Thursday, November 24, 2016

PROGRAM LALUAN KHAS UNTUK MENJADI PELADANG BERTAULIAH KEPADA AGEN PELAWAT DAN PENASIHAT LADANG, EKSKLUSIF OLEH IIPM

SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) -- Permintaan keseluruhan ke atas tanaman untuk semua kegunaan dijangka akan meningkat sebanyak 84% dari tahun 2000 ke tahun 2050, didorong oleh pertumbuhan pendapatan dan bahanapi bio yang akan menyebabkan peningkatan pengeluaran tanaman sebanyak 86%. Menjelang 2050, untuk memenuhi permintaan populasi dan peningkatan penggunaan sebanyak 265%, pengeluaran minyak sawit perlu ditingkatkan sebanyak 265%, dan stok minyak sawit dinaikkan sebanyak 76% (John Kruse, FAO, 2010).
 
Minyak sawit akan terus ada permintaan seiring dengan pertambahan penduduk, yang dijangka akan mencapai jumlah 9 bilion pada tahun 2050 berbanding dengan jumlah 7 bilion sekarang. Walaupun terdapat ketidakpastian mengenai hasil dan kelestariannya, menjelang tahun 2030 keperluan kepada minyak sayuran dijangka akan mencapai 161 juta tan setahun (Yusof Basiron, 2012). Sementara itu, permintaan kepada getah asli mungkin akan meningkat kepada 16 juta tan di dalam tahun 2020, satu peningkatan sebanyak 39% berbanding dari 12 juta tan pada tahun 2013 (IRSG 2012). Perangkaan ini menandakan keperluan segera untuk perancangan teliti, penggubalan dasar-dasar yang bijak, dan pelaksanaannya. 


KENYATAAN MEDIA DIALOG KEHARMONIAN ANTARA PENGANUT AGAMA: “AGAMA DAN PERUBAHAN IKLIM DUNIA”

SARAWAK, 24 Nov (Bernama) -- Satu Dialog Keharmonian Antara Penganut Agama yang bertemakan “Agama dan Perubahan Iklim Dunia” anjuran bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah diadakan dalam usaha membina kesedaran kepada golongan belia khususnya berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam serta bagaimana menghadapi kesan perubahan iklim hari ini.  Dialog ini juga memberi satu gambaran yang baik tentang usaha pelbagai pihak untuk membina keharmonian dan perpaduan di antara masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia.

Perubahan iklim dan cuaca keterlaluan telah mengakibatkan bencana alam antaranya banjir, tanah runtuh, kemarau, kenaikan paras laut, kebakaran hutan dan jerebu, di samping memberi kesan ke atas keselamatan dan kesihatan manusia serta menggugat ekonomi negara.  Kesan perubahan iklim dunia dan peningkatan suhu global sememangnya dihadapi oleh semua umat sejagat kini termasuk kemusnahan ekosistem yang menjadi sumber makananan yang memberi impak kepada kesinambungan hampir semua kehidupan.  Antara penyumbang utama kepada perubahan iklim dunia yang berlaku hari ini adalah disebabkan oleh kerakusan manusia memusnahkan alam sekitar, kewujudan industri atas nama pembangunan yang telah menyumbang kepada peningkatan suhu global serta ketidakcekapan manusia menggunakan sumber asli yang dianugerahkan oleh Tuhan.  Ini telah menyumbang kepada perubahan iklim yang amat ketara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9535

SKY LOUNGE “AURORA” YANG SEDANG DIUBAH SUAI DI KEIO PLAZA HOTEL TOKYO DIBUKA PADA 7 DISEMBER

TOKYO, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, sedang mengubah suai Sky Lounge “Aurora” yang akan dibuka semula pada 7 Disember 2016. "Aurora" yang diubah suai itu akan menyediakan kepada pelanggan dengan sebuah persekitaran tempat makan yang anggun dan bergaya dan pemandangan Bandar Raya Tokyo  dari ketinggian 160 meter di tingkat 45 di Keio Plaza Hotel. Lebih-lebih lagi, pelayan bar dan chef di hotel kami yang terkenal dan berbakat itu akan menyediakan pelbagai minuman dan makanan yang lazat untuk pelanggan menikmatinya pada waktu makan tengah hari pada hujung minggu dan semasa cuti sahaja dan pada waktu tengah hari sehingga lewat petang pada setiap hari.
 
Kami mewujudkan tempat duduk di Sky Lounge "Aurora" yang direka khas untuk menyerlahkan pemandangan panoramik latar langit bandar raya Tokyo dan untuk menyediakan kepada pengunjung rakyat Jepun dan dari luar negara dengan pengalaman menjamu selera yang indah dan tidak dapat dilupakan. Hiasan dalaman di Aurora menggunakan warna hitam dan putih untuk mewujudkan satu suasana yang ringkas dan bergaya di dalam ruang istirehat itu. Ia juga diserlahkan lagi dengan skrin kayu untuk menyediakan kepada pelanggan dengan peluang bagi menikmati ruang makan peribadi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9537

SUPERIOR ESSEX INC. DAN FURUKAWA ELECTRIC CO., LTD. MENGUMUMKAN HASRAT UNTUK MEWUJUDKAN USAHA SAMA EROPAH

ATLANTA & BAD AROLSEN, Jerman & TOKYO, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Essex Magnet Wire, satu bahagian di Superior Essex Inc., dan Furukawa Electric Co., Ltd. ("Furukawa Electric") hari ini mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk satu usaha sama bagi membekalkan satu jenis baharu wayar belitan bervoltan tinggi (HVW) untuk digunakan terutamanya bagi industri automotif di seluruh Kawasan Ekonomi Eropah.
 
Usaha sama itu akan mengeluar, memasar, menjual dan mengedarkan HVW yang digunakan di dalam motor yang dipacu elektrik, alat penjana, dan reaktor untuk kenderaan automotif. Usaha ini menggabungkan sumber-sumber global dan kepakaran teknikal milik Essex Magnet Wire dan Furukawa Electric, iaitu, tenaga jualan dan operasi pembuatan Eropah Essex Magnet Wire dan teknologi Furukawa Electric yang berkaitan, di mana Furukawa Electric akan melesenkan usaha sama itu, untuk membekalkan satu jenis baharu HVW kepada pelanggan automotif di Eropah. Berpangkalan di Bad Arolsen, Jerman, usaha sama itu akan beroperasi di bawah nama Essex Furukawa Magnet Wire Europe. Walaupun Essex Magnet Wire akan menjadi pemegang saham majoriti di dalam usaha sama itu, pihak-pihak itu menjangka untuk mengendalikan usaha sama itu dalam semangat perkongsian komersial yang sebenar. Pembentukan usaha sama itu dijangka selesai pada suku pertama 2017, berikutan pelaksanaan perjanjian tetap dan penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9536

Wednesday, November 23, 2016

MODEL E-DAGANG TERKINI DI DUNIA DARIPADA JUMORE DIPAPARKAN DI APEC

LIMA, Peru, 22 Nov (Bernama-AsiaNet) -- Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2016 telah diadakan pada 17 hingga 19 November, di Lima, Peru. Sebagai wakil kepada perusahaan China, Jumore E-commerce Co., Ltd., dengan model e-dagang E4B (Ekosistem untuk Perniagaan) yang terkini di dunia telah dijemput untuk menghadiri sidang kemuncak itu dan menyampaikan satu ucapan penting.  Semasa sidang kemuncak itu, Jumore mengadakan aktiviti pertukaran bagi pemimpin-pemimpin perniagaan APEC, yang merupakan yang pertama diadakan oleh sebuah perusahaan China semasa Sidang Kemuncak APEC.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9527

Tuesday, November 22, 2016

CHTF2016 MENGHIMPUNKAN 23 BUAH NEGARA DI SEPANJANG “ONE BELT, ONE ROAD”

SHENZHEN, China, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Hi-Tech China ke-18 (CHTF2016) dibuka di Pusat Pameran dan Konvensyen Shenzhen pada 16 November, dengan menonjolkan zon khas "One Belt, One Road". Ia mengumpulkan 43 astaka antarabangsa dari 31 buah negara dan 12 organisasi antarabangsa, antaranya 23 yang terletak di sepanjang "One Belt, One Road", termasuk negara peserta yang hadir buat kali pertama Bahrain dan Afrika Selatan.

Astaka Bavaria dari Jerman, sebagai sebuah peserta tetap CHTF, membawa 10 buah syarikat pada tahun ini, yang meliputi pelbagai bidang profesional termasuk pembuatan peranti elektronik, bangunan sistem rangkaian pintar, pengeluaran komponen sistem dan automasi sistem. iAd GmbH memaparkan produk teras mereka yang digunakan di dalam komunikasi talian kuasa, sistem lampu & pemantauan lapangan terbang dan radio automatik pelbagai saluran. Carbotechnik Energiesysteme GmbH mempamerkan alat pembakar dan sistem pembakaran arang batu mereka. Hajomech Industrietechnik GmbH berkongsi teknologi dan amalan mereka di dalam bekalan kuasa mudah alih kuasa industri, pelupusan bahan longgar dan tenaga bersih. Cool Tool menunjukkan teknologi pemodelan mereka dan pelbagai peralatan yang berinovatif.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9519

DUTA-DUTA BELIA UNTUK “HARI KESEDARAN TSUNAMI SEDUNIA”

TOKYO, 21 Nov., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet / —
Pelajar-pelajar sekolah menengah dari 29 buah negara akan dijemput ke Jepun untuk melawat Wilayah Miyagi dan Wilayah Wakayama, di mana mereka akan menyertai pelajar-pelajar Jepun untuk mengkaji dan membuat lawatan lapangan bagi mempelajari tentang pencegahan dan pengurangan bencana. Di Wilayah Kochi, pelajar-pelajar akan juga mengambil bahagian di dalam Sidang Kemuncak Sekolah Menengah mengenai “Hari Kesedaran Tsunami Sedunia” di Kuroshio.


Pelajar-pelajar akan belajar tentang sejarah tsunami, pemulihan/ pembinaan semula selepas gempa bumi di Jepun, dan usaha pencegahan dan pengurangan risiko bencana bagi kemungkinan Gempa Bumi Palung Nankai. Tujuan program itu diadakan adalah untuk menggalakkan pemimpin-pemimpin yang akan bertanggungjawab bagi mengurangkan kesan gempa bumi dan tsunami dan membina ketahanan negara pada masa hadapan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9522