Friday, February 9, 2024

PENYELIDIK DI KFSH&RC & KAUST DISCOVER GENE BERTANGGUNGJAWAB ATAS PEMBIAKAN STRAIN MALARIA PALING BERBAHAYA

 RIYADH, Arab Saudi, 9 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dalam satu kejayaan cemerlang saintifik, sebuah pasukan kajian dari King Faisal Specialist Hospital and Research Centre (KFSH&RC), secara usaha sama dengan King Abdullah University of Science and Technology (KAUST), bekerja seiring dengan penyelidik dari UK, AS, dan India, telah menemukan satu gen yang penting untuk menangani malaria. Gen ini, digelar PfAP2-MRP, adalah penting dalam proses pereplikaan Plasmodium falciparum, iaitu parasit yang menghasilkan strain malaria yang paling berbahaya.


Teknik makmal lanjutan membolehkan penyelidik merencatkan gen PfAP2-MRP, seterusnya mendedahkan peranan kritikal gen tersebut dalam kitaran hidup parasit malaria dalam sel darah merah. Perencatan ini mengganggu keupayaan parasit untuk membiak, mengurangkan keterukan simptom penyakit dan mengawal penyebaran. Penemuan ini terutamanya memberikan impak besar kerana menangani malaria Plasmodium falciparum, yang meragut nyawa lebih setengah juta orang setiap tahun.

Dr. Ashraf Dada, Pengerusi Jabatan Patologi dan Ubat Makmal di King Faisal Specialist Hospital and Research Centre di Jeddah dan ketua penyelidik, mengatakan: "Penemuan ini membuka jalan untuk menghasilkan rawatan yang lebih efektif bagi strain malaria yang paling membawa maut, Plasmodium falciparum." Di samping itu, kajian ini meningkatkan pemahaman masyarakat saintifik tentang perkembangan penyakit serta interaksi penyakit dengan sistem imun manusia, dan dengan itu mengukuhkan usaha untuk menangani parasit malaria yang berleluasa di Afrika.

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa gen PfAP2-MRP melaraskan penghasilan reseptor protein pelbagai genetik, membolehkan parasit mengelak daripada sistem imun perumah. Mekanisme ini memainkan peranan penting dalam penyebaran global malaria dan menekankan kepentingan gen ini dalam membina strategi terapeutik di masa depan.

Diterbitkan dalam jurnal berprestij "Nature," kajian yang penting ini merupakan sebahagian daripada kerjasama erat antara KFSH&RC dengan KAUST untuk terlibat dalam aktiviti kajian inovatif bertujuan bukan sahaja untuk menyempurnakan diagnosis mikrob, bakteria dan parasit, tetapi juga menekankan usaha global dalam menangani patogen dan meningkatkan kesihatan manusia.

King Faisal Specialist Hospital and Research Centre berdiri dalam kalangan peneraju global dalam menyediakan penjagaan kesihatan khusus, memacu inovasi dan berkhidmat sebagai hab penyelidikan dan pendidikan bagi perubatan termaju. Melalui perkongsian strategik dengan institusi tempatan, serantau dan antarabangsa yang terkemuka, hospital ini berdedikasi untuk memajukan teknologi perubatan dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Perihal King Faisal Specialist Hospital & Research Centre (KFSH&RC):

King Faisal Specialist Hospital & Research Centre (KFSH&RC) berdiri sebagai sebuah institusi penjagaan kesihatan terkemuka di Timur Tengah, dijangka bakal menjadi pilihan optimum bagi setiap pesakit yang mencari penjagaan kesihatan khusus. Hospital ini kaya dengan sejarah merawat kanser, penyakit kardiovaskular, pemindahan organ, neurosains dan genetik.

Pada tahun 2023, "Brand Finance" menyenaraikan King Faisal Specialist Hospital & Research Centre sebagai pusat perubatan akademik terbaik di Timur Tengah dan Afrika, serta antara 20 terbaik di dunia. Selain itu, pada tahun 2022, pusat ini diiktiraf sebagai salah sebuah penyedia penjagaan kesihatan global terkemuka oleh majalah Newsweek.

Sebagai sebahagian daripada Saudi Vision 2030, titah diraja telah dikeluarkan pada 21 Disember 2021 untuk mengubah hospital tersebut menjadi entiti bebas, bukan untuk keuntungan dan milik kerajaan, membuka jalan menuju program transformasi komprehensif untuk menjadi peneraju global dalam penjagaan kesihatan melalui kecemerlangan dan inovasi.

Gambar yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di
https://prdesk.globenewswire.com/api/ResourceLibraryFile/DownloadFile?source=pnr&Id=38b3fbef-fece-4a76-b326-2d57ab1b16ba

MAKLUMAT HUBUNGAN 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi:
En. Essam Al-Zahrani, Ketua Hal Ehwal Media, 0555254429
En. Abdullah Al-Awn, Pegawai Penyelaras Media, 0556294232

Sumber: King Faisal Specialist Hospital & Research Centre

--BERNAMA

Thursday, February 8, 2024

ZCG MENGUMUMKAN PERKONGSIAN BERTERUSAN DENGAN SCUDERIA FERRARI





Melanjutkan Perkongsian dan Kerjasama yang Berjaya Untuk Musim Formula 1 2024


NEW YORK, 7 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini Z Capital Group (“ZCG”) mengumumkan bahawa kumpulan itu telah menandatangani sebagai Rakan Kongsi Pasukan dengan Scuderia Ferrari untuk musim Formula 1 2024. Komitmen itu akan meneruskan perkongsian yang berjaya antara ZCG dan Scuderia Ferrari yang bermula pada tahun 2023.

Perkongsian tahun 2023 merangkumi pelbagai inisiatif kerjasama dan berinovatif dan, semasa musim Formula 1 2024, ZCG berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan Scuderia Ferrari bagi mengembangkan inisiatif ini dan mencari cara baharu, serta kreatif untuk melibatkan peminat Formula 1 di seluruh dunia berdasarkan pendedahan antarabangsa ZCG.

Scuderia Ferrari akan memperkenalkan kereta Formula 1 bagi tahun 2024 pada hari Selasa, 13 Februari 2024. Sebagai Rakan Kongsi Pasukan yang terkemuka, ZCG akan memampangkan logo kumpulan itu pada badan kereta sepanjang Kejuaraan Dunia Formula 1 2024, bermula di Grand Prix Bahrain pada 2 Mac. Selain penempatan logo, perkongsian ini merangkumi kerjasama lebih luas dan keterlibatan pelbagai aspek, menegaskan komitmen bersama terhadap kemaraan ke arah kejayaan dan pertumbuhan untuk perkongsian antara Scuderia Ferrari dan ZCG.

“Kami amat berbangga dengan hubungan kami dan berharap untuk meneruskan sokongan kami terhadap Scuderia Ferrari dan membina di atas kejayaan perkongsian kami pada musim 2023,” kata James Zenni, Pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ZCG. “Ferrari secara konsisten menganjak sempadan inovasi dan pengembangan global. ZCG berkongsi visi Scuderia Ferrari untuk kecemerlangan dan pertumbuhan strategik, serta kami dengan penuh semangat menjangkakan kerjasama selanjutnya yang boleh membawa pengalaman dan keterujaan Formula 1 kepada lebih ramai peminat di seluruh dunia.”

“Kami berbesar hati untuk memperbaharui perkongsian kami dengan ZCG, yang dengan kumpulan itu kami berkongsi semangat untuk kecemerlangan dan keinginan menganjak sempadan inovasi, tanpa mengabaikan nilai dan kuasa yang diperoleh daripada pengalaman beberapa dekad dalam bidang masing-masing,” kata Lorenzo Giorgetti, Ketua Pegawai Hasil Perlumbaan Scuderia Ferrari. “Kami berminat untuk terus bekerjasama dengan ZCG bertujuan menjangkau khalayak yang lebih luas untuk berkongsi pengalaman unik Formula 1 dan dunia Scuderia Ferrari yang sangat istimewa.”

Satu daripada pertandingan sukan permotoran yang paling menarik dan berprestij di dunia, Formula 1 telah mengalami lonjakan populariti dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya di seluruh Amerika Syarikat. Bilangan penonton televisyen Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda dari tahun 2018 hingga 2023, dengan purata 1.11 juta penonton setiap perlumbaan semasa musim 2023. ZCG kekal komited untuk menyokong pertumbuhan Formula 1 melalui perkongsian kumpulan itu dengan Scuderia Ferrari, pasukan yang paling berjaya dalam sejarah sukan ini.

Maklumat Tentang ZCG

ZCG ialah peneraju industri yang terdiri daripada pengurusan aset pasaran persendirian, perkhidmatan perundingan perniagaan, pembangunan dan penyelesaian teknologi.

Selama hampir 30 tahun, Prinsipal ZCG telah melaburkan puluhan bilion dalam modal dan mempunyai rekod prestasi industri cemerlang dalam ekuiti dan kredit persendirian.

ZCG mempunyai kira-kira $7B AUM dalam pengurusan aset dan pelabur syarikat itu ialah sebahagian daripada pelabur institusi global terbesar dan paling sofistikated termasuk dana pencen, endowmen, yayasan, dana kekayaan negara, bank pusat dan syarikat insurans.

ZCG mempunyai pasukan global yang terdiri daripada lebih 400 profesional. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.zcg.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53890624/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17877

NIQ MEMPERKENALKAN LAPORAN TINJAUAN PENGGUNA 2024 YANG MENYELURUH: MENAVIGASI ALIRAN DAN CERAPAN GLOBAL UNTUK PERTUMBUHAN STRATEGIK

CHICAGO, 8 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NIQ, peneraju terkemuka dalam risikan pengguna, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Laporan Tinjauan Pengguna Global 2024 yang amat dinanti-nantikan. Dokumen menyeluruh ini meneroka trend dan cerapan kritikal yang membentuk landskap pengguna, menyampaikan data dan analisis yang tidak ternilai untuk perniagaan dan pihak berkepentingan di seluruh dunia.


Menavigasi keadaan rupa bentuk ekonomi global yang rumit, laporan itu menyelidik akibat peristiwa dan trend ekonomi yang ketara, menjelaskan impak tersebut terhadap keyakinan pengguna dan tingkah laku perbelanjaan. Melangkaui gambaran keseluruhan yang luas, analisis yang disampaikan menerokai varians serantau, memberikan cerapan mendalam tentang keadaan dinamik rantau Asia Pasifik, Eropah, Amerika Utara, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang unik. Kajian kepimpinan berwibawa dwitahunan ini mendedahkan nuansa dalam pilihan pengguna serta perubahan dalam sikap pengguna dan corak pembelian, memperkasa peruncit dan pengilang dengan pemahaman strategik mengenai pasaran sasaran masing-masing bagi memudahkan formulasi strategi yang disesuaikan untuk pertumbuhan mampan.

"Dalam ekonomi global yang mengganggu hari ini, Laporan Tinjauan Pengguna untuk tahun 2024 kami berfungsi sebagai kompas, menavigasi melalui kesan peristiwa ekonomi dan mendedahkan cerapan mengenai tingkah laku pengguna,” kata Tracey Massey, Ketua Pegawai Operasi NIQ. “Memandangkan perniagaan menghadapi cabaran landskap yang berubah-ubah, laporan ini melengkapkan diri masing-masing dengan pandangan jauh yang strategik, menawarkan pemahaman yang disesuaikan tentang varians serantau dan memperkasa perniagaan berkenaan untuk mengemudi haluan masing-masing ke arah pertumbuhan mampan."

Dapatan penting daripada Laporan Tinjauan Pengguna Global NIQ:

· Kelembapan Nilai dan Volum: Pada bulan November 2023, harga meningkat sebanyak 6.1%, penurunan ketara daripada kenaikan 13.6% yang diperhatikan pada bulan Januari 2023. Apabila inflasi berkurangan, ini mendedahkan bahawa pertumbuhan perlahan dalam nilai jualan tidak lagi menutupi kadar penggunaan yang rendah atau menurun. Peruncit dan jenama mesti memberikan respons secara strategik untuk mengelakkan promosi secara berlebihan dan melindungi keuntungan.
· Pengguna Mengalami Tekanan: Hari ini, 34% daripada pengguna global mengalami tekanan yang lebih teruk dari segi kewangan berbanding setahun yang lalu, kerana kadar pengangguran kekal stabil dan kegagalan upah bergerak seiring dengan inflasi. Memandangkan krisis global masih menjadi tumpuan utama, jangkaan peningkatan dalam persaingan untuk bahagian lebih kecil perbelanjaan pengguna akan berlaku.
· Proaktif dan Tepat dengan Kesejahteraan: 40% daripada pengguna global secara proaktif mengutamakan kesihatan mereka, menyumbang kepada peluang pertumbuhan khusus dalam pasaran. Menyedari kepentingan pengurusan kesihatan yang proaktif, pengguna berminat dengan perubahan gaya hidup dan ciri produk tertentu untuk mencapai matlamat kesihatan mereka.
· Pandangan Hibrid mengenai Nilai: Dalam analisis tersuai merentasi tahap harga yang berbeza, produk yang mempunyai harga berasaskan nilai merupakan satu-satunya kumpulan yang mengalami pertumbuhan dalam bahagian jualan (0.6 mata) pada tahun 2023. Polarisasi kewangan antara pengguna mewah dan rentan mendorong pencarian yang diperluas untuk pilihan nilai dan peruncit serta pengilang seharusnya menjangkakan permintaan untuk pelbagai produk mampu milik baharu pada tahun 2024.
· Pertumbuhan Inovasi Tertumpu kepada Nilai: Pengilang yang melakukan inovasi adalah 1.8 kali lebih berkemungkinan meningkatkan jualan keseluruhan. Inovasi berterusan telah terbukti paling menguntungkan syarikat semasa kelembapan pasaran berlaku. Inovasi tidak terhad kepada kedudukan premium; syarikat mesti meneruskan inisiatif yang dipacu nilai untuk berkembang maju.
· Dinamik Saluran yang Lancar: 11% daripada pengguna global melaporkan membeli-belah melalui saluran media sosial. Memandangkan landskap runcit berkembang, menyesuaikan diri dengan perubahan corak dalam cara pengguna meneroka, mencuba dan membeli produk adalah amat penting.

"Laporan Tinjauan Pengguna Global menyerlahkan bukan sahaja trend, malah anjakan kritikal dalam pilihan pengguna dan corak pembelian, merentasi sempadan dan merangkumi rantau dari Amerika Utara ke Asia Pasifik,” kata Lauren Fernandes, Pengarah Global Kepimpinan Berwibawa, NIQ. “Daripada pasang surut nilai dan volum kepada pandangan hibrid mengenai nilai, laporan ini menyediakan perniagaan dengan set peralatan yang menyeluruh untuk menyesuaikan diri, melakukan inovasi dan berkembang maju dalam persekitaran yang bertanda dengan perubahan. Ini bukan sekadar laporan; ini ialah panduan kepada perniagaan yang mencari daya tahan dan kaitan dalam pasaran yang sentiasa berubah-ubah."

Komitmen NIQ untuk menyampaikan cerapan yang boleh diambil tindakan terbukti dalam penyelidikan dan analisis yang dibentangkan dalam Laporan Tinjauan Pengguna itu. Sumber berguna ini memperkasa perniagaan untuk membuat keputusan termaklum dalam landskap pengguna yang sentiasa berkembang maju. Muat turun laporan pada hari ini.

Maklumat Tentang NIQ

NIQ ialah syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, menyampaikan pemahaman paling lengkap tentang tabiat membeli pengguna dan mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan. Pada tahun 2023, NIQ digabungkan dengan GfK, menemukan dua peneraju industri dengan jangkauan global yang tiada bandingannya. Dengan laporan runcit holistik dan cerapan pengguna paling menyeluruh—disampaikan dengan analisis lanjutan melalui platform yang canggih—NIQ menyampaikan Full ViewTM.

NIQ ialah syarikat portfolio Advent International yang beroperasi di 100+ pasaran, meliputi lebih daripada 90% penduduk dunia. Untuk maklumat lebih lanjut NIQ.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Media
Amerika Utara – Gillian Mosher (Gillian.Mosher@NIQ.com)
Afrika/Timur Tengah - Melina Mammidou (Melina.Mammidou@NIQ.com)
Asia Pasifik - Liza Martija (Liza.Martija@NIQ.com)
Eropah - Sebastien Monard (Sebastien.Monard@NIQ.com)
Amerika Latin – Ari Rodriguez (Ari.Rodriguez@NIQ.com)
 
Sumber: NIQ

--BERNAMA

CARRY1ST MENGUMUMKAN PELABURAN STRATEGIK DARIPADA SONY INNOVATION FUND

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 6 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Carry1st, Penerbit permainan terkemuka Afrika dan platform perdagangan digital, mengumumkan pelaburan strategik oleh Sony Innovation Fund, lengan modal usaha niaga daripada Sony Group Corporation (“Sony”). Carry1st ialah pelaburan permulaan daripada Sony Innovation Fund: Afrika, yang ditubuhkan oleh Sony sebagai inisiatif untuk menyokong pertumbuhan perniagaan hiburan di Afrika.

Digerakkan oleh peningkatan penggunaan teknologi yang cepat, industri permainan Afrika mempunyai lebih dari 200 juta pemain unik dan dijangka mencapai saiz pasaran lebih dari $1 bilion pada tahun 2024, menurut data daripada Newzoo dan Carry1st. Walaupun kehadiran konsol rasmi di Afrika terhad, wilayah ini menawarkan peluang pertumbuhan yang mengagumkan untuk sektor ini, khususnya dengan peningkatan perkhidmatan langsung.

"Kami sungguh teruja untuk bergabung tenaga dengan Sony Innovation Fund: Africa," kata Cordel Robbin-Coker, CEO dan Pengasas Bersama Carry1st. "Hubungan ini akan membantu Carry1st untuk memacu masa depan permainan di Afrika. Di Carry1st, kami percaya bahawa pasaran konsol di Afrika merupakan peluang besar yang kerap dipandang rendah. Kemampuan serantau kami yang unik, bersama dengan kepakaran Sony dalam permainan dan hiburan, mencipta gabungan yang kuat. Bersama-sama, kami berharap dapat membawa permainan terbaik di dunia kepada pemain di seluruh Afrika.”

“Kami sangat teruja untuk menyambut Carry1st sebagai pelaburan pertama kami di Afrika,” kata Antonio Avitabile, Pengarah Urusan – EMEA, Sony Ventures Corporation. “Kami percaya terdapat potensi besar yang belum digali untuk pasaran permainan di Afrika, yang kami berharap untuk merasai dan memberi sumbangan melalui pelaburan kami di Carry1st. Kami menantikan untuk bekerja dengan rapat bersama pasukan pengurusan bertaraf dunia Carry1st demi menyokong pertumbuhan syarikat dan meneroka peluang perniagaan berpotensi dengan syarikat-syarikat Kumpulan Sony.” 

PENERAJU KEMEWAHAN: AUTOMOBILI PININFARINA DIIKTIRAF DENGAN TIGA ANUGERAH ANTARABANGSA

• Automobili Pininfarina memulakan tahun 2024 dengan memenangi pelbagai anugerah untuk reka bentuknya
• PURA Vision dianugerahkan Perak dalam kategori Produk Konseptual / Reka Bentuk Produk Automotif & Pengangkutan di Anugerah Reka Bentuk Antarabangsa
• Automobili Pininfarina dinamakan 'Pengilang Kereta Prestasi Elektrik Mewah Tahun 2024' oleh Majalah LUXlife
• Battista Edizione Nino Farina dinobatkan sebagai Kereta Hiper Elektrik Terbaik di Anugerah Kereta Terbaik 2024 Robb Report Monaco & Côte d'Azur
• Set lengkap aset untuk menyokong berita boleh didapati di sini

CAMBIANO, Itali, 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Automobili Pininfarina telah memulakan 2024 dengan memenangi tiga anugerah, meneruskan kejayaan tertinggi tahun sebelumnya.

Majalah LUXlife menamakan Automobili Pininfarina 'Pengilang Kereta Prestasi Elektrik Mewah Tahun 2024' di anugerah tahunannya.

Meraikan pencapaian yang tiada tandingan dan kreativiti luar biasa di alam kemewahan, anugerah LUXlife memberi penghormatan kepada pemimpin dan perintis yang mentakrifkan semula kecemerlangan dalam industri, sekali gus menetapkan standard kecanggihan dan keanggunan yang lebih tinggi. Automobili Pininfarina adalah pemenang dalam kategori 'Peneraju Kemewahan'.

Kejayaan ini diikuti dengan satu lagi kemenangan untuk konsep reka bentuk PURA Vision, yang dianugerahkan Perak dalam Produk Konseptual / Reka Bentuk Produk Automotif & Pengangkutan di Anugerah Reka Bentuk Antarabangsa 2024.

PURA Vision mewakili sebuah permulaan untuk mewujudkan era inovasi untuk kenderaan mewah elektrik dan telah dinyatakan oleh Ketua Pegawai Reka Bentuk, Dave Amantea. Ia telah diumumkan pada Minggu Kereta Monterey 2023.

Dave Amantea, Ketua Pegawai Reka Bentuk, mengulas: “Falsafah reka bentuk PURA kami adalah berasaskan kesederhanaan dan keindahan abadi, yang direka bentuk ke dalam setiap model Automobili Pininfarina. Siluet elegan dan perkadaran dramatik mengungkapkan ilham ini pada PURA Vision, yang dibayangkan sebagai Kenderaan Utiliti Mewah elektrik (e-LUV) pertama seumpamanya.”

Prinsip falsafah PURA, yang diwujudkan oleh Automobili Pininfarina, mengubah DNA model ikonik dari masa lalu Pininfarina SpA bagi menentukan DNA masa depan, mengimbangi inspirasi daripada kereta klasik ikonik dengan unsur futuristik.

Diinspirasikan oleh perkadaran klasik dan perincian yang indah, PURA Vision mempersembahkan siluet elegan dengan perkadaran kabin-belakang yang berani, yang menggabungkan keindahan abadi dengan perincian indah untuk mencipta identiti dinamik dengan kehadiran yang jelas. Ciri-ciri mengagumkan termasuk rumah kaca sempit dan pintu tanpa tiang tiga bukaan, yang memberikan akses terbaik ke kabinnya yang canggih.

Terbaru, Automobili Pininfarina Battista Edizione Nino Farina telah dinobatkan sebagai Kereta Hiper Elektrik Terbaik di Anugerah Kereta Terbaik 2024 Robb Report Monaco & Côte d'Azur. Diperkenalkan di Festival Kelajuan Goodwood 2023, ia merupakan sebuah penghormatan kepada legenda perlumbaan, Nino Farina – anak saudara kepada pengasas syarikat Battista ‘Pinin’ Farina dan Juara Dunia Formula Satu yang pertama.

Setiap satu daripada lima contoh unik menampilkan perincian indah yang merujuk kepada pencapaian berbeza dalam kerjaya perlumbaan Nino. Dikemaskan dengan cat Rosso Nino khas yang dilengkapi dengan corak khas pada bahagian bawah badan, dikemaskan dalam Bianco Sestriere dan Iconica Blu, reka bentuk luarannya disempurnakan oleh rim aloi Glorioso aluminium palsu 10-jejari Emas Satin.
 
Maklumat Hubungan Akhbar
 
Duncan Forrester
Ketua Pegawai Komunikasi
(M) +49 (0) 171 265 4094

Akira Shinonuma 
Pengurus Komunikasi
(M) +49 (0) 1511 0949270 
a.shinonuma@automobili-pininfarina.com

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, LAWATI
https://automobili-pininfarina.com/media-hub

NOTA EDITOR

TENTANG AUTOMOBILI PININFARINA
Automobili Pininfarina berpangkalan di ibu pejabat operasi di Munich, Jerman, dengan pasukan eksekutif automotif berpengalaman daripada jenama kereta mewah dan premium. Direka bentuk, direkayasa dan dihasilkan dengan tangan di Itali, Battista hyper GT dan semua model masa depan akan dijual di semua pasaran global utama di bawah jenama Pininfarina. Syarikat itu berhasrat untuk mereka bentuk pengalaman bagi pembuat cita rasa terkemuka di dunia. Automobili Pininfarina GmbH ialah pelaburan 100 peratus Mahindra & Mahindra Ltd berikutan pemeteraian perjanjian lesen tanda dagangan antara Pininfarina S.p.A. dan Mahindra & Mahindra Ltd. Pininfarina S.p.A. mempunyai peranan yang berpengaruh dalam menyokong reka bentuk dan kapasiti pengeluaran berdasarkan pengalaman unik selama 94 tahun dalam menghasilkan banyak kereta paling ikonik di dunia.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/666e6473-ad48-44a4-b8b4-63370c5905ba
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4e3f2da6-e216-479c-97fd-4f672a1d3e87
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5528a50f-f9b1-44f9-8a6f-486535076509 

Sumber: Automobili Pininfarina GmbH 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17878

Wednesday, February 7, 2024

CURIA TERIMA ANUGERAH KEPIMPINAN CDMO 2024

Curia diiktiraf bagi Perkhidmatannya dalam industri CDMO

ALBANY, N.Y., 6 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Curia, sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah dianugerahkan Anugerah Kepimpinan CDMO 2024 dalam kategori Perkhidmatan, kumpulan Small Pharma. Pada tahunnya yang ke-13, anugerah itu disampaikan oleh Ketua Outsourced Pharma dan Life Science.

"Curia berbesar hati menerima anugerah ini," kata Philip Macnabb, Ketua Pegawai Eksekutif, Curia. “Kecemerlangan ini menumpukan komitmen kami untuk mencipta nilai bagi pelanggan kami merentasi semua penawaran R&D dan pembuatan kami. Kami amat menghargai pengiktirafan yang diberikan oleh rakan kongsi yang kami sokong bagi komitmen itu.”

Pemenang Anugerah Kepimpinan CDMO dipilih berdasarkan penyelidikan pasaran oleh Industry Standard Research (“ISR”) bagi membezakan CDMO yang memenuhi atau mengatasi jangkaan pelanggan. Bagi anugerah 2024, 98 pengilang kontrak telah dinilai oleh 23 metrik prestasi dalam tinjauan Penanda Aras Kualiti Pembuatan Kontrak tahunan ISR. Responden kepada tinjauan itu hanya menilai syarikat yang telah mengusahakan projek penyumberan luar bersama mereka dalam tempoh 18 bulan yang lalu. Curia dianugerahkan berdasarkan maklum balas responden dalam kategori Small Pharma.

“Tahniah kepada pemenang Anugerah Kepimpinan CDMO 2024 kami. Dengan undian pelanggan anda, anda diiktiraf sebagai yang terbaik dalam sektor pembangunan dan pembuatan penyumberan luar global bagi industri biofarma,” kata Louis Garguilo, Ketua Editor dan Pengerusi Persidangan, Outsourced Pharma. “Pemenang anugerah mengekalkan dan mengembangkan keupayaan dan kepakaran untuk memenuhi keperluan asas pelanggan yang pelbagai; menyediakan kualiti dan kebolehpercayaan tambahan yang sangat penting kepada proses dan produk baharu serta menjalin hubungan yang paling rapat dengan pelanggan. 2023 dimulakan dengan banyak soalan yang belum diselesaikan. Pemenang Anugerah Kepimpinan CDMO 2024 adalah syarikat sokongan yang paling baik bagi menjawab persoalan sepanjang tahun lalu.”

Perihal Curia
Curia merupakan sebuah Organisasi Pembangunan dan Pembuatan Kontrak (CDMO) yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman, dengan rangkaian bersepadu bagi 27 buah tapak global dan lebih daripada 3,500 pekerja bekerjasama dengan pelanggan Biofarmaseutikal untuk membawakan terapi yang mengubah hidup ke pasaran. Molekul biologi dan kecil kami menawarkan penemuan rentang melalui pengkomersialan dengan keupayaan pengawalseliaan dan analisis bersepadu. Pakar saintifik dan proses kami serta kemudahan terkini memberikan pengalaman terbaik dalam kelasnya di seluruh pembuatan bahan ubat dan produk ubat. Daripada rasa ingin tahu kepada penyembuhan, kami menyampaikan setiap langkah untuk meningkatkan kehidupan pesakit. Lawati kami di curiaglobal.com.

Maklumat Hubungan Korporat:
Viana Bhagan
Curia
+1 518 512 2111
corporatecommunications@CuriaGlobal.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/328a3a12-3a66-4a34-bdc8-e5de362efb85

SUMBER: Curia Global, Inc." 

--BERNAMA

Sunday, February 4, 2024

THE SANBORN MAP COMPANY, INC. KEMBANGKAN KEHADIRAN GLOBAL DENGAN PELANCARAN SANBORN GEOPHYSICS, ULC

COLORADO SPRINGS, Colo., 2 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- The Sanborn Map Company, Inc. dengan sukacita umumkan penubuhan anak syarikat di Kanada, Sanborn Geophysics, ULC yang terletak di luar bandar Toronto. Sanborn Geophysics akan tumpukan kepada perkhidmatan tinjauan geofizik dan jualan peralatan, membuka pasaran baharu kepada Sanborn.

Dengan komitmen untuk memajukan pengumpulan data geospatial dan keupayaan tinjauan udara, Sanborn Geophysics membina kepakaran data geospatial Sanborn yang meluas. John Copple, Ketua Pegawai Eksekutif Sanborn, berkata, "Penciptaan Sanborn Geophysics memperluaskan pengumpulan data geospatial dan keupayaan tinjauan udara Sanborn yang sudah meluas. Kami mempunyai kedudukan yang unik bukan sahaja untuk mengumpulkan data khusus tetapi melakukannya dengan peralatan canggih kami sendiri."

Sanborn Geophysics telah dimungkinkan dengan pembelian aset daripada Nuvia Dynamics, Inc. Sanborn juga dapat mengambil pekerja yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam teknologi tinjauan geofizik sebagai kakitangan Sanborn Geophysics. Sebahagian daripada pekerja Sanborn Geophysics mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dan pernah bekerja untuk Nuvia Dynamics Inc (dahulunya dikenali sebagai Pico Envirotec Inc). Kedua-dua syarikat terdahulu mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang dalam membangunkan teknologi tinjauan geofizik untuk penerokaan mineral/minyak dan aplikasi geoteknik. Sanborn disokong oleh The Environmental Financial Consulting Group, LLC (EFCG). Syarat-syarat tidak didedahkan.

"Sanborn Geophysics akan mewujudkan peluang baharu untuk syarikat di dalam dan di luar negara. Pelaburan ini bertujuan untuk menyediakan penyelesaian geospatial terbaik kepada pelanggan kami," kata Copple.

Mengenai The Sanborn Map Company:
Kepimpinan Sanborn dalam penciptaan data spatial berkualiti tinggi bermula pada tahun 1866. Hari ini Sanborn berada di barisan hadapan dalam pengumpulan data spatial dan inovasi teknologi serta komited untuk menawarkan pelanggan penyelesaian geospatial tercanggih yang terbaik dan komprehensif yang disesuaikan dengan situasi mereka. Sebagai salah satu penyedia produk dan perkhidmatan GIS hujung ke hujung terbesar di A.S., tawaran Sanborn merangkumi: imejan serong, imej orto, lidar, sonar, geofizik dan data dan pemetaan hiperspektral, storan dan penstriman data selamat dari pusat data kami sendiri, analisis spatial, pembangunan aplikasi tersuai, perancangan strategik dan perundingan teknikal GIS-IT, data komersial dan platform awan, penyelesaian geospatial Sanborn SAAS, penambahan kakitangan dan perkhidmatan terurus program GIS. Kelebihan Sanborn ialah untuk membantu pelanggan mengenal pasti data dan teknologi yang betul serta mencipta penyelesaian yang sepadan dengan keperluan, belanjawan dan keperluan sistem mereka. Pensijilan ISO 9001:2015 Sanborn ialah demonstrasi lanjut tentang komitmennya terhadap kualiti. 

Untuk Pertanyaan Media:
Tom Harrington Jr, PhD
Ketua Pegawai Pemasaran
tharrington@sanborn.com
(617) 413 7057 

SUMBER: The Sanborn Map Company

--BERNAMA