhadap nilai luar biasa yang dibawa oleh pencipta ke dalam ekosistem permainan dan secara khusus bertujuan membina dan mengukuhkan hubungan dengan agensi bakat, pencipta dan khalayak syarikat.
Rangkaian Rakan Kongsi Xsolla telah berfungsi sebagai penyelesaian sehenti untuk melibatkan pembangun dan penerbit, serta meneroka peluang hasil dan ganjaran baharu. Dengan pengambilalihan Lightstream, Rainmaker dan API.stream, Xsolla akan membolehkan pencipta mengadakan siaran langsung dalam masa beberapa saat melalui perkhidmatan penstriman awan, meminta kunci percuma daripada pembangun permainan, menyertai program rujukan, mencipta kedai web berjenama syarikat dan menjual barangan digital untuk permainan dalam portfolio Xsolla.
Lightstream ialah studio penstriman berasaskan awan yang membolehkan pencipta menghasilkan dan berkongsi kandungan secara langsung dengan mudah. Dengan mengintegrasikan teknologi Lightstream, Xsolla akan memudahkan pencipta memulakan penstriman secara langsung bersama keperluan teknikal yang minimum, melicinkan pengalaman penstriman yang cekap dan mesra pengguna.
Platform Rainmaker memperkasa pencipta untuk mengurus dan mengembangkan khalayak syarikat sambil memaksimumkan peluang penjanaan hasil. Mengintegrasikan alatan Rainmaker ke dalam Rangkaian Rakan Kongsi Xsolla akan memberikan pencipta suit ciri yang menyeluruh, direka bentuk untuk mengoptimumkan keterlibatan khalayak, penjanaan pendapatan dan pengedaran kunci percuma.
API.stream berdiri sebagai pasukan jurutera berbakat luar biasa yang telah mendedikasikan diri mereka untuk memajukan masa depan penghasilan penstriman langsung. Bersama pengalaman bertahun-tahun menangani cabaran dan kemungkinan keluaran natif awan secara langsung, API.stream telah membuka jalan baharu untuk ungkapan kreatif dalam penstriman langsung.
"Xsolla komited untuk menyokong pencipta dan menyediakan mereka dengan alatan yang perlukan untuk berjaya," kata Chris Hewish, Ketua Pegawai Eksekutif Xsolla. "Pengambilalihan Lightstream, Rainmaker dan API.stream memperkukuh dedikasi kami untuk menyampaikan nilai tambahan kepada komuniti permainan dan menjadikan Rangkaian Rakan Kongsi Xsolla sebagai penyelesaian menyeluruh untuk pembangun, penerbit, pencipta dan khalayak syarikat."
Xsolla memberikan jaminan kepada pengguna semasa Lightstream bahawa platform tersebut akan terus beroperasi secara lancar dengan perkongsian berterusan bersama Microsoft, Xbox, Twitch dan Steelseries. Pengambilalihan ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan memberikan sumber dan ciri tambahan.
Untuk maklumat lanjut tentang pengambilalihan Lightstream, Rainmaker dan API.stream, sila kunjungi: xsolla.pro/lightstream-acquisition
Maklumat Tentang Xsolla
Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri permainan video. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox, Ubisoft, Epic Games, Take-Two, KRAFTON , Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.
Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: xsolla.com
Maklumat Tentang Videndum
Videndum ialah peneraju pembekal produk perkakasan berjenama premium dan penyedia perkhidmatan penyelesaian perisian ke pasaran penciptaan kandungan yang semakin berkembang. Pelanggan kami termasuk penyiar, studio filem, syarikat pengeluaran dan penyewaan, jurugambar, pencipta kandungan bebas ("ICCs"), pengguna vlog, pempengaruh, pemain permainan, petugas dan perusahaan bunyi profesional. Kami mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan produk dan penyelesaian berprestasi tinggi, termasuk sokongan dan penstabil kamera, sistem dan monitor penghantaran video, penyelesaian penstriman langsung, aksesori telefon pintar, sistem kamera robotik, pembantu ingat, pencahayaan LED, kuasa mudah alih, penyelesaian pembawa, latar belakang, kelengkapan rakaman audio dan pengurangan hingar. Kami mempunyai kira-kira 1,800 pekerja di 11 negara berbeza dan ditempatkan dalam tiga Bahagian: Penyelesaian Media, Penyelesaian Pengeluaran dan Penyelesaian Kreatif.
Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: videndum.com
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53593457/en
Individu untuk Dihubungi
Hubungan Media
Derrick Stembridge
Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
Sumber: Xsolla
--BERNAMA
Wednesday, October 11, 2023
LIVERAMP MEMBUAT PENAMPILAN SULUNG PENGAKTIFAN NATIF BILIK BERSIH DAN RESOLUSI IDENTITI DIPERTINGKAT MERENTASI SEMUA AWAN UTAMA
Keupayaan baharu, berteraskan privasi, natif awan membantu pelanggan mengatasi kehilangan isyarat, menghubungkan pandangan pelanggan dengan tepat merentasi perusahaan dan membantu lebih ramai pengguna dengan berkesan di seluruh ekosistem
SAN FRANCISCO, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LiveRamp (NYSE: RAMP) pada hari ini mengumumkan keupayaan pengaktifan bilik bersih baharu dan identiti berteraskan awan yang memperkasa pelanggan untuk mengaktifkan dan menghubungkan data masing-masing dengan lebih berkesan sambil membuka analisis dan cerapan khalayak secara lebih mendalam. Hasilnya, jenama, penerbit dan platform teknologi boleh memaksimumkan nilai data pihak pertama masing-masing, menyatukan dan mengaktifkan data masing-masing dengan lancar daripada mana-mana persekitaran, serta mendalami cerapan pengguna melalui pengukuran yang lebih terperinci—kesemuanya dalam ekosistem tindanan atau rakan kongsi teknologi perusahaan sedia ada.
Dengan peningkatan platform ini, 900+ pelanggan LiveRamp kini mendapat manfaat daripada:
Pengaktifan Secara Langsung kepada Ratusan Rakan Kongsi dari Bilik Bersih Data Snowflake dan LiveRamp. Dengan keupayaan bilik bersih generasi akan datang, natif awan LiveRamp, kini pelanggan boleh mengaktifkan secara langsung data masing-masing dengan ratusan rakan kongsi dari platform kerjasama pilihan, termasuk Bilik Bersih Snowflake dan LiveRamp, bersama ketepatan dan ketersambungan yang dipertingkat.
Dengan RampID™—pengenal pasti paling tahan lama, berteraskan privasi untuk menghubungkan ekosistem digital—pelanggan LiveRamp boleh mengambil tindakan segera ke atas cerapan baharu yang dijana melalui kerjasama rakan kongsi yang selamat sambil mencapai skala dan jangkauan yang tiada tandingannya. Dengan ketersambungan yang lancar kepada rangkaian industri yang paling luas dan kaya dengan data, LiveRamp juga menawarkan keupayaan melakukan pengaktifan merentasi ekosistem ini tanpa perlu menggunakan berbilang penyelesaian atau membina integrasi baharu untuk setiap rakan kongsi dan platform.
“Bekerjasama dengan LiveRamp untuk mengembangkan keupayaan bilik bersih melalui platform dan ekosistem Tertumpu kami telah membantu menambah baik pengaktifan data pihak pertama dan mencipta segmen sasaran khalayak yang tepat – kesemuanya dari persekitaran yang sama," kata Mike Bregman, Ketua Pegawai Pengaktifan di Havas Media Network Amerika Utara. "Ini telah membolehkan Havas Media membantu pelanggan yang semakin memerlukan cerapan merentasi saluran untuk mencapai matlamat perniagaan dengan lebih baik.”
“Bilik bersih data telah menjadi alat kritikal untuk menyampaikan lebih banyak risikan pelanggan kepada rakan kongsi jenama kami sambil mengekalkan ketelusan dan kawalan yang kami perlukan sebagai pengelola data khalayak kami,” kata Brian Lin, Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk, Pengiklanan di TelevisaUnivision. “Keupayaan mengaktifkan secara langsung di luar dari bilik bersih generasi akan datang LiveRamp mendalami perkongsian strategik kami yang luas sambil mengekalkan tahap perlindungan privasi paling tinggi.”
Resolusi Identiti Pertama Industri Merentasi Semua Awan Utama. Dengan keupayaan resolusi identiti natif awan dan terbenam, kini pelanggan boleh memilih mengembangkan data pihak pertama samaran masing-masing untuk memasukkan elemen data yang diketahui, seperti CRM dan alamat e-mel, secara langsung dalam platform awan pilihan, termasuk AWS, Azure, Google Cloud, Databricks dan Snowflake. Kini pelanggan LiveRamp boleh memaksimumkan ROI pemasaran dari mana sahaja data ditempatkan.
Pemecahan data pelanggan menjadikan pembukaan identiti berasaskan individu dalam awan sebagai cabaran yang berterusan. Sebagai contoh, 86% pengguna mempunyai berbilang alamat e-mel, yang perlu diselesaikan terhadap individu tersebut bagi membolehkan pengaktifan dan pengukuran terbaik seumpamanya. Pengguna juga, secara purata, mempunyai 13 peranti bersambung yang mungkin dimanfaatkan untuk strategi pengiklanan dan pengukuran holistik. Corak pembelian khusus isi rumah juga berubah-ubah, menimbulkan kesukaran untuk mengukur penyebab dengan tepat. Apabila menggunakan keupayaan identiti pertama awan LiveRamp, syarikat boleh menangani cabaran ini dengan menyelesaikan berbilang pengenal pasti peribadi kembali kepada individu dan isi rumah, sekali gus meningkatkan pengukuran dan membolehkan lebih banyak pengiklanan yang diperibadikan sambil meminimumkan keperluan untuk pergerakan data.
“Keupayaan menggunakan teknologi LiveRamp tanpa meninggalkan persekitaran awan kami merupakan manfaat yang cukup luar biasa,” kata Seth Hirsh, Rakan Kongsi, Ketua Analisis di Acadia. “Sambil kami melihat masa depan kami semasa menggunakan Snowflake, LiveRamp akan memberikan kami alat untuk menyelaraskan cara kami memasukkan data ke gudang data awan, menyasarkan khalayak secara meluas merentasi ekosistem dan menambah baik hasil pengukuran untuk pelanggan kami tanpa perlu menggerakkan data antara persekitaran.”
Kimberly Bloomston, Naib Presiden Kanan Produk di LiveRamp, menambah, “Membawa keupayaan pengaktifan dan identiti dioptimumkan bilik bersih, natif awan ke pasaran memastikan perusahaan mempunyai kemampuan menskalakan amalan data, memaksimumkan cerapan dan membina fleksibiliti untuk masa depan. Ciri baharu ini memberikan akses kepada set data lain yang tidak boleh diakses, membolehkan set data tersebut memudahkan pengaktifan kempen dan mengoptimumkan keupayaan untuk membantu pengguna secara konsisten dengan tepat. Dengan LiveRamp, perniagaan diperkasa untuk mengembangkan inisiatif transformasi digital masing-masing di samping permintaan ekosistem yang terlalu berpecah-pecah dan perjalanan kompleks pelanggan dan rakan kongsi masing-masing, termasuk awan dan bilik bersih.”
LiveRamp terus memajukan penyelesaian dan memperkasa kerjasama data generasi akan datang merentasi empat komponen kritikal.
· Live/Identiti: Membina infrastruktur identiti perusahaan bagi mengenal pasti dan memadankan pelanggan dengan tepat merentasi saluran, rakan kongsi dan platform untuk paparan pelanggan paling bersambung yang mungkin.
· Live/Akses: Mengembangkan nilai data, mendalami pemahaman pelanggan dan membantu khalayak baharu dengan rangkaian rakan kongsi data berkualiti tinggi LiveRamp.
· Live/Ketersambungan: Mengatasi kehilangan isyarat, menerima masa depan kebolehalamatan dan berhubung dengan khalayak bernilai tinggi secara berskala besar, di mana sahaja mereka meluangkan masa.
· Live/Cerapan: Inovasi bahan api dan membuka pengukuran dan analisis berkuasa dengan keupayaan bilik bersih yang teguh, melalui kawalan dan kebenaran lanjutan serta teknologi peningkatan privasi termaju terbina dalam.
Ketahui lebih lanjut tentang menyesuaikan penyelesaian LiveRamp untuk keperluan perniagaan unik anda di laman web kami.
Maklumat Tentang LiveRamp
LiveRamp ialah platform kerjasama data pilihan untuk syarikat paling berinovatif di dunia. Peneraju rintisan dalam privasi pengguna, etika data dan identiti perusahaan, LiveRamp menetapkan standard baharu untuk membina paparan pelanggan bersambung dengan kejelasan dan konteks yang tiada tandingannya sambil melindungi jenama dan kepercayaan pengguna yang amat bernilai. LiveRamp menawarkan fleksibiliti lengkap untuk bekerjasama di mana sahaja data ditempatkan bertujuan menyokong rangkaian paling luas berkenaan hal penggunaan kerjasama data—dalam organisasi, antara jenama dan merentasi rangkaian global utama rakan kongsi berkualiti tinggi.
Ratusan inovator global, daripada jenama pengguna ikonik dan gergasi teknologi kepada bank, peruncit dan peneraju penjagaan kesihatan beralih kepada LiveRamp untuk membina nilai jenama dan perniagaan yang berkekalan dengan mendalami keterlibatan dan kesetiaan pelanggan, mengaktifkan perkongsian baharu dan memaksimumkan nilai data pihak pertama sambil kekal berada di barisan hadapan dalam keperluan pematuhan dan privasi yang sedang berkembang pesat. LiveRamp berpangkalan di San Francisco, California dan mempunyai pejabat di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di www.liveramp.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Michelle Millsap
PR@liveramp.com
Sumber: LiveRamp
--BERNAMA
MYMUDAH DORONG PENINGKATAN PRODUKTIVITI PENIAGA TERENGGANU
![]() |
YB Haji Husaimi bersama-sama peserta Sesi On-Boarding MyMudah: Memudahcara Perniagaan bagi Meningkatkan Produktiviti di Kuala Terengganu. |
KUALA TERENGGANU, 10 Okt (Bernama) -- Dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing perniagaan di negeri Terengganu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha memperkukuh ekosistem peraturan perniagaan negeri.
Sesi On-Boarding MyMudah telah dijalankan bagi mengenalpasti isu dan permasalahan serta mendapatkan maklumbalas dari industri, dengan fokus khusus kepada lima sektor industri utama di Negeri Terengganu. Pemain industri telah mengutarakan beberapa isu yang melibatkan peraturan yang menjadi halangan kepada urusan perniagaan mereka. Isu ini tidak hanya membantutkan pertumbuhan ekonomi negeri, tetapi juga mempengaruhi keputusan pelabur untuk melihat Terengganu sebagai destinasi pelaburan mereka.
Timbalan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian Dan Teknologi Hijau, YB Haji Mohd Husaimi Bin Hussin dalam ucapan perasmian beliau berkata, “Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperkasakan sektor perindustrian negeri ini selaras dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030”. Beliau berkata Sesi On-boarding ini diharapkan dapat memberi input bukan sahaja kepada MPC tetapi juga Kerajaan Negeri dalam menilai dan menambahbaik peraturan dalam usaha menyediakan persekitaran mesra peniaga seterusnya dapat menarik lebih ramai pelabur.
Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur, Dr. Noor Aishah Hassan berharap agar jalinan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu dapat diperkukuhkan terutamanya dalam memudahcara urusan perniagaan di Negeri Terengganu.
Sesi On-Boarding ini merupakan platform persediaan bagi Persidangan MyMudah Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada November 2023 di Kuala Terengganu yang bakal dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali, Ketua Setiausaha Negara. Persidangan ini merupakan inisiatif MPC dalam menyebarluas usaha meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian peraturan dalam membentuk ekosistem perniagaan yang kondusif seterusnya melonjakkan produktiviti dan daya saing negeri.
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan lima teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, memastikan akauntabiliti industri terhadap produktiviti, membentuk ekosistem yang teguh dan memupuk minda produktif. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Program
Nama: Mohd Hosni B. Mamat@Ariffin
Tel: 0139264681
E-mel: hosni@mpc.gov.my
Media
Nama: Nik Haneez Amizan Nik Rosdi
Tel: 0197181804
E-mel: nikhaneez@mpc.gov.my
--BERNAMA
Tuesday, October 10, 2023
CERTIK DIKETAHUI SEMULA DALAM KEMAS KINI KESELAMATAN IOS 17 APPLE
New York, 10 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CertiK, pemimpin global dalam keselamatan blockchain dan pemeriksaan kod kontrak pintar, sekali lagi mendapat pengiktirafan dalam nota-nota pelepasan kemas kini iOS 17 Apple. Pengiktirafan ini berpunca daripada pengenalan CertiK terhadap tiga kelemahan keselamatan kritikal dalam kernel iOS Apple, yang telah disahkan memberi kesan kepada beberapa peranti Apple yang menjalankan versi terdahulu iOS 17.
Menurut nota-nota pelepasan Apple, kelemahan-kelemahan ini menumpu kepada kernel, pemandu GPU, dan pemandu ProRes. Jika dibiarkan tidak diselesaikan, mereka akan membolehkan aplikasi melaksanakan kod sewenang-wenang dengan hak keutamaan kernel yang ditinggikan. Dalam kemas kini terkininya, Apple telah mengurangkan risiko-risiko ini dengan protokol pengendalian ingatan yang diperbaiki.
Platform-platform seperti iOS 17 dan iPadOS 17 dijangka menjadi titik akses popular untuk aplikasi Web3, yang semakin menumpukan pengguna mudah alih. Peningkatan penggunaan ini menekankan penekanan yang lebih besar terhadap keselamatan peranti mudah alih yang digunakan untuk mengakses mereka. Pasukan SkyFall CertiK telah menyiasat langkah-langkah keselamatan dompet mudah alih dan telah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap pelbagai lapisan keselamatan pada peranti mudah alih.
Ini adalah kali kedua CertiK diberi pengiktirafan untuk usahanya dalam mengamankan perisian Apple. Pada Ogos 2023, Apple secara rasmi mengakui pasukan SkyFall CertiK dalam nota-nota pelepasan iOS dan macOS terdahulu. CertiK dengan bangganya terus membantu Apple mengamankan perkhidmatan dan peranti-perantinya, dan penemuan terkini ini memperkuatkan nilai penyelidikan keselamatan mendalam firma ini dan usahanya untuk mengenal pasti ancaman secara pramatang.
Web3 memerlukan penyelesaian keselamatan yang kukuh dan berbilang tingkat, mulai dari lapisan aplikasi hingga kernel. Apabila ekosistem digital kita semakin berkait rapat, keselamatan harus dibina dalam setiap lapisan untuk benar-benar melindungi sistem dan aset. Pengiktirafan ini oleh Apple merupakan bukti komitmen CertiK dalam mengamankan seluruh dunia Web3.
Tentang CertiK
CertiK adalah peneraju dalam keselamatan blockchain, menggabungkan semakan manual pakar dengan teknologi AI terbaik dalam kelasnya untuk melindungi dan memantau protokol blockchain dan kod kontrak pintar. Diasaskan pada tahun 2018 oleh profesor dari Universiti Yale dan Universiti Columbia, misi CertiK adalah untuk mengamankan dunia web3. CertiK mengaplikasikan inovasi terkini dari akademia ke peringkat perusahaan, membolehkan aplikasi-aplikasi penting berskala dengan keselamatan dan ketepatan.
Sebagai salah satu syarikat keselamatan blockchain yang paling pesat berkembang dan dipercayai, CertiK adalah pemimpin pasaran sebenar. Sejauh ini, CertiK telah bekerjasama dengan hampir 4,100 pelanggan perusahaan, mengamankan lebih dari $370 bilion nilai aset digital, dan telah mengesan hampir 70,000 kelemahan dalam kod blockchain. Pelanggan-pelanggan kami termasuk projek-projek terkemuka seperti Aptos, Ripple, Sandbox, Polygon, BNB Chain, dan TON.
CertiK disokong oleh InsightPartners, Sequoia, Tiger Global, Coatue Management, Lightspeed, Advent International, SoftBank, Hillhouse Capital, Goldman Sachs, Coinbase Ventures, Binance, Shunwei Capital, IDG Capital, Wing, Legend Star, Danhua Capital, dan pelabur-pelabur lain.
Ikuti perkembangan terkini di Discord dan Telegram untuk berita dan pengumuman terkini.
Hubungi:
Elisa Yiting Xu
yiting.xu@certik.com
Jesse Leclere
jesse.leclere@certik.com
Sumber: CertiK
--BERNAMA
VIDEO KENANG-KENANGAN UNTUK TAHUN KE-50 PERSAHABATAN DAN KERJASAMA ASEAN-JEPUN "MEMBUKA MASA DEPAN GEMILANG (OPEN THE GOLDEN FUTURE)" TELAH DIKELUARKAN
Sebelum pelancaran video kenang-kenangan itu, majlis anugerah dalam talian untuk Kempen Video Pendek Jambatan Gemilang (Golden Bridge Short Video Campaign) diadakan pada 5 Oktober. Pemenang kempen itu dijemput, disertai oleh panel hakim bagi kempen tersebut, Tuan Yang Terutama Masahiko Kiya, Duta Jepun ke ASEAN, Tuan Yang Terutama Haji Shahbudin Haji Musa, Duta Brunei Darussalam ke Jepun (Pengerusi Jawatankuasa ASEAN Tokyo, Jan-Jun 2023), Duta Kempen dari semua AMS yang berpangkalan di Jepun dan agensi kreatif amana inc. yang merancang dan menghasilkan kempen ini bersama AJC.
Semasa majlis itu, pemenang hadiah utama Cik Francine Besorio berkongsi kisah peribadinya di sebalik videonya “ASEAN-Jepun: jawapan saya kepada Senbazuru (ASEAN-Japan: my answer to Senbazuru)”. Besorio berkongsi sejauh mana Jepun menjadi “penawar hati” dan “sumber kebahagiaan” semasa zaman remaja beliau terutamanya dengan animasi Jepun dan makanan, dan bahawa video itu diilhamkan oleh kisah Sadako dan Seribu Burung Jenjang Kertas (Senbazuru), yang beliau pelajari di Muzium Peringatan Keamanan Hiroshima. “Kalaulah saya tahu lebih awal, saya sepatutnya mula membuat burung jenjang kertas pada tahun 2016, pada masa inilah kampung halaman saya, Marawi menghadapi peperangan yang dahsyat. Harapan di hati saya hanyalah untuk mencapai keamanan, serta orang ramai dan keluarga saya selamat. Tanpa disedari, Jepun, negara kegemaran saya, menjadi jawapan untuk itu - Senbazuru untuk semua bantuan kewangan yang diberikan kepada Marawi bagi tujuan pemulihan dan pembinaan semula bandar tersebut,” kata Besorio. Dalam perutusan tahniah, Tuan Yang Terutama Kiya meraikan kejayaan menyempurnakan kempen tersebut dengan mengatakan bahawa ini merupakan “pertukaran kerjasama antara negara anggota ASEAN” dan berkata bahawa beliau berharap dapat bekerjasama dengan para peserta untuk 50 tahun yang akan datang dan seterusnya. Tuan Yang Terutama Haji Shahbudin mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berkata, “Apabila kita melihat kembali pada 20 tahun yang akan datang ini, saya rasa anda semua boleh berbangga kerana anda sudah menjadi sebahagian daripada sambutan pada tahun ini.”
Kini, video itu boleh didapati di saluran Youtube Pusat ASEAN-Jepun di pautan berikut: https://youtu.be/NLw4DYtLaXU.
Video tersebut juga boleh didapati di laman web khas Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun (aseanjapan50.jp) dan akaun media sosial AJC yang lain.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53579882/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Monday, October 9, 2023
12GO MENGUMUMKAN DESTINASI PELANCONGAN TERBAIK UNTUK PELANCONGAN KELUARGA DI ASIA
BANGKOK, 9 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 12Go, agensi pelancongan dalam talian yang berpangkalan dan menyediakan perkhidmatan terutamanya di pasaran pelancongan Asia dengan menjual tiket dalam talian untuk bas, feri dan kereta api, mengumumkan senarai destinasi yang paling digemari oleh pelancong berkeluarga bagi musim panas tahun 2023.
Senarai tersebut berdasarkan data tiket menyeluruh yang dikumpul oleh syarikat. 12Go berjaya mengenal pasti destinasi pelancongan yang paling menarik perhatian pelanggan dengan menganalisis tiket yang dijual sepanjang tahun.
Analisis tersebut telah menunjukkan sepuluh negara di Asia yang digemari dalam kalangan pelancong 12Go. Senarai itu termasuk cerapan perjalanan tentang destinasi popular di Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia, Vietnam, Kemboja, India, Singapura dan Sri Lanka.
Thailand berjaya menduduki tempat pertama. Chiang Mai, Bangkok dan Koh Samui muncul sebagai destinasi percutian keluarga yang utama.
Indonesia meraih tempat kedua dengan Sanur, Nusa Penida dan Kepulauan Gili. Pantai dan aktiviti air yang menakjubkan, destinasi ini boleh menawarkan pengalaman musim panas yang sukar dilupakan.
Vietnam memperoleh tempat ketiga dengan tiga destinasi yang menawan hati iaitu Hanoi, Da Nang dan Ninh Binh. Keluarga boleh menyelami budaya yang kaya, meneroka tapak bersejarah dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Filipina mempamerkan destinasi keluarga yang popular seperti Bohol, Cebu dan Manila.
Di tempat kelima ialah Malaysia dengan tiga destinasi menarik iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Pahang. Menggabungkan penerokaan bandar dan pengembaraan luar, destinasi ini direka bentuk untuk keluarga yang mencari pengalaman perjalanan menyeluruh dengan pelbagai aktiviti.
Kemboja merebut tempat keenam dengan destinasi pilihan seperti Phnom Penh dan Siem Reap. Sejarah negara yang begitu kaya dan runtuhan purba yang menakjubkan menawarkan perjalanan untuk keluarga yang tidak sabar-sabar ingin mendalami kejadian masa lalu.
Tempat ketujuh jatuh kepada India, dengan bandar ikonik seperti Agra, Jaipur dan Delhi. Keluarga boleh menyelami budaya yang ceria, meneroka tapak bersejarah dan menikmati hidangan yang lazat.
Sri Lanka merebut tempat kelapan, menampilkan tempat popular untuk perjalanan musim panas, termasuk Kandy dan Nuwara Eliya. Keluarga boleh mengembara di sekitar Sri Lanka untuk menikmati landskap hijau, ladang teh.
Tempat kesembilan menjadi milik Jepun, menampilkan bandar dinamik seperti Tokyo dan Kyoto. Keluarga boleh menemui gabungan tradisi dan kemodenan yang harmoni, serta banyak tarikan mesra keluarga.
Senarai itu disempurnakan dengan bandar ceria di Singapura. Gabungan unik kecanggihan bandar dan daya tarikan budaya menjadikan bandar tersebut menjadi pilihan hebat untuk keluarga yang mencari percutian menarik.
Sepuluh destinasi pelancongan keluarga terbaik 12Go ini ialah sumber yang menakjubkan bagi memperkaya pengalaman, pengembaraan yang sukar dilupakan dan dapat meluangkan masa bersama keluarga.
12Go https://12go.asia/
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Tetiana But
tetiana.but@12go.asia
Sumber: 12Go
--BERNAMA


