Tuesday, December 12, 2023

CAPCOM MENGUMUMKAN PELANCARAN MONSTER HUNTER WILDS!

 

Monster Hunter Wilds dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2025 (Grafik: Business Wire)

Tajuk terbaharu ini dijadualkan akan menyertai siri jualan terkumpul sebanyak 95 juta unit itu pada tahun 2025

OSAKA, Jepun, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) pada hari ini mengumumkan bahawa Monster Hunter Wilds, permainan seterusnya dalam siri Monster Hunter yang terkenal, dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2025.

Monster Hunter Wilds ialah tajuk terbaharu dalam siri ini dan kemasukan talian utama baharu sepenuhnya yang pertama sejak Monster Hunter Rise dilancarkan pada tahun 2021. Monster Hunter Wilds dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2025 dan sedang dibangunkan dengan tujuan untuk menyampaikan pengalaman yang memuaskan hati peminat lama siri ini dan juga pendatang baharu.

Capcom kekal dan cukup komited untuk memenuhi harapan semua pihak berkepentingan dengan memanfaatkan keupayaan pembangunan permainan terunggul dalam industri untuk mencipta pengalaman permainan yang amat menghiburkan.

MAKLUMAT TENTANG Monster Hunter

Siri Monster Hunter terdiri daripada permainan aksi memburu yang membuatkan pemain beradu tenaga dengan raksasa gergasi dalam persekitaran semula jadi yang indah. Bermula dengan tajuk pertama pada tahun 2004, siri ini berjaya mewujudkan genre permainan video baharu apabila pemain bekerjasama dengan rakan memburu raksasa ganas. Siri Monster Hunter telah berkembang menjadi fenomena global dengan jualan terkumpul melebihi 95 juta unit pada 30 September 2023.

MAKLUMAT TENTANG CAPCOM

Capcom ialah pembangun, penerbit dan pengedar hiburan berinteraktif terkemuka di seluruh dunia untuk konsol permainan, PC, peranti pegang tangan dan wayarles. Diasaskan pada tahun 1983, syarikat tersebut telah mencipta ratusan permainan, termasuk francais rintisan Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom mengekalkan operasi di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporat terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut tentang Capcom boleh didapati di https://www.capcom.co.jp/ir/english/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53868342/en

Individu untuk Dihubungi
Bahagian Perhubungan Awam & Pelabur Capcom
Daniel Levine
+81-6-6920-3623
daniel-levine@capcom.com

Yoshiko Ikeda
+81-6-6920-3623
yoshiko-ikeda@capcom.com
 
Sumber: Capcom Co., Ltd.

--BERNAMA

Friday, December 8, 2023

PENGUJI GENETIK GENE SOLUTIONS MENJADI PELOPOR DALAM MEMPROMOSI PENJAGAAN PENCEGAHAN DI ESMO ASIA 2023

HANOI, Vietnam, 7 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Firma pengujian genetik terkemuka Vietnam, Gene Solutions, yang pakar dalam pengesanan kehadiran penyakit tertentu berdasarkan penanda genetik, memberikan kesan yang luar biasa di Kongres ESMO Asia 2023, salah satu persidangan onkologi paling berprestij yang diadakan di Singapura pada 1 hingga 3 Disember.

ESMO Asia merupakan tempat pakar, pemimpin pendapat utama dan persatuan onkologi antarabangsa yang unggul bertemu setiap tahun untuk membentangkan dan membincangkan penemuan saintifik dan klinikal terkini dalam bidang onkologi di rantau Asia Pasifik dan dunia.

Sebagai satu-satunya wakil Asia Tenggara di kongres 2023, Gene Solutions mengemukakan pencapaian mereka dalam Penjujukan generasi seterusnya (NGS), membentangkan langkah penting yang seterusnya dalam perubatan diperibadikan dalam rawatan kanser. Pasukan penyelidikan dan pembangunan membentangkan lima laporan, termasuk pembentangan lisan dan empat poster yang mengilustrasikan manfaat klinikal pengujian genetik untuk penyaringan dan penjejakan kanser. Dua pembentangan telah diberi Anugerah Merit Pelancongan.

Gene Solutions telah membuat pencapaian yang mengagumkan di rantau ini, bercawangan di Vietnam, Thailand, Filipina, Malaysia, Indonesia dan kini Singapura. Makmal keenam mereka yang dibuka baru-baru ini di Singapura menunjukkan pengiktirafan dan kerjasama yang jelas daripada syarikat global ini. Mereka juga telah menganjurkan mesyuarat dengan tema "Satu penyelesaian Sehenti untuk semua pesakit kanser," menggabungkan pakar-pakar dari enam negara Asia Tenggara.

Pada awal 2023, kejayaan penyelidikan klinikal Gene Solutions telah diiktiraf di Kejayaan Cemerlang ASCO di Jepun, meraih dua Anugerah Abstrak Kejayaan Cemerlang ASCO. Mereka terpilih untuk sidang akhbar penting bagi menonjolkan hasil luar biasa kajian pensahihan klinikal mereka, K-DETEK.

Syarikat perintis ini mempunyai misi untuk menangani penyakit ini dan menambah baik penjagaan pesakit di Asia Tenggara. Syarikat ini telah membangunkan Penyaringan untuk Kehadiran Tumor melalui Pemetilan dan Saiz (SPOT-MAS) - satu taksiran berdasarkan biopsi cecair pelbagai mod yang boleh mengesan lima jenis kanser paling lazim (kanser hati, payudara, kolorektum, gastrik, paru-paru).

Pada April 2022, pensahihan analisis yang pertama ujian SPOT-MAS telah dijalankan pada satu kelompok seramai 738 pesakit, 1550 individu sihat dan diterbitkan dalam jurnal terkemuka, eLife (eLife.89083.2). Ini membuktikan keupayaan SPOT-MAS untuk mengesan pesakit kanser dengan kecenderungan 72.4% dan kepersisan 97.0%. Dengan produk seperti SPOT-MAS, OncoGS, K-TRACK, K-4CARE, Gene Solutions menerajui penggunaan teknologi biopsi cecair bagi menyokong penyaringan, diagnosis, membimbing dan memantau rawatan untuk pelbagai jenis kanser.

Gene Solutions telah diasaskan bersama pada 2017 oleh Dr. Nguyen Hoai Nghia (CEO), Dr. Nguyen Huu Nguyen (Timbalan CEO) dan Dr. Giang Hoa (Ketua R&D). Mereka mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bidang genetik, biologi kanser, perubatan klinikal, bioteknologi.

Setelah menamatkan pengajian biologi kanser dan genetik di AS, Dr. Nghia berharap untuk mewujudkan teknologi canggih di Vietnam. Pada masa itulah timbulnya idea "Gene Solutions". Matlamat mereka adalah untuk mencipta penyelesaian yang lebih boleh dicapai, mampu milik, dan boleh dicapai secara meluas, dan dengan itu memanfaatkan berjuta-juta orang di Asia Tenggara.

“Membentangkan kajian kami di acara unggul ini buat pertama kali merupakan satu pengalaman yang mengujakan, dan ganjaran yang diberikan atas usaha kami merupakan satu penghormatan. Kami berbangga dengan perjalanan enam tahun kami di Vietnam membangunkan NGS. Gene Solutions menerajui satu perubahan paradigma yang amat diperlukan dalam penjagaan kesihatan dengan menerima pembangunan yang terkini dalam kajian genetik, menggalakkan penjagaan pencegahan, dan memotivasikan orang ramai untuk mengawal kesihatan mereka,” kata Dr. Nguyen Huu Nguyen. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17734

Thursday, December 7, 2023

PAKAR-PAKAR BERKUMPUL DI NANNING UNTUK MENYOKONG PEMBANGUNAN BERKUALITI TINGGI BAGI EKONOMI MALAM DI GUANGXI

 NANNING, China, 7 Dis., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--


Dari 4 hingga 5 Disember, satu siri acara sampingan bersempena dengan Persidangan Pertukaran Pembangunan Berkualiti Tinggi Ekonomi Malam Guangxi 2023 telah diadakan di Nanning, Guangxi. Lebih daripada 300 orang pakar terkenal, usahawan dan wakil persatuan industri dari seluruh pelosok negara itu telah berkumpul di Nanning untuk membincangkan strategi dan perancangan bagi pembangunan berkualiti tinggi untuk ekonomi malam Guangxi melalui ucapan pakar, perkongsian kes, promosi jenama, lawatan ke tapak, pengalaman yang mengasyikkan, di antara bentuk lain.

Semasa acara itu, wakil-wakil telah melawat Blok Kreatif Baiyi - Shanghecheng, Kawasan Pemandangan Indah "Malam Nanning", Lawatan Malam Yongjiang dan destinasi popular yang lain, merasai sendiri ekonomi malam yang kaya dan penuh berwarna-warni serta budaya Nanning. Pakar-pakar pelancongan dari seluruh negara itu mengadakan penstriman langsung ketika melawat mercu tanda bandar raya Nanning dan menerokai pemandangan yang indah, makanan, produk istimewa, rekreasi dan warisan kebudayaan tidak ketara.

Lai Fuqiang, ahli Jawatankuasa Parti dan Timbalan Pengarah bagi Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, memperkenalkan bahawa Guangxi terletak di zon iklim monsun subtropika, dengan sebuah iklim yang panas dan nyaman, persekitaran ekologi yang sangat baik, pemandangan yang indah, adat resam etnik yang unik, budaya yang berwarna-warni, dan sebuah suasana kehidupan malam bandar yang mantap, yang secara kolektif membentuk kelebihan yang unik untuk pembangunan ekonomi malam di wilayah itu. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan bertegas untuk membangunkan ekonomi malam sebagai satu langkah penting bagi menggalakkan penggunaan, menstabilkan peluang pekerjaan, dan memberi manfaat kepada mata pencarian penduduk, dan telah memperkenalkan satu deretan dasar untuk mengukuhkan langkah-langkah dasar bagi pembangunan ekonomi malam. Langkah-langkah ini termasuk menganjurkan penyelidikan mengenai indeks potensi bagi penggunaan malam di dalam kumpulan pengguna baharu China dan penyelidikan ke atas pembangunan ekonomi malam Guangxi, meningkatkan ganjaran untuk projek dan jenama pelancongan kebudayaan peringkat fenomena, dan bersungguh-sungguh melaksanakan penggunaan aktiviti yang bertemakan kebudayaan dan pelancongan malam, dengan itu secara berkesan meningkatkan pembangunan berkualiti tinggi bagi ekonomi malam.

Pelbagai bandar raya di Guangxi telah memupuk satu siri persembahan malam, seperti Pelabuhan Pertama Laluan Sutera Maritim Beihai dan Cinta Milenium Guilin, beberapa blok lawatan malam, seperti Malam Nanning dan Bandar raya Purba Taiping di Chongzuo, beberapa tempat pelancongan malam yang indah, seperti Kawasan Pemandangan Indah Kampung Yueye Dong di Liuzhou dan Kawasan Pemandangan Indah Dongxing Guomen, dan beberapa laluan lawatan malam, seperti Lawatan Malam Yongjiang dan Lawatan Malam Liujiang. Selain itu, 11 kawasan perhimpunan penggunaan kebudayaan dan pelancongan malam peringkat kebangsaan, seperti Tiga Jalan dan Dua Lorong Nanning, Lorong Timur-Barat Guilin dan Pekan Purba Huangyao di Hezhou, juga telah diwujudkan.

Nanning, ibu kota bagi Guangxi, adalah sebuah bandar raya yang pada asasnya "tidak mempunyai musim sejuk" dan benar-benar dikenali sebagai "sebuah bandar raya yang tidak pernah tidur di China". Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Nanning telah menyasarkan untuk menjadi sebuah pusat pelancongan antarabangsa serantau. Untuk itu, bandar raya itu telah membangunkan sebuah model pembangunan bersepadu bagi "budaya + pelancongan + perdagangan", setelah mencipta pelbagai jenama penggunaan kebudayaan dan pelancongan waktu malam yang normal, pelbagai dan tersendiri yang menawarkan pemandangan penggunaan yang pelbagai bagi pelancong dan penduduk. Hari ini, daya tarikan bagi jenama Nanning "Sebuah Bandar Raya Yang Tidak Pernah Tidur di China, Malam-malam yang Romantis di Nanning" semakin menyerlah, dengan menyuntikkan dorongan kuat ke dalam pembinaan pesat bagi sebuah metropolis antarabangsa untuk pembukaan dan kerjasama dengan ASEAN.

Guangxi akan mengambil peluang daripada menganjurkan persidangan pertukaran ini bagi memanfaatkan sumber kebudayaan dan pelancongan yang kaya dan berwarna-warni, mempercepatkan inovasi dan keterbukaan serta penyepaduan yang pelbagai, mewujudkan senario penggunaan waktu malam baharu yang tersendiri, memupuk bentuk baharu untuk ekonomi malam, dan membina satu corak pembangunan ekonomi malam. Dengan menyediakan bekalan berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang baik, matlamatnya adalah untuk meningkatkan kemudahan, keceriaan dan keselamatan penggunaan waktu malam, dan bagi lebih memenuhi permintaan penggunaan waktu malam yang diperibadikan, pelbagai peringkat dan berkualiti bagi pelancong dan penduduk. Tumpuan itu adalah untuk mewujudkan satu versi ekonomi malam yang dinaik taraf, membentuk jenama "Sebuah Dunia Baharu bagi Malam yang Romantis dan Memikat di Guangxi", dan seterusnya memacukan ekonomi malam di Guangxi untuk menyokong pembangunan ekonomi dan sosial yang berkualiti tinggi.

Ekonomi malam adalah satu komponen penting bagi ekonomi bandar dan satu penunjuk penting berhubung keterbukaan dan daya hidup ekonomi bandar. Data menunjukkan bahawa kira-kira 60% daripada penggunaan berlaku pada waktu malam. Pada masa ini, ekonomi malam terus menaik taraf ke arah perindustrian, pengkhususan dan kualiti yang lebih tinggi, sekali gus mencerminkan aspirasi rakyat untuk menjalani kehidupan yang lebih senang, lebih mudah dan lebih baik.
 
Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang

--BERNAMA

PELANCARAN BUKU DATA PRODUKTIVITI APO 2023

Contoh data daripada Buku Data Produktiviti APO 2023: Rajah 5.13 Indeks Produktiviti Faktor Keseluruhan Separuh Abad mengikut Negara, 1970-2021 (Grafik: Business Wire)


TOKYO, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mengeluarkan Buku Data Produktiviti APO 2023, penerbitan tahunan yang menyediakan kompilasi meluas statistik produktiviti dan trend di Asia-Pasifik. Buku data ini menawarkan analisis terperinci mengenai produktiviti dan corak pertumbuhan ekonomi, membantu pihak berkepentingan memahami landskap semasa dan membuat keputusan termaklum. Metodologi dan standard pengumpulan data yang rapi bagi buku data ini memastikan reputasinya sebagai sumber yang boleh dipercayai untuk sesiapa sahaja yang berminat dengan kemajuan ekonomi negara Asia.


Amat penting untuk membuat keputusan yang dipacu data, Buku Data Produktiviti APO membantu penggubal dasar, pemimpin perniagaan dan penyelidik dalam perancangan ekonomi, menanda aras produktiviti negara terhadap standard serantau dan global, serta mengenal pasti peluang dan cabaran pertumbuhan.

Sorotan Utama Buku Data Produktiviti APO 2023

· Dua puluh satu profil anggota APO dan lima profil serantau dengan penunjuk produktiviti.
· Memperkenalkan metodologi baharu, seperti permodalan sumber mineral dan tenaga (MER) dan anggaran stok tanah dan kualiti buruh yang lebih baik.
· Trend Pertumbuhan Ekonomi: Dari tahun 2015 hingga 2021, ekonomi Asia31 (21 anggota APO dan 10 bukan anggota) meningkat setiap tahun sebanyak 4%. Pada tahun 2021, ekonomi Asia31 ini menyumbang 48% daripada ekonomi global, berbanding Amerika Syarikat (16%) dan EU27 (14%). Unjuran untuk tahun 2030 menunjukkan bahagian ekonomi global Asia meningkat kepada 53%.
· Analisis khusus sektor: Meskipun usaha pempelbagaian, pertanian, perhutanan dan perikanan masih mendominasi pekerjaan di Asia pada tahun 2021, menyumbang sebanyak 30% pekerjaan. Sementara itu, pembuatan muncul sebagai sektor penting, merangkumi lebih 20% daripada jumlah nilai tambahan di 12 negara Asia.

Buku Data Produktiviti APO 2023 boleh didapati dalam format digital dan cetakan, serta boleh diakses dan dimuat turun secara percuma daripada pautan di bawah.

https://doi.org/10.61145/TRKP9496

Pangkalan Data Produktiviti APO 2023, alat dalam talian yang menyediakan data produktiviti mengenai 31 negara Asia dan penanda aras daripada pelbagai kumpulan ekonomi di seluruh dunia, turut dikemas kini dalam pautan di bawah.

https://www.apo-tokyo.org/productivitydatabook/

Maklumat Tentang Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) ialah pertubuhan antara kerajaan serantau yang khusus untuk menambah baik produktiviti di rantau Asia-Pasifik melalui kesepakatan bersama. Pertubuhan ini ialah pertubuhan bukan politik, bukan untung dan tanpa diskriminasi. Ditubuhkan pada tahun 1961 dengan lapan anggota pengasas dan pada masa ini Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mempunyai 21 anggota ekonomi: Bangladesh; Kemboja; Taiwan (Republik China - ROC); Fiji; Hong Kong; India; Indonesia; Republik Islam Iran (I.R.); Jepun; Korea Selatan (Republik Korea - ROK); Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR); Malaysia; Mongolia; Nepal; Pakistan; Filipina; Singapura; Sri Lanka; Thailand; Turki; dan Vietnam.

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) sedang membentuk masa depan rantau ini dengan memupuk pembangunan sosioekonomi anggota pertubuhan melalui khidmat nasihat dasar negara, bertindak sebagai badan pemikir, inisiatif pembinaan kapasiti institusi dan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53867246/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Untuk maklumat terperinci, hubungi:
Unit Maklumat Digital, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO): pr@apo-tokyo.org;
Telefon: +81-3-3830-0411;
Laman web: https://www.apo-tokyo.org.
 
Sumber: Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)  

--BERNAMA

Wednesday, December 6, 2023

DUCK CREEK TECHNOLOGIES MEMPERKENALKAN GENERASI SETERUSNYA BAGI PENGURUSAN DAN ANALITIK DATA DENGAN PELANCARAN DUCK CREEK CLARITY™

 Pengenalan produk terbaru syarikat itu akan mengubah masa depan kecemerlangan pacuan data bagi industri insurans


BOSTON, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan insurans harta benda dan kecederaan (P&C) serta am, mengumumkan pengeluaran Duck Creek ClarityTM, penyelesaian teknologi yang inovatif dan asli awan dan pengganti Duck Creek Insights, yang direka khusus untuk memperkasakan syarikat insurans dengan pengurusan data, pelaporan dan keupayaan analitik termaju. Dengan pengenalan Duck Creek Clarity, syarikat itu turut memodenkan kitaran peningkatan teknologi tradisional melalui pendekatan "Penghantaran Aktif" unik yang menyediakan kemas kini berterusan dan menyingkirkan keperluan untuk syarikat insurans menjalani projek naik taraf yang menepati masa dan mahal.

Duck Creek Clarity ialah tawaran asli awan yang memudahkan proses mengakses, mengurus dan menyatukan data yang berasal daripada sistem teras berasaskan SaaS (perisian-sebagai-perkhidmatan) Duck Creek termasuk penyelesaian polisi, pengebilan dan tuntutan. Dengan keupayaan untuk menyepadukan sumber data luaran dengan lancar, Duck Creek Clarity membolehkan pasukan memperoleh cerapan menyeluruh yang membawa kepada peningkatan dalam membuat keputusan dan nisbah kerugian yang lebih baik. Syarikat insurans boleh memanfaatkan perkhidmatan berkuasa ini untuk kedua-dua pelaporan operasi harian dan perancangan jangka panjang strategik, menetapkan peringkat untuk penambahbaikan di seluruh portfolio.

Duck Creek Clarity memanfaatkan Snowflake Data Cloud untuk melengkapkan syarikat insurans dengan lapisan data yang teratur dan set papan pemuka dan laporan kecerdasan perniagaan prabina, memudahkan keputusan pengunderaitan dan pembaharuan yang lebih termaklum serta penilaian prestasi pasukan. Tawaran baharu ini juga memudahkan penyepaduan data ke dalam model AI/ML (kecerdasan buatan/pembelajaran mesin), aplikasi pengguna dan ejen/broker serta sistem pihak ketiga, memperkasakan syarikat insurans untuk membuat keputusan termaklum pada setiap peringkat kitaran hayat insurans, daripada pengunderaitan kepada pengebilan dan tuntutan.

"Kami sedang memulakan era baharu kecemerlangan pacuan data dengan pelancaran Duck Creek Clarity," kata Jess Keeney, Ketua Pegawai Produk & Teknologi, Duck Creek Technologies. "Duck Creek telah membuktikan bahawa keupayaan yang teguh bagi penyelesaian itu adalah elemen penting yang menyokong pemilikan data dan pembuatan keputusan yang tangkas yang menawarkan syarikat insurans kelebihan saingan yang lebih besar dalam pasaran. Hal ini hanyalah permulaan komitmen Duck Creek terhadap pelaburan berterusan dalam data dan analitik yang membolehkan syarikat insurans di seluruh dunia menjadi lebih bijak dan lebih pantas dalam tindak balas mereka terhadap peluang pasaran. Duck Creek Clarity ialah langkah penting dalam visi pelan hala tuju teknologi kami untuk menyediakan syarikat insurans dengan kaedah bagi 'melaksanakan dengan kecerdasan,' mengoptimumkan kecekapan operasi dan menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih diperibadikan."

"Data ialah blok binaan yang kritikal bagi syarikat insurans yang ingin menyerlahkan kuasa dan keberkesanan sebenar bagi analitik dan AI generatif termaju," kata Tom Benton, Rakan Kongsi di ReSource Pro (dahulunya dikenali sebagai Strategy Meets Action). "Syarikat insurans memerlukan pengurusan data dan alat analitik seperti Duck Creek Clarity yang boleh memecahkan silo data dan menyediakan laluan ke arah mempercepatkan tahap kematangan data mereka dengan pantas. Ia akhirnya membantu pengurusan produk insurans dan pengunderaitan, pasukan tuntutan membuat keputusan yang lebih bijak dan menyampaikan lebih banyak pengalaman pelanggan yang berbeza."

Sertai webinar pelancaran produk langsung Duck Creek Technologies pada hari Khamis, 7 Disember 2023, jam 12:00 tgh. ET untuk mengetahui lebih lanjut tentang memperkasakan keputusan insurans terdorong data dengan Duck Creek Clarity.

Perihal Duck Creek Technologies

Duck Creek Technologies merupakan sebuah penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan industri harta benda dan kecederaan (P&C) serta am. Kami merupakan platform yang membina sistem insurans moden yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan berterusan. Ketulenan, tujuan dan ketelusan adalah teras kepada Duck Creek. Kami percaya insurans harus tersedia untuk individu dan perniagaan pada ketika, di tempat dan dengan cara mereka paling memerlukannya. Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara tersendiri atau sebagai suite penuh, dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Lawati www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan Twitter.

Maklumat Hubungan Media:

Carley Bunch
carley.bunch@duckcreek.com

SUMBER: Duck Creek Technologies

--BERNAMA

Tuesday, December 5, 2023

"KARNIVAL UPIN & IPIN 2023: ANIMASI KESAYANGAN KELUARGA"




SHAH ALAM, 4 Dis (Bernama) --
 Les’ Copaque Production dengan sokongan Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Karnival Upin & Ipin 2023, bertemakan Animasi Kesayangan Keluarga. Karnival keluarga terbesar yang dibawakan oleh Penaja Emas, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dengan Astro sebagai rakan media ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 15 hingga 17 Disember 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan sokongan dari Tourism Melaka. Karnival Upin & Ipin 2023 ini menjadi pencetus kepada Tahun Melawat Melaka 2024.

Pentas utama yang sentiasa menjanjikan persembahan luarbiasa bertemakan siri-siri fenomena keluaran Les’ Copaque Production seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu dan Puteri bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Persembahan tarian dan nyanyian yang penuh bertenaga ini akan menampilkan hampir 20 maskot, menjadikannya karnival dengan himpunan maskot terbesar di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik turut menanti pengunjung dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Adik-adik yang suka mengira boleh menyertai Usahawan Mail, yang pandai berpantun boleh berlawan pantun di arena Pantun Jarjit, siapa yang ingin menjadi pempengaruh seperti Ehsan boleh menyertai aktiviti Gaya Intan Payung, bertemu pelakon suara Upin & Ipin, mengenali haiwan Pada Zaman Dahulu di hutan sesat, lumba kereta DaDuDiDo, bergaya seperti Puteri Kerajaan Limau, dan banyak lagi aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Cabutan bertuah untuk dimenangi seperti TV 55’ dan PS5 tajaan FFM Marketing Sdn. Bhd., OG Solution, Messrs Hafidz Hud & Partners turut menanti pengunjung. Selain itu bagi pengumpul tegar medal Upin & Ipin, Karnival Upin dan Ipin kali ini membawakan 8 medal eksklusif yang tidak dijual di mana-mana untuk dijadikan koleksi.

Bersempena dengan Karnival Upin & Ipin juga, acara larian “Upin & Ipin Fun Run” akan diadakan serentak pada hari Sabtu, 16 Disember 2023. Setiap peserta akan menerima baju dan pingat larian berkonsepkan watak Upin & Ipin yang harus di miliki sebagai kenangan terindah.
 
Layari laman web rasmi, http://karnivalupinipin.com/ bagi mendapatkan tiket sah Karnival Upin & Ipin.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17725

FORUM PERUBATAN TRADISIONAL ORGANISASI KERJASAMA SHANGHAI DIBUKA




NANCHANG, China, 4 Dis., 2023 /Xinhua-AsiaNet/-- 
Forum Perubatan Tradisional Organisasi Kerjasama Shanghai telah dibuka di Daerah Baharu Ganjiang di Wilayah Jiangxi pada 30 November, 2023, dengan bertemakan "Warisan dan inovasi, perpaduan dan kerjasama, menggalakkan pembangunan industri perubatan tradisional yang berkualiti tinggi".
 
Sumber: Forum Perubatan Tradisional Organisasi Kerjasama Shanghai  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17721