Tuesday, May 31, 2016

TOSHIBA UMUM KETERSEDIAAN SEGERA SUBSISTEM IP BAGI PCI EXPRESS® DAN DDR3 UNTUK PLATFORM LSI YANG LAZIM

TOKYO, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation Storage & Device Solutions Company (TOKYO: 6502) hari ini mengumumkan ketersediaan segera subsistem IP*3 bagi PCI Express *1 dan DDR3 SDRAM *2 yang dibangunkan bersama dengan Northwest Logic, sebuah pembekal terkemuka bagi teras antara muka IP Memori Antaramuka dan PCI Express yang berprestasi tinggi, mudah untuk digunakan dan terbukti silikon. Subsistem ini boleh didapati pada platform LSI yang lazim, termasuk ASIC dan FFSATM *4.
 
Teras PCI Express termasuk patuh piawai, Teras PCI Express 3.0/2.1/1.1 yang berciri lengkap dan berprestasi tinggi, Teras  DMA *5  yang susun-selerak dan Pemacu (Linux® & Windows®). Teras Alat Kawalan DDR3 SDRAM menyediakan sokongan berjalur lebar yang tinggi dengan satu set lengkap teras tambahan pilihan yang termasuk ARM® AMBA® AXI *6, pelbagai port, penyusunan semula*7, ECC *8  ​​dan sokongan ujian memori.


EKSPO BEIJING AKAN MENJADI SATU LAGI KEJAYAAN BAGI EKSPO HORTIKULTUR ANTARABANGSA BERTARAF A1 -- PENGENALAN DAN PROMOSI BAGI EKSPO HORTIKULTUR ANTARABANGSA BEIJING 2019 PADA EKSPO ANTALYA


ANTALYA, Turki, 30 Mei (Bernama) --  
Pada Hari Pavilion Kebangsaan China di Ekspo Hortikultur Antarabangsa Turki – Antalya 2016, 27 Mei 2016, kempen pengenalan dan promosi untuk Ekspo Beijing 2019 di pavilion kebangsaan China – Taman Huayuan China telah menarik banyak perhatian. Pada tengah hari 27 Mei waktu tempatan, seorang pakar ikebana China Li Haibo, telah mencipta dua karya seni dengan menggunakan buluh dan bunga yang berlatarbelakangkan taman-taman klasik Suzhou, yang menarik perhatian orang ramai. Daripada dua karya seni itu, satu daripadanya diberi nama Tu Po (yang bermaksud Kejayaan), yang juga selaras dengan tema Kehidupan Ekologi dan Keindahan Tanah Air bagi Ekspo Beijing; satu lagi diberi nama He Xie (yang bermaksud Harmoni), yang menunjukkan kerjasama dan penyelarasan pembangunan bagi China dan Turki. Persembahan dalam sebuah teater kecil juga menonjolkan kempen itu. Lagu-lagu rakyat China yang terkenal, seperti Sand of Silk-Washing Stream (Huan Xisha), Along the Silkroad (Silu Huayu) dan Bunga Jasmine, yang dimainkan oleh orkestra terkenal muzik rakyat, Crystal, membolehkan orang ramai untuk menikmati keindahan klasik di Taman Huayuan. Di samping itu Kumpulan Akrobatik Gold Lion juga mempesonakan penonton dengan aksi persembahan sempurna mereka - Qiao Huadan. Sepanjang tempoh kempen itu, pegawai-pegawai dari Biro Penyelarasan Ekspo Beijing telah melawat 51 pavilion bagi negara-negara peserta untuk memulakan pengambilan dan promosi.
Persiapan bagi Ekspo Hortikultur Antarabangsa Beijing berjalan lancar dan teratur, demikian menurut Pengarah Biro Penyelarasan. Beijing mempunyai keyakinan untuk menjadikan Ekspo 2019 itu satu kejayaan besar yang bukan sahaja unik, tetapi juga indah dan tidak dapat dilupakan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9023

Saturday, May 28, 2016

Agropreneur Belia MARDI Pamer Produk

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- MARDI Agropreneurs Products Showcase 2016 akan menjadi platform bagi 32 agropreneur belia mempamerkan produk mereka untuk tempoh dua minggu akan datang.


Acara itu akan berlangsung dari 26 hingga 28 Mei dan dari 2 hingga 4 Jun di Riverwalk Village, Jalan Sultan Azlan Shah (dahulu Jalan Ipoh) di sini yang juga menjadi venue bagi agropreneur muda untuk memperluaskan rangkaian pemasaran mereka.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Sharif Haron berkata, showcase itu memberi peluang kepada agropreneur mendapat maklum balas secara terus dari pengguna mengenai produk mereka.

-- BERNAMA

Friday, May 27, 2016

KAD UNIONPAY MEMBAWA KESEGARAN BAHARU KEPADA PELANCONGAN KANADA

SHANGHAI, China, 27 Mei, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Adalah difahamkan pada 23 Mei bahawa Kanada baharu sahaja menerima satu kumpulan pelancong yang besar yang terdiri daripada lebih 4,000 orang pelancong perniagaan China. Adalah dijangkakan bahawa kumpulan pelancong ini akan membawa bersama kuasa membeli sekurang-kurangnya 4 juta dolar Kanada. Menurut Toronto Tourism, ini adalah kumpulan pelancong tunggal yang terbesar yang pernah diterima oleh Kanada.
 
Menurut data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pelancongan Kanada, pendapatan tahunan industri pelancongan Kanada pada tahun 2015 mencapai 90 bilion dolar Kanada, dan pelancongan secara langsung telah mewujudkan lebih 630,000 peluang pekerjaan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah pelancong China yang melawat Kanada telah berkembang pada kadar stabil, dan pada tahun 2015 jumlahnya mencecah hampir 500,000 orang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9019

PANASONIC MEMPERBAHARUI BILIK PAMERAN MEREKA DI VIETNAM UNTUK MEMPAMERKAN PENYELESAIAN GAYA HIDUP PREMIUM YANG TERKINI

HANOI, Vietnam, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Panasonic Vietnam (Panasonic) membuka bilik pameran korporat mereka yang baharu diubahsuai, Panasonic Risupia Vietnam, bersempena dengan ulang tahun ke-10 penubuhan syarikat itu, hari ini. Bilik pameran itu telah diubahsuai untuk mempamerkan penyelesaian Gaya Hidup Premium yang terkini dan menyediakan satu pengalaman yang lebih interaktif kepada pengunjung.

Teknologi canggih terkini Panasonic seperti "Skrin Lutsinar" – satu paparan kaca pintar yang mempunyai keupayaan untuk menonjolkan imej dan maklumat seperti program berita dan data cuaca -- dan penyelesaian audio visual yang terkini dipamerkan di pintu masuk yang baharu diubahsuai. Di kawasan bilik pameran itu, pelbagai produk dan penyelesaian syarikat itu, daripada peralatan audio visual untuk peralatan rumah dan produk kecantikan, dipamerkan untuk menyerlahkan persekitaran kehidupan premium yang berkisarkan kepada konsep "keselamatan, keselesaan, kemudahan dan gaya" yang boleh ditawarkan oleh Panasonic kepada pengguna mereka di Vietnam.

GELOMBANG "AI" MENJANGKAU KE INDUSTRI ISI KANDUNGAN - RUANG KHAS "AI WORLD" AKAN DIADAKAN DI DALAM CONTENT TOKYO 2016

TOKYO, 27 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kawasan pameran khas "AI world" akan dilancarkan di dalam CONTENT TOKYO 2016
"AI world", satu kawasan pengumpulan teknologi AI yang terkini & berinovatif, akan diadakan di dalam CONTENT TOKYO 2016 – satu pameran perdagangan B2B yang terbesar di Jepun bagi perniagaan isi kandungan dengan 1,530* pempamer yang diadakan dari 29 Jun hingga 1 Julai di Tokyo.
 
"AI world" dilancarkan sebagai respons kepada permintaan yang kukuh untuk perniagaan isi kandungan AI x
Pada hari ini, ia adalah semakin lazim untuk menggunakan teknologi AI bagi mencipta isi kandungan atau untuk menganalisis data bagi penciptaan isi kandungan. "AI world" telah diputuskan untuk diadakan sebagai tindak balas kepada trend ini dan permintaan daripada industri berkenaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9018

TCL UMUM KEMAJUAN PROJEK LTPS WUHAN CSOT

SHENZHEN, China, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL Corporation, sebuah peneraju dunia di dalam elektronik pengguna dan komunikasi, mengumumkan baru-baru ini mengenai kemajuan Projek LTPS Wuhan yang dilaburkan bersama oleh anak syarikatnya China Star Optoelectronics Technology (CSOT) dan Hubei Science & Technology Investment Group Co. Ltd.

Menurut pengumuman itu, CSOT dan Hubei Science & Technology Investment Group Co. Ltd. memulakan Project LTPS Wuhan pada tahun 2014 dengan jumlah pelaburan bersama RMB 16 bilion atau AS$2.45 bilion, dan menubuhkan usaha sama Wuhan China Star Optoelectronics Technology untuk mengendalikan projek itu. Projek LTPS Wuhan, yang juga digelar sebagai Project T3, akan menjadi satu garisan pengeluaran baharu bagi panel Gen 6  LTPS (OKSIDA) LCD / AMOLED.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9014