Monday, December 11, 2017

ODAKYU ELECTRIC RAILWAY MENGELUARKAN "PAS HAKONE KAMAKURA" -- TIKET LAWATAN YANG MEMBOLEHKAN PELANCONG ASING UNTUK MELANCONG SECARA BEBAS KE TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN YANG POPULAR DI PINGGIR BANDAR RAYA TOKYO

TOKYO, 6 Dis (Bernama) -- Odakyu Electric Railway Co., Ltd. telah mula menjual "PAS HAKONE KAMAKURA" – tiket lawatan diskaun baharu yang secara eksklusif dikhaskan untuk pelawat asing ke Jepun – bermula dari 1 Disember, 2017. Ia adalah tiket lawatan yang sangat menjimatkan yang boleh membantu pelawat asing memulakan perjalanan dari terminal Shinjuku, stesen terminal Odakyu di Tokyo, dan menikmati sepenuhnya melawat ke tempat-tempat pelancongan yang popular berhampiran Tokyo seperti "Hakone," di mana seseorang dapat menikmati alam semula jadi dan mata air panas dari musim ke musim di kaki Gunung Fuji, dan "Enoshima-Kamakura," sebuah destinasi pelancongan tepi laut di mana seseorang boleh merasakan alam semula jadi dan sejarah, di antara ciri-ciri lain yang menarik.

Sekeping "PAS HAKONE KAMAKURA" membolehkan pelancong untuk menaiki dan turun daripada kereta api secara bebas di semua laluan Odakyu yang menghubungkan Shinjuku dengan kawasan Hakone dan kawasan Enoshima-Kamakura, serta lapan jenis pengangkutan di kawasan Hakone dan di laluan Enoshima Electric Railway Co., Ltd. (Enoden). Dengan menunjukkan pas itu, seseorang boleh menerima perkhidmatan percuma di kira-kira 70 kemudahan seperti restoran dan muzium seni terutamanya di kawasan Hakone dan kawasan Enoshima-Kamakura. Pas itu, yang sah untuk tempoh tiga hari, berharga 6,500 yen bagi orang dewasa.

Butiran: http://www.odakyu.jp/english/deels/freepass/hakone_kamakura/

Risalah:
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104691/201712018581/_prw_PA1fl_VE6eV9YM.pdf

Butiran bagi "PAS HAKONE KAMAKURA"
1. Tarikh dikeluarkan: 1 Disember (Jumaat), 2017
2. Kaunter tiket: Pusat Perkhidmatan Persiaran Odakyu Shinjuku (berhampiran pintu tiket keluar barat di Stesen Odakyu Shinjuku)
3. Harga: 6,500 yen bagi orang dewasa dan 2,250 yen bagi kanak-kanak yang berumur antara  6 dan 11 tahun
4. Tempoh sah: Tiga hari
5. Kawasan yang diliputi oleh pas itu:
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104691/201712018581/_prw_PI2fl_g42MxyQF.png

Pas itu membolehkan perjalanan tanpa had ke atas kenderaan berikut:
- Kereta api di antara Shinjuku dan kawasan Hakone dan di antara Shinjuku dan kawasan Enoshima-Kamakura: Kereta api adalah di semua laluan Odakyu
* Satu tiket ekspres terhad diperlukan untuk menggunakan ekspres terhad Odakyu "Romancecar."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10670

SELAMAT DATANG KE LALUAN BERBASIKAL EHIME, JEPUN: ACARA BERBASIKAL ANTARABANGSA LALUAN LAUT PEDALAMAN SETO SHIMANAMI "BERBASIKAL SHIMANAMI 2018" KINI DIJADUALKAN


MATSUYAMA, Jepun, 6 Dis (Bernama) -- Pada 28 Oktober 2018, Ehime di wilayah barat Jepun akan menganjurkan acara berbasikal antarabangsa "Berbasikal Shimanami" dengan kira-kira 7,000 penunggang basikal dari seluruh dunia dijangka mengambil bahagian.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201712048639/?images)

"Laluan Laut Pedalaman Seto Shimanami" mempunyai satu siri jambatan merentasi pulau-pulau yang indah yang menghubungkan Bandar raya Imabari di Ehime dengan Bandar Raya Onomichi di Hiroshima. Ia dipilih sebagai satu daripada "tujuh laluan basikal yang terbaik" oleh laman maklumat pelancongan CNN Amerika dan telah menerima sebuah bintang Michelin dari "Panduan Hijau Jepun Michelin." Ia sering dirujuk sebagai sebuah "tempat perlindungan berbasikal" di Jepun. Satu acara berbasikal (bukan satu perlumbaan) akan berlangsung di Laluan Laut Shimanami. Di sana akan terdapat tujuh laluan yang mengagumkan dan menyegarkan yang memberi tumpuan kepada bersiar-siar. Satu daripada laluan itu adalah laluan Imabari-Onomichi, di mana penunggang akan berkayuh sepanjang 43km merentasi sebuah jambatan lebuh raya. Permohonan untuk acara itu akan bermula dari April 2018 di laman web rasmi: http://cycling-shimanami.jp/english/

Imabari, tempat permulaan untuk acara itu di Shikoku, adalah sebuah tapak bersejarah yang merupakan tempat bagi “Lanun Murakami," yang dikatakan adalah lanun pahlawan laut yang paling kuat semasa Tempoh Berperang di antara Negeri-negeri. Melawat ke "Muzium Tentera Laut Murakami" dan kemudian “Menaiki Bot Bersiar-siar ke Jeram Selat Kurushima" adalah di antara beberapa aktiviti yang popular di kawasan itu. "Taman Pemerhatian Gunung Kiro," yang mempunyai suatu pemandangan yang indah mengenai "Selat Kurushima" dan "Jambatan Kurushima Kaikyo," telah dipilih sebagai tempat pemerhatian kedua terbaik di dalam "Kedudukan Tempat Pemerhatian Jepun 2017 "oleh Trip Advisor.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10669

Saturday, December 9, 2017

LAMAN ULASAN KOSMETIK UTAMA ASIA @COSME MENGUMUMKAN "ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017"

TOKYO, 7 Dis, 2017 /Kyodo JBN–AsiaNet/ --

istyle Inc. (TSE Seksyen Pertama, Kod Syarikat: 3660), yang merupakan pengendali yang berpangkalan di Tokyo bagi @cosme, satu daripada laman ulasan dan maklumat kecantikan yang terbesar di Asia, mengumumkan “@cosme ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017” pada 7 Disember 2017. Anugerah itu mencerminkan trend kecantikan Jepun pada tahun 2017.

(Imej 1: http://prw.kyodonews.jp/img/201712068742-O4-8m5W35Li)

Maklumat mengenai @cosme:
@cosme adalah satu daripada laman web maklumat mengenai kecantikan yang terbesar di Asia, dengan satu pangkalan pengguna setia yang terdiri daripada wanita Jepun. Maklumat dan ulasan yang disiarkan di @cosme membuat ia berguna untuk penjagaan kecantikan harian wanita, sekali gus membolehkan ia memperolehi sokongan yang meluas.

(Imej 2: http://prw.kyodonews.jp/img/201712068742-O5-RU29yKv8)

Maklumat mengenai "@cosme Anugerah Kosmetik Terbaik:
Anugerah itu meliputi produk kosmetik dan produk kecantikan yang mendapat sokongan yang paling banyak daripada pengguna, berdasarkan kepada ulasan yang ditulis pada tahun 2017 oleh ahli-ahli @cosme yang sebenarnya menggunakan produk tersebut. Pemenang bagi anugerah itu dipilih mengikut kedudukan produk. Barisan produk yang memenangi anugerah, yang mencerminkan pendapat pengguna biasa, telah menarik perhatian daripada pelbagai pihak dari pengguna sehingga kepada pegawai-pegawai di dalam industri kecantikan.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10674

VIDEO PROMOSI BAGI DAERAH HUANGPU, GUANGZHOU MUNCUL BUAT PERTAMA KALINYA DI TIMES SQUARE

GUANGZHOU, China, 8 Dis, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Ketika Forum Fortune Global 2017, yang dikenali sebagai "jendela paling jelas dan paling langsung kepada ekonomi global", diadakan di Guangzhou, China dari 6 hingga 8 Disember, "Huangpu - Harapan", sebuah video promosi bagi Daerah Huangpu, Guangzhou  akan ditayangkan di Times Square di Bandar Raya New York pada 7 Disember waktu tempatan untuk mempertontonkan daya tarikan metropolitan bagi bandar raya yang mesra alam ini sebagai sebuah hab antarabangsa bagi inovasi, menurut Kerajaan Rakyat bagi Daerah Huangpu, Guangzhou, China.

Daerah itu, yang terletak di timur Guangzhou dan meliputi sebuah kawasan seluas 486 kilometer persegi, berfungsi sebagai sebuah "medan graviti" untuk Koridor Inovasi Sains dan Teknologi Guangzhou-Shenzhen dan Kawasan Teluk Greater Guangdong-Hong Kong-Macao.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10675

Friday, December 8, 2017

L'OFFICIEL DAN KUMPULAN GEM MELANCARKAN TABUNG L'OFFICIEL, SATU PENDEKATAN PELABURAN YANG UNIK DAN DISRUPTIF

PARIS & NEW YORK, 8 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- L'Officiel (yang dimiliki oleh Kumpulan Jalou Media) dan Kumpulan GEM (New York) dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran Tabung L'Officiel, sebuah dana pelaburan bernilai AS$50 juta yang bertujuan untuk menggalakkan jenama yang baru muncul dan mengembangkan penglibatan mereka dengan pengguna gaya hidup mewah.

Pelancaran Tabung L'Officiel itu adalah fasa kedua di dalam satu perkongsian yang bermula pada Oktober tahun ini apabila Kumpulan Jalou Media dan Kumpulan GEM bergabung bersama untuk melancarkan L'Officiel USA Inc, yang merangkumi sebuah platform digital, lofficielusa.com—yang dilancarkan pada akhir Oktober—dan L'Officiel USA, sebuah edisi cetak dua bulanan sekali yang akan berada di pasaran bermula pada Mac tahun 2018.

MEWUJUDKAN NILAI UNTUK PERUSAHAAN DI DALAM SEKTOR GAYA HIDUP DALAM PEMBANGUNAN

Bekerja dengan jenama-jenama yang baru muncul yang memahami nilai pemasaran yang disasarkan, tetapi tidak mempunyai modal untuk mengakses saluran pengiklanan premium, Dana itu akan menyediakan kepada jenama-jenama dengan modal pelaburan untuk dibelanjakan bagi usaha pemasaran. Menambahkan kepada perkara itu, L'Officiel akan menyediakan kepada jenama-jenama terpilih dengan akses istimewa kepada rangkaian global L'Officiel bagi aset penerbitan digital dan cetak  di 70 buah negara. Jenama-jenama akan mendapat manfaat daripada kempen pengiklanan cetak dan digital L'Officiel, dan perkhidmatan pemasaran nilai tambah termasuk kandungan berjenama, penerbitan video, pengaktifan media sosial, penciptaan acara, dan pemasaran pengalaman, antara perkhidmatan lain.

SEBUAH DANA PELABURAN UNIK DAN DISRUPTIF

"Dengan pendekatannya yang unik terhadap penciptaan kandungan—dari kaedah disruptif bagi bercerita kepada platform digital global kami yang terpusat— kami dapat menyediakan jenama-jenama Dana itu dengan sumber-sumber baharu dan lebih dinamik, yang membolehkan mereka untuk keluar daripada model media tradisional dan sebaliknya menjadi inovator di dalam bidang itu" kata Benjamin Eymere, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Jalou Media.

"Tujuan bagi Dana itu adalah untuk menyediakan bagi jenama-jenama baru muncul," kata Anthony Romano, Pengarah Urusan Tabung L'Officiel, "dengan peranti yang mereka perlukan untuk mengekalkan pertumbuhan. Kami mahu membekalkan jenama-jenama ini dengan sumber yang betul untuk membantu mereka berjaya di dalam pasaran global yang kompetitif."

Walaupun Dana itu akan terutamanya mensasarkan syarikat-syarikat tersenarai global, ia akan memperuntukkan 25% daripada modalnya kepada perniagaan persendirian juga.
 
ANGKA PENTING BAGI RANGKAIAN L'OFFICIEL
 
56   15 JUTA   2 JUTA   500 RIBU
Tajuk yang diedarkan di 30 negara   
Audiens Global
   Majalah yang dicetak setiap bulan dalam 17 bahasa   Arkib fesyen Sejak 1921
             

MAKLUMAT MENGENAI KUMPULAN GEM

Global Emerging Markets (GEM) telah melabur di pasaran baru muncul dan global selama lebih 20 tahun dengan 375 urus janji di 70 buah negara. L'Officiel USA adalah satu pelaburan modal baharu, sebahagian daripada strategi pembangunan media GEM baru-baru ini, dari pejabat mereka di Beverly Hills.

MAKLUMAT MENGENAI L’OFFICIEL

Dimiliki oleh Kumpulan Jalou Media, tajuk utama Perancis itu terkenal dengan fokusnya kepada fesyen mewah dan gaya hidup mewah. Ia diedarkan di lebih 80 buah negara dan merupakan majalah fesyen wanita Perancis yang terkemuka dan paling dihormati. L'Officiel telah merakamkan semangat keanggunan Perancis dan bakat-bakat pereka yang utama selama hampir 100 tahun. Ia kini merupakan media pemilihan gaya yang utama, memberi nasihat kepada wanita mengenai cara untuk berpakaian dan secara langsung menyokong aktiviti peruncitan fesyen antarabangsa dan jenama mewah yang ditampilkan di dalam majalah itu. Berdasarkan kepada kenyataan utama bagi pemilihan gaya ini, L'Officiel mempunyai satu strategi pembangunan asing yang dinamik dengan rangkaian antarabangsa mereka bagi edisi luar negeri L'Officiel, L'Officiel Hommes, L'Officiel Art dan jenama satelit yang lain, yang diterbitkan di bawah lesen oleh penerbit-penerbit tempatan, usaha sama tempatan, atau secara langsung oleh Kumpulan Jalou Media.

MAKLUMAT MENGENAI KUMPULAN JALOU MEDIA

Kumpulan Jalou Media adalah merupakan satu kumpulan media milik keluarga yang berpangkalan di Paris, ibu negara bagi fesyen antarabangsa, selama hampir 100 tahun. Dipimpin oleh Marie-Jose Jalou, kumpulan itu dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Jalou. Dengan 10 majalah (L’Officiel, L’Officiel Hommes, L’Officiel Art, L’Officiel Voyage, La Revue des Montres, Jalouse, L’Officiel 1000 Modèles, L’Officiel Shopping, L’Officiel 1000 Modèles Design, L’Officiel Médecine dan Chirurgie Esthetique) dan teknologi lofficiel.com mereka yang dipatenkan, Kumpulan Jalou Media hadir di lebih 80 buah negara, dengan lebih 44 edisi antarabangsanya sendiri, yang merupakan satu penyelesaian positif bagi evolusi sebuah industri media yang stabil.

Hubungi
KUMPULAN GEM
Pejabat-pejabat New York & LA
Anthony Romano
aromano@gemny.com
Tel: (212) 582-3400

Sumber: Kumpulan GEM

KRIS PATRICK DINAMAKAN PRESIDEN BAGI ERGON REFINING, INC., DAN ERGON - WEST VIRGINIA, INC.

JACKSON, Miss., 8 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ergon telah menamakan Kris Patrick sebagai Presiden bagi Ergon Refining, Inc., dan Ergon - West Virginia, Inc., kilang penapisan syarikat itu bagi naftena dan berparafin. Dalam peranan baharu ini, beliau akan memberikan kepimpinan di dalam bidang operasi pembuatan, pembekalan dan pengedaran, perancangan, dan jualan dan pemasaran bagi sektor perniagaan Penapisan & Pemasaran Ergon.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
http://www.businesswire.com/news/home/20171207006285/en/

Patrick menyertai Ergon sebagai seorang jurutera pemprosesan pada tahun 2000 dan baru-baru ini berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan bagi Penapisan, Perancangan dan Pembekalan, yang bertanggungjawab untuk perancangan kilang penapisan dan ekonomi, operasi penapisan, dan bekalan dan pengedaran. Seorang anggota di dalam pasukan pengurusan kanan Ergon, Patrick juga merupakan seorang ahli lembaga pengarah bagi Pengeluar Bahan Api & Petrokimia Amerika.

Kelahiran Pelahatchie, Mississippi, Patrick memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan kimia pada tahun 2000 dan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan di dalam pengurusan projek pada tahun 2009, kedua-duanya dari Universiti Mississippi State. Beliau menamatkan program Perniagaan Global Terkemuka di Harvard Business School pada tahun 2016.

"Semasa kerjaya beliau selama 17 tahun dengan Ergon, Kris telah terbukti menjadi pemimpin yang berjaya dan dipercayai," kata Emmitte Haddox, Ketua Pegawai Eksekutif Ergon. "Beliau telah memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan syarikat di pasaran khusus minyak, dan lembaga merasa sangat yakin bahawa Kris mempunyai pengalaman dan pandangan jauh yang diperlukan untuk meneruskan pengembangan global kami."

"Pelaburan kami yang berterusan di dalam proses pembuatan yang berinovatif dan rangkaian pengedaran yang semakin berkembang adalah bukti kepada komitmen Ergon untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan pelanggan," kata Patrick. "Kami tidak pernah terlepas pandang mengenai kepentingan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, bekalan yang selamat untuk pelanggan kami dan penambahbaikan yang berterusan dalam semua aspek perniagaan kami."

Ergon adalah pengeluar terbesar dunia bagi produk istimewa naftena dan pengeluar storan cerah kedua terbesar di dunia. Dengan mempunyai dua kilang penapisan istimewa dan sebuah rangkaian pengedaran global, Ergon memasarkan minyak mentah, minyak proses, minyak penebat elektrik dan minyak dakwat ke lebih 90 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ergonnsa.com atau ikuti kami di Twitter di https://twitter.com/ErgonOils.

Maklumat mengenai Ergon:

Ditubuhkan pada tahun 1954, Ergon adalah sekumpulan syarikat milik persendirian yang beroperasi di bawah enam segmen perniagaan utama: Penapisan & Pemasaran, Asfalt & Emulsi, Pengangkutan & Terminal, Minyak & Gas, Hartanah, dan Korporat & Lain-lain.

Lihat versi sumber di businesswire.com:  http://www.businesswire.com/news/home/20171207006285/en/

Hubungi
Ergon, Inc.
Cathy Pendleton, 601-933-3531
www.ergon.com

Sumber: Ergon

ZON PEMBANGUNAN EKONOMI & TEKNOLOGI WUHAN MENCARI BAKAT

WUHAN, China, 8 Dis, 2017 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Universiti Fudan di Shanghai dipenuhi dengan syarikat-syarikat dari Bandar raya Wuhan di tengah China pada 6 Disember. Pelajar-pelajar yang teruja berkerumun untuk menyemak maklumat pekerjaan di Zon Pembangunan Ekonomi & Teknologi di bandar raya itu. Berlatar belakangkan sebuah papan tanda yang mempunyai slogan "Impian keusahawanan direalisasikan di Wuhan," alumni yang ditubuhkan berkongsi pemikiran mereka; graduan muda di luar negara mengajukan soalan; dan pegawai-pegawai dari jawatankuasa pentadbiran zon itu menghulurkan pelawaan kepada bakat-bakat muda.

Ia adalah satu hentian bagi kempen yang lebih besar di bandar raya itu untuk "mendapatkan satu juta graduan universiti agar bekerja di Wuhan." Sebanyak 21 buah syarikat dengan lebih 800 jawatan sedang mengambil pekerja di Fudan. Juga pada hari yang sama, sebuah stesen kerja untuk bakat-bakat di Shanghai telah diwujudkan, yang bertujuan untuk memperkenalkan bakat-bakat global ke zon pembangunan dengan Shanghai sebagai "pangkalan terdepan bagi pengambilan."

"Kita harus mencuba yang sebaik mungkin dengan dasar-dasar dan keikhlasan yang paling menggalakkan, persekitaran dan perkhidmatan terbaik, untuk menarik bakat-bakat dari seluruh pelusuk dunia agar menetap dan memulakan perniagaan di Wuhan," kata seorang pegawai dengan jawatankuasa itu.

Menurut Wei Jianxin, pengarah bagi stesen kerja itu, sebuah pangkalan data bakat profesional atasan perindustrian penting akan dibina untuk membawa bakat dan projek yang berkaitan dengan pembuatan pintar, rawatan perubatan, maklumat, pendidikan, industri bandar, pertanian moden, ketenteraan dan integrasi awam serta industri kreatif budaya. Kira-kira 10 hingga 20 bakat peringkat atasan dari China dan luar negara dijangka diperkenalkan pada tahun 2018.

Kerajaan bandar raya Wuhan telah bersungguh-sungguh mempromosikan kempen itu dan memecutkan Wuhan ke hadapan untuk menjadi "bandar raya yang paling mesra untuk penuntut kolej."

Gao Ziping, pengarah bagi pusat penyelidikan untuk maklumat bakat-bakat di luar negara di bawah Akademi Sains Sosial Shanghai, berkata bandar raya-bandar raya China memberi perhatian besar kepada pengenalan bakat. Beliau berkata Wuhan sebagai sebuah bandar raya pusat nasional dengan lokasinya yang menguntungkan, persekitaran ekologi bandar yang menyenangkan, kekuatan saintifik dan penyelidikan yang besar, dan pengedaran perindustrian yang rasional, mempunyai daya tarikan yang hebat kepada bakat-bakat atasan.

Zon pembangunan itu telah lama dikenali sebagai "ibu negara automobil" China. Tetapi ia telah merubah diri menjadi sebuah "ibu negara bagi robot, rumah pintar, dan penerbangan am" dengan automobil dan alat ganti serta elektronik sebagai terasnya, dengan disokong oleh peralatan pintar, bahan baharu, tenaga baharu, pengemudian dan satelit, dan makanan dan minuman, dan ditambah dengan industri perkhidmatan moden.

Zon pembangunan pada hari ini adalah rumah kepada sekumpulan syarikat terkenal di dunia seperti Dongfeng Automobiles, dan lebih 40,000 bakat-bakat profesional dan teknikal.

Pada masa ini, ia telah menubuhkan stesen kerja bakat di Amerika Syarikat, Jerman dan Australia, dan memperkenalkan 11 ahli akademik dan lebih 20 pakar dalam senarai Program Pengambilan bagi Pakar-pakar Global negara itu. Lebih 1,000 pekerja asing bekerja dan tinggal di zon berkenaan.

"Zon pembangunan kami sedang berubah dan berkembang dengan pesat, dan memerlukan bakat-bakat dengan kadar segera. Di sini akan menjadi sebuah tanah panas bagi anda untuk merealisasikan impian anda," kata seorang pegawai dari jabatan organisasi zon itu.

Sumber: Zon Pembangunan Ekonomi & Teknologi Wuhan