Wednesday, January 15, 2025

PERMA-PIPE INTERNATIONAL HOLDINGS, INC. MENGUMUMKAN ANUGERAH KONTRAK $43 JUTA DI RANTAU TIMUR TENGAH

 SPRING, Texas, 15 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perma-Pipe International Holdings, Inc. (Nasdaq: PPIH) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima surat rasmi anugerah untuk projek pembangunan yang terletak di rantau GCC. Perma-Pipe akan menyediakan penebat terma, salutan anti kakisan, dan perkhidmatan lain daripada fasilitinya di Abu Dhabi. Projek ini dijangka akan bermula pada suku ketiga 2025. Nilai projek ini dijangkakan akan melebihi $43 juta.


Projek ini akan menggunakan keupayaan salutan anti kakisan, fabrikasi dan sistem penebat TRACE-THERM® Perma-Pipe, busa poliuretana yang ditebat dengan selongsong polietilena berketumpatan tinggi.

Saleh Sagr, Naib Presiden Kanan bagi rantau MENA Perma-Pipe, mengulas, "Anugerah ini diberikan berikutan kejayaan pelaksanaan beberapa projek pembangunan di rantau ini. Penyelesaian salutan kami yang dibezakan telah terbukti amat sesuai untuk projek yang mencabar daripada segi teknikal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami untuk anugerah yang besar ini.”

David Mansfield, Presiden dan CEO, mengulas, “Anugerah ini memberikan bukti bahawa teknologi kami berada pada kedudukan yang terbaik untuk memenuhi syarat yang kompleks dalam hampir semua geografi dalam usaha kami untuk meneruskan tumpuan kami pada pasaran minyak & gas yang sangat aktif di seluruh dunia. Projek ini terus meningkatkan aktiviti berskala besar yang kami saksikan di seluruh dunia dan, apabila digandingkan dengan anugerah projek lain yang diumumkan baru-baru ini, mengukuhkan lagi kedudukan lantukan rekod kami menuju 2025.”

Perma-Pipe International Holdings, Inc.

Perma-Pipe International Holdings, Inc. (Nasdaq: PPIH, “Perma-Pipe”, atau “Syarikat”) ialah peneraju global dalam sistem perpaipan pra-tebat dan pengesanan kebocoran untuk minyak dan gas, pemanasan dan penyejukan daerah, dan aplikasi lain. Ia menggunakan kepakaran kejuruteraan dan fabrikasinya yang menyeluruh untuk membangunkan penyelesaian perpaipan yang menyelesaikan cabaran komplek yang berkaitan dengan pengangkutan selamat dan cekap bagi banyak jenis cecair. Semua sekali, Perma-Pipe mempunyai oprasi di lima belas lokasi di enam negara.

Pernyataan Pandang Ke Hadapan

Pernyataan tertentu dan maklumat lain yang terkandung dalam siaran akhbar ini yang boleh dikenal pasti dengan penggunaan istilah pandang ke hadapan merupakan "pernyataan pandang ke hadapan" dalam maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, seperti yang dipinda, dan tertakluk kepada perlindungan selamat yang diwujudkan, termasuk, tanpa had, pernyataan yang berkaitan dengan jangkaan prestasi masa hadapan dan operasi Syarikat. Pernyataan ini perlu dilihat sebagai tertakluk kepada banyak risiko dan ketidakpastian yang wujud dalam operasi dan persekitaran perniagaan Syarikat. Risiko dan ketidakpastian tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara berikut: (i) turun naik harga minyak dan gas asli dan impaknya kepada jumlah pesanan pelanggan untuk produk Syarikat; (ii) keupayaan Syarikat untuk membeli bahan mentah pada harga yang menguntungkan dan untuk mengekalkan hubungan yang bermanfaat dengan pembekal; (iii) pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan pada projek menggunakan produk Syarikat, dan cabaran kepada kecairan dan akses pelanggan Syarikat yang bukan daripada sektor kerajaan kepada dana modal; (iv) keupayaan Syarikat untuk membayar semula hutangnya dan memperbaharui fasiliti kredit antarabangsa; (v) keupayaan Syarikat untuk melaksanakan dengan cekap pelan strategiknya dan mencapai keberuntungan yang dan aliran tunai positif yang lestari; (vi) keupayaan Syarikat untuk mengutip akaun belum terima jangka panjang yang berkaitandengan projek di Timur Tengah; (vii) keupayaan Syarikat untuk menafsir perubahan dalam peraturan dan undang-undang cukai; (viii) keupayaan Syarikat untuk menggunakan kerugian operasi bersih yang dibawa ke hadapan; (ix) kebalikan hasil dan keuntungan terdahulu yang direkodkan hasil daripda anggaran yang tidak tepat yang dibuat berhubung dengan pengiktirafan hasil "lebih masa" Syarikat; (x) kegagalan Syarikat untuk melakukan dan mengekalkan kawalan dalaman yang berkesan bagi pelaporan kewangan; (xi) penentuan masa penerimaan pesanan, pelaksanaan, penghantaran dan penerimaan untuk produk Syarikat; (xii) keupayaan Syarikat untuk berjaya merundingkan aturan pengebilan mengikut kemajuan untuk kontrak besar; (xiii) penentuan harga agresif oleh pesaing sedia ada dan kemasukan pesaing baharu dalam pasaran tempat Syarikat beroperasi; (xiv) keupayaan Syarikat untuk mengilang produk yang bebas daripada kerosakan yang tersembunyi; (xv) pengurangan atau pembatalan pesanan yang termasuk dalam lantukan Syarikat; (xvi) risiko dan ketidakpastian yang khusus kepada operasi perniagaan antarabangsa Syarikat; (xvii) keupayaan Syarikat untuk menarik dan mengekalkan kakitangan pengurusan kanan dan kakitangan utama; (xviii) keupayaan Syarikat untuk mencapai manfaat yang dijangkakan daripada inisiatif perkembangannya; (xix) impak pandemik dan krisis kesihatan lain ke atas Syarikat dan operasinya; dan (xx) impak ancaman keselamatan siber pada sistem teknologi maklumat Syarikat. Pemegang saham, bakal pelabur dan pembaca lain digalakkan untuk menimbangkan faktor-faktor ini dengan teliti dalam menilai pernyataan pandang ke hadapan tersebut dan diperingatkan untuk tidak bergantung secara tidak wajar kepada pernyataan pandang ke hadapan sedemikian. Pernyataan pandang ke hadapan yang dibuat di sini hanya dibuat pada tarikh siaran akhbar ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan pandang ke hadapan secara terbuka, sama ada hasil daripada maklumat baharu atau sebaliknya. Maklumat lanjut yang terperinci tentang faktor yang boleh menjejaskan prestasi kami boleh didapati dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, yang tersedia di https://www.sec.gov dan di bawah bahagian Pusat Pelabur di laman web kami ( http://investors.permapipe.com.)

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

 David Mansfield, President dan CEO
 Perma-Pipe Investor Relations
 847.929.1200
 investor@permapipe.com
 
Sumber: Perma-Pipe International Holdings, Inc.

--BERNAMA

EBC FINANCIAL GROUP DIIKTIRAF MERENTASI EMPAT KATEGORI TERBAIK DALAM ULASAN 2025 FXEMPIRE

EBC Financial Group memperoleh penarafan tinggi merentas bidang utama, termasuk skor 5.0 yang sempurna untuk deposit dan pengeluaran serta komited untuk penambahbaikan dan inovasi berterusan


LONDON, Jan 15 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group (EBC), sebuah pembrokeran global terkemuka telah diiktiraf dalam ulasan 2025 FXEmpire, memperoleh pengiktirafan dalam empat kategori utama: Broker Terbaik yang dikawal selia FCA untuk Profesional, Broker Terbaik yang dikawal selia ASIC untuk Dagangan Automatik, Pelaksanaan Pesanan Terbaik untuk Salinan & Dagangan Sosial dan Broker Pelaksanaan Pantas Terbaik untuk Pedagang Harian. Penilaian ini menyerlahkan kedua-dua kekuatan dan bidang EBC di mana ia terus berkembang sebagai salah satu broker terulung yang dikawal selia oleh FCA di platform FXEmpire.

Di samping pengiktirafan ini, EBC menerima pujian tinggi untuk beberapa aspek perkhidmatan perdagangannya, mempamerkan komitmen syarikat untuk menjadikan pelaksanaan perdagangan lancar, boleh dipercayai dan boleh diakses untuk semua jenis pedagang.

Proses Deposit dan Pengeluaran Diperkemas
Proses deposit dan pengeluaran EBC menerima pujian yang tinggi kerana kelajuan, kecekapan dan kebolehpercayaannya yang luar biasa. Dengan menyediakan pengalaman kewangan yang lancar, EBC memastikan pedagang boleh memindahkan dana dengan berkesan dan yakin, mencerminkan dedikasinya untuk memberikan perkhidmatan perdagangan yang dipercayai.

Tawaran Akaun Fleksibel
Pilihan akaun EBC diiktiraf kerana fleksibiliti dan kepelbagaiannya yang memenuhi pelbagai keperluan perdagangan. Sama ada untuk pedagang baharu atau profesional, struktur akaun peribadi EBC direka bentuk untuk memenuhi keperluan unik dan mempertingkatkan pengalaman perdagangan.

Platform dan Alat Termaju
Platform dan alatan perdagangan EBC memperoleh pengiktirafan yang kukuh untuk prestasi dan ciri inovatif mereka. Dengan MetaTrader 4 dan 5, pengehosan VPS dan penyelesaian dipacu AI, EBC memperkasakan pedagang untuk melaksanakan strategi secara tepat dan meneroka peluang baharu dengan yakin. Selain itu, platform perdagangan salinan proprietari EBC telah dipuji kerana penggunaan AI yang inovatif, membolehkan perdagangan sosial yang lancar untuk pedagang baharu dan mereka yang berpengalaman.

Meningkatkan Persekitaran Perdagangan: Fleksibel, Pantas, dan Boleh Dipercayai
Hasil tersebut datang dari fleksibiliti platform EBC yang direka bentuk untuk menyokong pedagang dari semua peringkat pengalaman dengan ciri-ciri yang intuitif dan mudah digunakan. Dengan spread yang ketat dan yuran komisen yang rendah, EBC menawarkan persekitaran perdagangan yang menjimatkan kos bagi mereka yang ingin mengoptimumkan strategi pelaburan mereka.

Persekitaran perdagangan EBC dipertingkatkan lagi dengan kelajuan pelaksanaan pesanan yang sangat pantas di bawah 20 milisaat, memastikan pedagang boleh memanfaatkan peluang pasaran dengan ketepatan dan kegelinciran minimum. Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa kekal sebagai asas kepada tawaran EBC. Sokongan 24/7 EBC memastikan pelanggan sentiasa mempunyai akses kepada bantuan. Dengan mematuhi piawaian kawal selia yang ketat dan mengekalkan ketelusan, EBC memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan di peringkat global.

EBC juga memperkasakan pedagang dengan alatan termaju, seperti alat analisis aliran pesanan yang dikuasakan oleh data CME yang menyampaikan cerapan gred institusi. Ini melengkapkan pilihan produk kewangannya yang pelbagai, termasuk forex, saham, indeks dan komoditi, memenuhi pelbagai pilihan perdagangan.

Di luar penawaran produknya, EBC mengutamakan pendidikan pedagang melalui webinar, tutorial dan cerapan pasaran untuk melengkapkan pelanggan dengan pengetahuan untuk membuat keputusan yang yakin dan termaklum.

Memandang ke hadapan, EBC terus membina kekuatannya dengan mengembangkan rangkaian instrumen yang boleh didagangkan, mempertingkatkan sumber pendidikan dan mengukuhkan komitmennya terhadap perlindungan pelanggan dengan pengawasan kawal selia daripada FCA, CIMA dan ASIC. Dengan perlindungan insurans Lloyds of London yang mengukuhkan keselamatan pelanggan, EBC menunjukkan tumpuannya dalam menetapkan penanda aras baharu untuk keselamatan, inovasi dan kecemerlangan global.

Dibuktikan oleh Penilaian, Didorong oleh Inovasi
Pengiktirafan EBC merupakan testimoni terhadap keupayaannya untuk memenuhi piawaian industri tertinggi, seperti yang disahkan oleh metodologi ulasan terkenal FXEmpire. FXEmpire menggunakan sistem penilaian proprietari berdasarkan ujian teliti, percubaan langsung, soal selidik terperinci dan demonstrasi broker secara peribadi.

Broker dinilai berdasarkan lebih 250 pembolehubah merentas sembilan kategori kritikal, termasuk pematuhan peraturan, ciri platform, yuran, perkhidmatan pelanggan, penyelidikan dan pendidikan. Kategori-kategori ini dinilai pada skala 1 hingga 5, dengan 5 menandakan kecemerlangan. Proses yang ketat ini memastikan penarafan FXEmpire menyediakan pedagang dengan cerapan yang boleh dipercayai untuk membuat keputusan kewangan yang termaklum.

Sambil syarikat tersebut terus berkembang, anugerah ini menjadi asas untuk kecemerlangan selanjutnya dalam landskap kewangan yang sentiasa berkembang. Dengan mengutamakan kepercayaan pelanggan dan perkongsian jangka panjang, EBC kekal bersedia untuk menerajui industri forex, membentuk masa depan di mana setiap pengalaman dagangan disokong oleh integriti, inovasi dan peluang.

Temui cara platform EBC yang memenangi anugerah boleh meningkatkan pengalaman dagangan anda. Layari www.ebc.com untuk menerokai alat, sumber dan tawaran akaun kami yang disesuaikan untuk pedagang dari semua peringkat.

Perihal EBC Financial Group
Diasaskan di daerah kewangan yang dihormati di London, EBC Financial Group (EBC) terkenal dengan perkhidmatannya dalam pembrokeran kewangan dan pengurusan aset. Dengan pejabat yang terletak secara strategik di pusat kewangan terkemuka seperti London, Sydney, Hong Kong, Tokyo, Singapura, Kepulauan Cayman, Bangkok, Limassol dan banyak lagi, EBC membolehkan pelabur runcit, profesional dan institusi mengakses pelbagai pasaran global dan peluang perdagangan, termasuk mata wang, komoditi, saham dan indeks.

Dengan pengiktirafan daripada pelbagai anugerah, EBC berbangga kerana mematuhi tahap piawaian etika dan peraturan antarabangsa yang terkemuka. Anak syarikat EBC Financial Group dikawal selia dan dilesenkan dalam bidang kuasa tempatan mereka. EBC Financial Group (UK) Limited dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) UK, EBC Financial Group (Cayman) Limited dikawal selia oleh Cayman Islands Monetary Authority (CIMA), EBC Financial Group (Australia) Pty Ltd dan EBC Asset Management Pty Ltd dikawal selia oleh Australia's Securities and Investments Commission (ASIC).

Teras EBC Group ialah para profesional berpengalaman luas lebih 30 tahun dalam institusi kewangan utama, yang pernah mengharungi kitaran ekonomi penting dengan cekap iaitu daripada Plaza Accord hingga krisis franc Swiss 2015. EBC memperjuangkan budaya yang mementingkan integriti, rasa hormat dan keselamatan aset pelanggan, memastikan setiap penglibatan pelabur dilayan dengan kesungguhan yang sewajarnya.

EBC ialah Rakan Kongsi Pertukaran Asing Rasmi FC Barcelona, menawarkan perkhidmatan khusus di rantau seperti Asia, LATAM, Timur Tengah, Afrika dan Oceania. EBC juga merupakan rakan kongsi United to Beat Malaria, sebuah kempen United Nations Foundation, yang bertujuan untuk meningkatkan hasil kesihatan global. Bermula dari bulan Februari 2024, EBC menyokong siri penglibatan awam 'What Economists Really Do' oleh Jabatan Ekonomi Oxford University yang menjelaskan bidang ekonomi dan penggunaannya terhadap cabaran masyarakat utama untuk meningkatkan pemahaman dan dialog awam.

https://www.ebc.com/

Hubungan Media:

Savitha Ravindran
Pengurus Perhubungan Awam Global (EMEA, LATAM)
savitha.ravindran@ebc.com

Chyna Elvina
Pengurus Perhubungan Awam Global (APAC, LATAM)
chyna.elvina@ebc.com

Douglas Chew
Ketua Perhubungan Awam Global
douglas.chew@ebc.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/93573bc0-c0b2-43a0-a40b-432c6790f11d/ms 

SUMBER: EBC Tech Limited

--BERNAMA

DISCLAIMER:
 BERNAMA MREM are not accountable for any causes of website defacement, misuse, or illegal activities connected to cryptocurrency, blockchain, tokenisation, or bitcoin. This material should not be considered as guidance or an opinion, as it does not constitute financial or investment advice. Use this information at your own risk; we are not liable for any losses or damages caused by the republication of this article.

YBHG. DATUK (DR.) AMINAR RASHID PENGERUSI BAHARU MARII

Pengerusi Baharu MARii, YBhg. Datuk (DR.) Aminar Rashid


CYBERJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan YBhg. Datuk (Dr.) Aminar Rashid sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah MARii berkuatkuasa serta merta.

Pelantikan ini adalah pengiktirafan terhadap pengalaman luas dan kepimpinan strategik YBhg. Datuk (Dr.) Aminar Rashid dalam sektor automotif dan teknologi negara. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dari tahun 2010 hingga 2018. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam pelbagai jawatan strategik di UMW Toyota Motor Sdn Bhd, termasuk sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Perancangan Strategik.

Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz, mengulas “Pelantikan YBhg. Datuk (Dr.) Aminar Rashid sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah MARii merupakan langkah strategik yang signifikan dalam usaha kami memacu transformasi industri automotif Malaysia. Dengan bimbingan beliau serta pengalaman luas dalam sektor automotif, kami yakin MARii akan terus memperkukuh halatuju strategiknya agar selaras dengan agenda nasional dan mandat yang diberikan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Dalam pada itu, YBhg. Datuk (Dr.) Aminar Rashid turut menyatakan komitmennya terhadap tanggungjawab ini. “Saya dengan rendah diri menerima amanah sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah MARii. Saya percaya dengan usaha bersama seluruh pasukan MARii, kita akan terus memperkukuh jaringan ekosistem automotif negara melalui kolaborasi erat bersama MITI, pemain industri, universiti, dan agensi kerajaan,” katanya.

Dengan latar belakang yang kukuh dalam pembangunan sektor automotif, pengurusan koporat serta inovasi teknologi, pelantikan ini dijangka akan memperkukuhkan lagi usaha MARii dalam memacu perkembangan industri automotif.

MARii juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi Interim MARii YBhg. Dato’ Hairil Yahri Yaacob, juga merupakan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) atas sumbangan dan kepimpinan cemerlang beliau dalam mengemudi MARii sepanjang tempoh peralihan ini.

Pihak MARii ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk (Dr.) Aminar Rashid atas pelantikan ini dan yakin bahawa kepimpinan beliau akan membawa MARii ke tahap yang lebih tinggi, seterusnya memberi manfaat besar kepada industri automotif Malaysia.

MENGENAI MARii
MARii (Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute) adalah sebuah institut yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) pada tahun 2010. MARii ditubuhkan sebagai pusat kepakaran untuk membangunkan industri automotif, robotik dan IoT di Malaysia, serta menggalakkan inovasi dan penggunaan teknologi dalam sektor ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://marii.my/

SUMBER: MARii (Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat, MARii
Tel: 6010 239 6969
E-mel: nurulainaa@marii. my  
Tel: 6013 3751961
E-mel: aliah@marii.my   

--BERNAMA

 

Tuesday, January 14, 2025

ACARA SAINTIFIK BERPRESTIJ: HONG KONG LAUREATE FORUM 2025

Memanggil Saintis Muda yang Cemerlang dalam Astronomi, Sains Hayat dan Perubatan serta Sains Matematik!

HONG KONG, 13 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Permohonan global untuk Hong Kong Laureate Forum 2025 (Forum) kini dibuka dan akan ditutup pada 31 Mac 2025. Kami menjemput permohonan daripada graduan PhD, pelajar pasca siswazah (PhD / Sarjana) ), serta pelajar sarjana muda berumur 35 tahun ke bawah yang sedang mengikuti pengajian atau penyelidikan dalam Astronomi, Sains Hayat dan Perubatan, Sains Matematik, atau bidang lain yang berkait rapat. Pemohon yang layak digalakkan untuk mengemukakan permohonan mereka melalui https://application.hklaureateforum.org/registration/. 

Forum sulung, yang berjaya diadakan pada tahun 2023, mendapat pujian meluas atas perbincangan yang penuh semangat dan pertukaran intelektual antara para peserta, Pemenang Anugerah Shaw dan saintis terkemuka lain dari seluruh dunia. Berdasarkan kejayaan itu, Majlis Hong Kong Laureate Forum (HKLF) dengan sukacitanya mengumumkan edisi kedua Forum itu akan diadakan dari 5-8 November 2025 di Hong Kong. Forum ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada idea baharu dan memupuk hubungan berpanjangan merentasi disiplin, generasi dan budaya. Sebagai tambahan kepada kuliah pleno, perbincangan panel dan sesi kumpulan selari, Forum tersebut akan menampilkan perhimpunan tidak rasmi, menyediakan peluang yang luas untuk rangkaian dan dialog.

Profesor Timothy W Tong, SBS, BBS, JP, Pengerusi HKLF berkata, “Kami berhasrat untuk memupuk persekitaran dinamik di mana saintis muda dapat berinteraksi dengan saintis terkemuka dari seluruh dunia merentasi pelbagai disiplin. Kedudukan unik Hong Kong sebagai hab antarabangsa untuk penyelidikan saintifik, digabungkan dengan infrastruktur saintifik yang kukuh dan sokongan kerajaan, menjadikannya lokasi yang ideal untuk perhimpunan sains global seperti ini di kalangan peserta.”

Profesor E Peter Greenberg, Pemenang Anugerah Shaw dalam Sains Hayat dan Perubatan pada tahun 2015 berkata: “Saya rasa adalah satu perkara yang luar biasa untuk menyatukan saintis yang berpengalaman dengan golongan muda yang sedang mencari arah dan ia adalah sesuatu yang saya rasa perlu saya sertai.”

Profesor Simon D M White, Pemenang Anugerah Shaw dalam Astronomi pada tahun 2017 berkata: “Saya hanya tidak sabar untuk bertemu dengan golongan muda dan bercakap dengan mereka. Saya fikir itulah yang sepatutnya menjadi tujuan Forum ini dan itu pastinya yang saya nantikan.”

200 saintis muda yang paling cemerlang akan dipilih untuk menyertai Forum oleh Panel Kajian Saintifik yang terdiri daripada ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kami menjemput calon yang berminat untuk memohon sebelum 31 Mac 2025. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://hklaureateforum.org/en/the-forum/forum-overview. Untuk pertanyaan, sila hubungi programme@hklaureateforum.org.

Mengenai Hong Kong Laureate Forum
Hong Kong Laureate Forum (Forum) merupakan acara pertukaran saintifik dan rangkaian bertaraf dunia yang akan dianjurkan oleh HKLF untuk memberi inspirasi dan menghubungkan pemimpin masa kini dan masa hadapan dalam usaha saintifik. Forum tersebut juga bertujuan untuk mempromosikan pemahaman dan minat generasi muda di Hong Kong dan luar negara dalam pelbagai disiplin sains dan teknologi, khususnya dalam Astronomi, Sains Hayat dan Perubatan serta Sains Matematik.

HKLF telah ditubuhkan pada bulan Mei 2019 dan ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Lee Shau Kee. Didorong oleh komitmen untuk memajukan misinya secara jauh dan luas, Yayasan Lee Shau Kee telah, sepanjang tahun memberikan sokongan tanpa had untuk pendidikan dan pembangunan bakat di Hong Kong, tanah besar China dan di luar negara. Selain itu, Yayasan ini komited untuk menghapuskan kemiskinan dan mempromosikan kesejahteraan sosial, dengan itu memberi manfaat kepada ramai individu. Yayasan Hadiah Shaw, yang menganjurkan anugerah antarabangsa terkenal tahunan, iaitu Hadiah Shaw, merupakan rakan kongsi utama HKLF. Sejak dilancarkan, HKLF telah berusaha sedaya upaya untuk mempromosikan sains dalam komuniti dan di seluruh dunia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18898

MENGIKUT KEDUDUKAN TERKINI OAG, LAPANGAN TERBANG HANEDA TOKYO DISAHKAN KEKAL SEBAGAI LAPANGAN TERBANG KE-3 PALING SIBUK DI DUNIA PADA TAHUN 2024

Lapangan Terbang Asia-Pasifik Terserlah dalam Kedudukan Global


Penemuan Penting:

· Lapangan Terbang Haneda Tokyo (HND) mengekalkan kedudukannya sebagai lapangan terbang ke-3 paling sibuk di seluruh dunia, dengan pertumbuhan kapasiti tahun ke tahun sebanyak 4.8%.

· Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson Atlanta (ATL) mengekalkan gelarannya sebagai Lapangan Terbang Paling Sibuk di Dunia.

· Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai (PVG) muncul sebagai lapangan terbang yang berkembang paling pesat di antara 10 lapangan terbang paling sibuk di dunia.

· Lapangan Terbang Baiyun Guangzhou (CAN) mencapai pengiktirafan sebagai peserta baharu yang tersenarai sebagai 10 lapangan terbang paling sibuk di dunia sejak tahun 2019.

· Lapangan Terbang Incheon Seoul(ICN) menduduki tempat sebagai lapangan terbang Asia-Pasifik yang memiliki kapasiti tempat duduk antarabangsa tertinggi}, diikuti oleh Lapangan Terbang Changi Singapura (SIN) dan Lapangan Terbang Hong Kong (HKG).

SINGAPURA, 14 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OAG, platform data terkemuka untuk industri pelancongan global, hari ini mengumumkan Lapangan Terbang Paling Sibuk di dunia pada tahun 2024.

Lapangan Terbang Haneda Tokyo (HND) mengekalkan kedudukannya sebagai lapangan terbang ke-3 paling sibuk di seluruh dunia (dalam kapasiti tempat duduk Antarabangsa dan Domestik) yang mencatatkan pertumbuhan kapasiti tahun ke tahun sebanyak 4.8%, untuk mencapai 55.2 juta tempat duduk yang mengagumkan.

Selain daripada HND, Lapangan Terbang Baiyun Guangzhou (CAN) (kedudukan ke-7) dan Lapangan Terbang Pudong Shanghai (PVG) (kedudukan ke-9), yang meningkat daripada tempat ke-15 ke tempat ke-9 dalam tempoh hanya satu tahun, didorong oleh pertumbuhan kapasiti tahun ke tahun sebanyak 29%, juga menyertai HND dalam senarai Sepuluh Teratas.Ini menjadikannya lapangan terbang yang paling pesat berkembang di antara 10 lapangan terbaik di dunia.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta Hartsfield-Jackson (ATL) mengekalkan kedudukannya sebagai Lapangan Terbang Paling Sibuk di Dunia dengan 62.7 juta tempat duduk. Ia diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) di tempat kedua dan London Heathrow (LHR) di tempat keempat.

Dalam kapasiti tempat duduk antarabangsa pula, Lapangan Terbang Incheon Seoul (ICN) merupakan lapangan terbang Asia Pasifik dengan kedudukan tertinggi yang mengendalikan 41.6 juta tempat duduk antarabangsa dan naik dari tempat ke-7 pada tahun 2023 kepada tempat ke-3 pada tahun 2024.

Lapangan Terbang Changi Singapura (SIN) muncul sebagai pesaing terdekat dengan 41.5 juta tempat duduk terjadual, diikuti oleh Lapangan Terbang Hong Kong (HKG) dengan 34.6 juta tempat duduk, mempamerkan pertumbuhan kapasiti tahunan yang mengagumkan sebanyak 40%. Kedua-dua hab ini kekal sebagai kuasa besar untuk kesalinghubungan dan berfungsi sebagai hab transit utama di rantau tersebut.

Ketua Asia Pasifik OAG, Mayur Patel mengulas:

"Penarafan terkini kami mengesahkan kekuatan pemulihan pasaran Asia sepanjang 2024, dengan Lapangan Terbang Pudong Shanghai berkembang paling pesat dalam kalangan sepuluh peserta terbaik dan Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou memasuki senarai buat kali pertama. Kekuatan hab seperti Lapangan Terbang Incheon Seoul, Lapangan Terbang Changi Singapura serta Lapangan Terbang Hong Kong menyerlahkan peranan kritikal rantau ini dalam kesalinghubungan global dan memenuhi permintaan pengembara yang berkembang.”

Cari kedudukan dan metodologi penuh di laman web OAG.

Perihal OAG

OAG merupakan platform data terkemuka bagi industri pelancongan global yang menawarkan sumber tunggal yang pertama dalam industri untuk data berkaitan bekalan, permintaan dan harga. 

Pertanyaan Media: pressoffice@oag.com

Untuk maklumat lanjut tentang OAG layari www.oag.com.

SUMBER: OAG Aviation Worldwide

--BERNAMA

Monday, January 13, 2025

APLIKASI SERBAGUNA WISSON ROBOTICS BAGI ROBOTIK LEMBUT UNTUK TUJUAN UMUM BERSINAR DI CES 2025

LAS VEGAS, 13 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Reruai Wisson Robotics di CES 2025 menjadi tumpuan utama dengan demo langsung robotik lembut dan aplikasi termaju yang dibina atas teknologi Pliabot®. Menampilkan otot, sendi dan lengan Pliabot®, demo dan robot ini mempamerkan keupayaan teknikal teras dan kelebihan unik yang menarik perhatian yang ketara daripada peserta.

Inovasi ini memanfaatkan teknologi Pliabot® proprietari syarikat, yang "Mencontohi Otot Manusia, Melangkaui Keupayaan Manusia". Dengan otot bionik lembut dan kecerdasan neuron, teknologi ini mereplikasi ciri otot manusia untuk menawarkan lima kelebihan teras, menangani dua cabaran utama kepada penggunaan robotik berskala besar: kebolehsuaian dan kos.

· Nisbah Beban-ke-Berat yang Tinggi: Mencapai nisbah beban-kepada-berat 2000:1, mengatasi sistem sambungan tegar dan penyelesaian konvensional yang lain.
· Rintangan terhadap Alam Sekitar yang Tinggi: Mempunyai bahan tahan lama dan ruang tertutup bertekanan kalis air, kalis habuk, kalis kakisan dan mampu menahan cuaca melampau serta sinaran elektromagnet.
· Kebolehsuaian Tugas yang Unggul: Struktur fleksibel membolehkan kawalan postur yang tepat dan pelarasan adaptif semasa sentuhan, mengekalkan kestabilan operasi.
· Keselamatan Interaksi yang Dipertingkatkan: Otot dan sendi Pliabot membenarkan ubah bentuk pasif yang dipasangkan dengan bahan lembut untuk penyerapan hentaman, memastikan interaksi yang selamat.
· Kelebihan Kos: Menggunakan bahan lembut berasaskan polimer dan teknik pencetakan 3D, menghapuskan keperluan untuk sensor mahal dan mengurangkan pelaburan pengeluaran dengan ketara.

Wisson Robotics telah membangunkan rangkaian produk berkuasa Pliabot yang disesuaikan untuk pelbagai aplikasi terutamanya untuk operasi ketepatan udara dan pengecasan EV automatik. Sebagai contoh, Orion AP3-P3 Pliabot® Aerial Tethered Cleaning System menggunakan gimbal Pliabot untuk mencapai keseimbangan adaptif dan penampan pelanggaran lembut, memastikan keselamatan operasi yang tiada tandingannya. Ia sangat sesuai untuk senario pembersihan di altitud tinggi.

Orion AP30-N1 Pliabot® Aerial Manipulator mempertingkatkan keupayaan dron tradisional dengan lengan robot Pliabot yang ringan, membolehkan tugas udara yang tepat seperti menggenggam, meletakkan dan pensampelan. Inovasi ini mengurangkan risiko dan kesukaran tugas yang kompleks dengan ketara dalam persekitaran yang mencabar.

Selain itu, Pliabot® Automatic Charging Robot menawarkan kelebihan kos dan prestasi revolusioner, menjadikannya ideal untuk penggunaan komersial berskala besar. Ia memberikan rangsangan hebat kepada pengalaman pemanduan pintar dan perkembangan pesat industri kenderaan elektrik.

Inovasi termaju ini menyerlahkan wawasan Wisson Robotics untuk memperkasakan industri serta kehidupan seharian melalui robotik lembut yang canggih, sekaligus menawarkan penyelesaian yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih cekap.

Sumber: Wisson International Limited

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a751c26b-dbd3-4783-bd09-3e3fdcdc8ab1

SUMBER: Wisson International Limited
 
--BERNAMA

Friday, January 10, 2025

BITGET MEMPERKENALKAN DEPOSIT BANK DENGAN PENYEPADUAN ZEN, MEMBOLEHKAN AKSES UNTUK SEBELAS MATA WANG FIAT

VICTORIA, Seychelles, 9 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto terkemuka dan syarikat Web3, teruja untuk mengumumkan penyepaduan ZEN.com, penyelesaian perbankan yang terkenal, ke dalam saluran deposit dan pengeluaran fiatnya. Dengan penyepaduan ini, pengguna Bitget kini boleh mendeposit dan mengeluarkan dana dengan lancar menggunakan 11 mata wang fiat yang disokong, termasuk PLN, CZK, DKK, AUD, CAD, NOK, SEK, CHF dan HUF.

Kerjasama ini menunjukkan tumpuan Bitget dalam meningkatkan kebolehcapaian dan menambah baik pengalaman pengguna, terutamanya dalam pasaran Eropah yang kurang mendapat perkhidmatan serta rantau utama seperti Oceania.

"Perkongsian kami dengan ZEN.com sejajar dengan rancangan kami untuk menjadikan dagangan kripto lebih mudah diakses oleh pengguna di seluruh dunia. Dengan menyokong lebih banyak mata wang fiat berbanding pesaing kami dan menawarkan pilihan on-ramp fiat segera, kami memperkasakan pengguna dengan penyelesaian perdagangan yang mudah dan inovatif," kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Bitget.

Penyepaduan ZEN Bitget menawarkan pelbagai faedah. Pengguna boleh mendeposit dan mengeluarkan dana dalam 11 mata wang fiat, lebih daripada apa yang CEX lain sediakan pada masa ini. Dengan fiat segera on-ramp, pengguna mendapat akses kepada penukaran tunai segera kepada kripto melalui Bitget. Tiada caj tersembunyi dan yuran deposit sifar membantu pengguna mendapat manfaat daripada rebat yuran semasa tempoh promosi tersebut.

Untuk meraikan perkongsian ini, Bitget dan ZEN melancarkan kempen eksklusif, memberi ganjaran kepada pengguna iaitu percubaan ZEN PRO selama 3 bulan, yuran deposit sifar dan rebat sehingga 25% untuk penukaran fiat kepada kripto.

Acara ini bermula dari 7 Januari 2025, 18:00 (UTC+8) hingga 4 Februari 2025, 18:00 (UTC+8). Peserta boleh mendaftar untuk percubaan PRO percuma selama 3 bulan dengan membuka akaun ZEN di sini, membuat deposit tanpa bayaran dalam mata wang fiat yang disokong dan menukar fiat kepada kripto untuk memperoleh rebat sehingga 25%.

Untuk arahan terperinci tentang cara membuat deposit melalui ZEN, layari sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan bursa kripto dan syarikat Web3 terkemuka di dunia. Bursa Bitget menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau serta komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan sebagai perintis dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun ÇavuÅŸoÄŸlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan Ä°lkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk pada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin berlaku. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c5896ba2-052c-4cfa-8f39-e222f41ad1be 

Sumber: Bitget Limited

--BERNAMA 

DISCLAIMER: BERNAMA MREM are not accountable for any causes of website defacement, misuse, or illegal activities connected to cryptocurrency, blockchain, tokenisation, or bitcoin. This material should not be considered as guidance or an opinion, as it does not constitute financial or investment advice. Use this information at your own risk; we are not liable for any losses or damages caused by the republication of this article. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18893