Wednesday, January 10, 2018

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MEMPAMERKAN SIRI MOSFET 600V PLANAR GENERASI BAHARU

TOKYO, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  hari ini mengumumkan pelancaran "π-MOS IX," satu siri baharu MOSFET 600V planar. Pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.
 
Dengan satu reka bentuk cip yang dioptimumkan, siri π-MOS IX memberikan bunyi puncak EMI 5dB yang lebih rendah[1] berbanding dengan siri π-MOS VII yang sedia ada, dan pada masa yang sama mengekalkan tahap kecekapan yang sama. Ia menawarkan kebebasan reka bentuk yang lebih hebat dan dengan itu membantu mengurangkan beban kerja reka bentuk. Di samping itu, siri π-MOS IX mempunyai arus hamburan terkadar yang sama dan arus DC terkadar, sekali gus menjadikannya lebih mudah untuk menggantikan MOSFET yang sedia ada.
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation akan mengembangkan siri π-MOS IX itu dengan penambahan lebih banyak peranti 600V, di samping peranti 500V dan 650V.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10753

MEMPERKASAKAN PERSAINGAN MELALUI KAJIAN SEMULA PASARAN

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menyiarkan dua laporan kajian semula pasaran di bawah Akta Persaingan 2010 (AP 2010) mengenai sektor farmaseutikal dan bahan binaan dalam industri pembinaan di laman sesawang MyCC. Dua laporan itu telah dimuktamadkan setelah mengambil kira pandangan dan maklum balas yang diterima daripada pihak berkepentingan dan orang awam.

Kedua-dua sektor itu telah dipilih berdasarkan analisis awal tentang keadaan pasaran di Malaysia dan negara-negara lain yang terdedah dengan kebarangkalian yang tinggi berlakunya amalan antipersaingan seperti kartel dan penyalahgunaan kuasa dominan yang memberi kesan kepada pengeluaran dan penyediaan barang-barang atau perkhidmatan yang penting seterusnya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup serta menjejaskan faedah sosial para pengguna.

Kajian semula pasaran sektor farmaseutikal yang telah dijalankan oleh MyCC memberi tumpuan kepada ubat-ubatan terkawal dalam dua peringkat rantaian bekalan iaitu pengilang ubat-ubatan generik serta pengimport ubat-ubatan baru dan generik di peringkat pertama dan pemborong serta pengedar ubat-ubatan baru dan generik di peringkat kedua.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10751

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR DUA IC BAHARU YANG PATUH DENGAN BLUETOOTH® VERSI 5.0

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR DUA IC BAHARU YANG PATUH DENGAN BLUETOOTH® VERSI 5.0

GERBANG KE TIMUR TENGAH - CREALOGIX MEMPEROLEHI INNOFIS

GERBANG KE TIMUR TENGAH - CREALOGIX MEMPEROLEHI INNOFIS

MIPS KEMBALI KE SILICON VALLEY UNTUK MEMACU GENERASI MENDATANG BAGI APLIKASI PINTAR

Pelabur AS dan veteran industri membawa kepakaran semikonduktor yang mendalam kepada syarikat teknologi yang terkenal dan dihormati

SANTA CLARA, Calif., 9 Jan  (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- MIPS, penyedia seni bina pemproses MIPS dan teras IP yang banyak digunakan, mengumumkan ia telah kembali ke Silicon Valley sebagai syarikat bebas yang memberi tumpuan kepada inovasi pemproses untuk generasi baharu platform pintar yang disambungkan. Dengan penghantaran dalam berbilion-bilion unit di seluruh dunia, CPU MIPS didapati dalam pelbagai aplikasi, termasuk kedudukan utama dalam kotak atas set dan DTV, suis dan penghala rangkaian, robotik, IoT dan mendapat momentum yang kuat dalam modem LTE. Seni bina MIPS juga digunakan pada kebanyakan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) hari ini dan direka bentuk dalam membangunkan kenderaan autonomi.

MIPS meneruskan komitmennya untuk memberi khidmat kepada industri sebagai pembekal IP lembut dengan portfolio teras pemproses yang menarik. MIPS memanfaatkan portfolionya yang berbeza untuk menawarkan perkakasan berbilang pemasangan untuk kecekapan pengiraan muktamad, kemayaan yang disandarkan oleh perkakasan untuk pengasingan perisian, dan pengurusan dasar yang digabungkan dengan ciri keselamatan berfungsi yang diperlukan untuk menyokong piawaian keselamatan jaminan penting kritikal misi. Yayasan ini melengkapi pelaburan syarikat dalam aplikasi pintar dan membolehkan MIPS memberikan nilai tambahan kepada pelanggan sedia ada dan baharu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10752

Friday, January 5, 2018

ASWARA MEMENANGI PERSEMBAHAN TERBAIK DI INDONESIA



ACEH, Indonesia, 4 Jan (Bernama) -- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa sekali lagi dengan memenangi Anugerah Persembahan Terbaik pada Pertandingan Tarian Kreasi Baru, kategori Penampilan Antarabangsa, Mahasiswa di Ubudiyah International Gampong Budaya Festival 2017 yang telah diadakan di Universitas Ubudiyah, Indonesia. Pertandingan yang berlangsung dari 26 - 28 Disember 2017 telah menyaksikan beberapa universiti antarabangsa seperti Universiti Malaysia Perlis, Perkumpulan Mahasiswa Fatani - Thailand, Daffodil International University of Bangladesh berentap di dalam tiga (3) kategori yang terdiri daripada pelajar, mahasiswa dan juga umum.

Delegasi ASWARA yang diwakili oleh lapan (8) orang pelajar terdiri daripada pelajar tahun 1, Ijazah Sarjana Muda Tari, ASWARA dan diiringi oleh Encik Mohd Seth Hamzah, Timbalan Dekan, Fakulti Tari, ASWARA selaku koreografer. Ubudiyah International Gampong Budaya Festival 2017 diadakan bersempena Memperingati 13 Tahun Tsunami Aceh yang melanda Bandar Aceh pada 26 Disember 2004.

Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Bahagian Perhubungan Korporat dan Antarabangsa
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Tel : 03-2778 5922 / 5923 / 5924
Faks : 03-2778 5903


--BERNAMA