Wednesday, November 5, 2025

SPM International Melancarkan SPM Academy Inc. – Pusat Global Baharu untuk Latihan dan Pensijilan Getaran Patuh ISO

STRÄNGNÄS, Sweden & FORT MYERS, Fla., 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SPM Instrument, peneraju global dalam pemantauan keadaan, mengambil langkah seterusnya dalam misi syarikat untuk memperkasa industri dengan pengetahuan dan alatan yang memastikan keandalan dan prestasi. SPM Academy Inc., berpangkalan di Amerika Syarikat, akan berfungsi sebagai hab bagi seluruh dunia untuk latihan dan pensijilan getaran, yang bertujuan memperkukuh kepakaran keandalan perindustrian merentasi sektor.


Dipimpin oleh Bill Partipilo, Ketua Pegawai Eksekutif SPM Instrument Amerika Utara, SPM Academy dibina berdasarkan tradisi inovasi dan sokongan pelanggan SPM yang panjang melalui pembelajaran.

Pusat latihan global baharu kami memberi peluang kepada ahli profesional penyelenggaraan dan keandalan untuk mengembangkan kemahiran masing-masing melalui bahan kursus berinteraktif dan berkualiti tinggi – dalam bahasa tempatan mereka, di platform atau lokasi yang sesuai dengan mereka, ” kata Partipilo.

SPM Academy menggabungkan latihan praktikal, pensimulasi dan kajian kes dunia sebenar untuk pengalaman pembelajaran yang dinamik. Latihan dan pensijilan mengikuti ISO/IEC 17024, ISO 18436-1 dan ISO 18436-2. Pada masa ini Pusat Pensijilan SPM Academy sedang berusaha mendapatkan akreditasi melalui Lembaga Akreditasi Kebangsaan ANSI. Akreditasi memastikan pensijilan memenuhi standard bebas yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Christer Larsson dan Dennis Swanepoel, kedua-duanya diperakui dengan pensijilan Getaran CAT IV (Vibration CAT IV), membangunkan dan mengajar kursus tersebut, membawa cerapan industri yang mendalam ke dalam bilik darjah.

Dilancarkan pada bulan November 2025, SPM Academy Inc. akan menawarkan kursus dalam Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Sweden, boleh didapati di dalam bilik darjah, dalam talian atau di tapak lokasi. Program pertama – Analisis Getaran CAT I dan CAT II – bermula pada 1 Januari 2026, diikuti dengan CAT III dan CAT IV. Setiap program diakhiri dengan pengambilan peperiksaan pensijilan ISO 18436-2 mengikut pilihan yang dijalankan secara saksama oleh Pusat Pensijilan SPM Academy. Butiran kursus akan tersedia di spmacademy.com.

SPM Academy juga mempelawa pusat latihan bebas di seluruh dunia untuk meneroka peluang kerjasama dan akreditasi dengan menghubungi info@spmacademy.com.

Lebih daripada sekadar penyedia latihan, SPM Academy mewakili komuniti global yang berdedikasi untuk memajukan kecekapan penyelenggaraan dan keandalan – menyiapkan ahli profesional industri untuk memenuhi cabaran pemantauan keadaan pada masa akan datang.

Maklumat Tentang SPM International

Ditubuhkan pada tahun 1970 dan beribu pejabat di Strängnäs, Sweden, SPM International membangun dan membekalkan penyelesaian pemantauan keadaan dan pengoptimuman proses lanjutan yang membantu industri menambah baik keandalan, prestasi dan kelestarian. Bersama teknologi berpaten, R&D dan pengeluaran dalaman, syarikat dalam SPM Group dan rakan kongsi menyampaikan sistem penyelenggaraan berasaskan keadaan yang lengkap untuk proses dan industri berat di seluruh dunia. Entiti baharu Kumpulan, SPM Academy Inc., meluaskan misi ini dengan menyediakan latihan analisis getaran yang diperakui ISO kepada ahli profesional penyelenggaraan dan keandalan di seluruh dunia.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Hubungan media
Eropah: Josefin Lindberg Roug, SPM International – info@spminstrument.se | +46 152 225 00
Amerika Utara: Anna Aranha, SPM Academy Inc. – info@spmacademy.com | 1-239-508-1200
  
Sumber: SPM International

--BERNAMA

Tuesday, November 4, 2025

Guanshanhu "Pintar" dan Qingzhen "Hijau" -- Pacuan Dwi-Roda untuk Pembuatan Pintar Guiyang

GUIYANG, China, 4 Nov., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Sejak Rancangan Lima Tahun Ke-14, yang berpandukan strategi “Menaik Taraf Industri untuk Bandar Raya Yang Berkembang”, Guiyang telah menjadikan pembuatan pintar sebagai enjin teras bagi pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi. Menurut data daripada Biro Perbandaran Guiyang bagi Industri dan Teknologi Maklumat, pada tahun 2024, sektor perindustrian menyumbang 31.1% kepada pertumbuhan ekonomi, dengan purata peningkatan tahunan sebanyak 7.5% dalam nilai tambah keluaran bagi industri yang berskala besar. Di antara penyumbang utama, Daerah Guanshanhu dan Bandar Raya Qingzhen telah membentuk sebuah model “Pemacu Dwi-Roda” — Guanshanhu telah membangunkan sebuah kawasan perindustrian bertaraf tinggi dalam kenderaan tenaga baharu dan kilang digital, manakala Qingzhen pula telah mengubah industri tradisional melalui bahan baharu yang berasaskan aluminium dan pembuatan hijau. Kedua-duanya secara bersama memacukan perjalanan Guiyang ke arah pembuatan pintar.

Daerah Guanshanhu: Dwi-Teras Didorong oleh Tenaga Baharu dan Ekonomi Digital, Membina sebuah Kluster Perindustrian bernilai Berbilion Dolar

Biro Perbandaran Guiyang bagi Industri dan Teknologi Maklumat menyatakan bahawa kluster industri kenderaan tenaga baharu telah menjadi satu penanda aras bagi pembuatan pintar di Guanshanhu. Sejak Geely Auto menetap di kawasan ini pada tahun 2018, ia telah dengan pantas mengumpulkan perusahaan huluan dan hiliran melalui laluan inovatif bagi “ketua rantaian mengetuai, penyokong mengikuti, dan kluster bergerak maju”. Lebih daripada 20 perusahaan sokongan yang berkaitan dengan Geely Auto telah diwujudkan, dengan membentuk satu rantaian industri yang lengkap meliputi bateri, motor, dan sistem rangkaian pintar. Rancangan itu dirangka untuk mencapai nilai keluaran tahunan sebanyak 20 bilion yuan pada tahun 2025.

Pemerkasaan digital telah menghidupkan semula industri pembuatan tradisional. Zhong An Technology Group ialah perusahaan kabel yang pertama di Guizhou yang telah dianugerahkan dengan gelaran “Kilang Hijau” kebangsaan. Ia juga merupakan “Perusahaan Pengurusan Rantaian Bekalan Hijau” kebangsaan yang pertama di Guizhou. Di kilang “5G+AI Digital Twin” miliknya, robot AGV bergerak di antara gudang pintar, dan data pengeluaran masa nyata sentiasa dimuat naik ke sistem pengoptimuman awan. Syarikat ini menyasarkan untuk mencapai hasil tahunan sebanyak 5.5 bilion yuan pada tahun 2025.

Di Taman Perindustrian Pembuatan Moden bagi Daerah Guanshanhu, barisan pengeluaran automatik bagi Guiyang Shanju Battery Co., Ltd. beroperasi secara cekap pada satu kelajuan yang menghasilkan satu pek bateri setiap dua minit. Barisan pengeluaran ini dilengkapi dengan ujian penembusan peluru hidup 5.8mm pertama di dunia pada sel bateri, mencapai kawalan digital penuh daripada bahan mentah hingga kepada produk siap. Ia mengambil masa hanya 4.5 jam untuk melengkapkan keseluruhan proses daripada pengeluaran bateri sehingga kepada pemasangan kenderaan. “Proses pembuatan bateri kami berautomasi tinggi dan fleksibel, menembusi halangan masa dalam pertukaran barisan industri bateri PACK. Kami boleh menyediakan pelbagai produk untuk pengeluaran bersama, seiring dengan kecekapan dan kepelbagaian mod pengeluaran,” jelas Zhang Jiaxin, Ketua bagi Modul Kualiti. Bergantung kepada pangkalan pembuatan Geely Guiyang, nilai keluaran syarikat ini mencapai 800 juta yuan pada separuh pertama tahun 2025.

Pembinaan bagi pengangkut taman menyediakan sokongan padu untuk pembangunan perindustrian. Fasa pertama bagi Taman Perindustrian Pembuatan Pintar, dengan jumlah pelaburan sebanyak 1.35 bilion yuan, telah menarik 21 perusahaan, dengan tumpuan kepada pembangunan peralatan mewah seperti robot dan semikonduktor. Kampung Ekologi Budaya Digital Xiaolanshan menghimpunkan 45 perusahaan digital dan telah dianugerahkan dengan gelaran Taman Pemupukan Industri Kecerdasan Digital Wilayah.

Bandar Raya Qingzhen: Menerobos Halangan bagi Bahan Baharu Berasaskan Aluminium dan Pembuatan Hijau, Menggiatkan Semula Industri Tradisional

Di Taman Perindustrian Pemprosesan Lanjutan Aluminium Wangzhuang di Zon Pembangunan Ekonomi Qingzhen, tiga mesin penyemperit aluminium berskala besar milik Guiyang Longshu Light Alloy Technology Co., Ltd. beroperasi dengan cekap, dengan menyemperit bahan baharu berasaskan aluminium pada kadar 9 tan sejam. Kilang moden ini menggabungkan reka bentuk acuan dan elektroforesis pengoksidaan, dengan menggunakan penjanaan kuasa filem nipis fotovoltan solar dan teknologi penyimpanan tenaga untuk mencapai operasi rendah karbon pada seluruh proses pengeluaran. “Tempahan bulanan kami bagi aloi aluminium gred aeroangkasa mencecah 3,000 tan, dan sebahagiannya dieksport ke negara seperti Korea Selatan dan Indonesia,” kata Geng Guoqing, Pengurus Besar syarikat itu, sambil menunjuk ke arah Papan Elektronik Digital (Digital Kanban) di sebelah barisan pengeluaran itu.

Strategi industri aluminium “penerokaan intensif sumber bijih yang mempunyai kandungan logam tinggi” telah mencapai hasil yang ketara. Bandar Raya Qingzhen bergantung pada perusahaan terkemuka seperti Aluminum Corp of China (CHALCO) cawangan Guizhou untuk mempromosikan peningkatan pemprosesan aluminium daripada produk asas kepada bahan ringan automotif dan bahan aeroangkasa. Pada tahun 2024, nilai keluaran bagi industri aluminium dan pemprosesan aluminium berskala besar melebihi 26.5 bilion yuan, meningkat 38.29% tahun ke tahun, dan menyumbang 75.08% daripada jumlah keseluruhan di Bandar Raya Guiyang. Projek pusat pengadunan bijih, barisan pengeluaran penyahsulfuran dan penyahsilikan, dan sebagainya semakin pesat pelaksanaannya, dan kesemua 14 lombong yang sedang beroperasi telah disambungkan kepada sistem digital.

Pengilangan hijau telah menjadi satu kata kunci untuk transformasi perindustrian tradisional. Guizhou Zhenghe Tianzhu Technology Co., Ltd. ialah perusahaan persendirian yang pertama di Wilayah Guizhou yang menggunakan sisa pepejal industri untuk menghasilkan bahan serbuk pra-campuran seperti fosfogipsum dan bahan berasaskan simen, dengan keupayaan pengeluaran bahan serbuk tahunan sebanyak 1.2 juta tan. Syarikat itu telah dipilih sebagai sebuah “Kilang Hijau” dan “Perusahaan Pengurusan Rantaian Bekalan Hijau” peringkat kebangsaan pada tahun 2023. “Syarikat itu akan meningkatkan pelaburan dan usaha penyelidikan serta pembangunan (R&D), terus menggalakkan penjimatan tenaga dan pengurangan penggunaan, bagi mencapai kitar semula sisa pepejal serta menjadikan sisa sebagai sumber bernilai,” kata Chen Ying, Timbalan Pengurus Besar.

Tanah Tinggi Dibina Melalui Pembangunan Kolaboratif, Momentum Baharu Didorong oleh Pembuatan Pintar Demi Kemakmuran Guiyang

Contoh bagi  Guanshanhu dan Qingzhen adalah mikrokosma bagi pembuatan pintar di Guiyang. Sepanjang tempoh Rancangan Lima Tahun Ke-14, Guiyang secara konsisten mengutamakan perindustrian baharu sebagai tugas utama untuk pembangunan berkualiti tinggi. Tambahan pula, Guiyang turut melaksanakan secara giat strategi “Peningkatan Industri untuk Kemakmuran Bandar” serta berpegang kepada prinsip “mewah, pintar dan hijau”. Pada tahun 2023, nilai tambah industri Guiyang melebihi 100 bilion yuan, manakala jumlah nilai keluaran keseluruhan melebihi 400 bilion yuan. Pada tahun 2024, sebagai antara perintis inovasi utama di wilayah barat China, Guiyang menduduki tempat ke-27 daripada 101 bandar raya inovatif di China, dan ke-4 daripada 20 bandar raya inovatif di wilayah barat. Pada masa ini, terdapat 8 platform inovasi sains dan teknologi peringkat kebangsaan serta 36 perusahaan “gergasi kecil” yang khusus dan inovatif di peringkat kebangsaan. Asas bagi pembangunan yang didorong oleh inovasi telah diperkukuhkan secara berterusan.

Sumber: Biro Perbandaran Guiyang bagi Industri danTeknologi Maklumat

--BERNAMA

Monday, November 3, 2025

Incora Perluas Kehadiran Asia Pasifik dengan Pembukaan Pejabat Baharu di Malaysia

 


Kemudahan baharu ini memperkukuh operasi serantau, sokongan pelanggan dan pertumbuhan jangka panjang di seluruh Asia Pasifik


JOHOR, Malaysia, 3 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Incora, penyedia global terkemuka bagi penyelesaian rantaian bekalan bersepadu untuk industri aeroangkasa dan pertahanan, hari ini mengumumkan pembukaan rasmi pejabat baharunya di Johor, Malaysia, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha berterusan syarikat untuk mengembangkan kehadirannya di rantau Asia Pasifik.

Kemudahan baharu ini akan berfungsi sebagai pusat kepada Pusat Perkhidmatan Bersama Asia Pasifik Incora. Dari hab ini, Incora akan menyediakan sokongan yang dipertingkatkan kepada lebih 250 pelanggan dan 300 vendor, dengan memusatkan proses perniagaan untuk meningkatkan kecekapan, pematuhan dan pengalaman pelanggan di seluruh rantau.

“Pembukaan ini bukan sekadar penubuhan pejabat baharu; ia melambangkan pertumbuhan, keupayaan dan kolaborasi Incora di seluruh Asia Pasifik,” kata David Coleal, Ketua Pegawai Eksekutif Incora. “Lokasi strategik Malaysia, infrastruktur yang kukuh dan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi menjadikannya lokasi ideal untuk operasi serantau kami yang semakin berkembang.”

Sejak penubuhannya, kehadiran Incora di Malaysia telah berkembang lebih dua belas kali ganda; daripada pasukan empat orang pada tahun 2019 kepada jangkaan 50 orang kakitangan menjelang akhir tahun 2025. Perkembangan ini menekankan momentum kukuh dan berterusan syarikat di seluruh rantau Asia Pasifik.

“Pertumbuhan kami di Malaysia mencerminkan keyakinan pelanggan yang semakin meningkat dan pertambahan jumlah perniagaan di Asia Pasifik,” kata Kian Hwee Yeo, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Perkakasan APAC, Incora. “Ketika Incora terus melabur dalam sumber manusia, teknologi dan infrastruktur, kami memperkukuh keupayaan kami untuk memberikan kebolehpercayaan serta prestasi yang menjadi sandaran rakan kongsi kami.”

Pusat Perkhidmatan Bersama di Malaysia mencerminkan nilai-nilai Incora dalam kerjasama, inovasi dan kecemerlangan operasi, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka panjangnya terhadap pertumbuhan mampan di rantau ini.

“Pengembangan ini mengukuhkan keupayaan kami untuk menyokong pelanggan dalam kedua-dua sektor aeroangkasa dan bahan kimia khusus,” kata Christian Mota, Pengurus Besar, Bahan Kimia APAC, Incora. “Dengan mengintegrasikan operasi melalui hab di Malaysia, kami membina rangkaian yang lebih tangkas dan saling berhubung, yang membolehkan masa tindak balas lebih pantas, penyelarasan yang lebih baik serta kualiti yang konsisten merentasi pasaran. Ia menandakan satu kemajuan yang mengujakan, bukan sahaja untuk pasukan kami tetapi juga untuk para pelanggan kami.”

Incora merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pekerja, rakan kongsi dan pelanggan yang telah menyumbang kepada pencapaian ini.

Mengenai Incora:
Incora ialah penyedia utama perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan yang menyeluruh untuk industri aeroangkasa global dan sektor lain. Bermula dengan asas kukuh dalam bidang aeroangkasa dan pertahanan, Incora turut memanfaatkan kepakaran rantaian bekalan untuk menyokong pembuatan industri, marin, farmaseutikal serta pelbagai sektor lain. Incora menyepadukan operasinya ke dalam perniagaan pelanggan, dengan menguruskan semua aspek rantaian bekalan — daripada perolehan dan pengurusan inventori hinggalah kepada logistik dan perkhidmatan pelanggan di lokasi. Syarikat ini beribu pejabat di Fort Worth, Texas dan beroperasi di 68 lokasi merentasi 17 negara dengan lebih daripada 3,800 orang kakitangan. Untuk maklumat lanjut, sila layari incora.com.

Hubungan Media:
Emily Richard
Communications Strategy Group (CSG)
Erichard@wearecsg.com 

SUMBER: Incora

Bending Spoons Raih Dana $710 Juta untuk Teruskan Pelaburan dan Pertumbuhan

MILAN, 3 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bending Spoons, salah satu syarikat teknologi terkemuka di Eropah, hari ini mengumumkan bahawa ia telah meraih dana ekuiti berjumlah $710 juta pada penilaian prapasaran sebanyak $11 bilion. Pusingan pembiayaan ini diterajui oleh akaun yang dinasihati oleh T. Rowe Price Investment Management, Inc., dengan penyertaan daripada Baillie Gifford, Cox Enterprises, Durable Capital Partners, Fidelity Management & Research Company, Foxhaven Asset Management dan Radcliff, antara lain. Goldman Sachs International bertindak sebagai ejen penempatan tunggal, manakala Clifford Chance berperanan sebagai penasihat undang-undang bagi urus niaga tersebut. Perkhidmatan nasihat notarial disediakan oleh ZNR Notai.

“Detik ini menandakan pengiktirafan terhadap usaha kami selama sedekad dan menjadi bukti penting terhadap pencapaian yang telah kami capai di Bending Spoons setakat ini. Kami masih berada di peringkat awal perjalanan kami dan mempunyai rancangan besar untuk terus melabur dan berkembang,” kata Luca Ferrari, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bending Spoons. “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan beberapa pelabur terbaik dunia yang percaya pada pendekatan kami terhadap penciptaan nilai dan potensi masa depan kami.”

Pusingan pembiayaan ini merangkumi $270 juta modal utama dan $440 juta modal sekunder. Bending Spoons juga baru-baru ini memperoleh pakej hutang bernilai $2.8 bilion daripada bank-bank global terkemuka. Syarikat itu merancang untuk menggunakan sumber ini bagi memperkukuh teknologi proprietari dan keupayaan AI mereka, selain meneruskan pengambilalihan baharu bagi memperluas portfolio produk digital pengguna dan perusahaan. Dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini sahaja, Bending Spoons telah menandatangani perjanjian untuk mengambil alih AOL dan Vimeo, tertakluk kepada syarat penutupan lazim serta kelulusan pihak berkuasa kawal selia termasuk, bagi kes Vimeo, kelulusan daripada para pemegang sahamnya.

Maklumat Tentang Bending Spoons

Bending Spoons mengambil alih dan mentransformasikan perniagaan digital. Syarikat itu memiliki Brightcove, Evernote, komoot, Meetup, Remini, StreamYard, WeTransfer dan banyak lagi. Produk syarikat tersebut telah digunakan oleh lebih daripada satu bilion orang, dengan lebih 300 juta pengguna aktif bulanan dan 10 juta pelanggan berbayar, termasuk kebanyakan perusahaan dalam senarai Fortune 500.

Bending Spoons berhasrat untuk memiliki perniagaan yang diambil alih selama-lamanya, dan tidak pernah menjual mana-mana perniagaan yang telah diambil alih. Selepas pengambilalihan, syarikat biasanya melabur secara agresif untuk menstruktur semula teknologi, mereka semula antara muka pengguna, mempercepatkan pelancaran ciri baharu, mengoptimumkan pemasaran dan penjanaan pendapatan, serta menyusun semula organisasi bagi meningkatkan prestasi jangka panjang.

Fokus utama syarikat ini ialah penekanan yang berterusan terhadap kepadatan bakat dan kecemerlangan tempat kerja. Bending Spoons telah menerima lebih daripada 600,000 permohonan pekerjaan hanya pada tahun 2025, dengan kadar tawaran pekerjaan sebanyak 0.04%, dan telah meraih pelbagai tempat pertama dalam anugerah Great Place to Work.

Untuk maklumat lanjut, layari bendingspoons.com
Logo dan foto Bending Spoons: https://we.tl/t-NXGPsC6Gtn

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Pertanyaan Media: press@bendingspoons.com

Sumber: Bending Spoons

--BERNAMA

Sunday, November 2, 2025

PEMENTASAN TRADISIONAL, MENYEMAI NILAI DAN IDENTITI BUDAYA KARYA TEATER 2025 : RANDAI ALAHAI SI MILAH

 

Sebuah persembahan teater oleh KELAB PENGGIAT SENI TEATER NEGERI SEMBILAN dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan sempena Karya Teater 2025 


SEREMBAN, 30 Okt (Bernama) -- Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) mempersembahkan karya teater bertajuk Randai “Alahai Si Milah” sempena Program Karya Teater 2025. Pementasan ini diadakan selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 November 2025, bermula jam 8.45 malam, bertempat di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan. Majlis dihadiri oleh YB Nicole Tan Lee Koon, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan.

 
Ditulis oleh Noor Idlah Abdul Halim, karya ini mengisahkan tentang Milah, seorang gadis dari Kampung Dioh yang ingin berkahwin dengan Alexander, jejaka dari luar kampung. Namun, hasratnya dihalang oleh bapanya Pak Hamid, yang terikat dengan janji hutang terhadap Pak Tam. Penentangan itu turut disokong oleh penduduk kampung yang beranggapan bahawa perkahwinan dengan orang luar akan menyebabkan Milah meninggalkan kampung dan tidak kembali. Terperangkap antara cinta dan tanggungjawab, Milah akhirnya membuat keputusan berani melarikan diri dan berkahwin tanpa restu keluarga, kerana beranggapan bahawa pemikiran penduduk kampungnya masih kolot dan mengongkong masa depan wanita.
 
Mengekalkan unsur randai tradisional Minangkabau, pementasan ini menjanjikan pengalaman seni yang segar, menghiburkan serta sarat dengan mesej. Ia menonjolkan keindahan seni randai melalui tarian, muzik dan dialog, sambil mengangkat isu nilai keluarga, kebebasan wanita dan pertembungan antara adat serta pemodenan.
 
Menurut Pengarah JKKN Negeri Sembilan, “Objektif utama program Karya Teater 2025 ini ialah untuk mempergiat dan menggalakkan penglibatan generasi muda dalam persembahan teater. Dengan adanya pementasan Randai ‘Alahai Si Milah’ ini, ia bukan sahaja memperkenalkan seni randai kepada khalayak moden, tetapi juga mengekalkan identiti budaya masyarakat Negeri Sembilan yang kaya dengan nilai dan tradisi. Kami berharap pementasan ini akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menghargai dan meneruskan warisan seni budaya tanah air,” katanya.
 
Program Karya Teater 2025 merupakan inisiatif JKKN untuk merancakkan semula industri teater tanah air serta memperkukuh kolaborasi antara badan bukan kerajaan (NGO) seni, penggiat teater dan masyarakat. JKKN terus komited menjadi peneraju dalam memperkasa seni persembahan dan memperluas akses khalayak terhadap karya tempatan yang berimpak budaya tinggi.

Harga pas masuk:
RM20 (dewasa) | RM15 (pelajar)
Pembelian tiket:
 www.cloudjoi.com/shows/4596-randai-alahai-si-milah
 
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN.
 
Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan
Tel: 06-767 6793/ 06-763 6308   Faks: 06-763 4417
Laman Sesawangwww.jkkn.gov.my  E-melukk@jkkn.gov.my
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @jkknnegerisembilan
Instagram, Twitter & YouTube: @mysenibudaya 

SUMBER: Persatuan Legasi Cinta Seni 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Farah Shiken Binti Roslam
Pegawai
Unit Komunikasi Korporat,
JKKN Negeri Sembilan
Tel: 06-7636308 / 019-6035260
Emel: farahshikeen@jkkn.gov.my

Nama: Noor Marlini Binti Abdul Aziz
Pembantu PKK
Unit Komunikasi Korporat
JKKN Negeri Sembilan
Tel: 06-7636308 / 019-6736786
Emel: marlini@jkkn.gov.my

--BERNAMA

Bodor Laser Diraikan di Majlis Anugerah Red Dot: Reka Bentuk Konsep 2025

Tiga produk utama Bodor menerima pengiktirafan atas kecemerlangan reka bentuk, dengan mesin kimpalan laser pegang tangan merangkul anugerah tertinggi “Best of the Best.”

SINGAPURA, 30 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bodor Laser, peneraju global dalam penyelesaian pemotongan dan kimpalan laser, telah menerima pengiktirafan tinggi di majlis Anugerah Red Dot: Reka Bentuk Konsep 2025 yang berlangsung di Singapura. Tiga produk utama—mesin kimpalan laser pegang tangan generasi baharu, mesin pemotongan laser kepingan dan mesin pemotongan laser tiub—telah dianugerahkan atas inovasi reka bentuk yang luar biasa serta kecemerlangan dalam bidang industri.

Antaranya, mesin kimpalan laser pegang tangan Bodor telah merangkul anugerah berprestij “Best of the Best”—pengiktirafan tertinggi dalam pertandingan tersebut—menandakan satu pencapaian penting dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri peralatan laser globalnya.

Ditubuhkan pada tahun 1955, Anugerah Red Dot merupakan antara tiga penghargaan reka bentuk terkemuka dunia, seiring dengan Anugerah Reka Bentuk iF dari Jerman dan Anugerah IDEA dari Amerika Syarikat. Dikenali dengan kriteria penilaian yang ketat dan pengaruh global, gelaran “Best of the Best” hanya dianugerahkan kepada kurang daripada satu peratus penyertaan—mengiktiraf produk yang menetapkan penanda aras baharu dalam inovasi, fungsi dan estetika.

Reka bentuk Bodor mencerminkan falsafah yang menggabungkan teknologi dan estetika. Setiap produk mencerminkan pemahaman mendalam terhadap pengguna dan kejuruteraan berpusatkan manusia—daripada struktur ergonomik dan antara muka intuitif kepada binaan modular dan sistem keselamatan. Keharmonian antara keanggunan dan prestasi ini menjadi asas falsafah Bodor—menggabungkan estetika minimalis dengan teknologi canggih. Dengan menjadikan kerumitan sebagai kejelasan dan kejuruteraan sebagai seni, Bodor terus memacu inovasi dan kecemerlangan reka bentuk dalam industri laser.

Di sebalik pencapaian ini terletak ekosistem pembuatan Bodor yang kukuh. Ibu Pejabat Globalnya di Jinan, yang meliputi keluasan 200,000 meter persegi, dilengkapi dengan barisan pengeluaran pintar dan sistem digital, dengan kapasiti tahunan melebihi 20,000 unit. Ibu Pejabat Selatan yang bakal dibuka di Shenzhen, yang memfokuskan kepada R&D dan pembuatan berteknologi tinggi, dijangka menambah lebih 5,000 unit setahun, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan dan perkhidmatan di Selatan China dan Asia Tenggara.

Dengan penghormatan terbaharu ini, Bodor menjadi jenama peralatan laser pertama di dunia yang memenangi gelaran “Best of the Best” daripada Red Dot. Sehingga kini, syarikat telah meraih lima Anugerah Red Dot, empat Anugerah Reka Bentuk iF serta pelbagai anugerah antarabangsa termasuk MUSE, Good Design (AS) dan Anugerah Reka Bentuk Perancis.

Melangkah ke hadapan, Bodor Laser kekal teguh pada visinya—teknologi sebagai asas, reka bentuk sebagai sayap dan pengguna sebagai teras. Menerusi inovasi serta integrasi reka bentuk, syarikat ini menawarkan penyelesaian laser yang menyatukan fungsi dan keindahan, sekali gus menggerakkan industri global ke arah era baharu pembuatan yang pintar dan estetik.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4eb618f8-2c3f-452c-99fa-597a09b6c380

Maklumat Hubungan
Dennis Wang
info@bodor.com
Bodor Laser Inc.
www.bodor.com 

SUMBER: Bodor Laser Inc.

--BERNAMA 

Pengurusan BONK, Inc. (Nasdaq:BNKK) Menyatakan Laporan Penyelidikan Bebas Menunjukkan BONK Berada Pada Kedudukan Strategik Untuk Menjadi Entiti Awam Premier Bagi Ekosistem Kripto BONK Bernilai Berbilion Dolar Melalui Blockchain Solana

Laporan Harbinger Menggariskan Anggaran Bebas Firma Tersebut Terhadap Pertumbuhan Hasil Yang Ketara Dalam Beberapa Tahun Akan Datang

Harbinger Research Memulakan Liputan, Menyerlahkan Keupayaan Enjin Hasil Berganda Yang Kukuh, Strategi Aset Deflasi Serta Peluang Pelaburan Unik di Nasdaq

SCOTTSDALE, Arizona, 31 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bonk, Inc. (Nasdaq: BNKK) (“Syarikat”), yang memiliki perbendaharaan token mata wang kripto $BONK berasaskan blockchain Solana dan berfokus kepada memperkasa komuniti dalam membangunkan produk penjana hasil, hari ini mengumumkan bahawa Harbinger Research telah memulakan liputan penyelidikan ekuiti ke atas syarikat tersebut. Liputan ini menyorot analisis mendalam firma bebas itu mengenai kedudukan unik Bonk serta potensi pertumbuhan yang signifikan susulan pelaksanaan transformasi strategik terkini. Laporan komprehensif tersebut menggambarkan Bonk, Inc. sebagai “entiti pasaran awam premier” bagi para pelabur yang mencari pendedahan terkawal kepada ekosistem BONK bernilai berbilion dolar yang berpotensi tinggi untuk berkembang, berasaskan rantaian blok Solana – satu peluang pelaburan yang unik di pasaran Nasdaq.

Laporan Harbinger Research (tersedia di https://www.harbingerresearch.com) memberikan konteks terhadap kepentingan strategi Bonk, Inc. dengan memperincikan ketahanan luar biasa dan kebangkitan semula blockchain Solana, yang dalam tempoh 12 bulan lalu telah menjana hampir AS$3 bilion dalam hasil. Menurut The Motley Fool, Solana berpotensi untuk menjadi aset digital bernilai AS$1 trilion seterusnya. Solana kini berkembang lebih pantas berbanding Ethereum, terutamanya dalam bidang utama seperti kewangan terdesentralisasi (DeFi).i

Pernah dipersoalkan susulan kejatuhan FTX, Solana — seperti yang dinyatakan oleh Harbinger — kini muncul semula sebagai “hab utama untuk inovasi”, dihargai kerana kelajuan yang tiada tandingan dan kos yang rendah, menjadikannya persekitaran pilihan bagi aset digital yang berorientasikan pengguna. Laporan tersebut menyerlahkan asal usul BONK yang unik sebagai inisiatif yang digerakkan oleh komuniti, yang dilancarkan khusus untuk memulihkan ekosistem ini, telah berjaya berkembang melepasi status meme semata-mata, sekali gus menjadi "komponen penting dalam ekosistem pengguna Solana." Dengan memposisikan dirinya dalam rangkaian yang kami percaya sedang berkembang pesat serta sektor meme coin bernilai berbilion dolar yang terbukti berkesan dalam mendorong penerimaan pengguna, Bonk, Inc. menawarkan pelabur pendedahan unik kepada salah satu bidang paling dinamik dalam ekonomi aset digital — seperti yang disahkan oleh analisis bebas Harbinger Research.

“Kami berbesar hati melihat Harbinger Research mengiktiraf model unik dan berkuasa yang sedang dibina di Bonk, Inc.,” kata Jarrett Boon, Ketua Pegawai Eksekutif. “Pengesahan Harbinger terhadap strategi kami mengukuhkan keyakinan kami bahawa ini merupakan peluang bersejarah bagi para pelabur. Kami sedang membina jambatan yang unik dan penting antara pasaran awam dan akses langsung kepada hasil berulang serta pertumbuhan ekosistem DeFi terkemuka. Model aktif berasaskan enjin dwi ini — yang menjana nilai daripada aliran tunai operasi dan aset perbendaharaan deflasi — direka untuk menterjemahkan perkembangan pesat ekosistem BONK kepada nilai nyata bagi para pemegang saham, sekali gus meletakkan kami di barisan hadapan evolusi kewangan ini.”

Beliau menambah: “Laporan ini mengesahkan bahawa syarikat bukan sahaja berada di tempat yang tepat pada masa yang sesuai, tetapi juga telah mengambil langkah yang betul untuk memastikan ia mampu merebut bahagian pasaran yang signifikan.”

Mitchell Rudy (juga dikenali sebagai Nom), penyumbang teras BONK dan ahli lembaga Bonk, Inc., turut menyatakan: “Penyelidikan Harbinger menggambarkan dengan tepat kekuatan teras BONK: komuniti besar yang aktif, utiliti sebenar yang mendorong mekanisme deflasi, serta integrasi mendalam dengan Solana. Apa yang menjadikan Bonk, Inc. begitu menarik ialah ia merupakan entiti awam eksklusif yang direka untuk menyalurkan kejayaan ekosistem berkuasa ini secara langsung kepada pemegang saham. Ini bukan sekadar teori; ia adalah aktiviti ekonomi sebenar yang menjana nilai. Kami sedang melaksanakan model yang terbukti dan laporan Harbinger mengesahkan potensi besar yang baru mula kami terokai bersama.”

Sebagai pengesahan lanjut terhadap skala model ini, laporan Harbinger turut menggariskan anggaran bebas firma tersebut terhadap pertumbuhan hasil yang signifikan dalam tahun-tahun akan datang. Analisis Harbinger menekankan kekuatan “roda ekonomi” yang terkandung dalam model Bonk, Inc. Laporan tersebut memperincikan bagaimana peningkatan aktiviti dalam ekosistem secara langsung menterjemah kepada pertumbuhan hasil bagi platform seperti letsBONK.fun, yang seterusnya menyokong pengumpulan strategik dan pembakaran token BONK melalui strategi pelaburan semula Bonk, Inc. Ini mewujudkan apa yang digambarkan oleh Harbinger sebagai “kitaran berfaedah yang direka untuk meningkatkan kekurangan dan menjana nilai jangka panjang” bagi keseluruhan ekosistem dan secara langsung, pemegang saham Bonk, Inc.

Perihal Bonk, Inc. Bonk, Inc. (Nasdaq: BNKK), ialah sebuah syarikat yang sedang berkembang untuk merapatkan jurang antara pasaran awam tradisional dan ekosistem aset digital. Susulan integrasi strategik dengan letsBONK.fun, syarikat kini melaksanakan strategi baharu yang memberi tumpuan kepada pemerolehan aset yang menjana hasil dalam ruang DeFi, bagi membina perbendaharaan aset digital yang kukuh. Bahagian minuman syarikat memiliki produk minuman Sure Shot yang dipatenkan, direka untuk mengurangkan kandungan alkohol dalam darah dengan pantas serta minuman tenaga berasaskan tumbuhan jenama Yerbaé.

Kenyataan Pandang ke HadapanSiaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan sedemikian tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan, yang kebanyakannya berada di luar kawalan syarikat dan hasil sebenar mungkin berbeza secara ketara. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan atau menyumbang kepada perbezaan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, prestasi token BONK, kejayaan integrasi dan pencapaian operasi bersama letsBONK.fun, keupayaan syarikat untuk melaksanakan strategi perbendaharaan, serta risiko lain yang diperincikan dalam pemfailan Safety Shot dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Perhubungan Pelabur: Phone: 888-257-8061 Laman Web: BonkDAT.com

SUMBER: Bonk, Inc.

ihttps://www.fool.com/investing/2025/10/27/this-hypergrowth-cryptocurrency-will-be-the-next-1/

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

--BERNAMA