Thursday, December 20, 2018

LEDDARTECH DAN CAILABS MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA UNTUK MENGGABUNGKAN LIDAR DAN PENYELESAIAN PEMBENTUKAN ALUR LASER BAGI PASARAN AUTOMOTIF

RENNES, Perancis dan QUEBEC CITY, 20 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE)-- LeddarTech, peneraju industri dalam membekalkan platform pembangunan LiDAR automotif yang paling versatil dan boleh diskala, mengumumkan bahawa ia telah  membuat perjanjian dengan Cailabs, syarikat teknologi mendalam Perancis dan peneraju global dalam teknologi pembentukan cahaya, untuk meneroka penggabungan teknologi LiDAR bentuk pepejal LeddarTech dengan penyelesaian pembentukan alur laser Cailabs untuk industri automotif.  Memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak telah ditandatangani pada 13 Disember 2018.
 
LeddarTech memberikan platform LiDAR auto dan mobiliti proprietari berdasarkan LeddarEngine™ (SoC + perisian) yang mendayakan penyelesaian sensor LiDAR berprestasi tinggi dan berkos rendah yang digunakan oleh pembekal besar Tingkat 1 untuk membangunkan LiDAR khusus untuk ADAS dan aplikasi pemanduan berautonomi.
 
Cailabs membangunkan dan menghasilkan pelbagai komponen optikal unik berdasarkan kepakarannya dan inovasi teknologinya yang dipatenkan, terutamanya Penukaran Cahaya Berbilang Satah (MPLC).
 
“Bagi Cailabs, teknologi LiDAR ialah pasaran strategik yang menawarkan potensi pertumbuhan luar biasa untuk tahun-tahun akan datang apabila ADAS dan kenderaan pemanduan berautonomi menjadi lebih popular,” kata Jean-François Morizur, CEO di Cailabs. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan LeddarTech; teknologi mereka yang inovatif menjana nisbah julat ke kuasa yang lebih tinggi dan mendayakan ambang pengesanan lebih rendah untuk julat dan sensitiviti yang lebih besar berbanding kaedah LiDAR bentuk pepejal lain dan Cailabs berhasrat untuk menilai keserasian penyelesaiannya dengan teknologi LeddarTech.”
 
“LeddarTech komited untuk memenuhi keperluan pasaran LiDAR pada masa kini dan hadapan dan kami bersedia untuk mengesahkan bahawa penyelesaian LiDAR kami boleh digabungkan dengan teknologi penggabungan alur canggih Cailabs,” kata Charles Boulanger, CEO LeddarTech. “Jika berjaya, kami akan meneruskan dengan membangunkan prototaip untuk membawakan penyelesaian inovatif ini yang akan menambah nilai yang besar ke industri automotif sepantas yang mungkin.”
 
Perihal Cailabs

Diasaskan pada tahun 2013, Cailabs ialah syarikat teknologi mendalam dari Perancis yang mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan produk fotonik inovatif untuk telekomunikasi, penghantaran ruang bebas, laser industri dan LAN. Peneraju global dalam pembentukan cahaya kompleks, teknologinya kini dilindungi oleh 15 keluarga paten. Komponen optikalnya yang inovatif digunakan dalam pelbagai sektor dan telah menyumbang kepada beberapa rekod dunia (terutamanya rekod lebar jalur gentian optik yang dicapai oleh pengendali Jepun, KDDI). Cailabs yang bertapak di Rennes telah menjana EUR 8.6 juta sejak penubuhannya dan mempunyai 40 orang pekerja. Maklumat tambahan tentang Cailabs tersedia di www.Cailabs.com.
 
Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri yang membekalkan pembangunan platform pembangunan LiDAR automotif yang versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif dan SoC yang diluluskan keselamatan fungsian yang berfungsi bersama perisian LeddarSP. Syarikat tersebut juga mengeluarkan beberapa inovasi teknologi dalam aplikasi sensor jauh mobiliti yang canggih. ADAS automotif, pemanduan autonomi, pengangkutan pintar, kenderaan dalam bandar dan banyak lagi telah ditingkatkan dengan teknologi LeddarTech dipatenkan. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.LeddarTech.com, dan di LinkedIn, Twitter, Facebook atau YouTube.
 
LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.

Hubungan LeddarTech: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
+1-418-653-9000 samb. 232  Daniel.Aitken@LeddarTech.com
 
Sumber: LeddarTech inc.
 
--BERNAMA

FUSIONEX DIIKTIRAF SEBAGAI SATU DAYA PERUBAHAN DALAM LAPORAN GARTNER 2018 UNTUK ANALISIS MODEN & BI

FUSIONEX DIIKTIRAF SEBAGAI SATU DAYA PERUBAHAN DALAM LAPORAN GARTNER 2018 UNTUK ANALISIS MODEN & BI

​LEDDARTECH MEMILIH SISTEM PENGENDALIAN QNX BLACKBERRY UNTUK PLATFORM LIDAR AUTO DAN MOBILITI

​LEDDARTECH MEMILIH SISTEM PENGENDALIAN QNX BLACKBERRY UNTUK PLATFORM LIDAR AUTO DAN MOBILITI

Wednesday, December 19, 2018

​PERSIDANGAN BITCOIN AMERIKA UTARA MENONJOL SEBAGAI SALAH SATU ACARA KRIPTO PALING PENTING DI DUNIA 2019

​PERSIDANGAN BITCOIN AMERIKA UTARA MENONJOL SEBAGAI SALAH SATU ACARA KRIPTO PALING PENTING DI DUNIA 2019

NEURALSTEM MELANTIK KEN CARTER, PH.D., SEBAGAI PENGERUSI EKSEKUTIF LEMBAGA PENGARAH

- Eksekutif bioteknologi berpengalaman dan tokoh saintifik ulung dengan pengalaman meluas daripada pembangunan syarikat peringkat awal sehingga menguruskan entiti yang didagangkan secara umum -


GERMANTOWN, Md., 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq: CUR), syarikat biofarmaseutikal yang memfokuskan pada perkembangan terapi sistem saraf berasaskan teknologi sel induk saraf dan teknologi molekul kecil hari ini melantik Kenneth C. Carter, Ph.D sebagai Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Syarikat yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Dr. Carter akan menggantikan CEO sementara, Jim Scully, yang akan melepaskan jawatan tersebut.

“Dr. Carter membawakan kepakaran pembangunan ubat yang kaya dan ketokohan eksekutif daripada pengalamannya mengetuai syarikat bioteknologi swasta dan awam. Kepimpinannya amat berharga untuk Neuralstem yang kini berada di tahap kritikal evolusinya,” kata William Oldaker, Pengerusi Lembaga Pengarah. “Pasukan kami bakal mendapat banyak manfaat daripada latar belakang keusahawanan Dr. Carter dengan syarikat peringkat pembangunan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jim bagi pihak Lembaga Pengarah atas kepimpinannya dalam tempoh peralihan ini.”

“Saya teruja untuk bekerja dengan pasukan Neuralstem untuk membangunkan dan menjalankan pelan strategik dalam memberikan terapi berpotensi dan memaksimumkan nilai untuk pemegang saham,” kata Dr. Ken Carter.

Dr. Carter ialah eksekutif industri dan tokoh saintifik dinamik dengan pengalaman yang luas tentang syarikat bioteknologi peringkat pembangunan. Sepanjang sedekad lalu, beliau telah membantu mengasaskan dan mengetuai beberapa syarikat seperti NexImmune, Inc., syarikat immuno-onkologi yang beliau bantu untuk dipisahkan daripada John Hopkins University dan berkhidmat sebagai CEO sejak penubuhannya pada 2011 hingga Jun 2017. Beliau juga mengasas bersama dan sedang berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Noble Life Sciences, Inc, organisasi penyelidikan kontrak praklinikal yang mendayakan sains translasi dan pembangunan produk untuk syarikat bioteknologi dan farmaseutikal. Dr. Carter juga merupakan pengasas bersama dan CEO Avalon Pharmaceuticals sejak penubuhannya pada 1999 sehingga penggabungannya dengan Clinical Data pada 2009 dan mengetuai tawaran awam awalan Avalon di bursa saham NASDAQ pada 2004. Di bawah kepimpinan Dr. Carter, Avalon telah membangunkan rancangan calon ubat kanser berdasarkan teknologi saringan genom daya pemprosesan tinggi baharu dan berjaya mendapatkan perkongsian R&D dengan Merck, Novartis, Sanofi-Aventis dan MedImmune.

Dr. Carter telah berkhidmat untuk pelbagai lembaga korporat dan penasihat termasuk National BIO Industry Organization, Antidote Therapeutics, Inc., Iterion Pharmaceuticals dan Maryland BioHealth Initiative (BHI). Beliau juga merupakan ahli fakulti tambahan di John Hopkins University. Beliau melengkapkan fellowship pascakedoktoran dalam Biologi Sel di University of Massachusetts Medical School. Beliau menerima ijazah kedoktorannya dalam Genetik Manusia dan Biologi Sel di University of Texas Cawangan Perubatan di Galveston dan B.S. di Abilene Christian University.

Geran Dorongan

Berhubung dengan pengambilan Dr. Carter, pada 12 Disember 2018, Jawatankuasa Pampasan Lembaga Pengarah telah meluluskan geran opsyen saham dorongan tidak berkelayakan untuk membeli 800,000 saham daripada saham biasa syarikat.  Opsyen ini mempunyai harga laksana sebanyak $0.425 (harga penutup saham biasa pada tarikh geran), tempoh masa sepuluh (10) tahun, dan terletak hak seperti berikut: (i) 200,000 daripada opsyen saham terletak hak pada tarikh efektif pengambilan, (ii) 100,000 terletak hak pada enam bulan selepas tarikh efektif pengambilan, (iii) 100,000 opsyen saham terletak hak pada ulang tahun kedua daripada tarikh efektif pengambilan dan (iv) 400,000 opsyen saham terletak hak pada pencapaian berdasarkan prestasi yang akan dipersetujui oleh syarikat dan Dr. Carter.

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Portfolio calon produk Neuralstem yang pelbagai termasuklah teknologi sel stem saraf proprietarinya.

Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:
  • NSI-566 adalah terapi sel stem saraf dalam pembangunan klinikal untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).
     
  • NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.
Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunannya pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017 dan Laporan Sukuannya pada Borang 10-Q untuk tiga, enam dan sembilan bulan yang berakhir pada 31 Mac, 30 Jun dan 30 September 2018, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Pelabur:
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
neuralstem@argotpartners.com

SUMBER : Neuralstem, Inc.

CROWN BIOSCIENCE MENUBUHKAN PUSAT KECEMERLANGAN BIOINFORMATIK, DATA RAYA DAN PERKHIDMATAN PENEMUAN PENANDA BIO

Perkhidmatan dan Kapasiti Meningkat dengan Pembukaan Tapak Baharu


SAN DIEGO,  19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk melanjutkan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme, baru-baru ini telah mengumumkan pengembangan kapasiti kajian onkologi translasi sedia ada dengan membuka tapak baharu di Suzhou, Jiangsu, China.

Jumlah besar data yang kini boleh didapati daripada kajian praklinikal dan klinikal memerlukan kepakaran khusus dalam bioinformatik, analisis data raya dan kemudahan storan khusus. Tapak baharu CrownBio akan tertumpu kepada menyepadukan pengalaman syarikat dalam kajian praklinikal dan translasi dengan teknologi digital canggih untuk penemuan penanda bio ramalan dan pembangunan diagnostik baharu dan sampingan.

Tapak Suzhou akan menjadi pusat kecemerlangan CrownBio untuk biologi sistem dan ujian sampel klinikal. Terletak di tengah-tengah Taman Sains BioBay, salah satu hab biofarmaseutikal bertaraf tinggi di China, tapak ini juga bakal mendekatkan CrownBio dengan syarikat farmaseutikal serantau dan global.

CrownBio akan meningkatkan platform onkologi translasi semasanya dengan mengembangkan perkhidmatan sedia ada dan membangunkan perkhidmatan tambahan untuk biologi sistem lanjutan, termasuk bioinformatik, data raya dan pembelajaran mesin, di samping penemuan penanda bio dan ujian sampel klinikal.

“Pusat kecemerlangan kami yang baru ditubuhkan berdedikasi untuk meneroka berbilang data yang tersedia hasil kajian praklinikal dan translasi selama bertahun-tahun,” kata Dr. Henry Li, naib presiden kanan kajian saintifik dan inovasi global di CrownBio. “Tapak ini akan memanfaatkan kepakaran meluas kami dalam analisis dan pengujian data untuk melanjutkan penggunaan data raya yang menjadi panduan program praklinikal.”

Dr. Jean-Pierre Wery, CEO CrownBio berkata, “Tapak Suzhou ialah hasil langsung peningkatan permintaan pengguna dan dinamik pasaran. Tapak ini membolehkan kami menampung jumlah kajian pengguna global yang kian bertambah dan mempercepat matlamat bioinformatik kami, yang akan melancarkan pembangunan perubatan persis generasi seterusnya.”

Perihal Crown Bioscience Inc.
CrownBio ialah syarikat penyelesaian penemuan dan pembangunan ubat yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme. Dengan portfolio model yang relevan dan alat ramalan yang meluas, CrownBio membolehkan pelanggan untuk memberikan calon klinikal yang lebih baik. Ketahui lebih lanjut tentang CrownBio di sini: https://www.crownbio.com

Pertanyaan Media:
Jody Barbeau
Crown Bioscience Inc.
marketing@crownbio.com 

SUMBER : Crown Bioscience

Hotel Keio Plaza Tama sedia tempat fotografi 'Hello Kitty' baru dan bilik bertema Sanrio

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Keio Plaza Hotel Tama, Tokyo, menambah kemudahan dan perkhidmatannya dengan mewujudkan tempat fotografi baru ‘Hello Kitty’ serta mengubah suai empat lagi bilik untuk menjadi bilik bertema Sanrio, dua bilik masing-masing dalam tema ‘My Melody’ dan ‘Little Twin Stars’, tambahan kepada empat bilik bertemakan Hello Kitty sedia ada.

Tempat fotografi terbaru itu yang terletak di lobi hotel, boleh digunakan pada Mac 2019 manakala bilik bertema karektor Sanrio pada Jun 2019.

Penambahan berkenaan memperkukuhkan hubungan kerjasamanya dengan Keio Plaza Hotel Co Ltd dengan Sanrio Co Ltd, demikian menurut satu kenyataan.

Bilik-bilik bertema ‘Hello Kitty’ Hotel Keio Plaza Tama dibuka pertama kalinya pada 1 Nov 2014 dan telah menjadi sangat popular dengan para tetamu dengan keluarga manakala taman hiburan Sanrio yang dikenali sebagai ‘Puroland’ terletak lima minit berjalan kaki dari hotel Tama, dan ruang lobi ‘Duet’ serta kedai makanan istimewa ‘Poppins’ menyajikan kek dan pencuci mulut khas ‘Hello Kitty’.

Hotel Keio Plaza Tokyo di Shinjuku akan berhenti mengendalikan bilik bertemakan Hello Kitty sedia ada pada 3 Jan 2019, dengan kemudahan dan perkhidmatan bertema Hello Kitty tertumpu di Hotel Keio Plaza Tama pada masa akan datang, menurut kenyataan itu.

“Di samping itu, stesen keretapi Keio Aliran Tama Center, yang berjarak satu minit berjalan kaki dari Hotel Keio Plaza Tama, telah diubah suai pada 2016 untuk memasukkan ‘Hello Kitty’ dan watak-watak dan reka bentuk Sanrio, dan bas ulang-alik lapangan terbang berhenti berhampiran hotel Tama kami dan Kereta api Aliran Keio juga dihiasi dengan watak-watak Sanrio,” katanya.

Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati dengan melayari https://www.keioplaza.com/tama atau https://www.sanrio.co.jp/english.

-- BERNAMA