Tuesday, December 5, 2023

"KARNIVAL UPIN & IPIN 2023: ANIMASI KESAYANGAN KELUARGA"




SHAH ALAM, 4 Dis (Bernama) --
 Les’ Copaque Production dengan sokongan Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Karnival Upin & Ipin 2023, bertemakan Animasi Kesayangan Keluarga. Karnival keluarga terbesar yang dibawakan oleh Penaja Emas, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dengan Astro sebagai rakan media ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 15 hingga 17 Disember 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan sokongan dari Tourism Melaka. Karnival Upin & Ipin 2023 ini menjadi pencetus kepada Tahun Melawat Melaka 2024.

Pentas utama yang sentiasa menjanjikan persembahan luarbiasa bertemakan siri-siri fenomena keluaran Les’ Copaque Production seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu dan Puteri bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Persembahan tarian dan nyanyian yang penuh bertenaga ini akan menampilkan hampir 20 maskot, menjadikannya karnival dengan himpunan maskot terbesar di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik turut menanti pengunjung dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Adik-adik yang suka mengira boleh menyertai Usahawan Mail, yang pandai berpantun boleh berlawan pantun di arena Pantun Jarjit, siapa yang ingin menjadi pempengaruh seperti Ehsan boleh menyertai aktiviti Gaya Intan Payung, bertemu pelakon suara Upin & Ipin, mengenali haiwan Pada Zaman Dahulu di hutan sesat, lumba kereta DaDuDiDo, bergaya seperti Puteri Kerajaan Limau, dan banyak lagi aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Cabutan bertuah untuk dimenangi seperti TV 55’ dan PS5 tajaan FFM Marketing Sdn. Bhd., OG Solution, Messrs Hafidz Hud & Partners turut menanti pengunjung. Selain itu bagi pengumpul tegar medal Upin & Ipin, Karnival Upin dan Ipin kali ini membawakan 8 medal eksklusif yang tidak dijual di mana-mana untuk dijadikan koleksi.

Bersempena dengan Karnival Upin & Ipin juga, acara larian “Upin & Ipin Fun Run” akan diadakan serentak pada hari Sabtu, 16 Disember 2023. Setiap peserta akan menerima baju dan pingat larian berkonsepkan watak Upin & Ipin yang harus di miliki sebagai kenangan terindah.
 
Layari laman web rasmi, http://karnivalupinipin.com/ bagi mendapatkan tiket sah Karnival Upin & Ipin.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17725

FORUM PERUBATAN TRADISIONAL ORGANISASI KERJASAMA SHANGHAI DIBUKA




NANCHANG, China, 4 Dis., 2023 /Xinhua-AsiaNet/-- 
Forum Perubatan Tradisional Organisasi Kerjasama Shanghai telah dibuka di Daerah Baharu Ganjiang di Wilayah Jiangxi pada 30 November, 2023, dengan bertemakan "Warisan dan inovasi, perpaduan dan kerjasama, menggalakkan pembangunan industri perubatan tradisional yang berkualiti tinggi".
 
Sumber: Forum Perubatan Tradisional Organisasi Kerjasama Shanghai  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17721

Monday, December 4, 2023

ELICE MENANDATANGANI PERKONGSIAN EKSKLUSIF DI KOREA DENGAN PLURALSIGHT, SYARIKAT PENDIDIKAN IT B2B GLOBAL NO. 1

- Kandungan pendidikan IT global yang dilaksanakan oleh hampir 70% daripada syarikat FORTUNE 500 kini tersedia secara eksklusif di Korea melalui Elice LXP

SEOUL, Korea Selatan, 4 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Elice Inc. (Ketua Pegawai Eksekutif Kim Jae-won), syarikat platform latihan pendidikan, telah melaksanakan perkongsian eksklusif di Korea dengan Pluralsight, syarikat pendidikan IT B2B global No. 1, untuk kandungan pendidikan. Pluralsight ialah syarikat pendidikan IT B2B global, tempat pembangun di seluruh dunia mempelajari kemahiran IT seperti SW, pengaturcaraan, awan dan sebagainya.

Bersama dengan perjanjian ini, Elice telah memperoleh hak jualan eksklusif untuk mengedarkan kandungan pendidikan Pluralsight di Korea. Elice akan menterjemah dan menyetempatkan kandungan pendidikan Pluralsight ke dalam bahasa Korea menggunakan teknologi dan perkhidmatan AI yang unik melalui Elice LXP. Elice Inc. akan terus bekerjasama rapat dengan Pluralsight untuk mengembangkan perniagaan di Jepun, Singapura dan negara lain.

Teknologi yang dikuasakan oleh AI Elice LXP yang dioptimumkan untuk pendidikan telah menarik perhatian Pluralsight apabila memutuskan mengenai perkongsian itu. Papan pemuka AI Elice LXP meramalkan penyiapan kursus berdasarkan data seperti prestasi akademik pelajar dan corak pembelajaran, memastikan semua pelajar menamatkan pengajian mereka dengan berkesan. Elice LXP mempunyai purata kadar penyelesaian melebihi 80% dan bilangan pelajar melebihi 1 juta.

Pluralsight menggunakan rangkaian pengajar profesional IT terbesar di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia untuk menyampaikan kursus terbaik dalam SW, awan, AI dan keselamatan. Khususnya, ini termasuk kandungan SW lanjutan, serta kursus pensijilan rangkaian dan keselamatan global yang sukar diakses di Korea.

Elice Inc. telah memperkenalkan kandungan pendidikan di awan, keselamatan, pensijilan dan sebagainya, di Elcademy, jenama pendidikan AI secara praktikal Elice, yang mengetengahkan trend industri terkini.

Maklumat Tentang Elice Inc.

Diasaskan pada tahun 2015, Elice Inc. ialah syarikat platform AI Edtech yang melaksanakan persekitaran pengekodan maya untuk pendidikan dan menyediakan penyelesaian latihan tersuai dengan Elice LXP, platform latihan pendidikan pertama di Korea yang menggunakan teknologi AI kepada pendidikan. Syarikat ini menawarkan latihan DX tersuai kepada 1,100 pelanggan, termasuk syarikat besar, universiti dan institusi kerajaan dan awam.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17724

ABDULAZIZ AL-GUDAIMI, VETEREN ARAMCO, SERTAI EIG SEBAGAI PENASIHAT KANAN DAN PENGERUSI OPERASI MENA

Foto: Business Wire

 WASHINGTON, 4 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah syarikat pelabur institusi peneraju dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, mengumumkan bahawa Abdulaziz Al-Gudaimi telah menyertai pasukan EIG sebagai Penasihat Kanan dan Pengerusi Operasi Timur Tengah & Afrika Utara (“MENA”). En. Al-Gudaimi, yang merupakan bekas Naib Presiden Eksekutif bahagian Pembangunan Korporat di Saudi Aramco (“Aramco”), mempunyai pengalaman lebih 38 tahun dalam pasaran tenaga dan akan memberikan nasihat strategi kepada EIG tentang aktiviti pelaburan mereka dan meneruskan pertumbuhan di rantau tersebut.


“Kami amat gembira Abdulaziz dapat menyertai firma kami,” kata R. Blair Thomas, Pengerusi EIG Chairman dan CEO. “Kepakaran sektor dan kekayaan pengalaman beliau dalam MENA akan memainkan peranan penting dalam usaha mencari sumber peluang pelaburan tambahan EIG merentas tenaga kritikal dan infrastruktur berkaitan tenaga, serta untuk syarikat portfolio kami apabila mereka menghadapi cabaran rumit semasa beralih kepada masa depan yang rendah karbon.”

“Saya kenal Blair dan pasukan EIG melalui kerjasama firma ini dengan Aramco, dan saya tidak sabar untuk menambah lagi kejayaan mereka di rantau tersebut,” kata En. Al-Gudaimi. “Dengan peralihan tenaga terus bertambah penting dan membina jalan untuk masa depan yang lebih baik, EIG berada di kedudukan yang baik untuk mencari peluang memanfaatkan kepakaran operasinya dan meningkatkan usaha penyahkarbonan sektor tenaga rantau tersebut. Saya ingin membantu membina nilai untuk syarikat portfolio firma ini serta pelaburnya.”

En. Al-Gudaimi bertugas sebagai Naib Presiden Eksekutif bahagian Pembangunan Korporat di Aramco sebelum beralih daripada jawatan itu pada bulan Disember 2022. Dalam peranan tersebut, beliau membantu Aramco membina capaian yang lebih baik kepada pasaran dan teknologi yang sedang bertumbuh melalui pengoptimuman portfolio dan penyelarasan strategi. En. Al-Gudaimi pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan yang lain di Aramco sebelum ini, termasuk Naib Presiden Kanan bahagian Hiliran dan Naib Presiden bahagian Sistem Kuasa. En. Al-Gudaimi kini menjawat jawatan Pengarah Vision Invest Holding dan Saudi Alfransi Bank, dan pernah bertugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Motiva Enterprises LLC, Arlanxeo, Saudi Aramco Total Refining and Petrochemical Company, Aramco Trading Company dan Petro Rabigh sebelum ini. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Petroleum dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Perihal EIG

EIG ialah pelabur institusi peneraju dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $23.0 bilion di bawah pengurusannya setakat 30 September 2023. EIG merupakan pakar pelaburan swasta dalam infrastruktur tenaga dan yang berkaitan tenaga di seluruh dunia. Sepanjang sejarah 41 tahunnya, EIG telah melabur $45.9 bilion pada sektor tenaga melalui 400 projek atau syarikat di 42 negara merentas enam benua. Para klien EIG termasuk pelbagai rancangan pencen peneraju, syarikat insurans, yayasan dan dana kekayaan negara di A.S., Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dengan pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53864962/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungan
Media
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com

Sumber: EIG

--BERNAMA

INISIATIF MYDIGITAL ID NAIK TARAF TADBIR URUS KERAJAAN DIGITAL, TINGKAT KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

 

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah individu pertama di negara ini yang memiliki ID Digital

PUTRAJAYA, 4 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah menjadi individu pertama yang mendaftar untuk Identiti Digital Nasional atau Digital ID. Inisiatif ini merupakan langkah maju dalam pengesahan identiti digital yang akan digunakan oleh sektor awam dan swasta untuk transaksi dalam talian, dengan tujuan mengurangkan penipuan identiti.
 
Pelaksanaan MyDigital ID adalah satu inisiatif penting dalam memperkukuhkan landskap digital negara. MyDigital ID dibangunkan untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan pengguna di dalam ekosistem digital. Dengan penekanan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terkini, MyDigital ID diwujudkan dengan sepenuhnya oleh bakat tempatan dan mematuhi piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus).
 
MyDigital ID direka khas untuk memperkukuhkan kepercayaan dan memberikan keselesaan kepada orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian. Melalui pengesahan diri yang tepat, transaksi atas talian yang selamat, dan kemudahan log masuk tunggal, MyDigital ID mampu mengurangkan risiko penipuan dan memudahkan urusan harian berkaitan perkhidmatan dalam talian.
 
MIMOS ingin menegaskan bahawa MyDigital ID tidak menyimpan data biometrik pengguna seperti cap jari, iris/mata, atau pengecaman wajah. Justeru, Ia adalah satu langkah maju bagi memastikan keselesaan dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian tanpa mengorbankan privasi.

MyDigital ID merupakan inisiatif yang akan menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien di Malaysia, seperti pengagihan subsidi bersasar dan peningkatan akses ke sistem perubatan MADANI. Melalui identifikasi digital, transaksi seperti pembahagian bantuan menjadi lebih mudah dan telus, memastikan hanya individu yang layak dapat menerima manfaat. Ini seterusnya menyokong pembangunan negara ke arah penggunaan teknologi yang inklusif dan berintegriti.
 
Kerajaan Digital yang berasaskan data merupakan nadi utama untuk sebuah pentadbiran yang lebih cekap dan efisien. Pada masa yang sama, kerajaan turut menitikberatkan soal keselamatan digital bagi menjamin perlindungan data dan privasi individu. Sehubungan itu, MIMOS berharap program MyDigital ID akan menerima sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat, seterusnya menyokong usaha kerajaan mereformasikan tadbir urus demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Disediakan oleh,
MIMOS Malaysia
1 DISEMBER 2023 

Mengenai MIMOS Berhad

 
MIMOS adalah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan pusat inovasi dalam teknologi Semikonduktor, Mikroelektronik dan ICT, yang menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi Malaysia melalui platform, produk dan penyelesaian teknologi yang boleh dipatenkan. Sejak penubuhannya, MIMOS telah memfailkan lebih daripada 1,300 paten dalam pelbagai domain teknologi dan merentasi bidang sosio-ekonomi utama yang memacu perkembangan transformasi digital Malaysia ke arena antarabangsa, menjenamakan semula dirinya sebagai MIMOS Global pada 2022.

Sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan, aktiviti R&D MIMOS kini tertumpu pada Semikonduktor & Penyelidikan Filem Nipis (Semiconductor & Thin Film Research), Elektronik Lanjutan & Sistem Terbenam (Advance Electronics & Embedded Systems), Teknologi Pembuatan (Manufacturing Technology) dan teknologi Negara Bestari (Smart Nation). MIMOS terus meningkatkan kerjasamanya dengan rakan kongsi strategik sedia ada, meneroka peluang baharu dengan bakal rakan kongsi, dan membangunkan syarikat teknologi baharu dan organisasi usaha niaga teknologi berorientasikan perniagaan. MIMOS juga mengekalkan R&D teknologi canggihnya, meneroka pembangunan keusahawanan teknologi global, dan memupuk sikap amanah, inovasi dan prestasi tinggi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mimos.my. 

SUMBER: MIMOS Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Komunikasi Korporat kami: 
Nama: Muriani Mat Zin
Ketua Jabatan, Komunikasi Korporat
E-mel: muriani@mimos.my
 
Nama: Patricia Liew
Pengurus, Komunikasi Korporat
E-mel: patricia.liew@mimos.my
 
Nama: Laurence Sebastian
Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat
E-mel: laurence@mimos.my 

--BERNAMA

Sunday, December 3, 2023

PERSATUAN TAKAFUL MALAYSIA SUNTIK SEMANGAT USAHAWAN ASNAF NEGERI KEDAH

 

Seramai 50 orang usahawan asnaf diraikan dalam Majlis Graduasi Program Transformasi Usahawan Asnaf (PTUA) di The Jerai Hotel, Alor Setar.  


MTA meraikan 50 orang usahawan asnaf di dalam majlis graduasi bagi Program Transformasi Usahawan Asnaf (PTUA) Negeri Kedah
 
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) sebagai rakan strategik dalam Program Transformasi Usahawan Asnaf (PTUA) turut serta dalam meraikan majlis graduasi 50 orang usahawan asnaf yang telah berjaya menghabiskan kursus usahawan dan kemahiran di The Jerai Hotel, Alor Setar. Program PTUA telah bermula pada 11 November 2023 sehingga 17 November 2023. Kesemua 50 orang usahawan asnaf yang terlibat telah mengikuti kursus untuk bidang-bidang yang ditawarkan iaitu Pembuatan Produk Makanan Komersial, Pendawaian Elektrik dan Servis Penghawa Dingin.
 
Program anjuran bersama Persatuan Institusi Perbankan Dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) ini merupakan salah satu inisiatif yang menjadi fokus MTA dalam menyampaikan tentang kesedaran dan kepentingan Takaful kepada semua lapisan masyarakat, khususnya kepada usahawan asnaf yang terlibat dalam program ini. Terdahulu dari ini, pelaksanaan program PTUA ini adalah rentetan dari kejayaan Program Transformasi Usahawan Asnaf yang telah dilaksanakan pada 14 sehingga 20 Ogos 2023 yang lalu, untuk 50 ASNAF dari sekitar negeri Terengganu.
 
Objektif program ini adalah untuk melahirkan usahawan-usahawan dari kalangan asnaf melalui bidang-bidang kemahiran yang boleh membantu mereka dalam menambah pendapatan, seterusnya dapat membina kehidupan keluarga mereka kearah yang lebih baik. Sepanjang program ini, para peserta diberikan latihan teori dan praktikal serta diberikan bimbingan menyeluruh untuk mereka menceburi dunia usahawan dengan lebih baik. Peserta juga didedahkan dengan keperluan dan kepentingan perlindungan takaful, yang bukan hanya untuk diri dan keluarga mereka sahaja malahan untuk perniagaan yang sedang atau akan mereka bina. Peluang-peluang pekerjaan sebagai perunding Takaful juga turut dikongsikan disepanjang program ini dilangsungkan.
 
Selain itu, program ini turut mendapat sokongan dan sumbangan daripada Zurich Takaful Malaysia Berhad yang merupakan ahli MTA, dan juga sumbangan myZakat daripada ahli-ahli AIBIM. Melalui program ini juga, para peserta akan terus dipantau dan dibimbing secara berkala dalam tempoh enam bulan akan datang, bagi mengekalkan momentum positif untuk meningkatkan sosio ekonomi serta daya tahan perusahaan atau perniagaan mereka. 
 
Di samping itu, usaha ini juga merupakan salah satu inisiatif yang sejajar dengan matlamat Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Pelan Sektor Kewangan (FSB) 2022-2026 sebagai panduan berasaskan prinsip untuk memajukan rangkuman kewangan di Malaysia.
 
MTA juga menekankan pendidikan literasi kewangan selaras dengan Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) yang juga termasuk dalam memperkasakan Rangka Kerja Rangkuman Kewangan (FIF) 2023-2026 terhadap masyarakat. Rangkuman kewangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada nilai inklusiviti, iaitu prinsip utama dalam agenda pembangunan sosio ekonomi negara bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat menikmati hasil pertumbuhan dan pembangunan ekonomi tanpa mengira jantina, etnik kaum, status sosio ekonomi dan lokasi penempatan penduduk.
 
MENGENAI PERSATUAN TAKAFUL MALAYSIA (MTA)
Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah ditubuhkan pada November 2002 di bawah Akta Pertubuhan 1966. Ia merupakan persatuan perdagangan yang mewakili semua 18 pengendali Takaful dan Retakaful berlesen di negara ini. Objektif dan kuasa MTA adalah untuk menggalakkan kepentingan ahli-ahlinya untuk mengetuai dan mengawasi pengawalseliaan kendiri dalam industri Takaful. Maklumat lanjut mengenai MTA boleh didapati di laman sesawang: www.takaful4all.org.my
 
SUMBER: PERSATUAN TAKAFUL MALAYSIA (MTA)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Siti Nor Kamariah Ishak
Ketua, Komunikasi Korporat
Tel: 03-2031 8160
Faks: +603-2031 8170

--BERNAMA

Friday, December 1, 2023

HOSPITAL PAKAR DAN PUSAT PENYELIDIKAN RAJA FAISAL MENGHORMATI DUA DEKAD KOMITMEN TULUS IKHLAS KAKITANGAN

 RIYADH, Saudi Arabia, 1 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal dengan bangganya mengiktiraf dedikasi luar oleh biasa tenaga kerjanya yang pelbagai, dengan setiap ahli menyumbang selama dua dekad kepada misi murni penjagaan pesakit. Tuan Yang Terutama, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Majid Al-Fayad, secara peribadi memberi penghormatan kepada individu pelopor ini pada edisi keempat puluh empat Majlis Penghormatan Perintis yang diadakan di Jeddah dan Riyadh, masing-masing pada 20 dan 22 November.


Dalam menyampaikan penghargaan atas komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan kesihatan, hospital memperingati detik bermakna yang didedikasikan untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan pesakit. Kemuncak usaha ini telah menganyam begitu banyak pengalaman dan kemahiran, membentuk asas untuk status terhormat yang dipegang oleh Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal hari ini.

Inti kepada kejayaan ini ialah komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pembangunan pekerja dan penanaman budaya organisasi yang mantap. Hospital itu memberi penekanan khusus kepada modal insannya, mengiktiraf peranan penting mereka dalam mencapai keunggulan globalnya. Komitmen ini terbukti melalui pelaksanaan program dan perkhidmatan berkualiti yang bertujuan untuk meningkatkan persekitaran kerja dan produktiviti pekerja.

Kejayaan inisiatif ini dicerminkan dalam tinjauan dalaman dengan 78% peserta mengesyorkan persekitaran kerja, dan 81% menyatakan kepuasan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh hospital. Dedikasi Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal kepada kakitangannya terus dicontohi dengan penubuhan kelab sosial untuk pekerja beberapa tahun lalu. Inisiatif ini memupuk persekitaran kerja yang positif, menggalakkan interaksi sosial, pertumbuhan peribadi dan penyertaan komuniti, memastikan individu berasa dihargai, terhubung dan disokong.

Menyerlahkan komitmen hospital terhadap pembangunan peribadi dan profesional yang berterusan, KFSH&RC kerap menganjurkan sesi bengkel, seminar dan dialog yang merangkumi pelbagai topik seperti kepimpinan, pengurusan masa, pengurusan tekanan, kesejahteraan kewangan dan kemajuan kerjaya. Peluang pendidikan ini bertujuan untuk menyumbang kepada potensi pertumbuhan pekerja dalam organisasi.

Melalui inisiatif ini, Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal berhasrat untuk mewujudkan persekitaran kerja menarik yang memikat profesional penjagaan kesihatan terkenal di seluruh dunia. Komitmen ini sejajar dengan matlamat strategiknya, menyokong perjalanan hampir lima dekadnya untuk menjadi peneraju global dalam menyediakan penjagaan kesihatan khusus melalui penyelidikan dan inovasi.

Maklumat hubungan:
kfshrc@mcsaatchi.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9653cc92-53bc-4f7c-931c-ae2f0dee72bb

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d0c5a150-18e9-4c19-903b-b58b1f6b1842

Sumber: King Faisal Specialist Hospital & Research Centre

--BERNAMA